Bahagia? Syukur alhamdulillah.
Ekmal berusaha menjadi teman lelaki terbaik buat Thia. Dia akui. Sejak hari
pertama mereka bersama. Ekmal tidak putus memberi kata semangat dan layanan
istimewa sebagai teman wanita. Malah, Ekmal turut sayangkan tiga anaknya
terutama si kecil Asha yang memang sedia manja dengan lelaki itu.
Zarul? Kini saat
jantung Thia masih lagi bergetar mendengar nama lelaki itu. Dia akui, perasaan
bertahun-tahun lamanya tidak mudah hilang begitu saja kerana akar-akar cinta
Thia sudah tersemat kuat di bumi hatinya. Namun Thia cuba sedaya upaya untuk
lupakan lelaki itu dan mengantikan dengan cinta Ekmal. Sekurangnya jika bersama
Ekmal, fikirannya terhadap Zarul dapat dinyahkan terus, Ekmal tahu bagaimana
untuk melesapkan pemikiran Thia pasal Zarul.
“Siap dah...
alhamdulillah!” Thia mengurut bahu yang terasa lenguh. Letih sungguh mata bila
kena hadap bila system corrupt macam
hari ini. 24 jam rasa tidak mencukupi. Tersilap sikit boleh salah
keseluruhannya, sudah tu payah lagi hendak cari punca masalah jika salah
sedikit pun.
Kepala Thia terus
direbahkan atas meja Ekmal. Lama mereka selesaikan masalah yang tiba-tiba
timbul sejak dua hari lepas. Thia menguap kecil. Mengantuk. Sebenarnya lebih
kepada letih saja menghadap komputer. Dia yang mula terlelap dikejutkan dengan
ketukan atas meja.
“Janganlah tidur.
Larat ke bangun ni?”
Thia mengganguk.
Dia duduk tegakkan badan. “Larat. Sekarang jam berapa eh?” soal Thia sambil
memerhati lama jam dari komputer riba miliknya. Lama jam diperhatikan sebab
pandangnanya yang agak kabur.
“Eh! Jam 8.30
dah....” terkejut Thia melihat angka nombor. Hari ini dia balik lewat lagi.
Harap ibunya tidak membebel panjang bila dia sampai rumah untuk ambil
budak-budak nanti.
“Biar saja hantar
awak balik je. Kesian tengok. Parah sangat mata tu.”
“Tak perlulah Mal.
Ingat muka saya saja yang parah. Tengok muka awak tu. Dua kali lima juga. Balik
jangan sambung main Dota pula. Terus tidur. Mungkin saya terus tidur rumah mak
saja malam ni. Tak balik rumah saya.”
Ekmal mengangguk.
“But please make sure awak pandu
kereta hati-hati. Hari ni masih lagi ke rasa ada orang ikut awak tu?” soalnya
prihatin. Risaukan keselamatan Thia yang masih mamai mengantuk dan keletihan. Bertambah
risau lagi bila Thia beritahu seolah-olah ada orang perhatikan gerak gerinya
berberapa hari ini.
Thia geleng
kepala. Dia yakin hari ini tiada lagi firasat hatinya seolah diperhatikan dari
jauh.
“Tak ada pula.
Mungkin firasat saja kut.” Senyum Thia bagi menyakinkan jawapannya pada Ekmal.
“Baiklah. Kalau
ada apa-apa terus telefon saya.”
“Awak tak balik
terus ke?” tanya Thia sambil semangat hendak matikan komputer riba serta barang
lain atas meja Ekmal. Fikirannya sudah melayang ke rumah. Pasti si kecil Raihan
sudah mula merengek kalau tidak dapat berpeluk dengannya setiap malam.
“Tak. Saya nak
kemas kini beberapa folder lagi.
Lepas tu baru balik. Sampaikan goodnight
kiss untuk Raihan.” Thia ingatkan Ekmal sudah terlupa dengan pesanan setiap
malam itu. Setiap kali balik kerja dan sebelum tidur Ekmal tidak pernah lupa pesan
Thia agar memberi goodnight kiss pada
Raihan.
“Insya-Allah.
Nanti saya sampaikan goodnight kiss
papa Mal...” tersenyum Thia memandang Ekmal yang sempat lagi kenyit mata
padanya. Dia terus ke keluar dari pejabat Ekmal. Lagipun tidak elok mereka
berdua malam-malam begini walaupun atas urusan kerja. Nanti tidak pasal-pasal
kena cekup.
Menyesal pula Thia kerana balik lewat
hari ini. Berganda-ganda kesal menolak Ekmal yang hendak menghantarnya tadi. Hendak
naik atas rasa takut pula toleh belakang. Terasa ada seseorang yang
mengekorinya. Thia toleh belakang. Keadaan terlalu sunyi malam ini. Hatinya
berdebar-debar. Tidak sedap hati, Thia cepatkan lagi langkahnya untuk terus
masuk ke dalam kereta. Saat ini teringat situasi beberapa tahun lalu ketika di
Makkah. Bukankah Zarul pernah berpesan agar jangan berjalan sendirian.
Tangan Thia mengorek telefon bimbit
dalam beg tangan. Nombor 1 ditekan. Speed
dial yang diset dengan nombor telefon Ekmal. “Mal... Mal... tolong saya.
Rasanya ada orang ikut saya dari belakang...”
“Awak mana?”
“Parking
lot...”
“Arrgh!!!”
Belum sempat lagi Thia mendengar jawapan Ekmal. Telefonnya terus direntap dari
belakang. Abang Rusdi!! Bergetar tubuh Thia ketakutan. Lelaki yang tidak serupa
manusia itu wujud lagi rupanya.
Telefon Thia terus dicampak. Tangan
gadis itu terus digenggam kuat. Dengan sekuat hati Thia menendang perut Rusdi.
Thia terus berlari dari genggaman lelaki itu. Digagahkan diri untuk terus
berlari walaupun payah kerana pakai kasut tinggi. “Kau jangan ingat dapat lari
dari aku!” dia terus berlari lalu menangkap Thia yang baru saja sampai
keretanya.
Thia ludah tepat ke muka Rusdi. Jijik
dia melihat wajah mencengkung lelaki itu. “Kau nak apa!!!” kedua belah tangan
Thia digenggam erat bersandarkan kereta Thia. Rusdi terus mencekik leher Thia.
Hampir tercabut nyawa Thia dicekik kuat oleh lelaki itu.
“Sial! Aku nak bunuh kau. Kau yang
hancurkan hidup aku. Kau buat aku diburu polis.” Kata lelaki itu dengan
senyuman sinis. Menakutkan! Thia berharap sangat Ekmal sempat turun sebelum dia
diapa-apakan oleh lelaki itu.
“Gila yang kau bunuh kak Isya! Kau
lepaskan aku...” tersedak-sedak Thia minta dilepaskan. Lehernya sudah dicengkam
kuat. Memerah muka Thia menahan kesakitan.
Rusdi ketawa kuat. “Bodoh! Kau ingat aku
nak lepaskan kau...” matanya merayap pada tubuh Thia. Nafasnya turun naik.
Syaitan mula membisik niat jahat ke telinga Rusdi. Dia belum bodoh lagi hendak
bunuh Thia sebelum merasa tubuh gadis itu.
Tubuh Thia terus ditolak jatuh ke
lantai. Terus jatuh terpelesot Thia dengan kasut tumit tingginya. Kaki Thia
terseliuh. Dia mengerang kesakitan. Air matanya tidak mampu ditahan lagi. Deras
saja mengalir. Sekuat hati Thia menolak dan berlawan dengan Rusdi. Nyata lelaki
itu tidak terkesan. Pegangan Rusdi makin kuat.
Jeritan demi jeritan kuat dari mulut
Thia minta tolong dan dilepaskan. Dia tidak mudah menyerah kalah. Rusdi terus
menumbuk kuat pipi Thia. Sakit kepalanya mendengar jeritan Thia yang nyaring.
Dia tersernyum puas saat gadis itu tidak sedarkan diri lagi. Baru saja dia
hendak tunduk merogol gadis itu. Tumbukan kuat mengena pada mukanya pula.
Rusdi terus terjatuh. Darah pekat
mengalir di mulutnya. “Kurang ajar!!” marah Ekmal. Tubuh lelaki itu
bertalu-talu dipukul hingga tidak mampu sedarkan diri.
Siren polis yang masuk ke dalam basement
parking lot dipandang. Ekmal sempat lagi memberi tumbukan terakhir pada muka
lelaki itu. ketika dalam perjalan turun mencari Thia, dia sempat mendail pihak
berkuasa.
Setelah menyerahkan Rusdi kepada pihak
polis. Ekmal terus mencempung Thia masuk ke dalam keretanya. Gadis itu masih
lagi dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ya Allah! Engkau lindungilah dia....
hati Ekmal tidak henti mendoakan keselamatan Thia sejak mendapat panggilan Thia
tadi.
“Lepaskan aku...
lepaskan aku!!” jerit Thia kuat. Badannya sekali lagi meracau-racau.
“Thia... Thia...
bangun.” Tubuh Thia digoyang sekuat mungkin. Sudah beberapa kali gadis itu
meracau-racau dari tadi. Wardah yang baru saja sampai terus berlari memeluk
Thia yang semakin hilang kawalan.
“Thia... Thia...
bawa mengucap.” Tubuh kawannya dipeluk erat. Menyalurkan aura positif pada
Thia.
Seluruh tubuh Thia
mengigil ketakutan. Dia duduk sambil memeluk kaki yang terselindung dengan
selimut. Wardah masih lagi memeluk erat tubuh kawannya. Teresak-esak Thia menangis
ketakutan. Kepalanya diusap lembut.
“It’s okay. Everything just fine.
Alhamdulillah. Kau tak apa-apa.” Pujuk Wardah.
“Aku dirogol
Dah... aku dirogol...” Thia tidak habis-habis merintih. Badannya bergetar
mengenangkan diri yang sudah kehilangan dara. Seingatkannya sebelum dia
pengsan, Rusdi hendak memperkosa dirinya. Thia mengucap lagi. Dia takut hilang
pedoman. Hilang pertimbangan diri. Dara wanita umpama mahkota sesebuah maruah
diri seorang gadis. Ya Allah! Lindungilah aku... jauhilah aku dari perkara-perkara
mungkar.
“Tak Thia. Tak.
Kau selamat. Ekmal sempat selamatkan kau tadi...” pujuk Wardah lagi. Kepala dan
belakang Thia diusap perlahan.
Thia menangis lagi
tapi tidak lagi meraung seperti tadi. Hingus cair turut mengalir bersama air
mata yang tidak ada tanda-tanda berhenti. Lebih kepada tangisan penuh kesyukuran.
Bersyukur pada Allah kerana melindunginya. Syukur Ya Allah. Alhamdulillah.
Terima kasih pada Ilahi.
“Tenang Thia...
Ingat Allah. Banyakkan mengucap.” Wardah cuba memberi ketenangan. Alangkah
terkejutnya dia bila Ekmal telefon dan menceritakan apa yang terjadi tadi.
Nyaris saja dia pengsan mendengar. Wardah terus mengetuk bilik abangnya yang
kebetulan tengah bermalam di rumah ibu bapa mereka. Dia sendiri tidak mampu
memandu dalam keadaan cemas. Hana dan keluarga Thia turut didail dalam
perjalanan tadi. Mungkin sekejap lagi mereka akan sampai.
Muka Ekmal yang
serabut belakang Thia dipandang sayu. Wardah tersenyum hambar pada lelaki itu.
Kemudian dia kalihkan pandangan pada abangnya. Jelas riak risau terpancar pada
wajah Wafiy merenung Thia sedari tadi, dia dapat rasakan kerisauan abangnya.
Terdetik hati Wardah tentang sesuatu. Adakah Wafiy menyimpan perasaan pada
Thia?
“Budak-budak mana bu?”
tanya Thia pada isteri pertama ayahnya.
“Rumah. Kak Ngah
dan adik tolong jagakan. Sakit jantung ibu bila tahu Nur nyaris kena rogol.
Nasib baik Nur selamat.” Kedengaran gusar nada suara Shahira. Kalau sesuatu
berlaku pada anak tirinya, dia tidak tahu hendak jawab apa pada arwah madunya
nanti.
Thia tersengih
kecil. Senyuman kecil dihadiahkan dari wajah pucat itu. Wajah gusar ibunya
dipegang lembut. Dia tahu betapa sayangnya ibu tirinya pada dirinya. “Ibu
jangan risau ya. Nur tak apa-apa. Kawan Nur cakap penjenayah tu pun sudah
ditangkap.”
“Nur tinggal di
rumah ayah balik. Ayah tengok Nur pun semakin kurus, terpaksa ulang alik hantar
anak-anak angkat Nur.” Pinta Naim, ayah Thia pula. Dia tahu sebenarnya Nur
kekok untuk tinggal bersama mereka walaupun isteri pertamanya tatang Nur macam
anak sendiri. Tapi memandangkan Nur anak tunggal dari isteri kedua, rasa rendah
diri dari adik beradik tiri itu sentiasa ada dalam diri anak gadisnya itu.
“Tak apalah ayah.
Lagipun Nur biasa macam ni. Sebenarnya Nur nak bincang dengan kawan Nur, ingat
nak berhenti kerja. Nur nak fokus jaga budak-budak. Nur nak jadi full time
writer pula. Dapat juga Nur
luangkan masa lebih bersama Raihan.”
“Ayah sentiasa
sokong kehendak Nur, tapi kalau Nur perlukan kami. Jangan lupa ibu dan ayah
selalu ada. Tadi ayah ada bincang sikit dengan kawan Nur. Ekmal eh nama buah
hati sayang ayah ni... Sebenarnya dia lamar Nur untuk jadi isteri. Dia nak jaga
Nur. Takut benda macam tadi berlaku lagi.”
Pura-pura Thia
tersedak mendengar. Ibu tirinya yang tersenyum-senyum hanya disambut dengan
senyuman hambar. Alahai malunya... dalam hati tersenyum riang! Sweet Ekmal, lamar dia terus pada ayah!
“Tak beritahu ibu
pun, Nur dah ada kekasih.” Hidung Thia dicuit lembut. Tersengih memanjang saja
anaknya. Kalau bukan kerana kes malam ini, Thia sebenarnya ingin membawa Ekmal
mengenali keluarganya dengan cara baik. Nampaknya malam ini jugaklah ibu
bapanya tahu tentang hubungan istimewanya.
“Baru je bu.”
Katanya dengan senyuman meleret. Aduh! Malu... malu... terasa bahang panas
menyerap satu muka Thia.
“Nur nak ayah
terima budak tu ke?”
“Nur bincang
dengan dia dulu ayah. Nak minta pendapat sikit. Ekmal mana yah?” Kata Thia
dengan barisan gigi yang jelas kelihatan. Senyum sampai ke telinga kau Thia oi!
“Luar dengan kawan
Nur. Mereka nak bagi ruang untuk ayah dan ibu bercerita tenangkan Nur. Wardah
kata tadi teruk juga racaunya.”
“Takut ayah. Lepas
ni taubat nak jalan seorang diri. Ekmal nak hantarkan tapi Nur tolak. Menyesal
berganda-ganda tadi sebab tak ikut cakap dia.”
“Anak ibu ni...
terlalu berani! Ibu kan selalu pesan jangan jalan seorang diri. Lebih-lebih
lagi tempat sunyi.” Berkerut dahi Shahira menegur sikap Thia.
Thia tersenyum
lagi. Kedua tangan ibunya digenggam kuat. “Insya-Allah. Janji lepas ni tak buat
lagi. Takut tadi pun masih ada lagi. Taubat tak buat lagi.”
“Jangan buat lagi tau.
Nur tahu macam mana ibu dan ayah sayang Nur kan? Kami tak nak sesuatu buruk
berlaku. Cukuplah malam ini sebagai pengajaran.”
Angguk. Terharu
dengan kata-kata ibu tirinya. Siapa kata semua ibu tiri itu sejahat ibu tiri
Cinderella. Hanya kerana satu watak yang dikenali seluruh dunia, terus majoriti
manusia seluruh dunia cop ibu tiri itu sebagai seorang yang jahat dan tidak
berhati perut. Walaupun pada hakikatnya, ramai saja ibu tiri yang baik dan
memahami.
“Ibu dan ayah
balik la, rehat. Lagipun tengah malam begini mesti ibu dan ayah penat. Hana dah
ambil cuti besok. Dia jaga Nur malam ni.” pujuk Thia. Dia tidak suka
menyusahkan ibu dan ayahnya. Lebih-lebih lagi ibunya yang jaga anak-anak
angkatnya siang tadi.
“Baiklah. Nur
rehat ya. Pucat betul muka tu...” pesan Shahira lagi. Thia mengangguk lantas
tunduk cium bersalaman dengan ibu dan ayahnya.
Beberapa minit
selepas ibu dan ayahnya keluar pintu, Ekmal dan Hana pula masuk ke dalam wad.
Wafiy dan Wardah pun sudah pulang, Thia tidak mahu adik beradik itu penat esok
pagi kerana mereka perlu berkerja.
“Terima kasih
Mal...” ucap Thia untuk yang entah berapa kali. Tidak terbalas ucapan terima
kasih itu dengan perlindungan dari Ekmal.
Lelaki itu senyum
mengangguk. “Saya balik dulu. Hana akan jaga awak. Esok saya datang lagi.”
Kepala Thia yang masih bertudung itu diusap lembut sebelum dia pergi tinggalkan
Thia dan Hana.
“Amboi Thia.
Sudahlah tenung pintu tu. Orang tu pun aku rasa sampai rumah dah. Aku yang
terconggok di sini tidak pula kau tengok. Tengok pintu sambil senyum sampai ke
telinga.” Perlian Hana langsung tidak diambil peduli.
Thia senyum lagi.
Alahai hati. Boleh cair dengan Ekmal yang protective.
“Hah! Tidur,tidur.
Kau nak tidur atas ni dengan aku?” soal Thia pada Hana.
Geleng kepala.
“Aku baring atas sofa tu saja nanti. Katil kau tu bukannya besar mana.
Tertendang kaki kau yang berbalut tu. Nanti bertambah pula sakit.”
“Thanks Hana. Kau beritahu Danial sekali.
Cakap terima kasih sebab sudi benarkan kau cuti esok untuk jaga aku.”
“Baiklah. Dia tak
bagi aku cuti pun aku tetap akan cuti. Terkejut aku dengar suara Wardah
menangis beritahu pasal kau tadi. Bila dia kata kau meracau-racau tambah takut
aku dengar. Kau sila sayang diri sendiri macam mana kami sayangkan kau. Jangan
nak buang tabiat jalan seorang diri lagi.”
Malam ini saja
sudah berapa orang tinggalkan pesanan penaja tentang keselamatan diri sendiri.
Dan Thia akan semat dalam kepalanya. Lain kali jangan buat lagi! Takut pasal
keadaan cemas tadi pun masih lagi ada. Sampai bila-bila Thia tidak akan lupakan
kejadian tadi itu.
Ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku itu.
#Alhamdulillah. ada 'sesuatu' selepas apa yang berlaku. Ekmal terus lamar Thia~~!! yuhuuu~ Gedummm....gedummm.... getakkk... getakk... *BunyiKompang* apa agaknya reaksi Zarul bila tahu?
more sneak peak here : NURFAZILASERENITYPAGE
Peduli apa dgn Zarul. Biar padan ngan muka dia yg angkuh tu.
ReplyDeleteTapi sian kan abg Wafiy. Walau macam mana pn nak Thia ngan Ekmal juga.
Dah dengar bunyi kompang nie.
boleh tak jgn bagi si Zarul tu dgn Thia. biar dgn Ekmal je. lebih baik terima org yg sygkan kita daripada mengharap pada org yg selalu sakitkan hati kita walaupun kita sayang dia setengah mati.
ReplyDeletesawan terus
ReplyDeleteSaya lebih suka Thia dg Zarul... ada conflict jadi lebih interesting... Dgn Ekmal mcm tak ada oomph...(pendapat saya)
ReplyDeleteakak pun
Deleteoh suka nya.
ReplyDeleteSuka dgn akmal kerana thia bukan org ke3........
ReplyDeletereaksi zarullll????
ReplyDeletekepala zarul tertonggeng ke bawah...hahahhaha
padn muka zarulll ego tak bertempat..puihhh..
emoonya aku
wwannurr
Suka ekmal dgn thia...sweetnya ekmal...zarul...campak ke dlm lombong...haha...
ReplyDeleteberjaya marathon pasal thia ari ni...best. ekmal yang baik charming...:)
ReplyDeletedear...akak nak baca lagi
kalau thia dengan zarul pun lebih menarikkan... perasaan benci yang bertukar menjadi cinta... ekmal pun baik juga.. abg wafiy pun ok... huhu.. tamaknye..
ReplyDelete