Monday, February 3, 2014

Bukan Orang Ketiga bab 18


“Kau tak nak share dengan aku ke cerita sensasi yang berlaku tadi?” tanya Wardah sambil memandang Thia. Hana baru saja masuk dalam biliknya. Bergayut dengan Danial dalam telefon.
Thia mengeluh kecil. “Aku sebenarnya malas nak ingat balik. Sakit jiwa betul dengan mamat tu. Plan kita pun langsung tak bergerak.” Buat penat saja mereka berdua rancang itu ini semalam. Bukan main banyak lagi idea Wardah dan Thia semata-mata hendak mengelakkan hati Thia tidak sakit. Tapi bila berjumpa dengan lelaki itu. Memang tak sah kalau Thia tidak sakit jiwa dengan perangainya.
“Sakit jiwa pun. Orang tu juga yang kau suka. Ceritalah...” pujuk Wardah.
“Orang yang engah cuba dilupakan okay. Sebenarnya aku mula-mula tu nak minta tolong dia pasal anak angkat tu. Dan yang buat aku sakit hat. Bolehnya dia mempersoalkan keikhlasan aku nak jaga anak-anak saudaranya. Angin terus satu badan aku.” Luah Thia. Kuat dengusan Thia kedengaran.
“Dia tanya kau ikhlas ke tak? Bukan ke dia sendiri tahu itu amanah arwah kak Isya.” soal Wardah lagi. Macam tidak percaya pula.
“Itulah pasal. Dia cakap aku nak jaga anak saudara dia sebab amanah ke atau sebab nak dekat dengan dia. Kononnya dia dapat nampak dari cara pandangan aku. Aku masih ada perasaan dengan dia. Biasalah ayat klise orang tak cukup sel dalam otak! Katanya ikhlas tu bukannya boleh nampak.”
Wardah yang sedang memecahkan biskut Hap Seng ke dalam mug Nescafe tercenggang. Anak mata Thia dipandang. “For real dia cakap macam tu?”
Anggukan Thia automatik menghilangkan rasa hormat Wardah pada kawan abangnya itu. sungguh, dia langsung tidak sangka perangai Zarul seteruk itu. Perasan lebih.
“Aku mengakulah. Ikhlas itu memang orang tak boleh nampak. Tapi kita boleh rasa. Hati ni dapat rasa keikhlasan seseorang tu. Lepas tu nak rasa perlu betulkan hati. Jangan nak fikirkan jahat orang tu saja. Haish! Perlu ke aku lekat atas dahi ni ‘Aku ikhlas jaga anak saudara kau’ sebesar alam baru dia percaya. Angin tayar pancit betul aku dengan mamat tu.”
“Kau cakap macam tu?” kini biskut yang dipecahkan ke dalam mug berisi nescafe itu direndam untuk beberapa saat. Sebelum terlebih lembik. Wardah terus kaut guna sudu dan makan. Hurm... sedap! Rindu zaman belajar dulu. Biskut Hap Seng juga yang paling sedap tika poket tengah kering.
“Lebih kurang macam tulah. That type of guy patut kena lecture sikit baru sedar diri. Tapi aku rasa macam tiada kesan pun dengan dia. Sebab tu sampai tergamak tinggalkan aku di situ. Kau fikir bayangkan... Dia tinggalkan aku je macam tu... ”
“Nasib baik ada Ekmal datang menyelamatkan.” Susunan gigi Wardah terserlah sebaik saja senyuman terukir.
“Itulah nasib baik ada Ekmal aku..” selamba dan laju saja Thia menjawab.
Tambah tersengih Wardah dengar. “Lain macam saja maksud ayat Ekmal aku tu.”
Thia tertelan liur. Pahit dan manis. Eh? Ada juga manisnya. Iyalah. Semua pasal Ekmal memang manis saja bagi mereka. “Tersasul.” Jawabnya singkat. Ayat cover hati!
“Aku rasa kau dengan Ekmal tu sweet je. Kau langsung tiada sayang terhadap Ekmal?” soal Wardah. Untung-untung dapat korek sikit lagi perasaan Thia. Mana tahu Thia cuba kekeliruan perasaan saja sebenarnya pada Zarul.
Thia berfikir sejenak. Layaran wajah Ekmal terus menerpa. Lama seraut wajah itu dalam kotak fikirannya. Ekmal? Apa sebenarnya perasaannya pada lelaki itu. Jujur Thia mengaku Thia suka bersama dengan lelaki itu. Ekmal mampu buat hari-harinya ceria. Teringat pula isu panggilan papa-mama.
Kuat suara Wardah berdehem. “Aiiii... lain macam saja aku tengok. Siap tersenyum-senyum lagi. Lama jugak kau fikirkan perasaan kau terhadap Ekmal ye? Sampai jauh mengelamun.”
“Entahlah Wardah. Jujur aku cakap. Aku suka bersama dengan Ekmal. Dia selalu buat aku tenang, happy, lepas tu dia suka manjakan aku...” Tersenyum-senyum Thia fikirkan Ekmal. Pelbagai aktiviti mereka bersama sebelum ini terlayar difikirannya.
“Aku pun suka tengok dengan Ekmal. Sweet je... kenapa kau tak couple dengan dia ja? Kan senang macam tu.” Senang saja pemikiran Wardah. Sudah bahagia depan mata buat apa cari yang buatkan hati kita menderita. Ini tak, dengan si Zarul yang buat hati Thia terbakar tu juga yang dia pandang.
Thia pandang Wardah yang sedap menikmati biskut itu dengan hujung mata. Dia mengeluh kecil. “Macamlah dia tu cintakan aku...”
“Susah apa... kau cubalah tackle dia. Lagipun kau kan tengah cuba lupakan Zarul. Mana tahu cara ni berkesan. Kau ikut rancangan aku. Cuba pikat Ekmal. Ataupun senang cerita kau minta tolonglah dia terus. Bagitahu dia cuba kau orang bercinta dulu. Tanam perasaan tu sikit-sikit. Minta Ekmal tolong kau lupakan Zarul.”
Berkerut-kerut dahi Thia untuk mencerna ayat Wardah. Kurang sikit pemahaman dengan ayat berbelit-belit itu. “Kau ni nak kata tak pandai bahasa melayu. Aku rasa okay, apa kata kau buat sinopsis sikit ayat kau tu. Berbelit-belit aku dengar.”
Kuat dengusan Wardah. Ayat banyak punya senang pun Thia boleh susah nak cerna.
“Kau minta tolong Ekmal lupakan Zarul. Cuba bercinta dengan dia. Mana tahu sambil-sambil lupakan Zarul tu kau jatuh cinta pula dengan Ekmal. Alaa ambil contoh cerita dalam novel. Mula-mula tak suka. Lepas kahwin biarpun gaduh-gaduh dapat juga happily ever after. Dalam kes kau dan Ekmal tu. Dua-dua bukannya tak suka satu sama lain... malah terlebih sayang. Jadi senang sikit kerja...” Makin panjang lebar pula penjelasan Wardah. Siap buat contoh lagi tu. Kalau Thia tak faham-faham lagi tak tahulah...
Lama Thia berfikir. Mencerna satu persatu cadangan Wardah. Menimbang tara baik buruk kesannya nanti. “Kalau sampai bila-bila pun tak jatuh cinta.”
At least korang berdua sayang satu sama lain...” Wardah cuba provokasi. Rasanya Thia macam termakan cadangannya saja. Haraplah berbaloi dan menjadi nanti.
Dalam Thia fikirkan cadangan Wardah. Takut sebenarnya. Seolah mereka bermain dengan perasaan pula nanti. Takut bila dia terjatuh cinta dengan Ekmal pula satu hari nanti tapi Ekmal pula sukakan orang lain. Kan kes naya nanti. Itu namanya tutup lubang korek lubang. Tutup cinta Zarul, jatuh cinta pula dengan Ekmal. Tapi hati Ekmal pula sudah ada orang lain. Bukan ke sama juga? Sampai bila-bila pun tidak habis.
“Apa yang kau nak fikirkan lagi Thia... Bagi aku inilah cara terbaik kau nak lupakan Zarul. Kalau setakat mulut saja nak nekad lupakan lelaki itu tapi inisiatif langsung tiada. Tak guna jugak.”
Aduh! Sinis sungguh ayat Wardah. Thia memang cukup terasa. Betullah! Memang dimulut cakap nak lupakan Zarul. Tapi tiap malam masih juga tengok gambar-gambarnya bersama lelaki itu. Masih juga membaca cerpen Luh Mahfuz yang tersirat kisahnya dengan Zarul. Masih juga berharap cintanya berakhir seperti kisah yang tertulis dalam cerpen itu. Mengharapkan bahagia selamanya dalam pengakhiran kisahnya bersama Zarul...
Thia bersandar. Mata dipejam rapat. Rasa teruk pula dirinya bila fikirkan hal tersebut. Susah kalau terus menerus macam ni. Mulutnya cukup menidakkan rasa hati. Tapi buat juga perkara yang menyakitkan hati sendiri.
“Aku takut Wardah... takut lain pula jadinya...”
Wardah hela nafas. Otak kawannya seorang ini perlu dibasuh sebaik mungkin. “Thia.. its all about your will to try and the faith of believe it is possible to happen. Please, you have to believe that it will works. Jangan menyerah kalah hanya kerana kau tak yakin benda tidak akan menjadi. Sekurangnya kau cuba untuk berusaha...”
Take the chance, give one big shot on it. Tak kisahlah... at the end kau akan end up dengan siapa. Asalkan ada sesuatu yang kau buat dan benda yang kau tidak akan menyesal suatu hari lain. Take you first step on letting him away for your heart. Kalau setakat mulut kau, sampai berbuih pun cakap nekad... nekad tapi usahanya tidak. Zero Thia... Telur ayam busuk! Its useless...” sambung Wardah lagi.
Rasa macam kena hempuk dengan 100 ton besi. Kemek Thia dengan ayat-ayat dari cik kaunseling kehidupan yang tidak bertauliah. “Aku cuba...”
“Bukan cuba je... buat betul-betul! Yang penting sekali hati kau tu. Lembutkan agar mudah orang lain masuk. Nanti cubalah bawa berbincang dengan Ekmal. Aku yakin dia mesti setuju untuk tolong kau. Lupakan Zarul, buang dia dari hati kau. Ingat sikit dia tu tunang orang. Buang segala memori yang ada antara kau dan dia...”



“Buang segala memori yang ada antara kau dan dia...” jauh termenung Thia mengingatkan baik-baik kata nasihat Wardah. Thia mula fikirkan cadangan Wardah agar Thia bercinta dengan Ekmal. Dia masih lagi belum utarakan cadangan itu kepala Ekmal.
“Yang penting jangan buang perasaan awak dan saya...” bisik seseorang lembut ke telinga Thia. Dia terus toleh tepi. Kaku untuk lima saat tatkala mata bertentang mata.
Oh my Ekmal!!’ jerit Thia dalam hati. Matanya berkelip-kelip. Ternganga seketika.
Ekmal petik jari depan muka Thia. Tersenyum lucu dengan ekspresi muka terkejut itu. “Apa yang awak menungkan tu?” tanya Ekmal prihatin.
Besar gumpalan liur Thia ditelannya. Rasa sampai nak tercekik. Dia berdehem beberapa kali. Memenangkan hati yang tengah rancak main drum. “Tengah fikirkan awak.” Bisik Thia memberi jawapan. Memang dia tengah fikirkan hala tuju jika menaikkan taraf hubungannya dia dan Ekmal.
“Amboi kak Thia... dalam satu pejabat pun rindu...” kuat dan jelas suara Ramdan mengusik. Automatik merona muka Thia. Telinga hamster betul mamat sebelahnya.
“Eloklah dia rindukan saya, kalau dia rindukan awak. Menangislah saya jawabnya...” Kuat hilai tawa Ramdan dimeriahkan lagi dengan pekerja lain yang sudah mulai mengekek dengar ayat sadis Ekmal. Amboi! Rupa-rupanya ramai yang pasang telinga.
“Bukan rindukan. Tapi fikirkan... sila periksa betul-betul dalam Kamus Dewan Bahasa. Maksudnya berbeza.”
Yang lain sudah senyum sumbing dengar hujah Thia. Ramdan mencelah lagi. Menyanyikan serangkap lagu. “Rindu... rindukanlah diriku. Sepanjang hari-harimu....Thiaku... ingatkanlah Ekmalmu.” usiknya. Suka hati Ramdam parodykan lagu rindukanlah.Tambah merah pipi Thia diusik.
Laju Thia mengumpal kertas A4 atas mejanya. Terus sasaran dilempar. Tepat mengenakan muka Ramdam. Budak itu bukannya marah sebaliknya makin galak ketawa. Hancur dapat junior macam ni. Sakit jiwa Thia dikerjakan.“Ekmal nak jumpa kejap boleh. Ada benda nak bincang.”
“Jom. Sekali keluar lunch.”
Thia terus tilik jam, lunch hour pun lagi sejam. “Masih awal.” Katanya sambil mendongak memandang Ekmal.
Lelaki itu seperti biasa tidak lokek dengan senyuman. “Tak apa. Keluar dengan saya. Tiada masalah. Jom...” Kalaulah ada seratus bos terlebih tidak berdedikasi macam ni. Muflis company. Nasiblah Ekmal ni sekadar urus sistem syarikat. Kalau bahagian pentadbiran atau kewangan, muflis syarikat bapanya.
Geleng kepala Thia dengan perangai kuat mengelat Ekmal. Rasa semakin menjadi-jadi pula sejak masuk kerja berbanding dengan waktu belajar dulu. Namun diturut juga badan untuk berdiri dan mengikut jejak langkah Ekmal ke lift.
Pandangan Thia pada tangan Ekmal yang kusyuk mate mengopek kulit udang tersentak bila udang yang seksi tanpa kulit diletak atas pinggannya. “Saya bukan nak makan udang pun. Ada sesuatu yang ganggu fikirkan saya...” luah Intan.
“Tahu... tapi makan dulu. Nasi awak pun tak bergerak lagi.”
Intan mengangguk. Isi ayam dicarik guna tangan. Tulang ayam terus diletak ke tepi pinggan. Intan kembali ke singki untuk membasuh tangannya. Kemudian dia mula mengaul nasi dan lauk pauk sekali guna garfu dan sudu hingga sebati. Kicap dan sambal lada dituang sedikit lalu digaul lagi sekali.
“Nasi campur istilah saya.” Umumnya dengan senyuman sekali gus menjawab persoalan dalam fikiran Ekmal.
“Tak sakit perut ke makan sekali gaul macam tu.” Soal Ekmal. Tak pernah dilihatnya orang makan sampai macam tu sekali.
Thia geleng kepala. “Saya kalau hilang selera makan memang suka buat macam ni. lagipun senang sikit. Tak payah ambil nasi sikit, lauk sikit.... kali ni dia ambil satu sudu terus masuk mulut. Dalam tu ada macam-macam bercampur.”
“Tapi kalau tak biasa makan. Jangan cuba. Nanti awak sakit perut. Tak pasal-pasal saya kena.” Pesan Thia lagi.
Ekmal nganga mulut depan Thia. “Nak rasa sikit. Jangan risau. Kalau sakit perut saya tanggung sendiri.”
Laju tangan Thia mengumpal nasi atas sudunya. Terus lelaki itu disuap. “Aaaaa...” dengan mulut Thia sekali ternganga ketika menyuap Ekmal. Dilihat cara lelaki itu makan. Mengalahkan juri Masterchef! Wajah Ekmal penuh berselera menikmati makanan dalam mulutnya. Padahal nasi campur saja pun.
Erm... sedap. Semua rasa ada.”
“Sebab tu saya suka. Cepat dan sedap. Asha pun suka makan macam ni.” Rindu menerpa pada budak kecil yang agak pendiam itu. Pada Thia, Asha pun boleh tahan manja terutamanya bila bersama Ekmal.
“Rindu saya dengan budak-budak tu. Mira pun nak mulakan tadikakan? Mesti comel pakai baju sekolah.”
“Tak sabar budak tu nak mula sekolah. Tambah lagi saya masukkan dia satu sekolah dengan Humaira. Sukalah budak dua tu. Hari-hari tanya bila sekolah.” Segala persiapan Mira sudah tersedia.
Zarul pun ada belikan barang-barang sekolah ketika keluar bersama anak-anak saudaranya tempoh hari. Siap tinggalkan duit RM1000 dengan Wardah lagi untuk membiayai tadika Mira. Sebab waktu tu marah punya pasal, Thia tidak mahu keluar ketika Zarul hantar Thia dan Asha pulang dengan alasan tengah mandi.
Keluhan kecil yang muncul dari mulut Thia mengundang persoalan di fikiran Ekmal. Tengok muka Thia yang asyik mengelamun pun boleh tahu betapa saratnya otak wanita itu. mesti pasal Zarul lagi. Lelaki itu saja yang boleh buat kawannya huru hara macam ni. “Makanlah. Jangan fikir yang bukan-bukan sekarang. Lepas ni kita bincang.”
Usai makan tengah hari, mereka tidak terus balik pejabat. Sebaliknya Ekmal ajak Thia jalan-jalan. Yang penatnaya, kena jalan kaki! Memang Ekmal ni tahu nak seksa kaki orang. Tambah lagi Thia pakai kasut tumit tinggal setinggi tiga inci. Sikit lagi melecur kakinya. Thia pun bukannya rajin sangat menyihatkan tubuh badan.
“Mal... duduk rehat kejap. Penat!” Thia sudah menarik lengan Ekmal. Peluh sudah mula menitik.
“Baiklah. Jom...” Ekmal bantu memapah Thia duduk di stesen bas berdekatan.
Paha Thia ditepuk lembut. Lenguh, dulu selalu saja mereka berjalan macam ni tapi sejak semua sibuk bekerja. Seorang pun tiada yang rajin hendak jalan-jalan cuci mata macam ni. Kalau jalan atau keluar ramai-ramai pun setakat dalam mall pun cukup.
“Awak tunggu sini. Saya nak pergi masuk kedai runcit tu dulu.”
Thia sekadar mengangguk dan pandang Ekmal yang berjalan. Beberapa minit kemudian barulah lelaki itu muncul dengan dua kon ais krim tiga tingkat di kiri dan kanan tangan Ekmal. Satu plastik berisi dua botol air mineral pula digantung pada lenggannya.
“Saya sebenarnya nak ajak makan ais tapi kenalah waktu tekak dahaga dan penat. Baru ada feel nak makan.” Terang Ekmal sambil menghulurkan satu kon kepada Thia.
“Patutlah ajak orang jalan kaki. Seksa kaki saya tau. Sikit lagi melecur.”
Ekmal tersengih. “Tak apa. Janji berbaloi.”
Banyaklah berbaloi kau Mal. Lain kali kalau nak ajak jalan. Bagitahu awal-awal dulu. Boleh juga aku tukar kasut. Tiadalah bijak pandai sangat pakai kasut tinggi berjalan sana sini. Thia tarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara.
“Sebenarnya saya nak ajak awak bercinta...”
Terus tersedak Ekmal dengan lamaran secara langsung Thia. Dia terus berhenti menjilat aiskrim. Thia sebelah dipandang. “Tak pernah dibuat orang. Perempuan ajak bercinta dekat bus stop.” Usiknya.
“Dah awak ajak duduk sini. Saya teruslah cakap. Sebenarnya saya nak belajar lupakan Zarul. Wardah cadangkan saya cuba bercinta dengan awak... mungkin awak dapat tolong hilangkan perasaan ni.” kata Thia sambil menjilat-jilat aiskrim kon tiga tingkat miliknya. Tidak berani hendak tengok muka Ekmal sekarang ni. Suka hati dialah hendak tafsirkan apa pun. Mukanya cukup panas untuk utarakan hasratnya, ada faedah juga Ekmal belikan aiskrim. Dapat surutkan haba panas yang menyerang mukanya sekarang.
Alright then...
Thia terus pusing kepala memandang Ekmal. Tak akan semudah tu? “Maksudnya?”
“Awak sah jadi teman wanita saya sejak beberapa saat tadi.”
“Awak tak ada masalah dengan tu?”
Nope. Frankly speak Thia. Kalau benda ni dapat bantu awak lupakan perasaan tu. Insya-Allah saya akan tolong awak lupakan. Kita sama-sama berusaha agar awak dapat lupakan Zarul. Mana tahu ada jodoh antara kita berdua.”
“Awak nak tahu. Wardah kata tengok cerita tv, baca novel. Ramai saja pasangan yang kena kahwin paksa. Mula-mula tak suka, gaduh sana sini. At the end, they fall in love each other. But in our case, we’re don’t hate each other. So there is 99.99 percents of happy ending for you and me.” Thia mula menyuarakan teori Wardah yang terselit serba sedikit logik akal bersertakan bukti-bukti kehidupan sekeliling.
“Jika itu takdir kita. Insya-Allah. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Kaki tu dah elok sikit?” tanya Ekmal pula.
Thia mengangguk.
“Kalau macam tu. Jom! Saya nak ajak teman wanita saya ponteng kerja hari.” Kata lelaki itu seraya bangun. Thia yang sudah mula kelat tidak dipeduli.
Oh no no no.... Big NO for that. Keluar lunch awal. Lepas tu terus ponteng sampai ke petang. Nanti abang awak marah macam mana?” Pantang betul dengan manusia yang liat masuk pejabat.
“Tak apa. Sekali sekala... Kalau kena sound. Kita ada mama saya tolong backup. Awak pun tahu macam mana dia sayangkan awakkan? Dan harap awak dapat jadi menantunya. Bila tahu awak keluar dating dengan saya. Sure mama terus backup.” katanya selamba. Langsung tidak takut dengan abang sulungnya. Degil juga anak mama seorang ni.
“Pandailah. Tak pasal-pasal mereka fikir saya influence awak buat benda jahat.” Thia mula berdiri dan mereka kembali berjalan-jalan di tengah Kuala Lumpur tanpa hala tuju. Kereta Ekmal masih lagi terpakir di tempat letak kereta pusat membeli belah sebelum makan tadi
“Jangan risau. Tiadanya keluarga saya fikir macam tu. Mereka pun tahu saya suka merayau seorang diri sebelum ni. Sekurangnya sekarang berteman.” Ekmal sempat kenyit mata pada Thia yang sekali sekali memandangnya ketika bercakap.
Automatik muka Thia pun terus blushing. Dijilat lagi aiskrimnya perisa stawberi tingkat atas sekali. Harap dapat meredakan muka yang sudah panas. Malu! Jantung pun bukan main berdegup kencang lagi. Saat dia cuba simpan hati untuk Ekmal, Thia memang sudah mula untuk belajar menyintai Ekmal lebih dari sekadar satu perasaan sayang.
“Eh! Kejap. Kenapa aiskrim saya pink, coklat dan pink? Awak pula coklat, pink, coklat?” tanya Thia melihat susun atur tingkatan aiskrim mereka berdua.
“Sebab awak suka pink. Jadi saya suruh letak pink banyak sikit pada aiskrim awak. Ikut tema baju awak hari ni.”
Thia pandang dirinya. Tidak logik betul pandangan Ekmal tu. Memanglah dia serba merah jambu hari ini. Dari warna merah jambu lembut selendang hijab Falabiyana, baju kurung asli putih berbunga kecil warna merah jambu dan kasut tumit tinggi warna merah jambu terang. Sampaikan lipstik pun Thia pilih warna merah jambu. Ekmal ni perli aku ke?
“Tak payah tengok lagi. Memang comel macam hello kitty.” Puji Ekmal.
“Habis awak pakai kemeja coklat dan blazer hitam ni macam apa? Domo kun?”
Selamba Ekmal buat muka garang dengan mulut ternganga luas seperti kartun Domokun. Tak garang langsung  bagi Thia. Tambah melucukan adalah. Domo tu berisi sikit, si Zirafah ni kurus kering. Sempat lagi dia kutuk Ekmal dengan tawa yang kuat.
“Gelakkan sayalah tu.” Ekmal mencalit sedikit airskrim coklatnya ke muka Thia. Dia terus jalan ke depan sementara Thia terkaku seketika.
“Ekmal!!” jerit teman wanita barunya.
Gelak sakan Ekmal yang menoleh belakang memandang Thia.
“Awak ni... yiee... saja cari nafas. Tumbuh jerawat muka saya nanti.”
“Eloklah. Cik jerawat datang menjenguk...”
Aisrkrim Thia turut dicalit sedikit pada hidung mancung Ekmal. “Nah. Mana boleh cik jerawat datang tengok saya saja. Awak pun kenalah sekali sekala menjemput Cik jerawat datang.”
Ekmal gelak lagi. Langsung tidak terkesan dengan muka yang sudah dicalit dengan aiskrim strawberi Thia. Eloklah sehati sejiwa. Kalau tumbuh jerawat, dua-dua kena sekali. Dan hari ini Thia cukup gembira. Bahagia? Dia memang sentiasa bahagia bersama Ekmal.
Mereka terus berjalan dan berbual hingga ke petang. Terharu juga Thia bila Ekmal mengajaknya singgah ke masjid KLCC untuk menunaikan solat. Lelaki itu memang tidak pernah lupa tentang tanggungjawab sebagai umat islam. Sekali sekala mereka menaiki Komuter dan LRT untuk ke tempat-tempat yang agak jauh.
Gambarnya bersama Ekmal tengah makan aiskrim masing-masing dalam Instagram dan Facebook dipandang. Caption yang diletak pula ialah Alhamdulillah. Official now. InsyaAllah. If Allah wills, I will be his women till jannah. Kata-kata yang sebenarnya idea dari Ekmal.
Thia membaca satu persatu komen dari kawan-kawannya. Pelbagai ucapan taniah dari kawan serta ahli keluarga mereka.
Taniah...
Insya-Allah. Semoga hingga ke akhirnya
Insya-Allah. Nanti jangan lupa jemput tau!

Dan ucapan yang paling tidak boleh blah ialah ucapan dari Wardah. Dua zirafah akhirnya bersama. Taniah korang!! Memang ayat minta kena cekik. Ramai pula yang menyokong ayat Wardah tu.


Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

5 comments:

  1. Yea....suka thia dgn ekmal...berkekalanlah diharapkan cinta diorg..

    ReplyDelete
  2. Suka arrr depa couple. Cepat2 sambung yer

    ReplyDelete
  3. Suka kat dorang 2 niy.. moga happy ending , zarul buat rencah2 je lah walau tengah konflik pasal penjagaan hak tu

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)