Qayyum garu kepala yang
tidak gatal.Naufal pula mengeluh tidak sudah.Artikel mengenai mereka berdua
sungguh mengejutkan.Tangan Naufal mengosok-gosok skrin Samsung Galaxy Tab
miliknya. Membaca artikel panas melalui laman sesawang dan surat khabar online.
Panas betul hatinya sepanas tajuk artikel yang dibaca.
Kawan
atau Kekasih?
Qay
dan Naufal TUKAR SELERA.
Perasaan
disebalik Teman Rapat.
Artis
terkenal SONGSANG !
Siapa yang menimbulkan
isu hangit ini pun mereka tidak tahu.Padahal dia dan Qayyum kawan baik saja
pun.Perkara biasalah kalau mereka selalu lepak bersama.Geram Naufal dikerjakan
oleh si tukang propa. Segala aktiviti dan shooting sepanjang minggu ini terpaksa
dibatal! Arahan dari manager mereka berdua.
“Fal macam mana ni?”
soal Qayyum. Duduk rumah saja bukan boleh buat apa-apa pun. Bosan adalah!
Naufal sekadar
menjongket bahu.Dia pun tiada jawapan untuk itu.Cuma perlu tunggu pengurus
mereka selesaikan benda ini saja. “Duduk sajalah diam-diam Tahulah Rita dan
Dani urus isu ni.”
Qayyum mengeluh lagi.
Bosan! Awal pagi lagi dia sudah bergerak ke rumah Naufal pasal isu ini.
Terkejut beruk di baca artikel ni. Mahunya dia dipancung oleh ibunya
nanti.Mengamuk sakanlah Puan Anis nanti.
Seseorang yang memberi
salam tidak diendah. Maka tuan punya badan selamba saja masuk ke dalam rumah.
Awliya tersenyum sinis memandang abangnya dan Qayyum. Isu hangat pagi ini sudah
sampai ke telinganya.
Awliya duduk di sofa
bertentangan dengan abangya. “Cantik headline
pagi ni. Korang berdua dah baca?” tanyanya sarkastik.
Mata Qayyum mencerlung
pada adik teman baiknya. Ayat yang keluar dari mulut cikgu Awliya ni memang
tidak pernah baik. Semua tajam saja kalau berkaitan dunia hiburan!
“Apa?” balas Awliya
berani.
“Sudahlah… janganlah
korang berdua nak mula lagi.” Naufal cuba memberi amaran. Adiknya dan Qayyum ni
memang tidak pernah berbaik. Ada saja dibalas.
“Adik kau nilah!” tuduh
Qayyum.
“Amboi! Bukan korang
berdua ke yang pembawa masalah? Dah kering idea dengan isu kasanova korang tu? Sekarang
masuk isu dua-dua songsang!” balas Awliya tajam.
“Yiee perempuan ni! Sibuk aje. Bukannya ada sesiapa tahu pun status
kau sebagai adik Naufal. Bising saja!” marah Qayyum. Memang tiada sesiapa pun tahu
kewujudan Awliya sebagai adik Naufal. Itu permintaan Awliya jika Naufal ingin
teruskan niat menjadi artis.
“Suka hati koranglah…” Awliya
bangkit menuju ke dapur. Niat hendak membasahkan tekak. Panas betul cuaca hari
ini. Dia menuang jus oren ke dalam gelas lalu kembali semula ruang tamu. Tempat
Qayyum dan Naufal mengeluh tidak sudah!
“Layan diri sendiri
nampak!” ujar Qayyum. Anak dara apalah si Awliya ni. Bukannya nak hidangkan
untuk mereka berdua sekali.
“Dia dari pagi lepak
sini tak tahu pula jalan pergi dapur ambil sendiri.” balas Awliya.
“Macamlah kami berdua
tahu masak!”
“A’ah Liya. Abang pun
lapar.” Sokong Naufal. Perutnya digosok. Baru dia perasan. Jam sudah berdetik
pukul 3 petang. Perut mereka belum lagi diisi.
“Amboi! Sedapnya korang
berdua. Pergilah keluar makan!” arahnya. Tidak sedar aku ni baru balik kerja
disuruh masak pula. Padahal mereka yang melekat di rumah saja dari pagi.
“Ah! Tension aku dengan
adik kau ni Naufal. Kenapalah bukan kau dan dia saja yang dikaitkan di akhbar.
Ni dengan aku pulak! Dah la huruf besar perkataan sonsang tu!” rungut Qayyum.
Dia menjerit kuat! Sekadar isu kasanova tu boleh diterima juga tapi bila masuk
isu ni. Kelu lidahnya menjawab.
Awliya tersenyum sinis.
Padan muka!
“Mana-mana koranglah…”
jawab Awliya.Dia sudah berdiri semula. Tiada faedah layan rungutan dua orang
ni.
“Hah! Kenapalah kau
bijak sangat.!” jerit Naufal tiba-tiba.Qayyum tercengang. Aku bijak? Memang
pun… sempat dia puji diri sendiri.
Awliya pula berpaling
memandang abangnya. Terkejut dengan jeritan abangnya.
“Kita bagitahu dekat
media. Sebenarnya kau rapat dengan aku sebab kau tu kekasih adik aku. Masalah
selesai… bijak tak aku?” cadang Naufal.
“What?!” jerit Awliya dan Qayyum serentak.
Qayyum hendak
mencelah.Tapi telefon bimbitnya sudah berdering. Ibu! Habislah… Puan Anis telefon.
Jawab ke tidak? Ah! Berdarahlah telinganya mendengar bebelan si ibu kali ni.
“Syyhhh…” Jarinya dimulut sebagai tanda agar Awliya dan Naufal
senyap dahulu. Punat ditekan. Qayyum berdehem beberapa kali. Cuba mengawal suaranya.
“Assalmualaikum bu.”
Qayyum memula salam.
“Ahmad Qayyum! Ibu
tidak ajar anak ibu jadi derhaka. Mana ibu nak letak muka.. bla... bla... bla...”
Lagi panjang bebelan ibunya dari yang disangka. Qayyum hanya mampu cakap
‘Ya bu. Maaf bu. Gosip
saja bu.’ Tidak berani cakap panjang-panjang. Nanti makin panjang cerita.
Anak mata Qayyum
menjeling pada Awliya sudah pun bergerak ke sebelah Naufal. Sesi pujuk-memujuk
antara dua beradik itu lebih menarik perhatiannya dari bebelan si ibu di
sebalik talian.
‘Cantik juga adik si
Naufal ni.’ puji Qayyum dalam hati.
“Hoi! Qayyum! Kamu
dengar tak apa ibu cakap?” jerkah Puan Anis. Geram dengan anak teruna seorang
ni. Suka betul buat masalah!
“Ya… Ya bu… dengar!”
jawabnya tergagap-gagap.Qayyum ketap bibir. Apa mimpi aku puji minah tu pulak!
“Tak nak!” jerit Awliya
tiba-tiba. Qayyum memandang Awliya yang turut memandangnya tajam. Dia turunkan
pandangan pada Naufal. Kening diangkat? Ingin menanyakan apa yang telah
terjadi. Awliya naik ke tingkat atas meninggalkan Naufal dan Qayyum.
“Suara perempuan mana
pulak tu Qayyum? Kau jangan nak buat hal dengan anak dara orang pula Qay.
Pening ibu dengan kau ni…” soal Puan Ani menyedarkan Qayyum bahawa dia masih
bertelefon dengan ibunya.
“Hish ibu ni... tu
suara Liya bu. Qay kat rumah Naufal sekarang ni.”
“Ibu nak kau selesaikan
masalah ni cepat-cepat. Entah macam mana pula isu kau dan Naufal ni boleh
timbul. Baru saja isu kau dengan model tu selesai. Timbul pula isu baru… Baik
kau selesaikan perkara ni cepat-cepat!” pesan Puan Anis sebelum mematikan
talian.
Qayyum mengeluh tatkala
talian dihentikan. Naufal dipandang. “Hah! Minah tu kenapa pula? Tiba-tiba naik
angin pula?” tanyanya perihal Awliya.
“Dia mengamuklah! Apa
lagi…”
“Yang kau pun satu
usulkan benda tu buat apa? Aku pun tak sudi.”
“Dah tu aje aku boleh
fikir. Lagipun logik apa. Semua kontroversi boleh selesai.” jawab Naufal. Masih
hendak pertahankan cadanganya.
“Susah-susah. Kau
ajelah bagitahu media kau dan Liya couple.
Senang cerita.”
“Gila apa. Kalau tiba-tiba
orang siasat Liya tu adik aku. Timbul pula isu baru. Tak naklah aku.
“Aku peliklah Fal…
kenapa adik kau tak suka sangat bidang hiburan ni?” Qayyum tiba-tiba terfikir. Sudah
lama dia kenal Naufal dan Awliya. Tapi dia langsung tidak tahu kenapa Awliya bencikan
bidang ni.
“Pasal parents aku bercerai dululah... sebab tu
dia tak suka. Kau tak rasa apa yang kami dua rasa. Selalu terpinggir bila mak
dan bapa aku keluar shooting. Lepas
bercerai pula, kami pun turut dikejar wartawan. Dia rimas dengan semua tu. Mak
dan bapa aku pula, lepas dua-dua kahwin baru. Kami dua dihantar balik kampung.
Tinggal dengan nenek dan datuk.” jelas Naufal. Cerita selebihnya Qayyum sudah
sedia tahu. Di kampung jugalah dia kenal dan berkawan baik dengan Naufal tapi
tidak pada Liya. Adik Naufal tu tidak suka keluar rumah ataupun bergaul. Sebab itulah
emo memanjang.
“Abang Naufal mana?”
soal Liya pada Qayyum yang sedang menonton televisyen. Cerita apa entah dia pun
tidak tahu.
“Keluar.” jawab Qayyum
sepatah.Matanya tidak lari dari terus menonton televisyen.
“Keluar? Dia tinggalkan
kita dua kat rumah?” soal Awliya dengan nada yang agak tinggi. Biar betul
abangnya ni. Nasib baik dia tidak lupa pakai tudungnya ketika keluar bilik tadi
sebab tidak tahu jika Qayyum sudah pulang atau belum.
“Dah kau nampak kita
dua aje kat rumah. Apa punya soalanlah!” Qayyum memandang sekilas Awliya.
“Huh! Entah berapa
banyak kuman dalam otak kamu dua ni. Tak sedar ke kita dua ni bukan mahram.
Dibuatnya datang pencegah maksiat. Percuma kahwin koboi!” kata Awliya.
“Macamlah baru sekali
dua aku lepak kat sini.”
“Apa-apa sajalah. Dia
lambat tak? Jangan dia lupa hantar aku malam ni sudah.” Awliya ke dapur. Tepung,
pisang dan segala bahan untuk masak pisang goreng dikeluarkan. Petang-petang
pekena pisang goreng memang sedap.
“Sekejap aje. Pergi
kedai runcit hujung simpang tu. Nak pergi beli Magie katanya. Maklumlah ada
adik yang terlebih rajin ni… kebulur abangnya dikerjakan.” Qayyum mengekori
Awliya ke dapur. Selamba saja dia duduk di meja makan.Langkah Awliya diperhati.
Kenyanglah perut kalau Liya buat minum petang.
“Amboi! Kalau tak
tambah asam garam di ayat kau tu memang tak sahkan. Macamlah aku percaya ayat
terakhir kau tu. Dah lah tak tahu jalan balik rumah sendiri. Pergilah tengok movie depan. Kacau je!” kata Awliya
sambil buat kerja.
“Berlagak! Orang nak
tolong dia tak nak.”
Awliya mencebik.
Tolonglah sangat! Tolong tengok adalah…
Awliya menghidang
pisang goreng dan milo panas atas meja di ruang tamu. Sekali pun Qayyum tidak
bantu. Dia boleh pula tengok tevisyen tanpa terdetik sekalipun hendak
membantu.Awliya pula naik jelik. Pemalas punya lelaki! Tahu dihidang saja,
lepas tu makan.
Awliya sekadar duduk di
atas lantai sementara Qayyum sudah pun terbaring atas sofa. “Mana abang Naufal
ni? Tadi kau kata sekejap aje.” tanya Awliya.
“Dah dia kata sekejap.
Tak lama baliklah tu. Lagipun bukannya kita dua aje kat rumah ni. Ada Pak cik
Bahar tengah potong rumput kat taman belakang.” jawab Qayyum selamba. Sepotong
pisang goreng disumbat ke dalam mulut. Pak cik Bahar ialah tukang kebun yang
diupah oleh Naufal untuk membersihkan taman mini belakang banglo mereka.
Awliya mendengus.
“Kurang asam!”
marahnya. Hidup-hidup dia kena tipu! Dia betul-betul ingatkan hanya mereka
berdua saja di rumah tu. Awliya pun satu. Yang dia percaya si Qayyum tu apasal?
“Makan tu duduklah!” tegur
Awliya. Tidak suka betul dengan gaya Qayyum yang makan pisang sambil baring.
Qayyum buat muka bosan
sambil duduk menyandar. Awliya ni kalau membebel…
“Good! Tahu pun dengar cakap.”
“Ingat aku ni macam
anak murid kau kat sekolah tu ke?” Dengus Qayyum.
Awliya tidak pedulikan
dengusan Qayyum. Matanya tertacap pada skrin televisyen. Cerita apa dia pun
tidak tahu. Tapi hatinya terpikat tatkala heroin tersedu sedan membaca warkah
terakhir dari si Hero.
“Hoi Liya! Kau dengar
tak apa aku tanya?” tanya Qayyum. Pekak badak jugak minah ni.
“Hish! Kacau mood
betullah. Apa?”
“Yang kau emo sangat
tengok pasal orang baca surat cinta tu kenapa?” tanya Qayyum pelik.
“Surat cinta tu ikhlas
tau. Apa lagi kalau tulis dari hati. Kau mana tahu…”
“Erm… perempuan! Lagipun kalutlah kau ni. Orang sekarang mana main
guna surat-surat lagi. Terus taip lepas tu tekan tekan butang send habis cerita!” cebik Qayyum.
“Surat cinta tu ada sentimental value tau tak. Orang yang
tahu menghargai saja dapat merasakan. Kalau setakat taip dan hantar tu sekejap
saja. Lepas tu bila tekan butang delete
terus terpadam. Zero! Tulis guna tangan berbanding main taip tidak sama… ”
“Apa-apa sajalah. Oh!
Ya… aku hampir terlupa apa aku nak tanya kau tadi. Kau masih marahkan Naufal
ke?” tanya Qayyum.
Dahi Awliya berkerut. Fikirkan
bila dia marahkan Naufal. Bila teringat barulah mukanya kembali normal.“Aku
tidak akan marahkan abang Naufal. Dia satu-satunya ahli keluarga aku yang masih
ada.” kata Awliya sedikit tersentuh.
“Mak bapa kau kan masih
ada…” pancing Qayyum.
Mata Awliya tajam
memandang Qayyum. “Kau jangan sesekali cakap pasal mereka depan aku!” tegas
kata-kata Awliya memberi amaran. Mood hendak minum petang pun terus hilang. Awliya
terus berdiri meninggalkan Qayyum.
“Nanti kalau abang
Naufal dah balik suruh dia beritahu aku. Lepas minum tu kemas. Aku naik dulu!”
katanya.
Qayyum yang terdiam
rasa hendak tampar-tampar saja mulutnya. Terlupa amaran Naufal agar jangan
ungkit pasal mak bapa depan Awliya.
“No! Tidak tidak dan tidak!” kata Qayyum dan Awliya serentak.
Mereka pandang satu
sama lain.
“Kau diam!” kata mereka
lagi.
Qayyum mendengus.Awliya
merengek pada abangnya. “Abang… abang sedar tak? Liya tak nak langsung terbabit
dalam bidang ni. Lebih-lebih lagi dengan dia!” Jarinya dituding pada Qayyum.
Mata Qayyum membulat.
Eleh! Bajet pula minah ni! Macam aku sudi sangat dengan dia.
“Rita dan aku setuju
dengan cadangan kau Fal.” kata Dani. Pengurus merangkap sepupu Qayyum.
Rita sekadar
mengangguk. Turut menyokong!
“Eh! Nanti dulu! Suka
hati korang saja buat rancangan semua ni. Aku tak sudi tau!” balas Qayyum.
“Qay, kau sedar tak? Ibu
kau kata apa semalam? Kalau kau tak selesaikan hal ni. Dia kahwinkan kau dan
kau dah lupa janji kau?Bila kau kahwin kau akan berhenti dan jaga syarikat ayah
kau?” soal Naufal satu persatu.
Qayyum terdiam. Dia
mengeluh. Mustahil dia lupa pasal benda tu.
“Mintaknya ibu aku
suruh aku kahwin dengan Liya? Naya hidup aku!” soalnya tiba-tiba.
“Amboi lelaki! Hidup
aku yang huru hara tau! Hidup kau tu memang dah sedia parah pun!” marah Awliya.
Marahnya masih lagi berbaki. Sudahlah terpaksa ambil emergency leave setelah mendapat panggilan abangnya tadi. Ingatkan
apa! Rupa-rupanya kes mereka belum selesai lagi.
“Liya tolonglah abang
ye… untuk kali ni saja abang merayu. Please…”
Perkara ni sudah hampir dua minggu berlalu. Belum ada penyelesaian lagi. Keadaan
pula makin teruk.
Awliya mengeluh. Dari
dulu lagi dia memang tidak sokong kerjaya abangnya. Bukannya Naufal tidak boleh
cari kerja lain. Padahal Naufal dan Qayyum sama-sama mempunyai ijazah dalam
undang-undang. Minat konon lebih pada lakonan!
“Liya tak tahu nak
cakap apa lagi… suka hati abanglah asalkan abang janji hidup Liya tanpa
gangguan daripada wartawan...” Awliya akhirnya mengalah. Susah juga dia hendak
berkeras, tutup periuk nasi abangnya nanti.
“Qay?” Naufal meminta
kepastian pada Qayyum. Lelaki itu masih lagi berdiam diri.
“Iyalah.” jawabnya
lemah. Awliya sudah setuju untuk membantu. Tidak mungkin dia hendak menolak
pula. Ditambah lagi ugutan keras ibunya semalam. Gerun dia jika terpaksa kahwin
dengan orang yang tidak dikenal.
“Okey set! Rita dan
Dani akan uruskan yang lain.”
Cerita di kaca tv, dada
akhbar dan majalah-majalah hiburan cukup menyatakan sejelas yang mungkin.
Kononnya Qayyum dan Naufal memang kawan rapat dari kecil dan sudahpun lama
mengenali Awliya. Bahagian itu saja benar!
Yang lain semuanya auta
semata-mata terutamanya Qayyum kononnya bercinta dengan adik Naufal yang selama
ini tidak mahu berita tentang percintaan mereka disebarnya. Cukup hanya ahli
keluarga dan teman rapat saja tahu.
Awliya meletak akhbar
hiburan itu di atas meja.Terdapat gambarnya bersama Qayyum yang diambil dua
hari sebelum berita mengenai mereka disebarnya. Dalam gambar nampak tersangatlah
mesra biarpun pada hakikatnya ketika ambil gambar pun sempat lagi bertekak.
Semuanya rancangan
abangnya dengan bantuan Dani dan kamera DSLR Rita. Naufal kata kena ada bukti
kononnya mereka berdua ni kekasih. Terpaksalah Qayyum dan dia bergambar berdua.
Tepi pantai pula tu! Ada atas bukit. Kononnya mereka bertiga berkelah. Banyaklah
berkelahnya.
Ibu Qayyum juga
memahami. Mereka telah jelaskan sejelas yang mungkin tentang hubungan mereka
pada wanita itu bahawa Awliya sekadar membantu anaknya dan Naufal.
Kepala Awliya diurut.
Pening! Ditambah lagi dengan persoalan-persoalan rakan sekerja dan
pelajar-pelajarnya di sekolah. Anginnya pun semakin tidak menentu! Sekejap saja
sudah berapi. Kesian juga pelajarnya tadi. Tidak semena kena marah. Mereka pun
satu! Waktu belajar tu belajarlah… ini sibuk tanya pasal Qayyum.
Mata Awliya ditutup. Dia
hendak rehatkan otak seketika.
“Ini apasal monyok
semacam aje…” tanya Qayyum tiba-tiba. Serta merta mata Awliya terbuka.
Terkejut! Awliyah terus duduk tegak.
“Apasal masuk tak reti bagi
salam? Main redah aje!” marahnya.
“La… angin pula. Aku
ada bagi salamlah! Kau tu saja tak dengar.Abang kau mana? Kau pula kenapa tak
pergi kerja?” tanya Qayyum. Awliya hanya ada pada waktu malam saja. Sebab tu
dia main masuk saja lepas bagi salam.
“Cuti sakit! Abang
takde. Entah ke mana menghilang. Kau kan selalu dengan dia.”
“Patutlah serabai aje
aku tengok. Rambut tu! Hantu Kak Limah pun takut!” tegur Qayyum selamba. Dia
duduk menyandar di sofa. Penat! Ingatkan boleh lepak sini kejap. Rupa-rupanya
tiada pula si Naufal tu. Terpaksalah blah keluar kejap lagi. Seriau juga duduk
berdua dengan Awliya ni. Syaitan dia takut! Allah lagilah dia takut.
Si Awliya ni pun dia
takut! Garang mahu mampus…
Mendengar teguran itu
lintang pukang Awliya naik ke atas pakai tudung. Tapi malangnya kakinya
tersadung lalu jatuh tergolek di tangga.
“Oi Liya… kau okey ke?”
Bergegas Qayyum berlari ke tangga.
“Sakitlah!”
“Kau boleh berdiri ke
ni?” soalnya lagi. Bukannya reti nak tolong!
“Tak bolehlah… Eeee… Bukannya
nak tolong!” marah Awliya. Qayyum mencebik. Dia terus mendukung Awliya.
“Woi! Apa kau buat ni?”
Awliya hendak meronta-ronta tapi pinggangnya terlalu sakit.
Qayyum sekadar senyap
saja. Dia membaringkan Awliya atas sofa. “Duduk sini diam-diam! Aku pergi atas
ambil tudung dan dompet kau. Kita pergi hospital.”
Awliya mencebik. “Suruh
aku duduk diam-diam. Macamlah aku boleh bergerak! Aduh sakitnya.” Dia
bermonolog.
Qayyum turun siap
dengan tas tangan, jaket dan tudung Awliya. ‘Mungkin dia ambil yang disangkut
belakang pintu bilik.’ getus Awliyah.
Selepas bantu Awliya
menyarungkan jaket serta tudung ekspress gadis itu. Qayyum mendukung Awliya
lagi ke dalam keretanya. Sempat dia masuk semula untuk ambil tas tangan Awliya
dan mengunci pintu rumah.
“Abang Naufal mana?”
soal Awliya.
Qayyum menjongket bahu.
“Entah…” jawabnya
sepatah.
Kedengaran suara Awliya
mengeluh kecil. Ditahan beberapa hari dalam hospital. Lemah telingganya
mendengar arahan doktor tadi. Lepas tu perkara yang tidak boleh terimanya.
Sempat kakak-kakak jururawat minta tandatangan dan bergambar dengan Qayyum.
Waktu dia didukung
masuk oleh Qayyum pun terkejut orang-orang dalam hospital itu melihat mereka. Awliya
pula naik malu.
“Qayyum… thanks!” jawab Awliya perlahan.
“Sama-sama. Tapi sorry jugalah sebab aku kau terjatuh dan
stuck dalam ni. Ada wartawan pula tu
datang. Cepat saja mereka tahu…” ujar Qayyum.
“Takpa... memang kerja
mereka pun.”
“Aku tahu kau tak suka
wartawan dan dunia hiburan sebab mak dan bapa kau.”
“Mereka selalu buat aku
sunyi Qay.Terlalu sunyi.Dulu mak dan bapa aku selalu keluar shooting tinggalkan aku dan abang Naufal
di rumah.Sekarang pula abang Naufal asyik sibuk memanjang juga. Aku sunyi…”
Awliya terhenti seketika.
“Kau kena faham kerjaya
mereka.” Pujuk Qayyum. Dia yang duduk di kerusi sisi katil memandang wajah Awliya.
“Aku cuba Qay. Even sejak abang Naufal masuk bidang ni
pun aku masih lagi mencuba. Tapi bila ada saja masalah yang berlaku. Kami
selalu saja dikejar oleh wartawan. Aku rimas Qay! Berlari, bersembunyi
mengalahkan penjenayah. Aku cuba faham tugas dan kerjaya mereka. Tapi mereka
tak pernah faham tentang perasaan aku.” Awliya sudah pun terhinjut-hinjut
menahan tangis.
“Sudahlah. Jangan
nangis! Kau tu dah buruk! Tambah buruk lagi bila menangis.”
Mata Awliya mencerlung
memandang Qayyum. “Cantik bahasa!”
Qayyum terdiam tatkala
mata Awliya dengan wajah sembab itu sedang memandangnya. Satu perasaan halus
membuatkan dadanya berdebar laju.
Awliya pula telan liur.
Kenapa pula dengan Qayyum ni? Soal hatinya.Tapi entah kenapa matanya tidak mahu
beralih dari terus memandang lelaki itu. Dari pandangan tajam kini matanya
bertukar sayu membalas pandangan Qayyum.
Adakah dari mata turun
ke hati? Tanya hati mereka masing-masing.
“Liya… Liya…” Pintu wad
terkuak. Jeritan Naufal menyedarkan mereka berdua. Awliya dan Qayyum cepat mengalihkan
pandangan mereka.
Naufal segera memeluk
adiknya.Muka Awliya dibelek.Nasib baik tiada sebarang lebam. Naufal terduduk
lelaki di atas kati. Terkejut bila terbaca pesanan ringkas dari Qayyum. Salah
dia juga matikan telefon tadi.
“Abang dari mana ni?
Payah betul nak jumpa sekarang ni.” tanya Awliya.
Naufal terdiam. Tiada
jawapan untuk itu. Dia rasa Awliya belum lagi perlu tahu pasal benda ini.
“Fal, aku balik
dulu.Penatlah…” ujar Qayyum tiba-tiba.
Naufal mengangguk. “Thanks Qay. Nasib baik kau ada.”
Qayyum senyum membalas.
Kemudian dia terus pergi tanpa melihat Awliya.
“Liya…” panggil Naufal.
“Erm…”
“Abang nak cakap
sesuatu sebenarnya…”
Awliya yang sedang mengeringkan
rambut menggunakan tuala berhenti seketika.Wajah abangnya terus dipandang. “Cakaplah.Liya
dengar…” katanya sambil tersenyum.
“Sebenarnya, abang
pergi cari mak dan bapa.”
Muka Awliya berubah.
“Perlukah abang cari mereka? Selama ni adakah mereka kisah pasal kita?”
“Liya, please… dengar dulu cakap abang okey.” pujuk
Naufal.
Awliya mengeluh lalu
diam membiarkan Naufal teruskan kata-katanya.
“Arwah mak dah tiada
Liya… mak dah meninggal. Kanser! Abang terkejut bila dengar cerita pasal arwah
mak. Bapa pula dah menyesal. Hari Liya masuk hospital tu sebenarnya abang pergi
jumpa bapa. Dia nak jumpa Liya juga sebenarnya tapi abang larang sebab takut
liya terkejut…”
“Eloklah tu… Liya pun
tak nak jumpa dia.” cantas Liya.
“Liya please… maafkan bapa kita okey? Manusia
Liya. Kita tidak lari dari kesilapan. Sebenarnya bapa ada juga cari kita tapi
nenek dan datuk yang larang sebab tak nak kita terus dikejar wartawan. Selama
ni bapa yang tanggung makan minum kita. Duit saku kita selama ni bapa yang
kirim dengan nenek dan datuk.”
“Sekali saja bang…
hanya sekali! Liya harap Liya dapat bawa mak atau bapa datang jumpa kita. Tapi apa
Liya dapat? Kita anak mereka bang. Kenapa mereka…Ah! Entahlah… malas nak fikir
semua benda ni. Buat sakit hati aje kenang.”
“Okay. Stop the topic. Dengan Qayyum pula tak
malas nak kenang ke?” pancing Naufal.
“Apa maksud abang ni?”
Awliya mengalihkan pandangannya dari Naufal.
Bahu Awliya disiku.
“Eleh! Malu-malu kucing lagi. Abang tau mesti ada sesuatu antara kau dan Qay
ni. Tiba-tiba senyap je mamat tu. Dah jadi pendiam pula abang tengok sejak kes
di hospital hari tu. Lagipun abang perasan tau hari-hari berlambak surat masuk
untuk Liya. Selain surat cinta minta hutang satu pun tiada surat untuk abang.”
“Abang ni bisinglah!
Kita nak tengok tv pun tak kusyuk.” balas Awliya.
“Elleh! Berlagak dengan abang konon. Sejak bila pandai simpan rahsia
ni? Ceritalah sikit…” pujuk Naufal.Dia tahu mesti ada sesuatu antara Qay dan
adiknya. Mamat tu pun tidak lagi datang lepak rumahnya.
“Entahlah bang… susah
nak cakap pasal kawan abang tu.”
“Alah cakap ajelah suka
senang cerita. Hari-hari berbalas surat. Qay tu pergi mana-mana bawa kertas
kajang. Paling lawak abang nampak dia letak bedak dalam surat tu.”
“Mana ada Liya balas
pun surat dia. Satu pun tiada…” jelas Liya.
“La… Ya ke? Kesian
kawan abang tu. Angau sebelah tangan!”
Naufal tergelak kuat.
“Jahatlah abang ni.
Gelakkan kawan sendiri.” Lengan Naufal ditampar lembut.
“Eleh! Tak suka konon.
Padahal bela juga musuh tradisi dia tu.” ejek Naufal. Pipi Awliya dicubit. Adiknya
sekadar tersenyum malu.
“Bila masa Liya tak
suka dia?” Tersenyum-senyum Liya mengenangkan Qayyum.
“Liya… Liya dengan
perasaan sendiri pun malu! Dah lah menyorok tu Qay… masuklah ke dalam! Kau pun
dengarkan?” Naufal bersuara kuat agar Qayyum yang sedang tunggu luar rumah
dapat dengar.
Awliya cepat-cepat
menoleh ke arah pintu .Qayyum yang tersengih dipandang. Tualanya ditarik
menutup rambut.Awliya mengetap bibir memandang Naufal.
“Apa abang ni!”
marahnya.
Naufal menjongket bahu
kemudian berjalan mendekati Qayyum. Bahu kawannya ditepuk. “Good luck bro! Adik aku tu keras kepala.
Manja pula tu!” sempat dia beri sebelum berjalan ke dapur. Memberi ruang pada
Awliya dan Qayyum.
“Awak…” panggil Qayyum.
Awliya memalingkan
mukanya.
“Liya…” panggilnya
lagi.
Awliya memandang wajah
Qayyum walaupun mulut masih terkunci rapat.
“Err… sebenarnya saya nak bagi surat dengan awak.” kata Qayyum
sambil menyerahkan sekeping surat.
Perlahan-lahan Awliya
menyambut surat tersebut.
“Bukalah…” arah Qayyum.
Awliya menjongket bahu.
Sampul surat dibuka. Sekalung rantai yang mempunyai loket bentuk sampul surat
dipandang. Comel! Puji hatinya. Belakang sampul itu tertulis Qay <3 Liya.
“Awak pernah kata surat
memainkan peranan yang penting sebab dia ada sentimental value. Bila saya tempah rantai ni. Harap awak suka. Surat
cinta saya yang boleh selalu bersama awak.”
“Kalau Liya pakai
rantai ni makna kena terima Qay ke?” tanya Awliya. Pelik juga dia sebab tidak
memanggil Qay dengan panggilan kau tapi jika dia hendak terima Qay tidak
mungkin kena terus panggil macam tu kan?
Qayyum mengangguk laju.
Gembira jika Awliya setuju.
“Nak pakai ke tak?”
soal Awliya pada diri sendiri. Sebenarnya lebih kepada kenakan Qayyum. Biar
lelaki itu merana kerana penasaran buat seketika.
“Terima sajalah Liya…
buang tabiat lagi. Naik kematu punggung abang ni tunggu korang berdua kat habis
bercengkerama kat dapur ni…” ujar Naufal dari dapur.
Awliya mencebik. Potong
stim betullah abang ni!! Jerit hatinya.
“Awak terima?” soal
Qayyum.
“Ye la cik abang oi! Slow betullah mamat ni.” balas Awliya.
Qayyum tersenyum
bahagia. Slow pun slow la janji diterimakan…
“Gugup pula jadinya…”
luah Awliya pada Qayyum.
“Releks… cool!” pujuk Qayyum.
“Banyaklah awak punya
relaks. Saya dah berdebar-debar nak mampus. Bertahun saya tak jumpa bapa tau.” luah
Awliya lagi. Akhirnya dia bersetuju juga untuk berjumpa dengan bapa kandungnya.
Bukan main berdebar lagi menanti bapa mereka datang.
“Awak ni! Macam awak
aje yang berdebar! Saya pun berdebar tau. Dah la first time jumpa bakal mertua. Mana pula Naufal tak pandai
turun-turun. Mandi bunga ke apa?”
Awliya memandang wajah Qayyum seketika. Lelaki itu
kelihatan segak dengan kot yang tersarung dibadan. Dia sudah pun mulai berjinak
dan bidang perniagaan semenjak mengambil alih syarikat ayahnya. Qayyum setia
dengan janjinya pada Puan Anis. Dia akan berhenti berlakon bila hendak
berkahwin nanti. Jadi sebagai langkah awal, Qayyum tengah belajar menguruskan
syarikat.
Kesian Qay…desis hati
Awliyah. Baru saja balik dari pejabat terus datang ke rumah Awliya dan Naufal
untuk perjumpaan keluarga kali ini. Sebenarnya Naufal yang mengajaknya dalam
perjumpaan ini memandangkan Qayyum akan menjadi ahli keluarga mereka juga.
“Assalamualaikum…” Salam
dari luar menambahkan lagi debaran mereka berdua. Awliyah dan Qayyum memandang
satu sama lain. Dan bila terpandang seorang lelaki yang agak berusia mulalah
babak air mata Awliya. Saat itu sudah datang. Saat dia menanti kedatangan
bapanya menjenguk mereka dari dulu lagi… harapannya agar pertemuan kali ini
dapat mengisi kasih sayang seorang bapa yang dia tidak pernah merasai setelah
bertahun lamanya.
“Bak sini sajalah…”
“Nak buat apa?” tanya
Awliya.
“Bukannya lama pun. Sekejap
aje. Abang bukakan ye…” Qayyum berjalan ke belakang Awliya lalu mulai membuka
tapi lantas Awliya menghalang.
“Gelilah abang ni!
Kejap. Biar Liya buka.” katanya. Rantai pemberian Qayyum dulu dibuka dari
lehernya. Buang tabiat suaminya ni. Tiba-tiba saja suruh buka rantai tu buat
apa. Nanti tercicir dia juga yang kena marah.
Awliya menyerahkan
rantai tersebut pada suaminya. Qayyum tersenyum puas. Dia memasukkan sesuatu
pada kalung tersebut. Awliya yang terlihat mula melakarkan senyuman.
“Dari mana abang dapat
Eiffel Tower ni? Comelnya…”
“Tadi di kedai souvenier tu. Abang ternampak rantai
yang ada Eiffel tower. Rantainya abang dah buang. Abang ambil bentuk menara ni
saja. Nampak sesuai dengan surat cinta abang ni. Jadi lepas ni bila Liya nampak
rantai ni. Nampaklah tempat bulan madu kita buat pertama kalinya…” jelas
Qayyum.Dia memakaikan rantai tersebut pada leher isterinya.
“Terima kasih bang…”
ucap Awliya ikhlas. Tak sangka Qay akan beli bentuk menara Eiffel tower itu
sebagai tanda tempat pertama mereka berbulan madu. I love you Qay!
“Sama-sama… Jangan
cicirkan tau! Terutamanya surat cinta tu…” pesan Qayyum. Mereka bersama-sama
menikmati keindahan panorama matahari terbenam yang dihiasi dengan menara indah
di kota Paris.
TAMAT.
Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!