Wednesday, January 1, 2014

Teaser : Tembok Cinta -(Fiera & Fiq kisah cinta triller tak kesampaian)

 

Happy new year!! Tetiba rindu sweet couple kita.. so jom baca sneak peak TC.

Bahang kepanasan yang terasa dipipi mengejutkan Fiera dari tidurnya. Fiera memisat matanya. Leher yang lenguh diurut. Sebaik saja Fiera duduk tegak. Segelas Nescafe panas dihulurkan kepadanya.
Fiera memandang muka Taufiq. Pandai dia kejutkan Fiera. Letakkan Mug panas tu dipipi. Kalau melecur siapa tanggung?
Gelas tersebut dicapai. “Thanks.” Fiera memegang mug yang diberi menggunakan kedua tangan untuk merasa haba panas. Kemudian pandangan Fiera beralih pada Farhan yang masih lagi nyenyak tidur.
Satu keluhan dihembus.
“Dia tak apa-apa kan?” Soal Fiera.
Erm… aku rasa dia ada salah makan. Sebab tu sakit perut.”
“Syukur alhamdulillah…”
“Fiera betul ke apa kau cakap semalam tu?” soal Taufiq pula.
“Apa aku cakap semalam?” tanya Fiera balik. Dahinya berkerut mengingat semula.
“Kau tak ingat apa kau cakap semalam?” soal Taufiq untuk memastikan.
“Satu pun aku tak ingat.”
Taufiq tersenyum. “Kau cakap kau nak aku balik dengan kau sebab kau rindu kan aku. Kau cintakan aku dari dulu sampai sekarang.” Katanya selamba.
Mata Fiera terbeliak. Mukanya kemerahan menahan malu. Eh! Ada ke aku cakap macam tu?
“Merepek! Aku rasa mana ada aku cakap macam tu.”
“Betullah. Kau pun kata nak maafkan mak kau. Semua orang ada buat silap konon. Lagipun kau ada beritahu yang kau terlalu rindukan aku. Tak ingat ke?” ujar Taufiq selamba. Seolah apa yang dia katakan semuanya benar belaka. Huh! Penipu besar!
Nonsense! Mustahil aku cakap macam tu. Kau jangan nak kelentong aku.” marah Fiera. Dia mengalihkan pandangannya ke Farhan. Penghawa dingin yang sejuk tidak lagi berbekas, badannya sudah panas menahan malu.
Otak Fiera masih lagi geligat memikirkan kata-kata semalam. Entah kenapa satu patah perkataan pun dia langsung tidak ingat. Aku ni ada penyakit amnesia ke? Nauzubillah!
Taufiq menjongket bahu. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket baju berwarna putih itu. Baju doktor! Fiera baru terfikir sesuatu.
“Ini kau punya klinik ke?” soalnya.
Satu anggukan diberi oleh Taufiq sambil menghirup nescafenya. “No wonder la kau ada sini aje dari semalam… Menyesal aku berhenti di klinik ni.” kata Fiera dengan nada perlahan.
Eleh… Menyesal konon. Semalam bukan main lagi luahkan perasaan dengan aku!” ejek Taufiq.
Yiee… mana adalah! Kau tu saja yang perasan melebih! Sakit hati betul dengan mamat ni.” Fiera membangkang. Kenapalah lambat betul otak dia berfikir sekarang ni. Tepat anak matanya memandang Taufiq di sebelah.
Taufiq sedikit membongkok untuk samakan muka Fiera dengannya. Mereka bertentangan mata seketika. Satu senyuman manis tidak lekang dari bibir Taufiq.
“Jadi betul kau nak jumpa mak kau macam kau cakap semalam tu?” tanyanya.
“Tak nak! Tak nak! Tak nak! Bila masa pulak mulut aku cakap macam tu?!” bentak Fiera. Tolonglah jangan ungkit pasal tu lagi.
Papp!! Fiera memegang dahinya yang kena lastik oleh Taufiq. Pedih! Manusia ni tiada sense of humor langsung. Orang dah kata tak nak maksudnya tidak inginlah.
“Kau ni degil!” marah Taufiq.
“Suka hatilah…”
“Sedangkan nabi maafkan umat… Maafkan sajalah. Lagipun perkara tu dah bertahun pun. Kau patut bersyukur. Bukan senang nak lahirkan anak tau. Terutamanya anak yang kepala batu macam kau ni. Keras kepala!” Bebel Taufiq.
Fiera mendengus. Sekali lagi dia mengalihkan pandangannya dari Taufiq.
“Yang penting kau patut bersyukur sebab kau lahir dan ditakdirkan berjumpa serta jatuh cinta dengan aku.”
“Cis! Perasan aje lebih. Siapa sukakan kau? Tolonglah…” balas Fiera sarkastik.
“Padahal dalam hati ada taman. Kalah taman di Keukenkof tu.” Usik Taufiq.
“Hati kau tu saja yang bermasalah. Hati aku ada darah dan receptor…”
“Loyar buruk. Owh ya! aku lupa sesuatulah. Aku nak tuntut janji aku.” kata Taufiq semacam.
“Janji apa?” tanya Fiera. Keningnya terangkat sedikit. Nada kurang percaya timbul pada Doktor Taufiq ni. Banyak saja auta dari fakta!
“Kau kan pernah cakap dulu. Kalau jumpa mak kau lepas tu baru kita nikah. Betul tak? Hish! Boleh pulak aku lupa. Kan kau dah jumpa mak kau. Jadi kenalah tunai janji kau tu.”
Fiera terkedu. Dia memandang Taufiq. Boleh pula lelaki itu ingat balik janji tu. Tapi sepatutnya kan dah batal waktu dia terpaksa kahwin dengna Adam dulu.
“Tu diam tanda ingatlah tu kan. Hahaha…” kata Taufiq lantas mengejutkan Fiera. Ketawa besar lelaki itu kerana dapat mengenakan Fiera.
“Mana ada! Errr… tak in…tak ingat pun!”
“Gagap tanda orang bersalah.” Kata Taufiq bersalah. Memang ayat Fiera dulu dia buat kopi-pasta! (Copy-paste!)
Yiee! Aku nak cekik-cekik je kau.” Fiera mencekik-cekik leher Taufiq. Tapi bukan cekik kuat-kuat. Drama saja lebih sampai Taufiq tersorong depan dan belakang.
Morning Abang Fiq!! ” kata Shofea ceria sambil masuk ke dalam bilik Taufiq yang terkuak itu. Matanya membesar terpandang aksi diluar jangkaan. Langkah mereka semua terhenti. Seolah waktu dan keadaan sekarang sedang berhenti buat seketika. Kaku!
“Astaghfirullahalazim!” Shofea menerkup mulutnya.
Segera Fiera menjatuhkan tangannya dari leher Taufiq. Dia berpaling menghadap Farhan justeru membelakangi Shofea. Taufiq pula cepat-cepat berdiri tegak semula.
“Korang tak buat aksi triller kan?” soal Shofea. Kadang-kadang bingung juga dengan Fiera dan Taufiq ni. Semua orang kata mereka saling cinta antara satu sama lain. Tapi gaya macam kawan sahaja… tiada pun beromantik macam pasangan lain. Sudah tu! setiap kali berjumpa macam anjing dan kucing. Bertekak saja kerja mereka!
“Kita orang buat aksi kisah cinta triller tak kesampaian!” gurau Taufiq.
Fiera mencubit lengan Taufiq. Geram! Boleh pulak dia reka cerita macam tu.  Macam tragis sangatlah kisah mereka ni.
Auch! Betul apa. By the way, Fea nanti telefon mak cakap Abang Fiq dan Fiera akan datang rumah untuk dinner malam ni dekat sana ya.” pesan Taufiq. Dia sudah cukup bersabar selama tiga tahun ini. Tiada tangguh-tangguh lagi. Selama ni pun supaya emosi Fiera pulih sepenuhnya. Memang dia separuh rela bertahan dalam tempoh begitu lama.
Mata Fiera buntang. Dia menarik-narik lengan Taufiq. Aku tak nak!!
Err… betul ke ni?” soal Shofea ragu-ragu. Fiera sudah dapat maafkan mak ka?
“Aku tak nak!” bangkang Fiera.
“Buat aje. Nanti tahulah abang bawa Fiera. Dia ni malu-malu meow saja. Malu tapi mahu.” Celah Taufiq pula. Lain pula jawapan dari Taufiq. Kali ini dia memang tidak akan berlembut lagi dengan Fiera. 
Err… okay nanti Fea bagitahu mak. Fea masuk bilik dulu.” Ujar Shofea ragu-ragu.
Alright. Adios… hasta la vista!  Bye my lil sis…” kata Taufiq dengan nada ceria. Lagi ceria dari astro ceria! Muka Fiera yang cemberut macam kena simbah cuka langsung tidak dipeduli.
“Tiada kata tidak! Nanti malam aku jemput kau di rumah. Lagipun kau tinggal di rumah mertua kau. Senang aku nak dapat green light. Kalau kau tak nak. Nanti aku gendong kau bawa keluar.” Kata Taufiq sebelum sempat Fiera membalas apa-apa sebaik sahaja kelibat Shofea hilang dari pandangan.
Fiera mengeluh berat. “Kau pun tahu aku ada masalah dengan perempuan tukan? Please la Taufiq. Kalau kau nak sangat pergi dinner dengan mak kau tu. Pergilah. Aku tak kisah pun. Tapi jangan heret aku sekali.”
“Mak? Ermm… aku rasakan aku tahu apa dalam fikiran kau sekarang ni…” balas Taufiq tiba-tiba.
“Mesti kau fikir mak kau tu aku punya emak kan? Aduh! Fiera kau ni ada penyakit Alzheimer ke atau Amnesia? Kau pun pernah nampak mummy aku waktu sekolah dulu kan? Mana sama!”
Choiii!! Mulut tiada insuran. Betul-betul aku dapat penyakit tu. Kau orang pertama aku cari.” Marah Fiera.
“Mestilah kau cari aku. Aku kan doktor peribadi merangkap Doktor Cinta kau…” Taufiq mendabik dada. Satu kerusi berdekatan ditarik. Lalu Taufiq duduk berdekatan wanita itu. Satu nafas ditarik.

“Fiera apa-apa pun kau dengar sini baik-baik…”

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

1 comment:

  1. Wah curios nya...
    agk2nya ap yg taufiq nk gtau fira ek??

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)