Monday, February 24, 2014

Bukan Orang Ketiga bab 21



Tangan mama Ekmal disalam tanda hormat. Awal pagi lagi wanita itu datang menjenguk Thia ke hospital ditemani oleh papa dan adik bongsu Ekmal.
“Pagi ni macam mana? Okay sikit?” soal Sufi. Dia ambil tempat atas katil bersebelahan dengan kekasih anaknya. Tangan Thia yang masih dalam pegangannya diusap lembut.
“Alhamdulillah mak cik. Saya tak apa-apa. Nasib baik Ekmal selamatkan saya...” kata Thia sambil sesekali melirik pada pintu wad. Mana tahu Ekmal akan masuk. Namun hampa... Ekmal langsung tidak menjengah masuk.
“Ekmal lambat sikit. Dia pergi ambil anak-anak Thia.” terang Sufi seolah memahami air muka Thia yang sesekali menjeling arah pintu.
Thia tersenyum kecil. Memerah mukanya kantoi dengan mama Ekmal. Lebih-lebih lagi bila papa, mama dan adik Ekmal sudah tersenyum penuh makna padannya.
Sufi mengusap pipi Thia lembut. “Syukur Alhamdulillah...” Pandangan seorang wanita bergelar ibu itu penuh kasih memandang wajah pucat Thia. Lama dia memerhati muka itu sebelum kembali bersuara.
“Thia, lepas ni pergi mana-mana. Minta tolong saja Ekmal hantar dan ambil. Bahaya jalan seorang diri malam macam tu. Ekmal tak nak hantar ke semalam tu?” soalnya. Paha Thia ditepuk lembut.
“Habis abang Ekmal kena bebel pagi tadi oleh mama sebab tak hantar kak Thia balik.” Ali mengadu pasal kejadian pagi tadi. Mulanya ketika sarapan, mama pelik kenapa Ekmal seperti hendak cepat saja. Bila Ekmal kata hendak ke hospital tengok Thia. Mamanya terus soal jawab dengan Ekmal.
Kepala Thia dijatuhkan pada bahu mama Ekmal. Lengan Sufi dipeluk erat. Sejak menjadi kekasih Ekmal. Thia semakin rapat dengan mama lelaki itu. Tambah lagi Ekmal memang selalu bawa Thia dan anak-anaknya ke rumah.
“Thia sayang mak cik. Tapi tak payahlah marah Ekmal eh. Semalam tu salah Thia. Ekmal ada ajak, tapi Thia sendiri tolak. Lagipun kesian Ekmal sendiri pun penat kerja semalam.” Pujuk Thia dengan nada lembut. Terbayang muka Ekmal teruk kena marah pagi tadi kerana salah Thia sendiri.
“Baiklah. Tapi mama tetap nak suruh Ekmal jadi driver Thia lepas ni. Kemudian tak payah kerja sampai jauh malam lagi. Habis kerja habis. Terus balik. Tinggalkan aje kerja tu.” Sekali lagi Sufi mengeluar arahannya. Dia sayang Thia dan dia tidak mahu sesuatu buruk berlaku lagi. Cukuplah kejadian semalam sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati.
“Betul tu Thia. Pak cik pun selalu pesan dengan anak-anak pak cik. Waktu kerja untuk kerja. Lepas waktu tu, tak payah langsung fikir pasal kerja. Entah macam mana Ekmal boleh lalai pasal tu. Tambah lagi awak berdua tak elok duduk berdua malam-malam walaupun tujuan untuk siapkan kerja.”
Thia mengangguk. “Baiklah pak cik. No more next time.” Bersetuju tentang kelalaian mereka tentang berdua-duaan walaupun sekadar ingin siapkan kerja.
“Mak cik ada bawakan makanan ni. Thia mesti belum makan kan? Sarapan ya?” pelawa Sufi. Tangannya ditadah pada Ali yang memegang beg kertas dari tadi.
Berselera lidah Thia tengok satu persatu makanan yang terhidang untuknya. Perut pun automatik jadi lapar. “Wah... sedapnya. Buat susah mak cik je masakkan.” Katanya tersengih. Liur entah berapa tan kilo sudah ditelan. Memang Thia ada sarapan pagi dengan Hana tadi. Danial yang bawakan sarapan sebelum dia hantar Hana pulang untuk berehat. Tapi bila mata tengok makanan sedap, perut pun terus kosong.
“Ekmal yang masak. Mak cik tolong bawakan je. Dia kata memandangkan mak cik jalan terus pergi sini, biar mak cik saja bawa. Takut Thia lapar.” Kata Sufi dengan senyuman.
Tambah terharu Thia dengar. Rasa hendak terbang jumpa Ekmal sekarang ini. “Rasa nak peluk je abang Ekmal sekarang. Betul tak kak?” usik Ali dengan sengihan panjang.
Thia jengil mata. Papa dan mama Ekmal sudah mula tergelak kecil.
“Ali ni memang nak kena hempuk dengan kak Thia. Buat lagi statement luar alam macam tu! Nasib kita-kita je sini. Kalau ada orang lain. Entah apa yang difikirkan pasal kak Thia dan abang Ekmal.” Masih ada lagi sisa tawa Ebrahim menegur anak bongsunya. Lucu juga bila tengok muka Thia yang mula merah.
“Jangan layan sangat Ali ni. Banyak sangat loyar buruknya. Thia makanlah. Nanti sejuk pula.”
Thia mengangguk. Lauk yang terhidang depan sudah mula dicedok satu persatu. “Mak cik tak nak? segan pula saya makan seorang diri.”
Belum sempat lagi Sufi membalas, pintu mulai terkuak serentak suara Ekmal memberi salam. “Mama!!!” jerit Mira dan Asha sambil berlari naik atas katil Thia.
“Hati-hati sayang, mama tak sihat tu.” Pesan Sufi.
Rupanya bukan Ekmal dan anak-anaknya saja. Ibu dan ayah Thia turut sama datang. Thia melihat ibu bapanya bersalaman dengan mama papa Ekmal. Lelaki itu berjalan dekat lalu duduk sebelah katil Thia.
“Okay?” tanya Ekmal ringkas.
Thia mengangguk. Raihan dalam dukungan Ekmal diambil. “Kesian anak mama. Mesti lapar.” Raihan dicium lembut.
“Awak makan dulu, lepas tu susukan Raihan.”
“Betul tu Thia. Makanlah dulu. Isi perut tu dengan sup panas. Biar Ekmal jaga Raihan.” Sufi yang rancak berbual dengan ibu Thia menyampuk.
“Kakak dah makan? Marilah kita pergi minum dulu. Biarlah Ekmal jaga budak-budak dulu sementara Thia makan.” Sambungnya lagi pada ibu Thia.
“Betul tu. Ayahnya jomlah ikut sekali. Bolehlah kita borak-borak.”  Ebrahim pula dengan ramahnya mengajak ayah Thia turut serta turun.
“Baiklah. Nur... ibu dan ayah turun bawa dulu. Nak juga kenal-kenal bakal mertua Nur.”
Haish! Thia tertunduk malu sebelum mengangguk dengar ayat ibunya sendiri. Malu! Malu! Ekmal pula cukup tayang muka selamba dia tu sambil menarik semula Raihan.
“Malulah tu. Thia... Thia... Jom kak...” Tergeleng kepala Sufi dengan sikap pemalu Thia. Cepat betul mukanya merah bila diusik. Cantik!
“Mira, Asha... Jom ikut uncle Li main di taman.” Ali pula mengajak anak-anak Thia keluar dari wad. Suka hati dua orang puteri itu tinggalkan Thia dan Ekmal untuk ikut Ali keluar.
“Makanlah. Tak tahu sedap ke tak.”
Thia tersenyum manis. Wajahnya pucat tapi masih berseri. Siapa tak berseri awal pagi kalau orang sangat ambil berat tentang kita kan? “Masakan awak sentiasa sedap bagi saya. Nak suap sekali?” Daging masak kicap diambil sedikit lalu dicampur dengan nasi. Perlahan-lahan Thia suapkan Ekmal makan.
Mata Thia tidak dialihkan. Gatal hendak terus saja menatap Ekmal yang mengunyah. Suka tengok Ekmal. Adoi Thia... zina mata, zina mata! Cepat-cepat Thia alihkan pandang. “Astaghfirullahalazim!” gumamnya perlahan.
“Suka makanan ke atau suka orang yang masak makanan tu?” usik Ekmal. Dia tahu pun Thia tenung lama-lama tadi. Saja hendak biarkan.
Muka Thia Blushing habis!
“Saya dah mandrem makanan tu, kalau awak makan sure terus jatuh cinta!” selamba saja Ekmal bersuara tapi sekarang langsund tidak tengok muka Thia. Dia layan Raihan main.
“Apa?!!” suara Thia naik satu oktaf. Terkejut!
Tergelak Ekmal dengan reaksi mengejut Thia. “Gurau jelah. Saya tak pakai mandrem pun pasti awak memang sayangkan saya.”
Laju tangan Thia cubit lengan Ekmal. “Bad boy!
Ekmal macam biasa. Gelak saja. Thia sambung balik makan makanan yang disediakan oleh Ekmal. Rasa lama pula mama papa Ekmal dan ibu ayahnya turun makan. Ali dan anak-anak Thia pun tidak muncul-muncul lagi. Ni yang buat Thia rasa pelik sikit.
“Mal... semalam awak jumpa ayah kata nak lamar saya?” direct sungguh soalan kau Thia! malu? Malulah... saja buat muka cool.
Ekmal senyum mengangguk. Tengok muka Ekmal versi innocent tu buat hati thia terus cair meleleh-leleh. “Mal jangan tunjuk muka macam tu. Cair saya tengok.” Lurus saja Thia beritahu isi hatinya.
Senyuman Ekmal pun terus melebar, lama-kelamaan terletus tawa kecil Ekmal. “Pagi tadi ayah awak kata nak... awak nak bincang dulu dengan saya.”
“A’ah. Awak jumpa ayah dan ibu pun baru sekali. Lepas tu terus lamar saya. Nasib baik hati ni tiada heart attack. Tapi terharu tu adalah...” segan pula Thia hendak bercerita pasal kahwin ni dengan Ekmal. Malu tapi mahu! Aik? Dah jatuh cinta ke? Soal fikiran Thia.
Tanya sama hati wahai cik fikiran. Aku tak nak cakap lebih-lebih.
“Saya bukannya nak tergesa-gesa. Kita tunang dulu 2,3 bulan lepas tu baru kahwin. Saya nak jaga awak. Takut benda seperti semalam terjadi lagi.” Jawapan Ekmal memecah lamunan Thia yang semakin menjauh.
“Mama dan papa awak?” Thia minta kepastian. Nanti kecil hati pula Sufi dan Ebrahim bila Ekmal belakangkan mama papanya.
“Pagi tadi baru tahu.”
“Cakap pasal pagi tadi. Saya nak minta maaf sangat! Kesian awak kena marah sebab saya.” Seraut muka Ekmal dipegangnya. Mesti teruk Ekmal kena marah tadi. Kesian my big baby boy... ucap Thia dalam hati.
Ekmal senyum sebelum bersuara lembut. “Tak apa. Papa mama tegur pun sebab sayangkan awak.” Erk! Pak cik Ebrahim pun tegur dia. Ingatkan mama dia saja! Tambah kesian Thia renung muka Ekmal. Berkecai beribu-ribu statementEkmal papa badboy’ tu.
“Tapi awak cintakan saya?” soal Thia. Takut nanti lepas kahwin lain pula jadinya.
“Saya sayangkan awak. Awak?”
“Terlalu sayang... sayang sangat-sangat...” ucapan ikhlas dari hati Thia. Dia sayang Ekmal. Terlalu sayang! Ekmal dipandang penuh kasih. Lelaki itu sekadar senyum dan mengambil tangan Thia yang memegang mukanya tadi. Tapak tangan Thia digengam erat.
“Perasaan cinta antara kita boleh terus dipupuk. Jangan risau. Kita terus pupuk perasaan cinta walaupun lepas berkahwin, macam ibu dan ayah awak.” Ekmal memberi contoh terbaik untuk mereka teruskan perkahwinan.
Dahi Thia berkerut sedikit. Teragak-agak untuk bertanyakan Ekmal tentang status dirinya yang bukan anak kandung ibu. Arwah emaknya sebenarnya isteri kedua ayah.
“Awak tahu pasal ibu dan ayah? Awak tak kisah walaupun tahu saya bukan anak kandung ibu?”
“Saya sayangkan awak kerana diri awak. Tak kisahlah. Kita jangan hidup pada masa silam sayang. Ambil ikhtibar masa silam sebagai lampu suluh menuju masa hadapan. Lagipun saya nak aje hidup macam ayah dan ibu awak.”
Pandai suara Ekmal memujuk. Sejuk hati Thia dengar. “Ibu dan ayah cerita pasal mereka?”
Ekmal angguk lalu menjawab. “Tadi. Saya sempat rsarapan dengan mereka sebelum datang sini.”
“Awak rasa kita dapat jadi seperti mereka?”
“Insya-Allah. Dengan izin Allah... Jangan risau. Saya bagi awak masa untuk fikirkan lamaran saya. Ayah awak kata ada orang tu nak berhenti kerja. Tapi nak minta pendapat saya dulu.”
“A’ah. Nak berhenti tapi tak yakin sangat. Saya ingatkan nak jadi full time writers. Senang sikit nak jaga Raihan. Tapi bila fikirkan kalau saya berhenti, awak pula macam mana nanti?”
Terdiam Ekmal seketika. Mesti Thia tahu apa yang dia fikirkan. Ekmal dan Thia mana pernah kerja dengan orang lain. Sejak praktikal lagi mereka selalu kerja berdua. Bila fikirkan kena kerja dengan orang lain. Ekmal susah hendak mulakan... Dari dulu sampai sekarang, dia hanya lebih banyak luangkan masa bersama Thia berbanding pekerja yang lain biarpun dia ketua. Lebih-lebih lagi urusan kerja. Selalunya Thia yang bantu jika hendak berurusan dengan pekerja lain.
 “Ikutkan hati memang saya tak nak bagi awak berhenti. Saya tak biasa kerja dengan orang lain. Tapi saya pun sokong kalau awak nak jaga Raihan sepenuh masa. Raihan pun masih kecil lagi.”
“Betul ni? Awak betul okay?” tanya Thia lagi. Minta kepastian!
Ekmal mengangguk. “Pasti. Jangan risau.”
Thia tengok tepat anak mata Ekmal. Macam tak boleh percaya saja...
“Ekmal... awak tahu awak tak boleh tipu saya kan? I know you very well... Tak apalah. Saya kerja.”
Tersenyum Ekmal dengar. Memang susah hendak tipu Thia. “Tahu je diakan...”
“Mestilah.” Yakin suara Thia menjawab. Dia jeling Ekmal manja. Sesekali makanan disuap ke mulut.
“Beginilah... awak ambil cuti tanpa gaji. Bila Raihan besar sikit baru kerja. Lagipun waktu tu Insya-Allah mungkin kita akan bernikah. Jadi lepas kahwin nanti senang awak nak ke pejabat dengan saya.” Cadang Ekmal. Dia tidaklah teruk sangat nak paksa Thia kerja. Sebulan dua tu boleh lagi hidup tanpa Thia.
“Saya kerja lepas kahwin nanti?” tergelak kecil Thia dengar sebelum sambung bersuara.
“Macam pelik je... selalunya lepas kahwin, suami tak bagi kerja. Suruh duduk rumah je. Tapi awak ni lepas kahwin nak saya kerja pula.” Thia sambung gelak.
“Awak tahukan awaklah satu-satunya partner yang saya ada... susah sikit nak bergaul dengan orang ni. Sebulan dua dapatlah tahan... Lepas kahwin kita tinggal rumah mama dan papa je. Ada orang dapat tengokkan Raihan dan Asha. Mira pun dah mula masuk tadika. Awak tak kisahkan tinggal dengan mertua?”
Thia geleng kepala. Nak kisah apanya, bila kahwin dengan Ekmal. Automatik mama papa Ekmal jadi keluarganya juga. “Saya okay je Mal. As you wish... Isteri mithalikan kena dengar cakap suami.”
“Betul... Yang tu saya sokong. Lebih-lebih lagi suami sweet dan romantik macam saya.” Selamba saya Ekmal puji diri sendiri. Siap main kenyit-kenyit mata lagi.
Thia memang tidak tahan gelak. Rasa digeletek pula perutnya. “Yiee... muka tak malu! Kereknya awak ni. Sweet dan romantik ke papa Ekmal saya ni? Macam tak...” sengaja Thia biarkan ayatnya tergantung. Suka hati Ekmal la nak tafsir apa. Dia pun bukannya tak tahu tahap sweet Ekmal yang melampau itu. Tersangatlah faham!
“Nak tahu sweet dan romantik ke tak? Tak lama lagi jangan risau...” Ekmal kenyit mata lagi. Agaknya Ekmal terkena jin romantik tak pagi tadi? Sebab tu sweet memanjang! Hurm... Tertelan gula tu waktu masak tadi. Sebab tu manis je...
Tertutup mata Thia ketawa. Tidak henti mulut mengukir senyuman bahagia.
Ali kembali masuk bersama Asha dan Mira bila Thia selesai makan. Setia dua beradik itu duduk atas katil dengan mama mereka. Berapa minit kemudian, dua pasangan bakal besan itu pula masuk. Bila puas mama dan papa Ekmal berbual dengan ibu bapa Thia, barulah mereka pulang. Beberapa cerita tentang kehidupan dan keluarga masing-masing dibuka. Tidak lupa juga tentang Ekmal dan Thia.
Serius Thia malu bila cerita pasal dia dan Ekmal dibuka. Ekmal? Macam biasa buat muka tiada riak dia tu. Tapi sebelum Ekmal keluar hantar ibu bapa dan anak-anak Thia balik. Adalah satu dua ayat dia pergi duk bisik telinga Thia. Menyakat bila orang tiada! Selamba badak betul mamat tu!
Lama Thia termenung sendirian. Bosan pula bila bersendirian. Tapi lagi kesian kalau nak suruh Ekmal temankan dia. Ekmal pun nampak lemah semacam saja. Nampak sangat tidak cukup rehat. Semalam pun tengah malam baru balik dari hospital lepas tu, kena lagi masakkan untuk Thia awal subuh. Muka pun kalah zombie bergerak.
Hari pun mula menginjak pukul 4 petang. Thia pula entah berapa kali mengelamun. Waktu ketiadaan komputer ni pula, ideanya hendak menaip sambungan novelnya mencurah-curah.
Selalunya setiap kali hendak menaip mesti dia kaku berjam-jam depan komputer. Writer’s block dan penyakit M a.k.k penyakit Malas menjelma. Bosan! Mahu saja Thia minta kebenaran balik. Tapi doktor kata esok baru boleh keluar. Thia suruh Hana bawakan komputer ribanya jika kembali ke hospital lagi. Tapi malangnya Hana datang pun selepas maghrib nanti. Terpaksalah Thia sambung balik lamunannya.
Wardah dan Wafiy. Dua beradik itu pula ada singgah sekejap sebelum Wardah kena keluar hantar abangnya pergi kapal terbang. Sempat lagi Thia minta ole-ole dari Wafiy yang kena ke luar negara untuk khusus lagi. Patutlah semalam Wafiy balik rumah keluarga, rupanya nak buli adik perempuannya jadi pemandu tidak berbayar lagi.
Pintu wad keluarkan bunyi kreekkk. Cepat-cepat Thia alihkan kepala ke arah pintu. Kepala sudah mula set Ekmal yang datang. Rasa lambat pula orang itu melangkah masuk. Kaki yang sudah masuk dulu dari badan itu dipandang. Berdebar pula rasa hati. Macamlah setahun tak jumpa dengan Ekmal. Padahal baru je pagi tadi.
“Assalamulaikum.” Suara itu buat mulut Thia terganga hingganya seluruh tubuh itu masuk.
“Assalamualaikum...” lelaki itu kembali memberi salam bila salamnya tadi langsung tidak disambut.
Thia cepat-cepat tunduk kepala, bila terleka melihat si dia tersenyum sinis. Pasti berbakul lagi kutukannya untuk Thia. “Waalaikumsalam...” jawab Thia dengan nada perlahan. Cukuplah sekadar lelaki itu dengar.
“Nur okay? Saya dengar, abang Rusdi nyaris rogol Nur...” Zarul memulakan mukadimah kepada tujuannya untuk datang ‘melawat’ Thia. Kaki mula berjalan mendekati Thia yang duduk atas katilnya.
“Alhamdulillah. Saya okay.”
“Oh... okay... baguslah.”
“Siapa beritahu?” soal Thia.
Belakang leher diusap sebelum bersuara. “Tadi jumpa Wafiy di airport. Lepak kejap. Then terdengar pesanan dia pada Wardah. Suruh tengokkan Nur di hospital. Lepas tu saya tanya apa yang jadi.” Nampak sangat  muka Wafiy yang memang tidak mahu dia tahu tadi. Tapi lepas paksa punya paksa barulah Wafiy ceritakan hal yang berlaku.
“Oh...” itu saja balasan Thia. Tertanya juga niat Zarul yang datang tiba-tiba. Hendak datang lawat dia? Boleh jalan. Thia tidak langsung harapkan itu niat Zarul. Mustahil lelaki itu ambil berat pasal dia.
Jeda. Keadaan sangat senyap, kekok dan rimas. Dua-dua senyap. Tiada sesiapa pun ingin mula bersuara. Sampaikan bunyi penghawa dingin pun Thia dapat dengar sejelas-jelasnya. Otak mula berfikir siapa yang beritahu Zarul tentangnya yang ditahan dalam wad.
“Saya sebenarnya datang nak ambil Asha, Mira dan Raihan... Rasanya cukuplah jagaan Nur pada mereka.”
Allah! Terkejut Thia dengan ayat terakhir Zarul. Dia dongak kepala memandang Zarul. Dahi sudah mula berkerut. “Apa maksud a...”
Belum habis Thia berkata, Zarul terus memintas. “Cukuplah sampai sini... lepas ni tak payahlah ambil tahu pasal mereka. Untuk mengetahuan Nur, saya sendiri dalam proses tuntut  hak penjagaan budak-budak tu... ”
Thia geleng kepala. Tidak dapat terima dengan kenyataan yang baru saja dia dengar. “Tolonglah beritahu saya yang awak main-main...” kalau Zarul turut ingin rebut hak penjagaan itu sudah tentu peratus Thia untuk menang terlalu nipis. Zarul pak cik kandung mereka sedang Thia sekadar orang luar.
“Saya tak main-main hal begini. Lepas Nur keluar hospital. Saya akan pergi jemput budak-budak tu. Rasanya Nur pun tak mampu hendak jaga...”
“Tidak!!!” jerit Thia kuat. Tajam matanya memandang Zarul. Kenapalah lelaki itu terlalu kejam? Terlalu ikut kata hati?
“Jangan sesekali pisahkan saya dengan mereka. Mereka anak saya!! Saya tak minta awak terima saya. Tapi saya nak anak-anak saya! Awak jangan sesekali pisahkan saya dengan mereka!!” Menjerit-jerit Thia memarahi Zarul. Tidak tertahan rasa amarahnya.
“Saya tak minta pendapat awak Nurfathiah. Saya datang sini untuk beritahu pasal ini aje.” Selamba lelaki itu bersuara tanpa fikirkan perasaan Thia. Memang itu niat Zarul, untuk bertemu dengan Thia dan beritahu tentang keputusan yang diambilnya.
‘Cuma Nur yang agak sukar menerima hakikat bahawa dia langsung tiada kena mengenakan dengan keluarga aku... ‘akal fikiran Zarul cuba menyedapkan rasa hati.
Kepala Thia digeleng kecil. Kecewa! Sungguh Thia terlalu kecewa dengan perangai Zarul. Badan yang tadinya tegak memarahi Zarul semakin mengendur, menghembuskan keluhan kecil.
“Saya tak tahu nak cakap apa supaya Nur faham. Budak-budak itu masih ada keluarga, saya rasa tak patut kami buat mereka seperti anak-anak terbuang sedangkan keluarga mereka masih bernyawa....” terang Zarul.
“Saya tak pernah suruh awak anggap mereka sebagai anak terbuang. Saya cuma nak jaga mereka... tolonglah faham...” Tidak! Walau apapun, Thia tetap dengan keputusannya untuk menjaga anak-anak saudara Zarul.
Zarul tersenyum sinis. “Nur nak jaga mereka? Diri Nur sendiri terjaga ke?” soalnya sarkastik.
“Cakap tanpa ayat-ayat sinikal tak boleh ke?” soal Thia tanpa selok belok. Setiap kali Zarul bersuara. Mesti ada saja ayat-ayat sinis yang keluar dari mulut lelaki itu. Bingung Thia. banyak sangat ayat double meaning! Selalunya perempuan saja yang selalu keluarkan ayat yang berbelit-belit macam ni. Lelaki suka ayat yang direct saja. Tapi sekarang terbalik pula?!
“Baiklah. Beginilah... Nur kata nak jaga anak saudara saya. Tapi tengok pada diri awak sendiri... diri sendiri pun tak terjaga nikan pula nak jaga anak saudara saya? Rasanya lagi selamat kalau saya yang jaga mereka. Noktah.”
Ternganga Thia. Alasan Zarul langsung tidak munasabah!
“Biar betul awak ni Zarul. Are you mad? Saya masuk hospital sebab bekas abang ipar awak yang ugut saya?! Apa yang berlaku semua ni bukannya saya boleh kawal. Gila ke saya tak pandai jaga diri. Selama ini elok saja saya jaga budak-budak tu. Jangan hanya satu perkara yang terjadi semalam awak terus judge saya yang bukan-bukan!!”
“Saya tak hukum Nur atas apa yang terjadi semalam. Tapi tengok diri awak Nur... You’re not married yet! You have no experience jaga budak. Nur tak takut ke dicerca sana sini? Plus, orang gila pun tahu bezakan muka awak yang semakin mencengkung. Pucat sana sini. Makin kurus!”
Pada mulanya Zarul masih lagi ragu-ragu dengan keputusan yang dia ambil untuk berjumpa dengan Thia. tapi sebaik saja melihat rupa paras yang sedikit mencengkung itu buat dia bertindak sejauh ini. bertambah yakin keputusan yang dia buat itu betul. Rupa Thia bukan sekadar mencengkung, tapi nampak sangat makin kurus. Pucat sana sini.
“Apa awak peduli dengan keadaan saya. Ini diri saya. Yang penting budak-budak tu gembira. Saya turut gembira. Saya sayang mereka.”
“Sayang Nur membunuh diri sendiri. Don’t you get it? Pergilah cari kehidupan sendiri. Apa yang saya tahu Nur sekarang tengah bercinta. Kahwinlah dengan budak tu. Nanti Nur pasti ada anak sendiri. Tinggalkan anak-anak saudara saya. ”
“Awak tak faham ke atau buat-buat tak faham?!!” jerit Thia kuat. Mukanya berubah. Marah! Bengap betul mamat ni.
“Cakap tak boleh dengan nada rendah ke? Kena juga teriak macam berdiri seratus meter aje beza.” Tegur Zarul dengan nada perlahan tapi masih lagi kedengaran terlalu tegas.
Thia mengeluh. Dia mula merendahkan suaranya. Penat juga hendak melenting saja dari tadi. Tapi angin satu badan punya pasal. Terkeluarlah segala yang tidak terkawal. “Saya sayang budak-budak tu... Saya nak jaga mereka. Janji Zarul. Saya telah berjanji... Awak tolonglah faham situasi saya. Saya merayu pada awak. Biarlah saya jaga anak-anak saudara awak. Kalau awak risaukan kekasih saya tak sayangkan mereka. He loves them.Terlalu sayang... Dia sayangkan mereka....”
“Sekali lagi rasa sayang Nur terlalu sia-sia. Cinta dan sayang awak itu bertaburan ke? Sampaikan suka hati bagi dengan orang lain? Akhirnya Nur sendiri yang merana...” Mendalam sungguh ayat Zarul.
Mengalahkan ayat novel! Thia faham segala maksud yang tersirat dalam susunan ayat Zarul itu. Pasti terselit dengan perasaannya. Dia mengeluh kecil. Susah betul nak fahamkan budak yang terlebih ego seperti Zarul. Ego tidak bertempat.
“Hati saya... saya sendiri yang rasa merana atau bahagia...”
“Degil!” gumam Zarul dengan dengusan kuat.
“Apa pun saya tetap nak jaga anak saudara awak.” Thia memeluk tubuh. Hendak berdiri melawan tidak mampu. Tidak larat untuk berdiri. Kakinya berbalut. Walaupun tidak bersimen tapi dia perlu berhati-hati agar tidak tambah teruk.
“Dan saya tetap akan usahakan hak penjagaan sampai dapat. Jangan sampai satu masa saya langsung tak izinkan Nur bertemu langsung dengan mereka.”  Amaran terakhir Zarul sebelum melangkah. Lama dia di situ pun belum tentu Thia akan ubah fikiran. Pintu dihempas kuat. Telefon berdering dikeluarkan. Perkataan ‘sayang’ tertera. Aqila dail tepat pada masanya.
Thia sempat tersentak dengan ayat terakhir Zarul. Dia betul-betul maksudkannya! Thia pasti itu. “Zarul!! Zarul!!” jerit Thia kuat. Tapi Zarul tidak lagi ingin berbincang dan terus saja pergi. Ingin kejar tapi Thia tidak mampu berdiri.
“Zarul!!!” jerit Thia sekuat hati. Bengap!! Marahnya lagi. Stress. Kenapalah wujud insan yang ego melangit macam Zarul tu?
“Macam mana saya nak hidup tanpa mereka. Hidup saya sudah sebati dengan mereka bertiga? Takkan awak tak faham lagi...” gumam Thia sendirian. Dia perlukan seseorang. Seseorang untuk dengan luahannya. Seeorang yang mampu memberi senyuman bila hati tengah kritikal.

Ekmal Hadi! Cepatlah datang...

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Monday, February 17, 2014

Bukan Orang Ketiga bab 20


Bahagia? Syukur alhamdulillah. Ekmal berusaha menjadi teman lelaki terbaik buat Thia. Dia akui. Sejak hari pertama mereka bersama. Ekmal tidak putus memberi kata semangat dan layanan istimewa sebagai teman wanita. Malah, Ekmal turut sayangkan tiga anaknya terutama si kecil Asha yang memang sedia manja dengan lelaki itu.
Zarul? Kini saat jantung Thia masih lagi bergetar mendengar nama lelaki itu. Dia akui, perasaan bertahun-tahun lamanya tidak mudah hilang begitu saja kerana akar-akar cinta Thia sudah tersemat kuat di bumi hatinya. Namun Thia cuba sedaya upaya untuk lupakan lelaki itu dan mengantikan dengan cinta Ekmal. Sekurangnya jika bersama Ekmal, fikirannya terhadap Zarul dapat dinyahkan terus, Ekmal tahu bagaimana untuk melesapkan pemikiran Thia pasal Zarul.
“Siap dah... alhamdulillah!” Thia mengurut bahu yang terasa lenguh. Letih sungguh mata bila kena hadap bila system corrupt macam hari ini. 24 jam rasa tidak mencukupi. Tersilap sikit boleh salah keseluruhannya, sudah tu payah lagi hendak cari punca masalah jika salah sedikit pun.
Kepala Thia terus direbahkan atas meja Ekmal. Lama mereka selesaikan masalah yang tiba-tiba timbul sejak dua hari lepas. Thia menguap kecil. Mengantuk. Sebenarnya lebih kepada letih saja menghadap komputer. Dia yang mula terlelap dikejutkan dengan ketukan atas meja.
“Janganlah tidur. Larat ke bangun ni?”
Thia mengganguk. Dia duduk tegakkan badan. “Larat. Sekarang jam berapa eh?” soal Thia sambil memerhati lama jam dari komputer riba miliknya. Lama jam diperhatikan sebab pandangnanya yang agak kabur.
“Eh! Jam 8.30 dah....” terkejut Thia melihat angka nombor. Hari ini dia balik lewat lagi. Harap ibunya tidak membebel panjang bila dia sampai rumah untuk ambil budak-budak nanti.
“Biar saja hantar awak balik je. Kesian tengok. Parah sangat mata tu.”
“Tak perlulah Mal. Ingat muka saya saja yang parah. Tengok muka awak tu. Dua kali lima juga. Balik jangan sambung main Dota pula. Terus tidur. Mungkin saya terus tidur rumah mak saja malam ni. Tak balik rumah saya.”
Ekmal mengangguk. “But please make sure awak pandu kereta hati-hati. Hari ni masih lagi ke rasa ada orang ikut awak tu?” soalnya prihatin. Risaukan keselamatan Thia yang masih mamai mengantuk dan keletihan. Bertambah risau lagi bila Thia beritahu seolah-olah ada orang perhatikan gerak gerinya berberapa hari ini.
Thia geleng kepala. Dia yakin hari ini tiada lagi firasat hatinya seolah diperhatikan dari jauh.
“Tak ada pula. Mungkin firasat saja kut.” Senyum Thia bagi menyakinkan jawapannya pada Ekmal.
“Baiklah. Kalau ada apa-apa terus telefon saya.”
“Awak tak balik terus ke?” tanya Thia sambil semangat hendak matikan komputer riba serta barang lain atas meja Ekmal. Fikirannya sudah melayang ke rumah. Pasti si kecil Raihan sudah mula merengek kalau tidak dapat berpeluk dengannya setiap malam.
“Tak. Saya nak kemas kini beberapa folder lagi. Lepas tu baru balik. Sampaikan goodnight kiss untuk Raihan.” Thia ingatkan Ekmal sudah terlupa dengan pesanan setiap malam itu. Setiap kali balik kerja dan sebelum tidur Ekmal tidak pernah lupa pesan Thia agar memberi goodnight kiss pada Raihan.
“Insya-Allah. Nanti saya sampaikan goodnight kiss papa Mal...” tersenyum Thia memandang Ekmal yang sempat lagi kenyit mata padanya. Dia terus ke keluar dari pejabat Ekmal. Lagipun tidak elok mereka berdua malam-malam begini walaupun atas urusan kerja. Nanti tidak pasal-pasal kena cekup.



Menyesal pula Thia kerana balik lewat hari ini. Berganda-ganda kesal menolak Ekmal yang hendak menghantarnya tadi. Hendak naik atas rasa takut pula toleh belakang. Terasa ada seseorang yang mengekorinya. Thia toleh belakang. Keadaan terlalu sunyi malam ini. Hatinya berdebar-debar. Tidak sedap hati, Thia cepatkan lagi langkahnya untuk terus masuk ke dalam kereta. Saat ini teringat situasi beberapa tahun lalu ketika di Makkah. Bukankah Zarul pernah berpesan agar jangan berjalan sendirian.
Tangan Thia mengorek telefon bimbit dalam beg tangan. Nombor 1 ditekan. Speed dial yang diset dengan nombor telefon Ekmal. “Mal... Mal... tolong saya. Rasanya ada orang ikut saya dari belakang...”
“Awak mana?”
Parking lot...
Arrgh!!!” Belum sempat lagi Thia mendengar jawapan Ekmal. Telefonnya terus direntap dari belakang. Abang Rusdi!! Bergetar tubuh Thia ketakutan. Lelaki yang tidak serupa manusia itu wujud lagi rupanya.
Telefon Thia terus dicampak. Tangan gadis itu terus digenggam kuat. Dengan sekuat hati Thia menendang perut Rusdi. Thia terus berlari dari genggaman lelaki itu. Digagahkan diri untuk terus berlari walaupun payah kerana pakai kasut tinggi. “Kau jangan ingat dapat lari dari aku!” dia terus berlari lalu menangkap Thia yang baru saja sampai keretanya.
Thia ludah tepat ke muka Rusdi. Jijik dia melihat wajah mencengkung lelaki itu. “Kau nak apa!!!” kedua belah tangan Thia digenggam erat bersandarkan kereta Thia. Rusdi terus mencekik leher Thia. Hampir tercabut nyawa Thia dicekik kuat oleh lelaki itu.
“Sial! Aku nak bunuh kau. Kau yang hancurkan hidup aku. Kau buat aku diburu polis.” Kata lelaki itu dengan senyuman sinis. Menakutkan! Thia berharap sangat Ekmal sempat turun sebelum dia diapa-apakan oleh lelaki itu.
“Gila yang kau bunuh kak Isya! Kau lepaskan aku...” tersedak-sedak Thia minta dilepaskan. Lehernya sudah dicengkam kuat. Memerah muka Thia menahan kesakitan.
Rusdi ketawa kuat. “Bodoh! Kau ingat aku nak lepaskan kau...” matanya merayap pada tubuh Thia. Nafasnya turun naik. Syaitan mula membisik niat jahat ke telinga Rusdi. Dia belum bodoh lagi hendak bunuh Thia sebelum merasa tubuh gadis itu.
Tubuh Thia terus ditolak jatuh ke lantai. Terus jatuh terpelesot Thia dengan kasut tumit tingginya. Kaki Thia terseliuh. Dia mengerang kesakitan. Air matanya tidak mampu ditahan lagi. Deras saja mengalir. Sekuat hati Thia menolak dan berlawan dengan Rusdi. Nyata lelaki itu tidak terkesan. Pegangan Rusdi makin kuat.
Jeritan demi jeritan kuat dari mulut Thia minta tolong dan dilepaskan. Dia tidak mudah menyerah kalah. Rusdi terus menumbuk kuat pipi Thia. Sakit kepalanya mendengar jeritan Thia yang nyaring. Dia tersernyum puas saat gadis itu tidak sedarkan diri lagi. Baru saja dia hendak tunduk merogol gadis itu. Tumbukan kuat mengena pada mukanya pula.
Rusdi terus terjatuh. Darah pekat mengalir di mulutnya. “Kurang ajar!!” marah Ekmal. Tubuh lelaki itu bertalu-talu dipukul hingga tidak mampu sedarkan diri.
Siren polis yang masuk ke dalam basement parking lot dipandang. Ekmal sempat lagi memberi tumbukan terakhir pada muka lelaki itu. ketika dalam perjalan turun mencari Thia, dia sempat mendail pihak berkuasa.
Setelah menyerahkan Rusdi kepada pihak polis. Ekmal terus mencempung Thia masuk ke dalam keretanya. Gadis itu masih lagi dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ya Allah! Engkau lindungilah dia.... hati Ekmal tidak henti mendoakan keselamatan Thia sejak mendapat panggilan Thia tadi.



“Lepaskan aku... lepaskan aku!!” jerit Thia kuat. Badannya sekali lagi meracau-racau.
“Thia... Thia... bangun.” Tubuh Thia digoyang sekuat mungkin. Sudah beberapa kali gadis itu meracau-racau dari tadi. Wardah yang baru saja sampai terus berlari memeluk Thia yang semakin hilang kawalan.
“Thia... Thia... bawa mengucap.” Tubuh kawannya dipeluk erat. Menyalurkan aura positif pada Thia.
Seluruh tubuh Thia mengigil ketakutan. Dia duduk sambil memeluk kaki yang terselindung dengan selimut. Wardah masih lagi memeluk erat tubuh kawannya. Teresak-esak Thia menangis ketakutan. Kepalanya diusap lembut.
It’s okay. Everything just fine. Alhamdulillah. Kau tak apa-apa.” Pujuk Wardah.
“Aku dirogol Dah... aku dirogol...” Thia tidak habis-habis merintih. Badannya bergetar mengenangkan diri yang sudah kehilangan dara. Seingatkannya sebelum dia pengsan, Rusdi hendak memperkosa dirinya. Thia mengucap lagi. Dia takut hilang pedoman. Hilang pertimbangan diri. Dara wanita umpama mahkota sesebuah maruah diri seorang gadis. Ya Allah! Lindungilah aku... jauhilah aku dari perkara-perkara mungkar.
“Tak Thia. Tak. Kau selamat. Ekmal sempat selamatkan kau tadi...” pujuk Wardah lagi. Kepala dan belakang Thia diusap perlahan.
Thia menangis lagi tapi tidak lagi meraung seperti tadi. Hingus cair turut mengalir bersama air mata yang tidak ada tanda-tanda berhenti. Lebih kepada tangisan penuh kesyukuran. Bersyukur pada Allah kerana melindunginya. Syukur Ya Allah. Alhamdulillah. Terima kasih pada Ilahi.
“Tenang Thia... Ingat Allah. Banyakkan mengucap.” Wardah cuba memberi ketenangan. Alangkah terkejutnya dia bila Ekmal telefon dan menceritakan apa yang terjadi tadi. Nyaris saja dia pengsan mendengar. Wardah terus mengetuk bilik abangnya yang kebetulan tengah bermalam di rumah ibu bapa mereka. Dia sendiri tidak mampu memandu dalam keadaan cemas. Hana dan keluarga Thia turut didail dalam perjalanan tadi. Mungkin sekejap lagi mereka akan sampai.
Muka Ekmal yang serabut belakang Thia dipandang sayu. Wardah tersenyum hambar pada lelaki itu. Kemudian dia kalihkan pandangan pada abangnya. Jelas riak risau terpancar pada wajah Wafiy merenung Thia sedari tadi, dia dapat rasakan kerisauan abangnya. Terdetik hati Wardah tentang sesuatu. Adakah Wafiy menyimpan perasaan pada Thia?



“Budak-budak mana bu?” tanya Thia pada isteri pertama ayahnya.
“Rumah. Kak Ngah dan adik tolong jagakan. Sakit jantung ibu bila tahu Nur nyaris kena rogol. Nasib baik Nur selamat.” Kedengaran gusar nada suara Shahira. Kalau sesuatu berlaku pada anak tirinya, dia tidak tahu hendak jawab apa pada arwah madunya nanti.
Thia tersengih kecil. Senyuman kecil dihadiahkan dari wajah pucat itu. Wajah gusar ibunya dipegang lembut. Dia tahu betapa sayangnya ibu tirinya pada dirinya. “Ibu jangan risau ya. Nur tak apa-apa. Kawan Nur cakap penjenayah tu pun sudah ditangkap.”
“Nur tinggal di rumah ayah balik. Ayah tengok Nur pun semakin kurus, terpaksa ulang alik hantar anak-anak angkat Nur.” Pinta Naim, ayah Thia pula. Dia tahu sebenarnya Nur kekok untuk tinggal bersama mereka walaupun isteri pertamanya tatang Nur macam anak sendiri. Tapi memandangkan Nur anak tunggal dari isteri kedua, rasa rendah diri dari adik beradik tiri itu sentiasa ada dalam diri anak gadisnya itu.
“Tak apalah ayah. Lagipun Nur biasa macam ni. Sebenarnya Nur nak bincang dengan kawan Nur, ingat nak berhenti kerja. Nur nak fokus jaga budak-budak. Nur nak jadi full time writer pula. Dapat juga Nur luangkan masa lebih bersama Raihan.”
“Ayah sentiasa sokong kehendak Nur, tapi kalau Nur perlukan kami. Jangan lupa ibu dan ayah selalu ada. Tadi ayah ada bincang sikit dengan kawan Nur. Ekmal eh nama buah hati sayang ayah ni... Sebenarnya dia lamar Nur untuk jadi isteri. Dia nak jaga Nur. Takut benda macam tadi berlaku lagi.”
Pura-pura Thia tersedak mendengar. Ibu tirinya yang tersenyum-senyum hanya disambut dengan senyuman hambar. Alahai malunya... dalam hati tersenyum riang! Sweet Ekmal, lamar dia terus pada ayah!
“Tak beritahu ibu pun, Nur dah ada kekasih.” Hidung Thia dicuit lembut. Tersengih memanjang saja anaknya. Kalau bukan kerana kes malam ini, Thia sebenarnya ingin membawa Ekmal mengenali keluarganya dengan cara baik. Nampaknya malam ini jugaklah ibu bapanya tahu tentang hubungan istimewanya.
“Baru je bu.” Katanya dengan senyuman meleret. Aduh! Malu... malu... terasa bahang panas menyerap satu muka Thia.
“Nur nak ayah terima budak tu ke?”
“Nur bincang dengan dia dulu ayah. Nak minta pendapat sikit. Ekmal mana yah?” Kata Thia dengan barisan gigi yang jelas kelihatan. Senyum sampai ke telinga kau Thia oi!
“Luar dengan kawan Nur. Mereka nak bagi ruang untuk ayah dan ibu bercerita tenangkan Nur. Wardah kata tadi teruk juga racaunya.”
“Takut ayah. Lepas ni taubat nak jalan seorang diri. Ekmal nak hantarkan tapi Nur tolak. Menyesal berganda-ganda tadi sebab tak ikut cakap dia.”
“Anak ibu ni... terlalu berani! Ibu kan selalu pesan jangan jalan seorang diri. Lebih-lebih lagi tempat sunyi.” Berkerut dahi Shahira menegur sikap Thia.
Thia tersenyum lagi. Kedua tangan ibunya digenggam kuat. “Insya-Allah. Janji lepas ni tak buat lagi. Takut tadi pun masih ada lagi. Taubat tak buat lagi.”
“Jangan buat lagi tau. Nur tahu macam mana ibu dan ayah sayang Nur kan? Kami tak nak sesuatu buruk berlaku. Cukuplah malam ini sebagai pengajaran.”
Angguk. Terharu dengan kata-kata ibu tirinya. Siapa kata semua ibu tiri itu sejahat ibu tiri Cinderella. Hanya kerana satu watak yang dikenali seluruh dunia, terus majoriti manusia seluruh dunia cop ibu tiri itu sebagai seorang yang jahat dan tidak berhati perut. Walaupun pada hakikatnya, ramai saja ibu tiri yang baik dan memahami.
“Ibu dan ayah balik la, rehat. Lagipun tengah malam begini mesti ibu dan ayah penat. Hana dah ambil cuti besok. Dia jaga Nur malam ni.” pujuk Thia. Dia tidak suka menyusahkan ibu dan ayahnya. Lebih-lebih lagi ibunya yang jaga anak-anak angkatnya siang tadi.
“Baiklah. Nur rehat ya. Pucat betul muka tu...” pesan Shahira lagi. Thia mengangguk lantas tunduk cium bersalaman dengan ibu dan ayahnya.
Beberapa minit selepas ibu dan ayahnya keluar pintu, Ekmal dan Hana pula masuk ke dalam wad. Wafiy dan Wardah pun sudah pulang, Thia tidak mahu adik beradik itu penat esok pagi kerana mereka perlu berkerja.
“Terima kasih Mal...” ucap Thia untuk yang entah berapa kali. Tidak terbalas ucapan terima kasih itu dengan perlindungan dari Ekmal.
Lelaki itu senyum mengangguk. “Saya balik dulu. Hana akan jaga awak. Esok saya datang lagi.” Kepala Thia yang masih bertudung itu diusap lembut sebelum dia pergi tinggalkan Thia dan Hana.
“Amboi Thia. Sudahlah tenung pintu tu. Orang tu pun aku rasa sampai rumah dah. Aku yang terconggok di sini tidak pula kau tengok. Tengok pintu sambil senyum sampai ke telinga.” Perlian Hana langsung tidak diambil peduli.
Thia senyum lagi. Alahai hati. Boleh cair dengan Ekmal yang protective.
“Hah! Tidur,tidur. Kau nak tidur atas ni dengan aku?” soal Thia pada Hana.
Geleng kepala. “Aku baring atas sofa tu saja nanti. Katil kau tu bukannya besar mana. Tertendang kaki kau yang berbalut tu. Nanti bertambah pula sakit.”
Thanks Hana. Kau beritahu Danial sekali. Cakap terima kasih sebab sudi benarkan kau cuti esok untuk jaga aku.”
“Baiklah. Dia tak bagi aku cuti pun aku tetap akan cuti. Terkejut aku dengar suara Wardah menangis beritahu pasal kau tadi. Bila dia kata kau meracau-racau tambah takut aku dengar. Kau sila sayang diri sendiri macam mana kami sayangkan kau. Jangan nak buang tabiat jalan seorang diri lagi.”
Malam ini saja sudah berapa orang tinggalkan pesanan penaja tentang keselamatan diri sendiri. Dan Thia akan semat dalam kepalanya. Lain kali jangan buat lagi! Takut pasal keadaan cemas tadi pun masih lagi ada. Sampai bila-bila Thia tidak akan lupakan kejadian tadi itu.

Ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku itu.
#Alhamdulillah. ada 'sesuatu' selepas apa yang berlaku. Ekmal terus lamar Thia~~!! yuhuuu~ Gedummm....gedummm.... getakkk... getakk... *BunyiKompang* apa agaknya reaksi Zarul bila tahu?
more sneak peak here :  NURFAZILASERENITYPAGE

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!