“Sorry
Ijat… aku minta maaf. Sakit tak?” Ikram memegang pipi Ijat yang malang menjadi
habuan buku limanya tadi.
“Taklah
Am. Aku rasa macam makan spegeti je. Perrggghhh…! Sedap.” Sindir Aizat. Dia
menolak tangan Ikram yang hendak memegang pipinya yang sudah lebam.
Badan
Ikram kembali ditegakkan. Dia memandang Aizat yang terbaring di atas tilam
bujangnya. Sudah macam panda kawannya
seorang ni. Lebam sebelah mata.
Satu
minggu pensyarah tersebut cuti sakit! Siapa suruh. Orang tumbuk tak nak balas.
Rela sahaja kena tumbuk.
‘Haha…
kesian juga aku tengok kawanku seorang ni.’ bisik hati Ikram.
“Hehe….
Sorry la… kau pun satu! Yang kacau bini orang apasal?” Dia menolak bahu lelaki
tersebut.
“Kalau
aku tak buat macam tu. Sampai bila-bila pun kau tu tak sedar yang kau suka bini
sendiri. Buat kenalah betul-betul. Hehe…” tersengih-tersengih Aizat. Dia
mengerang kesakitan sedikit.
“Assalamualaikum…”
Satu suara yang memberi salam menarik perhatian mereka. Mereka mengalihkan
perhatian ke arah Iqbal yang sedang
berdiri di pintu bilik Aizat.
“Ni
lagi satu belum kena habuan. Batu api konon! Aku rasa macam nak cekik saja
leher kau.” Ikram berdiri lalu mendekati
Iqbal.
“Apa
ke jaddahnya pulak dengan aku… aku ni cuma watak kecil saja tau… hehe… ni baru
kawan! Tiada lagi bermasam muka macam dulu.” Ketawa Iqbal. Dia berlari ke arah
bertentangan dari Ikram. Cukuplah muka Aizat yang sudah lebam-lebam dikerjakan.
Dia tidak sudi!!
“Kawan
konon! Aku tak suka dengan rancangan kamu ni. Tengok apa jadi dengan Aizat. Tak
pasal-pasal kena belasah oleh aku. Bini kau mana Iqbal?”
“Afrina?”
soal Iqbal. Dia duduk bersila di tepi Aizat di atas katil kawannya. Pipi Aizat
menjadi permainannya. Disentuh pipi Aizat yang lebam. Sesekali Aizat menolak
tapi dia tetap bermain juga. Suka kacau kawannya yang menjadi mastermind selama ini.
‘Ambik
kau kena belasah oleh Ikram… aku sudah warning
awal-awal tak nak…haha…’ gelaknya dalam hati.
“Iyalah…
berapa banyak bini kau ada. Yang kau kacau pipi Aizat tu apasal?”
“Hish!
Dengar dek bini aku perang dunia ke empat terus. Cukuplah kau dengan Aizat
perang dunia ke tiga… dia ada dekat bawah bercerita dengan mak Ijat bercerita.
Ainul?” soal Iqbal balik.
“Pasal
korang punya plan la ni! Tegur aku pun dia tak nak.” Geram Ikram. Sekarang
Ainul pula yang marahkan dia.
“Siapa
suruh kau cakap macam tu dengan dia. Mestilah dia marah. Kalau aku pun marah
juga. Tak pasal-pasal kena maki depan rumah. Mana dia nak letak muka Am. Ramai
jiran kita tengok wayang free yang kau tuduh isteri kau dengan aku.” Nasihat
Aizat. Mereka tidak sangka tindakan Ikram sampai sedemikian.
“Time
tukan aku tengah marah. Mana aku tau apa-apa. Nasib ibu aku ceritakan rancangan
korang ni. Aku dan Ainul je tak tahu. Baik punya kawan dengan mak bapak aku
korang bersubahat…!” geramnya.
Tergelak
Iqbal dan Aizat. Sakit-sakit pun ada hati gelakkan orang.
“Habis
tu kau nak buat macam mana dengan Ainul? Am… Am… kasanova konon. Cubalah kau
goda bini kau tu. Gunakan segala kebolehan kau la pikat bini kau.”
“Betul
tu. Cuba pikat hati bini kau. Dengar tak apa dia cakap hari tu. Dia hanya setia
pada yang satu. Maknanya tu. kau sahajalah. Bebal juga kawan kau ni Iqbal.”
Sambung Aizat. Mereka menepuk tangan satu sama lain. Tanda hi-5.
“Gelaklah.
Aku belasah korang lagi baru tau.” Ugutnya.
## saya nak siapkan dah sampai tahap ni...tapi bahagian tengah-tengah ni susah sikit nak edit. Tu yang pasal saya selalu lambat post...
wah nice2.. waiting for next chapter... =)
ReplyDelete@yad'z tenkiu... <3
ReplyDelete