Sunday, January 19, 2014

Novel : Sinopsis Secebis Cinta Intan



-Morning Sunday!!
Just nak share my novel yang dah lama hold dalam lappy. Dah ada few chapters already. cerita pasal family gitu. do read sinopsis dia dulu k.-

Huru hara keluarga itu kerja Intan. Sakit jiwa mak datin, naik pening dato dengan perangainya. Tidak habis-habis anak lelaki mereka Aneff dan Adif digoda. Sampaikan dua beradik itu tidak habis bergaduh kerana rebutkan Intan.

Dalam mengoda Adif, Intan pasang mata dengan Aneff. Tapi mamat poyo itu menjengkelkannya. Puas digoda terang-terangan Aneff butakan mata dan hati saja. Depan-depan dia reject Intan.

Kalau dengan Adif mudah saja kerjanya, Adif tu umpama kena telan dengan pil khayal bila berjumpa dengan Intan. Dunia automatik jadi milik mereka berdua. Langsung tidak sama dengan Aneff. Susah dia hendak lututkan mamat sepet itu.

“Sakit hati aku dengan si sepet tu. Dia ingat dia kacak. Huh! Kacak lagi Qimi aku. Tak apa! Dia tak nak Intan yang daring, aku tetap akan jadi darling dia!”

Kalau Aneff tidak mahu Intan yang seksi, Intan yang mengoda. Intan ubah penampilan asalkan dua beradik itu berbunuhan satu sama lain. Janji dendam terlangsai!

Tapi bagi Aneff. Tukarlah macam mana pun. Dia tetap tidak suka perempuan itu. Kalau setakat kaya, bijak dan cantik tapi perangai tidak semengah tidak guna juga. Macamlah dia tidak tahu Intan ada skandal dengan adiknya. Tidak habis dengan adik, dengan aku sekali dia nak sapu! Dasar perempuan miang.
Maka bermula sesi kejar mengejar antara mereka bertiga.

“Adif kejar Intan, Intan kejar Aneff. Main kejar-kerja pula tiga orang ini.” Pening kepala Qimi dengan intan payungnya itu. Tapi sayang punya pasal. Diturut saja segala kemahuan Intan. Asalkan Intan tidak terluka lagi.

Dalam kejar mengejar, rahsia Intan untuk hancurkan keluarganya terbongkar. Dan Aneff tidak akan sekali biarkan impian Intan itu tercapai!

“Dia ingat dia tu pahlawan nak mempertahankan keluarga itu. Muka macam security guard basi je aku tengok. Huh! Kau tunggu Aneff, kau tembak aku dengan senapang gajah. Aku balas dengan bom atom! Ini Intan la. Intan yang cukup terlatih untuk balas dendam. Senjata-senjata aku sudah tersedia, berkajang-kajang plan aku untuk hancurkan keluarga kau.” Marah betul Intan bila Aneff mula lancarkan perang.

Namun mereka lupa dalam bermain dengan hati, maksudnya ada hati yang akan terluka dan terjatuh cinta!

Macam rojak bila semua perasaan dan hati menjadi huru hara. Lucu, dendam, sakit hati, meluat, miang keladi, romantik semuanya ada dalam impian Intan untuk merealisasikan dendamnya!

Btw, Aneff n Adif bukan kembar. just dunno mau letak nama apa. Random ja petik nama tu.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

4 comments:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)