Cover simple untuk cerita baru Faz. Putih suci gitu~ sempena kelahiran semula si bunga Airis bernama Airis Sofia. aceceh...**ayat novel sangat! Padahal idea kering nak hadap photoshop.*
Sila la baca prolog cerita.
Happy reading and Salam jumuah barakah!
Prolog
Lama
Aidan memandang vila besar depannya. Dia mengeluh. Kisah tujuh tahun lalu mula
berlayar namun dia segera mencantasnya pergi. Riuh kawasan villa lebih menarik
perhatian Aidan. Mana pergi penghuni sebelum ini? satu persoalan mula terpacul
dalam kotak fikirannya. Halaman villa itu turut berubah, beberapa pondok-pondok
kecil menghiasi taman dan kanak-kanak yang sedang mengaji.
Puas
Aidan cuba melarikan seraut wajah itu namun payah. Dia keluh lagi. Susah!
Bukannya Aidan sendiri yang hendak datang ke villa itu. Pak cik teksi yang
menghantarnya. Ah! Menyesal Aidan datang ke situ hanya ingin berjumpa dengan
pemilik syarikat yang bekerjasama dengannya kini. Lagipun pengurus yang selama
ini berurus niaga dengannya yang memberi alamat vila tersebut. Katanya
syarikat itu milik orang Malaysia, mungkin kekalutan yang dirasai oleh Aidan
dapat dikurangkan jika datang ke villa itu. Katanya lagi villa itu bukan saja
menempatkan anak-anak yatim beragama islam malah orang-orang islam yang datang
pun dijemput tinggal bersama.
Hati
Aidan kembali bertanya. Ke mana perginya Airis? Mana sepupunya itu pergi?
Sepupu? Hampir 7 tahun kau buang Airis dari hidup kau baru hari ini kau mengaku
sepupu? Hatiya kembali mengasak!
Tidak
Airis bukan lagi ahli keluarga aku! Setelah apa yang dia bukan, dia bukan lagi
keluarga aku. Segera otak Aidan meyangkal. Ego dan marah kembali menerpa.
Airis
Sofia! Niat datang ke London tujuh tahun lalu pada asalnya hanya ingin mencari
sepupu yang hilang atas permintaan arwah atuk tapi lain pula jadinya setelah
mereka berdua sampai ke Malaysia.
“Arghhh!! Run away...!!! zombie attack...”
jerit seorang budak lelaki yang berlari sambiil ketawa kuat. Tanpa sedar budak
itu terus terlanggar Aidan yang jauh mengelamun. Budak itu terduduk tapi masih
lagi gelak kuat.
“Hello little creature... Are you alright?”
kata Aidan sambil bantu budak lelaki itu bangun. Dia duduk menghadap budak itu.
“Assalamualaikum
uncle.” Jawab budak lelaki yang bertentangan dengannya.
Aidan
terkedu. Bukan sekadar sapaan salam dari budak mata biru itu. Tapi rupa
parasnya sebiji seperti Aidan sendiri. Hanya mata itu saja biru. Mata Airis!
Belum puas Aidan meneliti wajah kanak-kanak itu. Seorang lagi budak perempuan
berlari mendekatinya.
Allah!
Wajah kanak-kanak perempuan itu tidak ubah seperti Airis. Apa yang berlaku?
“Abang Hanif run!! mama datang.” Ujar
kanak-kanak itu termengah-mengah. Tapi budak lelaki itu tidak mampu berlari.
Kakinya berdarah. Terluka!
“Aiman
Hanif! Ainan Thahirah!!!” lembut suara seorang wanita menjerit memanggil dua
orang kanak-kanak itu. Airis berlari anak mengejar pasangan kembar anaknya.
Langsung tidak perasan Aidan yang terlindung dari dua anaknya.
“Hanif,
Thahirah! Kan mama dah pesan jangan lari! Mama...” bebelan Airis terhenti
melihat tubuh Aidan yang baru saja berdiri. Bergetar satu badan Airis.
“Airis...”
lelaki itu memanggil namanya. Baru saja Airis cuba untuk menyedapkan hati
bahawa pertemuan ini tidak ubah dari mimpi buruk!
Tangan
Hanif dan Thahirah segera ditarik. “Mama sakit...” adu Hanif.
Airis
yang perasan kaki Hanif berdarah terus mengangkat tubuh si kecil. “Thahirah. Lets go!” katanya sambil
mendukung anak lelakinya.
Thahirah
pula hanya ikut langkah mamanya. Tidak berani lagi bermain. Takut kena marah!
“Airis wait!” Aidan cuba menghalang Airis
dari pergi. Hatinya kuat untuk memastikan satu perkara. Namun segera Airis
lebih pantas. Sebaik saja mereka bertiga masuk ke dalam tempat duduk belakang.
Dia segera menyuruh pemandunya mulakan pemanduan.
Aidan
hanya mampu melihat BMW hitam itu meluncur laju tinggalkannya. Cantik Airis
berselendang menutup rambutnya. Seolah tidak percaya pula itu sepupunya. Dan
dua budak tadi itu siapa? Betul ka gerak hatinya?
“Airis bukan sepupu Aid!! Kau pergi dari sini!
Kau bukan lagi sepupu aku. Mama halau perempuan ni sebelum Aid bunuh dia. Buat
apa lagi nak bersumpah pegang al-Quran kalau badan penuh dengan noda. Darah daging kita tiada
lagi dalam tubuh Airis, darah Airis penuh dengan kencing syaitan! Daging dia
sudah disalut daging babi! Sebab tu sanggup fitnah Aid hanya kerana nafsu
syaitan dia!!!”
Allahuakbar!!
Terimbau kembali kata Aidan 7 tahun lepas. Teringat segala dosa yang terpalit
di tubuhnya. Airis menangis lagi... menangisi dosa-dosanya. Tubuhnya bergetar.
Ya Allah jauhilah aku dari terlalai lagi.
Airis
tidak kuat. Hatinya masih lagi rapuh. Dia tahu kini Aidan suami orang. Setelah
memastikan Aidan sah akad nikah dengan tunangnya. Airis tidak lagi ambil peduli
tentang lelaki itu. Sekurangnya rasa bersalahnya berkurang setelah menjelaskan
hal sebenarnya pada tunang Aidan. Aidan langsung tidak bersalah. Semua
salahnya... dia yang perangkap Aidan hanya kerana nafsu. Dia yang salah! Hati Airis tidak henti menyalahkan diri sendiri. Memang salah dia pun... dia sedar semua itu.
Air mata yang semakin lebat dibiarkan jatuh berjujuran. Hanif
dan Thahirah yang mendiamkan diri dipeluk erat. Cuba mencari kekuatan untuk
teruskan hidupnya. Ya Allah... Ampunkanlah dosaku...
mcm best jer...
ReplyDeletex sbr nk bca smbungannye..
best2
ReplyDeletebest...
ReplyDeleteBest2...nak lagi!
ReplyDeletebestt! tak sabar nk bce..hehehe ;)
ReplyDeleteBest....
ReplyDeleteakak ! sambung sambung !
ReplyDeletehati digaru ingin tahu :3
wkwkwkwk
Tak nak sambung ke cerita ni?
ReplyDelete