Hingus yang meleleh dikesat menggunakan
tangan. Dengan langkah malas Ikram keluar dari bilik. Kalau bukan kerana
perutnya lapar minta diisi. Tidak ingin Ikram hendak keluar bilik. Sedap-sedap
tidur tadi boleh pula perut yang berkeroncong jadi jam penggera bangunkan dia
dari tidur. Kacau mimpi betullah!
Kepala yang tidak gatal digaru. Ikram
sudah menguap bak singa lapar. Memang pun perut dia sedang menjerit-jerit minta
diisi. Tadi Ainul ada datang kejutkan dia untuk makan malam. Tapi kerana kepala
yang berat sangat membuatkan dia hilang selera untuk makan.
Keadaan yang agak gelap membuatkan Ikram
tersedar lampu yang masih menyala dari celah pintu bilik Ainul. Kakinya
melangkah mendekati bilik Ainul. Pintu bilik itu diketuk perlahan. Takut pula
kejutkan ibu dan ayahnya malam-malam buta ni.
Bila pintu dikuak. Terkejut Ainul dengan
muka Ikram yang serabut sedang senyum meleret menghadapnya. Nasib baik waktu
Ainul buka pintu tidak pengsan sebab terkejut dengan muka serabut Ikram yang
sedang berbungkus dengan selimut itu. Kalau tak memang sudah tentu depan tu
jugak Ainul pengsan! Ingatkan hantu bungkus!
“Abang Am ni kenapa?” soalnya sambil
menutup novel yang sedang di baca.
“Abang lapar. Nak makan. Tolong abang
panaskan lauk.” Pinta Ikram. Hingus yang meleleh ditarik.
Ainul memandang Ikram dengan wajah
berkerut.
“Tadi Ainul kejutkan. Abang Am kata
kenyang. Lagipun lauk dah habis.”
“Hah? habis. Aduh. Perut abang menangis
minta diisi…” cebik Ikram. Sekali lagi dia menarik hingus yang meleleh. Ainul
yang memandang ke arah Ikram cuba mentafsir wajah Ikram yang serabut kerana
baru bangun tidur.
“Abang Am demamkah?” soalnya. Tangan
kanan Ainul diletakkan di dahi Ikram. Suhu badan Ikram panas. Patutlah serabut
semacam saja rupanya.
“Abang tak demam tapi lapar.” balas Ikram
perlahan. Tangan Ainul yang melekat di dahinya diturunkan.
“Abang Am demam ni. Itulah. Main lagi
air tadi dekat kolam renang. Tengok tu badan sudah kena demam. Kejap…” bebel
Ainul. Dia kembali masuk ke dalam bilik untuk mengambil sapu tangan. Geli pula
melihat Ikram yang asyik menarik hingus yang hendak meleleh. Lengan baju pun
sudah kotor kerana menjadi tempat Ikram membuang hingus.
Macam budak kecil!
Ketika Ainul mencari sapu tangan di
dalam almari Ikram sudah memasuki bilik Ainul. Katil yang empuk menarik
perhatiannya. Kepalanya sangat berat. Tidak larat lagi hendak berdiri.
Fikirannya hanyalah pada katil untuk melelapkan mata.
Akhirnya sapu tangan yang dicari jumpa
juga. Ainul berpaling dari almari bilik. Kepalanya digeleng tatkala terpandang
Ikram yang sudah terlena di atas katilnya. Perlahan dia mendekati Ikram. Pembaringan
lelaki itu dibetulkan agar selesa. Selimut ditarik menutupi badan Ikram yang
mengeletetar kesejukan.
Muka Ikram yang comot dilap perlahan.
Dia mencari satu lagi sapu tangan dalam almari untuk diletakkan di dahi Ikram.
Ainul kemudiannya menuju ke bilik air. Setelah membasahkan sapu tangan dia
kembali meletakkan sapu tangan tersebut di dahi suaminya.
Sapu tangan yang basah dibiar kemas di
atas dahi Ikram. Dia keluar menuju ke dapur untuk masakkan bubur buat Ikram.
Kesian pula sebab lelaki itu belum makan malam. Mujurlah dia masih baca novel
memandangkan mata tidak mengantuk.
“Abang… Abang Am…” panggil Ainul. Bahu
Ikram ditolak perlahan bagi mengejutkan Ikram yang sedang tidur lena. Dia duduk
di tepi katil bersebelahan dengan Ikram.
“Ermm..?” soal Ikram sambil mengesat
matanya.
“Bangun dulu. Ainul ada masakkan bubur
untuk Abang. Makanlah dulu. Lepas tu makan ubat baru sambung tidur balik.”
Ainul memujuk. Dia membantu Ikram membetulkan posisinya.
“Perlahan-lahan.”
Perlahan bubur ayam disuap ke mulut suaminya. Risau pula dia dengan muka Ikram
yang pucat. Salahnya juga sebab tolak Ikram ke dalam kolam tadi.
Belakang Ikram dikusap perlahan agar memudahkan
dia untuk minum air. Ainul menyuap lagi bubur. Licin mangkuk yang berisi bubur
tadi, lapar benar Ikram sehingga mampu menghabiskan bubur itu. Ainul mengambil
penadol dan mineral di atas meja yang lalu dihulur kepada Ikram.
Tanpa sebarang rungutan Ikram sekadar
menyambut ubat dan air yang dihulurkan. Dua biji penadol selamat masuk ke dalam
mulut.
“Done.
Abang menyandar dulu ya. Baru habis
makan jangan terus baring.” Nasihat Ainul sambil membetulkan bantal. Ikram
dibantu agar menyandar dinding berehat. Tidak baik habis makan terus baring!
Ainul mengemas semula mangkuk dan dan
gelas bekas bubur Ikram tadi. Dia meninggalkan Ikram yang tersandar sambil
melelapkan matanya. Dengan langkah perlahan dia menghantar talam yang
meletakkan gelas dan mangkuk tersebut ke dapur.
Telapak tangannya diletakkan semula ke
atas dahi Ikram. Masih lagi panas. Demam Ikram langsung tidak kebah. Dia
membasahkan semula sapu tangan lalu diletakkan ke atas dahi Ikram.
Setiba sahaja Ainul di biliknya tadi.
Ikram sudah pun baring semula. Ternyata lelaki itu sungguh lemah. Ainul
memandang wajah Ikram yang berbungkuskan selimutnya. Betul kata orang, jika
hendak melihat rupa sebenar seseorang kita perlu memandang ketika mereka tidur.
Ainul tersentuh dengan wajah Ikram yang persis seorang bayi yang comel.
Ainul membetulkan semula selimut Ikram.
Dia duduk di atas lantai. Tangan didongakkan di tepi katil. Ainul melelapkan
matanya. Matanya sudah meminta untuk berehat. Akhirnya Ainul tertidur di tepi
katil.
Bunyi laungan Azan subuh dari masjid
berdekatan mengejutkan Ainul dari tidur. Dia mengosok mata yang masih lagi
kuyu. Ainul memandang Ikram yang masih terlelap. Tangannya melekat di dahi
Ikram. Sedikit sebanyak demam Ikram sudah surut. Ainul cuba untuk berdiri namun
kakinya kebas. Mungkin kerana semalaman tidur sambil duduk membuatkan kakinya
kebas.
Ainul mengerang kesakitan. Sukar untuk
dia berdiri dengan keadaan yang kebas. Dia cuba mengurut kakinya.
“Ainul?” panggil Ikram. Dia juga telah
tersedar dari tidur. Tangannya menolak rambut yang terkena muka ke belakang
kepala.
“Hah? eh… maaf buat Abang Am terjaga.”
“Takpe. Kaki Ainul kenapa?”
“Kebas sikit ni. Kejap lagi okey la
dia.”
“Mari abang Am tengok.” Dia cuba untuk
turun dari katil. Selimut tebal yang memyelimuti badannya ditolak ke tepi.
“Eh! Takpa… kaki Ainul dah mula okay dah ni. Abang Am rehatlah kejap.
Ainul nak pergi ambil air wuduk.”
“Abang Am pun nak bangun ni ambil air
wuduk. Kita solat sama-sama yaa.” Ujar Ikram. Matanya memandang ke arah Ainul.
Ainul mengaru kepalanya yang tidak gatal. Selalunya dia akan solat berjemaah
dengan dengan Mak Bibah yang datang awal ke rumah mereka.
“Baiklah… Ainul pergi ambil air wuduk
dulu.”
Ikram sekadar mengangguk.
Ainul menyalam tangan lalu mencium
tangan Ikram setelah usai menunaikan solat subuh. Dia melipat sejadah dan
menyidai ke penyidai yang disediakan.
“Thanks
Ainul sebab jaga abang Am semalam.” Ikram duduk di birai katil.
“Tak mengapa hal kecil saja tu.”
“Abang betul-betul terima kasih dekat
Ainul ni. Tak main-main lagi. Semalam abang lapar gila.” Ikram menyakin Ainul.
Sungguh dia kebulur tahap cipan semalam.
Ainul tergelak kecil. Dia ingatkan pasal
demam rupanya sebab masakkan bubur buat Ikram yang tengah kebulur.
“Apasal Ainul gelak pula?”
“Abang Am ni kartun betul la.
Sakit-sakit pun makan juga yang difikir dulu.”
“Betul! Sekarang ni pun abang tengah
kebulur. Sudahlah tengah hari semalam tak makan. Malam tadi tak makan. Abang
memang fikir makanan je sekarang ni.”
“Abang rehatlah dulu. Ainul sediakan
sarapan. Nanti kalau siap Ainul panggil Abang Am.”
“Betul?” Bersinar-sinar mata Ikram
memandang Ainul. Gadis itu mengangguk.
“Abang rehat saja. Nanti Ainul kejutkan
kalau sudah siap masak. Demam abang Am pun belum kebah lagi.”
Ainul membantu Mak Bibah menyediakan
sarapan pagi. Wanita itu bercadang untuk masak nasi goreng Seafood saja pagi
ni. Ainul sekadar menurut. Semua urusan dapur memang disediakan seratus peratus
kepada Mak Bibah. Dia sekadar membantu menyediakan pinggan dan gelas serta
menyediakan buat air sahaja.
“Oh yaa! Semalam siapa yang masak
bubur?” soal Mak Bibah.
“Ainul yang masak. Abang Am lapar
semalam. Dia minta masakkan.”
“Ikram pergi ketuk bilik kamu?” Terkejut
Mak Bibah dengan jawapan Ainul.
Ainul mengangguk.
“Budak ni mimpi apa pula nak makan
bubur.” rungut Mak Bibah. Setahunya Ikram memang tidak suka makan bubur. Geli
katanya.
“Maksud Mak Bibah?” soal Ainul pula.
“Ikram tu hah! dia bukannya makan bubur.
Geli konon. Memang dari kecil tidak suka. Selalunya dia kata nak termuntah
makan bubur.”
“Tukar selera kot…” ujar Ainul. Semalam
berselera sahaja dia nampak Ikram makan bubur yang dimasaknya. Tidak pula Ikram
merungut apa-apa. Mungkin juga Ikram terlampau lapar sehingga makan makanan
yang tidak disukainya.
Ikram mengeliat. Tangannya direngang.
Segar setelah bangun dari tidur nyenyak. Sapu tangan basah yang melekat di dahi
sudah pn kering. Dia kemudiannya bangun dari atas katil.
“Am! Kamu buat apa dari bilik Ainul?”
soal Encik Ahmadi. Puan Noraini yang juga ternampak anaknya yang baru saja
keluar dari bilik Ainul memandang suaminya sekilas. Kemudian beralih ke arah
Ikram semula. Mimpikah mereka? Am keluar dari bilik isterinya? Biar betul!
“Err... err…Am…” Tergagap Ikram untuk
menjawab soalan ayahnya. Gerun pula dengan pandangan ayah dan ibunya yang
tajam.
“Tergagap-gagap… Entah apa-apa saja kamu
ni. Mata ayah yang serabut tengok kamu punya rupa ni. Serabut betul!”
“Am lapar ayah. Am minta tolong Ainul
masakkan semalam. Sedar tak sedar Am tertidur waktu tunggu Ainul habis masak.” jelas
Ikram sedikit.
Kedua ibu bapanya mengeleng dengan
perangai anak lelaki mereka. Suka betul membuli Ainul. Sejak mereka berkahwin
secara automatik tugas menjaga keperluan Ikram menjadi tanggungjawab Ainul
setiap hari walaupun mereka hanya bergelar suami isteri atas kertas sahaja.
“Kamu ni Ikram. Yang kamu kejutkan Ainul
semalam tu sebab nak minta masakkan makanan apasal pulak? Budak tu kejutkan
kamu makan malam semalam liat nak bangun. Lepas tu menyusahkan orang
malam-malam buta.” Puan Noraini sudah memulakan ceramah free awal pagi. Ikram
mengosok belakang lehernya.
‘Baru saja bangun. Sudah kena bebel.’
Getusnya dalam hati.
“Alah bu. Ainul belum tidur lagilah time tu. Dia masih lagi layan novel.” jawab
Ikram.
“Sudahlah. Am pergilah mandi. Lepas tu
turun bawah sarapan.” arah Encik Ahmadi. Ikram tersenyum. Ayahnya sentiasa
berada di sisi. Muah! Kredit buat ayah
tersayang…balasnya dalam hati.
“Abang ni asyik-asyik manjakan saja si
Ikram tu. Tengok tu sudah besar panjang pun masih lagi manja. Kesian Aini
tengok Am asyik buli isteri dia saja. Tu bukan isteri namanya. Hamba sudah tau.”
rungut Puan Noraini. Mereka berjalan
seiringan ke dapur.
“Awak pun janganlah berkeras sangat
dengan anak. Jangan marah pagi-pagi ni. Rezeki tak masuk. Senyumlah sikit.” pujuk
Encik Ahmadi. Dia memeluk bahu isteri kesayanganya.
“Kita tak tegas takut-takut saja si
Ainul tu lari nanti dengan perangai laki dia.” Hampa betul Puan Noraini.
Ingatkan doa sudah termakbul tadi.
“Nanti abang cuba slow talk dengan Ikram. Kita buat pelahan-lahan agar mereka jadi
suami isteri dari erti sebenar ya sayang.” pujuknya lagi. Puan Noraini
tersenyum. Terpujuk dengan kata-kata suaminya.
“Abang dah sihat sikit?” bisik Ainul
yang duduk bersebelahan dengan Ikram.
“Dah. Dah kebah sikit.”
Puan Noraini yang terdengar perbualan anak
dan menantunya memandang mereka berdua
yang duduk berhadapan dengannya di meja makan.
“Siapa sakit? Am ke?” soalnya.
“Hah?” ujar Ainul dan Ikram serentak.
Antara mahu atau tidak Ikram mengangguk. Tidak sangka pula ibunya terdengar
perbualan mereka. Padahal sudah cukup perlahan mereka berbisik.
“Patutlah Mak Bibah kata tadi Ainul
masakkan Ikram bubur semalam.” kata Puan Noraini.
Encik Ahmadi yang sedang membaca surat
khabar melipat surat khabar itu apabila terdengar kata-kata isterinya. Ikram
makan bubur? Sesuatu yang Pelik bin Ajaib.
“Bukan Am tak makan bubur ke?” soal
Encik Ahmadi.
“Lapar punya pasal. Am makan je. Lagipun
sedap saja Am rasa.”
“Pelik juga kamu ni. Jadi demam tu sudah
kebahkah?” soal Puan Noraini.
Ikram mengangguk. Dia menambah nasi
goreng lagi.
“Orang sakit tiada selera. Tapi ayah
nampak kamu ni berselera bukan main lagi. Berapa lama kamu tak makan ni Am?”
“Kelmarin tak sempat makan ayah. Sibuk
dengan tender baru tu.”
“Kerja, kerja juga. Makan jangan lupa.”
Nasihat Encik Ahmadi.
“Tengok. Kalau sakit bini yang dicari.
Kalau sihat walafiat tak sah kamu kalau balik lewat. Bukan ibu tak tahu. Ainul
yang jadi Pak Guard tolong kamu
bukakan pintu kalau kamu lupa bawa kunci rumah.” omel Puan Noraini.
Tersedak Ikram yang hendak minum Nescafe
panas mendengar kata-kata ibunya. Dia memandang Ainul disebelah. Ainul yang
turut terkejut memandang Ikram. Dia mengeleng kepalanya apabila Ikram
memandangnya pelik. Bukan dia yang bocorkan rahsia Ikram balik lewat. Betul!
“Tak payah nak tengok antara satu sama
lain. Biji mata ibu sendiri yang nampak Ainul bukakan pintu untuk Am pukul 3
pagi. Waktu tu ibu ada dekat dapur minum air. Korang berdua saja tak perasan.”
Ikram melemparkan senyuman meleret
kepada ibunya. Tangannya menyiku Ainul yang hanya berdiam diri.
‘Minta tolong backup la tu’ desis hati Ainul. Keningnya terangkat. Berpura-pura
tidak faham dengan signal yang abangnya beri.
“Sudah… sudah… Ikram lain kali kalau
buat hal jangan heret Ainul sekali. Kalau lupa bawa kunci lagi tidur dekat
depan pintu tu. Ainul tak payah bukakan pintu. Faham.” Ainul mengangguk apabila
Encik Ahmadi memberi arahan kepadanya.
Ainul yang sedang membasuh pakaian
dikejutkan dengan sergahan oleh Ikram. Terjerit kecil dia apabila Ikram
tiba-tiba muncul dari pintu tandas.
“Ainul buat apa?” soal Ikram. Dia duduk
mencangkung ditepi isterinya.
“Tengah main masak-masak. Abang Am tak
nampak ke?” jawabnya. Semua baju kerja Ikram memang terpaksa dicuci guna
tangan. Terpaksalah dia yang tidak pernah basuh kain guna tangan terpaksa menjalan kerja-kerja membasuh.
Selama ini dia hanya menyuci baju menggunakan mesin basuh saja.
Tidak kiralah baju mahal atau tidak. Sejak
tugas menyuci baju Ikram diambil alih, dia terpaksa menyuci guna tangan.
Menurut Mak Bibah. Ikram memang cerewet dalam bab penampilan. Semuanya hendak
sempurna!
“Amboi mulut.” Ikram bermain buih dari
besen yang berisi pakaian kotornya. Dia mengambil buih tersebut lalu ditiup
tepat kena muka Ainul. Habis muka isterinya terkena buih sabun.
“Abang Am ni. Kalau sakit buatlah cara
sakit. Ini tidak! kacau orang saja kerja dia. Ainul nak basuh kain ni.” Marah
Ainul. Geram betul. Baik-baik dia tidak basah tadi. Basah terus terkena buih
sabun yang ditiup oleh Ikram.
Ainul membersihkan mukanya yang kotor
terkena sabun.
“Alahai. Tu pun nak marah… mari Abang Am
bantu.” Ikram membersihkan muka Ainul. Tudung yang turut senget dibetulkan
kemas oleh Ikram.
“Done.
Cantik bidadari Abang Am.”
“Mari abang Am bantu cuci kain ni.
Kesian pula Abang Am tengok Ainul kepayahan membasuh kain.” sambungnya lagi.
Ainul yang terkaku dengan tingkah Ikram
yang romantik membantunya mengemas tudung tadi tiba-tiba tersentak. “Abang
bantu? Tak payahlah. Pergi rehat dalam bilik…” tukas Ainul. Dia mengambil baju
kemeja ditangan Ikram.
“Bak sini…” Ikram merampas balik
kemejanya.
“Tak payahlah. Abang Am demam tu.”
“Abang kata bawa sini…” Tarik Ikram
lagi. Ainul mengalah juga. Kalau terus menerus main tarik baju alamatnya rabak
baju kemeja Ikram. Mereka bekerjasama menyuci baju.
Usai membilas, Ikram bantu mengangkat
bakul yang berisi bajunya yang dicuci tadi ke jemuran kain yang tersedia di
belakang rumah. Ainul hanya mengikut dari belakang sambil membawa hanger baju dan penjepit.
“Bukan macam tu. Tak nampak kemas.”
Ikram menegur cara Ainul menjemur kain. Dia membuka semula baju yang telah
tersidai.
“Betullah ni. Ainul susun ikut jenis
baju.” balas Ainul.
“Kena susun ikut saiz baru nampak kemas.
Lepas tu ratakan macam ni. Hah! tengok. Kemaskan.” Puji Ikram tentang cara dia
menjemur kain. Ainul memandang sahaja. Setiap kali dia hendak menjemur ada saja
yang salah dimata Ikram. Akhirnya semua baju dijemur sendiri oleh Ikram.
“Huh! Panasnya.” rungut Ikram. Mereka
melangkah masuk ke dalam
“Siapa suruh abang datang bantu. Sudah
tahu sakit nak lagi kena panas. Karang ada yang demam balik ni.” omel Ainul.
“Sakit tak semestinya kena baring
terlantar atas tilam saja adik oi.” bidas Ikram. Tidak mahu kalah dengan omelan
Ainul.
“Ainul tak kata kena baring saja pun.
Sekurang-kurangnya janganlah berpanas. Banyakkan rehat.”
“Yelah..” Ikram mengalah.
Puan Noraini yang memandang gelagat Ainul
dan Ikram dari tingkap dapur tersenyum. Alangkah baiknya kalau kemesraan kedua
insan itu adalah kemesraan suami isteri yang sebenar. Ini tidak. Hanya
kemesraan antara seorang abang dan adik perempuannya sahaja.
“Suka saya tengok mereka berdua macam tu
kak. Tapi sayang mereka hanya anggap antara satu sama lain hubungan abang dan
adik saja.” ujarnya kepada Mak Bibah yang berdiri disebelahnya.
“Sabar sahajalah Aini. Kalau ada jodoh
mereka tidak akan ke mana juga. Lama kelamaan sedarlah budak berdua tu erti
cinta suami isteri.” balas Mak Bibah. Dia menepuk bahu Puan Noraini. Memberi
semangat kepada seseorang yang dianggap adik kandung sendiri. Puan Noraini
hanya tersenyum membalas kata-kata Mak Bibah.
Ikram mengetuk pintu bilik Ainul. Bosan
betul dia terperuk dalam rumah besar ni. Entah berapa kali sudah dia
terguling-guling atas katil sambil menonton drama korea dalam biliknya.
“Jom kita main piano nak?” ajak Ikram sebaik
sahaja pintu bilik terkuak.
“Tak nak. Ainul tengah baca buku ni.” balasnya.
“Alah…kejap je. Nanti Ainul bacalah buku
tu.” pujuk Ikram. Dia membuat muka simpati.
“Please…”
pujuk Ikram lagi.
Ainul berfikir sejenak. “Boleh! Tapi
dengan satu syarat.”
“Laa… kena syarat-syarat la pulak. Cepatlah!”
cebik Ikram. Dia menanti Ainul memberitahunya syarat tersebut.
“Ainul nak tahu lagu apa yang abang
mainkan untuk Ainul hari tu.”
“Oh! Yang tu… abang tetap akan bagitahu
juga. Tapi bukan sekarang…next… yang
ni tak kira.”
“Mana aci.” cebik Ainul. dia yang bagi
syarat. Senang-senang saja Ikram tolak.
“Aci tak aci Abang Am tak kira. Cepat
tukar lain.”
“Yiee...beginilah. Ainul nak rakam
lagu-lagu yang Abang Am main nanti. Boleh?”
“Rakam aje tapi jangan masukkan dalam YouTube tau. Nanti menangis artis-artis
tu tengok abang yang handsome ni
mainkan lagu mereka.”
Ainul mencebik. ‘Puji diri sendirilah
tu.’
“Tak baik riak.” Bidasnya.
Mereka duduk hadapan piano putih Ikram.
Ainul bersedia untuk menghidupkan rakaman telefon untuk merakam Ikram memainkan
lagu.
“Pastikan Abang nampak handsome dalam tu yaa…hehe…” ujar Ikram
sebelum memulakan lagu. Sempat lagi matanya gatal mengenyit pada Ainul. Dia mainkan
lagu Bagaikan Bidadari dari penyanyi Tomok sambil menyanyikan lirik lagu
tersebut.
Hadirmu bagaikan bidadari,
Melenkapkan langkahku yang terhenti,
Kaulah pemaisuri gelap dunia tanpamu
Umpama nafasku kan berhenti,
Jika kau hilang dalam hidup ini
Percayalah kasih cintaku padamu
Ikram memandang wajah Ainul sambil
menyanyikan lagu tersebut. Kemudian Ikram senyum ke arah video yang di rakam.
Dia tunduk hormat setelah habis menyanyi. Berlagak seperti pemain profesional.
“Hebatnya suara Abang Am. Sayu je
dengar.” puji Ainul.
“Tengok rupalah…”
“Apa-apa je la. Next song. Hari ni abang Am jadi penyanyi. Ainul jadi tukang
gambar.” Cadang Ainul.
Pintu diketuk menarik perhatian mereka.
Mak Bibah berjalan medekati mereka.
“Ainul. Ada orang nak jumpa. Katanya dia
kawan Ainul.” ujar wanita tersebut.
“Kawan Ainul?” ajuk Ikram pula. Sejak
bila Ainul ada kawan dekat Sabah.
“Siapa mak Bibah?”
“Lelaki Cina. Mak Bibah pun tak kenal.
Dia tak pandai cakap melayu. Tu hah tengah duduk di ruang tamu dengan ibu
kamu.”
Ainul dan Ikram berpandangan antara satu
sama lain. Hanya satu nama saja yang terlintas di kepala Ainul dan Ikram pada
ketika ini. Tapi mustahil lelaki itu sangup datang ke Malaysia. Yang penting
macam mana dia boleh tahu rumah Ainul kini!
“Tak apalah Mak Bibah. Nanti kami
datang. Terima kasih.”
“Siapa agaknya?” soal Ikram sebaik sahaja Mak Bibah keluar
dari bilik.
“Entah. Ainul pun tak pasti.” Dia
menjongket bahu sambil membetulkan tudungnya.
“Ermm… Jom tengok. Apalah nasib! Setiap
kali kita masuk bilik ni ada saja yang datang nak jumpa. Hari tu peguam. Yang
ni entah siapa pula. Kacau orang nak main betul.” rungut Ikram.
Ainul sekadar tersenyum lucu.
tetamu dri taiwan kah?
ReplyDeletejeng3... :D
@Anonymous jeng...jeng...jeng...
ReplyDeletebest2..x sbr nak tau sape...good job.. ^_^
ReplyDelete