Ikram duduk di atas katil bersandarkan
dinding. Dia memandang Ainul yang sedang dimekapkan oleh mak Andam. Nasib baik suite mareka agak besar untuk memuatkan
baju-baju persalinan untuk majlis persandingan.
“Abang pulak yang rasa penat tengok muka
Ainul kena solek. Dari satu benda ke satu disolek. Tak nampak keaslian
langsung.” rungut Ikram.
“Kau diam. Kejap lagi aku bedakkan muka
kau.” Ujar Willy. Mak Nyah yang menjadi mak Andam mereka. Entah mana Alice
dapat pekerja macam Willy. Willy konon. Padahal nama sebenarnya William. Kutuk
hati Ikram.
“Iyalah Nyah. Kau jangan make up dia over sangat. Sakit mata aku tengok. Aku suka lagi kalau Neutral.” ujar Ikram. Sempat lagi memberi komen dengan
hasil tangan Julia.
“Aku tahulah. Ini kerja aku. Aku sendiri
pun tidak ingin nak mekap bini kau ni lebih-lebih. Muka dia sudah cukup cantik.”
omel Willy. Geram juga dia dengan pelangan yang cerewet macam Ikram.
Ikram kembali bermain-main dengan
telefon bimbitnya. Dia membaca ucapan taniah dari rakan-rakannya atas
perkahwinan mereka dari email dan Facebook. Ikram terfikir apa nama Ainul di
facebook. Dia hendak buat spot check!
Ainul hanya diam. Tiada mood hendak
mencelah Ikram dan Willy yang sudah bertikam mulut. Padahal dia yang punya muka.
“Siap!” Willy sangat berpuas hati dengan
hasil tangannya. Muka Ainul bertambah lebih berseri dengan sedikit make up walaupun tidak tebal sangat.
“Tengok aku. Ainul. Pusing sini tengok
muka abang.” Ikram meletak telefonnya di atas katil. Ikram duduk tegak menanti
Ainul berpaling menghadap mukanya.
Ainul menghembus nafas perlahan sebelum
berpaling ke arah Ikram. Suaminya hanya terangguk-angguk memeriksa setiap inci
muka Ainul. Ambil kesempatan sebenarnya untuk memandang wajah Ainul yang cantik
dengan solekan nipis dari Willy.
“Eh! Manusia seorang ni.
Terangguk-angguk macam burung belatuk. Aku hantuk karang lembam muka kau. So? Macam mana? Puas hati aku solekan
bini kau?” ujar Willy. Tangannya diletakkan di pinggang manakala sebelah lagi
dilentokkan.
Tajam Ikram memandang muka jurusolek
Ainul itu. Geram pula. Mulut longkang betul. Yang buat dia geram ialah Mak Nyah
itu kacau daun. Sedang dia ralit memandang wajah Ainul Willy sempat pula
mengomel. Hilang mood saja.
Willy sudah gugup. Takut dengan renungan
Ikram yang tajam. Salah dia juga sebab celopar dengan klien sendiri.
“Erm… bolehlah…” jawab Ikram.
Ainul mengeleng. Abangnya ni betul tidak
mahu mengaku kalah walaupun sekali. Ainul berpaling menghadap cermin. Dia
kemudiannya tersenyum. Puas hati dengan solekan di wajahnya.
“Sudah. Kau pergi saling pakaian
sekarang. Aku nak rehat sekejap. Penat betul layan laki bini ni.” omel Willy.
Dia keluar dari bilik pengantin. Ainul memandang Ikram yang kembali sibuk
dengan gajetnya.
“Abang Am. Ainul nak salin.” Ainul harap
yang Ikram faham maksudnya agar keluar dari bilik tersebut juga.
“Salinlah.” balas Ikram ringkas. Dalam
hati dia sudah hendak tergelak dengan lagak selambanya. Sengaja untuk menyakat
Ainul.
“Abang Am keluarlah dulu.”
“Eh! Berdosa halau suami tau. Abang penatlah.
Malas nak bergerak.” Ikram mengeliat untuk merenggang tubuhnya.
“Penat mengomel adalah. Dari tadi abang
duduk atas katil aje.” Rungut Ainul. Dia tidak suka bertekak dengan Ikram.
Ainul berdiri menuju ke bilik mandi. Baik lagi dia tukar dalam tandas dari
bertekak dengan Ikram.
“Nak ke mana?” soal Ikram. Anak matanya
mengekori langkah Ainul.
“Main sorok-sorok.” Balas Ainul sambil
menutup pintu tandas. Ikram menepuk dahi. Apasal Ainul emo sangat ni?
Majlis persandingan yang bertemakan ros
merah cukup simbolik. Hanya merah putih sahaja yang menghiasi dewan. Gabungan
warna yang cukup romantik dimata tetamu yang hadir.
Cantik. Para tetamu juga tidak
habis-habis memuji idea pengantin untuk menggunakan tema tersebut.
Iqbal yang sedang bercerita dengan Encik
Ahmadi terpandang susuk tubuh yang baru sahaja masuk ke dalam dewan. Dia
tersenyum. Orang yang dinanti sudah tiba. Dia ingin meminta bantuan Encik
Ahmadi dalam memperkenalkan Afrina kepada kedua ibu bapanya yang turut hadir ke
majlis Ikram dan Ainul.
Nasib baiklah ayah Ikram seorang yang sporting. Mana tidaknya perangai Ikram
kadang-kadang manja dan sekepala dengan ayahnya. Lelaki itu sentiasa sahaja
menyokong walaupun tidak menunjukkan riak sebenarnya. Iqbal dan Aizat dari
kecil memang rapat dengan ayah Ikram.
Kalau ada hadiah dari luar negara buat
Ikram. Adalah juga buat dia dan Aizat. Kalau pergi bercuti pun mereka tidak
pernah ketinggalan. Ibu bapa mereka semua berkenalan antara satu sama lain.
Jadi tiada masalah buat mereka bertiga berkawan baik.
“Pak cik dia dah datang. Cover Iqbal depan Mama dan papa yaa..…” pujuk
Iqbal. Dia berlari anak mendekati Afrina yang berdiri di tepi penjuru.
“Assalamualaikum Rina.”
“Waalaikumsalam.” Jawab Rina lembut.
Terpegun Iqbal memandang Rina yang memgenakan gaun labuh berwarna merah. Ayu
dengan selendang yang berlilit menutupi mahkota wanitanya.
“Rina sudah pergi jumpa pengantin?” soal
Iqbal.
Afrina mengeleng. Dia baru sahaja tiba.
Itupun setelah dipujuk oleh Ainul kelmarin. Siap menghadiahkan gaun merah dan
selendang untuk majlis malam ini. Menurut Ainul. Rinalah satu-satunya kawan
Ainul disini. Malah isteri bosnya sudah tekad untuk menganggapnya sebagai kakak
angkat.
“Saya bawa Rina jumpa mereka nak tak?”
Rina tidak menolak. Dia hanya senyum
mengangguk. Walaupun kekok dengan Iqbal dia terpaksa bersetuju sebab Iqbal
sahaja yang dia kenal. Tadi dia menelefon rakan sejawat mereka. Mereka kata
masih dalam perjalanan.
Mereka berjalan seiringan ke pentas untuk
berjumpa dengan raja sehari.
Selepas bersalaman dengan Afrina, Ainul
berdiri untuk memeluk wanita tersebut. Ikram dan Iqbal hanya memandang. Mereka
tahu bahawa Afrina la satu-satunya kawan Ainul di sini.
“Terima kasih kak sebab sudi datang.
Akak cantik sangat. ” ujar Ainul.
“Sama-sama. Selamat pengantin baru Ainul.”
Ainul memeluk wanita tersebut. Dia
sempat membisikkan sesuatu ke telinga Afrina. Afrina mengalihkan pandangannya
ke arah Iqbal.
Iqbal sudah kalut dengan renungan
Afrina. Dia cuba berlagak tenang walaupun hatinya sudah berdebar-debar. Jantung
Iqbal seolah-olah hendak tercabut apabila Afrina senyum manis ke arahnya. Ah!
Dia sudah angaukan wanita tersebut.
Ikram yang menyedari kekalutan kawan
baiknya menepuk beberapa kali bahu Iqbal. “Sabar bro. Nanti ada yang pengsan depan aku sebab terkena panahan cinta si
Rina tu.” bisik Ikram.
Iqbal hanya tersenyum. Cover malu!
“Encik Ikram. Selamat pengantin baru.”
Afrina bersalaman dengan pengantin lelaki.
Mata Iqbal meliar mencari Encik Ahmadi.
Ketika dia menuju ke arah Afrina tadi. Encik Ahmadi sudah pun menjalankan
tugasnya untuk bercerita dengan ibu bapa Iqbal. Dia minta tolong agar Encik
Ahmadi berpura-pura untuk terlihat dia dengan Afrina lalu memuji Afrina di
depan ibu bapa Iqbal.
Kredit untuk Encik Ahmadi. Iqbal pasti
akan membalas budi baik lelaki itu. Dia perlukan orang sokongan untuk memikat
hati ibu bapanya.
Maklumlah, beberapa hari ini ibunya
asyik memuji seorang wanita yang membantunya di lapangan terbang beberapa hari
lalu. Terkenan konon dengan wanita tersebut untuk isteri Iqbal.
‘Tidak ingin aku kahwin dengan perempuan
yang aku tak kenal.’ jerit batin Iqbal.
“Afrina nak minum? Kita pergi ambil air
ya…” tanpa meminta pendapat Afrina. Iqbal terus membawa wanita tersebut menuju
ke meja yang tersedia untuk pencuci mulut. Dia sebenarnya tidak ingin berenggang
selagi tidak bertemu dengan kedua ibu bapanya.
“Hai Iq.” sapa seorang lelaki.
Iqbal memandang susuk tubuh lelaki yang
menegurnya. Firus. Dia mengetap bibir. Manusia penglahap ni macam mana boleh
ada di majlis perkahwinan Ikram.
Iqbal tidak suka pandangan Firus yang
memandang setiap inci tubuh Afrina. Walaupun Ikram buaya darat tapi sekurang-kurangnya Ikram tidaklah sentuh
tubuh kaum hawa yang bukan mahramnya. Ainul yang sudah halal buat Ikram pun
belum tentu Ikram nak sentuh adiknya sendiri.
“Cantik
girl kau. Kenapa kau pun pilih spesis yang sebijik dengan bini Ikram.
Uztazah! Haha… tapi aku suka dia ni. Body
dia mantap.!” Puji Firus tanpa menghiraukan air muka Afrina. Afrina rimas
dengan renungan Firus. Tanpa sedar dia memegang lengan Iqbal. Apa lagi Iqbal
sudah menahan senyumannya. Suka!
“Dia memang cantik! Tapi kau jangan nak
mimpi Firus. Dia tunang aku.” ujar Iqbal keras. Tunang? Wah alangkah baiknya
sekira dia dan Afrina mempunyai ikatan tersebut. Kalau jadi isteri dia lagi
suka.
Firus ketawa. “Kau jangan nak mimpi
Firus.” ajuknya.
“Iqbal… Iqbal… aku kesian dengan kau.
Ada tunang lari dengan orang lain. Terpaksa mencari penganti walaupun tidak
seseksi tunang kau dulu tu. siapa nama dia? Aku pun lupa. Tapi badan dia fuh
mantap. Aku pun pernah juga merasa...” Tergelak Firus dengan kata-katanya
sendiri.
Iqbal sudah mengengam tangannya. Kalau
bukan kerana mengenangkan majlis Ikram sudah lama dia beri penumbuk sulung ke
muka Firus yang berlagak tu.
“Kau jaga sikit mulut kau Firus.” Tegang
muka Iqbal ketika memberi amaran kepada Firus. Firus hanya gelak meninggalkan
Iqbal dan Afrina. Sempat lagi dia mengenyitkan mata ke arah Afrina. Wanita itu
menguatkan lagi gengemamnya ke lengan Iqbal. Tidak berkenan langsung dengan
gelagat Firus yang menyakitkan hati.
Lama mereka berkeadaan sedemikian. Iqbal
berpura-pura tidak tahu. Walaupun hatinya panas dengan perangai Firus tapi
dengan sentuhan dari Adfrina dia terus tenang. Dia tahu kalau Afrina sedar akan
kelakuannya sendiri tentu gadis bertudung itu tidak mahu tegurnya lagi. Tapi
tidak mungkin Iqbal hendak tegur sendiri seolah-olah menjatuh maruah Afrina
pula kalau terdengar dek orang lain.
“Mesranya anak mama.” sergah Datin Hajah
dari belakang. Afrina yang sudah tersedar segera mengalihkan tangannya dari
lengan Iqbal. Dia tersipu malu apabila di tegur sedemikian.
“Inikah bakal menantu mama?” soal wanita
tersebut lagi.
“Belum dapat green light dari tuan punya badan lagi ma… masih lagi dalam status
KIV.” ujar Iqbal manja tanpa berselindung dari kedua ibu bapanya.
“Alalala… kesian anak mama.” Wanita
tersebut mengosok perlahan atas kepala Iq. Papanya dan Encik Ahmadi hanya
tersenyum memandang gelagat Iqbal. Muka Afrina panas. Malu kerana jadi topik
utama perbualan dua beranak tersebut.
“Ini Afrina kan? Seingat mak cik ini Rina
yang bantu mak cik waktu di lapangan terbang dulu.” soal mama Iqbal. Afrina
mengangguk perlahan. Dia bersalaman dengan Datin Hajah lalu mencium tangan
wanita itu.
“Saya orangnya Datin. Hari tu saya
hantar dokumen Encik Ikram yang tertinggal dekat ofis.”
“Panggil saja mama Hajah. Semua orang
pun panggil mak cik begitu.” Ujarnya lembut.
“Panggil mama saja pun boleh.” Getus
Iqbal dengan nada perlahan. Tapi mamanya yang berdiri disebelah masih jelas
mendengar kata-kata anak terunanya.
“Amboi anak mama. Sudah gatal nak
berkahwin?”
Iqbal tersengih-sengih. Malu sebab
kantoi oleh mama sendiri. Dia gembira sangat rupa-rupanya Afrinalah manusia
yang dimaksudkan oleh ibunya. Wanita yang membantu ibunya ketika di lapangan
terbang dulu.
Kalau tahu dari dulu memang sah-sah dia
nak!
“Afrina ni setiausaha Ikram. ” jelas
Encik Ahmadi lagi.
“Aku tahu. Berapa kali sudah aku jumpa
Ikram dekat pejabat. Sebab tu aku kenal budak Rina ni.” Balas Datuk Yusri pula.
“Err… Datuk, datin, Encik Ahmadi dan
Encik Iqbal. Saya minta diri dulu untuk berjumpa dengan kawan yang lain.” ujar
Afrina lembut. Kekok dengan situasi tersebut.
“Panggil mama Hajah saja sayang. Ainul
dan Ikram pun panggil mak cik macam tu. Nanti kalau ada masa jemputlah datang
ke rumah mama yaa… suruh Iqbal bawa Afrina datang ke rumah.” Ujar Datin Hajah
ketika berpelukan dengan Afrina sekali lagi.
“Insyaallah ma… ma Hajah.”
Setelah meminta untuk mengundur diri
Afrina bergegas menuju ke lobi utama. Dia malu dengan keluarga Iqbal. Maklumlah
dia bagaikan semut yang terlalu kecil buat keluarga tersebut. Dia menuju ke
lobi untuk menenangkan dirinya sekejap.
Afrina mengeluh sambil bersandar ke
dinding. Terasa sukar untuk bernafas ketika ini. Iqbal seolah nekas untuk
brsama dengannya.
“Rina.” sapa Iqbal lembut.
Rina yang baru sahaja untuk melupakan
mamat seorang ni sudah tiba-tiba muncul kembali di depannya.
“Encik Iqbal.” terkejut Rina dengan
kemunculan lelaki itu.
“Maafkan saya kalau kelakuan saya tadi
tidak menyenangkan awak. Saya cinta awak sepenuh hati saya Rina. Sekurang-kurangnya
berilah saya peluang untuk buka hati awak buat saya. Berilah saya peluang untuk
berusaha memiliki awak. Saya tidak perlukan balasan dari awak untuk terima saya
sekarang juga. Saya juga tidak ingin awak menjadi pasangan saya kalau awak
tidak suka saya sebab itu hak awak untuk memilih tapi izinkan saya seru hati
awak untuk dekat dengan saya.”
Air mata Afrina jatuh mendengar luahan
seorang lelaki yang tulus untuk mendekatinya. Dia benar-benar terharu dengan
kata-kata dari Iqbal. Mata lelaki yang redup itu dipandang sekilas. Hanya
keikhlasan terpamer di wajah tersebut.
‘Ya Allah. Jikalau insan ini tercipta
untukku. Bukakanlah hatiku buatnya.’
Dia memberi senyuman paling manis buat
Iqbal lalu mengangguk setuju. Biarlah Iqbal pikat hatinya. Biarlah Iqbal
berusaha untuk buka pintu hati Afrina buatnya.
“Terima kasih Afrina. Saya gembira
sangat sebab awak sudi agar saya dekat dengan awak.” Kata Iqbal lembut.
“Jom saya temankan awak makan malam.” sambungnya
lagi.
“Tapi encik…” Bukan Afrina hendak
menolak tapi dia malu untuk jalan berdua-duaan dengan Iqbal. Takut menjadi
gosip dari rakan sekerjanya pula nanti.
“Please…
dan tolong panggil saya Iqbal saja.”
“Baiklah Iqbal.” Tidak sangup pula dia
menolak perlawaan lelaki itu.
Ikram menuju ke atas pentas. Dia menepuk
sedikit microphone di hadapannya
untuk menarik perhatian tetamu yang hadir ke majlis persandingannya.
“Assalamualaikum dan selamat malam buat
tetamu yang hadir. Terima kasih atas kunjungan anda ke majlis perkahwinan saya.
Saya ada sesuatu yang hendak diberikan kepada anda semua terutamanya pengantin
perempuan saya yang cantik persis bidadari syurga.” ucap Ikram.
Puas kepalanya memikirkan jalan untuk
menarik perhatian Ainul dari tadi. Mungkin masih lagi merajuk sebab kena sakat.
Ikram menuju ke arah pemain muzik. Tadi
dia sempat meminta tolong wedding planner
agar menyediakan sebuah piano ke atas pentas untuk sebelum naik ke atas
pelamin. Mujurlah hotel tersebut menyediakan kemudahan piano di coffee house.
Ikram duduk di kerusi yang tersedia di
hadapan piano putih tersebut. Lampu dewan dipadamkan manakala sebuah lampu
sengaja ditujukan ke arahnya. Pelamin pula sudah memang tersedia dengan lampu
yang menerangi pelamin raja sehari.
Tanpa berlengah Ikram menekan satu
persatu not lagu Bagaikan Bidadari nyanyian Tomok. Ikram mula menyanyi
bait-bait lagu tersebut. Semua tetamu seolah-olah terpukau tanpa sebarang kata
dengan suara merdu dari Ikram.
Ketampanan lelaki yang mengenakan suit hitam
itu mampu memukau semua orang! Tidak hairanlah Ikram boleh dilabelkan pencabul
kalbu. Kalau boleh semua sumandak di sapunya…!! Kasanova betul…!
Semua tetamu yang hadir menepuk tangan.
Gemuruh dewan yang terhias dengan ros merah tersebut. Suara Ikram betul-betul
memukau semua tetamu yang hadir. Mereka terharu dengan bait-bait lagu Bagaikan
bidadari untuk seorang bidadari yang sedang duduk di atas pelamin.
Ikram memandang Ainul. Dia mengenyit
mata pada isterinya. Ambil hati! Ainul ni boleh tahan jugak kalau datang
emonya!!
Mata Ikram menyorot ke arah Ainul yang
duduk di atas katil. Tekun gadis itu membelek Samsung Galaxy notes miliknya. Ainul langsung tidak mempedulilan
dia sejak peristiwa petang tadi. Padahal niat Ikram hanya bergurau sahaja
dengan adiknya.
Selalunya tidak pula Ainul merajuk
sampai begini lama. Sehinggakan setiap kali naik untuk tukar baju persalinan
Ainul terus masuk ke dalam tandas seperti tadi petang tanpa menghiraukannya. Masih protes la tu… Wanita itu masih
lagi tidak bertegur dengan Ikram. Yang buat Ikram geram dengan orang lain boleh
pula Ainul tersenyum.
Tapi dengan Ikram hampeh. Pandang pun
tidak sudi.
“Ainul tak penat ka?” soal Ikram.
“Kalau abang penat tidurlah dulu. Ainul
tidak biasa tidur awal.” Matanya masih lagi tekun menghadap gajetnya. Hanya
mulut sahaja terkumat-kamit menjawab pertanyaan Ikram.
“Awal? Sekarang sudah pukul 12 lebih
adik oi.” bebel Ikram. Kalau diikutkan hati ingin sahaja dia melempar gajet
Ainul itu ke luar tingkap.
“Awal lagi ni abang Am. Ainul tak rasa
mengantuk lagi.”
“Ainul tengah buat apa sebenarnya.
Boikot abang nampak dari petang tadi. Alah! Kalau pasal tadi petang tu abang
gurau aje. Janganlah ambil kisah yaa…” pujuk Ikram. Dia bertukar tempat dari
atas sofa ke katil bersebelahan dengan Ainul.
‘Selesanya atas katil ni. Empuk pula
tu.’ desis hati Ikram.
Dari duduk Ikram terbaring di atas
katil. Dia mendongak dagunya memandang Ainul yang ralit dengan benda itu.
Ainul memandang ke mata Ikram tanpa
sebarang perasaan. Kemudian dia berpaling semula menghadap gajetnya. Bukan dia
marahkan Ikram hanya kerana Ikram tidak mahu keluar ketika dia hendak tukar
baju. Tapi malas hendak melayan kerenah Ikram yang suka membulinya.
Tiap-tiap hari kena buli pun boleh buat
orang sakit hati juga. Gurau pun ada batasan juga buat Ainul. Bila dia tidak layan Ikram dari tadi sekurang-kurangnya
tidaklah Ikram mengacaunya lagi. Akhirnya berhenti jugak.
“Ainul tak marah pun.” getusnya setelah
lama berdiamkan diri.
“Habis yang tak tengok muka Abang Am
dari tadi tu bukan merajuk ke namanya? Sia-sia saja abang Am sumbang suara tadi
atas pentas untuk pujuk Ainul.” rajuk Ikram. Dia meraih simpati Ainul.
“Ramai kawan abang model. Siap beri
jelingan maut lagi kekasih-kekasih abang Am dekat Ainul.” Ainul cuba tukar
tajuk. Bukan dia suruh pun Ikram nyanyiankan lagu buatnya walaupun Ainul juga
tersentuh dengan suara Ikram yang merdu.
“Ermm… biasalah perempuan-perempuan tak
cukup kain tu. Kalau tak dapat kikis duit abang mulalah susah hati. Bank
bergerak mereka sudah tukar status. Siapa tak tergugat.”
“Abang Am tak elok gelar wanita macam tu
tau.” tegur Ainul Dia tidak suka dengan keceloparan mulut Ikram mengelar
perempuan tidak cukup kain.
“Sudah memang realiti pun begitu.” cebik Ikram. Dia berguling-guling atas katil.
Selesa dengan katil yang empuk.
“Sejahat-jahat manusia pun ada rasa
sayang di dalam hati mereka tau. Contohnya, Pada zaman nabi dulu ada seorang
pelacur yang sudi memberi minuman kepada seekor anjing. Tengok tu. Walaupun dia
seorang pelacur tapi dia tidak sangup biarkan anjing itu kehausan.” nasihat
Ainul.
“Baiklah ustazah. Abang Am minta maaf.
Tak baik merajuk lama-lama tau. Nanti cepat tua baru tau. Hehehe…” sempat lagi Ikram bergurau dalam memujuk Ainul.
“Ainul tak marah pun sebenarnya. Malas nak
layan Abang Am ni. Kalau dilayan makin menjadi-jadilah perangai abang tu.”
“Abang mengantuklah. Ainul belum mahu
tidurkah? Apa sajalah yang Ainul sibuk tu?” soal Ikram.
“Ainul tengah bincang dengan Ricky pasal
urusan dekat sana. Manalah tau hotel tu ada yang perlukan campur tangan Ainulkah
sekarang.” Balas Ainul.
Mata Ikram terbeliak. Terkejut!
Adiknya betul-betul workaholic. Sudahlah mereka penat urus itu ini beberapa hari ini
masih lagi ada hati dengan kerja. Tengok sahaja Ikram. Kerjanya sudah dibuang
seratus peratus dari kepala otak. Sekurang-kurangnya dapat juga dia jauh dari
masalah pejabat.
“Dah…dah… sebelum Abang Am lempar benda
ni keluar tingkap baik Ainul tidur sekarang. Bak sini benda tu.” Ikram
mengambil gajet Ainul lalu berdiri menuju ke meja solek. Dia meletak benda
tersebut di atas meja lalu mematikan suis lampu. Hanya lampu tidur sahaja
terpasang.
Ainul terpinga-pinga dengan kelakuan
Ikram. Belum sempat dia membalas email Ricky lagi Ikram sudah merampas
gajetnya.
“Ainul belum habis lagilah…”
“Tidurlah! Esok pun masih ada lagi.
Bukannya hotel tu lari kalau Ainul lambat balas email Ricky.” bebel Ikram. Dia
sudah terbaring di atas sofa untuk lelapkan mata.
“Baiklah.
Assalamulaikum.” balas Ainul perlahan. Dia menarik selimut lalu lelapkan mata.
Ikram menjawab dalam hati sebelum nyenyak di buai mimpi.
cpt la wak smbng...!!!
ReplyDeletebest!! nak lagi.. ^^
ReplyDelete