Saturday, December 17, 2011

Tembok Cinta part 6



Bab 6
Rasa seram sejuk Fiera rasa mengenangkan perangai Adam. Takut dengan mamat psyko yang ada sejarah dengan dia ketika dia sekolah menengah dahulu. Adam sangup buat apa saja untuk dapatkan perhatiannya.
Kini perkara yang sama berulang kembali. Dia tidak dapat bayangkan tindak tanduk Adam selepas ini. Lelaki itu jadi bos Fiera dan dia bakal menghadap Adam setiap hari memandangkan tugas barunya ialah Personal Assistant Adam Danial. Terasa hendak demam Fiera memikirkan perkara tersebut. Hendak menolak susah juga. Keluarga Adam terutamanya ibu bapa lelaki itu terlalu baik buat Fiera.
“Entah cadangan siapa pula yang nak aku jadi PA dia tu.” rungut Fiera. Rancangan di televisyen langsung tidak menarik perhatiannya. Anis pula sudah awal-awal cabut keluar dengan Faizul. Sudah berapa kali Puan Ariana menegah anak daranya agar jarang keluar selalu terutamanya hari-hari nak dekat pernikahan ini. Maklumlah mereka berduakan darah muda. Takut apa-apa terjadi di luar jangkaan walaupun Faizul seorang yang boleh dipercayai.
“Mana pulak si Taufiq ni. Tadi suruh aku bersiap cepat. Tau-tau dia pulak yang lambat.” Rungutnya lagi. Remote televsyen di capai. Beberapa siaran di tukar.  Satu pun tidak menarik perhatiannya. Akhirnya butang merah Off ditekan. Fiera membelek majalah Wanita mingguan di atas meja. Ini semua majalah Anis. Harapkan dia baik dia beli CD atau DVD drama korea dari majalah. Kalau hantu korea tetap hantu korea la jugak!
Cahaya kereta dari tingkap ruang tamu menarik perhatiannya.
“Sampai pun kau!” dengusnya. Handbag berwana coklat kehitam-hitaman di capai. Tali beg tangan tersebut sengaja dipanjangkan lalu disilangkan beg di badan.  Penampilannya cukup rugged. Berseluar jeans hitam dan t-shirt putih. Serta selendang Pashmina berwarna biru laut dililit di kepalanya.
Setelah usai mengunci pintu dan grill rumah. Fiera berjalan ke pagar rumah. Taufiq hanya tersengih. Dia bersandar di kereta menanti Fiera mengunci pagar. Tangannya disilangkan.
“Awal kau sampai?” sindir Fiera.
“Releks la beb. Tu pun nak marah.”
Fiera mencebik. Aku tending kereta mahal kau ni. Baru kau tau makna releks. Sejam lebih aku tunggu kau sampai basi. Kutuk Fiera dalam hati. Pintu kereta di buka kasar.
Taufiq tersenyum.
“Buruknya muka orang sebelah aku ni.” Ujarnya. Dia memulakan pemanduan. Bukan silapnya terlewat tapi kebetulan ada kemalangan hingga jalan sesak.
Taufiq menarik lengan t-shirt Fiera.
“Apa tarik-tarik… kalau kita insiden macam mana? Kau bawa sajalah kereta tu baik-baik.” tegur Fiera.
“Tapi janji jangan marah aku.”
Fiera hanya berdiam. Dia menarik balik lengan t-shirt gadis itu.
“Janji dulu.”
“Iyalah tak kuasa aku nak marah kau. Buat sesak otak je.”
“Janji?”
“Ya! Janji. Puas?”
“Begitulah Nurul Zaffiera. Kau kan nak dating dengan vampire kesayangan kau tu. janganlah merajuk. Nanti takut Edward Cullen tengok muka kau tu. Muka nenek kebayan pun kalah.” Gurau Taufiq.
“Amboi mulut. Sesedap mi sedap je kau panggil aku nenek kebayan.” Lengan Taufiq menjadi mangsa kena cubit. Padan muka.
“Sikit-sikit mencubit… Sikit-sikit mencubit… malang betul siapa jadi laki kau ni. Habis lebam-lebam kau kerjakan. Ganas betul!”
“Suka hati akulah. Laki aku bukannya laki kau pun.”
“Eh! Aku straight tau. Bukan laki tapi bini.” Tukas Taufiq.
“Ops! Baru pulak aku tau. Kau ni straight. Ingatkan macam Curve ruler yang lembik semacam tu. hehe…”
Taufiq menjeling tajam Fiera seketika. Mahu sahaja dia menarik mulut celupar Fiera tu. Jelingan Taufiq dibalas dengan kening Fiera yang terangkat. Ingat aku takut!
Lagu Bruno Mars-Count on me menarik perhatian Fiera. Segera dia menguatkan volume radio kereta Taufiq.



“Maaf encik.  Seat sudah penuh. Hanya tinggal couple seat pada pukul 8.30 malam sahaja.” Ujar pekerja panggung wayang tersebut. Dia tersenyum manis kepada pasangan di hadapannya.
“Seat biasa tiada lagi ke dik?” soal Fiera tidak puas hati. Nak tengok Twillight punya pasal.
“Ada tapi pukul 10 kak.” Jawab pekerja lingkungan awal 20 an.
“So? Sekarang jam 8. Kau nak tengok jam berapa punya. Aku tak kisah. Sebab esok aku off. Kau tu yang kena bangun awal.” Taufiq menunggu keputusan Fiera. Balik lambat atau tak dia tak kisah pun.
Fiera masih menyilangkan tangannya. Memikirkan jam berapa hendak menonton rancangan kegemarannya.
“Jam 10 sajalah Fiq... tak nak aku duduk couple seat. Tak selesa.”
“Kenapa takut tertidur di bahu aku lagi ke?” bisik Taufiq telinga Fiera. Waktu mereka menonton wayang dua bulan lalu. Fiera tertidur di bahu Taufiq. Siap liur terleleh lagi. Seminggu dia kena kutuk oleh Taufiq.
“Cerita tu yang boring.” Jawabnya. Masih lagi enggan mengaku kalah.
“Dik kami nak seat sebelah sini ya.” Pilih Fiera. Dia memilih tempat duduk tengah-tengah agar lebih selesa.
“Ni duit tiket. ” Taufiq membayar tiket wayang lalu menyimpan tiket di dalam dompetnya.
“Kita makan jom. Aku nak telan burger Mc.Donald ni.” Ajak Fiera.



“Kau nak cerita apa juga tadi pagi?” soal Taufiq. Air Coke diminum.
Fiera mengeluh. Baru saja dia lupa pasal Adam. Taufiq sudah mula buka kotak fikiranya pasal lelaki itu lagi. Hilang terus selera hendak makan burger. Dia meletak burger itu semula.
“Adam…”
“Adam abang si Anis? Kenapa?”
“Adam tu ialah Adam adik angkat cikgu Kamil dulu tu.”
“Cikgu Kamil yang ajar Sastera tu? elok benar. Sekurang-kurangnya kau kenal budak tu.”
“Masalahnya Taufiq. Aku ada masalah sikit dengan budak tu. Pasal dialah aku kemalangan kereta dulu. Seminggu aku terlantar di hospital time tingkatan lima. Waktu tu kau sudah pun pindah sekolah.”
“Apa pula masalah kau dengan dia sampai jadi boleh kemalangan?”
“Dia suka aku Fiq. Budak tu macam kena guna-guna sahaja tau dengan aku. Dia angau satu badan. Padahal aku pun tak rapat sangat dengan dia. Balik dari seminar SPM je kami rapat. Biasalah aku anggap semua orang kawan aku. Tapi dia ni lain macam sedikit. Lepas aku kemalangan tu dia terus lenyap hinggalah sekarang.” Jelasnya. Terpamer riak tidak puas hati di muka Fiera.
“Adam yang langgar kau ke?” soal Taufiq pelik.
“Tak. Cikgu Kamil ada jumpa aku. Dia ingatkan aku yang sebabkan Adam hilang tumpuan belajar. So cikgu tu ‘Tegurlah’ aku sedikit. Bukan sikit tapi banyak. Aku tak tahan. So aku terus minta diri. Aku sendiri tidak sedar bila balik dari restoran tu aku kena langgar. Otak aku waktu tu tidak dapat berjalan lancar. Tak sedar-sedar terus kena rempuh kereta.”
“Owh… so sekarang ni Adam ialah abang Anis so kau kenalah jumpa dia selalu. Gitu?” Taufiq sedikit sebanyak memahami masalah Fiera.
“Bukan masalah tu je. Sekarang ni dia sudah ambil alih syarikat dan masalah besarnya aku kena lantik jadi PA dia tau. Aku mula jawatan baru lepas aku settle down semua kerja aku sekarang ni dan start lepas cuti kahwin Anis nanti aku kena jadi PA Adam Danial.”
Taufiq mengangguk-angguk.
“Apa kau ni terangguk-angguk macam burung belatuk. Kasilah idea sikit beb.”
“Fiera. Be positive sikit boleh tak.Orang boleh berubah. Inikan pula beberapa tahun yang lalu punya perasaan. Mungkin dia pun sudah ada pilihan lain.”
“Aku takut Fiq. Adam tu lain sikit. Kalau tak mana mungkin hari kedua jejak Malaysia sudah masuk kerja. Tiba-tiba pula abah lantik aku jadi PA anak lelaki dia tu.
“Kau je banyak fikiran Fiera. Dia masuk kerja di syarikat sendiri memang tanggungjawab dia. Abah lantik dia pula sebab kau lebih berpengalaman dalam perniagaan. So tak perlulah banyak fikiran cik Fiera oi.”
“Dah! Baik lagi kau makan burger tu dari sesakkan fikiran kau. Just follow the flow. Kalau dia punya perangai macam dulu. Kau letak jawatan. Senang cerita. Katakan saja dengan abah kau nak capai cita-cita kau.” Sambung Taufiq lagi.
Termakan juga Fiera dengan nasihat Taufiq. Betul juga buat apa dia fikirkan hal tersebut selagi belum berlaku. Lagipun mungkin benar kata Taufiq. Adam sudah ada pilihan sendiri. Bertahun di luar negara mustahil lelaki itu tidak punya teman wanita.
“Tau tak. Ubat guna-guna kau tu bukan saja terlekat dengan Adam. Tapi Ammar pun kena ubat guna-guna kau tu! Hahaha….” Gurau Taufiq.
Satu hantukan maut dihadiahkan buat Taufiq. Mulut cabul sangat.
 “Adoi! Sakitlah bangang…” kepalanya digosok perlahan.
“Aku bayar zakat kepala aku tiap-tiap tahun ni tau…” ujarnya. Masih lagi mengosok kepalanya.
“Yang mulut kau tu cabul sangat apasal? Nak kena hempuk lagi try la buat lagi…!” Fiera memberi amaran keras.
“Dah! Makanlah…”
Fiera mengigit burger dengan gigitan yang besar. Terasa burger yang digigit tersekat di kerongkongnya. Tercekik burger!
“Uhuk…Uhuk…! Fiiiqqq air….” Dia menepuk dadanya. Sukar bernafas seakan-akan tersumbat saluran pernafasaannya kini.
“Hish! Kau ni makan pun tak senonoh. ” Bebelnya. Gelas air pepsi dihulurkan kepada Fiera. Gadis itu masih lagi tersedak. Taufiq mendekatkan dirinya ke sebelah Fiera. belakang gadis itu ditepuk perlahan agar membantunya bernafas.
“Lain kali kalau makan tu ingat juga dunia. Ini tak! Makan macam setahun tak jumpa makanan.” Bebelnya lagi.
Sepasang mata sedang memandang Fiera dan Taufiq dari jauh. Hilang seleranya hendak terus makan. Niat untuk ke restoran terbantut apabila terlihat seseorang yang cukup dikenali. Kalau bukan sebab janji temu dengan kawannya sudah tentu Adam masih lagi terperuk dalam bilik. Dia geram dan sakit hati melihat ‘kemesraan’ Fiera dan Taufiq. Dia ingat wajah Taufiq walaupun dalan keadaan samar-samar. Mungkin dia pernah berjumpa dengan Taufiq sebelum ini kerana wajah itu seperti sudah pernah dijumpa dulu.
Adam mengengam erat tangannya. Sakit matanya terpandang dua pasangan sejoli yang membuatkan hatinya terbakar. Rasa tercabar pula melihat mereka. Adam tahu Fiera dan Taufiq tidak mempunyai hubungan istimewa. Itu yang diutarakan oleh adiknya semalam.
“Fiera masih single kalau abang Adam nak usha best friend Anis tu. Tapi saingan abang banyak tau…hehe…” ujar Anis.
“Hai Adam. Sorry aku lambat.” Haris menepuk bahu rakannya yang khusyuk mengelamaun.
“Oh Ris....” Terkejut Adam dengan sergahan sahabatnya. Haris rakannya satu Univesiti ketika berada diluar negara dahulu. Segala susah senang berada di luar negara dikongsi bersama. Akhirnya rakan sekelasnya itu menjadi kawan karib sehingga kini.
“Kita nak pergi mana ni Ris?” soal Adam.
“Tengok Twilight part 1.”
“Bukan kau dah tengok dulu ke?”
“Alah tu time oversea dulu. Ni aku nak tengok wayang versi panggung wayang dekat Malaysia ni.” jawab Haris.
Adam hanya tergeleng dengan perangai pelik Haris. Bukan pertama kali dia dengan perangai pelik Haris ni. Kadang-kadang memang sesuatu yang diluar jangkaan.
Mereka beratur untuk membeli tiket wayang. Akhirnya Adam setuju juga hendak temankan rakan karibnya menonton wayang bersama.
“Aku sudah break dengan Julia.” Ujar Haris akhirnya.
“Apahal?”
“Mak bapa aku tidak dapat terima dia. Mereka nak orang Melayu tulen jugak jadi bini aku. Aku sendiri binggung Adam. Julia lain dari gadis barat yang lain. Kau pun tahu dia macam mana. Tapi mak bapa aku masih juga tak dapat terima.” Jelasnya.
Adam bungkam. Dia kenal Julia. Gadis barat itu memang tidak ada sifat kebaratan langsung. Pakaiannya hanya biasa sahaja walaupun dia tidak bertudung tapi sifat lemah lembut Julia yang mengetuk pintu hati Haris.
“Aku tak tahu nak cakap apa Ris. Soal hati tiada yang lebih jelas selain diri kau sendiri tapi kau jangan lupa jugak soal jodoh semuanya ditangan Allah.” Nasihat Adam. Tapi teringatkan babak Fiera dan Taufiq tadi buatkan hatinya bungkam. Layakkah dia berkata sedemikian kepada Haris sedangkan hatinya juga terguris. Dia tidak dapat terima sekiranya Fiera memilih orang lain. Dia masih lagi cintakan gadis itu!
Haris tersenyum kelat. Dia tidak dapat fikirnya benda lain lagi. Julia sendiri yang minta putus dengannya. Julia tidak mahu hubungan Haris dan keluarganya berpecah belah semata-mata kerana cinta mereka.




Fiera tergelak apabila Taufiq mengayakan jalan persis seorang mak nyah. Beg tangan Fiera kini tersangkut di badan Taufiq. Fiera gelak tak ingat dunia. Memandangkan Taufiq yang gila-gila macam otaknya juga sangup menerima cadangan untuk berpura-pura menyamar pondan.
Tangannya memengang perut. Kejang perutnya akibat terlalu kuat ketawa. Terhuyung-hayang Fiera berjalan oleh kerana ketawakan Taufiq.
“Yiee…you ni.” Ujar Taufiq dengan bersuara sengaja dilunakkan. Tangannya segaja dilembutkan. Langkahnya berjalan terlengok seperti itik. Persis seorang mak nyah tidak jadi.
“Aduh. Sakit perut aku Fiq. Dah la. Tak larat aku gelak lagi.” Getus Fiera apabila ketawanya semakin reda. Dia ketawa lagi. Taufiq memang tidak makan samam. Lelaki itu mengerdipkan matanya kepada beberapa orang lelaki yang sedang melepak.
Taufiq tahu cara hendak memujuk Fiera. Setiap kali Fiera tekanan, stress atau sedih ada sahaja yang dilakukan buat Fiera. Asalkan Fiera tetap sentiasa ketawa dan bergurau senda.
Fiera masih tergelak kuat. Tiba-tiba dia terlanggar bahu seseorang.
“Sorry encik. Sorry…” kalut Fiera tiba-tiba. Hampir sahaja dia terjatuh tadi nasib baik Taufiq sempat menarik tangannya agar stabil.
Lelaki yang sedang membelakangi Fiera berpaling apabila terdengar suara Fiera meminta maaf.
“Adam?” Terkejut Fiera terpandang wajah lelaki di hadapan.
“Fiera? tak sangka boleh jumpa you dekat sini.” Ujar Adam. Berpura-pura tidak tahu kelibat Fiera di situ. Padahal dari jauh lagi dia sudah tedengar suara Fiera ketawa. Adam cemburu mendengar gelak ketawa Fiera dengan orang lain sedangkan dengan dia terlalu sukar untuk Fiera mengeluarkan sebutir pun perkataan.
“Ya. Tak sangka kita jumpa dekat sini.”
“Jalan-jalan dengan Anis ke?”
“Tak. Anis ada date dengan Faizul. Jalan dengan kawan. Ni Taufiq. Fiq nilah Adam Danial. Abang si Anis tu.” Fiera mengenalkan Taufiq dan Adam.
Mereka bersalaman.
“Kita berdua pernah jumpa ka?” soal Adam. Dia seperti kenal Taufiq.
“Owh. Aku dulu Tyler satu sekolah dengan Fiera dan kau dulu.” Terang Taufiq.
Adam mengangguk. Baru dia teringat. Rupa-rupanya Taufiq ialah Tyler. Salah seorang rakan satu sekolah dengannya.
Haris berdehem. Cuba untuk menarik perhatian dari sesi jejak kasih kawannya.
“Lupa pula. Kenalkan Haris. Ris ni kawan aku waktu sekolah menengah dulu. Fiera dan Taufiq.” jelas Adam.
Tahu pulak ber ‘kau’ dan ber ‘aku’. Dengan aku nak juga ber ‘I’dan ber ‘you’. Kutuk Fiera dalam hati.
Fiera meminta diri untuk masuk ke dalam panggung. Tidak selesa langsung dengan pandangan Adam.
“Peminat setia kau jeles nampak.” Bisik Taufiq ke telinga Fiera. Satu cubitan melekat di lengan Taufiq. Mulut tidak ada insuran langsung. Getus hati Fiera.



“Kau ni Fiera. Kalau tengok cerita tu jangan lupa bawak bantal peluk sakali. Aku rasa kau tengok cerita ni sampai kau sendiri pun kena rasuk.” Bebel Taufiq. Dia mengosok lengan tangan yang menjadi mangsa kena gengam oleh Fiera tadi. Tajam sungguh kuku Fiera walaupun sudah terpotong bersih. Habis merah lengan Taufiq digemgam oleh Fiera ketika babak Bella Swan hendak  melahirkan anak.
Apabila babak tulang belakang Bella Swan patah. Fiera betul-betul cuak sehingga tidak sengaja gengam lengan Taufiq sampai lebam. Ketika babak terakhir pula Fiera sudah buat drama air mata. Menangis-nangis Fiera kerana ingatkan yang Bella akan mati.
“Tindakan reflect.” Jawab Fiera ringkas. Dia tersenyum manis menampakkan barisan giginya. Bukannya dia sengaja pun tersentuh lengan Taufiq tadi.
Kepala Taufiq digelengkan beberapa kali. Pening betul layan Fiera. Perangai tidak pandai matang.




“Aku rasa kau ada sesuatu yang kena bagitahu aku Adam.” Ujar Haris. Dia memandang rakannya yang banyak mengelamun. Mata Adam pula tadak habis-habis memandang wajah Fiera. ketika berapa dipanggung tadi pun Adam lebih banyak memandang Fiera yang kebetulan duduk di hadapan mereka dari cerita di layar.
“Bagitahu pasal apa?” berkerut dahi Adam memikirkan permintaan Haris.
“Pasal Fiera. aku tengok kau pandang dia lain macam je. Dia pun macam nak lari je dari kau.”
“Aku dengan dia tiada apa-apa.”
“Kau tak payahnya nak kelentong aku Adam. Kita sudah lama kenal.” Mereka memasuki pintu restoran. Adam hanya tersenyum sahaja mendengar bebelan Haris.



#pesanan penaja : Maaf sebab lambat post cerita nih...hehe..hepi reading (>,<)v


Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

2 comments:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)