Bab 8
Fiera memakirkan keretanya di tepi jalan. Perkarangan rumah Tan sri Fuad sudah sesak dengan khemah dan orang ramai yang datang membantu. Sudah tentu ahli keluarga Tan sri Fuad juga ada ingin menggunakan garaj banglo ini untuk memakir kereta mereka. Dia berjalan masuk ke perkarangan rumah. dua buah khemah besar sudah tersedia walaupun majlis yang berlangsung ada tiga hari lagi termasuk malam berinai.
Bagasi kecil yang memuatkan pakaiannya ditolak padahal isi baju dalam beg tersebut tidak sampai pun setengah hanya Fiera saja yang malas hendak mengangkut beg ke mana-mana. Kalau ada lagi beg yang berjalan sendiri lagi dia suka. Tidak perlu sorong ke sana sini.
“Fiera…” Fiera memaling ke tepi apabila seseorang memanggil namanya dari sekumpulan lelaki yang sedang bercerita.
Selepas meminta diri, Adam berlari kecil mendapatkan Fiera. Dari tadi lagi dia menunggu kedatangan Fiera. berpuluh-puluh soalan disoal dengan kembarnya kenapa Fiera datang lambat tapi Anis hanya buat muka selamba. Setiap kali ditanya jawapannya tetap sama ‘entah.’. Tahulah Anis sudah tentu berkomplot dengan Fiera agar tidak memberitahu apa-apa lagi pasal gadis itu.
“Oh Adam. Kenapa?” soal Fiera. Malu pula apabila banyak mata-mata yang memandang mereka. Kalau bukan kerana Adam ni tuan rumah sudah tentu dia buat-buat pekak saja tadi. Tapi Tan sri Fuad yang bercerita dengan adiknya pun ternampak Adam memanggilnya.
“Awak datang sini naik apa? Kereta mana?” soal Adam sejurus mendekati Fiera.
“Kereta Fieralah. Kenapa?”
“Parkinglah dalam garaj. Bak sini kunci saya tolong awak.”
“”Eh! Takpa-takpa. Fiera parking luar je. Keluarga Adam pun nak guna garaj tu nanti.”
“Tak kan la nak biar kereta tu bermalam beberapa hari dekat luar. Kang kena curi baru tahu. Minta kunci.” Adam menghulurkan tangannya meminta kunci kereta Fiera.
Fiera menghulurkan sahaja kunci kepada Adam. Kalau nak berbidas dengan Adam baik tidak payah. Nanti tidak pasal-pasal buka panggung wayang percuma dia apabila jadi perhatian nanti.
“Terima kasih. Err… opah dah sampai?” soal Fiera. Setahu dia wanita itu akan datang hari ni. Itu pun Anis yang beritahu kelmarin. Rindu benar Fiera dengan nenek Anis itu. Wanita itu seorang yang lemah lembut dan suka manjakan dia.
“No biggie. Opah dah sampai pagi tadi lagi. Ada dekat dapur bercerita dengan kawan-kawan umi.” Jelas Adam tentang kedudukan neneknya. Kalau opahnya pun Fiera kenal maknanya Fiera memang rapat dengan keluarganya. Adam menahan senyum. Alangkah baiknya kalau Fiera jadi isterinya. Gadis itu memang terlalu kenal akan keluarga. Tidak perlu lagi susah-susah cari isteri yang memenuhi syarat ahli keluarganya.
“Adam… Adam…!” jerit Fiera. Mengelamun pula mamat ni. Sambungnya dalam hati.
“Ah! Errr… ya?” Terkejut pula dengar Fiera menjerit. Tidak sangka pula dia boleh mengelamun sampai begitu jauh. Biasalah orang sudah angau. Dia tersenyum lebar sambil menggaru belakang kepala yang tidak gatal.
“Err… tak. Fiera just nak beritahu Fiera nak masuk dulu. Thanks lagi sebab bantu parkirkan kereta Fiera.”
“Oh! Okay. Takpa. Masuklah.”
Fiera mengangguk lalu masuk ke dalam rumah. Kepalanya digeleng beberapa kali. Pening betul dengan Adam ni. Macam-macam sahaja sikap yang dia tunjukkan setiap kali mereka bertemu. Kadang-kadang tegas, serius, garang pun ada dan yang paling pelik ialah sikap manjanya yang terpamer tatkala dia tersenyum sambil menggaru kepala. Comel!
Fiera segera menyedarkan diri sendiri.
“Oh tidak! aku tidak…”Fiera bermonolog. Kepalanya digeleng untuk beberapa kali untuk menyedarkan diri sendiri. Tangan kanan yang kosong menepuk pipi agar cepat sedar. Boleh pula dia terbayangkan Adam macam artis korea kesayangannya yang suka buat mimik muka comel.
“Bahaya…bahaya…” ujar Fiera lagi. Tengkuknya digosok. Habis kusut selendang yang dipakai. Seram sejuk memikirkan benda tersebut. Adam buat mimik muka? Kalau Ammar tu dia percayalah tapi mustahil buat Adam. Terlalu mustahil.
“Apa yang bahayanya Fiera?” soal seseorang. Fiera terus tersenyum lebar apabila terpandang wajah tersebut. Wajahnya yang sangat dirindui. Lama benar dia tidak berjumpa dengan opah. Hari-hari jadualnya hanya padat dengan kerja pejabat.
“Opah!”
Bagasi yang disorong tadi dilepaskan. Dia berlari anak ke tempat opah berdiri. Rindu betul dia dengan wanita tersebut. Mereka berpelukan seketika. Fiera menyalam tangan Puan Fatimah a.k.a opah kesayangannya.
“Rindu dekat opah…” runggutnya. Puan Fatimah memegang pipi Fiera lembut. Dia pun rindu dengan cucu angkatnya yang satu ni.
“Opah pun rindu sangat dekat Fiera. Lama Fiera tak jenguk opah dekat kampung… opah pun tak larat nak jalan jauh-jauh. Sakit pinggang opah duduk dalam kereta.”
“Fiera sibuklah opah. Kalau ikutkan hati. Fiera lagi suka tinggal dekat kampung dengan opah. Tapi kerja Fiera tak pandai habis-habis. Makin banyak adalah.”
“Kerja kamu tu kalau dikira memang tak pandai habis-habis pun. Sekali sekala kena rehat juga sayang oi. Muka kamu ni makin mencengkung dah opah nampak.”
Fiera sekadar tersengih saja. Apa boleh buat. Makan tak menentu. Macam mana tidak semakin kering.
“Amboi. Manjanya dia.” Celah Anis. Dia mendekati Fiera dan Puan Fatimah.
“Ada orang dengki opah.” Ujar Fiera sambil menjelir lidah kepada Anis.
“Elleh… tak hairan. Opah lagi sayang dekat aku. Bluerkk..” Anis membalas.
“Sudah…sudah… dua-dua dah besar panjang tapi perangai macam budak tak cukup umur. Padahal umur dah sesuai beranak pinak dah.” Omel Puan Fatimah.
“Alah opah. Kita orang gaduh-gaduh manja gitu.” Anis memujuk nenek kandungnya. Sekali sekala bergurau tak salah.
“Kamu tu dua tiga hari lagi nak kahwin. Pening kepala laki kamu nanti dengan perangai kamu ni Anis. Manja tak bertempat.”
“Alah. Anis manja dengan laki je nanti.”
“Amboi! Ni gatal nak berkahwin ni opah. Haha..” Fiera cuba memprovok Puan Fatimah.
“A’ah. Baik kita kahwin kana je malam ni. Bahaya Anis ni… opah takut nanti lain pula jadinya.” Puan Fatimah mengiyakan kata-kata Fiera. Sengaja mahu mengusik cucu perempuannya.
Muncung mulut Anis apabila opahnya menyebelahi Fiera. Dua lawan satu tak aci langsung. Dia tersenyum meleret melihat Adam berjalan ke arah mereka. Sempat lagi Adam meletakkan bagasi Fiera yang terbiar di ruang tamu ke tepi. Fiera pun satu. Tentu lupa sudah pasal begnya.
“Opah… sepatutnya bukan Anis yang kena kahwin malam ni. Tapi Fiera tau tak…” Anis membuat muka serius.
“Heh! Apa pulak aku?” tukas Fiera. Tiba-tiba pula mak cik seorang ni.
“Memanglah… Opah nak tahu… ada orang dok angaukan Fiera. ish… ish.. bak kata pepatah. Makan tak kenyang, mandi tak basah mengenangkan Fiera.” ujar Anis serius. Serius benar rupanya menyakinkan Puan Fatimah. Dia tersenyum sambil mengangkat kening memandang Fiera. Nak kenakan aku? Hehe…
“Betulkah? Siapa?” soal Puan Fatimah. Dia memandang Fiera dan Anis silih berganti.
“Haih! Siapa lagi kalau bukan tu…” Dia memuncungkan mulut ke arah adam yang mendekati mereka. Fiera dan Puan Fatimah berpaling memandang arah yang ditunjuk oleh Anis.
Buntang mata Fiera. Manusia yang ditunjukkan ialah Adam.
“Apasal korang pandang Adam macam tu?” soal Adam. Dia berdiri disebelah Fiera. Hairan dengan pandangan tiga orang wanita yang berada di hadapannya. Tengok dia macam nampak hantu.
Fiera berdehem. Cuba menenangkan.
“Apasal Fiera sakit tekak ke?” soal Adam yang berdiri disebelahnya. Puan Fatimah sudah tersenyum.
Kepalanya digeleng. Hendak jawab soalan Adam tapi suara mulutnya berat hendak mengeluarkan kata-kata.
“Kalau yang ni Opah lagi suka Anis. Tak payah tunggu malam. Sekarang pun Opah nikahkan.” Ujar Puan Fatimah.
“Siapa yang nak dinikahkan Opah?” soal Adam lurus.
Baru sahaja Anis hendak buka mulut. Fiera sudah bagi amaran jangan jawab. Dia membesarkan matanya. Terkumat-kamit mulut Fiera memberi amaran.
“Takda. Ada kawan mereka ni. Berkenan opah tengok bagai pinang dibelah dua.” Puan Fatimah berkias. Hanya Fiera dan Anis sahaja faham maksud kata-kata itu.
“Owh… Fiera nah kunci kereta. Adam dah letakkan dekat garaj.” Ujar Adam. Dia bertukar tangan memberi kunci kepada Fiera.
“Thanks.” Balas Fiera perlahan. Cukup sekadar didengar oleh mereka bertempat.
“Betulkan Anis kata tadi. Tak payah ungkap di mulut apabila ekpresi sudah menjawab.” Sambung Anis. Suka sangat apabila ada masa untuk balas dendam dengan Fiera, selalunya dia sahaja yang kena dengan loyar buruk Fiera.
“A’ah Nis. Opah terasa aura yang kuat sangat.” Puan Fatimah mengibas mukanya. Seolah-olah orang sedang kepanasan.
“Apahal Anis dengan Opah ni? Pelik semacam saja.” Bebel Adam. Dahinya berkerut memikirkan maksud mereka berdua. Langsung tidak faham perangai cucu dan nenek ni. Dia memandang Fiera ditepi untuk menanya tapi gadis itu sekadar menjongket bahu.
“Tapi itulah. Susah betul dengan mereka ni opah. Seorang ke kiri seorang ke kanan. Jalan mereka tak sama. Lepas tu si lelaki ni banyak pula saingannya.”
“Ye ke? Wah! Tak sangka betul opah.” Balas Puan Fatimah sambil tergelak.
“Malas Fiera nak campur. Baik lagi naik mandi.” Cebik Fiera. Dia menolak bagasi untuk masuk ke dalam bilik. Makin lama dia di situ makin kena dia oleh opah dan Anis.
Puan Fatimah dan Anis sudah tergelak sakan. Puan Fatimah pun berjalan meninggalkan Adam dan Anis. Dia sendiri pun hendak masuk ke bilik untuk menunaikan solat.
“Apasal ni?” soal Adam. Masih lagi tidak puas hati dengan jawapan yang diberi tadi. Anis hanya ketawa sambil meninggalkan kembarnya terkulat-kulat menunggu jawapan darinya.
“Hoi mak cik! Apasal tak angkat telefon aku?” panggil Taufiq. Dia baru sahaja sampai di rumah keluarga Anis untuk membantu dalam persiapan terakhir bagi majlis berinai malam ni.
“Kau panggil aku ke Fiq?”
“Tak lah aku tengah bercakap dengan dinding ni. Dinding oh dinding kenapa cat kau warna cream?”
“Mestilah aku panggil kau. Kenapa tak jawab aku telefon semalam?” sambung Taufiq lagi.
“Aku lupa aku letak dekat mana telefon aku. Lagipun aku penat sangat. Habis kerja terus tidur mati.” Jawab Fiera.
Bukan dia sengaja pun tapi dia sibuk tolong sana sini semata-mata mengelak dari berbual dengan Adam. Serumah dengan lelaki itu memang cukup payah buat dia. Kena lagi dengan opah dan Anis yang berkomplot kenakan dia semalaman.
Bukan dia sengaja pun tapi dia sibuk tolong sana sini semata-mata mengelak dari berbual dengan Adam. Serumah dengan lelaki itu memang cukup payah buat dia. Kena lagi dengan opah dan Anis yang berkomplot kenakan dia semalaman.
“Ermm… ya la. Kau buat apa ni? Ni kuih apa? ” Taufiq menunjuk kuih tradisioanal yang Fiera susun kemas ke atas pingan untuk dihidang. Tangannya mencekak pinggang memerhati tingkah Fiera. Gaya Taufiq tidak ubah seperti seorang mandur yang memerhati pekerja yang sedang melakukan tugas.
“Yang ni?” tunjuk Fiera pada sejenis kuih yang berbungkus dengan kulit pisang.
Taufiq mengangguk.
“Kau ni orang mana juga Taufiq? orang Malaysia pun tak tahu kuih tradisional negara sendiri. Ish… ish… ish…”
“Ceh. Berlagak. Kuih apa?” soalnya lagi. Dia mengambil satu biji. Unik sungguh bentuk kuih ni. Bentuk kon ais-krim dan berwarna hijau.
“Hehe… aku pun tak tahu sebenarnya. Aku panggil ni kuih kon saja sebab bentuk dia bentuk kon.”
“Kurang asam. Tadi bukan main lagi dia perli kita. Rupa-rupanya dia sendiri pun tak tahu. Ermm… sedap. Kenapa umi tak pilih kuih moden untuk hidang buat tetamu?” soal Taufiq sambil mengunyah kuih tadi. Tidak senonoh betul.
“Kalau nak kena ceramah dengan opah. Kau try la soal dekat opah.” Balas Fiera. sebenarnya dia hanya ajuk cakap Anis tadi sebab dia sendiri ada soal soalan yang sama dekat Anis pasal kuih tersebut.
Fiera teringatkan kata-kata Anis tadi. Lucu betul dengan gaya opah yang ditirunya.
“Kalau nak kena ceramah dengan opah. Kau try la soal dekat opah. Telinga ku dah kena selicin-licinnya oleh opah. ‘buat apa nak order kuih yang bukan-bukan sedangkan kuih tradisional sendiri ada.’ ” jawab Anis tadi. Siap dengan lenggang lengok meniru gaya opah lagi.
“Mesti kau pun kena kan. Sebab tu kau cakap macam tu.” Sindir Taufiq. Bukan dia tidak tahu kuih kegemaran Fiera. Hidang Donut Big Apple, muffin atau cupcake sekejap sahaja dia bantai.
“Kau tak tahu betapa minatnya aku terhadap kuih tradisional ni. Kalau dihidang antara kuih ni dengan cheese cake. Comfirm seratus peratus aku pilih kuih ni tau.”
“Memang la. Sebab kau tak makan cheese. Poyo!” balas Taufiq. Satu lagi kuih ‘kon’ dia makan.Fiera menampar tangan Taufiq yang mengambil kuih yang telah disusun cantik. Banyak-banyak dalam kontena yang dia pegang, kuih di pinggan juga diambil.
“Aku dah letak cantik-cantik dekat situ Fiq. Kau ni datang sini nak menolong atau menghambur?”
“Iyalah. Aku nak chow la ni.” Cebik Taufiq. Sempat lagi tangannya mencapai dua biji kuih di atas pinggan.
“Taufiq…!” Fiera menjerit kecil. Tidak makan saman betul mamat sorang ni. Dia menjelir lidah kepada Fiera yang menahan geram. Sengaja nak usik.
“Cemburu saya nampak awak dan Taufiq.” Tegur Adam setelah Taufiq meninggalkan Fiera. Dari tadi lagi dia melihat Fiera bercerita dengan Taufiq. Niatnya hendak menegur Fiera terus terbantut apabila terlihat Taufiq sudah mendekati Fiera.
“Cemburu awak tak bertempat.”
“Kan baik kalau kita juga macam tu.” ujarnya romantik. Fiera memandang seketika wajah Adam.
“Saya hanya layan sebagaimana orang tu melayan saya.”
“Awak tidak berlaku adil Fiera. Saya tidak mampu hendak sorokkan perasaan saya. Saya sayangkan awak. Tidak mungkin hanya kerana itu sahaja awak sanggup buang saya.”
“Saya tak pernah buang sesiapa dalam hidup saya. Saya tak pernah tinggalkan orang begitu saja. Saya sentiasa ikhlas berkawan dengan sesiapa saja.” Ujar Fiera tegas. Dia memandang tepat mata Adam.
“Ramai lagi gadis yang lebih layak buat awak Adam. Saya yakin tentu ada seorang yang mungkin jodoh awak. Sesekali awak perlu buka mata awak yang bukan seorang sahaja gadis di dunia ni.” Sambungnya lagi.
“Saya sayangkan awak Fiera dan saya yakin tentang perasaan saya. Saya akan cuba dapatkan hati awak.” Balasnya. Adam berlalu meninggalkan Fiera mengulas sendiri kata-katanya. Dia nekad. Hati Fiera perlu ditawan agar menjadi miliknya. Tidak pernah sekalipun dia melupakan gadis itu selama ini.
Fiera mengeluh. Dia menyambung semula tugasnya mengemas kuih tadi. Sampai bila Adam perlu menerima bahawa hatinya bukan untuk lelaki itu.
“Opah. Majlis berinai ni wajib ka?” soal Taufiq. Tekun dia memandang Opah yang tengah meletakkan inai di tangan Anis. Fiera pula entah sudah hilang ke mana. Tadi kata nak keluar sekejap sebab Ammar ada datang untuk majlis malam ni.
“Maksud Taufiq malam berinai?” soal Puan Fatimah lagi.
Taufiq mengangguk.
“Malam berinai ni tak wajib, ia cuma adat orang melayu saja. Kepada keluarga yang masih pegang dengan adat budaya melayu akan buat malam berinai. Ia Cuma satu majlis keramaian yang di buat untuk si gadis yang bakal menjadi isteri sebab perkahwinan seorang gadis sesuatu yang mengembirakan keluarganya.” Jelas Puan Fatimah.
“Kenapa Fiq. kau pun nak pakai inai juga ka?” soal Anis.
“Manalah tahu. Kalau aku nak kahwin aku nak juga buat majlis macam ni. Macam best je kalau ikut adatkan opah?” cadang Taufiq.
“I wonder siapalah yang nak jadi bini kau nanti kan?” usik Fiera. Taufiq sekadar tersenyum. Dia hanya tekun memandang jari jemari Anis yang dipakaikan inai.
“Fiq ada perasan. Kalau pengantin lelaki selalunya tak pakai inai semua jari. Kenapa opah? Kan cantik kalau pakai semua sekali.”
“Hish. Adakah patut?” bidas Puan Fatimah.
“Betul apa. Fiq suka nampak orang pakai inai. Berseri-seri.” Komen Taufiq.
Anis sudah tergelak sakan terdengar komen Taufiq.
“Apa kamu merapuh ni Fiq. lelaki tak boleh pakai inai di tangan sebab ia menyerupai perempuan.”
“Owh… tak tahulah opah..hehe…”
“Kurang asam gelugor! Aku rasa macam nak hempuk saja kepala kau dekat tiang ni Ammar. Penat aku tunggu dari tadi akhirnya tak juga kau datang!” omel Fiera di telefon. Dari tadi Ammar kata on the way tapi tak juga sampai-sampai tapi memandai pula suruh dia tunggu tepi pagar. Hampir dua jam dia tunggu Ammar tapi tidak juga datang. Sakit hati betul.
“Sorry la Fiera. Aku tiba-tiba ada hal penting ni. Klien aku tiba-tiba buat hal.” Pujuk Ammar. Mungkin boleh tembus telinganya mendengar Fiera berteriak di corong telefon. Tak sangka pula Fiera betul-betul tunggu.
“Ye lah. Jadi kau dekat mana sekarang ni?”
“Aku tengah pusing JB balik ni. Esok aku datang yaa.”
“Jangan kelam kabut Am. Bawa kereta tu pelahan-lahan. Kalau tak sempat esok kau datang majlis resepsi saja.” Ujar Fiera pelahan.
“Sayang juga kau dekat aku.” Terkekek Ammar ketawa di telefon.
“Sudah. Aku nak pergi bantu apa yang patut. Kau ni pun satu. Menyusahkan aku betul. Buat malu je aku dekat sini dari tadi. Orang ingatkan patung apa tercongok tepi pagar ni. Sudah macam Cendana aku dekat sini tau.”
“Takpa. Di hati aku, kau lagi cantik dari Cendana. Baiklah. Aku off handphone ni. bye sayang. ” Ammar memujuk.
“Bye. Asslamualaikum.”
Mengalir air mata seorang ibu tatkala anak kesayangannya selamat diijabkabul. Hati mana yang tidak tersentuh anak yang selama ini dibelai dengan penuh kasih sayang kini bukan menjadi tanggungjawabnya. Sayu hati Fiera apabila terlihat Puan Ariana memeluk Anis yang terduduk di birai katil ketika menanti pengantin lelaki untuk tiba bagi majlis pembatalan air sembayang. Tiba-tiba hatinya berdetik. Adakah ibu kandungnya juga akan berbuat sedemikian untuk hari bahagianya nanti atau dia tidak juga akan menjumpai ibu bapa kandungnya sebelum hari perkahwinannya.
Mengalir air mata Fiera mengenangkan keadaannya. Dia segera menyeka air mata tersebut apabila pengantin lelaki telah tiba bagi majlis pembatalan air sembayang. Berseri-seri wajah Anis dan Faizul ketika bertentang mata.
Fiera terkejut apabila tapak tangannya terasa hangat. Opah sedang memegang erat tanganya. Mungkin wanita tersebut juga merasakan apa yang dia rasa ketika ini. Air muka Opah yang tenang dipandang sayu.
Tersentuh hatinmya dengan keprihatinan opah terhadapnya.
“Mereka sama cantik sama padan. Betul tak opah?” soalnya.
“Insyaallah doa opah agar mereka bahagia.”
Dia tersenyum. Matanya berlaga dengan mata Taufiq yang turut bersama melihat majlis tersebut. Muka Taufiq seperti inginkan satu penjelasan darinya. Fiera hanya tersenyum. Sudah tentu Taufiq juga perasaan mimik mukanya tadi. Taufiq sering sahaja prihatin dengan perasaan Fiera. Apa yang dia fikir dan rasa Taufiq orang pertama yang akan bersoal jawab dengannya. Tapi hanya rahsia ibunya sahaja yang menjadi rahsia dirinya sendiri. Tidak pernah sekali pun dia bercerita tentangnya kepada sesiapa.
p/s : sorry kalau entri pendek....entri part 9 ialah pertemuan tiga jejaka bertentang mata di majlis perkahwinan Anis. Sesi tarik perhatian akan berlaku antara Taufiq, Ammar and Adam.. Pinggan siapa yang akan Fiera sambut...? nak bertaruh tak...
Taufiq..Ammar n Adam hulurkan pinggan buat Fiera tapi siapa yang Fiera nak ambil..?
selamat membaca dan selamat tahun baru...=)
Taufiq..Ammar n Adam hulurkan pinggan buat Fiera tapi siapa yang Fiera nak ambil..?
selamat membaca dan selamat tahun baru...=)