Tangan mama Ekmal disalam
tanda hormat. Awal pagi lagi wanita itu datang menjenguk Thia ke hospital
ditemani oleh papa dan adik bongsu Ekmal.
“Pagi ni macam
mana? Okay sikit?” soal Sufi. Dia ambil tempat atas katil bersebelahan dengan
kekasih anaknya. Tangan Thia yang masih dalam pegangannya diusap lembut.
“Alhamdulillah mak
cik. Saya tak apa-apa. Nasib baik Ekmal selamatkan saya...” kata Thia sambil sesekali
melirik pada pintu wad. Mana tahu Ekmal akan masuk. Namun hampa... Ekmal
langsung tidak menjengah masuk.
“Ekmal lambat
sikit. Dia pergi ambil anak-anak Thia.” terang Sufi seolah memahami air muka Thia
yang sesekali menjeling arah pintu.
Thia tersenyum
kecil. Memerah mukanya kantoi dengan mama Ekmal. Lebih-lebih lagi bila papa,
mama dan adik Ekmal sudah tersenyum penuh makna padannya.
Sufi mengusap pipi
Thia lembut. “Syukur Alhamdulillah...” Pandangan seorang wanita bergelar ibu
itu penuh kasih memandang wajah pucat Thia. Lama dia memerhati muka itu sebelum
kembali bersuara.
“Thia, lepas ni
pergi mana-mana. Minta tolong saja Ekmal hantar dan ambil. Bahaya jalan seorang
diri malam macam tu. Ekmal tak nak hantar ke semalam tu?” soalnya. Paha Thia
ditepuk lembut.
“Habis abang Ekmal
kena bebel pagi tadi oleh mama sebab tak hantar kak Thia balik.” Ali mengadu
pasal kejadian pagi tadi. Mulanya ketika sarapan, mama pelik kenapa Ekmal
seperti hendak cepat saja. Bila Ekmal kata hendak ke hospital tengok Thia.
Mamanya terus soal jawab dengan Ekmal.
Kepala Thia
dijatuhkan pada bahu mama Ekmal. Lengan Sufi dipeluk erat. Sejak menjadi
kekasih Ekmal. Thia semakin rapat dengan mama lelaki itu. Tambah lagi Ekmal
memang selalu bawa Thia dan anak-anaknya ke rumah.
“Thia sayang mak
cik. Tapi tak payahlah marah Ekmal eh. Semalam tu salah Thia. Ekmal ada ajak,
tapi Thia sendiri tolak. Lagipun kesian Ekmal sendiri pun penat kerja semalam.”
Pujuk Thia dengan nada lembut. Terbayang muka Ekmal teruk kena marah pagi tadi
kerana salah Thia sendiri.
“Baiklah. Tapi
mama tetap nak suruh Ekmal jadi driver
Thia lepas ni. Kemudian tak payah kerja sampai jauh malam lagi. Habis kerja
habis. Terus balik. Tinggalkan aje kerja tu.” Sekali lagi Sufi mengeluar
arahannya. Dia sayang Thia dan dia tidak mahu sesuatu buruk berlaku lagi.
Cukuplah kejadian semalam sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati.
“Betul tu Thia.
Pak cik pun selalu pesan dengan anak-anak pak cik. Waktu kerja untuk kerja.
Lepas waktu tu, tak payah langsung fikir pasal kerja. Entah macam mana Ekmal
boleh lalai pasal tu. Tambah lagi awak berdua tak elok duduk berdua malam-malam
walaupun tujuan untuk siapkan kerja.”
Thia mengangguk.
“Baiklah pak cik. No more next time.”
Bersetuju tentang kelalaian mereka tentang berdua-duaan walaupun sekadar ingin
siapkan kerja.
“Mak cik ada
bawakan makanan ni. Thia mesti belum makan kan? Sarapan ya?” pelawa Sufi.
Tangannya ditadah pada Ali yang memegang beg kertas dari tadi.
Berselera lidah
Thia tengok satu persatu makanan yang terhidang untuknya. Perut pun automatik
jadi lapar. “Wah... sedapnya. Buat susah mak cik je masakkan.” Katanya
tersengih. Liur entah berapa tan kilo sudah ditelan. Memang Thia ada sarapan
pagi dengan Hana tadi. Danial yang bawakan sarapan sebelum dia hantar Hana
pulang untuk berehat. Tapi bila mata tengok makanan sedap, perut pun terus
kosong.
“Ekmal yang masak.
Mak cik tolong bawakan je. Dia kata memandangkan mak cik jalan terus pergi
sini, biar mak cik saja bawa. Takut Thia lapar.” Kata Sufi dengan senyuman.
Tambah terharu
Thia dengar. Rasa hendak terbang jumpa Ekmal sekarang ini. “Rasa nak peluk je
abang Ekmal sekarang. Betul tak kak?” usik Ali dengan sengihan panjang.
Thia jengil mata.
Papa dan mama Ekmal sudah mula tergelak kecil.
“Ali ni memang nak
kena hempuk dengan kak Thia. Buat lagi statement
luar alam macam tu! Nasib kita-kita je sini. Kalau ada orang lain. Entah apa
yang difikirkan pasal kak Thia dan abang Ekmal.” Masih ada lagi sisa tawa
Ebrahim menegur anak bongsunya. Lucu juga bila tengok muka Thia yang mula
merah.
“Jangan layan
sangat Ali ni. Banyak sangat loyar buruknya. Thia makanlah. Nanti sejuk pula.”
Thia mengangguk.
Lauk yang terhidang depan sudah mula dicedok satu persatu. “Mak cik tak nak?
segan pula saya makan seorang diri.”
Belum sempat lagi
Sufi membalas, pintu mulai terkuak serentak suara Ekmal memberi salam.
“Mama!!!” jerit Mira dan Asha sambil berlari naik atas katil Thia.
“Hati-hati sayang,
mama tak sihat tu.” Pesan Sufi.
Rupanya bukan
Ekmal dan anak-anaknya saja. Ibu dan ayah Thia turut sama datang. Thia melihat
ibu bapanya bersalaman dengan mama papa Ekmal. Lelaki itu berjalan dekat lalu
duduk sebelah katil Thia.
“Okay?” tanya
Ekmal ringkas.
Thia mengangguk.
Raihan dalam dukungan Ekmal diambil. “Kesian anak mama. Mesti lapar.” Raihan
dicium lembut.
“Awak makan dulu,
lepas tu susukan Raihan.”
“Betul tu Thia.
Makanlah dulu. Isi perut tu dengan sup panas. Biar Ekmal jaga Raihan.” Sufi
yang rancak berbual dengan ibu Thia menyampuk.
“Kakak dah makan?
Marilah kita pergi minum dulu. Biarlah Ekmal jaga budak-budak dulu sementara
Thia makan.” Sambungnya lagi pada ibu Thia.
“Betul tu. Ayahnya
jomlah ikut sekali. Bolehlah kita borak-borak.”
Ebrahim pula dengan ramahnya mengajak ayah Thia turut serta turun.
“Baiklah. Nur...
ibu dan ayah turun bawa dulu. Nak juga kenal-kenal bakal mertua Nur.”
Haish! Thia
tertunduk malu sebelum mengangguk dengar ayat ibunya sendiri. Malu! Malu! Ekmal
pula cukup tayang muka selamba dia tu sambil menarik semula Raihan.
“Malulah tu.
Thia... Thia... Jom kak...” Tergeleng kepala Sufi dengan sikap pemalu Thia.
Cepat betul mukanya merah bila diusik. Cantik!
“Mira, Asha... Jom
ikut uncle Li main di taman.” Ali
pula mengajak anak-anak Thia keluar dari wad. Suka hati dua orang puteri itu
tinggalkan Thia dan Ekmal untuk ikut Ali keluar.
“Makanlah. Tak
tahu sedap ke tak.”
Thia tersenyum
manis. Wajahnya pucat tapi masih berseri. Siapa tak berseri awal pagi kalau
orang sangat ambil berat tentang kita kan? “Masakan awak sentiasa sedap bagi
saya. Nak suap sekali?” Daging masak kicap diambil sedikit lalu dicampur dengan
nasi. Perlahan-lahan Thia suapkan Ekmal makan.
Mata Thia tidak
dialihkan. Gatal hendak terus saja menatap Ekmal yang mengunyah. Suka tengok
Ekmal. Adoi Thia... zina mata, zina mata! Cepat-cepat Thia alihkan pandang.
“Astaghfirullahalazim!” gumamnya perlahan.
“Suka makanan ke
atau suka orang yang masak makanan tu?” usik Ekmal. Dia tahu pun Thia tenung
lama-lama tadi. Saja hendak biarkan.
Muka Thia Blushing habis!
“Saya dah mandrem
makanan tu, kalau awak makan sure
terus jatuh cinta!” selamba saja Ekmal bersuara tapi sekarang langsund tidak
tengok muka Thia. Dia layan Raihan main.
“Apa?!!” suara
Thia naik satu oktaf. Terkejut!
Tergelak Ekmal
dengan reaksi mengejut Thia. “Gurau jelah. Saya tak pakai mandrem pun pasti
awak memang sayangkan saya.”
Laju tangan Thia
cubit lengan Ekmal. “Bad boy!”
Ekmal macam biasa.
Gelak saja. Thia sambung balik makan makanan yang disediakan oleh Ekmal. Rasa
lama pula mama papa Ekmal dan ibu ayahnya turun makan. Ali dan anak-anak Thia
pun tidak muncul-muncul lagi. Ni yang buat Thia rasa pelik sikit.
“Mal... semalam
awak jumpa ayah kata nak lamar saya?” direct
sungguh soalan kau Thia! malu? Malulah... saja buat muka cool.
Ekmal senyum
mengangguk. Tengok muka Ekmal versi innocent
tu buat hati thia terus cair meleleh-leleh. “Mal jangan tunjuk muka macam tu.
Cair saya tengok.” Lurus saja Thia beritahu isi hatinya.
Senyuman Ekmal pun
terus melebar, lama-kelamaan terletus tawa kecil Ekmal. “Pagi tadi ayah awak
kata nak... awak nak bincang dulu dengan saya.”
“A’ah. Awak jumpa
ayah dan ibu pun baru sekali. Lepas tu terus lamar saya. Nasib baik hati ni
tiada heart attack. Tapi terharu tu
adalah...” segan pula Thia hendak bercerita pasal kahwin ni dengan Ekmal. Malu
tapi mahu! Aik? Dah jatuh cinta ke? Soal fikiran Thia.
Tanya sama hati
wahai cik fikiran. Aku tak nak cakap lebih-lebih.
“Saya bukannya nak
tergesa-gesa. Kita tunang dulu 2,3 bulan lepas tu baru kahwin. Saya nak jaga
awak. Takut benda seperti semalam terjadi lagi.” Jawapan Ekmal memecah lamunan
Thia yang semakin menjauh.
“Mama dan papa
awak?” Thia minta kepastian. Nanti kecil hati pula Sufi dan Ebrahim bila Ekmal
belakangkan mama papanya.
“Pagi tadi baru tahu.”
“Cakap pasal pagi
tadi. Saya nak minta maaf sangat! Kesian awak kena marah sebab saya.” Seraut
muka Ekmal dipegangnya. Mesti teruk Ekmal kena marah tadi. Kesian my big baby boy... ucap Thia dalam hati.
Ekmal senyum
sebelum bersuara lembut. “Tak apa. Papa mama tegur pun sebab sayangkan awak.”
Erk! Pak cik Ebrahim pun tegur dia. Ingatkan mama dia saja! Tambah kesian Thia
renung muka Ekmal. Berkecai beribu-ribu statement
‘Ekmal papa badboy’ tu.
“Tapi awak cintakan
saya?” soal Thia. Takut nanti lepas kahwin lain pula jadinya.
“Saya sayangkan
awak. Awak?”
“Terlalu sayang...
sayang sangat-sangat...” ucapan ikhlas dari hati Thia. Dia sayang Ekmal.
Terlalu sayang! Ekmal dipandang penuh kasih. Lelaki itu sekadar senyum dan
mengambil tangan Thia yang memegang mukanya tadi. Tapak tangan Thia digengam
erat.
“Perasaan cinta
antara kita boleh terus dipupuk. Jangan risau. Kita terus pupuk perasaan cinta
walaupun lepas berkahwin, macam ibu dan ayah awak.” Ekmal memberi contoh
terbaik untuk mereka teruskan perkahwinan.
Dahi Thia berkerut
sedikit. Teragak-agak untuk bertanyakan Ekmal tentang status dirinya yang bukan
anak kandung ibu. Arwah emaknya sebenarnya isteri kedua ayah.
“Awak tahu pasal
ibu dan ayah? Awak tak kisah walaupun tahu saya bukan anak kandung ibu?”
“Saya sayangkan
awak kerana diri awak. Tak kisahlah. Kita jangan hidup pada masa silam sayang.
Ambil ikhtibar masa silam sebagai lampu suluh menuju masa hadapan. Lagipun saya
nak aje hidup macam ayah dan ibu awak.”
Pandai suara Ekmal
memujuk. Sejuk hati Thia dengar. “Ibu dan ayah cerita pasal mereka?”
Ekmal angguk lalu
menjawab. “Tadi. Saya sempat rsarapan dengan mereka sebelum datang sini.”
“Awak rasa kita
dapat jadi seperti mereka?”
“Insya-Allah.
Dengan izin Allah... Jangan risau. Saya bagi awak masa untuk fikirkan lamaran
saya. Ayah awak kata ada orang tu nak berhenti kerja. Tapi nak minta pendapat
saya dulu.”
“A’ah. Nak
berhenti tapi tak yakin sangat. Saya ingatkan nak jadi full time writers. Senang sikit nak jaga Raihan. Tapi bila fikirkan
kalau saya berhenti, awak pula macam mana nanti?”
Terdiam Ekmal
seketika. Mesti Thia tahu apa yang dia fikirkan. Ekmal dan Thia mana pernah
kerja dengan orang lain. Sejak praktikal lagi mereka selalu kerja berdua. Bila
fikirkan kena kerja dengan orang lain. Ekmal susah hendak mulakan... Dari dulu
sampai sekarang, dia hanya lebih banyak luangkan masa bersama Thia berbanding
pekerja yang lain biarpun dia ketua. Lebih-lebih lagi urusan kerja. Selalunya
Thia yang bantu jika hendak berurusan dengan pekerja lain.
“Ikutkan hati memang saya tak nak bagi awak
berhenti. Saya tak biasa kerja dengan orang lain. Tapi saya pun sokong kalau
awak nak jaga Raihan sepenuh masa. Raihan pun masih kecil lagi.”
“Betul ni? Awak
betul okay?” tanya Thia lagi. Minta kepastian!
Ekmal mengangguk.
“Pasti. Jangan risau.”
Thia tengok tepat
anak mata Ekmal. Macam tak boleh percaya saja...
“Ekmal... awak
tahu awak tak boleh tipu saya kan? I know
you very well... Tak apalah. Saya kerja.”
Tersenyum Ekmal
dengar. Memang susah hendak tipu Thia. “Tahu je diakan...”
“Mestilah.” Yakin
suara Thia menjawab. Dia jeling Ekmal manja. Sesekali makanan disuap ke mulut.
“Beginilah... awak
ambil cuti tanpa gaji. Bila Raihan besar sikit baru kerja. Lagipun waktu tu
Insya-Allah mungkin kita akan bernikah. Jadi lepas kahwin nanti senang awak nak
ke pejabat dengan saya.” Cadang Ekmal. Dia tidaklah teruk sangat nak paksa Thia
kerja. Sebulan dua tu boleh lagi hidup tanpa Thia.
“Saya kerja lepas
kahwin nanti?” tergelak kecil Thia dengar sebelum sambung bersuara.
“Macam pelik je...
selalunya lepas kahwin, suami tak bagi kerja. Suruh duduk rumah je. Tapi awak
ni lepas kahwin nak saya kerja pula.” Thia sambung gelak.
“Awak tahukan
awaklah satu-satunya partner yang
saya ada... susah sikit nak bergaul dengan orang ni. Sebulan dua dapatlah
tahan... Lepas kahwin kita tinggal rumah mama dan papa je. Ada orang dapat
tengokkan Raihan dan Asha. Mira pun dah mula masuk tadika. Awak tak kisahkan
tinggal dengan mertua?”
Thia geleng
kepala. Nak kisah apanya, bila kahwin dengan Ekmal. Automatik mama papa Ekmal
jadi keluarganya juga. “Saya okay je Mal. As
you wish... Isteri mithalikan kena dengar cakap suami.”
“Betul... Yang tu
saya sokong. Lebih-lebih lagi suami sweet
dan romantik macam saya.” Selamba saya Ekmal puji diri sendiri. Siap main
kenyit-kenyit mata lagi.
Thia memang tidak
tahan gelak. Rasa digeletek pula perutnya. “Yiee... muka tak malu! Kereknya
awak ni. Sweet dan romantik ke papa
Ekmal saya ni? Macam tak...” sengaja Thia biarkan ayatnya tergantung. Suka hati
Ekmal la nak tafsir apa. Dia pun bukannya tak tahu tahap sweet Ekmal yang melampau itu. Tersangatlah faham!
“Nak tahu sweet dan romantik ke tak? Tak lama lagi
jangan risau...” Ekmal kenyit mata lagi. Agaknya Ekmal terkena jin romantik tak
pagi tadi? Sebab tu sweet memanjang!
Hurm... Tertelan gula tu waktu masak tadi. Sebab tu manis je...
Tertutup mata Thia
ketawa. Tidak henti mulut mengukir senyuman bahagia.
Ali kembali masuk
bersama Asha dan Mira bila Thia selesai makan. Setia dua beradik itu duduk atas
katil dengan mama mereka. Berapa minit kemudian, dua pasangan bakal besan itu
pula masuk. Bila puas mama dan papa Ekmal berbual dengan ibu bapa Thia, barulah
mereka pulang. Beberapa cerita tentang kehidupan dan keluarga masing-masing
dibuka. Tidak lupa juga tentang Ekmal dan Thia.
Serius Thia malu
bila cerita pasal dia dan Ekmal dibuka. Ekmal? Macam biasa buat muka tiada riak
dia tu. Tapi sebelum Ekmal keluar hantar ibu bapa dan anak-anak Thia balik.
Adalah satu dua ayat dia pergi duk bisik telinga Thia. Menyakat bila orang
tiada! Selamba badak betul mamat tu!
Lama Thia
termenung sendirian. Bosan pula bila bersendirian. Tapi lagi kesian kalau nak
suruh Ekmal temankan dia. Ekmal pun nampak lemah semacam saja. Nampak sangat
tidak cukup rehat. Semalam pun tengah malam baru balik dari hospital lepas tu,
kena lagi masakkan untuk Thia awal subuh. Muka pun kalah zombie bergerak.
Hari pun mula
menginjak pukul 4 petang. Thia pula entah berapa kali mengelamun. Waktu
ketiadaan komputer ni pula, ideanya hendak menaip sambungan novelnya
mencurah-curah.
Selalunya setiap
kali hendak menaip mesti dia kaku berjam-jam depan komputer. Writer’s block dan penyakit M a.k.k
penyakit Malas menjelma. Bosan! Mahu saja Thia minta kebenaran balik. Tapi
doktor kata esok baru boleh keluar. Thia suruh Hana bawakan komputer ribanya
jika kembali ke hospital lagi. Tapi malangnya Hana datang pun selepas maghrib
nanti. Terpaksalah Thia sambung balik lamunannya.
Wardah dan Wafiy. Dua
beradik itu pula ada singgah sekejap sebelum Wardah kena keluar hantar abangnya
pergi kapal terbang. Sempat lagi Thia minta ole-ole dari Wafiy yang kena ke
luar negara untuk khusus lagi. Patutlah semalam Wafiy balik rumah keluarga,
rupanya nak buli adik perempuannya jadi pemandu tidak berbayar lagi.
Pintu wad
keluarkan bunyi kreekkk. Cepat-cepat Thia alihkan kepala ke arah pintu. Kepala
sudah mula set Ekmal yang datang. Rasa lambat pula orang itu melangkah masuk.
Kaki yang sudah masuk dulu dari badan itu dipandang. Berdebar pula rasa hati.
Macamlah setahun tak jumpa dengan Ekmal. Padahal baru je pagi tadi.
“Assalamulaikum.”
Suara itu buat mulut Thia terganga hingganya seluruh tubuh itu masuk.
“Assalamualaikum...”
lelaki itu kembali memberi salam bila salamnya tadi langsung tidak disambut.
Thia cepat-cepat
tunduk kepala, bila terleka melihat si dia tersenyum sinis. Pasti berbakul lagi
kutukannya untuk Thia. “Waalaikumsalam...” jawab Thia dengan nada perlahan.
Cukuplah sekadar lelaki itu dengar.
“Nur okay? Saya
dengar, abang Rusdi nyaris rogol Nur...” Zarul memulakan mukadimah kepada
tujuannya untuk datang ‘melawat’ Thia. Kaki mula berjalan mendekati Thia yang
duduk atas katilnya.
“Alhamdulillah.
Saya okay.”
“Oh... okay... baguslah.”
“Siapa beritahu?”
soal Thia.
Belakang leher
diusap sebelum bersuara. “Tadi jumpa Wafiy di airport. Lepak kejap. Then
terdengar pesanan dia pada Wardah. Suruh tengokkan Nur di hospital. Lepas tu
saya tanya apa yang jadi.” Nampak sangat
muka Wafiy yang memang tidak mahu dia tahu tadi. Tapi lepas paksa punya
paksa barulah Wafiy ceritakan hal yang berlaku.
“Oh...” itu saja
balasan Thia. Tertanya juga niat Zarul yang datang tiba-tiba. Hendak datang
lawat dia? Boleh jalan. Thia tidak langsung harapkan itu niat Zarul. Mustahil
lelaki itu ambil berat pasal dia.
Jeda. Keadaan
sangat senyap, kekok dan rimas. Dua-dua senyap. Tiada sesiapa pun ingin mula
bersuara. Sampaikan bunyi penghawa dingin pun Thia dapat dengar
sejelas-jelasnya. Otak mula berfikir siapa yang beritahu Zarul tentangnya yang
ditahan dalam wad.
“Saya sebenarnya
datang nak ambil Asha, Mira dan Raihan... Rasanya cukuplah jagaan Nur pada
mereka.”
Allah! Terkejut
Thia dengan ayat terakhir Zarul. Dia dongak kepala memandang Zarul. Dahi sudah
mula berkerut. “Apa maksud a...”
Belum habis Thia
berkata, Zarul terus memintas. “Cukuplah sampai sini... lepas ni tak payahlah
ambil tahu pasal mereka. Untuk mengetahuan Nur, saya sendiri dalam proses
tuntut hak penjagaan budak-budak tu... ”
Thia geleng kepala.
Tidak dapat terima dengan kenyataan yang baru saja dia dengar. “Tolonglah
beritahu saya yang awak main-main...” kalau Zarul turut ingin rebut hak
penjagaan itu sudah tentu peratus Thia untuk menang terlalu nipis. Zarul pak
cik kandung mereka sedang Thia sekadar orang luar.
“Saya tak
main-main hal begini. Lepas Nur keluar hospital. Saya akan pergi jemput
budak-budak tu. Rasanya Nur pun tak mampu hendak jaga...”
“Tidak!!!” jerit
Thia kuat. Tajam matanya memandang Zarul. Kenapalah lelaki itu terlalu kejam?
Terlalu ikut kata hati?
“Jangan sesekali
pisahkan saya dengan mereka. Mereka anak saya!! Saya tak minta awak terima
saya. Tapi saya nak anak-anak saya! Awak jangan sesekali pisahkan saya dengan
mereka!!” Menjerit-jerit Thia memarahi Zarul. Tidak tertahan rasa amarahnya.
“Saya tak minta
pendapat awak Nurfathiah. Saya datang sini untuk beritahu pasal ini aje.”
Selamba lelaki itu bersuara tanpa fikirkan perasaan Thia. Memang itu niat
Zarul, untuk bertemu dengan Thia dan beritahu tentang keputusan yang
diambilnya.
‘Cuma Nur yang
agak sukar menerima hakikat bahawa dia langsung tiada kena mengenakan dengan
keluarga aku... ‘akal fikiran Zarul cuba menyedapkan rasa hati.
Kepala Thia
digeleng kecil. Kecewa! Sungguh Thia terlalu kecewa dengan perangai Zarul.
Badan yang tadinya tegak memarahi Zarul semakin mengendur, menghembuskan
keluhan kecil.
“Saya tak tahu nak
cakap apa supaya Nur faham. Budak-budak itu masih ada keluarga, saya rasa tak
patut kami buat mereka seperti anak-anak terbuang sedangkan keluarga mereka
masih bernyawa....” terang Zarul.
“Saya tak pernah
suruh awak anggap mereka sebagai anak terbuang. Saya cuma nak jaga mereka...
tolonglah faham...” Tidak! Walau apapun, Thia tetap dengan keputusannya untuk
menjaga anak-anak saudara Zarul.
Zarul tersenyum
sinis. “Nur nak jaga mereka? Diri Nur sendiri terjaga ke?” soalnya sarkastik.
“Cakap tanpa
ayat-ayat sinikal tak boleh ke?” soal Thia tanpa selok belok. Setiap kali Zarul
bersuara. Mesti ada saja ayat-ayat sinis yang keluar dari mulut lelaki itu.
Bingung Thia. banyak sangat ayat double
meaning! Selalunya perempuan saja yang selalu keluarkan ayat yang
berbelit-belit macam ni. Lelaki suka ayat yang direct saja. Tapi sekarang terbalik pula?!
“Baiklah.
Beginilah... Nur kata nak jaga anak saudara saya. Tapi tengok pada diri awak
sendiri... diri sendiri pun tak terjaga nikan pula nak jaga anak saudara saya?
Rasanya lagi selamat kalau saya yang jaga mereka. Noktah.”
Ternganga Thia.
Alasan Zarul langsung tidak munasabah!
“Biar betul awak
ni Zarul. Are you mad? Saya masuk
hospital sebab bekas abang ipar awak yang ugut saya?! Apa yang berlaku semua ni
bukannya saya boleh kawal. Gila ke saya tak pandai jaga diri. Selama ini elok
saja saya jaga budak-budak tu. Jangan hanya satu perkara yang terjadi semalam
awak terus judge saya yang bukan-bukan!!”
“Saya tak hukum Nur
atas apa yang terjadi semalam. Tapi tengok diri awak Nur... You’re not married yet! You have no experience jaga budak. Nur
tak takut ke dicerca sana sini? Plus,
orang gila pun tahu bezakan muka awak yang semakin mencengkung. Pucat sana
sini. Makin kurus!”
Pada mulanya Zarul
masih lagi ragu-ragu dengan keputusan yang dia ambil untuk berjumpa dengan
Thia. tapi sebaik saja melihat rupa paras yang sedikit mencengkung itu buat dia
bertindak sejauh ini. bertambah yakin keputusan yang dia buat itu betul. Rupa
Thia bukan sekadar mencengkung, tapi nampak sangat makin kurus. Pucat sana
sini.
“Apa awak peduli
dengan keadaan saya. Ini diri saya. Yang penting budak-budak tu gembira. Saya
turut gembira. Saya sayang mereka.”
“Sayang Nur
membunuh diri sendiri. Don’t you get it? Pergilah
cari kehidupan sendiri. Apa yang saya tahu Nur sekarang tengah bercinta.
Kahwinlah dengan budak tu. Nanti Nur pasti ada anak sendiri. Tinggalkan
anak-anak saudara saya. ”
“Awak tak faham ke
atau buat-buat tak faham?!!” jerit Thia kuat. Mukanya berubah. Marah! Bengap
betul mamat ni.
“Cakap tak boleh
dengan nada rendah ke? Kena juga teriak macam berdiri seratus meter aje beza.”
Tegur Zarul dengan nada perlahan tapi masih lagi kedengaran terlalu tegas.
Thia mengeluh. Dia
mula merendahkan suaranya. Penat juga hendak melenting saja dari tadi.
Tapi angin satu badan punya pasal. Terkeluarlah segala yang tidak terkawal. “Saya
sayang budak-budak tu... Saya nak jaga mereka. Janji Zarul. Saya telah
berjanji... Awak tolonglah faham situasi saya. Saya merayu pada awak. Biarlah
saya jaga anak-anak saudara awak. Kalau awak risaukan kekasih saya tak
sayangkan mereka. He loves them.Terlalu
sayang... Dia sayangkan mereka....”
“Sekali lagi rasa
sayang Nur terlalu sia-sia. Cinta dan sayang awak itu bertaburan ke? Sampaikan
suka hati bagi dengan orang lain? Akhirnya Nur sendiri yang merana...” Mendalam
sungguh ayat Zarul.
Mengalahkan ayat
novel! Thia faham segala maksud yang tersirat dalam susunan ayat Zarul itu.
Pasti terselit dengan perasaannya. Dia mengeluh kecil. Susah betul nak fahamkan
budak yang terlebih ego seperti Zarul. Ego tidak bertempat.
“Hati saya... saya
sendiri yang rasa merana atau bahagia...”
“Degil!” gumam
Zarul dengan dengusan kuat.
“Apa pun saya
tetap nak jaga anak saudara awak.” Thia memeluk tubuh. Hendak berdiri melawan
tidak mampu. Tidak larat untuk berdiri. Kakinya berbalut. Walaupun tidak
bersimen tapi dia perlu berhati-hati agar tidak tambah teruk.
“Dan saya tetap
akan usahakan hak penjagaan sampai dapat. Jangan sampai satu masa saya langsung
tak izinkan Nur bertemu langsung dengan mereka.” Amaran terakhir Zarul sebelum melangkah. Lama
dia di situ pun belum tentu Thia akan ubah fikiran. Pintu dihempas kuat. Telefon
berdering dikeluarkan. Perkataan ‘sayang’ tertera. Aqila dail tepat pada
masanya.
Thia sempat
tersentak dengan ayat terakhir Zarul. Dia betul-betul maksudkannya! Thia pasti
itu. “Zarul!! Zarul!!” jerit Thia kuat. Tapi Zarul tidak lagi ingin berbincang
dan terus saja pergi. Ingin kejar tapi Thia tidak mampu berdiri.
“Zarul!!!” jerit
Thia sekuat hati. Bengap!! Marahnya lagi. Stress. Kenapalah wujud insan yang
ego melangit macam Zarul tu?
“Macam mana saya
nak hidup tanpa mereka. Hidup saya sudah sebati dengan mereka bertiga? Takkan
awak tak faham lagi...” gumam Thia sendirian. Dia perlukan seseorang. Seseorang
untuk dengan luahannya. Seeorang yang mampu memberi senyuman bila hati tengah
kritikal.
Ekmal Hadi!
Cepatlah datang...
huh...zarul memang kejam dan tak berperasaan. tak tau ke raihan tu dah rapat sgt dengan thia. mementingkan diri sendiri...memula cair dgn ekmal dah last2 emo dgn zarul...
ReplyDeleteamboi zarul mcm lh ko sentiasa ada kat rmh nk jaga bebudak tu semua.. compare dgn thia, work commitment ko tu lagi berat lh. mmg ko akan kawin tpi selama ni tk pernah pon bebudak semua tu di jaga lebih dri sehari oleh ko atau pon tunang ko tu. kesian raihan yg masih nyusu badan klu nk d pisahkn. mungkin ini bole jdi point utk thia fight kat makamah ye dak? dh jadi ibu susuan kot... mcm taraf ibu kandong tu.. takkan takde hak
ReplyDeletex suke dgn zarul.dia ni mmg x de perasaan ke ape? apepon best! thumbs up (Y)
ReplyDeleteKENAPA ZARUL NI KEJAM SANGAT.
ReplyDeleteEntah kan zarul gu..tunang sebok diapun sebok memanjang.. dah jelas2 mak nganne2k dia ok j ngan amanah tu.. tak nak lah sweet je baca kisah ekmal n thia ngan budak2 tu.. nak thia je kekal jaga n tak suka betul ngan zarul tew .. klu pon dia sedar takmolah zarul pulak yg terkejar2 kan ghja tj.. lepas ekmal ngan thia kawin klu kata ada kesah zarul teeeeerrr ..chenta kan pulak kat thia biarlah lepas kawin .
ReplyDeletekejam giler zarul.. eee.. bencinya..!!!
ReplyDeletei hate that guy dari mula lg kn
ReplyDelete