Saturday, December 31, 2011

Tembok Cinta part 8

 
Bab 8
Fiera memakirkan keretanya di tepi jalan. Perkarangan rumah Tan sri Fuad sudah sesak dengan khemah dan orang ramai yang datang membantu. Sudah tentu ahli keluarga Tan sri Fuad juga ada ingin menggunakan garaj banglo ini untuk memakir kereta mereka. Dia berjalan masuk ke perkarangan rumah. dua buah khemah besar sudah tersedia walaupun majlis yang berlangsung ada tiga hari lagi termasuk malam berinai.
Bagasi kecil yang memuatkan pakaiannya ditolak padahal isi baju dalam beg tersebut tidak sampai pun setengah hanya Fiera saja yang malas hendak mengangkut beg ke mana-mana. Kalau ada lagi beg yang berjalan sendiri lagi dia suka. Tidak perlu sorong ke sana sini.
“Fiera…” Fiera memaling ke tepi apabila seseorang memanggil namanya dari sekumpulan lelaki yang sedang bercerita.
Selepas meminta diri, Adam berlari kecil mendapatkan Fiera. Dari tadi lagi dia menunggu kedatangan Fiera. berpuluh-puluh soalan disoal dengan kembarnya kenapa Fiera datang lambat tapi Anis hanya buat muka selamba. Setiap kali ditanya jawapannya tetap sama ‘entah.’. Tahulah Anis sudah tentu berkomplot dengan Fiera agar tidak memberitahu apa-apa lagi pasal gadis itu.
“Oh Adam. Kenapa?” soal Fiera. Malu pula apabila banyak mata-mata yang memandang mereka. Kalau bukan kerana Adam ni tuan rumah sudah tentu dia buat-buat pekak saja tadi. Tapi Tan sri Fuad yang bercerita dengan adiknya pun ternampak Adam memanggilnya.
“Awak datang sini naik apa? Kereta mana?” soal Adam sejurus mendekati Fiera.
“Kereta Fieralah. Kenapa?”
“Parkinglah dalam garaj. Bak sini kunci saya tolong awak.”
“”Eh! Takpa-takpa. Fiera parking luar je. Keluarga Adam pun nak guna garaj tu nanti.”
“Tak kan la nak biar kereta tu bermalam beberapa hari dekat luar. Kang kena curi baru tahu. Minta kunci.” Adam menghulurkan tangannya meminta kunci kereta Fiera.
Fiera menghulurkan sahaja kunci kepada Adam. Kalau nak berbidas dengan Adam baik tidak payah. Nanti tidak pasal-pasal buka panggung wayang percuma dia apabila jadi perhatian nanti.
“Terima kasih. Err… opah dah sampai?” soal Fiera. Setahu dia wanita itu akan datang hari ni. Itu pun Anis yang beritahu kelmarin. Rindu benar Fiera dengan nenek Anis itu. Wanita itu seorang yang lemah lembut dan suka manjakan dia.
No biggie. Opah dah sampai pagi tadi lagi. Ada dekat dapur bercerita dengan kawan-kawan umi.” Jelas Adam tentang kedudukan neneknya. Kalau opahnya pun Fiera kenal maknanya Fiera memang rapat dengan keluarganya. Adam menahan senyum. Alangkah baiknya kalau Fiera jadi isterinya. Gadis itu memang terlalu kenal akan keluarga. Tidak perlu lagi susah-susah cari isteri yang memenuhi syarat ahli keluarganya.
“Adam… Adam…!” jerit Fiera. Mengelamun pula mamat ni. Sambungnya dalam hati.
“Ah! Errr… ya?” Terkejut pula dengar Fiera menjerit. Tidak sangka pula dia boleh mengelamun sampai begitu jauh. Biasalah orang sudah angau. Dia tersenyum lebar sambil menggaru belakang kepala yang tidak gatal.
“Err… tak. Fiera just nak beritahu Fiera nak masuk dulu. Thanks lagi sebab bantu parkirkan kereta Fiera.”
“Oh! Okay. Takpa. Masuklah.”
Fiera mengangguk lalu masuk ke dalam rumah. Kepalanya digeleng beberapa kali. Pening betul dengan Adam ni. Macam-macam sahaja sikap yang dia tunjukkan setiap kali mereka bertemu. Kadang-kadang tegas, serius, garang pun ada dan yang paling pelik ialah sikap manjanya yang terpamer tatkala dia tersenyum sambil menggaru kepala. Comel!
Fiera segera menyedarkan diri sendiri.
“Oh tidak! aku tidak…”Fiera bermonolog. Kepalanya digeleng untuk beberapa kali untuk menyedarkan diri sendiri. Tangan kanan yang kosong menepuk pipi agar cepat sedar. Boleh pula dia terbayangkan Adam macam artis korea kesayangannya yang suka buat mimik muka comel. 
“Bahaya…bahaya…” ujar Fiera lagi. Tengkuknya digosok. Habis kusut selendang yang dipakai. Seram sejuk memikirkan benda tersebut. Adam buat mimik muka? Kalau Ammar tu dia percayalah tapi mustahil buat Adam. Terlalu mustahil.
“Apa yang bahayanya Fiera?” soal seseorang. Fiera terus tersenyum lebar apabila terpandang wajah tersebut. Wajahnya yang sangat dirindui. Lama benar dia tidak berjumpa dengan opah. Hari-hari jadualnya hanya padat dengan kerja pejabat.
“Opah!”
Bagasi yang disorong tadi dilepaskan. Dia berlari anak ke tempat opah berdiri. Rindu betul dia dengan wanita tersebut. Mereka berpelukan seketika. Fiera menyalam tangan Puan Fatimah a.k.a opah kesayangannya.
“Rindu dekat opah…” runggutnya. Puan Fatimah memegang pipi Fiera lembut. Dia pun rindu dengan cucu angkatnya yang satu ni.
“Opah pun rindu sangat dekat Fiera. Lama Fiera tak jenguk opah dekat kampung… opah pun tak larat nak jalan jauh-jauh. Sakit pinggang opah duduk dalam kereta.”
“Fiera sibuklah opah. Kalau ikutkan hati. Fiera lagi suka tinggal dekat kampung dengan opah. Tapi kerja Fiera tak pandai habis-habis. Makin banyak adalah.”
“Kerja kamu tu kalau dikira memang tak pandai habis-habis pun. Sekali sekala kena rehat juga sayang oi. Muka kamu ni makin mencengkung dah opah nampak.”
Fiera sekadar tersengih saja. Apa boleh buat. Makan tak menentu. Macam mana tidak semakin kering.
“Amboi. Manjanya dia.” Celah Anis. Dia mendekati Fiera dan Puan Fatimah.
“Ada orang dengki opah.” Ujar Fiera sambil menjelir lidah kepada Anis.
“Elleh… tak hairan. Opah lagi sayang dekat aku. Bluerkk..” Anis membalas.
“Sudah…sudah… dua-dua dah besar panjang tapi perangai macam budak tak cukup umur. Padahal umur dah sesuai beranak pinak dah.” Omel Puan Fatimah.
“Alah opah. Kita orang gaduh-gaduh manja gitu.” Anis memujuk nenek kandungnya. Sekali sekala bergurau tak salah.
“Kamu tu dua tiga hari lagi nak kahwin. Pening kepala laki kamu nanti dengan perangai kamu ni Anis. Manja tak bertempat.”
“Alah. Anis manja dengan laki je nanti.”
“Amboi! Ni gatal nak berkahwin ni opah. Haha..” Fiera cuba memprovok Puan Fatimah.
“A’ah. Baik kita kahwin kana je malam ni. Bahaya Anis ni… opah takut nanti lain pula jadinya.” Puan Fatimah mengiyakan kata-kata Fiera. Sengaja mahu mengusik cucu perempuannya.
 Muncung mulut Anis apabila opahnya menyebelahi Fiera.  Dua lawan satu tak aci langsung. Dia tersenyum meleret melihat Adam berjalan ke arah mereka. Sempat lagi Adam meletakkan bagasi Fiera yang terbiar di ruang tamu ke tepi. Fiera pun satu. Tentu lupa sudah pasal begnya.
“Opah… sepatutnya bukan Anis yang kena kahwin malam ni. Tapi Fiera tau tak…” Anis membuat muka serius.
“Heh! Apa pulak aku?” tukas Fiera. Tiba-tiba pula mak cik seorang ni.
“Memanglah… Opah nak tahu… ada orang dok angaukan Fiera. ish… ish.. bak kata pepatah. Makan tak kenyang, mandi tak basah mengenangkan Fiera.” ujar Anis serius. Serius benar rupanya menyakinkan Puan Fatimah. Dia tersenyum sambil mengangkat kening memandang Fiera. Nak kenakan aku? Hehe…
“Betulkah? Siapa?” soal Puan Fatimah. Dia memandang Fiera dan Anis silih berganti.
“Haih! Siapa lagi kalau bukan tu…” Dia memuncungkan mulut ke arah adam yang mendekati mereka. Fiera dan Puan Fatimah berpaling memandang arah yang ditunjuk oleh Anis.
Buntang mata Fiera. Manusia yang ditunjukkan ialah Adam.
“Apasal korang pandang Adam macam tu?” soal Adam. Dia berdiri disebelah Fiera. Hairan dengan pandangan tiga orang wanita yang berada di hadapannya. Tengok dia macam nampak hantu.
Fiera berdehem. Cuba menenangkan.
“Apasal Fiera sakit tekak ke?” soal Adam yang berdiri disebelahnya. Puan Fatimah sudah tersenyum.
Kepalanya digeleng. Hendak jawab soalan Adam tapi suara mulutnya berat hendak mengeluarkan kata-kata.
“Kalau yang ni Opah lagi suka Anis. Tak payah tunggu malam. Sekarang pun Opah nikahkan.” Ujar Puan Fatimah.
“Siapa yang nak dinikahkan Opah?” soal Adam lurus.
Baru sahaja Anis hendak buka mulut. Fiera sudah bagi amaran jangan jawab. Dia membesarkan matanya. Terkumat-kamit mulut Fiera memberi amaran.
“Takda. Ada kawan mereka ni. Berkenan opah tengok bagai pinang dibelah dua.” Puan Fatimah berkias. Hanya Fiera dan Anis sahaja faham maksud kata-kata itu.
“Owh… Fiera nah kunci kereta. Adam dah letakkan dekat garaj.” Ujar Adam. Dia bertukar tangan memberi kunci kepada Fiera.
“Thanks.” Balas Fiera perlahan. Cukup sekadar didengar oleh mereka bertempat.
“Betulkan Anis kata tadi. Tak payah ungkap di mulut apabila ekpresi sudah menjawab.” Sambung Anis. Suka sangat apabila ada masa untuk balas dendam dengan Fiera, selalunya dia sahaja yang kena dengan loyar buruk Fiera.
“A’ah Nis. Opah terasa aura yang kuat sangat.” Puan Fatimah mengibas mukanya. Seolah-olah orang sedang kepanasan.
“Apahal Anis dengan Opah ni? Pelik semacam saja.” Bebel Adam. Dahinya berkerut memikirkan maksud mereka berdua. Langsung tidak faham perangai cucu dan nenek ni. Dia memandang Fiera ditepi untuk menanya tapi gadis itu sekadar menjongket bahu.
“Tapi itulah. Susah betul dengan mereka ni opah. Seorang ke kiri seorang ke kanan. Jalan mereka tak sama. Lepas tu si lelaki ni banyak pula saingannya.”
“Ye ke? Wah! Tak sangka betul opah.” Balas Puan Fatimah sambil tergelak.
“Malas  Fiera nak campur. Baik lagi naik mandi.” Cebik Fiera. Dia menolak bagasi untuk masuk ke dalam bilik. Makin lama dia di situ makin kena dia oleh opah dan Anis.
Puan Fatimah dan Anis sudah tergelak sakan. Puan Fatimah pun berjalan meninggalkan Adam dan Anis. Dia sendiri pun hendak masuk ke bilik untuk menunaikan solat.
“Apasal ni?” soal Adam. Masih lagi tidak puas hati dengan jawapan yang diberi tadi. Anis hanya ketawa sambil meninggalkan kembarnya terkulat-kulat menunggu jawapan darinya.




“Hoi mak cik! Apasal tak angkat telefon aku?” panggil  Taufiq. Dia baru sahaja sampai di rumah keluarga Anis  untuk membantu dalam persiapan terakhir bagi majlis berinai malam ni.
“Kau panggil aku ke Fiq?”
“Tak lah aku tengah bercakap dengan dinding ni. Dinding oh dinding kenapa cat kau warna cream?”
“Mestilah aku panggil kau. Kenapa tak jawab aku telefon semalam?” sambung Taufiq lagi.
“Aku lupa aku letak dekat mana telefon aku. Lagipun aku penat sangat. Habis kerja terus tidur mati.” Jawab Fiera.
Bukan dia sengaja pun tapi dia sibuk tolong sana sini semata-mata mengelak dari berbual dengan Adam. Serumah dengan lelaki itu memang cukup payah buat dia. Kena lagi dengan opah dan Anis yang berkomplot kenakan dia semalaman.
“Ermm… ya la. Kau buat apa ni? Ni kuih apa? ” Taufiq menunjuk  kuih tradisioanal yang Fiera susun kemas ke atas pingan untuk dihidang. Tangannya mencekak pinggang memerhati tingkah Fiera. Gaya Taufiq tidak ubah seperti seorang mandur yang memerhati pekerja yang sedang melakukan tugas.
“Yang ni?” tunjuk Fiera pada sejenis kuih yang berbungkus dengan kulit pisang.
Taufiq mengangguk.
“Kau ni orang mana juga Taufiq? orang Malaysia pun tak tahu kuih tradisional negara sendiri. Ish… ish… ish…”
“Ceh. Berlagak. Kuih apa?” soalnya lagi. Dia mengambil satu biji. Unik sungguh bentuk kuih ni. Bentuk kon ais-krim dan berwarna hijau.
“Hehe… aku pun tak tahu sebenarnya. Aku panggil ni kuih kon saja sebab bentuk dia bentuk kon.”
“Kurang asam. Tadi bukan main lagi dia perli kita. Rupa-rupanya dia sendiri pun tak tahu. Ermm… sedap. Kenapa umi tak pilih kuih moden untuk hidang buat tetamu?” soal Taufiq sambil mengunyah kuih tadi. Tidak senonoh betul.
“Kalau nak kena ceramah dengan opah. Kau try la soal dekat opah.” Balas Fiera. sebenarnya dia hanya ajuk cakap Anis tadi sebab dia sendiri ada soal soalan yang sama dekat Anis pasal kuih tersebut.
Fiera teringatkan kata-kata Anis tadi. Lucu betul dengan gaya opah yang ditirunya.
“Kalau nak kena ceramah dengan opah. Kau try la soal dekat opah. Telinga ku dah kena selicin-licinnya oleh opah. ‘buat apa nak order kuih yang bukan-bukan sedangkan kuih tradisional sendiri ada.’ ” jawab Anis tadi. Siap dengan lenggang lengok meniru gaya opah lagi.
“Mesti kau pun kena kan. Sebab tu kau cakap macam tu.” Sindir Taufiq. Bukan dia tidak tahu kuih kegemaran Fiera. Hidang Donut Big Apple, muffin atau cupcake sekejap sahaja dia bantai.
“Kau tak tahu betapa minatnya aku terhadap kuih tradisional ni. Kalau dihidang antara kuih ni dengan cheese cake. Comfirm seratus peratus aku pilih kuih ni tau.”
“Memang la. Sebab kau tak makan cheese. Poyo!” balas Taufiq. Satu lagi kuih ‘kon’ dia makan.Fiera menampar tangan Taufiq yang mengambil kuih yang telah disusun cantik. Banyak-banyak dalam kontena yang dia pegang, kuih di pinggan juga diambil.
“Aku dah letak cantik-cantik dekat situ Fiq. Kau ni datang sini nak menolong atau menghambur?”
“Iyalah. Aku nak chow la ni.” Cebik Taufiq. Sempat lagi tangannya mencapai dua biji kuih di atas pinggan.
“Taufiq…!” Fiera menjerit kecil. Tidak makan saman betul mamat sorang ni. Dia menjelir lidah kepada Fiera yang menahan geram. Sengaja nak usik.
“Cemburu saya nampak awak dan Taufiq.” Tegur Adam setelah Taufiq meninggalkan Fiera. Dari tadi lagi dia melihat Fiera bercerita dengan Taufiq. Niatnya hendak menegur Fiera terus terbantut apabila terlihat Taufiq sudah mendekati Fiera.
“Cemburu awak tak bertempat.”
“Kan baik kalau kita juga macam tu.” ujarnya romantik. Fiera memandang seketika wajah Adam.
“Saya hanya layan sebagaimana orang tu melayan saya.”
“Awak tidak berlaku adil Fiera. Saya tidak mampu hendak sorokkan perasaan saya. Saya sayangkan awak. Tidak mungkin hanya kerana itu sahaja awak sanggup buang saya.”
“Saya tak pernah buang sesiapa dalam hidup saya. Saya tak pernah tinggalkan orang begitu saja. Saya sentiasa ikhlas berkawan dengan sesiapa saja.” Ujar Fiera tegas. Dia memandang tepat mata Adam.
“Ramai lagi gadis yang lebih layak buat awak Adam. Saya yakin tentu ada seorang yang mungkin jodoh awak. Sesekali awak perlu buka mata awak yang bukan seorang sahaja gadis di dunia ni.” Sambungnya lagi.
“Saya sayangkan awak Fiera dan saya yakin tentang perasaan saya. Saya akan cuba dapatkan hati awak.” Balasnya. Adam berlalu meninggalkan Fiera mengulas sendiri kata-katanya. Dia nekad. Hati Fiera perlu ditawan agar menjadi miliknya. Tidak pernah sekalipun dia melupakan gadis itu selama ini.
Fiera mengeluh. Dia menyambung semula tugasnya mengemas kuih tadi. Sampai bila Adam perlu menerima bahawa hatinya bukan untuk lelaki itu.



“Opah. Majlis berinai ni wajib ka?” soal Taufiq. Tekun dia memandang Opah yang tengah meletakkan inai di tangan Anis. Fiera pula entah sudah hilang ke mana. Tadi kata nak keluar sekejap sebab Ammar ada datang untuk majlis  malam ni.
“Maksud Taufiq malam berinai?” soal Puan Fatimah lagi.
Taufiq mengangguk.
“Malam berinai ni tak wajib, ia cuma adat orang melayu saja. Kepada keluarga yang masih pegang dengan adat budaya melayu akan buat malam berinai. Ia Cuma satu majlis keramaian yang di buat untuk si gadis yang bakal menjadi isteri sebab perkahwinan seorang gadis sesuatu yang mengembirakan keluarganya.” Jelas Puan Fatimah.
“Kenapa Fiq. kau pun nak pakai inai juga ka?” soal Anis.
“Manalah tahu. Kalau aku nak kahwin aku nak juga buat majlis macam ni. Macam best je kalau ikut adatkan opah?” cadang Taufiq.
I wonder siapalah yang nak jadi bini kau nanti kan?” usik Fiera. Taufiq sekadar tersenyum. Dia hanya tekun memandang jari jemari Anis yang dipakaikan inai.
“Fiq ada perasan. Kalau pengantin lelaki selalunya tak pakai inai semua jari. Kenapa opah? Kan cantik kalau pakai semua sekali.”
“Hish. Adakah patut?” bidas Puan Fatimah.
“Betul apa. Fiq suka nampak  orang pakai inai. Berseri-seri.” Komen Taufiq.
Anis sudah tergelak sakan terdengar komen Taufiq.
“Apa kamu merapuh ni Fiq. lelaki tak boleh pakai inai di tangan sebab ia menyerupai perempuan.”
“Owh… tak tahulah opah..hehe…”




“Kurang asam gelugor! Aku rasa macam nak hempuk saja kepala kau dekat tiang ni Ammar. Penat aku tunggu dari tadi akhirnya tak juga kau datang!” omel Fiera di telefon. Dari tadi Ammar kata on the way tapi tak juga sampai-sampai tapi memandai pula suruh dia tunggu tepi pagar. Hampir dua jam dia tunggu Ammar tapi tidak juga datang. Sakit hati betul.
Sorry la Fiera. Aku tiba-tiba ada hal penting ni. Klien aku tiba-tiba buat hal.” Pujuk Ammar. Mungkin boleh tembus telinganya mendengar Fiera berteriak di corong telefon. Tak sangka pula Fiera betul-betul tunggu.
“Ye lah. Jadi kau dekat mana sekarang ni?”
“Aku tengah pusing JB balik ni. Esok aku datang yaa.”
“Jangan kelam kabut Am. Bawa kereta tu pelahan-lahan. Kalau tak sempat esok kau datang majlis resepsi saja.” Ujar Fiera pelahan.
“Sayang juga kau dekat aku.” Terkekek Ammar ketawa di telefon.
“Sudah. Aku nak pergi bantu apa yang patut. Kau ni pun satu. Menyusahkan aku betul. Buat malu je aku dekat sini dari tadi. Orang ingatkan patung apa tercongok tepi pagar ni. Sudah macam Cendana aku dekat sini tau.”
“Takpa. Di hati aku, kau lagi cantik dari Cendana. Baiklah. Aku off handphone ni. bye sayang. ” Ammar memujuk.
“Bye. Asslamualaikum.”



Mengalir air mata seorang ibu tatkala anak kesayangannya selamat diijabkabul. Hati mana yang tidak tersentuh anak yang selama ini dibelai dengan penuh kasih sayang kini bukan menjadi tanggungjawabnya.  Sayu hati Fiera apabila terlihat Puan Ariana memeluk Anis yang terduduk di birai katil ketika menanti pengantin lelaki untuk tiba bagi majlis pembatalan air sembayang. Tiba-tiba hatinya berdetik. Adakah ibu kandungnya juga akan berbuat sedemikian untuk hari bahagianya nanti atau dia tidak juga akan menjumpai ibu bapa kandungnya sebelum hari perkahwinannya.
Mengalir air mata Fiera mengenangkan keadaannya. Dia segera menyeka air mata tersebut apabila pengantin lelaki telah tiba bagi majlis pembatalan air sembayang. Berseri-seri wajah Anis dan Faizul ketika bertentang mata.
Fiera terkejut apabila tapak tangannya terasa hangat. Opah sedang memegang erat tanganya. Mungkin wanita tersebut juga merasakan apa yang dia rasa ketika ini. Air muka Opah yang tenang dipandang sayu.
Tersentuh hatinmya dengan keprihatinan opah terhadapnya.
“Mereka sama cantik sama padan. Betul tak opah?” soalnya.
“Insyaallah doa opah agar mereka bahagia.”
Dia tersenyum. Matanya berlaga dengan mata Taufiq yang turut bersama melihat majlis tersebut. Muka Taufiq seperti inginkan satu penjelasan darinya. Fiera hanya tersenyum. Sudah tentu Taufiq juga perasaan mimik mukanya tadi. Taufiq sering sahaja prihatin dengan perasaan Fiera. Apa yang dia fikir dan rasa Taufiq orang pertama yang akan bersoal jawab dengannya. Tapi hanya rahsia ibunya sahaja yang menjadi rahsia dirinya sendiri. Tidak pernah sekali pun dia bercerita tentangnya kepada sesiapa.

p/s : sorry kalau entri pendek....entri part 9 ialah pertemuan tiga jejaka bertentang mata di majlis perkahwinan Anis. Sesi tarik perhatian akan berlaku antara Taufiq, Ammar and Adam.. Pinggan siapa yang akan Fiera sambut...?  nak bertaruh tak...
Taufiq..Ammar n Adam hulurkan pinggan buat Fiera tapi siapa yang Fiera nak ambil..?

selamat membaca dan selamat tahun baru...=)


Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Tuesday, December 27, 2011

Secantik Ainul Mardhiah part 13


Hingus yang meleleh dikesat menggunakan tangan. Dengan langkah malas Ikram keluar dari bilik. Kalau bukan kerana perutnya lapar minta diisi. Tidak ingin Ikram hendak keluar bilik. Sedap-sedap tidur tadi boleh pula perut yang berkeroncong jadi jam penggera bangunkan dia dari tidur. Kacau mimpi betullah!
Kepala yang tidak gatal digaru. Ikram sudah menguap bak singa lapar. Memang pun perut dia sedang menjerit-jerit minta diisi. Tadi Ainul ada datang kejutkan dia untuk makan malam. Tapi kerana kepala yang berat sangat membuatkan dia hilang selera untuk makan.
Keadaan yang agak gelap membuatkan Ikram tersedar lampu yang masih menyala dari celah pintu bilik Ainul. Kakinya melangkah mendekati bilik Ainul. Pintu bilik itu diketuk perlahan. Takut pula kejutkan ibu dan ayahnya malam-malam buta ni.
Bila pintu dikuak. Terkejut Ainul dengan muka Ikram yang serabut sedang senyum meleret menghadapnya. Nasib baik waktu Ainul buka pintu tidak pengsan sebab terkejut dengan muka serabut Ikram yang sedang berbungkus dengan selimut itu. Kalau tak memang sudah tentu depan tu jugak Ainul pengsan! Ingatkan hantu bungkus!
“Abang Am ni kenapa?” soalnya sambil menutup novel yang sedang di baca.
“Abang lapar. Nak makan. Tolong abang panaskan lauk.” Pinta Ikram. Hingus yang meleleh ditarik.
Ainul memandang Ikram dengan wajah berkerut.
“Tadi Ainul kejutkan. Abang Am kata kenyang. Lagipun lauk dah habis.”
“Hah? habis. Aduh. Perut abang menangis minta diisi…” cebik Ikram. Sekali lagi dia menarik hingus yang meleleh. Ainul yang memandang ke arah Ikram cuba mentafsir wajah Ikram yang serabut kerana baru bangun tidur.
“Abang Am demamkah?” soalnya. Tangan kanan Ainul diletakkan di dahi Ikram. Suhu badan Ikram panas. Patutlah serabut semacam saja rupanya.
“Abang tak demam tapi lapar.” balas Ikram perlahan. Tangan Ainul yang melekat di dahinya diturunkan.
“Abang Am demam ni. Itulah. Main lagi air tadi dekat kolam renang. Tengok tu badan sudah kena demam. Kejap…” bebel Ainul. Dia kembali masuk ke dalam bilik untuk mengambil sapu tangan. Geli pula melihat Ikram yang asyik menarik hingus yang hendak meleleh. Lengan baju pun sudah kotor kerana menjadi tempat Ikram membuang hingus.
Macam budak kecil!
Ketika Ainul mencari sapu tangan di dalam almari Ikram sudah memasuki bilik Ainul. Katil yang empuk menarik perhatiannya. Kepalanya sangat berat. Tidak larat lagi hendak berdiri. Fikirannya hanyalah pada katil untuk melelapkan mata.
Akhirnya sapu tangan yang dicari jumpa juga. Ainul berpaling dari almari bilik. Kepalanya digeleng tatkala terpandang Ikram yang sudah terlena di atas katilnya. Perlahan dia mendekati Ikram. Pembaringan lelaki itu dibetulkan agar selesa. Selimut ditarik menutupi badan Ikram yang mengeletetar kesejukan.
Muka Ikram yang comot dilap perlahan. Dia mencari satu lagi sapu tangan dalam almari untuk diletakkan di dahi Ikram. Ainul kemudiannya menuju ke bilik air. Setelah membasahkan sapu tangan dia kembali meletakkan sapu tangan tersebut di dahi suaminya.
Sapu tangan yang basah dibiar kemas di atas dahi Ikram. Dia keluar menuju ke dapur untuk masakkan bubur buat Ikram. Kesian pula sebab lelaki itu belum makan malam. Mujurlah dia masih baca novel memandangkan mata tidak mengantuk.
“Abang… Abang Am…” panggil Ainul. Bahu Ikram ditolak perlahan bagi mengejutkan Ikram yang sedang tidur lena. Dia duduk di tepi katil bersebelahan dengan Ikram.
“Ermm..?” soal Ikram sambil mengesat matanya.
“Bangun dulu. Ainul ada masakkan bubur untuk Abang. Makanlah dulu. Lepas tu makan ubat baru sambung tidur balik.” Ainul memujuk. Dia membantu Ikram membetulkan posisinya.
 “Perlahan-lahan.” Perlahan bubur ayam disuap ke mulut suaminya. Risau pula dia dengan muka Ikram yang pucat. Salahnya juga sebab tolak Ikram ke dalam kolam tadi.
Belakang Ikram dikusap perlahan agar memudahkan dia untuk minum air. Ainul menyuap lagi bubur. Licin mangkuk yang berisi bubur tadi, lapar benar Ikram sehingga mampu menghabiskan bubur itu. Ainul mengambil penadol dan mineral di atas meja yang lalu dihulur kepada Ikram.
Tanpa sebarang rungutan Ikram sekadar menyambut ubat dan air yang dihulurkan. Dua biji penadol selamat masuk ke dalam mulut.
Done. Abang menyandar dulu ya.  Baru habis makan jangan terus baring.” Nasihat Ainul sambil membetulkan bantal. Ikram dibantu agar menyandar dinding berehat. Tidak baik habis makan terus baring!
Ainul mengemas semula mangkuk dan dan gelas bekas bubur Ikram tadi. Dia meninggalkan Ikram yang tersandar sambil melelapkan matanya. Dengan langkah perlahan dia menghantar talam yang meletakkan gelas dan mangkuk tersebut ke dapur.


Telapak tangannya diletakkan semula ke atas dahi Ikram. Masih lagi panas. Demam Ikram langsung tidak kebah. Dia membasahkan semula sapu tangan lalu diletakkan ke atas dahi Ikram.
Setiba sahaja Ainul di biliknya tadi. Ikram sudah pun baring semula. Ternyata lelaki itu sungguh lemah. Ainul memandang wajah Ikram yang berbungkuskan selimutnya. Betul kata orang, jika hendak melihat rupa sebenar seseorang kita perlu memandang ketika mereka tidur. Ainul tersentuh dengan wajah Ikram yang persis seorang bayi yang comel.
Ainul membetulkan semula selimut Ikram. Dia duduk di atas lantai. Tangan didongakkan di tepi katil. Ainul melelapkan matanya. Matanya sudah meminta untuk berehat. Akhirnya Ainul tertidur di tepi katil.



Bunyi laungan Azan subuh dari masjid berdekatan mengejutkan Ainul dari tidur. Dia mengosok mata yang masih lagi kuyu. Ainul memandang Ikram yang masih terlelap. Tangannya melekat di dahi Ikram. Sedikit sebanyak demam Ikram sudah surut. Ainul cuba untuk berdiri namun kakinya kebas. Mungkin kerana semalaman tidur sambil duduk membuatkan kakinya kebas.
Ainul mengerang kesakitan. Sukar untuk dia berdiri dengan keadaan yang kebas. Dia cuba mengurut kakinya.
“Ainul?” panggil Ikram. Dia juga telah tersedar dari tidur. Tangannya menolak rambut yang terkena muka ke belakang kepala.
“Hah? eh… maaf buat Abang Am terjaga.”
“Takpe. Kaki Ainul kenapa?”
“Kebas sikit ni. Kejap lagi okey la dia.”
“Mari abang Am tengok.” Dia cuba untuk turun dari katil. Selimut tebal yang memyelimuti badannya ditolak ke tepi.
“Eh! Takpa… kaki Ainul dah mula okay dah ni. Abang Am rehatlah kejap. Ainul nak pergi ambil air wuduk.”
“Abang Am pun nak bangun ni ambil air wuduk. Kita solat sama-sama yaa.” Ujar Ikram. Matanya memandang ke arah Ainul. Ainul mengaru kepalanya yang tidak gatal. Selalunya dia akan solat berjemaah dengan dengan Mak Bibah yang datang awal ke rumah mereka.
“Baiklah… Ainul pergi ambil air wuduk dulu.”
Ikram sekadar mengangguk.



Ainul menyalam tangan lalu mencium tangan Ikram setelah usai menunaikan solat subuh. Dia melipat sejadah dan menyidai ke penyidai yang disediakan.
Thanks Ainul sebab jaga abang Am semalam.” Ikram duduk di birai katil.
“Tak mengapa hal kecil saja tu.”
“Abang betul-betul terima kasih dekat Ainul ni. Tak main-main lagi. Semalam abang lapar gila.” Ikram menyakin Ainul. Sungguh dia kebulur tahap cipan semalam.
Ainul tergelak kecil. Dia ingatkan pasal demam rupanya sebab masakkan bubur buat Ikram yang tengah kebulur.
“Apasal Ainul gelak pula?”
“Abang Am ni kartun betul la. Sakit-sakit pun makan juga yang difikir dulu.”
“Betul! Sekarang ni pun abang tengah kebulur. Sudahlah tengah hari semalam tak makan. Malam tadi tak makan. Abang memang fikir makanan je sekarang ni.”
“Abang rehatlah dulu. Ainul sediakan sarapan. Nanti kalau siap Ainul panggil Abang Am.”
“Betul?” Bersinar-sinar mata Ikram memandang Ainul. Gadis itu mengangguk.
“Abang rehat saja. Nanti Ainul kejutkan kalau sudah siap masak. Demam abang Am pun belum kebah lagi.”



Ainul membantu Mak Bibah menyediakan sarapan pagi. Wanita itu bercadang untuk masak nasi goreng Seafood saja pagi ni. Ainul sekadar menurut. Semua urusan dapur memang disediakan seratus peratus kepada Mak Bibah. Dia sekadar membantu menyediakan pinggan dan gelas serta menyediakan buat air sahaja.
“Oh yaa! Semalam siapa yang masak bubur?” soal Mak Bibah.
“Ainul yang masak. Abang Am lapar semalam. Dia minta masakkan.”
“Ikram pergi ketuk bilik kamu?” Terkejut Mak Bibah dengan jawapan Ainul.
Ainul mengangguk.
“Budak ni mimpi apa pula nak makan bubur.” rungut Mak Bibah. Setahunya Ikram memang tidak suka makan bubur. Geli katanya.
“Maksud Mak Bibah?” soal Ainul pula.
“Ikram tu hah! dia bukannya makan bubur. Geli konon. Memang dari kecil tidak suka. Selalunya dia kata nak termuntah makan bubur.”
“Tukar selera kot…” ujar Ainul. Semalam berselera sahaja dia nampak Ikram makan bubur yang dimasaknya. Tidak pula Ikram merungut apa-apa. Mungkin juga Ikram terlampau lapar sehingga makan makanan yang tidak disukainya.



Ikram mengeliat. Tangannya direngang. Segar setelah bangun dari tidur nyenyak. Sapu tangan basah yang melekat di dahi sudah pn kering. Dia kemudiannya bangun dari atas katil.
“Am! Kamu buat apa dari bilik Ainul?” soal Encik Ahmadi. Puan Noraini yang juga ternampak anaknya yang baru saja keluar dari bilik Ainul memandang suaminya sekilas. Kemudian beralih ke arah Ikram semula. Mimpikah mereka? Am keluar dari bilik isterinya? Biar betul!
“Err... err…Am…” Tergagap Ikram untuk menjawab soalan ayahnya. Gerun pula dengan pandangan ayah dan ibunya yang tajam.
“Tergagap-gagap… Entah apa-apa saja kamu ni. Mata ayah yang serabut tengok kamu punya rupa ni. Serabut betul!”
“Am lapar ayah. Am minta tolong Ainul masakkan semalam. Sedar tak sedar Am tertidur waktu tunggu Ainul habis masak.” jelas Ikram sedikit.
Kedua ibu bapanya mengeleng dengan perangai anak lelaki mereka. Suka betul membuli Ainul. Sejak mereka berkahwin secara automatik tugas menjaga keperluan Ikram menjadi tanggungjawab Ainul setiap hari walaupun mereka hanya bergelar suami isteri atas kertas sahaja.
“Kamu ni Ikram. Yang kamu kejutkan Ainul semalam tu sebab nak minta masakkan makanan apasal pulak? Budak tu kejutkan kamu makan malam semalam liat nak bangun. Lepas tu menyusahkan orang malam-malam buta.” Puan Noraini sudah memulakan ceramah free awal pagi. Ikram mengosok belakang lehernya.
‘Baru saja bangun. Sudah kena bebel.’ Getusnya dalam hati.
“Alah bu. Ainul belum tidur lagilah time tu. Dia masih lagi layan novel.” jawab Ikram.
“Sudahlah. Am pergilah mandi. Lepas tu turun bawah sarapan.” arah Encik Ahmadi. Ikram tersenyum. Ayahnya sentiasa berada di sisi. Muah! Kredit buat ayah tersayang…balasnya dalam hati.
“Abang ni asyik-asyik manjakan saja si Ikram tu. Tengok tu sudah besar panjang pun masih lagi manja. Kesian Aini tengok Am asyik buli isteri dia saja. Tu bukan isteri namanya. Hamba sudah tau.” rungut Puan Noraini.  Mereka berjalan seiringan ke dapur.
“Awak pun janganlah berkeras sangat dengan anak. Jangan marah pagi-pagi ni. Rezeki tak masuk. Senyumlah sikit.” pujuk Encik Ahmadi. Dia memeluk bahu isteri kesayanganya.
“Kita tak tegas takut-takut saja si Ainul tu lari nanti dengan perangai laki dia.” Hampa betul Puan Noraini. Ingatkan doa sudah termakbul tadi.
“Nanti abang cuba slow talk dengan Ikram. Kita buat pelahan-lahan agar mereka jadi suami isteri dari erti sebenar ya sayang.” pujuknya lagi. Puan Noraini tersenyum. Terpujuk dengan kata-kata suaminya.



“Abang dah sihat sikit?” bisik Ainul yang duduk bersebelahan dengan Ikram.
“Dah. Dah kebah sikit.”
Puan Noraini yang terdengar perbualan anak dan menantunya memandang  mereka berdua yang duduk berhadapan dengannya di meja makan.
“Siapa sakit? Am ke?” soalnya.
“Hah?” ujar Ainul dan Ikram serentak. Antara mahu atau tidak Ikram mengangguk. Tidak sangka pula ibunya terdengar perbualan mereka. Padahal sudah cukup perlahan mereka berbisik.
“Patutlah Mak Bibah kata tadi Ainul masakkan Ikram bubur semalam.” kata Puan Noraini.
Encik Ahmadi yang sedang membaca surat khabar melipat surat khabar itu apabila terdengar kata-kata isterinya. Ikram makan bubur? Sesuatu yang Pelik bin Ajaib.
“Bukan Am tak makan bubur ke?” soal Encik Ahmadi.
“Lapar punya pasal. Am makan je. Lagipun sedap saja Am rasa.”
“Pelik juga kamu ni. Jadi demam tu sudah kebahkah?” soal Puan Noraini.
Ikram mengangguk. Dia menambah nasi goreng lagi.
“Orang sakit tiada selera. Tapi ayah nampak kamu ni berselera bukan main lagi. Berapa lama kamu tak makan ni Am?”
“Kelmarin tak sempat makan ayah. Sibuk dengan tender baru tu.”
“Kerja, kerja juga. Makan jangan lupa.” Nasihat Encik Ahmadi.
“Tengok. Kalau sakit bini yang dicari. Kalau sihat walafiat tak sah kamu kalau balik lewat. Bukan ibu tak tahu. Ainul yang jadi Pak Guard tolong kamu bukakan pintu kalau kamu lupa bawa kunci rumah.” omel Puan Noraini.
Tersedak Ikram yang hendak minum Nescafe panas mendengar kata-kata ibunya. Dia memandang Ainul disebelah. Ainul yang turut terkejut memandang Ikram. Dia mengeleng kepalanya apabila Ikram memandangnya pelik. Bukan dia yang bocorkan rahsia Ikram balik lewat. Betul!
“Tak payah nak tengok antara satu sama lain. Biji mata ibu sendiri yang nampak Ainul bukakan pintu untuk Am pukul 3 pagi. Waktu tu ibu ada dekat dapur minum air. Korang berdua saja tak perasan.”
Ikram melemparkan senyuman meleret kepada ibunya. Tangannya menyiku Ainul yang hanya berdiam diri.
‘Minta tolong backup la tu’ desis hati Ainul. Keningnya terangkat. Berpura-pura tidak faham dengan signal yang abangnya beri.
“Sudah… sudah… Ikram lain kali kalau buat hal jangan heret Ainul sekali. Kalau lupa bawa kunci lagi tidur dekat depan pintu tu. Ainul tak payah bukakan pintu. Faham.” Ainul mengangguk apabila Encik Ahmadi memberi arahan kepadanya.



Ainul yang sedang membasuh pakaian dikejutkan dengan sergahan oleh Ikram. Terjerit kecil dia apabila Ikram tiba-tiba muncul dari pintu tandas.
“Ainul buat apa?” soal Ikram. Dia duduk mencangkung ditepi isterinya.
“Tengah main masak-masak. Abang Am tak nampak ke?” jawabnya. Semua baju kerja Ikram memang terpaksa dicuci guna tangan. Terpaksalah dia yang tidak pernah basuh kain guna tangan  terpaksa menjalan kerja-kerja membasuh. Selama ini dia hanya menyuci baju menggunakan mesin basuh saja.
 Tidak kiralah baju mahal atau tidak. Sejak tugas menyuci baju Ikram diambil alih, dia terpaksa menyuci guna tangan. Menurut Mak Bibah. Ikram memang cerewet dalam bab penampilan. Semuanya hendak sempurna!
“Amboi mulut.” Ikram bermain buih dari besen yang berisi pakaian kotornya. Dia mengambil buih tersebut lalu ditiup tepat kena muka Ainul. Habis muka isterinya terkena buih sabun.
“Abang Am ni. Kalau sakit buatlah cara sakit. Ini tidak! kacau orang saja kerja dia. Ainul nak basuh kain ni.” Marah Ainul. Geram betul. Baik-baik dia tidak basah tadi. Basah terus terkena buih sabun yang ditiup oleh Ikram.
Ainul membersihkan mukanya yang kotor terkena sabun.
“Alahai. Tu pun nak marah… mari Abang Am bantu.” Ikram membersihkan muka Ainul. Tudung yang turut senget dibetulkan kemas oleh Ikram.
Done. Cantik bidadari Abang Am.”
“Mari abang Am bantu cuci kain ni. Kesian pula Abang Am tengok Ainul kepayahan membasuh kain.” sambungnya lagi.
Ainul yang terkaku dengan tingkah Ikram yang romantik membantunya mengemas tudung tadi tiba-tiba tersentak. “Abang bantu? Tak payahlah. Pergi rehat dalam bilik…” tukas Ainul. Dia mengambil baju kemeja ditangan Ikram.
“Bak sini…” Ikram merampas balik kemejanya.
“Tak payahlah. Abang Am demam tu.”
“Abang kata bawa sini…” Tarik Ikram lagi. Ainul mengalah juga. Kalau terus menerus main tarik baju alamatnya rabak baju kemeja Ikram. Mereka bekerjasama menyuci baju.
Usai membilas, Ikram bantu mengangkat bakul yang berisi bajunya yang dicuci tadi ke jemuran kain yang tersedia di belakang rumah. Ainul hanya mengikut dari belakang sambil membawa hanger baju dan penjepit.
“Bukan macam tu. Tak nampak kemas.” Ikram menegur cara Ainul menjemur kain. Dia membuka semula baju yang telah tersidai.
“Betullah ni. Ainul susun ikut jenis baju.” balas Ainul.
“Kena susun ikut saiz baru nampak kemas. Lepas tu ratakan macam ni. Hah! tengok. Kemaskan.” Puji Ikram tentang cara dia menjemur kain. Ainul memandang sahaja. Setiap kali dia hendak menjemur ada saja yang salah dimata Ikram. Akhirnya semua baju dijemur sendiri oleh Ikram.
“Huh! Panasnya.” rungut Ikram. Mereka melangkah masuk ke dalam
“Siapa suruh abang datang bantu. Sudah tahu sakit nak lagi kena panas. Karang ada yang demam balik ni.” omel Ainul.
“Sakit tak semestinya kena baring terlantar atas tilam saja adik oi.” bidas Ikram. Tidak mahu kalah dengan omelan Ainul.
“Ainul tak kata kena baring saja pun. Sekurang-kurangnya janganlah berpanas. Banyakkan rehat.”
“Yelah..” Ikram mengalah.


Puan Noraini yang memandang gelagat Ainul dan Ikram dari tingkap dapur tersenyum. Alangkah baiknya kalau kemesraan kedua insan itu adalah kemesraan suami isteri yang sebenar. Ini tidak. Hanya kemesraan antara seorang abang dan adik perempuannya sahaja.
“Suka saya tengok mereka berdua macam tu kak. Tapi sayang mereka hanya anggap antara satu sama lain hubungan abang dan adik saja.” ujarnya kepada Mak Bibah yang berdiri disebelahnya.
“Sabar sahajalah Aini. Kalau ada jodoh mereka tidak akan ke mana juga. Lama kelamaan sedarlah budak berdua tu erti cinta suami isteri.” balas Mak Bibah. Dia menepuk bahu Puan Noraini. Memberi semangat kepada seseorang yang dianggap adik kandung sendiri. Puan Noraini hanya tersenyum membalas kata-kata Mak Bibah.



Ikram mengetuk pintu bilik Ainul. Bosan betul dia terperuk dalam rumah besar ni. Entah berapa kali sudah dia terguling-guling atas katil sambil menonton drama korea dalam biliknya.
 “Jom kita main piano nak?” ajak Ikram sebaik sahaja pintu bilik terkuak.
“Tak nak. Ainul tengah baca buku ni.” balasnya.
“Alah…kejap je. Nanti Ainul bacalah buku tu.” pujuk Ikram. Dia membuat muka simpati.
Please…” pujuk Ikram lagi.
Ainul berfikir sejenak. “Boleh! Tapi dengan satu syarat.”
“Laa… kena syarat-syarat la pulak. Cepatlah!” cebik Ikram. Dia menanti Ainul memberitahunya syarat tersebut.
“Ainul nak tahu lagu apa yang abang mainkan untuk Ainul hari tu.”
“Oh! Yang tu… abang tetap akan bagitahu juga. Tapi bukan sekarang…next… yang ni tak kira.”
“Mana aci.” cebik Ainul. dia yang bagi syarat. Senang-senang saja Ikram tolak.
“Aci tak aci Abang Am tak kira. Cepat tukar lain.”
“Yiee...beginilah. Ainul nak rakam lagu-lagu yang Abang Am main nanti. Boleh?”
“Rakam aje tapi jangan masukkan dalam YouTube tau. Nanti menangis artis-artis tu tengok abang yang handsome ni mainkan lagu mereka.”
Ainul mencebik. ‘Puji diri sendirilah tu.’
“Tak baik riak.” Bidasnya.



Mereka duduk hadapan piano putih Ikram. Ainul bersedia untuk menghidupkan rakaman telefon untuk merakam Ikram memainkan lagu.
“Pastikan Abang nampak handsome dalam tu yaa…hehe…” ujar Ikram sebelum memulakan lagu. Sempat lagi matanya gatal mengenyit pada Ainul. Dia mainkan lagu Bagaikan Bidadari dari penyanyi Tomok sambil menyanyikan lirik lagu tersebut.
Hadirmu bagaikan bidadari,
Melenkapkan langkahku yang terhenti,
Kaulah pemaisuri gelap dunia tanpamu
Umpama nafasku kan berhenti,
Jika kau hilang dalam hidup ini
Percayalah kasih cintaku padamu
Ikram memandang wajah Ainul sambil menyanyikan lagu tersebut. Kemudian Ikram senyum ke arah video yang di rakam. Dia tunduk hormat setelah habis menyanyi. Berlagak seperti pemain profesional.
“Hebatnya suara Abang Am. Sayu je dengar.” puji Ainul.
“Tengok rupalah…”
“Apa-apa je la. Next song. Hari ni abang Am jadi penyanyi. Ainul jadi tukang gambar.” Cadang Ainul.
Pintu diketuk menarik perhatian mereka. Mak Bibah berjalan medekati mereka.
“Ainul. Ada orang nak jumpa. Katanya dia kawan Ainul.” ujar wanita tersebut.
“Kawan Ainul?” ajuk Ikram pula. Sejak bila Ainul ada kawan dekat Sabah.
“Siapa mak Bibah?”
“Lelaki Cina. Mak Bibah pun tak kenal. Dia tak pandai cakap melayu. Tu hah tengah duduk di ruang tamu dengan ibu kamu.”
Ainul dan Ikram berpandangan antara satu sama lain. Hanya satu nama saja yang terlintas di kepala Ainul dan Ikram pada ketika ini. Tapi mustahil lelaki itu sangup datang ke Malaysia. Yang penting macam mana dia boleh tahu rumah Ainul kini!
“Tak apalah Mak Bibah. Nanti kami datang. Terima kasih.”
“Siapa agaknya?”  soal Ikram sebaik sahaja Mak Bibah keluar dari bilik.
“Entah. Ainul pun tak pasti.” Dia menjongket bahu sambil membetulkan tudungnya.
“Ermm… Jom tengok. Apalah nasib! Setiap kali kita masuk bilik ni ada saja yang datang nak jumpa. Hari tu peguam. Yang ni entah siapa pula. Kacau orang nak main betul.” rungut Ikram.
Ainul sekadar tersenyum lucu. 

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!