Selepas bercuti dua minggu Ikram mulakan kerjanya. Dia rasa hendak menjerit
kebosanan sahaja di rumah. Akhirnya Ainul jadi mangsa keadaan. Mangsa kena
buli!
Bukan itu sahaja Ikram mengajak Ainul bersama-sama
menonton drama korea dari DVDnya. Habis tujuh buah cerita mereka layan selama
dua minggu. Ikram memang kaki drama korea. Mungkin sebab itu dia lebih bersifat
lebih romantik akibat penangan drama korea yang romantik.
Tersenyum Ikram mengenangkan Ainul yang
merungut ketika pertama kali dia dipaksa untuk menonton cerita korea bersama. Namun
selepas beberapa episod terpikat pula isterinya itu dengan cerita itu. Romantik
konon!
“Hai bos. Masih terasa bahang bulan
madukah?” soal Afrina seraya menyedarkan Ikram ke alam nyata.
“Tiada maknanya Rina. Awak pun tahu juga
kisah kami.” jawab Ikram. Afrina memang sudah tahu kisah majikannya kerana dia
juga terpaksa membantu serba sedikit dalam urusan lelaki itu.
“Ainul kirim salam dekat awak.”
“Walaikumsalam. Ini air bos seperti
biasa.” Afrina menerangkan jadual Ikram seperti biasa. Setelah menerangkan
jadual Ikram dia meminta untuk berundur diri.
“Rina.” Panggil Ikram. Wanita tersebut
menghentikan langkahnya lalu berpaling ke arah Ikram semula.
“Terima kasih kerana sudi membenarkan
Iqbal untuk ketuk pintu hati awak. Percayalah pada Iqbal seorang yang setia.
Bukan sukar untuk Iqbal membukakan pintu hatinya semula.” Ujar Ikram. Iqbal
sudah menceritakan kepadanya yang majlis perkahwinannya membawa berkat kepada
Iqbal.
“Sama-sama Encik Ikram.”
“Kalau macam ni saya dapat hidu bau-bau
nasi minyak la katakan.” gurau Ikram.
“Mana tak terhidu bau nasi minyaknya
bos. Kan baru sahaja dua minggu lepas bos kahwin. Masih terlekatlah bau tu
dekat baju bos sebenarnya.”
Tergelak
Ikram dengan gurauan setiausahanya.
“Amboi mesranya.” tegur Iqbal sambil
melangkah masuk ke bilik Ikram. Dia bercadang hendak mengajak Afrina untuk
sarapan pagi. Bahagia apabila Afrina tidak menolak permintaannya untuk bercakap
di telefon atau keluar makan tengah hari lagi.
“Eh
eleh! Dengan aku pun kau nak cemburu jugakah Iq?” Ikram mengeleng
kepalanya. Susah dapat kawan yang angau ni.
“Bak kata Ainul. kau kan seorang
pencabul kalbu. Hahaha…” balas Iqbal teringkatkan cerita Ikram tentang Ainul
yang mengelarkan abang sepupunya sedemikian.
Afrina keluar meninggalkan dua sekawan
tersebut berbual. Iqbal hanya memandang sekilas tubuh yang berlalu pergi
meninggalkan bilik majikannya.
“Kau dengan Ainul sekarang macam mana?” soal
Iqbal setelah sekian lama.
“’Hubungan kami sudah back to normal. Semua kembali seperti
sebelum peguam tu datang rumah aku dulu.” jawab Ikram. Tangannya di letakkan ke
belakang kepala lalu bersandar di kerusi empuk.
“Jadi budak tu duduk terperap saja di
rumah? Kenapa kau tak bagi dia kerja?”
“Bab tu aku memang tak bagi green light punya. Bukannya Ainul tidak
tanya aku untuk kerja. Jenuh telinga aku dengar dia minta persetujuan dari aku
untuk kerja. Mula-mula tu dia tanya ibu. Tapi ibu suruh minta persetujuan aku
dulu kalau nak kerja.”
“Habis kenapa kau tak bagi kerja dekat
di sini saja?”
“Tak naklah aku. Nanti kena dia serang
oleh awek aku. Satu hal lagi...”
Iqbal tersenyum. Risau juga kawan aku ni
dengan bini dia.
“Am… Am… kesian budak tu kau kurung
dalam rumah. Habis alasan apa yang kau bagi dengan dia?”
“Aku kata bahasa melayu dia teruk so kena belajar BM dulu kalau nak kerja.
Berlambak novel-novel ibu dalam bilik bacaan tu aku suruh dia hadap. ” Jawab
Ikram angkuh. Bangga dapat memikirkan alasan yang Ainul langsung tidak dapat
elak.
“Tak logik betul alasan capuk kau ni.
Kesian aku dengan budak tu.” rungut Iqbal.
“Janji dia tidak ke mana-mana sudah.
Duduk saja di rumah.”
“Malas aku layan kau ni. Baik lagi aku
pergi jumpa Rina. Aku pinjam setiausaha kau kejap yaa… nak bawak dating dulu.” ujar Iqbal tanpa segan
silu.
“Bawa sajalah. Kau bawak jumpa tok kadi
terus pun boleh.” Ikram tergelak dengan gurauannya sendiri. Tanpa membalas
kata-kata Ikram, Iqbal terus keluar memujuk Afrina keluar makan.
Ikram
merenung mata Ryssa. Wanita ini berani terbang dari Kuala Lumpur ke
Sabah semata-mata untuk mengharapkan penjelasannya.
“You nak apa?”
“Senang saja Am. Apa you rasa I nak dari
you sekarang?” soal Ryssa kembali. Ryssa memakai topi untuk menutup rambutnya.
Rambut yang agak keperangan disanggul rapi. Sesekali dia menaikkan cermin mata
coklat yang terturun.
Ikram hanya memandang serong dengan
pakaian Ryssa yang agak menjolok mata. Tidak terkesan langsung dimatanya. Dia
bersama dengan wanita-wanita seksi selama ini pun hanya sekadar suka-suka.
“You rasa patut ka I jelaskan semuanya
dengan you? you tak perlukan penjelasan I. Itupun kalau you masih lagi nak
bersama dengan I. I tak kisah kalau you tak nak dengan I. I rasa you pun tahu
yang I selama ini sekadar main-main sahaja.” Ujar Ikram. Dia menyandar di
kerusi.
Mata Ikram meliar ke luar restoran Itali
yang terletak berdekatan dengan Jesselton Point. Keadaan jalan raya kini sesak
kerana waktu rehat pejabat. Terdapat juga beberapa orang pelancong yang
mengambil gambar di pintu gerbang Jesselton Point sebelum menaiki kapal di
perlabuhan itu untuk menuju ke pulau-pulau berdekatan.
Kening Ryssa sedikit terangkat. Dia cuba
menyembunyikan senyuman yang terukir. “Apa maksud you?” soalnya. Berpura-pura
tidak memahami kata-kata Ikram.
“I masih lagi Ikram yang dulu. Masih
lagi layan perempuan lain walaupun status I lain. It’s doesn’t change anything.”
“Habis tu macam mana pula dengan wife you? Macam mana you nak handle perempuan tu?”
“Pasal isteri I. Rasanya you tak perlu
ambil tahu sebab itu urusan I.” Bagi Ikram Ryssa tidak perlu tahu perihal kisah
dia dan Ainul dengan lebih lanjut. Ryssa tiada hak untuk tahu hal tersebut secara
terperinci!
“Okey. I tak kisah langsung pun.” jawab
Ryssa angkuh. Dia masih tahu itu Ikram yang lama.
Selepas menjamu selera, Ikram menemani
Ryssa berjalan-jalan keliling bandaraya Kota Kinabalu sebelum menghantar semula
Ryssa ke hotel yang didiami model itu
.
“Janji keluar dengan I malam ni tau!”
getus Ryssa sebelum keluar dari kereta Ikram. Hanya kaki kirinya sahaja yang
sudah bersedia untuk melangkah keluar dari perut kereta.
Ikram hanya mengangguk. “You jangan tak
jadi pula Am. I jarang dapat keluar dengan you ni tau. I datang sini pun tak
bagitahu manager I lagi tau. Esok I
kena balik dah.” Ryssa cuba menarik perhatian Ikram.
“Ya… I datang macam biasa. You tunggu I
dekat lobi pukul 8 lebih begitu. Kita makan dulu sebelum jalan.” Arahnya.
Tersenyum lebar Ryssa keluar dari kereta
Ikram. Sempat dia memberi senyuman manis kepada lelaki itu. Dia tahu perangai
kasanova Ikram tidak mungkin akan lari. Pasal isteri malang Ikram langsung
tidak berbekas dihatinya. Buat apa penat-penat memerah otak kalau Ikram sendiri
tidak pedulikan isterinya. Yang penting dia dan Ikram tidak berpisah!
Ikram mencari kelibat Ainul di taman
mini. Puas satu rumah dia pusing mencari isterinya. Selalu betul Ainul ni
hilang. Tahulah badannya kecil.
Akhirnya Ikram bertanya Mak Bibah yang sedang
menyediakan makan malam. Sebelum orang gajinya memberitahu kedudukan Ainul,
sempat lagi Ikram terpaksa menadah telinga mendengar ceramah percuma dari Mak
Bibah.
“Jangan kacau Ainul bla…bla…bla… jangan tahu sakat dia saja… bla…bla…bla…” hanya perkataan JANGAN saja yang Ikram dapat tangkap.
Serta isi penting iaitu jangan kacau Ainul! yang lain memang dia tidak dapat
tangkap. Terlampau banyak!
Menurut Mak Bibah Ainul sedang membaca
novel di taman mini. Dia berpusing-pusing satu taman tapi batang hidung Ainul
langsung tidak kelihatan. Ikram terlihat kelibat seseorang yang duduk di tepi
kolam renang. Kakinya dimasukkan ke dalam air. Ikram menuju ke arah Ainul yang
sedang membelakanginya. Kepalanya sedikit tunduk sebab terlalu ralit membaca
buku.
Mujurlah keadaan petang yang agak
mendung. Kalau masih panas terik sudah tentu muka Ainul macam udang bakar.
Merah terkena cahaya matahari. Ikram bersedia untuk mengejutkan Ainul dari
belakang. Senyuman jahat sudah terukir di wajahnya. Hehehe…
“Bahh…!” sergah Ikram dari belakang. Dia
memegang bahu isterinya.
Secara automatik wanita itu duduk tegak.
Ainul terjerit kecil sambil kalut menyambut novel agar tidak novel ditangannya tidak
buat aksi terjun ke dalam kolam seperti telefon bimbitnya dahulu.
Terkocoh-kocoh dia menyelamatkan novel Adam dan Hawa milik mertuanya.
Tajam mata Ainul memandang Ikram yang
sudah tergelak dengan kelakuannya sendiri. Dia benar-benar terperanjat dengan
sergahan Ikram. Baginya kelakuan Ikram langsung tidak lucu!!
“Gelaklah sangat. Ainul tolak Abang Am
terjun kolam renang ni.” Marahnya. Merah muka Ainul mendongak ke atas memandang
Ikram yang berdiri di belakangnya. Terbongkok-bongok Ikram menahan ketawa.
“Aduh…Aduh… sakit perut abang Am. Lucu
betullah…!” Ikram menahan-nahan perutnya yang sudah kejang sebab terlalu kuat
ketawa.
Ainul benar-benar geram. Dia menutup
novel dengan kasar lalu menaikkan kakinya dari dalam kolam renang untuk
berdiri. Hujung seluar track yang baca diperah beberapa kali. Ikram masih lagi
gelak tidak ingat dunia. Dia kemudiannya menolak Ikram terjun.
Sekelip mata sahaja Ikram terdiam.
Itupun sebab sudah basah lencun dalam kolam. Ikram meraup mukanya yang basah. Tidak
sangka kuat juga Ainul menolaknya sehingga terjatuh. Macam nangka busuk Ikram
terjatuh. Air terpancut besar akibat objek yang besar terjatuh ke dalam kolam
renang mereka.
Ikram masih lagi terpinga-pinga di dalam
kolam renang. Otaknya terkejut dengan reaksi secara spontan.
“Ainul…!!!” Bergema suara Ikram satu
rumah.
“Hah! tahu pun berhenti gelak. Ingatkan
sudah tak sedar diri. Ketawa tak ingat dunia.”
“Ya Allah Ikram. Apa kamu buat dalam
kolam renang tu?” soal Puan Noraini.Tergeleng kepalanya memandang Ikram yang
sudah tergelam timbul di dalam kolam. Sekali sekala dia menolak rambut
kebelakang.
“Panas bu jadi Am berenang-renang kejap
dalam ni.”
“Otak kamu dah tak betul sudah Hafiz
Ikram? Dengan pakaian kerja tak bertukar.” Bebel Puan Noraini. Ikram berlagak
selamba sambil berpura-pura untuk terapung di kolam renang. Lagaknya seperti
orang santai. Nasib baik telefon dan dompetnya tiada dalam poket. Kalau tidak
sudah tentu malang tidak berbau.
Ainul cuba menahan senyumannya dari
penglihatan Puan Noraini terlihat Ikram yang berlagak selamba. Lucu pula dengan
situasi Ikram dibebel oleh ibunya. Sepatah pun omelan Puan Noraini tidak
berbekas di telinga anak lelakinya.
“Yang seorang ni berdiri dekat sini pula
kenapa?” soal Puan Noraini. Tidak perasan pula dia kelibat Ainul di sebelah.
Terkejut Ainul dengan sergahan tiba-tiba
dari mertuanya. Terangkat sedikit bahunya akibat terkejut. Novel digengam
rapat. Takut pula terjatuh di atas lantai. Nanti kes naya! Puan Noraini ni bab
menjaga novel memang macam jaga bunga-bunganya jugak!
“Err…err… Ainul terkejut saja dengar
bunyi benda terjatuh dalam kolam waktu Ainul nak balik bilik tadi.” Tipu Ainul. Dia mengetap bibir. Tergagap
sampai tak sedar dia menipu Puan Noraini. Apa boleh buat sedangkan itu saja
yang terlintas dikepalanya.
“Errmm…Ambilkan tuala untuk Am. Abang
kamu dah tak betul kot sampai tiada kerja cari kerja.” Ainul mengangguk sebelum
masuk ke dalam rumah mengambil tuala untuk Ikram. kalut!
Selepas beberapa minit Ainul muncul
kembali ke tepi kolam renang untuk menyerahkan tuala kepada suaminya. Seluarnya
yang basah tadi sempat ditukar sebelum turun semula dari kamar tidur.
“Dekat sini.” Dia meletakkannya di atas
kerusi yang tersedia di atas bangku. Ikram masih lagi di dalam kolam renang.
Dia berenang ke tepian apabila terlihat tuala yang tergantung di atas bangku.
Angin petang yang sempoi-sempoi menusuk
ke tulangnya. Sejuk bukan kepalang. Boleh begegar tulang rusuk akibat
terlalu sejuk…!!! Percayalah…
Menggigil tangan Ikram untuk cuba naik
ke darat. Terlalu lama di dalam kolam membuatkan badannya kebah. Beberapa kali
dia cuba naik tapi termasuk ke dalam air juga balik. Ainul yang sedang membaca
di atas bangku sedikit sebanyak terganggu dengan bunyi air kolam. Dia mencuri
pandangannya kepada Ikram. Terlihat Ikram sedang terkial-kial untuk naik
semula.
“Abang Am boleh naik ke?”
“Boleh…” ujarnya sambil memegang lantai
marmar biru laut itu. Beberapa kali mencuba dia tetap terjatuh semula ke dalam
air. Tidak tahan melihat Ikram yang sudah kepayahan akhirnya didekati juga.
Tidak sangup pula jadi tiang yang tidak bergerak sedangkan dia yang menolak
Ikram jatuh ke dalam kolam renang.
“Mari Ainul bantu abang naik.” Dia masukkan
penanda buku ke muka surat yang terakhir di baca. Ainul duduk mencangkung lalu
menghulurkan tangannya ke arah Ikram. Walaupun dalam keadaan ragu-ragu, huluran
tangan diberi juga buat Ikram. Satu sebab hubungan mereka halal lagipun sebab
tu rasa kurang selesa dinyahkan ke tepi.
Perkara kedua yang membuatkan dia ragu
ialah perangai Ikram. Takut pula Ikram sekadar berpura-pura hendak
mengenakannya lagi. Ikram punya seribu satu cara untuk menyakat Ainul. Jangan
main-main!
“Tolong macam tak nak tolong saja.” sindir
Ikram. Dia sudah terapung-apung di dalam kolam renang. Menanti kata-kata dari
Ainul.
“Tak perlu ucap yang ‘Saya ikhlas
membantu saudara. Marilah saya bantu sebab saya benar-benar ikhlas.’ Kalau
ikhlas biar datang dari hati bukan dari mulut.” cebik Ainul. Kepalanya digeleng.
Orang ikhlas nak bantu dia pulak banyak songeh.
“Tak takut abang tolak Ainul masuk?” Duganya.
Sekadar ingin menguji tahap kesabaran Ainul melayan kerenahnya.
“Abang Am rasa?” soal Ainul balik.
“Ainul kira sampai lima. Tawaran terhad
ni tau… lagipun kalau Ainul takut Abang Am tarik masuk dalam kolan. Ainul tak
kan datang bantu. Satu… Dua…” Sambungnya.
Ikram memandang Ainul tidak berkelip.
Kenapa dia pulak yang terbalik sekarang. Niat hendak mengusik Ainul bertukar
pula kepada Ikram yang diugut oleh gadis bertudung litup itu.
“Tiga… Tiga setengah…empat…”
“Hei mana aci…”
“Aci tak aci tawaran terhad. Empat
setengah… Li…” Belum habis Ainul mengira tangan kanannya sudah di sambut oleh
Ikram. Mengalah juga lelaki itu akhirnya. Ainul tersenyum kemenangan.
“Tolong Abang Am ambilkan tuala. Sejuk.”
Ikram yang sudah duduk di atai lantai mengigil kesejukan. Beberapa kali tapak
tangan digosok lalu didekatkan ke mulut untuk mendapatkan hawa panas. Bayu
petang kali ini sejuk semacam.
“Nah.” serah Ainul.
Lebar senyuman Ikram menampakkan barisan
gigi. Lesung pipit di kedua belah pipi jelas terpancar. Senyuman yang membawa
seribu satu maksud.
“Alar… gosokkan kepala abang Am
sekalilah…!”
“Abang Am jangan nak mengada-ngada.
Betul kata ibu. Abang Am ni kalau datang manja boleh sakit kepala orang
dikerjakan.” rungut Ainul. Tuala ditangan dihulurkan lagi tapi Ikram enggan
mengambil tuala tersebut. Masih lagi dengan rancangan menyakat Ainul.
“Ibu yang asyik lebihkan Ainul dari
Abang. Sikit-sikit rindukan anak saudara dia saja. Abang di sini dah lali
dengar ayat ibu tu... ” Mulutnya dilentik. Berpura-pura terasa dengan sikap
ibunya. Bukan Ikram tidak tahu yang dia sendiri memang manja tidak bertempat.
“Tu pun nak merajuk. Abang Am ni tak
kena-kena langsung. Cepatlah keringkan badan nanti masuk sejuk karang Abang Am
juga yang demam.”
“Tak nak! Nak Ainul juga yang lap. Kalau
tak abang duduk sajea sini sampai pagi esok.” Kakinya dihentak beberapa kali di
atas lantai. Suka pula dengan gayanya seperti anak kecil yang merajuk tidak
dibelikan mainan.
“Ingat Ainul takut… Ainul kira sampai
tiga. Nak ambil ni atau nak ambil sendiri dalam bilik? ” Dia cuba tarik tali
sekali lagi.
“Ainul ni kuat sangat berkira. Bak
sini.” Tuala ditarik kasar. Dia mengelap mukanya. Kalau bukan difikirkan sejuk
sudah tentu dia enggan mengaku kalah. Tapi apa boleh buat badannya sudah
mengigil kesejukan.
Hesy! Kalah pulak dia hari ni… nasiblah
oh nasib!!
xtau nk komen ape!
ReplyDeleteyg pasti... cpat ltak next n3 ye..
xsbr nk bace next n3 plak..hihi
best3
dah lame tak dgr cite dr taiwan tu...
ReplyDelete@inaznafisya terima kaseh...teruskan membaca cerita nih erk....
ReplyDelete@shefashahrul yang dari Taiwan tuh tengah buat something untuk suprisekan Ainul...tapi dia yang terkejut nanti...(>,<)v
ReplyDelete