Bab
5
“Itu
bukan kereta Iskandar ka? Pagi tadi dia tiada masuk kelas kan?” soal Dania.
“A’ah.
Dia nak balik katanya. Ada hal. Hari ni baru balik sini.” Terang Insyirah. Dia
membelek majalah Kreko milik Yusri. Kalau budak perempuan lain minat baca
majalah gosip dia pula minat baca buku komik. Sasarannya budak lelaki di kelas.
Haraplah dia beli majalah atau buku komik sendiri. Semuanya pinjam. Free of charge.
“Tahu
pula kau yang Iskandar balik.” Tukas Kamil.
“Aku
tahulah sebab dia yang bagitahu. Itupun nak sibuk.”
“Irah!
Betullah itu Iskandar. Tu dia keluar dari kereta. Tu dia panggil kau.” Dania
menunjuk Iskandar yang menyuruhnya memanggil Insyirah menggunakan isyarat.
“Kacau
betullah kau ni Dania. Aku tengah baca komik ni. Si Iskandar tu kata dia balik
hari ni. Belum tentu dia sampai hari ni jugak. Paling awal pun mungkin malam
baru sampai.” Insyirah masih lagi tekun membaca majalah komik tersebut.
Dia,
Dania, Irfan, Kamil dan Yana sedang menunggu kereta masing-masing untuk balik
rumah. Memandangkan Insyirah menumpang kereta Irfan yang berjiran beberapa buah
rumah dari rumahnya maknanya kalau Irfan masih dating dengan Dania, dia kenalah
tunggu juga. Jadi Mak Guard!
“Kak
Irah! Betullah tu Iskandar. Dia panggil akak Irah tu…” gesa Irfan.
“Hish!
Kacau betullah… mana?” mata Insyirah melilau mencari kelibat Iskandar.
“Tu…” kepala Insyirah dipegang lalu ditunjukkan tepat ke arah Iskandar yang sedang memandang mereka. Dania mengalihkan tangannya setelah Insyiarh betul-betul sedar tentang kelibat entah teman entah kekasih si Insyirah ni. Sudahlah mesra semacam saja. Tapi bila ditanya tidak pula minah ni mengaku.
“Tu…” kepala Insyirah dipegang lalu ditunjukkan tepat ke arah Iskandar yang sedang memandang mereka. Dania mengalihkan tangannya setelah Insyiarh betul-betul sedar tentang kelibat entah teman entah kekasih si Insyirah ni. Sudahlah mesra semacam saja. Tapi bila ditanya tidak pula minah ni mengaku.
Senyuman
Insyirah meleret. Dia berdiri lalu berlari anak ke tempat parkir kereta
Iskandar. Komik tadi sempat dilempar. Malang tidak berbau tersasar pada muka
Irfan. Dania sudah tertawa kecil memandang wajah Irfan yang sudah kelat.
Muncung mulut Irfan macam itik.
“Padan
sangatlah kamu dua Insyirah ni. Seorang senyum macam Joker nampak si Iskandar
balik. Seorang nampak macam itik bila kena lempar buku komik. Dah macam kembar
dah aku tengok.” Kata Dania. Hak ambik engkau! Dania dan Insyirah kalau
bercakap dua kali lima saja. Main lepas!
Irfan
mencebik.
Cukuplah
dia dan Dania tidak macam pasangan kekasih lain ber‘Abang,sayang’ atau ber
‘hubby, honey’. Kalau nak try kena
luku oleh Dania cubalah cakap!
“Belum
kahwin jangan harap nak berabang dan bersayang! Takda maknanya.” Teringat Irfan
pada amaran keras Dania. Nasib baik sayang punya pasal. Dia tahu juga ni mesti
pengaruh kakak sepupu ‘Kesayangannya’ tu. Dania dan Insyirah sama-sama tahan
‘karat’. Belasahlah cakap macam mana pun tetap kalah dengan mereka berdua.
Nasib
baik sayang punya pasal. Dia sendiri pun tidak pasti macam mana boleh
tersangkut oleh Dania ni. Secara fizikal mak aih! Ayu, lemah lembut, bertudung
tapi kalau menyembur boleh tahan terror. Itulah baik buruk Dania. Dia berharap
sangat kakak sepupunya itu terkenan juga dengan Dania agar ada biarlah sekecil
hama sekalipun keayuan ataupun pakailah tudung untuk tutup aurat. Ini pulak
masih degil. Keras kepala!
Sudahlah
gaya brutal semacam. Nasib baik Insyirah tu serba ‘Pink’…nampak sedikit
kewanitaannya.
“Hai!”
tegur Insyirah sambil senyum meleret. Lantaklah ramai yang memandang dia yang
rapat dengan Iskandar. Dahinya sudah terang sangat nampak ayat ‘Ada Aku Kesah?’
pandanglah sampai tembus pun aku tak kisah. Cakaplah kalau jeles…hahaha! Dia
dekat Iskandar ni pun sebab satu hal. Kalau tidak takda maknanya dia
meninggalkan scene hebat di buku komik tu.
“Assalamualaikum!”
perli Iskandar.
“Waalaikumusalam…
awal balik?” Dia memulakan mukadimah…hehe…
Iskandar
buat double jerk! Faham sangatlah
muka tak tahu malu Insyirah tu. Kalau sudah senyum kambing mesti adalah sesuatu
dia nak.
“Kalau
iyapun Insyirah. Tak payahlah kau senyum macam tu. Gerun aku tengok. Ketara
sangat dekat muka kau tertulis…ole-oleh aku mana? Ole-ole takda. Jangan mimpi
aku nak belikan.” ujar Iskandar sambil menekan-nekan dahi Insyirah.
“Takda?”
automatik muka Insyirah suram mendengar kata-kata Iskandar.
“Takpalah…
aku tahu… siapalah aku ni kan…” Insyirah sudah mula buat drama sebabak.
Tok!
Satu
ketukan singgah di kepala Insyirah.
“Janganlah
nak buat Drama Sinetron sini boleh tak? Drama Queen betul! Tunggu aku kejap!”
Iskandar berpaling lalu membuka pintu kereta bahagian penumpang belakang.
Sebuah patung beruang yang besar gedabak berwarna pink dikeluarkan.
Banyak
mata-mata memandang mereka dengan perasaan yang berbaur. Pelajar lelaki baru
itu memberi hadiah untuk kak pengawas paling rock di sekolah siapa lagi kalau
bukan Insyirah. Pengawas mana-mana pun tidak dapat mengalahkan Insyirah. Bilik
disiplin jadi rumah keduanya sudah di sekolah.
Dari
segi pakaian memang perfect, masuk kelas tepat sebelum kelas bermula tapi waktu
ko-kurikulum memang liat nak mampus. Mesti dia yang escape dahulu. Pantang larang dia berkawat waktu ko-kurikulum
terutamanya unit beruniform.
“Nah…!”
Iskandar memberi patung tersebut kepada Insyirah.
Terkebil-kebil
mata gadis itu memandang Iskandar yang sedang memeluk patung tersebut.
“Untuk
aku?” jari Insyirah ditunjuk tepat pada hidungnya.
“Tak…
untuk mak cik Melah kantin. Nak ke tak nak? Kalau tak nak aku bagi dengan mak
cik tu.” ugut Iskandar sambil tersenyum. Suka betul dia melihat wajah ceria
Insyirah. Dapat juga dia melupakan tekanannya. Sebab itulah dia sangup mencari
patung tersebut sebagai ole-ole untuk Inysirah walaupun dia sibuk gila.
“Eh!
Tak boleh… tak boleh… Mak cik Melah cakap dia alah benda-benda Pink ni. Bagi
aku je…hehe…” Patung tersebut bertukar tangan. Insyirah memeluk erat patung
yang hampir Dania yang kemetot tu. mentang-mentanglah dia tinggi macam galah.
Ada hati nak kutuk kawan baik sendiri. Ish…ish…ish…
“Comel….”
Habis patung tersebut diramas-ramas. Nak seram pula Iskandar dengan Insyirah
ni. Macam psyko pun ada. Adakah bawa bercakap dengan patung. Dia yang tercongok
di depan ni langsung tidak dilayan. Hampeh punya kawan! Sudahlah awal-awal tadi
langsung tidak tanya kenapa tak datang sekolah. Sekurang-kurangnya
tanyalah sihat ka, baik ka? Ni tidak pun
bertanya pasal dirinya biar satu soalan pun.
“Terima
kasih Zaril Iskandar! Sayang kau ketat-ketat.” Ujar Insyirah tapi yang dipeluk
ketat-ketat ialah patung pink tu. Apa ke jaddahnya si Insyirah ni.
“Aku
tak boleh peluk kau. Haram! Jangan mimpi. Kau ingat aku tak tau apa dalam
kepala otak kau yang sudah berkarat tu.” kata Insyirah keras.
Iskandar
tertawa kecil. Memang sixth sense betul budak seorang ni. Baru sahaja terlintas
diotaknya satu ayat banyak punya cantik.
‘Dari
kau peluk patung tu baik kau peluk aku!’getus Iskandar tadi dalam hati. Tak
sangka pula Insyirah dapat tafsir fikirannya. Pysko betul minah ni!
“Eh!
Lupa. Tadi aku ada salinkan dikertas semua soalan untuk homework hari ni untuk kau. Kejap aku pergi ambil dulu. Kau pegang
patung ni. Aku nak pergi ambil dulu.”
“Sekali
pergi ambil beg kau la Insyirah. Biar aku hantar kau terus balik. Tanya Irfan
kalau nak join balik sekali.” Cadang Iskandar.
“Okey…jap….jap…
pegang ni dulu.” Insyirah memberi patung tersebut kepada Iskandar. Dia pergi
mendapatkan Irfan yang tengah syok berdating tak ingat dunia. Angau sepupu aku
seorang ni!
“Irfan
aku balik ikut Iskandar. Dia tanya kalau kau nak join sekaki setangan balik
dengna kita orang...” soal Insyirah. Dia menyambar beg sandang lalu dipakai.
“Tak
naklah. Nanti mak datang ambil juga.” Jawab Irfan.
“Macamlah
aku tak tahu kau nak dating lagi. Baiklah aku chow dulu. Bye Yana, Dania, Kamil
dan Irfan! Aku balik dulu.” Kata Insyirah sambil berlari anak masuk ke dalam
kereta Iskandar.
“Kirim
salam dengan patung pink kau tu! jerit Yana kecil.
Tiga
pasang mata memandang Yana tajam. Teruatamanya Kamil.
“Apa?
relekslah weiyh! Patung tu comel apa?”
“First
time kak Irah terima hadiah dari budak lelaki tau. Selalunya depan-depan dia
reject tak nak. Kalau takda nama pula dia buat sedekah dekat orang lain
walaupun coklat kegemarannya. Kak Irah tu dah lah kaki coklat tak ingat dunia.”
Komen Irfan. Selama ini hadiah dari dia saja yang Insyirah terima atau ahli
keluarga lain. Selain kaum kerabat sendiri memang Insyirah tolak mentah-mentah.
“Kesian
kawan kita seorang ni. Nampaknya ada yang dinner berulamkan jantung alamatnya!”
balas Dania tajam sambil memandang Kamil yang sudah berasap macam kereta api.
Sebiji macam kartun kereta api Thomas and Friends tu.
“Sudahlah
buat muka tu Kamil. Kau bukannya tak faham perangai kak Irah.” Irfan
menenangkan kawan baiknya.
“Entah
apa yang ada dengan Iskandar tu pun aku tak tahu…” rungut Kamil.
“Alah!
Mereka belum declare pun apa-apa.
Irah tu bukannya boleh percaya sangat. Senang saja rapat dengan sesiapa dia
suka tapi nak buat kekasih tu mustahil tahap dewa tau tak.”
“Nak
bagi nama apa dengan patung tu?” soal Iskandar sambil menyandar kekenyangan.
Hantar Insyirah balik rumah dapat bonus makan tengah hari masakan mak Insyirah.
Kecoh meja makan dengan perangai dia dan Insyirah.
Memandangkan
hanya dia, Insyirah dan Iqmar sahaja yang makan tengahari tidaklah dia kekok
sangat. Iqmar ialah adik bongsu Insyirah yang masih sekolah rendah. Taubat
budak tu makan semeja dengan Iskandar dan Insyirah.
Berdersing
telinga Iqmar mendengar celoteh mereka yang tak habis-habis. Berebut ayamlah…
lawan mulutlah… sampai air Ribenna yang tinggal sedikit dalam jug pun jadi
rebutan. Akhirnya dia angkat pinggan nasi dan gelasnya ke ruang tamu. Apa lagi
kalau bukan Astro Ceria. Tengah hari begini selalunya Detektif Conan sedang
ditayangkan.
“Aku
pun tak tahu nak bagi nama apa… ermm… jap fikir dulu. Aku nak bagi nama dia…
Pinky sebab dia pink.”
“Pinky?
Ya Allah takda nama lain lagikah selain Pink? Aku rasa kalau kau namakan
beruang tu Pinky baik kau namakan semua barang kau Pinky jugak. Aku tengok dari
patung Dolphin sampai Panda pun warna pink. Takkan la patung-patung lain tu pun
kau letak Pinky.” Bebel Iskandar.
“Habis
tu nak letak apa?” balas Insyirah geram. Sesedap saja komen warna kegemaran
aku!
“Lainlah…
takkan semuanya pun Pinky… Pink D, Pink P…. apa punya namalah tu…” Kritik
Iskandar lagi.
Kalau
korang nak tahu pink D tu stand for Pink
Dolphin. Pink P pula Pink Panda.
Benda yang Iskandar paling tak tahan ialah patung Double P Insyirah. Double P pula stand for Pink Panther. Mahu naik pening kepalanya. Semua Pink!
“Aku
bagi nama dia Polaris untuk Zaril Iskandar yang bagi Nur Insyirah patung ni…”
“Polaris?
Tak da nama lain ke. Nama aku juga kau cedok. Dah tu gabung dengan Polar… tak padan
langsung aku dengan beruang polar.”
“Suka
hati akulah. Patung aku. From now!
Panggil dia Polaris…! Kalau kau nak aku boleh tukar Polaris Pink. Cantik jugak
nama tu.” sempat Insyirah kenakan Iskandar. Cerewet sangat semata-mata pilih
nama patung saja.
“Polaris
pun Polaris la. Janji takda Pink. Sakit telinga aku dengan perkataan pink tu.”
“Hehe…
Is oh Is…” Insyirah bermain dengan anak patung tersebut. Iqmar hanya mengeleng
kepala sahaja melihat perangai kakaknya seorang ni. Entah siapalah yang bongsu
ni. Dia ka atau Insyirah? Agak-agaknya umur Insyirah ni salah kot. Bukan 17
tahun tapi 7 tahun atau 7 bulan. Tidak matang-matang langsung. Tahulah Insyirah
tu jadi bongsu tak jadi selama 5 tahun sebelum ada dia.
Iqmar
berumur 12 tahun. Adik paling bongsu dan juga kawan Insyirah berperang di
rumah. rumah pun jadi huru hara kerana mereka berdua. Harapkan abang Long dan
kak Ngah mereka balik memang takda punya. Syamil ialah abang sulung mereka yang
sedang mengambil kursus undang-undang di UiTM manakala kakaknya Nur Syahirah
pula ambil sains hayat di Matrikulasi.
Kakak
dan abang Insyirah anak murid kesayangan cikgu-cikgu di sekolah sebab tidak
pernah buat masalah. Kalau Insyirah pula jangan harap takda. Confirm ada punya! Kakak dan abangnya
ambil sains tulen waktu di sekolah manakala dia pula terlencong sedikit ke
perakuanan. Bukan apa! si Insyirah ni kalau nampak matematik dan matematik
tambahan memang sudah demam. Ni kan pula kimia dan fizik. Memang hancur betul.
Masuk sastera nanti takut tertidur pula dalam kelas.
Konklusinya
dia terpaksa ambil perakaunan sebab ada ICT. Bab-bab IT ni terror sikit. Sikit
sahaja pun bukannya banyak. Paling teruk pun mengodam sistem sekolah sajalah.
Itu kesnya yang paling teruk. Padahal dia cuba-cuba sahaja pun. Tak sangka pula
betul-betul dapat tembus.
Kononnya
nak ikut macam cerita omputih jadi hackers tapi kantoilah pulak. Terus kena
‘cuti umum sendiri’ seminggu. Apa lagi…! Kena gantung sekolah seminggu. Dalam
seminggu tu jugalah dia hampir-hampir kena gantung di tiang eletrik oleh
ayahnya yang mengamuk sakan.
Automatik
kena boikot semua alat eleltronik seminggu. No Handphone tu dia tidaklah kisah
sangat tapi sampai No Camera, Laptop, broadband dan Mp3 tu buat dia terus demam
tak kebah-kebah dalam seminggu tu. Cuak juga ayah Insyirah waktu tu sebab
sampai kena tahan di hospital tambah air.
“Kau
bila nak balik rumah ni Iskandar?” soal Insyirah.
“Kak
Irah ni macam nak halau abang Is balik je. Biarlah dia rehat sekejap.” Iqmar yang
bajet ustaz sudah bagi ceramah free. Tak padan dengan kecik!
“Aku
tahulah. Aku nak tanya je kalau dia nak rehat suruh dia masuk bilik engkau tidur
dulu. Macamlah aku ni jahat sangat. Huh!” Insyirah mendengus kuat.
“Takpalah…
aku tidur atas sofa saja. Nanti pukul 5 kejutkan aku yaa…”
“Takda…
takda… tidur bilik! ” Insyirah menarik lengan baru Iskandar ke bilik Iqmar.
“Masuklah
tidur…” arahnya.
Iskandar
menurut sahaja masuk ke dalam bilik Iqmar. Lagipun bukan pertama kali dia tidur
situ. Nasib baik Insyirah suruh sembayang dulu baru makan tadi kalau tidak tentu
tak larat nak solat lagi.
“Thanks again sebab patung tu… have a sweet dream!” kata Insyirah. Dia pun
nak rehat dalam bilik. Patung Polaris dipeluk sampai ke dalam bilik.
Hadiah dari Zaril Iskandar untuk Nur Insyirah...benda ni wujud..hihi..orang saja tak wujud... diary tu belum dapat lagi...Zaril Iskandar masih belum perasan hobi Vandalisme Irah yang suka conteng dengan kata-katanya...=)
untunglah dapat teddy bear besar... hihihi... sweetlah Iskandar... ^^
ReplyDeletesuke larr.. cite ni bestt... ^^
ReplyDelete#layan kreko gakk. hehee
comeynye bear...
ReplyDeletenak jugak...huhuhu