Bab
3
“Insyirah…!”
Panggilan tersebut tidak diendahkan. Apa ke jaddahnya awal pagi sudah terjumpa
dengan mamat sengal ni. Tadi baru sahaja elak dari Yusri! Jangan ingat aku lupa
perang dingin yang aku lancarkan!!
Langkahnya
di percepatkan. Kamil mengejar dari belakang.
“Hai
abang Mil.” Tegur seorang junior tingkatan dua. Mengedik dah awal pagi. Sakit
mata aku tengok…
Lengan
baju Kamil ditarik. Alahai malanglah kau Kamil… ‘adik angkat’ dah panggil.
Biasalah aktiviti adik angkat, abang angkat ni kalau budak sekolah…aku sahaja
yang tidak adik, abang, kakak angkat ni. Sekali aku angkat patah tulang
aku…mana larat beb!
Ya
la. Aku tahu aku loyar buruk lagi…ahaks! Aku lemaslah segala jenis angkat ni. Sorry gua tak layan beb…
Insyirah
berpaling kepada Kamil yang terhenti akibat halangan dari junior tersebut.
Lidahnya dijelir. Padan muka!
“Adik…!
Abang Kamil nak beri hadiah tu…Dia cakap dia rindu kat kamu. Bye Mil…! Hahaha…” bukan Insyirah tidak
tahu. Beg kertas yang warna coklat ditangan Kamil tu berisi coklat. Siapa lagi
yang jadi wartawan tidak berbayar kalau bukan Irfan. Kata Irfan di kereta tadi
sebelum ke sekolah Kamil hendak beri coklat untuk minta maaf. Boleh layanlah
beb…gila coklat pun tidak mungkin aku makan coklat hadiah dari lelaki.
Selalunya
Insyirah buat amal jariah dengan hadiah coklat yang diberi untuk dia… habis
satu kelas dia beri.
“Betul
ke bang?” soal junior tersebut. Blink…blink
mata gadis tersebut. Sukalah tu abang Kamil beri hadiah! Haha….
Insyirah
melambai tangannya kepada Kamil yang terkumat kamit menahan geram.
‘Kurang
asam kau Irah!’ sempat Insyirah menangkap gerak mulut Kamil. Padan muka!
Rosakkan lagi nota aku…
Insyirah
hendak pusing semula untuk menuju ke bilik guru. Kamil sudah stuck dengan budak junior tersebut. Biasalah diakan terkenal diantara budak-budak junior… pemain bola sepak sekolah la
katakan…
Gedebukkk…!!
Insyirah
mengosok dahinya yang pedih. Aku terhantuk orangkah atau tiang…leper saja
rasa…ini barulah dikatakan tulang besi urat dawai. Bukan besi lagi…! Konkrik
mak oi.!
“Sakit
tak? Tengok sini. Apalah kau ni Insyirah. Berjalan pun tak guna mata.
Agak-agaknya mata tu letak dekat lutut kau yang kering tu.”
Langkah
Insyirah terhenti mendengar suara longkang didepannya. Dalam prihatin lelaki
itu ada juga pedasnya. Kalau tidak menyindir memang bukan Iskandarlah namanya.
“Iskandar!
Kau tak mamai lagi ke? Pukul berapa bangun pagi tadi? Aku rasakan la kau ni
baru bangun dari tidur tau. Kau tahu tak kenapa?” Bebel Insyirah.
“Apasal
pula. Aku bangun awal apa tadi. Rambut aku kusut ke?” Itu pula yang dirisau si
Iskandar.
“Rambut
kau banyak punya cantik dah. Aku bagi 10 over 100 tau dengan stail rambut baru
bangun tidur ni. Tapi aku rasa kau lupa somethinglah Iskandar?”
“Lupa
apa pulak?” berkerut dari Iskandar memikirkan apa yang dilupanya.
“Aku
rasa kau ni lupa berus gigi! Apasal aku rasa aku terhidu mulut longkang awal
pagi ni. Hish! Busuk betul. Kalau tak menyindir aku memang bukan mulut tu la.”
Iskandar
sudah tayang muka bengang! Minah ni… agak-agaknya emak dia mengidamkan bertih
jagung tika mengandung. Mulut. Ya Allah! Tuhan saja tahu.
“Aku
gurau sajalah Iskandar. Hehe… itupun nak marah. Tak lama muka kau lagi berkedut
dari Ning Baizura dalam watak Puteri Gunung Ledang di cerita Magika tu. baru
kau tahu. Tengok aku ni… kalau orang tak tahu umur aku. Mesti orang ingat aku
ni macam kanak-kanak Ribena… comel gitu.”
Pipi
Iskandar diramas menggunakan tangannya. Bengang tahap gaban. Ini mulut ke atau
mesin taip. Pot… pet…pot… pet dari tadi.
“Tahu
tak Insyirah. Kalau bukan sebab kau saja aku kenal sini. Tak hingin aku nak
hadap muka kau ni. Poyo semacam saja. Mulut toksah cakap. Macam bertih jagung…
pot… pet…pot… pet saja dari tadi.”
“Kau
tak penat ke bercakap. Aku yang tengok ni pun sudah penat tau tak.” Sambung
Iskandar lagi.
“Tak
hingin erk? Takpa… tak nak aku layan kau. Huh!” Insyirah melewati Iskandar
untuk terus kebilik guru. Sudahlah dia terlewat… Saliva
a.k.a air liurnya pun sudah hendak kering. Boleh hang juga mulutnya sebab terlampau kuat bercakap. Stuck sebab processor lembab! Sebenarnya
saja nak bagi benggang si Zaril Iskandar awal pagi.
“Itu
pun nak merajuk. Tunggulah aku.” Kejarnya dari belakang.
“Kau
masuk kelas bila Iskandar? Hari ni ka?”
Satu
anggukan dari Iskandar membuatkan Insyirah faham. Mereka menuju ke bilik guru.
Insyirah sengaja berlama di dalam bilik guru. Naik bosan juga Iskdandar
dibuatnya.
Namun
setelah Insyirah beritahunya bahawa kalau tak nak masuk perhimpunan diam saja.
Apa lagi Iskandar terus mengangguk. Dia pun paling benci perhimpunan harian.
Errmm… budak sekolah. Ko-kurikulum dan perhimpunan antara yang paling tidak
disuka. Bila cuti hujung tahun pula siap buat planning dan jamuan lagi…!
Nasib
baik Insyirah ni cepat kamceng dengan orang. Cakap pun main redah saja. Kalau
tengok rupa ayu semacam saja. Nama jangan cakaplah. Pertama kali dia dengar
nama Insyirah dulu pun dia sudah tahan gelak. Nama sesuai jadi ustazah. Penuh
bermakna dan islamik. Tapi perangai. Mak aih! Brutal nak mampus.
“Kau
dengar tak cakap aku tadi Iskandar?” soal Insyirah.
“Apasal
kau suka panggil nama panjang aku? Balik-balik aku suruh panggil Is saja. Ini
tak! Kalau bukan Zaril Iskandar mesti kau panggil aku Iskandar.”
“Suka
hati akulah…! Habis kau tu! cakap orang tapi dua kali lima saja… aku sumbat
mulut kau pakai buku akaun ni baru tahu! Bising aje.”
“Aku
lainlah…”
“Sengal!
Ingat tak apa aku cakap tadi? Kalau kau tak nak kena goreng oleh kawan-kawan
aku baik kau dengar cakap aku. Faham!” arah Insyirah.
“Kenapa?
Kawan-kawan kau spesis kau jugakah? Mulut mengalahkan murai jugakah atau spesis
ribut taufan macam kau ni. Di sekolah pakai tudung! Luar sekolah kena ribut
taufan. Berterbangan tudung kau.” Takpa sedar Iskandar sudah menaikkan marah
Insyirah.
“Suka
hati akulah. Aku tahulah aku ni bukan budak baik sangat. Macamlah kau tu baik
sangat. Kalau muka sahaja handsome
tapi mulut macam longkang basi apa guna!” Insyirah menjerkah. Dia tahu dia
salah sebut mana ada longkang basi cik Insyirah oi! Tapi marah punya pasal redah
sahajalah.
Merah
mukanya menahan marah. Selama ini orang yang minta dia bertudung akan bercaka
bertapis atau berkias. Zaril Iskandar? Cakap main redah saja. Ingat dia kebal
sangat cakap main redah. Kalau pakai kereta kebal tidak apa juga ini sekarang
pakai kereta sorong apa kes!
Kepala
yang tidak gatal digaru. Beberapa kali Iskandar menampar mulutnya yang celopar.
Tidak boleh kawal langsung. Kan betih jagung tu mengamuk sudah!
“Awak…!”
Kejar Insyirah. Kalau tidak mahu sesat di sekolah ni baik dia ikut saja
Insyirah ke mana-mana. Mujurlah setiba saja di sekolah tadi dia sudah
terserempak dengan Insyirah yang terhantuk di dadanya. Kalau tidak sesat lagi
dia.
“Tunggulah
saya…” Kejarnya lagi.
Keadaan
sekolah agak bising setelah habis perhimpunan. Beberapa pelajar yang melakukan
kesalahan terpaksa memunggut sampah sebagai hukuman. Padan muka.! Yang pakai
skirt sekolah di angkat macam mangsa banjir. Kasut sekolah warna putih pula
sudah bertukar ungu. Agak-agaknya satu botol nila dituang dikasut mereka.
Keadaan
sesak sebab ramai pelajar yang keluar dari perhimpunan menyukarkan Iskandar
mengejar Insyirah.
Dia
mencari Insyirah di antara pelajar yang ramai di ruang legar kelas. Tiba-tiba
dia terpandang Insyirah yang sudah terduduk di sebua bangku sambil merenungnya
tajam. Tangannya disilangkan.
Marah-marah
pun tetap juga tunggu aku… alalala…sweet
saja muka merah dia macam tomato tu… hehe…getus Iskandar.
“Sorry….”
Senyap.
Insyirah hanya memandangnya saja. Tali beg sandang yang hanya di sangkut di
sebelah bahu ditarik ke atas apabila terjatuh. Iskandar buat muka babyface...
cuba pujuk satu-satunya kawannya disitu.
“Ya
la… Nur Insyirah jangan marah yee… tak cute
sudah muka awak. Tak leh masuk rancangan Astro Ceria dah saya tengok. Takut
kanak-kanak tengok muka awak. Lagi hodoh dari mak tiri Cinderella yang menyamar
jadi nenek kebayan tu.” pujuk Iskandar lagi.
Makin
tajam renungan Insyirah. Inikah nak pujuk? Hampeh betullah. Tiada bajet lain ke
mamat ni.
“Yelah…dengan
ini saya berikrar saya tak buat lagi sedemikian dengan Nur Insyirah binti
Fauzi…” Iskandar mengangkat tanganya persis orang sedang mengangkat ikrar. Tiga
jadinya ditegakkan. Dia menegakkan badannya sambil memandang kehadapan. Macam
hendak angkat ikrar untuk pergi berperang pun ada.
Tawa
yang cuba ditahan tadi akhirnya dihambur juga. Tidak tahan Insyirah melihat
muka poyo Iskandar. Buat pun selamba badak saja. Entah dia sedar atau tidak
suara angkat ikrarnya yang kuat mengalahkan speaker telah menarik perhatian
pelajar yang lalu lalang.
Mengecil
mata Insyirah ketawa terbahak-bahak. Air mata yang sedikit mengalir diseka.
Ketawa benar Insyirah dengan lagak selamba Iskandar berikrar. Bukannya aku yang
malu pun. Dia juga… haha! gelak Insyirah lagi.
“Hah!
kan bagus macam tu. baru comel dari Mat Kacau dekat Astro tu.” ujar Iskandar.
Siapa cakap dia tidak layan Astro Ceria? Kartun Backhom menjadi pilihan
teratasnya! Tapi sekarang dia layan One Piece dirancangan tersebut walaupun
sudah berkali-kali tengok di You-tube.
Satu
jelingan maut dihadiahkan kepada Iskandar. Berani dia samakan aku yang cantik
bak kartun Barbie dengan Mat kacau tu. huh! Tiada citarasa langsung mamat
sengal ni.
“Saya
tak marah pun tapi awak jangan ulang lagi tau… Ingat saya suka ke? Saya senyum
tak semestinya saya suka. Saya ketawa tak semestinya saya tak marah tapi saya
fikir tiada gunanya saya nak lawan balik.”
“Awak
patut tahu… tak semestinya pakai tudung tu baik. Dan tak semestinya saya yang
tidak bertudung ni tidak solat. Kalau pakai tudung pun tapi pakaian sendat
macam nak bungkus nangka apa guna? Don’t judge a book by its cover!” sambung
Insyirah lagi.
“Maafkan
saya yaa…” mata Iskandar dikerdip. Suka betul buat muka babyface dia macam
kuching Puss In Boots.
“Saya
tak marah pun… sudahlah jom masuk kelas.”
Insyirah
berdiri sambil mengangkat bukunya prinsip akaunnya.
“Awak
ambil prinsip perakaunan? Mesti awak terror math kan?” teka Iskandar. Mereka
berjalan seiring.
“Terror?
Eh aku memang paling terror math dekat kelas. Otai math ni tau tak!” ujar
Insyirah bangga. Tapi otai dapat telur busuklah…! Matematiklah subjek yang
paling dia tidak suka. Hari-hari hadap matematik memang boleh buat otak jammed.
“Poyonya
awak ni Insyirah! Adoi!!”
“Tak
percaya sudah. Setakat Vector, Solution of Triangle atau Statistic tu makan hazelnuts
je tau… kacang aje tu.” ujarnya.
“Yang
tu Matematik Tambahanlah mak cik! Bukan Matematik. Apa ke jaddahnya benda alah tu
masuk dalam matematik biasa. Pandai konon! Tapi bezakan matematik biasa dan matematik
tambahan pun salah.” Boleh bebal Iskandar dengan perangai Insyirah ni kalau tiap
hari.
“Aku
acah aje tu. manalah tahu kau tu bengong sangat jadi pak turut aku je mengangguk.
Itupun nak sentap. Releks la beb!” ujar Insyirah. Saja nak cover malu…! Memang pun
dia salah cakap pun.
'Alahai!
Baru topik dalam subjek sahaja pun boleh salah. Belum lagi belajarnya… silap-silap
hari bulan dia boleh terguna teknik Matriks dalam Substitution matematik tambahan
pula… kan haru jadinya..kalau jumpa jawapan takpa juga. Ini binggung di tengah jalan.' desisnya..
Padahal lagi satu hal salah bukan Substisution tapi Simultaneous Equations.. salah lagi cik Nur Insyirah. Memang kena study smart la nampaknya.!
Padahal lagi satu hal salah bukan Substisution tapi Simultaneous Equations.. salah lagi cik Nur Insyirah. Memang kena study smart la nampaknya.!
“Macamlah
aku percaya…hahaha…! Insyirah…Insyirah… cakap tak serupa bikin!”
“Ah!
Diamlah kau… bising aje.” Insyirah mempercepatkan langkahnya masuk ke dalam kelas.
Makin
galak Iskandar gelakkan Insyirah. Siapa suruh bajet pandai. Sekali salah sendiri
malu… hahaha… Insyirah… Insyirah…
citer bdk skolah ka?
ReplyDeletebla diorg nk abeh skolah nie?
@Anonymous hohoe...sabar erk... tak lama abis ar tuh... <3
ReplyDeleteye la, tak semestinya pakai tudung tu baik, baik awak bogel je, tapi hati baik..
ReplyDeletebukan tentang pakai tudung yg Islam tekankan, tapi MENUTUP AURAT! kenapa nak tengok contoh yg buruk pakai tudung tapi pakaian sendat? itu ke rujukan kamu utk menutup kelemahan sendiri dgn mengingkari perintah menutup aurat? sengal betul watak Insyirah