Putri mengemas baju tidurnya. Beberapa
minit lagi Ayman pasti masuk Suite
yang dikhaskan untuk mereka setiap kali bertemu. Suite milik Ayman dan Putri. Sesiapa pun tidak dibenarkan guna suite tersebut. Rambut pula dikemaskan
lagi. Bila terdengar seperti pintu dibuka, Putri bergegas berlari ke arah
pintu. Ayman yang baru saja masuk terus dipeluk erat. Terdorong ke belakang
sedikit lelaki itu.
“Sayang!!” terkejut Ayman dengan
kemunculan Putri. Mulanya dia agak hampa bila Putri kata sibuk dengan assignment dan tidak dapat datang malam
ini.
Pelukan dileraikan. Putri yang kecil
molek itu mengangkat kepala. “Suprise!!”
Putri buat muka secomel mungkin. Dia tahu Ayman marah pasti tidak lama.
“Pandailah buat kejutan. Ingatkan sayang
tak datang malam ni...”
“Saja nak bagi kejutan. Suka tak?”
“Suka! Tapi jangan buat abang kecewa
lagi. Dua minggu tak jumpa. Lepas tu tup... tup pagi tadi kata malam ni tak
dapat jumpa lagi. Kecewa abang tau!” hidung Putri dicubit lembut. Putri sekadar
tersengih.
“Jom... Masuk...” tangan Ayman ditarik
masuk ke dalam suite hotel. Mereka duduk di hujung katil. Putri memandang wajah
Ayam yang keletihan. Sejak Ayman ambil alih syarikat-syarikat serta hotel ini.
Lelaki itu semakin sibuk. Bahu lelaki itu diurut lembut.
“Selesa tak?” lembut suara Putri
bersuara.
Ayman mengangguk. “You look damn sexy with that lingeries my princess...” bisiknya.
Tersenyum Putri dengar. Suka dengan
pujian Ayman. Baju tidurnya memang cukup seksi malam ini. Dia sendiri yang
membelinya khas untuk malam ini. Dia rindukan Ayman, rindu belaian lelaki itu.
“Jom! Abang nak mandi!” kata Ayman
seraya mencempung tubuh Putri.
“Eh! Putri dah mandilah. Abang mandi la dulu...”
“Mandi dengan abang, sayang...” bisik
Ayman romantis. Putri kini tidak lagi melawan. Dia sekadar mengangguk. Sudah
dua minggu Ayman tidak bertemu dengan Putri. Selalunya setiap hujung minggu
pasti mereka akan bertemu di suite
itu atau di banglo Ayman. Tapi kebelakangan ini dia sibuk outstation ke luar negara, Putri pun sibuk dengan assignment sebab
peperiksaan akhir semester semakin hampir.
“Sayang dah dinner ke ni?” soal Ayman. Tubuh Putri masih lagi dalam pelukannya.
Putri tersenyum sambil geleng kepala.
Dia tahu Ayman pasti bebel sekejap lagi.
Pelukan Ayman segera dilepaskan. Putri
dipandang. “Jangan cakap lunch pun
tidak?” muka Ayman sudah mulai berkerut.
Tersenyum lagi Putri. Habislah!
“Tukar baju sekarang. Kita turun bawah
makan... kenapa tak makan ni? nak kena cubit?” marah Ayman. Remote tv terus
ditekan. Ayman terus menarik tangan Putri berdiri dari sofa. Putri hanya ikut
dari belakang.
“Janganlah marah orang. Putri kenyang
sebenarnya. Sebab tu tak makan.” Lengan Ayman dipaut. Diusap selembut mungkin.
“Lain kali kenyang mana pun tetap isi
perut sikit. Makan roti pun jadilah. Nanti sakit. Abang tak suka.” Ayman tunduk
sedikit. Pipi Putri dikucup.
“Baiklah tuan besar, sayang Putri ni.
Putri menurut perintah.” Jawabnya manja.
Cantik sungguh Putri malam ini, gaun
pendek paras lutut dipadankan dengan kasut tumit tinggi. Jauh berbeza
penampilannya yang boleh dikategorikan sebagai biasa. Ayman mengeluarkan kotak
baldu empat segi dari begnya. Seutas rantai dikeluarkan.
Ayman berjalan ke belakang Putri yang
sedang berkemas depan cermin. Rantai tadi terus dipakaikan ke leher jinjang
Putri. “Cantik!” puji Putri sambil memandang rantai tersebut dari pantulan
cermin.
Badan Ayman ditundukkan sedikit agar
sama tinggi dengan Putri yang duduk menghadap meja solek. “Rantai yang cantik
untuk Puteri yang cantik.” Pujinya. Sejak mengenali Ayman, lelaki itu tidak
pernah menghampakan. Ayman terlalu romantik orangnya.
“Thanks
my love...” ucap Putri sambil berdiri. Dia berhadapan dengan Ayman. Lelaki
itu masih lagi merenungnya dengan pandangan romantis.
Leher Ayman dipaut. Kaki Putri
berjingkit sedikit. Terus saja bibir lelaki itu dikucupnya lama. “Love you soooo much!” ucap Putri.
“Sayang, jangan nak goda abang sangat. You have to eat remember? Nanti abang
tak jadi bawa keluar pula kalau sayang goda macam ni.”
Putri tergelak kecil dengar ayat Ayman.
Lengan lelaki itu dipaut sambil berjalan. “Jom. Dinner then kita naik atas balik. I’m all yours tonight.”
Putri berjalan seiringan dengan Ayman.
Lelaki itu tidak pernah lepas dari terus memegang pinggang ramping Putri. Putri
yang sedia manja dengan Ayman itu hanya merebahkan tubuhnya pada badan sasa
Ayman.
“Dato’ Ayman!” tegur seseorang. Ayman
dan Putri mengalihkan pandangan pada si pemanggil yang duduk di salah sebuah
meja.
Muka Putri berubah. Terlihat seseorang yang
dia kenal duduk bersama dengan si pemanggil. Rakan sekelasnya! Tajam mata
Haikal memandangnya. Aduh parah!
Ayman membawa Putri berjalan ke meja
Dato’ Kamal. Dia berjabat tangan dengan Dato’ Kamal dan Haikal. Sementara Putri
cuba mengawal perasaannya dan cuba senyum manis pada kedua lelaki itu. “Kenalkan
anak saya, Haikal. Haikal inilah Dato’ Amar Ayman.”
“Dato’ nak join makan sekali.” Ajak Dato’ Kamal.
“Oh!
It’s okay. I have a date.” Jawab Ayman.
Dato’ Kamal mengangguk faham. Anak muda,
kaya pula tu. Tidak mustahil ada wanita yang melayan dihujung minggu.
“Have
a pleasent dinner. Kami pergi dulu.” Pinta Ayman untuk mengundur diri.
Sekali lagi Dato Kamal mengangguk.
Ayman dan Putri berjalan meninggalkan
meja tersebut. Putri menghembuskan nafas lega. “Knowing him? Sayang gosok leher... sama ada tidak selesa atau something bother you sayang.” Ayman
sangat faham segala bahasa tubuh Putri.
“Classmate.”
Jawab Putri sepatah.
“Nak abang tutup mulut dia ke?”
Putri geleng kepala. “Tak perlulah.
Lagipun mulut lelaki tak sama dengan mulut perempuan. Haikal tu pun jenis
pendiam.” Jawabnya. Enggan memanjangkan cerita.
Ayman merapatkan pelukannya pada
pinggang Putri. “Jangan risau. Abang settlekan
dia kalau dia buka mulut. Just tell me.
Malam ni just you and me. Jangan
fikir benda lain.” Pujuk Ayman.
Jauh fikiran Putri menerawang
mengingatkan kejadian di kelas pagi kelmarin. Isu ‘Gundik Terdidik’ menjadi
perbualan hangat kawan-kawan sekelasnya.
“Entahlah. Aku rasa gundik macam ni.
Baik tak payah belajar. Tak guna belajar tinggi-tinggi. Tapi dosa pahala tak
tahu nak fikir.” Sinis kata-kata Sarina.
“Aku pelik. Kenapa nak panggil
gundik-gundik. Kalau pelacur tu tetap juga pelacur.” Tanya Damia. Bagi dia
gundik tidak ubah seperti pelacur.
“Pelacur lain Damia, istilah gundik ni
macam perempuan simpanan. Gundik terdidik, mahasiswi-mahasiswi yang menjadi
perempuan simpanan orang-orang kaya. Ada faham?” Aina pula memberi pandangannya
pasal istilah gundik terdidik yang dicop kepada mahasiswi sekarang ini.
Budak-budak lelaki dan rakan sekelas
yang lain turut mengeluarkan pendapat masing-masing. Putri tidak ambil peduli.
Malas hendak ambil port. “Putri, apa
pandangan kau tentang gundik terdidik ni?” Damia menyoal Putri yang sedari tadi
hanya senyap saja.
Putri angkat kepala. Novel Inggeris yang
dibacanya ditutup rapat. “Aku?” tanyanya balik.
Damia mengangguk. Kini majoriti rakan
sekelasnya memandang Putri. Meminta pendapat rakan mereka yang pendiam dan
kurang bersosial bersama mereka itu. “Tak tahulah. Itu hal mereka. Bagi aku
cukuplah ambil ikhtibar. Tak perlulah nak buka cerita orang. Kita tidak tahu
cerita sebenarnya orang itu. Lagipun, sendiri boleh fikir baik buruk yang dia
buat.” Jawabnya general. Tidak
memihak kepada sesiapa.
Sarini yang mendengar jawapan Putri itu
mencebik. Dalam hati berbakul-bakul kutukannya pada roomatenya itu. Dia tahu aktiviti sampingan Putri setiap hujung
minggu. Pasti ada saja kereta mewah yang menjemputnya padahal dia tahu Putri anak
yatim piatu. Pernah sekali Sarini terpandangan Putri bercumbuan dalam kereta
sebelum kerena itu meluncur pergi dari kawasan kolej. Barangan dan pakaian
Putri pun pastinya yang berjenama dan mahal harganya.
Yang lain pula terdiam. Sedar dengan
khilaf masing-masing kerena terlebih mengutuk dari mengekpresikan pandangan.
“Putri!! Putri!!” jerit Haikal memanggil
Putri yang laju saja berjalan sebaik saja kelas tamat.
Putri berhenti. Pusing belakang lalu
memandang Haikal yang sudah tercungap-cungap. “Yes Haikal? Nak apa?”
“Lunch
sama nak tak?” ajak Haikal.
Muka Putri sekali lagi berubah. Tidak
tahu hendak bagi jawapan untuk mengelak pelawaan Haikal kali ini. Lelaki itu
tidak pernah lupa untuk mengajaknya keluar bersama. Dikerling keadaan
sekeliling. Sarini and the geng
berjalan ke arah mereka. “Maaflah Haikal. Saya nak cepat. Ada hal.”
Sekali lagi Haikal hampa. Tapi dia tidak
mahu memaksa Putri. “Baiklah. Tapi lain kali boleh?”
“Err...
saya tak janji. Maaf saya nak cepat. Saya pergi dulu. Bye...”
“Hurmm....
bye.” Jawab Haikal. Hanya mampu pandang Putri yang semakin menjauh.
“Putri nak ke mana tu. Macam rushing je?” soal Damia yang sudah berada
sebelah Haikal. Lelaki itu angkat bahu tanda tidak tahu.
“Adalah orang jemput dia tu...” jawab
Sarini dengan maksud tersirat.
Damia yang tidak tahu apa-apa sekadar
mengangguk. Hari ini hari khamis, esok jumaat pula tiada kelas. Mesti ahli
keluarga Intan yang datang jemput. Fikirnya. Haikal dipandang. “Haikal, keluar
makan jom.” Ajaknya. Yang lain turut memujuk Haikal. Tahu rakan mereka si Damia
memang ada hati dengan lelaki itu.
Bagi Sarini, Damia lebih layak bersama Haikal
berbanding Putri. Damia dan Haikal sama-sama anak orang kaya, tidak seperti
Putri yang hanya tahu tumpang kasih dengan orang kaya sahaja.
“Sayang... ingat siapa tu?” soal Ayman
yang baru bangun dari tidur.
Putri senyum pada lelaki itu. Dia
memeluk Ayman erat. “I love you... Abang
jangan sesekali tinggalkan Putri... Jangan
pandang perempuan lain.” Amaran kecil Putri buat Ayman tergelak kecil.
“Sayang abang jugak eh...”
“Sayang dan cinta abang lebih dari diri
Putri sendiri... Kadang-kadang Putri takut, takut kehilangan cinta abang. Abang
kaya, muda, kacak lepas tu ramai pula yang kenal. Mesti ramai anak-anak orang
kaya tu minat abang.” luah Putri.
“Bagilah banyak mana pun. Kaya abang
sebab memiliki Putri. Putri Yasmin inilah harta paling berharga abang.”
Romantis suara serak-serak basah Ayman buat Putri tambah terharu. Satu ciuman
dipipi lelaki itu sebagai hadiah.
“Sayang abang!” manja sungguh layanan
Putri dengan Ayman. Mana hati lelaki itu tidak bergetar setiap kali bersama
dengan Putri.
“Abang tak kerja hari ni?” tanya Putri
lagi. Keadaan luar semakin terang, tapi Ayman seperti tiada tanda-tanda hendak
bangun dari katil saja.
Kepala Ayman digeleng. “For you my dear. Abang tak nak kerja
hari ni. Balik rumah abang ya? I want to
spend my time with you. Sampai hari ahad tak nak keluar rumah. Pagi isnin
tu baru abang hantar sayang ke kelas.”
“Baiklah... Putri tak kisah. Putri dah
cakap dari dulu lagi. Apa saja untuk abang, seluruh tubuh Putri milik abang...
Putri mesti patuh apa saja kemahuan abang.”
Tersenyum bahagia Ayman, dieratkan lagi
pelukannya. Sayang Ayman pada Putri mengunung. Putri tidak pernah sesekali pun
meminta lebih-lebih, malah sentiasa tahu tentang kemahuannya, apa saja Ayman
cakap, Putri pasti akan patuh.
Lama Putri berdiri depan almari untuk
memilih baju yang hendak dipakai. Atas katil jangan tanya! Berterabur kerjanya.
Nasib baik Ayman tiada sebab pergi solat jumaat, kalau tak sah pening kepala
Ayman tengok Putri yang sendiri pening kepala pilih baju dari tadi.
Putri masih lagi berkemban. Setelah puas
memilih kini tinggal dua pasang gaun miliknya yang paling seksi. Satu warna
hitam, satu lagi merah menyala. “Hitam... merah... hitam... merah...” masih
lagi membuat pilihan.
“Super
tight and sexy strapless black dress with hot red lipstick! Yeah!” akhirnya Putri tahu apa yang
hendak dipakai. Gaun hitam ketat dengan bahagian belakang yang terdedah sampai
pinggang menjadi pilihannya. Dia terus sarungkan gaun yang cukup ketat pada
tubuhnya. Terdedah bahagian dada Putri. Dia tersenyum puas. Pasti Ayman suka
penampilannya. Dia pusing belakang sedikit. Membetulkan dua tali bersilang pada
belakangnya.
Putri duduk berhadapan dengan cermin
meja solek, berhati-hati dia mengenakan satu persatu alat solek ke mukanya,
gincu merah terang dicalitkan pada mulut. Putri jarang bersolek kecuali untuk
Ayman. Rambut panjangnya disanggul tinggi.
Puas hati. Putri segera mengemas kembali
baju-baju yang berhambur atas katil. Dia cepatkan langkah untuk ke tingkat
bawah. Meja makan sudah tersedia dengan hidangan stik untuknya dan Ayman. Lagu
romantis dipasang. Wangian wangi menyelubungi satu ruangan.
Senyuman gembira dan bahagia tidak
pernah lekang dibibirnya. Putri puas hati. Dia tidak pernah bosan buat semua
ini. Semuanya untuk Ayman.
Tidak sampai berapa minit, Ayman sudah
mulai menapak masuk ke dalam rumah. Wangian rumah menyegarkannya dari
mengantuk. Terus mata Ayman kembali segar, dia tahu ini mesti kerja Putri.
Sememangnya Putri tahu Ayman inginkan ketenangan dan keselesaan setiap kali
masuk ke dalam rumah.
“Masak ke sayang?” soalnya.
Putri mengangguk. “Putri dah sediakan
baju abang atas katil. Air panas pun dah sedia...” ujarnya.
Ayman tersenyum mengangguk. Bahagia!
Tidak dapat digambarkan kebahagiannya bersama Putri. “Thanks sayang. Sebab selalu memahami abang.” Tahu Putri bahawa
Ayman pasti akan terus mandi jika balik dari mana saja.
Senang hati Putri dengar. Memang itu
tugasnya, kehendaknya untuk meyenangkan hati Ayman. Lepas saja Ayman naik ke
tingkat atas, Putri menghela nafas berat. Hatinya gusar, entah kenapa sejak
pagi tadi dia takut kehilangan Ayman. Seolah sesuatu besar yang berlaku antara
dia dan Ayman. Fikir punya fikir, Putri takut cinta Ayman akan berakhir suatu
hari nanti. Ayman pasti bosan dengan kehidupan bersamanya.
Nekad Putri. Dia harus ‘ikat’ Ayman.
Mungkin dengan kemunculan anak mereka. Sudah 4 tahun lebih mereka bersama. Isu
anak tidak pernah diungkitkan lagi sejak Ayman beritahu dia mahu Putri fokus
belajar dulu baru fikirkan pasal anak mereka. Putri seperti biasa, dia mana
pernah bangkang cakap Ayman. Semuanya diturut saja asalkan menyenangkan hati
lelaki itu.
“Sayang betul tak kisah jika ada hasil
dari semalam?” tanya Ayman. Dia bukannya tidak sukakan anak. Malah pasti comel
jika anak itu ikut rupa paras Putri yang jelita. Tapi dia tidak mahu Putri
bersusah payah nanti. Lebih-lebih lagi Putri masih belajar.
Putri geleng kepala. Manja!
“Sudah tiba masanya bang... Putri
sukakan budak.” Iya. Sebab sukakan budak kecillah dia bercita-cita untuk jadi
doktor kanak-kanak. Dan kini naluri keibuannya membuak. Putri impikan anak
sendiri. Cukuplah selama ini mereka merancang agar tidak dapat anak.
“Baiklah. Untuk Putri segalanya abang
sanggup turutkan. Sekarang jangan tunjuk muka sedih tu. Nanti hujung minggu
abang jemput Putri lagi.” Pujuk Ayman romantis.
Tersenyum sedikit Putri bila Ayman
kenyit matanya. Kacak! Puji hati Putri. Ayman memang kacak. Kereta Ayman sudah
pun terparkir dalam kawasan kampus. Nafas dihela. Tidak suka! Dia malas masuk
kelas hari ini. Lebih-lebih bila Ayman sendiri yang hantar dari pemandunya.
Rasa seperti enggan melangkah keluar.
“Tak elok mengeluh sayang. Awal pagi
lagi Putri mengeluh. I’m terribly sorry.
Kalau abang yang suruh Putri balik pagi ni. mesti sayang tak berdua hati hendak
ke kelas.”
Cepat-cepat Putri geleng kepala. Dia
tidak suka dengar ayat maaf dari Ayman. “Salah Putri. Malas sangat pagi
ni.Padahal kelas tinggal minggu ni je. Lepas tu study week mula. Putri janji belajar rajin-rajin. Lepas habis
periksaan kali ni. Putri dah habis belajar dah pun.”
Kepala Putri diusap lembut. “That my girl. Study smart love. Make me
proud of you.”
Putri mengangguk. Tangan Ayman disalam
lantas dicium lama. Berat hatinya. Entahlah... namun satu ketenangan terus saja
tersirap masuk ke dalam lubuh hati ketika Ayman mengucup dahinya lembut.
“Sayang abang, I know there is something
bother you. Jangan risau. Everthing
will be just fine. Abang sentiasa bersama dengan Putri. I love you.”
“Thanks
abang.” Setitik dua air mata Purti mengalir. Sensitif sungguh dia pagi ini.
“Terima kasih je? Goodmorning kiss atau goodbye
kiss tak ada ke?” pinta Ayman dengan nada mengusik. Terus saja Putri
mencubit perut Ayman. Mengerang kesakitan lelaki itu sedikit. Siapa suruh
gatal!
Namun seperti biasa, Putri turutkan juga
permintaan Ayman. Lama bibir bersatu bibir sebelum dia melangkah keluar. Putri
menanti hingga kereta Ayman meluncur pergi sebelum masuk. Sempat dia melambai
Ayman.
Putri berpaling. Senyumannya tidak
lekang di bibir. Bahagia! Tapi senyumannya terus mati tatkala mata bertentang
dengan Haikal yang memandangnya tajam tidak jauh dari tempat parkir kereta
Ayman tadi. Rasanya lelaki itu ternampak apa yang dia buat dalam kereta Ayman
tadi.
Putri buat tidak peduli. Dia teruskan
langkah masuk ke dalam bangunan. Pandangan tajam Haikal dibiarkan saja.
Perasan setiap tindak tanduk Putri
seolah diperhatikan waktu kelas tadi, dan dia yakin mata-mata yang memandang
itu pasti Haikal. Putri mengeluh. Malas, selebihnya dia rimas dengan lelaki
itu.
Telefon Putri berbunyi, menandakan mesej
ringkas masuk. Senyumannya terus saja terlakar tatkala memandang
gambar-gambarnya bersama Ayman kelmarin ketika mereka makan malam bersama.
I
miss you. Abang tak dapat fokus kerja. Asyik tengok gambar Putri aje. –Ayman.
Lincah tangan Putri membalas.
Putri
pun. Rindu abang. Muah!
Satu persatu gambar Ayman hantar, mulut
Putri tergangga kecil tengok gambarnya ketika masih tidur, Ayman curi-curi
ambil gambar. Kelihatan lelaki itu sedang mencium hidungnya.
Tergeleng kepala Putri dengan kenakalan
suaminya.
“Texting
with him?” tegur satu suara.
Putri angkat kepala, Haikal! Dia malas
hendak layan. Barang atas meja terus dikemas. Putri hendak keluar dari kafe
itu.
Tangan Putri direntap. Haikal
mengemaskan pegangannya. “Why him Putri? Kenapa
Putri sanggup buat semua ni?”
Dahi Putri berkerut. Tidak faham. Dia
cuba sedaya upaya melepaskan pegangan Haikal. Gila! Lelaki itu sudah gila. “Apa
awak cakap ni Haikal? Lepaskan saya!”
“No!
I love you. Kenapa Putri sanggup layan Dato Ayman?!” nada suara Haikal
menaik.
“Hidup saya tiada kena mengena dengan
awak. Now let me go!” Putri cuba lagi
untuk melepaskan pegangan Haikal. Tapi
lelaki itu makin kemaskan pegangannya.
“Saya cintakan awak Putri. Kalau awak
nak hidup senang, saya boleh bagi awak segalanya. Saya pewaris tunggal. Saya
pun boleh berikan awak kesenangan. Just
marry me. Kahwin dengan saya. Be with
me dengan cara halal.”
“I am happy!! Saya milik Ayman selama. I love him lagipun saya...”
Sebelum Putri habis cakap, Haikal terus
saja memintas. “Happy? Bahagia jadi
gundik Dato’ Amar Ayman? Tengok gambar-gambar ni semua?! Ini kebahagian awak?”
telefon Putri dirampas. Gambar-gambar yang dia perasan dilihat oleh Putri ketika
sampai tadi ditayang. Diangkat telefon samsung mega milik Putri depan wanita
itu.
“Dato’ Amar Ayman?!” suara Damia pula
mencelah. Telefon pada tangan Haikal ditarik. Satu persatu gambar Putri bersama
Ayman dipandang seperti bukti besar. Tambah terkejut lagi bila terpandang
gambar Putri yang masih tidur diselimuti dengan selimut hingga paras dada
sambil dicium oleh Ayman.
Putri alihkan pandangan pada Damia,
Sarini dan Aina yang berada berhampiran dengan mereka. Rupanya “Jadi orang yang
Putri cium dalam kereta tu Dato Amar Ayman ke? Betul ke apa yang Haikal cakap?
Putri gundik Dato’?” soal Damia lagi.
Oh! Rupanya bukan Haikal saja yang
nampak adegan dalam kereta tadi. Damia dan Aina turut serta menjadi penonton
drama swasta. Damia sebenarnya kenal dengan Dato Amar Ayman. Bapanya pernah
kenalkan dia dengan lelaki itu dalam majlis ulang tahun syarikat mereka.
Laju kepala Putri geleng.
“Betullah tu Damia. Biar aku tak kenal
siapa Dato tu. Bukan sekali dua aku lihat Putri bersama seorang lelaki.
Kereta-kereta mewah selalu saja jemput Putri. Lagipun aku selalu lihat
kesan-kesan love bite pada leher
Putri. Am I right Putri?” Sarini pula
akhirnya membuka rahsia yang dia simpan selama ini tentang rakan sebiliknya.
“Apa kau semua merepek ni?!!”
“Apa yang kau nak pertahankan lagi? Ini
cincin dan rantai ni? mesti lelaki itu yang bagikan? Kau ingat aku tak tahu.
Setiap kali kau balik dari hujung minggu. Pasti ada saja barang mewah kau bawa
balik!” Sarini terus mengangkat tangan kanan Putri tinggi-tinggi. Sampai Haikal
yang tadinya pegang tangan Putri pun terpaksa meleraikan. Marah sungguh Sarini
pada Putri yang masih lagi menegakkan benang yang basah.
Cincin pada jari manis Putri terus saja
dicabut lalu dilepas. Besar anak mata Putri. Melihat cincin miliknya sudah
melayang dilempar oleh Sarini. Melayang terus masuk ke dalam longkang besar.
Hendak menghalang tapi semuanya berlaku dengan pantas.
Pang!! Terus Putri menampar kuat pipi
Sarini yang kurang ajar itu. Marahnya membuak-buak. Satu persatu rakan
sekelasnya yang tidak habis menuduhnya dipandang. “Kau semua tiada hak hendak
tentukan hidup aku. Tiada hak untuk judge
aku!”
Berjujuran air mata Putri. Telefonnya
ditarik dari tangan Damia. Dia tidak peduli banyak mata-mata yang berada di
kafe itu sedang memandangnya. Dia berjalan pergi tapi bukan untuk tinggalkan
kafe, Putri yang berseluar slack dan kemeja pink itu perlahan-lahan masuk ke
dalam longkang besar yang cetek itu. Dia perlu mencari cincin tadi! Cincin itu
terlalu berharga buatnya. Air mata Putri tidak henti mengalir. Mengalir hingga
comot muka putihnya.
Ramai yang memandannya buruk. Pasti
cerita pasal Putri tersebar luas. Mata Putri ditutup rapat. Cuba mengumpul
semangat. Dia tidak sempat pun membetulkan cerita antaranya Putri dan Ayman
tadi pada semua.
Masuk saja dalam bilik. Putri perasaan
satu beg besar berdekatan dengan katil Sarini. “Kau nak ke mana Sarini?” tanya
Putri.
“Pindah! Aku tak sanggup duduk sebilik
dengan perempuan murah macam kau! aku tak nak dituduh gaya seperti kau.” ujar
Sarini angkuh. Damia dan Aina yang baru
masuk sengaja biarkan pintu bilik terbuka luas. Damia dan Aina sebenarnya dari
tadi lagi membantu Sarini punggah barang-barang Sarini masuk ke dalam bilik
mereka.
“Cukuplah! Sampai bila kau orang nak
tuduh aku bukan-bukan?!!” marah Putri. Telinganya tidak tahan lagi menerima
segala tuduhan rakan sekelasnya.
Aina melangkah dekat. Pang!! Satu
tamparan singgah ke pipi Putri. “Itu balasan kau tampar kawan baik aku tadi.
Dah jom Sarini. Nanti tak pasal-pasal kau pula dicop gundik macam perempuan
tu!” beg terakhir Sarini ditarik keluar.
Air mata Putri mengalir. Dia tidak
pernah dimalukan sebegini. Mengapa kejadian hari ini harus berlaku dalam
hidupnya. Telefon ditangan ditekan. Nombor Ayman terus didail. tidak sampai
beberapa saat lelaki terus menyambut. “Abang... abang jemput Putri. Putri nak
balik... ” ayat Putri tergantung, tangisannya semakin kuat.
“Putri... Putri are you okay? Ada
sesuatu terjadi ke?” risau sungguh nada suara Ayman.
“Abang jemput Putri ya.. Putri nak
balik... mereka tuduh Putri bukan-bukan.... Putri tak nak jumpa mereka lagi.”
“Okay sayang. Give me ten minutes. Putri tenang and please don’t cry sayang...” pujuk Ayman berkali-kali. Talian
langsung tidak dimatikan. Dia tidak mahu sesuatu berlaku pada Putri. Putri
tidak kuat!
“Abang...!!!” Putri terus peluk Ayman
yang baru saja keluar dari kereta Ferari merahnya. Tangisan Putri bergema lagi.
Ayman yang terkejut terus mengusap belakang Putri.
“Jom ikut abang pulang... jangan nangis
sayang.” pujuk Ayman. Pintu penumpang hadapan dibuka lalu dia memimpin Putri
masuk. Kereta Ayman terus meluncur keluar dari kawasan kolej. Dia perasaan
ramai memandang Putri tadi. Apa yang berlaku pada Putri?
“Sayang jangan nangis lagi. Please...” ditolak badan Putri ke
tempatnya. Putri yang masih teresak-esak diusap perlahan.
Putri mengangguk. Air matanya dikesat
perlahan-lahan. “Tak nak cerita dengan abang apa yang terjadi?”
Kepala Putri diangkat. Dia pandang Ayman
yang kusyuk memandang. Sesekali lelaki itu mencium ubun-ubunnya. “Classmate Putri kata Putri ialah gundik
Dato Amar Ayman.”
“What?!”
keras suara Ayman. Dahinya sudah mulai berkerut. Angin satu badan!
“Budak Haikal tu?!”
Putri geleng kepala. Dia report lagi. “Majoriti.”
“I’ll
settle this ASAP... sekarang Putri balik dan tinggal di rumah aje.
Buku-buku nanti abang suruh setiausaha abang ambil di hostel. Kuliah pun
tinggal seminggu saja kan?”
Putri mengangguk. “Tinggal minggu ni
aje.”
“Macam tu tinggal saja dengan abang. Tak
payah balik hostel. Abang janji tak akan kacau Putri sampai habis peperiksaan.”
Putri menurut lagi. Itu
juga terbaik buatnya. Kalau tinggal di hostel lepas tu asyik kena bash benda
bukan-bukan dia bukannya dapat fokus belajar. Tanpa sedar, Putri terus terlelap
hingga sentuhan pada dahinya yang buat mata Putri celik sedikit. Kepalanya
berat. Sakit berdenyut-denyut.
“Sayang...” romantis
suara Ayman mengejutkannya.
“Hurmm...”
“Bangun sayang, you have to breakfast. Semalam tak dinner pun. Sayang pengsan sebab kena
demam.” Kalut Ayman semalam. Ingatkan mulanya Putri cuma tertidur seperti
biasa. Jadi dia terus angkat letak atas katil. Lena sungguh tidurnya. Bila
Ayman kejutkan sebab maghrib mula menjengah. Putri tidak sedarkan diri.
Badannya terlalu panas. Segera Ayman telefon Dr. Haidan. Doktor peribadi
keluarganya. Dr. Haidan kata Putri Cuma terlalu stress dan demam panas saja.
“Lamanya Putri. Maaf...
sampai abang tak kerja lagi hari ni...” Putri cuba duduk dibantu oleh Ayman.
Pakaiannya pun turut berganti. Pasti Ayman yang tukarkan.
“It’s okay love. Abang dah sediakan breakfast. Sayang nak abang
mandikan ke atau larat mandi sendiri.”
Tersentuh Putri dengan
keprihatinan Ayman. “Tak apa. Biar Putri mandi sendiri. Tapi nak baring kejap
lagi boleh tak? Lima minit.” Pujuk Putri.
“Baiklah. Abang
sediakan mandian Putri. Sementara tu Putri rehat dulu.” Cadang Ayman pula.
Putri sekali lagi dibantu agar baring. Gebar tebal ditarik hingga menutupi
leher Putri.
Telefon Ayman atas meja
sisi berbunyi. Putri yang sudah berbaring itu hanya memandang lemah Ayman
mengangkat telefon.
“Assalamualaikum pa...
Putri?” sempat Ayman menjeling pada Putri sambil mendengar bebelan papanya.
Tangannya sebelah lagi mengurut lembut dahi sayangnya.
“Putri ada dengan
Ayman.... semalam Ayman jemput. Putri
demam teruk. Baiklah... kirim salam dengan mama.” Ayman masih lagi bertelefon
dengan papanya. Sebaik saja talian ditamatkan. Putri terus bersoal.
“Papa?” serak suara
Putri untuk pastikan siapa si pemanggil.
Ayman mengukir senyuman
sambil mengangguk. “Putri larat tak? Mama suruh Putri balik rumah. Mama
risaukan Putri.”
“Abang... abang tahu
abang tak pandai tipu Putri kan?” Putri cuba mencungkil sesuatu dari riak muka
Ayman. Dia tahu Ayman pasti rahsiakan sesuatu darinya.
Ayman senyum lagi. Dahi
Putri dikucup kasih sampaikan mata Putri terpejam seketika. “Berita pasal Putri
tersebar luas. Papa dan mama nak abang uruskan hal ni sebab banyak berita yang
mengaibkan menantu kesayangan mereka ni. Abang sendiri belum baca news pagi ni. Kita balik rumah mama ya
sayang... Abang nak kena bincang dengan papa.”
“Baiklah bang...”
senyum Putri mendengar ayat Ayman yang disusun rapi. Ayman terlalu menjaga
hatinya.
“Good girl. Putri tidur kejap. Abang nak sediakan air mandi Putri.”
Katanya sambil mengemaskan gebar tebal Putri.
“Pa, Ma... Ayman hantar
Putri rehat atas dulu. Nanti Ayman turun balik.” Kata Ayman pada kedua ibu
bapanya.
“Baiklah. Hantar Putri
naik atas. Menantu mama ni dah makan ubat? Ayman ada bawa Putri jumpa doktor
Haidan?” risau sungguh suara Puan sri Balqis melihat keadaan menantunya.
Lebih-lebih lagi selepas suaminya tunjuk surat khabar pasal Putri awal pagi
tadi
“Putri sihat ma...
abang je yang tak bagi Putri berjalan.” Lembut suara Putri menjawab. Bukan apa!
Dia malu sebenarnya. Dari keluar kereta tadi Ayman mencempungnya. Mendukung
Putri seperti anak kecil. Di rumah mereka jangan cakaplah. Pergi mandi Ayman
dukung sampai letak dalam bathtube, turun sarapan Ayman dukungkan, masuk kereta
pun Ayman dukung tapi itu Putri tidak kisah sebab hanya mereka berdua saja tapi
sekarang ni Ayman buat perangai diktatornya. Masuk ke rumah mertuanya pun Ayman
sanggup dukung Putri sampai masuk ke dalam rumah.
“Awak ni... biarlah
Putri rehat dulu. Ayman bawa Putri masuk bilik. Biar dia rehat dulu...” tegur
Tan sri Hamid pada isterinya. Dia sendiri risaukan keadaan Putri tapi biarlah
berpada-pada. Tahulah anak mereka jalankan tanggungjawabnya pada Putri.
“Baiklah. Pa, ma Ayman
angkat Putri naik atas dulu.” Kata Ayman penuh hormat pada ke dua ibu bapanya.
Lama Ayman berbincang
dengan ibu bapanya, dia sendiri sudah membaca beberapa keratan akhbar yang
mengaibkan isterinya. Ayman mengeluh. Dia tahu tidak baik mengeluh tapi
keluhannya lebih kepada kesiankan Putri. Pasti Putri sedih melihat
berita-berita yang dilemparkan padanya.
Gundik Terdidik Jutawan
terkenal.
Siapa gadis dalam
pelukan Dato’ Amar Ayman?
Pelajar terbaik memberi
layan terbaik.
Pelajar atau pelacur?
Antara tajuk-tajuk
hangat yang membuatkan Ayman hampir membahang tadi. Panas satu badan baca-baca
berita. Gambarnya berpelukan dengan Putri di hostel semalam turut disiarkan.
Pasti ada pelajar-pelajar di kawasan hostel itu yang menyebarkan.
“Papa nak tanya Ayman
nak buat apa sekarang ni? ikutkan papa, Biar kita hebahkan saja status Putri.
Mungkin sudah tiba masanya...” cadang Hamid.
Ayman berfikir sejenak.
“Tapi pa, Putri masih belum habis belajar.”
“Putri pun sudah masuk
semester akhir Ayman. Itu pun tinggal ambil periksaan saja kan?” soal Hamid
lagi.
Angguk. “Memang tinggal
ambil exam saja lagi. Tapi Ayman takut pelajaran Putri terganggu. Lebih-lebih
lagi bila tahu Putri isteri Ayman. Apa orang fikir bila tahu sejak Putri umur
19 tahun lagi sudah bersuami... mesti mereka fikir bukan-bukan. Ayman cuma nak
lindungi isteri Ayman.”
“Ayman... Hal
perkahwinan tidak baik disembunyikan. Tidak salah Ayman dan Putri berkahwin
dalam usia muda. Kita terangkan situasi dulu. Terang macam mana Ayman kena
nikah dengan Putri supaya orang lain faham situasi keluarga kita. Mama rasa
lagilah tak elok kalau orang terus menerus berprasangka buruk tentang Putri.
Sudah 5 tahun Putri dan Ayman berkahwin. Mungkin betul kata papa, sudah tiba
masanya orang tahu status Putri.” Balqis pula cuba menasihati Ayman.
Dulu Ayman meminta agar
biarlah Putri tumpuan pelajaran hingga pegang title seorang doktor baru mereka
memperkenalkan isteri Ayman kepada dunia. Dia hendak Putri berjaya tanpa
sebarang kabel. Lebih-lebih lagi Ayman baru saja habis belajar dan masih
berjinak dalam dunia perniagaan. Dia tidak mahu Putri tertekan.
Tapi itu kisah 5 tahun
lepas. Sekarang Ayman telah pun berjaya, Putri sendiri bakal menamatkan
pengajiannya.
“Abang.... kita setuju
cadangan mama dan papa...” suara lemah dari tangga menarik perhatian mereka
bertiga. Ayman segera berdiri lalu memapah Putri hingga duduk ke sofa bersama
mereka.
“Sayang, kenapa tak
tidur aje di atas?” nada risau Ayman berbaur tegas itu hanya disambut dengan
senyuman manis Putri saja.
“Putri tak dapat nak
tidur nyenyak bang. Hati Putri kuat menyatakan hati suami Putri tengah susah
hati.” Jawabnya.
Ayman tidak menjawab.
Dia sendiri terharu. Jiwanya dan hatinya kini bersatu bersama Putri. Sudah lama
mereka hidup bersama. Susah senang hati masing-masing dapat dirasai bersama.
“Abang, Putri rasa betul kata mama dan
papa. Kita beritahu saja hubungan kita bang. Terangkan pada semua apa yang
terjadi 5 tahun dulu.” Giliran Putri pula memujuk suaminya. Cincin kahwinnya
yang dilempar oleh Sarini kini kembali pada jari manisnya. Putri memusing
cincin itu beberapa kali. Hamid dan Balqis tidak pula mencelah. Dia tahu anak
mereka pasti akan menurut permintaan Putri.
“Baiklah. Abang ikut
cakap Putri. Tapi Putri mesti bersedia fizikal dan mental untuk jadi isteri
Dato’ Amar Ayman. Can you?”
“Putri sudah lama bersedia
sejak abang pegang tangan tok kadi 5 tahun lepas...” jawab Putri berbaur
gurauan. Keluarga mertuanya turut tergelak.
Hidung mancung Putri
dicuit. “Pandai saja dia ingatkan kejadian 5 tahun lepas ya? Abang takkan lupa
situasi pegang tangan tok kadi sampai tergagap hendak lafaz akad nikah dulu.”
Putri tergelak sedikit.
Kalau Ayman tidak boleh lupa. Dia lagilah tidak akan pernah lupakan situasi
itu. Dalam keadaan tegang dan sedih boleh pula Ayman tergagap semasa lafaz akad
nikah. Dia sempat tersenyum lucu pada Ayman ketika itu walaupun tengah
bersedih. Namun segala kesedihan pasal kematian arwah ibunya beberapa hari
lepas dan keadaan ayahnya yang sakit teruk terus saja hilang sebaik saja lafaz
akad berjaya dan dia sah menjadi isteri Ayman.
“Tu diam. Mesti tengah
fikirkan pasal akad tu lagikan?” teguran Ayman meyedarkan Putri dari lamunan.
Dia tersengih memandang Ayman dan ibu bapa mertuanya.
Ayman geleng kepala
dengan kenakalan isterinya. Setiap kali ingatkan pasal keadaan lafaz akad itu
dia sendiri tersenyum lucu. Tindakannya tidak salah untuk menikahi sepupu
sendiri, lebih lagi memang dia dan Putri saling mencintai antara satu sama
lain.
Dan kini Ayman yakin.
Dia akan beritahu seluruh dunia siapa Putri Yasmin sebenarnya, jika dulu dia
rahsiakan Putri untuk melindungi wanita itu, kali ini dia sendiri akan beritahu
semua orang untuk melindungi Putri sekali lagi.
Putri Yasmin isteri sah
Amar Ayman!
Akan Ayman beritahu
kepada semua orang bahawa tuduhan merapuh pasal isterinya itu langsung tidak
benar!
“Rahsiakan
pertunangan, dan iklankan (Maklumkan) perkahwinan.”
(hadis riwayat
Ahmad dari Abdulullah bin Zubair)
‘Astaghfirullahalazim!
Terlupa Ayman tentang hadis dhoif itu. Malah Rasulullah pernah berkata pada
Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin.’
“Semoga Allah
memberkatimu, adakanlah walimah walaupun hanya dengan menyembelih kambing.”
Sekali lagi Ayman
beristighfar dalam hati. Dia terlalai tentang itu hanya semata ingin melindungi
Putri, malah ikthiarnya untuk merahsiakan status Putri mendatangkan bahana
lebih besar pada isterinya. Fitnah!
Bertambah yakin Ayman
untuk menyebarkan hubungannya dengan Putri bahawa mereka sudah berkahwin bagi
mengelakkan fitnah lebih besar. Bukannnya dia tidak mampu, walaupun tidak perlu
buat majlis grand tapi sekurangnya majlis kenduri untuk memperkenalkan
isterinya.
“Putri!!” panggilan
nama Putri tidak diendahkan. Dia tahu itu Haikal, dan Putri masih belum
memiliki 120% kekuatan untuk bertentang mata dengan kawan-kawannya.
Perperiksaan sudah berakhir. Seperti biasa Ayman pasti telah menantinya.
Begitulah rutin Putri sejak Ayman putuskan untuk menghantar dan menjemput Putri
pulang.
Putri hanya akan masuk
bila peperiksaan bermula dan terus balik rumah sebaik saja habis. Dia tidak
mahu berjumpa dengan rakan-rakan sekelasnya yang telah menjatuhkan maruahnya.
Biarpun Ayman telah
menghebahkan tapi hati Putri tidak kuat untuk berhadapan dengan kawan-kawannya.
“Putri tunggu!” Haikal
tiada pilihan. Lengan baju Putri ditarik.
“Lepaskan saya!!” keras
suara Putri memberi arahan.
Haikal terus lepaskan
pegangannya. “Putri, saya cuma nak minta maaf. Thats it. Saya minta maaf pasal
kes tu. Semuanya salah saya...”
Putri hela nafas. Dia
malas hendak fikirkan kes itu lagi. “Anggaplah saya dah maafkan awak Haikal.
Lagipun bukan salah awak seratus peratus. Kami sendiri yang nak rahsiakan
status kami sebagai suami isteri hingga saya habis belajar.”
“Awak bahagia?”
“Terlalu bahagia. Dia
cinta saya, nyawa saya...”
Satu senyuman terlakar
di bibir Haikal. Pedih hati dia dengar. Tapi apakan daya. Putri bukan miliknya.
“Saya doakan awak terus kecapi kebahagian...”
“Terima kasih...”
“Putri!!” Sarini and
the gang pula datang kepadanya.
“Putri aku nak minta
maaf. Aku telah fitnah kau bukan-bukan...” mohon Sarini. Tidak tenang dia
menjawab peperiksaan kerana menuduh Putri yang bukan-bukan. Begitu juga Aina
dan Damia. Masing-masing sedar kesilapan mereka.
“Tak apalah. Benda dah
lepas... kita semua lupakanlah perkara tu. Anggaplah sebagai pengajaran. Hari
ni hari terakhir kita peperiksaan. Aku doakan yang terbaik dan semoga kita
dapat bergelar graduan berjaya.” Ucap Putri.
Fitnah itu
berbisa, sekali meresap ke seluruh badan. ‘Mati’ orang dibuatnya. -Nurfazila
Suhaide-
5 tahun lepas...
Ayman yang baru saja
sampai tunduk bersalaman bersama dengan kedua ibu bapanya. Tidak lupa juga adik
ayahnya, Pak su Man dan Mak su Imah. Si gadis yang comel berbaju merah jambu
dipandang sekilas. Gadis itu terus tertunduk malu sebaik saja bertentangan mata
dengan Ayman.
Ayman tersenyum. Dia
berjalan mendekati Putri. Rambut Putri diusap lembut. “Putri Abang Ayman ni dah
besar panjang.” Ayman yang lebih bijak mengawal perasaannya bertindak seperti
biasa. Akhirnya rindunya terubat setelah beberapa tahun berpisah dengan
satu-satunya adik sepupunya kerana ingin menuntut ilmu di luar negara.
“Macam-macam Putri
bantu mama masak untuk Ayman hari ni. Suka abang Ayman dia balik.” Ujar mama
Ayman.
“Betul ma? Hurmm... ni
yang buat perut Ayman tambah lapar. Rindu air tangan mama dan Putri.” Kata
Ayman sambil mengosok perutnya. Yang lain sudah tergelak dengan gelagat Ayman.
Siapa tak rindu masakan ibu oi?!! Masakan terbaikkk....!! lebih-lebih lagi buah
hati bantu masak. Berbunga terus hati Ayman.
“Pa, Ma, Pak su dan Mak
su.... sebenarnya Ayman ada sesuatu nak beritahu...” panggilan Ayman menarik
perhatian semua yang berada di ruang tamu rumah.
Ayman sempat menarik
nafas sebelum mulakan bicara. Putri yang duduk di sebelah ibunya dipandang. Dia
tahu Putri turut gelisah. Takut pengumuman dari mulut Ayman sekejap lagi bakal
mencetus satu bantahan hebat dari ibu bapa masing-masing.
“Ada apa Ayman?” soal
papanya.
“Pa, Pak su...
sebenarnya... Ayman cintakan Putri. Dan Putri pun mempunyai perasaan yang
sama... Kami saling cinta satu sama lain.”
Semua terdiam.
Tercengang antara satu sama lain. “Betul ke ni Putri?” tanya ibu Putri.
Putri yang agak takut
akhirnya mengangguk.
“Ayman, Putri... kau
orang berdua pasti ke perasaan itu cinta. Ke atau sekadar perasaan sayang abang
dan adik?” soal mama Ayman pula.
“Tak ma... perasaan itu
sudah lama. Mulanya Ayman fikirkan benda yang sama. Tapi lepas berjauhan dengan
Putri. Ayman yakin perasaan Ayman bukan sekadar antara abang dan adik. Ayman
cintakan Putri...”
Kedengaran suara papa
Ayman mengeluh. “Macam mana ni usu?” tanya papa Ayman pada ayah Putri pula.
“Beginilah... aku tak
halang Putri dan Ayman hendak bersama. Tidak salah... tapi sekarang Ayman baru
habis belajar. Putri pula baru dapat tawaran sambung belajar.” Ayah Putri mula
memberi pendapatnya.
“Aku pun tak kisah. Aku
sendiri fikir benda yang sama. Dah dua-dua cintakan satu sama lain. Perasaan
cinta itu anugerah. Macam nilah... Ayman, Putri... papa nak Ayman kerja dulu
bersungguh-sungguh. Cari duit untuk sara anak bini. Belajar dan bersedia untuk
jadi seorang suami. Lepas Putri habis belajar barulah kamu bernikah.”
“Betul tu Hamid. Tapi
kebenaran kami bukan tiket untuk kamu berdua selalu bersama. Kamu berdua tu
sepupu. Selalu bertemu. Darah muda... ayah harap Putri dan Ayman faham maksud
ayah. Jauhi zina. Elakkan selalu bertemu kecuali ada kami.”
Putri dan Ayman
sama-sama mengangguk. Alhamdulillah. Mereka mendapat restu. Ayman memandang
pencuri hatinya. Putri turut melemparkan senyuman bahagia. Bukan senang Ayman
memiliki Putri.
Pada tahun terakhir
belajar barulah dia tahu perasaan Putri. Itupun sebab dia tiba-tiba pelik.
Putri yang rapat dengannya, selalu hantar email, pesanan rinkas atau bertelefon
tiba-tiba saja sunyi sepi. Soal punya soal... beratus email dia hantar,
berpuluh pesanan dia aturkan. Rupanya Putri sedang berlawan dengan perasaannya.
Takut bertepuk sebelah tangan!
Dan kini Putri perasaan
cintanya bukan saja disambut baik oleh Putri. Malah mendapat restu dari ahli
keluarga mereka.
Siapa sangka bahagia
tanpa derita? Ayman yang baru saja dua bulan lebih ambil alih tugas papanya di
syarikat kini berulang alik dari hospital, syarikat dan rumah. Ibu bapa Putri
terlibat dalam kemalangan jalan raya seminggu lepas!
Ibu Putri mati di
tempat kejadian, ayahnya pula lumpuh. Kaki Pak su Man terpaksa dipotong.
“Ayman... Pak su Man nak minta tolong sesuatu...” lemah suara ayah Putri
memanggil Ayman.
“Insya-Allah Pak su...
Ayman cuba bantu sebaik mungkin.”
“Ayman kahwin dengan
Putri. Nikah Putri sebelum Pak su tutup mata...” mohonnya. Ayman memandang
papanya. Hamid mengangguk memberi persetujuan. Dia sudah tahu permintaan
adiknya itu. Adiknya sudah pun meminta kepadanya terlebih awal sebelum Ayman
sampai lagi.
“Tidak ayah.. Putri tak
nak... Ayah mesti terus bertahan... Abang tolonglah. Pujuk ayah supaya kuat.”
rayu Putri dengan kekasihnya. Mama Ayman memeluk erat badan Putri yang semakin
susut sejak pemergian arwah ibunya.
“Baiklah Pak su Man...
Ayman akan bernikah dengan Putri. Bersaksikan semua di sini. Ayman berjanji
akan terus menyayangi dan menjaga Putri.”
“Alhamdulillah. Terima
kasih nak... terima kasih...”
Dua hari selepas itu.
Putri selamat dinikahkan berwalikan ayahnya di hospital. Seperti tahu hayat
ayah Putri tidak panjang. Keesokkan harinya, mereka dikejutkan dengan pemergian
ayah Putri pula.
Besar tamparan Putri
ketika itu, tulang belakangnya hanya Ayman dan ibu bapa mertuanya untuk terus mengubati perasaan
sedihnya. Ayman tidak pernah henti memberi kata-kata semangat untuk teruskan
hidup.
Kini...
“Abang...” panggil
Putri.
“Apa sayang?” tanya
Ayman. Isterinya dipandang sekilas sebelum sambung membaca buku..
“Putri kan... dah lepas
belajar. Kalau Putri tak nak kerja boleh?”
Ayman yang tadinya
ingin menyambung bacaannya terus terhenti. Bukunya ditutup lalu terus saja
diletak tepi. “Kenapa Putri tak nak kerja pula? Kan Putri nak jadi doktor macam
arwah ibu? Tak sia-sia ke Putri belajar kalau tak kerja?”
Geleng. Putri geleng
kepalanya sambil tersenyum. “Putri nak jadi suri rumah. Putri tak kisah kalau
tak kerja sebagai doktor pun. Yang penting Putri telah jalankan janji Putri
pada arwah ibu dan ayah untuk berjaya tamatkan pelajaran dalam perubatan.
Sekarang ni Putri cuma nak jaga makan minum abang. Boleh?”
“Boleh sayang. Abang
tak kisah.” Mana mungkin Ayman tolak jika itu hasrat Putri. Lagipun Putri tidak
terikat dengan mana-mana pun, segala pelajaranya ditanggung oleh Ayman.
“Putri sebenarnya
kesiankan abang. Mesti abang penatkan? Mana nak kena uruskan syarikat-syarikat
papa, abang kena lagi uruskan hotel tu. Jadi biarlah kerja Putri untuk
kurangkan beban abang sedikit. Nak kerja di hotel atau syarikat. Putri bukannya
pandai... sekurangnya biarlah Putri jaga makan minum abang.”
Tersenyum Ayman dengar.
Dia tidak kisah pun bantu uruskan hotel. Hotel itu sebenarnya milik arwah ayah
Putri. Tapi memandangkan Putri ambil perubatan, arwah ayah Putri sempat
mengamanatkan hotel tersebut dalam jagaan Ayman.
“Abang sayang Putri...
terlalu sayang... I love you so much!”
ucap Ayman romantis.
Putri senyum bahagia.
“Putri pun. Kasih Putri hanya untuk Ayman.”
Lama Ayman mengusap
rambut Putri yang sudah semakin panjang.
“Putri...”
“Hurmm?”
“Putri cukup cantik.
Tapi abang nak minta kecantikan itu hanya untuk abang boleh?”
Putri yang tidak faham
dengan permintaan Ayman itu berkerut dahi. Ayman seolah memahami. Dia sambung
lagi. “Putri tutup aurat ya... pakai tudung.”
Mata Putri
berkaca-kaca. Setitik dua air mata jatuh membasahi pipi. “Maafkan Putri
abang... Putri akan turut. Putri akan tutup aurat. Maafkan Putri sebab tidak
menjaga hak abang.” Mohonnya. Tangan Ayman disalam lalu dicium berkali-kali.
“Terima kasih sayang...
terima kasih...” ujar Ayman. Putri cantik. Biarlah kecantikan isterinya hanya
untuknya.
Putri Yasmin isterinya,
dia bukan gundik! Dia kekasih hati yang halal buat Ayman! Semoga hubugan mereka
kekal dunia dan akhirat.
Amin.
Moral of the story :
Rahsiakan pertunangan, sebarkan perkahwinan
Tak salah pun nak bagitahu : this is my wife, kalau sekadar guna alasan nak protect tu better xyah kahwin. man are created to protect women kan? so you better jalankan tanggungjawab anda! memang niat Ayman nak protect Putri but then... cara makan tuan! tapi nasib baik Ayman sedar dia tersilap langkah dan segera betulkan.
Fitnah itu berbisa, sekali meresap ke seluruh badan. ‘Mati’ orang dibuatnya.
Fitnah tu bahaya... seriously bahaya!!! tidak salah pun jadi 'ada aku kisah' . nanti bila TERLEBIH kisah lepas tu tuduh bukan2 tanpa usul periksa kan jadi FITNAH!!
~TAMAT~
nak lg.. kisah mereka bersama baby mungkin...
ReplyDeletehehehehe.. tahniah cik writer.. hasil yang terbaik.. tidak bosan membaca..
Besttt n saye suke moral of the stories..
ReplyDeletesambunglah lagi .
ReplyDelete-Mr.Heart-