Tok… tok .. tok…
Aku terkejut dengan bunyi ketukan di pintu bilik namun aku
biarkan sahaja ia berbunyi malas hendak bangun berdiri. Mataku masih lagi
terpejam walaupun aku sedar bunyi tersebut. Tapi ketukan bertalu-talu
membuatkan aku cuak. Kemudian aku teringat yang aku tidur sendirian malam ini
kerana rakan sebilikku pulang ke rumahnya memandangkan esok hari sabtu.
Sesudahnya aku berpaling ke belakang untuk melihat cuaca
diatas tingkap yang terbuka tanpa sebarang langsir untuk melihat sekiranya hari
sudah siang. Tingkap bilik sebenarnya berdepan dengan pintu manakala pintu
bersebelahan dengan katilku. Hari masih gelap rupanya. Ketika itu aku merasakan
kelainan di tubuhku. Sejuk dan bergeletar secara tiba-tiba..
Tanpa berlengah aku berdiri mencari telefon bimbit di atas
meja bersebelahan dengan tingkap. Mataku sempat tertacap pada cermin bilik tapi
segera aku melarikan pandangan. Gerun juga memikirkan akibatnya sekiranya
sesuatu muncul dari cermin tersebut. Sudahlah tadi aku berani sangat tengok
atas tingkap. Hostel aku memang cukup keras sebab keliling hutan memandangkan
blok 4 ialah blok paling hujung dan jauh.
Aku balik semula ke atas katil memandangkan telefonku tiada
atas meja belajar. Rupanya telefon tersebut di atas katil. Aku terpandang jam
melalui telefon. Pukul 2 pagi. Aku sudah bertambah cuak. Teringat kisah kawanku
yang pintunya juga pernah diketuk pukul dua pagi ketika cuti pertengahan
semester lepas serta seorang temanku yang sedang menuntut di salah sebuah
universiti tempatan juga menceritakan bahawa pintu biliknya diketuk pada pukul
dua pagi juga beberapa hari lalu.
Aku baring semula sambil menaip mesej pesanan ringkas
kepada kawan sekelasku merangkap jiran sebelah bilik. Manalah tahu mereka
sengaja mempermainkan aku memandangkan aku sendirian.
Nisa. Kau orang ada ketuk bilik
aku ka tadi? Kamu jangan main-main nanti aku cekik kamu esok pagi!
Sempat lagi aku bergurau mengelak debaran di dada.Aku
menanti sebarang respon setelah beberapa minit kawanku bernama Anisah membalas
masejku.
Tiadalah.
Kerja gila kacau orang tengah-tengah malam ni. Semua orang tengah tidur la.
Aku menelan air liur tatkala membaca masej dari temanku.
Jadi siapa yang ketuk bilik aku tadi?
Tiba-tiba bunyi benda terjatuh dari atas meja
membuatkan pandanganku beralih ke atas meja semula. Langsung tiada perubahan.
Tiada satu benda pun terjatuh. Mulutku segera membaca surah-surah yang
terlintas difikiranku. Teringat pesan mak semalam agar aku membaca surah yasin
sebab bersendirian dalam bilik. Ah! Gerak hati mak sentiasa benar. Tanpa
berlengah aku segera menaip mesej kepada kawanku.
Ambil
aku sekarang!
Tiada balasan. Aku menanti dan menanti Nisa membalas
mesejku semula. Ketika itu sempat telingaku mendengar seolah-olah gugusan kunci
yang banyak segaja dibunyikan.
Setelah beberapa minit aku terdengar pintu bilik mereka
disebelah seolah-olah terbuka dan apabila pintuku diketuk aku segera membuka
pintu bilikku. Gerun juga sekirannya bukan mereka yang mengetuk pintu bilik.
Nanti tidak pasal-pasal geng hantu Kak Limah tegur aku dekat pintu.
Setiba di bilik sebelah. Aku terus masuk bersama-sama
mereka.
“Apa yang terjadi Faz?” Soal Nisa.
“Nanti esok baru aku cerita ya. ” jawabku.
Tanpa sebarang bantahan. Rakan-rakan aku sambung tidur
mereka sedangkan aku payah untuk melelapkan mata. Dadaku masih berdegup
kencang. Sejuk satu badan aku cuba kawal sebaik yang mungkin.
Pengalaman aku selama ini terhadap perkara-perkara mistik
memandangkan rumahku dekat kampung juga cukup keras dengan benda-benda begini
sudah membuatkan aku lali. Alah bisa tegal biasa. Namun antara pengalaman yang
meyeramkan inilah pertama kali yang buat aku rasa takut yang teramat walaupun
aku dapat mengatasi ketakutan tersebut.
Aku cuba lelapkan mata namun payah! Akhirnya aku membaca
zikir memuji kebesaran Allah. Aku tahu ‘meraka’ juga makhuk ciptaan tuhan.
Tiada gunanya untuk takut benda ni kerana ketika malam menginjak pagi dan
petang menginjak malam iaitu waktu magrib ialah waktu-waktu makhluk ini sedang
menjalankan aktiviti riadah mereka untuk menganggu anak-anak Adam!
Aku tidak sedar bila aku terlelap. Azan Subuh telah
menyedarkan aku dan rakan-rakan aku untuk menunaikan solat Subuh. Dua orang
rakan aku sudah selesai menunaikan wuduk mereka dan kami bergilir-gilir untuk
menunaikan solat subuh.
Ketika Effa sedang menunaikan solat subuh Anisah memandang
wajahku.
“Faz. Apa juga yang berlaku?” Soal Anisah.
Wati yang baru terbangun juga memandang aku untuk
mengetahui perkara yang lebih lanjut.
“Semalam aku dengar orang ketuk pintu bilik aku. Seram
gila.” jelasku.
“Firasat kau saja mungkin.” tukas Wati.
“Mana ada firasat. Jelas telinga aku dengar. ” Aku
kemudiannya menceritakan dengan lebih lanjut. Dari ketukan pintu, bunyi kunci
dan bunyi barang terjatuh dari atas meja walaupun tidak ada sebarang benda pun
yang terjatuh.
Mereka cuak! Mulai mempercayai kata-kataku. Hah! baru
korang rasa apa yang aku rasa.
“Nasib baik Nisa sedar semalam.” getus Wati setelah aku
habis bercerita.
“Aku pun tak tahu kenapa semalam payah betul nak tidur.
Balik-balik tersedar dari tidur. Pelik juga aku baca mesej Faz semalam tu.
Tiba-tiba tanya benda bukan-bukan.” balas Nisa.
“Seram juga aku. Kalau waktu aku ketuk pintu Faz. Lain pula
yang keluar. Nanti tak pasal-pasal histeria aku depan bilik Faz nanti.” sambung
Nisa lagi.
Dalam keadaan yang samar-samar aku sempat memandang wajah
Wati yang memandang ke arahku.
“Alah! Kenapa cerita sekarang. Macam mana nak ambil
air wuduk?” soalnya. Aku tersenyum lucu. Tahu takut!
“Faz…. Baik kau temankan Wati.” tukas Nisa pula.
“Jom.” ajakku memandangkan aku sendiri belum ambil air
wuduk. Dalam hati aku sendiri menyesal sebab cerita dekat mereka. Keadaan luar
yang sejuk disebabkan hari hujan ketika itu. Cuaca turut memainkan peranan
dalam situasi menyeramkan.
Usai mengambil wuduk kami masuk semula ke bilik.
Nasib baik tandas bersebelahan dengan bilik Nisa. Kami bergilir-gilir
menunaikan solat subuh. Aku yang terakhir kerana ingin meminjam telekung Wati.
Tidak sangup untuk balik bilik walaupun sudah subuh.
Effa yang sudah menunaikan solat subuh terbaring. Tentu dia
juga terdengar ceritaku walaupun ketika aku bercerita dengan Nisa dan
Wati tadi dia tengah menunaikan solat subuh.
Sementara menanti Wati menunaikan solat Subuh aku duduk
mencangkung. Badanku dilitupi selimut tebal. Bergeletar seluruh tubuhku akibat
terlalu sejuk.
Aku sempat berfikir. Beberapa hari ini banyak cerita-cerita
seram yang aku dengar dan lihat. Aku sememangnya minat cerita triller dan
paranormal. Baru sahaja beberapa hari yang lalu aku menonton cerita Quarantine
dan Twilight. Tadi petang pula aku sempat membaca e-cerpen seram dari novelis
WC Abu Seman bertajuk Roh Yang Kuseru untuk menyertai pertandingan cerita
paranormal. Sememangnya sebelum tidur semalam pun aku tengah fikir jalan cerita
untuk menyertai pertandingan tersebut.
“Faz!” sergah Effa.
Hampir tersembul jantung aku akibat terkejut. Ingatkan Effa
sudah terlelap semula. Rupa-rupanya sempat memerhatikan aku yang sudah
mengelamun jauh. Nisa yang tengah duduk menghadap telefon bimbit juga terkejut.
“Apasal?” soal Nisa.
“Tu. Tengok Faz.” ujar Effa. Mataku dapat menangkap muncung
mulut Effa ke arahku walaupun hanya berlampukan lampu jalan dari luar tingkap.
Aku pula tercengang dan terkejut. Masih lagi tidak faham dengan maksud Effa.
“Apa?” soalku.
“Pelik.” jawab Effa ringkas. Kemudian aku teringat cara aku
duduk. Sudahlah duduk mencangkung. Seluruh tubuhku tertutup dengan selimut
seolah-olah budak kena rasuk pun ada.
“Faz. Kau jangan buat benda pelik-pelik. Karang aku hantar
kau balik bilik baru tau.” gurau Nisa. Aku tahu dia sendiri takut mendengar
ceritaku tadi.
Aku hanya tersenyum. Dalam hati bersyukur mujurlah ada
kawan yang sudi membantu aku semalam. Aku sempat memanjatkan doa usai
menunaikan solat subuh tadi. Bersyukur aku tidak lemah semangat mengatasi
situasi tadi.
TAMAT.
waaa seram jugak orang ketuk pintu kul 2 pagi ni... Teringat plk mase WC umo 13 tahun rasenya, WC dengan kakak tidur kat ruang tamu. tiba2 pintu rumah kene ketuk. Xtengok jam plk waktu tu. WC selamba je bukak smbil pejam mata coz mengantuk. Lpas tu tutup balik n tido...
ReplyDeleteEsoknya, WC cakap dekat abah n mak, terus kena marah... huhuhu
seram woo
ReplyDelete@Wild Cherry wahhh..hampir samalah WC...nasib baik hang tak apa2 no..
ReplyDelete@Anonymousthanks..(>,<)v
ReplyDelete