“Kenapa ni?” tanya Ekmal. Dia pandang Thia sekilas. Payah sungguh gaya
Thia keluarkan sesuatu dari beg tangannya. Signal kereta terus saja dipasang.
Ekmal parkir dibahu jalan. Tali pinggang dibuka dan dia toleh menghadap Thia
yang tengah buka minyak balsem harimau Eng Aun Tong.
“Pening.” Jawab
Thia singkat.
Ekmal dekatkan
diri dengan Thia. Dia bantu buka tali pinggang Thia agar lebih selesa. Tangan
Ekmal dihulur meminta Raihan. “Biar saya dukung Raihan. Awak urut kepala tu
dulu. Nak pegang tak boleh mamanya. Papa tak pegang tangan tok kadi lagi.”
Menjeling tajam
Thia dengan ayat terakhir Ekmal. Lelaki itu tersenyum kambing. Geleng kepala
Thia. Tidak larat nak ikut serta. Kepala tengah berdenyut kuat. Perlahan-lahan
dia menghulurkan Raihan pada Ekmal.
“Anak papa ni. Tak
pandai nak tidur dalam perjalanan ya. Kesian mama Raihan tu. Sampai pening...”
Ekmal mula bercerita dengan Raihan yang segar. Enggan tidur lagi. Comelnya
budak ni. Puji Ekmal lagi. Ada iras-ras mata Asha. Mata bulat dan seperti
berkaca-kaca.
Minyak angin
disapu atas dan hujung dahi. Thia kelip-kelip mata. “Alamak papa! Mata kena
minya angin!” dikerlipkan lagi mata. Pedih! Thia rasa macam nak menangis
sekarang ini.
Ekmal terus toleh
menghadap Thia. “Macam mana boleh kena mata?!” tegas suara Ekmal tanya.
Badannya sekali lagi didekatkan dengan Thia.
“Huhuhu... kena
marah...” Thia mencebik. Tengah sakit boleh pula kena marah oleh Ekmal.
“Comel! Orang tak
marahlah. Mari tiup sikit.” Arah Ekmal. Susah sikit dia hendak dekatkan badan
dengan Thia ketika gendong Raihan.
Thia pejam mata
rapat-rapat. Setitik dua air matanya mengalir juga. Pedih terkena minyak angin.
Tapi badanya dihalakan juga ke tempat Ekmal sedikit.
“Buka mata tu.
Biar saya tiup.”
Mata cuba dibuka.
Tapi Thia cepat-cepat tutup balik. Laju kepala digeleng manja. Memang sifat
semula jadi Thia pun manja. Dia saja tak perasan. Nasib iman Ekmal kuat. Kalau
tak lama kena terkam. Buat sangat muka comel, geleng-geleng kepala sambil
tutup mata. “Sakit...” keluh Thia lagi.
Tidak sangat buka mata.
‘Nanti makin
banyak lagi masuk.’ Thia fikirkan teori tidak munasabahnya.
“Degil. Raihan
tutup mata sekarang. Papa nak cium mama ni. Degil tak nak buka mata....” Tanda
amaran dari Ekmal jika Thia terus tak nak buka mata.
Cepat-cepat mata
Thia terbuka luas. Bukan mata saja yang bulat membesar. Dengan mulut sekali
luas ternganga.
“Fuuu....” selamba
saja Ekmal tiup mata Thia. Lembut tiupan Ekmal dan langsung tidak kasar. Fuu...
tiup sekali perasan masuk ke dalam hati Thia. Tolonglah masuk! Kalau boleh tiup
sampai terkeluar perasaan cinta terhadap Zarul itu.
Hilang rasa pedih.
Tersenyum lebar Thia mengerlip mata beberapa kali. Ekmal pula yang terkedu.
Langsung tidak berganjak. Mata pun ikut sekali tidak berganjak. Tingkah comel
Thia mengerdip mata terus saja dipandang. Kedudukan mereka yang masih lagi
menghadap satu sama lain.
“Cute mommy!”
“Huh?” terhenti
langkah Thia mengerdip mata. Terdiam bibir sudah mula tergangga besar bila
tengok muka Ekmal yang terlalu hampir dengan mukanya. Alamak! Macam mana boleh
terleka tadi? Lupa nak alihkan kepala selepas ditiup oleh Ekmal tadi. Segera
Thia berundur ke belakang.
Bukk!!
“Auch!” Thia gosok
kepala yang terhantuk dengan cermin kereta. Mukanya berkerut memandang Ekmal
yang tergelak kecil. Takut nanti Asha dan Mira yang tidur dikerusi belakang
terbangun pula.
Brrr... brrr... brr....
Terdiam Ekmal
dengar bunyi cirit. Muka polos Raihan yang dipandangnya. Gendongan Raihan
diangkat tinggi sikit. Pampers ditarik sedikit. Punggung Raihan dihidu. ‘Harum
semerbak’ terbatuk-batuk Ekmal gara-gara tersedak hidu bau najis Raihan.
Thia pula ganti
gelak. Lucu dengan gaya Ekmal hidu bau tahi Raihan. Sikit lagi termasuk hidung
mancung tu dalam pempers. “Hero mama tolong balas dendam ya. Hahaha... padan
muka...” hidung si kecil dicuit. Lidah Thia pula dijelir pada Ekmal.
“Macam mana ni?”
soal Ekmal dengan muka blurr.
“Bawa sini. Biar
saya tukar pampers...”
“Eh... nanti dulu.
Tangan awak tu masuk baru saja habis pegang balsem awak tu. Pedas! Biar saya
saja tukarkan pampers.” Halang Ekmal. Dia sendiri pernah rasa minyak angin Thia
itu. Pedas bukan kepalang.
Berkerut dahi Thia
dengar. “Reti ke?” soalnya. Muka langsung tidak percaya Ekmal nak tukar pampers
Raihan.
“Tahulah
sikit-sikit, bagi saya pampers dan tisu basah.” Ekmal mengarah. Kerusinya
dibelakangkan agar tempatnya lebih luas sedikit.Raihan dibaring atas paha.
Thia sudah tidak
tahu hendak buat apa. Zip beg barang keperluan Raihan yang diletak dibawah
kakinya dibuka. Pampers, bedak dan tisu basar dikeluarkan. Ekmal sudah sedia
buka gam pampers Raihan saiz xs itu. Sehelai tisu basah dikeluarkan lalu Thia
hulurkan pada lelaki itu.
Hati-hati Ekmal
mengelap. Kedua kaki Raihan dipegang lalu dia angkat sedikit. Lap sisa tahi
dibahagian belakang pungung pula. “Ada bakat jadi suami mithali...” puji Thia.
tangan menyambut pampers yang sudah digulung. Dihulurkan pula pampers bersih.
“Kan... saya pun
rasa begitu. Maklumlah. Sejak jadi papa ni. Reti pula saya...” usik Ekmal
sambil bekerja. Berhati-hati dia meletak pampers. Kaki Raihan dilepaskan perlahan
setelah pampers elok terletak atas pahanya.
Thia sekadar
memerhati. Sempat tangannya menangkap beberapa keping gambar Ekmal tengah
pakaikan pampers.
“Letak bedak
sikit. Nanti ruam.” Botol bedak diberikan pada lelaki itu. Ekmal taburkan
sedikit dibahagian tepi. Tahu saja dia tempat kena letakkan? Pampers terus
dipasangkan.
“Siap! Si comel
Raihan dah wangi.” Dahi Raihan dikucup lembut. Sekeping gambar lagi diambil.
Suka tengok scene Ekmal cium pipi Raihan. Thia tersenyum memandang.
Botol bedak dan
tisu basah dimasukkan ke dalam beg. Pampers kotor pula diletak dalam plastik
yang Thia sedia awal-awal. Kemudian diikat mati sebelum diletak bahagian lantai
kerusi belakang.
“Nah... back to mama cute one. Awak dah okey
sikit? Saya nak mula memandu balik.”
“Okay sikit. Tak berapa nak berdenyut macam
tadi.” Jawab Thia. Raihan disambut lalu Thia betulkan kedudukannya dan Raihan.
Setelah bantu
memakaikan Thia tali pinggang. Dia terus pakai tali pinggang tempatnya dan
mulakan pemanduan sekali lagi. Bukan main khusyuk lagi Asha dan Mira tidur
dibelakang. Langsung tak sedar mereka berhenti tadi.
“Thia... Thia...”
lengan baju Thia ditarik sedikit. Mengejutkan Thia yang tertidur lena. Suara
tangisan Raihan semakin kuat.
Perlahan-lahan
Thia buka mata. “Hurm?”
“Raihan nangis.
Saya rasa dia lapar.”
Thia yang baru
saja betul-betul sedar. Menaikkan tangannya. Betulkan gendongan Raihan yang
terturun sedikit. Raihan didodoi sedikit. “Alamak! Saya rasa dia lapar sekarang
ni...” Thia pandang Ekmal dengan muka kesian. Macam mana nak bagi susu. Segan
satu hal. Lagi satu mereka bukannya suami isteri.
Ekmal tersenyum
nakal. Walaupun badannya masih lesu. Dia masih lagi mampu menangkap air muka
Thia itu. “Eh... bagi susukan sajalah.”
“Alaa Mal...”
meleret suara Thia sebut nama kawannya. Thia cebik mulut. Buat ekspresi kesian
sampai dahinya berkerut-kerut.
“Hahaha... comel!
Kejap lagi sampai R&R depan tu. Kita singgah rehat dan solat kejap. Asha
dan Mira pun mesti lapar.” Jari telunjuk Ekmal yang masih di stereng diangkat.
Menunjuk R&R beberapa kilometer dari mereka.
Tersenyum lebar
Thia mendengar. Dia jeling Ekmal disebelah. ‘Ekmal ni dalam baik-baik ada
gatalnya juga. Kalau lelaki tu lelaki la jugak!’
Tangan Thia
menepuk-nepuk paha Raihan lembut. Perlahan suara Thia mendodoi Raihan dengan
selawat.
“Sejuk telinga
bakal suami dengar.” Puji Ekmal.
“Telinga awak tak
sejuk?” Thia menduga.
“Saya? Bukan
telinga aje sejuk. Ini hah hati ni... Sejuk, tenang, damai saja dengar awak
dodoikan Raihan.”
Tersenyum Thia
dengar pujian Ekmal. Macam-macam!
“Pandailah awak.
Mulut tu manis sajakan. Mak saya pesan. Nak dodoi anak, lebih baik dengan zikir
dan selawat... Lepas tu biasakan pasang ayat-ayat suci al-Quran.”
“Hurm.. credit to your mom. Saya pun
sokong. Nanti cari isteri. Saya nak mama yang macam tu untuk anak-anak saya.”
“Saya bukan mama
anak-anak awak ke?” Lebar senyuman Thia bergurau.
“Eh... boleh je.
Saya ni tunggu pegang tangan tok kadi saja. Hahaha... Betul tak Mira?” Ekmal
pandang belakang guna cermin tengah.
Mira yang tidak
tahu apa-apa hanya menganggak. Masih lagi mamai. Dari tadi tidur saja kerjanya
dan Asha. Asha masih lagi terlentok-lentok dibelakang.
Tergelak besar
Ekmal dengan anggukan Mira. “Hah tengok tu. Mira pun sokong.”
“Hei! Mana aci
minta sokongan pula dia.”
“Aci minaci. Kita
dah sampai. Saya cari parking dulu sayang. Lepas tu isi perut...” Badan Ekmal
didorong ke hadapan. Mencari ruang petak parking kosong.
“Tu kosong.”
Tunjuk Thia.
Ekmal terus bagi
signal masuk. “Kita solat dulu lepas tu makan. Asha bangun sayang...”
Pintu penumpang
belakang dibuka. Badan Asha digoyang. “Bangun sayang... Wakey... wakey... Liatnya budak comel ni...”
“Antok...” jawab
si kecil sambil mengosok mata.
“Mari Uncle Mal
dukung...” Tangan Asha ditarik. Ekmal terus mendukung Asha keluar dari kereta.
Mira dan Thia sudah menanti di kawasan teduh.
“Ya Allah Mira
buli uncle Mal ke apa ni?” Thia menegur. Asha ni spesis Humaira juga. Pantang
jumpa Ekmal. Mesti nak lentok saja kerja mereka.
Ekmal tersenyum.
Dia paut tangan Mira. “Pegang tangan uncle. Mama tak dapat pegang tu. Nanti
Mira hilang.” Mira terus mengemaskan tangannya pada pegangan Ekmal. Mereka
beriringan ke surau.
“One big happy family...” kata Ekmal
lantas kenyit mata pada Thia.
Thia cubit lagi
lengan Ekmal.
“Awak ni... Nak
saja saya ikat tangan tu. Gurau sikit kena cubit. Ganas!” berkerut dahi Ekmal
menahan sakit.
“Ekmal Hadi. Geram
orang dengan dia ni. Hish!” cebik Thia. Ekmal dijeling manja. Amboi Thia!
Pandai sudah jeling-jeling manja gitu.
“Anak ke?” tegur
seorang mak cik yang baru bangun dari meja sebelah.
Ekmal senyum
mengangguk.
“Patutlah sama
saja rumahnya. Cuma si adik lain sikit. Mungkin ikut emaknya agaknya.” Komen
mak cik tadi. Pipi Asha dicubit sedikit.
Ekmal memandang
sekilas Asha dan Mira. Dia sendiri baru perasan rupa Asha dan Mira agak berbeza.
Tapi yang tidak tahannya boleh pula mak cik itu kata mukanya dengan Mira
seiras. Ekmal tersenyum sendiri.
“Yang tu bongsu
ke? Kecilnya. Baru berapa hari?” Raihan yang berada dalam gendongan Ekmal
dipandang.
“Dekat dua minggu
mak cik.”
“Owh... kecil lagi
ni. Tutup sikit kaki tu. Nanti masuk angin.” Bagitahu mak cik tadi.
Kaki Raihan terus
dibalut rapi menggunakan selimut kecilnya. Takut juga kalau masuk angin nanti.
Kesian Raihan. Ekmal bukannya tahu sangat pasal bayi ini. Selalunya dia hanya
jaga anak saudaranya bila sudah besar saja. Kurang pengalaman jaga bayi kecil.
Thia yang baru
saja selesai solat berjalan ke arah Ekmal dan budak-budak. Mereka
bergilir-gilir solat supaya ada yang menjaga budak ketika salah seorang solat.
Sekarang ini banyak kes penculikan. Lebih baik berwaspada.
“Anak mama masih
tidur ke?” tanya Thia sambil duduk sebelah Ekmal.
“Ni isteri anak
ke? Lawa orangnya. Sepadan.” Puji mak cik itu.
Ekmal senyum
mengangguk. Thia yang tidak tahu apa-apa hanya senyum sahaja. Dia ambil Raihan
dari tangan Ekmal. “Mak cik gerak dulu.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Jawab Thia dan Ekmal serentak.
Kelihatan seorang
wanita mendekati mak cik tadi. Mungkin ahli keluarga mak cik tadi. Terharu Thia
memandang wanita itu memapah mak cik tadi berjalan hingga masuk ke dalam kereta
mereka. Rasa rindu pula pada emaknya di rumah.
“Siapa mak cik tu?
Awak kenal?” soal Thia pada Ekmal.
“Tak kenal pun.
Mak cik tu yang tegur saya tadi. Katanya kakak iras saya. Adiknya saja lain.
Mungkin iras ibu.” Kata Ekmal selamba.
Lama Thia
berfikir. Tidak dapat tangkap maksud Ekmal. “Apa pula kakak, adik?”
Ekmal dekatkan
muka dengan muka Mira. “Nampak tak? Anak perempuan sulung memang selalu ikut
muka papa.” Mira yang sedang enak makan ayam goreng senyum lebar. Tersengih-sengih.
“Laaa... habis mak
cik tadi tu awak goreng! Dengan saya sekali hangus.” Perli Thia. Baru faham
maksud Ekmal. Lambat sikit otak proses hari ini.
“Mana ada saya
goreng. Mak cik tu yang cakap tadi. Saya ajuk je.” Kata Ekmal sambil betulkan tempat
duduknya.
Seorang remaja
perempuan datang bersama dulang makanan menghentikan perbualan mereka. Thia
senyum pada remaja tersebut ketika mamgkuk sup diletak depannya. “Saya order
mee sup untuk awak. Tahu awak mesti tak nak makan nasi tapi minum sup elok
untuk orang yang susukan anak.”
“Kenyanglah.
Ingatkan nak minum nescafe je. Nanti tertidur dalam kereta. Kesian awak kena
pandu seorang-seorang.”
“Oh no no... no nescafe sayang. Saya baca artikel. Kaffeine tak bagus untuk ibu
yang susukan anak. Awak patut kurangkan nescafe dan kopi. Sebab bayi pun minum
apa yang awak minum. Salah satu sebab Raihan berjaga malam sebab awak tu kuat
sangat minum kopi.”
Thia tadah saja
dengar nasihat baik Ekmal. Kalau mencelah nanti tambah panjang pula. Informasi
baik tak kan dia handak bantah. Cuma sekarang ini Thia sukar hendak lepaskan
tabiat minum kopi itu. Dia hanya mampu kurangkan jumlah serbuk kopi dalam
minuman agar tidak terlalu pekat.
“Baiklah tuan
besar. Patik menurut perintah. Awak pula tak makan?”
Kepala Ekmal digeleng.
Mulutnya muncung pada mug yang sudah kosong. “Saya dah minum tadi. Kita tunggu
budak dua ni habis makan baru gerak balik. Mari saya suapkan awak. Nanti sejuk
tak sedap.”
Sudu diambil.
Ekmal mengaul rata isi dalam mangkuk mee sup Thia. “Eh tak payahlah. Segan.!”
Pertama awak ni kawan dan lelaki. Yang kedua, tolonglah wahai Ekmal Hadi! awak
tu masih lagi bos aku. Sambung Thia.
“Tiada hal la
Thia. bukannya ada orang kenal kita pun sini. Lainlah kalau saya dalam pejabat.
Kecoh satu bangunan nanti. Buka mulut tu...” sudu berisi air sup disua ke mulut
Thia. Mahu atau tidak dia terpaksa buka mulut. Berkerut dahinya menelan air sup
tersebut!
Thia jelir lidah.
Tertutup-tutup matanya menahan pedih pada lidah. “Mal! Kalau iya pun tiup
sikit. Panas... terbakar lidah saya...” kembang kecut pipi Thia mengeluarkan
nafas.
Tergelak Ekmal,
Asha dan Mira tengok telatah Thia. “Panas ke? Hahaha.... sorry. Sorry...” maafnya dengan sisa-sisa tawa yang
masih ada.
“Ahaha... Mama omot.” Gelak Asha yang duduk berhadapan dengannya. Tepi mulut Thia
yang comot dengan air sup yang tertumpah sedikit ditunjuk. Ekmal turut
memandang tempat yang sama. Sekeping tisu ditarik dari kotak. Tepi mulut Thia
dilap lembut.
Terkedu Thia
dengan tindakan Ekmal. Kaku! Hanya anak matanya saja membalas pandangan Ekmal
yang merenungnya sambil mengelap.
Kerdipan mata
Ekmal menyedarkan Thia. “Amboi mama. Tengok papa sampai tak berkelip mata.”
Bisikan suara romantis Ekmal buat hati Thia berdebar laju.
‘Malunya...!!’
jerit hati Thia. Terasa panas membahang mukanya menahan malu.
“Makanlah...” kuah
sup ditiup sedikit sebelum disua ke mulut Thia. Ekmal buat muka selamba. Tapi
yang Thia tidak boleh tahan tu senyuman lebar Ekmal seolah mengejeknya.
“Mal..!!” Tidak
tahan Thia tengok muka Ekmal itu. Geram!
“Apa?! Hahaha...”
Thia buat muka
toya. Mulutnya ditutup rapat enggan disuap oleh Ekmal sebagai tanda protes.
“Okey... okey...
saya mengaku salah. Awak makan ye.” Pujuk Ekmal.
Berkerut-kerut
dahi Thia menahan geram. Mulut tu habis muncung ke depan. Tapi mulut dibuka
juga menerima suapan Ekmal.
“Awak tu...”
rungutan Thia tidak habis bila Ekmal suakan lagi makanan ke mulutnya.
“Saya gurau dengan
awak je.” Tersengih Ekmal dengan rungutan kawan baiknya.
“Kan bagus gurau
sekali dengan orang macam ni. Ini tak dengan saya seorang saja mulut tu banyak
bercakap. Kalau dengan orang lain mulut tu automatik jadi lombong emas. Susah
sangat nak buka. Takut je emas berlian tu jatuh berguguran kalau dia buka
mulut.”
“Tak tahu pula
saya mulut saya ni lombong emas. Hehee...” segelas air dihala ke mulut Thia
pula. Takut tersedak pula anak orang asyik kena sumbat makanan tapi tak
minum-minum.
“Budak ni saja
jawapan dia. Awak makan sekali... Takut tak habis, membazir pula nanti.” Malas
Thia hendak cakap lebih-lebih. Ekmal ni pun jenis tak dengar cakap.
“Hurm... elok juga tu. Suami isteri
memang baik kongsi makan. Sunnah... Asha, Mira nak makan mee sup tak? Baru
berkat makan satu mangkuk sekeluarga. Kan sayang...”
Thia sudah tidak
tahan. Punggung Raihan diletak atas pahanya. 180 darjah pusingan cubitan Thia
pada lengan Ekmal. “Geram betul dengan budak besar seorang ni.”
Ekmal membantu
Thia buka pintu dan pagar rumah kerana gadis itu sedang mendukung Raihan.
Beg-beg Thia diangkat masuk. “Letak dekat dengan pintu tu saja Mal. Nanti saya
angkat.” Arah Thia. Matanya memandang rumah yang gelap. Keretanya dan Hana elok
terparkir. Mungkin Hana keluar ikut kereta Danial. Fikir Thia.
“Boleh ke awak
angkat?”
“Boleh. Jangan
risau. Awak tu pun penat memandu jauh-jauh.” Kesian Thia tengok muka penat Ekmal.
Mesti lenguh satu badan sebab memandu jauh.
Ekmal hanya
senyum. Beg sudah diletak di tepi pintu.
“Asha, Mira salam
uncle...” arah Thia pada dua orang permata hatinya.
Kusut rambut Mira
digosok oleh Ekmal ketika dia bersalaman dengan budak itu. Asha pun dapat
habuan yang sama. “Mama tak nak salam papa sekali?” usik Ekmal tersengih.
Thia berdecit. Dia
kemudiannya tersenyum. Telinga pun lali dengan perkataan mama papa, hendak
tegur pun malas. Biarlah! Dia sendiri sudah terbiasa dengan panggilan itu. “Mama
salam lepas sah aje... sekarang tak sah. Tak boleh lagi... kan Raihan.” Balas
Thia. layan juga walaupun tak sudi.
Tersenyum Ekmal
dengar. “Okeylah sayang. Got to go.
Sebelum awak masuk saya nak cium Raihan dulu...” Pipi Raihan dicium. Lembut
muka si kecil dicuit.
“Bye. Jumpa esok. Assalamulaikum.” Kata
Ekmal lagi.
“Waalaikumsalam.
Terima kasih Mal. Sampai rumah nanti bagitahu tau.”
Ekmal menoleh dan
senyum. “Sama-sama... masuklah. Nanti Raihan masuk sejuk. Sampai nanti saya
telefon.” Tangannya diangkat menyuruh Thia masuk ke dalam.
Thia mengangguk
lalu masuk bersama Asha dan Mira. Dinding diraba kemudian dia terus tekan suis
untuk hidupkan lampu. “Oh mak engkau hantu raya.” Terlatah Thia tengok
kawan-kawannya duduk tersengih di sofa.
“Raya lama lagi
mama... nak kena sah tu baru dapat salam.” Ara angkat tangan bersalam dengan
Wardah yang duduk di sebelahnya.
“Oh sah... sah...”
sengih Wardah menjawab.
“Kesian papa kena
tunggu sah kan sayang? Hai cepat-cepatlah majlisnya...” balas Hana pula sambil
tersengih memandang Intan.
“Betul. Betul.
Lepas ni buka takat cium Raihan. Dengan mama Raihan sekali boleh...” tergelak
besar Hana, Ara dan Wardah dengar ayat dari Intan.
Thia menjengil.
“Wei!! Senonoh punya perangai intai orang! Sudahlah. Asha, Mira... ikut mama
masuk bilik. jangan layan Sudahlah.
Asha, Mira... ikut mama masuk bilik. jangan layan mak cik-mak cik terlebih umur
ni.”
“Larilah Thia...
kita orang tidur sini malam ni. Kita tengok kau dapat lari ke tidak. Hahaha...” usik Ara. Sekali lagi rumah
Thia penuh dengan hilai tawa kawan-kawannya.
Kawan-kawan Thia
yang tersengih memandang. Thia buat tak tahu. Pura-pura sibuk melayan Raihan yang
masih berjaga. Mira dan Asha pun tengah tidur. Penat perjalanan seharian. Tidak
tahu pula dua hari ini kawan-kawannya berkampung di rumah.
“Thia! hish buat
bodoh saja dia...” panggil Intan. Mak budak seorang ni pun ikut sekali
rombongan anak-anak dara bermalam di rumahnya. Dengan Humaira sekali dibawa
tidur di sini.
“Apa?!”
“Ceritalah. Kau ni
pun...”
Thia gosok
belakang lehernya. Lengguh pula satu badan. Tapi Raihan masih lagi tiada
tanda-tanda hendak tidur. “Tiada apalah. Kau macam mana boleh tidur sini Intan?
Suami kau bagi ke? Kereta Ara dan Wardah pun tak nampak.”
“Tukar topik pula
dia. Suami aku outstation. Jadi aku tidur sini. Dia yang hantar. Kebetulan Hana
pun tiada teman di rumah. Ara dan Wardah tumpang datang sini ikut kereta Hana. End of story. Sekarang kau pula cerita.”
Thia hela nafas.
“Nak cerita apanya. Memang betul aku dan Ekmal tu kawan aje. Tak lebih...”
Bersungguh-sungguh Thia meyakinkan kawannya tapi seorang pun buat muka tidak
percaya.
“Tak lebih sampai
panggil mama, papa. Aku yang bertahun kahwin pun tak pernah panggil macam tu
tau. Paling koman pun abang, sayang.” tegur Intan.
“Normal la! Ekmal
memang macam tu.”
Kawannya semua
mencebik. Langsung tidak percaya. Lebih-lebih lagi kalau Ekmal yang panggil
macam tu. “Sebab Ekmal la benda tu jadi tak normal. Ekmal tu versi lelaki payah
nak buka mulut tau. Kau pula versi perempuan susah nak dekat. Boleh pula kau
sokong saja dia gelarkan diri mama.”
“Dengan aku
normallah. Dia selalu gurau macam tu. Lama-lama dah jadi terbiasa.” Thia
membela diri lagi. Sungguh tidak adil empat lawan satu.
“Aku langsung tak
percaya...” kata Wardah.
“Aku lagilah.
Ekmal tu kalau bukan sebab aku terdesak nak minta tolong dia betulkan komputer
aku dulu. Rasanya sampai sekarang aku tak pernah bercakap dengan mamat tu.”
Balas Hana. Ingat lagi pertemuan dia dan Ekmal dulu. Sampai sekarang dia tidak
akan lupa.
“Aku pun tak tahu
nak cakap apa lagi. Suka hati kau oranglah nak fikir apa. Hakikatnya memang
macam tu.” Malas lagi Thia hendak meyakinkan kawan-kawannya. Telefonnya atas
meja television nyaring berdering. Hana yang lebih dekat mencapai telefon lalu
diserahkan kepada Thia.
Tersenyum Thia
tengok gambar orang yang mendail. “Tengokkan Raihan kejap. Aku nak jawab
telefon.”
Ara menjuih bibir.
“Tu tersengih-sengih. Buah hati telefonlah tu. Tak ada apa-apa konon. Auta saja
lebih.” Dia bangun untuk ganti tempat dengan Thia. Hendak tengokkan Raihan yang
baring atas tilam bayi.
Barisan gigi Thia
jelas ternampak dengan senyuman lebar yang terlakar. “Hurm... siapa lagi! Ekmal
la tu...” sokong Hana. Waktu dia ambil telefon Thia tadi, Hana ternampak gambar
Ekmal tengah cium Raihan.
“Thia biasalah...
cakap lain, dalam hati lain lepas tu buatnya lain.” Penuh tersirat ayat Wardah
sambil menjeling Thia yang duduk di meja makan. Sibuk berbual dengan Ekmal
ditalian.
“Aku pun tak faham
status budak dua tu... gaya macam laki bini. Tapi kawan aje.” Tergeleng Intan
dengan kawannya seorang tu. Dia turut memandang Thia yang tersengih-sengih
bercakap di telefon.
Thia oh Thia...
hati kata lain, mulut jawab lain. Lepas tu buatnya tak selari dengan kata hati.
Fikir Intan. Sokong sangat dengan kata Wardah tadi.
Thia yang berbual
dengan Ekmal hanya buat-buat tidak tahu saja jelingan kawan-kawannnya. “Sorry, sampai tadi lupa nak telefon.
Mama saya kirim salam dekat awak.”
“Tak apa.
Waalaikumsalam. Mama awak sihat?”
“Sihat
alhamdulillah. Tadi saya sempat bercerita dengan mama. Dia kata rindu nak duduk
bercerita dengan awak.”
“Insya-Allah.
Nanti kalau saya ada masa. Saya jumpa mama awak... Kalau boleh nak report
sekali anak terunanya makin nakal.”
Tergelak Ekmal
dengar. “Nakal ni depan awak seorang je. Depan mama saya jadi goodboy.”
“Iyalah tu.” Cebik
Thia.
“Esok nak saya
ambil awak ke?”
“Tak payahlah.
Esok saya nak hantar budak-budak ni ke rumah mak saya dulu. Pagi mak saya jaga.
Balik kerja nanti saya ambil.”
Tambah risau Ekmal
dengar. Tidak pasti dengan kemampuan Thia hendak urus dan jaga Raihan sambil
memandu nanti. “Boleh ke? Raihan masih kecil tu?”
“Insya-Allah
boleh. Intan ada bagi tempat duduk untuk baby. Nanti pandai-pandailah saya
guna.” Yakin Thia menjawab. Nasib baik Intan ada bagi kerusi yang pernah diguna
oleh Humaira dulu. Senang sikit kerjanya.
“Baiklah. Awak
hati-hati esok. Kalau ada apa-apa telefon saya terus.”
“Roger and out boss. Sekarang saya nak
awak rehat cukup-cukup. Tadi seharian memandu. Mesti penat. Pergi basuh kaki,
tutup lampu, baring atas tilam, pakai selimut. Kemudian tutup mata. Tidur!”
Ekmal gelak kuat.
Thia ingat dia ni budak kecil macam Asha dan Mira ke? “Garangnya mama ni. Orang
budak baik. Ikut cakap mama. Good night
mama...”
“Hahaha.. goodboy. Dengar juga dia cakap mama
kan... Night!” Thia matikan telefon.
Bila dia angkat kepala, kawan-kawannya sudah pandang semacam dengan sengihan.
Dia menguap besar walaupun tidak mengantuk. Saja hendak lari dari terus kena
soal.
“Raihan. Jom ikut
mama masuk tidur...” katannya sambil mendukung Raihan.
“Iyalah tu.
Mengantuklah sangat! Mama baru aje lepas dating
dengan papa. Memang terus mengantuk. Esok nak dating sama lagi.” Sindir Ara. Thia... Thia... lagi mahu tegakkan
benang yang basah. Macamlah salah besar kalau bercinta dengan Ekmal. Susah
sangat nak mengaku.
Yang lain turut
geleng kepala. Faham sangat perangai Thia yang suka mengelak dari berterus
terang.
best nak lagi .....
ReplyDeleteMakaihhh gatai gak papa ekmal ni tpi kite sokong awak sgt2! Bior terkubur, terhapus, terkandus nama Zarul dari hati thia.. Takyah susah2 nk recycle
ReplyDeleteBest and cute sangat. Jodohkan ajelah mereka berdua ni..
ReplyDeletesuka la kat ekmal ni.. biar dorang kawen je..hehe
ReplyDelete