Monday, January 6, 2014

Bukan Orang Ketiga bab 13

“Anas Raihan. Mama tak akan sia-siakan sayang. Mama janji akan terus jaga sayang.” Hidung Raihan dikucup kasih.
Tersentuh hati Naurah mendengar kata janji Thia pada cucu bongsunya. Sungguh dia bertuah kerena Qalisya dipertemukan dengan Nurfathiah yang berhati murni.
“Nur...” panggil Naurah. Dia duduk disebelah Thia yang sedang mengendong si kecil.
Thia senyum memandang. “Mak cik...”
“Betul Nur nak balik hari ni?” tanya Naurah. Hatinya agak berat untuk tugas menjaga cucu-cucunya pada gadis itu. Thia sepatutnya mempunyai hidupan lebih baik. Dia sendiri pun masih mampu menjaga cucunya.
Angguk. Thia kemudiannya menjawab lembut. “Maaf mak cik. Sebab saya dah lama cuti.” Dekat dua minggu Thia ambil cuti sejak cuti mencari Zarul di tempat kerjanya tempoh hari. Itupun atas ehsan Ekmal yang baik hati bagi dia tinggal lama di kampung Zarul. Hari ni dia terpaksa juga balik untuk menjalankan tugasnya.
“Mak cik yang patut minta maaf Nur. Sebab Nur terpaksa jaga cucu-cucu mak cik...” kata Naurah dalam sendu. Hatinya masih lagit teringkatkan kata-kata akhir arwah Qalisya meminta Thia untuk menjaga Mira, Asha dan Raihan.
Thia betulkan kedudukan gendongannya pada Raihan. Sebelah tangan memegang tangan emak Qalisya yang duduk bersebelahan dengannya. “Tiada yang perlu diminta maafkan mak cik. Saya ikhlas jaga budak-budak ni... Insya-Allah, kalau saya ada masa. Nanti saya bawa mereka balik kampung.”
“Terima kasih Nur. Banyak ujian bergelar ibu sayang, mak cik harap Nur terus tabah. Semoga Allah rahmatimu nak dan permudahkan segala urusanmu.” Doa Naurah.
“Amin. Alhamdulillah. Raihan pun tak banyak songeh. Nasib baik selepas empat hari susu saya dapat dikeluarkan setitik dua. Sekarang ni sudah semakin baik.” Luah Thia sambil memandang penuh kasih sayang pada Raihan. Menurut doktor yang dia rujuk. Selalunya susu ibu akan mula keluar setitik dua dalam tempoh seminggu. Ada yang sampai sebulan. Bergantung pada nekad dan usaha seseorang itu. Tapi Thia sememangnya sudah memulakan rawatan urutan secara ringan ketika Qalisya tengah tunggu hari bersalin lagi.
Alhamdulillah. Allah mempermudahkan urusannya untuk menyusukan Raihan.
Sebenarnya Thia kurang mengambil rawatan ubat pil untuk merangsangkan pembentukan susu. Atas nasihat doktor dia lebih buat teknik ransangan puting sebab lebih mudah dan berkesan, teknik rangsangan puting digunakan seperti mengurut payu dara, urutan dan juga membiarkan bayi kerap menghisap puting ataupun mengunakan mesin pam payudara.
Naurah tersenyum mendengar. “Syukur Alhamdulilah. Err... kawan Nur tu pukul berapa datangnya? Apa kata makan tengah hari sini dulu. Lepas makan nanti baru balik.” Cadang Naurah.
Thia mengangguk. “Baiklah mak cik. Nanti saya bagitahu dia.”
“Kalau macam tu. Mak cik ke dapur dulu masak.” Kata Naurah sambil berdiri.
Thia kemaskan gendongan Raihan. “Biar saya bantu mak cik.”
“Tak apalah. Nur duduk sini dengan Raihan. Biar mak cik buat. Nanti budak tu menangis cari Nur.” Paha Thia ditepuk perlahan sebelum Naurah ke dapur. Menyuruh Thia duduk saja melayan cucunya. Berapa hari ini pun Thia cukup banyak membantu ketika kenduri tahlil arwah Qalisya walaupun terpaksa melayan Raihan. Ibu dan ayah serta kawan-kawan Thia pun turut hadir sekali ke rumah mereka untuk membantu.
Seluruh pelusuk ruang tamu dipandang. Kemudian pandangan Thia berkalih pada Raihan. Tiba-tiba hatinya merindui lelaki itu. Seolah wajah si kecil iras pak ciknya. “Apa mama nak buat untuk buang perasaan cinta itu sayang. Makin ditanam perasaan benci. Perasaan cinta itu makin menebal.” Luah Thia sambil memandang seraut wajah polos Raihan. Diusap lembut pipi mulus si kecil.
Susah payah Thia cuba memasang benteng antara dia dan Zarul. Ditanam perasaan benci pada lelaki itu. Tapi melihat keakraban Aqila yang turut tinggal di rumah ini memujuk dan menenangkan hati Zarul buat rasa cemburu itu menebal. Bukankah cemburu itu tanda cinta?
Thia mengeluh. Sebab itulah dia meminta untuk tinggal di rumah mak Aima. Lagipun waktu datang tu dia sekali bersama Wardah, Hana, Ekmal dan Wafiy. Jadi tidak elok mereka tinggal di rumah keluarga arwah Qalisya sedangkan keluarga mereka sibuk uruskan majlis pengkebumian. Memandangkan mak Aima mak cik Wardah dan Wafiy. Jadi mereka tumpang di rumah Mak Aima sahaja. Thia turut bawa Raihan, Asha dan Mira tinggal sekali. Mudah untuk dia jaga.
Bila Zarul dan Aqila balik ke Kuala Lumpur barulah dia meminta kebenaran tinggal di rumah itu. Lagipun kawan-kawannya semua sudah balik sebab kena kerja. Segan pula hendak tinggal di sana.
Ah! Thia alasan saja lebih. Cakap sajalah yang kau tidak tahan cemburu melihat pasangan itu. Aqila pula umpama keluarga dalam keluarga ini. Panggil mak cik Naurah ibu, opah pun dia panggil opah. Orang-orang kampung pun seolah sudah lama mengenali Aqila. Seolah menganggp Aqila tu bukan sekadar tunang Zarul tapi lebih kepada isteri. Macam mana dia tidak cemburu?
Thia mengeluh lagi. Aduhai hati. Susah hendak melupakan si tunang orang. Namun hatinya mampu tersenyum kembali melihat si kecil. “Sayang mama ni tahu saja nak buat mama kembali senyumkan?”
“Assalamualaikum!!” suara Mira memberi salam menarik perhatian Thia. Dipandang Mira dan Asha yang comel bertudung baru saja masuk ke dalam rumah bersama opah. Baru  balik dari melawat kubur arwah Qalisya.
“Waalaikumsalam...” jawab Thia sambil angkat tangan bila mereka hendak salam tangannya.
“Lepas buka tudung pergi basuh kaki dulu baru rehat.” Pesan Thia pada Mira dan Asha yang baru saja nak duduk atas kerusi. Kena biasakan basuh kaki lepas balik dari mana-mana. Itu kebiasaan Thia. Dan dia ingin budak-budak itupun pentingkan kebersihan.
Bersih itu cantik. Hendak cantik kena pentingkan kebersihan. Kalau sekadar cantik pada rupa tapi kebersihan tidak diutamakan tidak guna juga.
“Tak payah selalu dukung Raihan tu Nur. Nanti dia terbiasa pula, tak nak budak tu diletak.” Kata opah yang sudah duduk dikerusi.
“Baiklah opah. Raihan baru saja lelap lepas menyusu tadi. Takut pula kalau terus letak nanti tersedar.”
“Nur, opah nak pesan sikit. Jaga budak-budak ni, tapi jangan lupa jaga diri Nur tu juga. Jangan sebab budak-budak ni Nur tak nak cari pasangan hidup pula nanti. Tak baik macam tu...” pesan Fatimah. Dia tahu sekarang ni makin ramai wanita bekerja yang mengambil anak angkat. Tapi tidak mempunyai hasrat untuk mendirikan rumah tangga.
Cinta itu fitrah. Anugerah dari Allah. Sebab ia perasaan halus yang dititipkan kepada setiap insan yang dikehendakinya. Kun Fayakun. Asalkan cinta itu tidak melebihi cinta kepada Yang Maha Esa.
Thia senyum mendengar pesanan. Kalaulah opah tahu isi hatinya. “InsyaAllah opah. Jodoh itu rahsia Allah. Cinta itu anugerah dari-Nya. Saya tak menolak jika nama yang tertulis buat saya di Luh Mahfuz itu hadir.”
Penuh bermakna ayat-ayat Thia. Disebalik ayat itu tersingkap sebuah harapan. Harapan untuk jika nama lelaki itu tertulis buatnya.
“Alhamdulillah. Lega hati opah dengar.”
‘Saya cuma harap jika orang tu bukan dia. Biarlah bakal Zauj saya menerima anak-anak Thia ni...’ kata Thia lagi dalam hati. Seraut wajah Raihan dipandang. Takut sekiranya orang yang bakal menemani hari-hari tuanya tidak ingin menerima Mira, Asha dan Raihan dengan ikhlas. Itu yang dia takuti sekarang ini.



Thia melangkah masuk ke dalam bilik Zarul. Hatinya berdebar. Atas permintaaan mak cik Naurah untuk ambil barang di dalam ini. Dikuatkan juga hati untuk masuk ke dalam bilik Zarul.
“Kotak... kotak...” bibir kecil Thia bersuara sendiri sambil mencari kotak yang dimaksudnya. Sebenarnya Zarul ada pesan ibunya untuk pos kotak barangnya yang tertinggal sebab dia sangat memerlukannya. Tapi sebaliknya Naurah suruh saja Thia bawa balik. Nanti dia suruh Zarul berjumpa dengannya di Kuala lumpur.
‘Aduh mak cik. Ketahuilah bahawa anakmu enggan menatap seraut wajah saya ni.’ Ingin saja Thia berjawab sedemikian ketika Naurah meminta bantuannya.
“Kemasnya bilik lelaki ni.” Puji Thia. Sarung tilam yang cantik tertarik kemas. Buku-buku tersusan rapi atas meja belajar. Malah barang atas meja solek pun kemas saja teratur. Begitu juga barang-barang lain. Kotak empat segi sebelah meja solek dipandang.
“Kotak ini agaknya.” Gumam Thia. Matanya cuba mengintai isi kotak memandangkan kotak yang tidak tertutup rapat. Entah apa perasannya ingin mengetahui isi tersebut. Terus saja Thia membuka kotak tersebut.
Air liur ditelan. Thia ketap bibir memandang buku-buku yang masih elok berbungkus plastik lut sinar. “Oh My! Buku-buku aku...” beberapa buah buku dibelek. Semuanya novel hasil tangan Thia. Masih lagi elok berbungkus seperti dalam kedai.
“Nur jumpa tak kotaknya?” soal Naurah sambil melangkah masuk ke dalam bilik anak bujangnya.
Thia yang duduk hadapan kotak tersebut pangguk kepala. “Kotak yang ni ke mak cik?” soalnya. Dua buah buku berada dipegangannya.
“Laa... bukan kotak yang tu. Zarul ni pun satu. Suruh mak cik poskan kotak tapi tak beritahu di mana kedudukan kotak tu. Dia kata kotak yang berbalut bungkusan hadiah.” Bebel Naurah sambil mencari dalam almari pakaian anaknya.
Thia masih belum berganjak. Hatinya masih lagi tertanya kenapa novel-novel tu belum berbuka. Adakah Zarul langsung tidak ada hati untuk membacanya.
“Novel-novel tu Zarul yang punya. Setahun adalah sebuah atau dua buah datang. Sejak tiga empat tahun lepas dipos ke rumah ni. Tapi yang mak cik peliknya bila masa pula anak mak cik minat baca novel. Beli novel tapi tidak pula dibaca. Penulisnya pun sama aje. Zarul kata kalau ada novel dipos ke rumah letak saja dalam kotak tu.” Bebel Naurah sambil berjalan mendekati Thia dan kotak tersebut.
Thia hanya senyum. Novel pertama hasil tangan Thia dengan nama pena Nurfa diambil. Satu-satunya novel yang tidak lagi berbalut. Sekeping kad yang terselit dalam novel itu dibaca.
Novel dari Nurfa kepada sumber inspirasi sebuah perasaan cinta. Awak! terselit perasaan yang ditulis dalam novel ni. Anggaplah sebagai tanda terima kasih.
Nota kaki : kalau awak terfikir dari mana saya dapat alamat rumah ni. Ya! Saya hacked untuk cari alamat rumah ni. Maaf!
Salam hati kepada hati.
Nurfa
Tersenyum lagi Thia membaca. Naif sungguh perasaan cinta. Setiap karyanya terselit kata-kata tentang perasaannya pada Zarul. Sedih rasa hati bila Zarul langsung tidak membacanya. Setiap kali Thia berjaya menghasilkan sebuah karya. Niat dia untuk memberikan sebiji kepada Zarul. Jadi dia sendiri yang pos ke rumah Zarul hinggalah kini.
Ingat lagi bila Zarul ungkit isu godam alamat lelaki itu tempoh hari. Thia mengeluh. Ada saja salahnya depan mata Zarul.
Kad tersebut kembali diselit pada novel tersebut. Begitu juga novel-novel yang dikeluarkan tadi turut dimasukkan. Kotak ditutup.
Semoga hati aku pun mampu ditutup rapat dari terus mencintai Zarul. Bolehkah? InsyaAllah. Semuanya dengan kata kunci NEKAD.
“Kotak yang macam mana mak cik?” tanya Thia.
“Zarul kata kotak berbalut pembalut hadiah warna merah jambu.” Jawab Naurah sambil mencari. Laci dalam meja solek dibuka.
“Jumpa pun!” sebuah kotak empat segi dikeluarkan dari laci tersebut. Naurah menutup kembali laci tersebut. Kotak merah jambu diserahkan pada Thia.
Terkedu Thia menyambut kotak berbalut cantik itu. Siap hias guna riben warna merah hati dan bunga ros. Dia hanya senyum hambar. Mungkin untuk Kak Qila. Membuak rasa cemburu Thia terfikirkan bakal pemilik hadiah ini.
“Zarul tu... nak sangat mak cik pos kotak ni cepat-cepat. Lepas tu kena pesan dekat posmen suruh jaga baik-baik. Takut rosak atau hilang. Sebab tu mak cik minta tolong Nur bawakan. Selamat sikit. Nanti mak cik suruh Zarul ambil dengan kamu.”
Okay kita nak buang ke lombong mana hadiah ni? Antartika? Bagi tengelam dalam laut China Selatan? Rendam dalam larva gunung berapi?
Mak cik salah orang ni. Tempat sayalah yang paling tidak selamat! Nak aje aku buang benda ni dalam ceruk mana. Hati Thia gelap untuk lima minit.
“Baiklah mak cik. Nanti saya bagi.” Hampeh kau Thia. Menangis penjahat tengok! Failed pegang watak antagonis. Dalam hati mengeluh juga lepas itu. ‘Lepas ni terpaksa hadap muka Zarul sombong tu lagi.’ Keluh hati Thia.


Kedua tangan wanita itu disalam penuh hormat. Kemudian Thia mengambil Raihan yang digendong oleh Ekmal. Lelaki itu pula ganti bersalaman dengan mak cik Naurah dan opah. Mira dan Asha sudah pun masuk ke dalam kereta Ekmal selepas bersalaman dengan nenek dan moyangnya.
 “Ekmal bawa kereta baik-baik.” Pesan opah pada Ekmal. Bahu Ekmal yang sedang tunduk menyalamnya ditepuk perlahan.
Ekmal senyum dan mengangguk.
“Nur jaga diri baik-baik ya. Ingat pesan opah.” Pesannya pada Thia pula. Sayu saja suara tua itu dikedengaran.
“Baiklah opah. Mak cik dan opah pun jaga diri. Kalau ada masa nanti saya balik sini dengan budak-budak.”
Naurah sudah mengesat air mata. Kesian Thia yang kena jaga anak arwah Qalisya. Terharu dengan pengorbanan gadis itu untuk menjaga cucunya. Thia terus memeluk tubuh wanita yang sedikit gempal itu. Belakangnya dikusap kasih.
 “Mak cik janganlah nangis...” pujuk Thia.
“Iyalah Naurah. Tak elok menangis...” Opah Zarul pula bersuara. Memujuk anak perempuannya.
“Baiklah mak. Saya terharu saja. Thia jaga diri ya nak. Terima kasih sebab sudi jaga cucu-cucu mak cik.” Ujar Naurah sambil mengesat sisa-sisa air mata.
“InsyaAllah mak cik. Kami balik dulu. Nanti lewat pula sampai.” Kata Thia.
Dua wanita itu mengangguk. Thia dan Ekmal berjalan seiringan untuk masuk ke dalam kereta.
Thanks.” Ucap Thia pada Ekmal yang bantu bukakan pintu kereta. Hati-hati Thia masuk ke tempat penumpang hadapan sambil mengendong baby Raihan.
Ekmal senyum sambil menutup pintu kereta semula. Dia sempat melambai pada emak dan opah Zarul sebelum masuk ke ke tempat pemandu. Tali pinggang dipasang. Cermin tengah dibetulkan. Ekmal toleh belakang. Memandang Asha dan Mira yang masih lagi belum pakai tali pinggang keledar.
“Asha, Mira jangan lupa pakai tali pinggang. Mamanya pun sama...” Ekmal kenyit mata pada Thia dengan senyuman melebar ketika hendak toleh ke hadapan semula.
Laju Thia mencubit. “Nakal!” katanya sambil menarik tali pinggang tempatnya.
Tali pinggang Thia ditarik. Kesian pula Ekmal tengok Thia yang tengah gendong Raihan itu terkial-kial menarik tali pinggang. “Papa yang nakal dan handsome ke? Mama jangan risau. Papa ni nakalnya dengan mama saja...” tergelak kecil Ekmal dengan ayatnya sendiri. Raihan yang masih belum mengerti turut mengukir senyuman comel.
Ah! Comel budak ni macam mama dia. Pipi mulus Raihan terus dicubit lembut.
“Aduh Mal. Perah santan. Tengok sikit muka papa handsome tu? Huu... muka papa tu badboykan Raihan? Raihan besar nanti jangan nakal...” kata Thia pada Raihan pula. Macam si Raihan tu faham cakap Thia. Layan sajalah!
Ekmal sudah tergelak besar. Minyak ditekan. Memulakan pemanduan dengan bismilah. Bila masuk jalan raya Ekmal hon pula pada dua wanita yang masih berdiri dihalaman rumah kayu itu. Thia, Asha dan Mira turut mengangkat tangan melambai.
“Terima kasih sebab sudi datang jemput saya Mal. Terharu!” kata Thia. Terharu pada Ekmal yang baru sampai dari Kuala Lumpur semalam. Sanggup datang ke Terengganu semata-mata untuk menjemput dia dan budak-budak hari ini. Rasa macam satu keluarga pula baru balik bercuti! Oh Thia tolonglah buka hati kau untuk Encik Soulmate ini.
“Rasa seperti seorang suami balik kampung jemput isteri yang baru habis pantang pula. Hahaha...” lain pula jawapan dari Ekmal. Lama tak bergurau dengan Thia. Hampir minggu lebih gadis itu bercuti. Ofis pun sunyi saja.
Perut pun rindu masakan Thia. Perut saja? Hati tidak rindu? Rindulah jugak... Hati Ekmal bersoal jawab sendirian.
“Amboi ayat kontroversi.” Jeling Thia yang tersenyum lucu. Ekmal ni mulalah datang nakalnya tu. Tadi di rumah opah. Bukan main baik tahap petala lagi. Langsung tidak mengusik. Sampaikan mak cik Naurah dan opah siap puji lagi.

Sopan budak Ekmal ni! Katanya...

Nota Kaki : oh! x sabar nak post Ekmal-Thia sweet scene dalam kereta. Satu famili la katakan... tunggu next entri k!

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

10 comments:

  1. Huhu cepat2 la thia jatuh cinta pada ekmal.. sakit hati je baca part zarul tu huhu.. -c-

    ReplyDelete
  2. kenapa masih ingat zarul lagi lupa kan aje thia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong...lupakanlah In.. Ego yg perasan betul segalanya.

      Delete
  3. Thia dgn Ekmak ke last sekali?? Wow!! Daebak!! Memang sweet dua org ni!! Update cepat2 tau akak!!

    ReplyDelete
  4. setuju aje thia dengan si ekmal. Biar satu hari si zarul buka mata mana kaca mana permata. ego tahap petala.

    ReplyDelete
  5. best....nak thia + ekmal, tak mau ngan zarul...menyampah2 ngan zarul

    ReplyDelete
  6. Nak thia dgn ekmal......lupakan la si sombong zarul tu...berlagak+ego tak bertempat....

    ReplyDelete
  7. ala thia nape xambik balik je novel2 tu.. xde guna bg kat zarul..

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)