Kaki yang sejuk
diramas-ramas. Nasib baik Thia pakai stoking walaupun tidak berkasut. Rasa beku
satu badan tunggu depan wad kecemasan. Tapak tangan Asha yang sedang baring
atas riba Thia diusap lembut. Memberi haba panas kepada si kecil yang sudah
memeluk tubuh menahan sejuk.
“Abang Fiy pelawa
pakai kasut abang. Tak nak. Sejuk tak?” tanya Wafiy. Tadi dia pelawa Thia untuk
memakai kasutnya. Tapi gadis itu menolak. Tak nak menyusahkan dia katanya.
“Tak apalah. Ada
stoking ni.” Tolak Thia dengan cara lembut. Hari ni dia cukup menyusahkan
Wafiy. Bibir lelaki itu yang pecah kena tumbuk dipandang.
“Sakit tak bibir
tu?”
“Ini? Tak adalah.
Hero mana boleh sakit?” katanya sambil tersenyum. Cuba menyakinkan Thia yang
duduk disebelah. Wafiy memegang bibirnya. Pedih. Tapi tidaklah teruk sangat.
Wafiy buka jaket
kulit yang tersarung. Dipakaikan pada Mira yang duduk bersebelahan dengannya.
“Sejuk lagi tak?” soal Wafiy pada anak saudara kawannya.
Mira senyum lalu
mengeleng. Jaket coklat uncle Wafiy dapat mengurangkan rasa sejuk. Kedua kaki
diangkat naik atas kerusi. Diramas-ramas mengunakan tangan kecilnya. Bunyi derapan
kaki yang berlari ke arah mereka menarik perhatian mereka semua kecuali Asha
yang baru saja tertidur.
“Pak
Su!!!” jerit Mira lalu melompat dari kerusinya. Dia terus berlari mendekati
Zarul. Tubuh kecil Mira terus didukung oleh lelaki itu.
Tajam
mata Thia memandang Zarul dan Aqila yang berjalan ke arahnya dan Wafiy. Hujung
bibir digigit. Marah!
“Ingatkan
dah tak tahu nak datang.” Ayat sinikal keluar dari bibir Thia. Masih lagi marah mengingatkan taliannya
yang dimatikan oleh Zarul tadi.
“Abang
Fiy yang telefon balik tadi.” Jelas Wafiy yang disebelah.
Thia
buang pandangan ke arah lain bila pasangan itu betul-betul di hadapan kerusi
mereka. Malas hendak tengok. Buat sakit mata, sakit hati! Dia mendengus kuat.
Tanda marah pada Zarul. Gila tak marah. Sekarang ini pun mereka masih lagi
tidak tahu keadaan Qalisya dalam wad kecemasan tu.
Nasib
kasut merah tu tertinggal di rumah. Kalau tak sah melayang atas kepala Zarul.
‘Bodoh sombong! Berlagak! Huh. Macam manalah aku boleh jatuh cinta dengan manusia
ni?’ getus Thia dalam hati. Berbakul-bakul lagi makian dalam hatinya.
“Kak
Isya macam mana?” tanya Zarul.
“Aku
tak tahu. Dia masih lagi dalam tu.” Jawab Wafiy. Kepalanya digerakkan sedikit
ke kiri untuk menunjuk kedudukan pintu wad kecemasan.
“Seriously aku tak sangka langsung benda
ni. Mereka berdua tu loving couple.
selama ni aku tak pernah nampak langsung Abang Rusdi jentik Kak Isya. Whats going on actually?”
Tersenyum
sinis Thia mendengar. Walaupun mata enggan memandang, telinga setia mendengar.
Dan telinga Thia sikit lagi bernanah mendengar luahan tidak semenggah Zarul tu.
Thia
merengus. Mata masih lagi menghala tempat lain. Jika bukan kerana Asha yang
baru terlena atas ribanya. Sudah tentu dia buka langkah dari situ.
“Aku
pun tak pasti. Tapi teruk kak Isya dibelasah oleh Rusdi tadi. Nasib baik kami
sempat... Kau orang duduklah dulu. Kau dah telefon mak dan opah kau ke Zarul?”
tanya Wafiy. Thia dikerling dari hujung mata. Wafiy dapat rasakan kemarahan
Thia pada Zarul bila sampai tahap nak hadap pun tak sudi.
Zarul
angguk. Dalam perjalanan ke hospital tadi. Dia sudah telefon mak dan opahnya.
Mereka pun dalam perjalanan. Nasib baik adik arwah ayahnya sanggup menghantar
dua wanita itu ke sini.
Zarul
raup muka. Menyesal! Thia yang masih lagi berpaling dipandang sekilas. “Sayang,
awak baliklah dulu. Maisarah nak jumpa awak right
after dia turun dari kapal kan...” ujar Zarul pada Aqila yang setia di
sisi.
“Tak
apalah. Nanti saya fahamkan dia. Awak jangan risau...” lembut suara Aqila
menyuarakan pendapat. Adiknya dalam penerbangan balik dari Scotland tu mesti
faham situasi mereka sekarang.
Zarul
senyum. “Tak apalah. Dia perlukan awak. Lagipun kesian dekat awak. Bukan senang
nak dapat cuti hari ni.” Pujuknya.
Bukan
senang hendak dapat cuti? Ingat aku ni suka-suka ambil cuti? Jawab Thia pula
dalam hati walaupun bukan dia yang disoal. Cemburu? Memang dia cemburu!
Macamlah tiada tempat lain nak buat drama. Depan aku juga nak buat lokasi
pengambaraan!
Aqila
membalas senyuman lalu mengangguk. “Awak mesti kuat untuk Kak Isya. Doa
sebanyak mungkin.”
“Baiklah.”
Kata Zarul. Baginya Maisarah amat perlukan sokongan Aqila sekarang ini.
Sebagaimana Qalisya memerlukan sokangannya dan ahli keluarga yang lain.
Sarah
yang balik ke Malaysia dengan harapan dalam dapat kemaafan keluarga, Zarul
kenal adik Aqila seorang itu. Bukan senang Sarah hendak menghadapi amarah
keluarga padanya selepas perangai liar dulu. Hanya dia dan Aqila saja yang
dapat bantu Maisarah sekarang ini.
Kekok.
Keadaan kembali sunyi menanti terbukanya pintu wad. Aqila sudah pun pergi
menjemput Maisarah. Tinggal mereka bertiga bersama Asha dan Mira. Hanya suara
hembusan nafas sahaja yang kedengaran.
Wafiy
tiba-tiba berdehem. Awkward!!
Jeritnya dalam hati. Turut terasa kedinginan Thia dan Zarul yang lain sejuk
dari penghawa dingin. “Abang Fiy nak pergi beli milo panas. Thia nak minum
apa?”
“Oh...
err.. biar Thia aje yang pergi beli.” Pelawa Thia. Tidak sudi ditinggalkan
bersama Zarul menanti di situ.
Wafiy
tersenyum lucu. “Dengan tu...” muncung mulutnya tunjuk kaki Thia yang sekadar
berstoking. Muka Thia pun lebih parah dari dia yang tidak cukup tidur. Habis
comot dan serabut selepas menangis tadi.
Tersengih
Thia sambil mengosok-gosok menggunakan kedua kakinya sendiri.
“Biar
abang Fiy pergi belik. Nak apa?”
“Black coffee without sugar and cream.”
Pinta Thia. Minuman biasa bila dia perlukan tonik untuk segarkan mata.
Wafiy
mengangguk. Dia sendiri tahu minuman kesukaan Thia tersebut. Kepalanya berkalih
pula pada Zarul. “Zarul? Kau nak apa?”
Zarul
geleng kepala. Tiada selera hendak minum atau makan. Lagipun dia baru saja
habis makan dengan Aqila tadi. Lebih tepat lagi sewaktu Thia telefonnya tadi.
Sebab tu dia angin bila Thia kacau harinya bersama Aqila tadi.
“Mira
mari ikut uncle...” ajak Wafiy.
Amira
mengangguk dan terus memimpin tangan Wafiy. “Korang bincanglah apa yang patut
dibincang. Jangan sampai bertekak sudah. Nanti Asha tersedar pula.” Kata Wafiy
lagi sebelum pergi tinggalkan Thia dan Zarul.
Kepala Thia terus
disandarkan pada dinding sebaik saja ditinggalkan bersama Zarul. Mata ditutup
sebaik mungkin. Takut bukan berbincang tapi bertekak pula nanti. Dia bukannya
penyabar sangat. Silap hari bulan melayang tamparan wanita.
“Nur...” panggil
Zarul.
Thia buat derk.
Waktu inilah kau balas apa yang dia buat pada kau Thia. Kata Thia dalam hati.
Ayat bagi menguatkan rasa benci dan menepis perasaan ingin melihat wajah yang
dirindui setiap masa itu.
Betul tu Thia. Hilangkanlah
segala perasaan rindu tu. Ganti dengan perasaan meluat dengan orang yang
berlagak macam Zarul ni. Cinta kau tidak berbaloi kepada yang tidak menghargai.
Ingat tu!
“Nur...” Zarul
tidak lagi berhenti memanggil. Dia tahu Thia dengar panggilannya. Satu nafas
dihembus lembut.
“I’m sorry...”
Kata maaf dari
Zarul kedengaran hiba menerpa ditelinga Thia. ‘Oh My... Thia! baru dengar ayat minta maaf tu kau sudah tangkap
leleh!’ marah suara hati Thia. Mata makin rapat dipejam. Jangan buka Thia...
jangan sesekali kau buka mata dan hati kau untuk Zarul!
“Nur... saya tahu
awak dengar. Saya minta maaf. It’s hard
for me to trust others... terutamanya perempuan...”
Thia tarik nafas.
Matanya dibuka. tepat memandang Zarul yang duduk bertentangan. “Tidak Zarul.
Tidak selagi saya tak tahu keadaan Kak Isya. Saya tak akan sesekali maafkan
awak jika sesuatu berlaku dengan Kak Isya! Awak seorang saja harapan saya tahu
tak? Harapan untuk tolong kakak awak sendiri. Tapi hanya kerana perasaan cinta
saya, awak buang 200 peratus kepercayaan awak terhadap saya! Semua yang saya
cerita awak langsung tidak percaya!!” suara Thia semakin menaik. Marahnya
memuncak.
Muka Zarul merah
membahang mendengar amarah Thia. Cukuplah dia sudah minta maaf. Yang nak ungkit
segala luahan hatilah sangat dia tu kenapa? “Why me?! Dah tahu saya tak percayakan awak... Kenapa tak cari mak
saya? Macam la awak...”
“How?! Tell me how? Kalau boleh dah lama
saya cari mak dan nenek awak di kampung tu dari terus hadap muka awak, dari
terus kena hina oleh awak.” Pintas Thia. Ingat dia tidak terfikir hendak pergi
kampung Zarul? Tapi fikirkan hendak keluar rumah tinggalkan Qalisya di rumah
bersendirian bersama Asha dan Mira pun dia takut.
“Selama ni boleh
aje awak hacked segala jenis akaun
saya semata-mata nak alamat rumah saya. Tak kan nombor telefon rumah di kampung
tu pun tak boleh nak hacked...”
Terukir senyuman sinis di bibir itu.
“Janji Zarul.
Janji yang saya tidak ingin mungkiri. Janji saya pada awak yang saya tidak akan
buat semua tu lagi...” Suara Thia menurun. Jangan menangis Thia. Jangan
sesekali menangis depan Zarul!
“Mama...” suara
Asha yang baru tersedar memanggil Thia.
Satu senyuman
hambar diukir pada bibir Thia. Dia tunduk kepala. Memandang kepala Asha yang
terbaring atas ribanya. “Anak mama dah bangun?”
Asha bangun lalu
terus memeluk Thia. “Mama...”
“Mama sini
sayang... jangan takut.” Pujuk Thia. pandangannya diangkat. Tepat memandang
Zarul yang jelas hairan dengan gelaran Thia.
“Sudahlah. Saya tak
nak gaduh depan budak-budak.”
Keadaan kembali
senyap. Thia mengusap lembut kepala Asha. Tidak ingin berpandangan dengan
lelaki dihadapannya.
Pintu wad yang
terbuka menarik perhatian mereka. Zarul terus berdiri menerpa doktor wanita dan
dua orang jururawat yang baru keluar. Thia pula terus mendukung Asha dan
berjalan mendekati mereka.
“Doktor. Macam
mana keadaan kakak saya?” tanya Zarul.
Doktor wanita itu tarik
nafas. “Saya harap awak sekeluarga dapat bersabar. Kami dapat selamatkan bayi
kakak awak. Tapi badan kakak awak terlalu lemah. Dia mengalami kecederaan
dalaman yang sangat teruk. Harap anda semua harus bersedia untuk menghadapi
sebarang kemungkinan.”
Air mata Thia
mengalir laju. Dia kuatkan pelukan pada Asha yang langsung tidak mengerti.
“Kami telah cuba
sedaya upaya. Sekarang ni kita hanya bergantung pada kekuatan kakak awak untuk
teruskan hidup. Jangan lupa terus berdoa. Kami minta diri dulu.” Doktor itu
tunduk sedikit sebagai tanda hormat sebelum pergi.
Terduduk Zarul
mendengar. Terkejut! “Ya Allah. Selamatkanlah kak Isya...” sair matanya
mengalir. Tidak bersedia lagi untuk menghadapi kehilangan besar dalam hidupnya.
Qalisya seorang wanita yang baik. Sampai hati Rusdi buat begitu padanya
isterinya sendiri. Seraut wajah yang sentiasa tidak lekang dengan senyuman itu
berlayar difikiran Zarul. ‘Kakak.’ katanya dalam hati.
Thia tidak dapat
menahan air mata yang mengalir melihat emak Qalisya yang sudah lencun dengan
air mata. Thia keluar dari wad yang menempatkan Qalisya. Di luar air matanya
semakin deras mengalir. Thia terduduk bersandarkan dinding hospital. Terus
menangis. Dia tidak kuat. Tidak bersedia untuk mengalami kehilangan besar dalam
hidup.
Suara tangisan
emak Qalisya kedengaran sayu menerpa hati Thia. Hanya opah saja yang sentiasa
tenang. Setitis dua saja air mata keluar dari wanita itu.
Air mata Thia
mengalir lagi. Dia memeluk tubuh. Cuba menenangkan hatinya.
“Thia... Kak Isya
dah sedar. Dia cari awak.” Kata Wafiy yang berdiri di hadapan Thia.
Thia tutup mata.
“Alhamdulillah Ya Allah. Syukur Alhamdulilah.” ucapnya perlahan. Thia meraup
muka beberapa kali. Air mata dikesat kasar. Dia terus berdiri. Wafiy hadapannya
dipandang.
“Kuat Thia. Awak
mesti kuat.” Pesan Wafiy. Wajah Thia dipandang kasih. Tersentuh hati Wafiy pada
wajah polos Thia.
Senyuman hambar
terukir pada wajah. Thia masuk ke dalam semula bersama Wafiy. Sebaik saja pintu
terbuka. Setiap insan memandang Thia. Termasuklah Qalisya yang terbaring lesu.
“Nur...” panggil
Qalisya lemah.
“Mari sini nak...”
emak Qalisya pula memanggil Thia untuk dekat dengan katil anaknya.
Setitik dua air mata
Thia mengalir. “Maafkan saya kak... maafkan Nur... Nur tak patut keluar tadi.
Nur tak patut tinggalkan akak di rumah...” sendu suara Thia memohon maaf. Thia
duduk di birai katil. Tangan Qalisya dikucup beberapa kali.
“Jangan nangis
sayang...” Qalisya memaksa diri untuk mengangkat tangan. Pipi Thia dipegang
lembut. Dikesat air mata yang mengalir.
Thia terus
mengesat air matanya. Ya Allah! Kuatnya hati wanita ini. Thia terus mengukir
senyuman manis. Senyuman itu penawar. Penawar hati... “Kak.. Anas Raihan comel
kak... Comel sangat kak. Akak nak tengok Raihan. Nur panggil pergi ambil
Raihan...”
Berat wajah
Qalisya mengangguk. Dia sedar dirinya yang terlalu lemah. Tapi hati ibunya
ingin menatap si kecil yang baru saja melihat dunia. Thia berdiri untuk ke wad menempatkan
Anas Raihan tapi bahunya ditahan.
“Biar saya pergi
ambil...” ujar Zarul.
Thia tiada pilihan
bila terlihat anggukan emak Qalisya. Dia kembali duduk di birai katil
bersebelahan dengan emak Qalisya.
Wafiy sentiasa
mengikut Zarul bersama pergi mengambil anak saudara lelaki itu. Dia tahu saat
ini. Zarul perlukan sedikit kekuatan dan sokangan.
“Mak... Maafkan
Isya mak... halalkan makan minum Isya mak. Isya takut tak lama lagi...” belum
habis Qalisya menuturkan ayat. Tangannya terus digengam erat.
“Mak halalkan
Isya. Mak halalkan...” sayu suara seorang ibu menatap satu-satunya anak
perempuannya.
“Kuatlah Isya.
Ingat Allah. Ingat anak-anak kau...” pesan opah yang berdiri di sebela katil
bersama Asha dan Mira. Air mata Asha dan Mira tidak henti mengalir. Tahu ibunya
sedang sakit menderita. Masih tergiang-giang suara ibu mereka menangis dipukul
oleh ayah mereka tadi.
Qalisya sekadar
mengukir senyuman pada opahnya. “Anak ibu sini...” panggil Qalisya pada dua
puterinya. Asha dan Mira terus saja berlari mendekatinya.
“Anak ibu...
dengar kata mama. Sayang mama... Thia sayang Mira dan Asha kan?” soal Qalisya
pada Thia. Laju kepala Thia mengangguk. Dia sayang... sayang sangat! Tapi
mulutnya sukar untuk bersuara saat air mata kembali mengalir.
Mira dan Asha turut
mengangguk laju. “Mira sayang mama, Mira sayang ibu. Ibu jangan tinggalkan
kami... Ibu jangan tidur lama-lama...” luahan si kecil Amira Aisha. Emak
Qalisya sudah tidak dapat menahan air mata. Dipaling muka ke tempat lain.
Hatinya sedih mengenangkan cucu-cucunya. Ya Allah Ya Rab. Kuatkanlah hati
anakku. Tabahkanlah hati cucu-cucuku.
“Kak Isya kuat
kak... rehat! Jangan banyak bergerak.” Pesan Thia. Hatinya semakin gusar
melihat Isya yang sudah tercungap-cungap bersuara dari tadi.
Pintu wad terkuak.
Kelihatan Zarul masuk sambil mengendong seorang bayi diikuti bersama Wafiy.
Tanpa berlengah, Zarul terus berjalan mendekati katil kakaknya. Anas Raihan
diletak disebelah Qalisya. Terus Qalisya mengucup lembut dahi anaknya. Dia
tidak mampu mendukung anaknya memandangkan tangan kanannya sudah tidak mampu
bergerak. Masih terasa pijar selepas dipijak oleh suaminya tadi.
“Anas Raihan...
comelkan Nur... Nur janji jaga anak Nur ni? Anak ibu, dengar kata mama ya
sayang...” soal Qalisya. Hatinya berat meminta. Takut menyusahkan sekeping hati
itu. Tapi pada Nurfathiah saja dia mampu meminta untuk terus memberi kasih
sayang seorang ibu pada Anas Raihan dan anak-anaknya kerana emak dan opahnya
sudah semakin tua.
“Nur janji kak...
Nur janji terus jaga mereka...” kata pengikat janji dari Thia buat hati Qalisya
cukup tenang. Tenang dengan persetujuan Thia. Dia redha. Redha sekiranya
ajalnya sudah tiba. Tahu anak-anaknya tidak mungkin dipersiakan.
Qalisya tersenyum.
Wajah adiknya yang berdiri belakang Thia dipandang. “Zarul... nanti tolong
tengok-tengokkan anak kakak ya. Jaga anak kakak macam anak Zarul sendiri.”
“Baik kak. Zarul
janji...”
“Zarul tolong
azankan Anas Raihan ya.” Sayu Qalisya meminta. Kesian Raihan... dulu Mira dan
Asha. Suaminya yang azankan.
Zarul angguk. Anak
saudaranya diangkat semula. Wajah Zarul pada si bayi bernama Anas Raihan. Suara
azan dilaung oleh Zarul jelas kedengaran dipelusuk bilik. Sayu semua melihat
Zarul yang mengazankan anak saudaranya mengalirkan air mata. Menitis di wajah
polos si bayi kecil.
Kepala Thia terus
saja dipaling memandang Qalisya sebaik saja Zarul habis mengazankan Anas
Raihan. Hatinya terus berdetak memandang mata Qalisya yang terpejam rapat.
“Kak... Kak Isya... kak....” panggil Thia. Lengan Qalisya digoyangkan lembut.
Namun langsung tiada tindak balas dari Qalisya. Bibir Thia diketap.
“Innalillahiwainailahiraji'un...
Pergilah cu... pergilah menghadap Maha Besar Allah. Tenanglah hidupmu di sana.”
Kata opah.
Thia menerkup
mulut. Menahan tangisannya. Puan Naurah seka air mata. Dahi Qalisya dicium
lembut. “Sayang mak... Mak redha nak. Redha permergian mu. Tenanglah di
sana...”
Dan perginya
seorang Qalisya menghadap Penciptanya.
Al-Fatihah.
#Nota Kaki : tak dapat nak buat gaduh besar cuz ada Asha. So kita gaduh2 lain kali~! Huwaa~! actually kan.... Tak tau nak buat konflik berat2.. Me stuck here! no idea ayat gaduh2. sebab tu hadap photoshop dah ni. Tetiba rindu Ekmal. kbye!
Mengalir air mata baca n3 ini...sungguh moving.
ReplyDeleteSedih...saya pulak yang menangis!!
ReplyDeleteOk je conflict dlm bab ni.. Cukup buat permulaan. Yg penting Thia jgn cair, pasang perisai siap2 n TAK BOLEH kawin ngan Zarul dgn alasan nk jaga bebudak tu hurmpppphh! Biar Zarul tertelan ngan ego die yg besar kapal terbang tuh. Pasni Zarul lak jdi org ketiga ntara Thia ngan ekmal (abg fiy sepadan gak).. Haaaaa hambik kau
ReplyDeleteSetuju sangat. Biar dia jd perayu tak bertauliah.. Thia jgn cair; Ekmal & Wafiy pula marah Zarul SBB kacau dia org...
Deletesetuju sangat2..hehe
Deletesedihnya.. jgn kasi zarul kwen ngn thia... eee xigin zarul jd hero dlm ini cite..
ReplyDeleteSEDIHNYA JAHAT ZARUL X SUKA .
ReplyDeletesedih betul entry ni.. tlg buat thia susah nak trima zarul.. pastu klau boleh biar zarul terkejar2kan thia balik mcm yg thia buat dlu.. baru padan muka zarul..huhuhu
ReplyDeleteMula2 sy suka dgn si zarul..lama2 rse geram mcm nk tibai pn ade..hrp2 bkn zarul herony
ReplyDeletejalan cerita semakin menarik.. sedih bile terkenangkan yang budak2 tu akan kehilangan ibu mereka.. lebih2 lagi raihan... nice story actually..
ReplyDelete