“Itu pun nak merungut. Cepat tua baru
tahu. Tak baik merungut tau!” ujar Ainul. Mereka beriringan ke ruang tamu untuk
melihat siapakah gerangan manusia yang
ingin bertemu Ainul.
Walaupun merungut kaki Ikram masih juga
mahu ikut ke ruang tamu. Menyampuk dulu sekejap. Manalah tahu yang datang tu
awek cantik. Ada juga habuan yang boleh dia usha.
“Itu bukan merungut tapi luahan
perasaan.”
Kaki Ainul berhenti melangkah. Dia
memandang Ikram seketika.
“Merungutlah cik Abang oi!”
Ikram tarik muka empat belas. “Whatever..! Abang Am kata luahan tetap
luahan.”
“Hesy! Ego. Tak nak mengaku kalah
betul.” cebik Ainul.
“Assalamualaikum Ainul.” tegur satu
suara. Waktu itu barulah Ainul dan Ikram tersedar mereka sebenarnya sudah pun
berada di ruang tamu. Jelas riak terkejut Ainul memandang lelaki yang hadir ke
rumah mereka.
He Rui Zhe? Betul ka matanya kali ini.
Dia mengosok matanya beberapa kali untuk menyedarkan diri. Memang nyata rupa
itu ialah Rui Zhe. Rui Zhe yang memakai
baju melayu dan memberi salam kepadanya?!
“Waalaikumsalam.” jawabnya perlahan.
Muka Ikram sudah berkerut. Bukan cemburu
tapi cuba mengingat semula siapakah gerangan lelaki itu. Macam kenal tapi dia
langsung tidak ingat. Ramai sungguh manusia yang dia pernah jumpa kadang-kadang
Ikram sendiri boleh tersalah orang.
“Ah Zhe?” soalnya lagi.
Terbeliak mata Ikram memandang Ainul. Biar betul? Apek dari Taiwan itukah? Getus
Ikram dalam hati. Hatinya tiba-tiba tersentap.
Rui Zhe tersenyum mengangguk. Itu
namanya dahulu. Kini dia sudah mempunyai nama lain sebagai seorang insan yang
baru.
“Adam Mikael.” sambungnya.
Dia tersenyum lagi. Puan Noraini yang
duduk di sofa juga senyum memandang Rui Zhe. Tidak sangka anak jirannya sudah
pun menjadi saudara baru dalam Islam. Tadi sempat dia bercerita seketika
bagaimana lelaki itu boleh tergerak hati untuk masuk islam. Jawapannya cukup
mudah dan tersirat. ‘Saya masuk islam kerana hidayah dari Allah.’
“Hah?” ujar Ainul dan Ikram serentak.
“Saya Adam Mikael dan juga Rui Zhe.” jawab
Rui Zhe dalam bahasa melayu. Dia sanggup untuk mengambil tutorial dalam bahasa
melayu sebelum mengambil keputusan untuk datang bertemu dengan Ainul.
“Abang Am. Ainul rasa Ainul sedang bermimpilah.
Bila Ainul nak sedar ni? Pelik betul mimpi Ainul sekarang ni.”
“Ainul tak mimpi. Saya Rui Zhe dan juga Adam
Mikael. Boleh kita bercerita seketika?” ajak Rui Zhe.
Raut wajah Ikram membenarkan Ainul untuk
bercerita dengan Rui Zhe. Dia mengangguk tanda setuju walaupun isterinya hanya
memandang wajah Ikram. Dia hanya memandang Ainul berjalan seiringan dengan Rui
Zhe atau kini dia patut panggil lelaki itu dengan nama barunya?
Ikram hanya menghembus nafas perlahan.
Masih lagi berdiri di situ walaupun kelibat pasangan tadi sudah hilang. Bahunya
ditepuk. Tersedar Ikram dari lamunannya. Dia memandang Puan Noraini yang kini
berdiri di hadapan.
“Kenapa?”
“Jangan pandang je. Nanti melepas. Putih
mata Am.” Berkias jawapan Puan Noraini
membuatkan dahi Ikram berkerut.
“Am dan Ainul tak ubah macam adik
beradik bu.”
“Am akan tahu juga nanti yang mana kaca
dan yang mana permata. Percayalah kata ibu.” Puan Noraini meninggalkan anaknya
bersendirian.
Sekali lagi ibunya berkata-kata. Ikram
cuba untuk meneliti maksud ibunya. Tergaru-garu kepalanya berfikir. Mengalah
juga dia akhirnya. Malas hendak fikir panjang.
“Baik lagi aku naik bilik. Best lagi guling-guling atas katil
sekarang ni.” getusnya sambil menguap besar. Mengantuk datang menerpa pula.
“Tak sangka Ah Zhe datang Malaysia? Xiao
Wei mana?” soal Ainul berbahasa Mandarin.
“Xiao wei ada ikut tapi dia tinggal di
hotel. Masih lagi pening. Mungkin jetlag.”
jelas Rui Zhe dalam bahasa melayu pula. Cukup lancar. Mungkin kalau orang yang
tidak tahu asal usul lelaki itu sudah tentu menyangka bahawa Rui zhe orang
Malaysia.
Ainul tergelak lucu. Entah kenapa dia
terasa lucu. Dia orang melayu tapi cakap cina sedangkan Rui Zhe orang Taiwan
cakap bahasa melayu. Sudah macam ayam dengan itik bercakap bahasa terbalik!
“Adam rindu Ainul.” ujarnya sambil
memandang wajah Ainul. Terhenti terus Ainul ketawa. Dia membalas pandangan Rui
Zhe.
“Ainul pun rindu semua orang dekat
Taiwan. Telefon Ainul rosak sebab tu tak dapat nak contact. Ainul ada tinggalkan email tapi Ah Zhe tak pernah balas.”
Ainul cuba tukar topik. Dia hanya beranggapan kata-kata Rui Zhe cuma kata-kata
dari seorang teman sahaja. Maaf tak boleh lebih feel sudah! Ainul kini isteri orang…
“Panggillah nama Adam.” Muram Rui Zhe
mengutarakan kata-katanya. Tersentuh mungkin sebab Ainul tidak memanggil nama
islamnya.
“Merajuk ka?” usik Ainul. Lelaki itu
hanya berdiam diri. Dia cuma memandang wajah Ainul sahaja.
“Adam…” Panggil Ainul lagi.
“Adam tak marahkan Ainul.”
“Itulah lelaki yang Ainul kenal selama
ini. Seorang abang yang tidak akan pernah marahkan adiknya. Cuba cerita dekat
Ainul. Banyak betul perkara yang mengejutkan berlaku sekarang ni. Macam mana
Adam boleh jadi saudara baru dalam islam dan yang paling mengejutkan Ainul nak
tahu macam mana Adam lancar bahasa melayu macam ni.?” Panjang lebar Ainul
bercerita. Banyak betul yang dia sedang fikirkan.
“Nak mula dari apa?” Rui Zhe a.k.a Adam
Mikael mula menyoal. Suka benar dia melayan karenah Ainul. Dari kecil Ainul dan
adiknya telalu rapat sehingga dia terbiasa memanjakan gadis itu.
“Mana-mana saja Ainul tak kisah.”
Adam menceritakan bagaimana dia
tiba-tiba tergerak hati apabila terdengar laungan azan di salah sebuah masjid
di Taiwan. Sejak hari itu Adam mula rajin menjejaki masjid untuk bertanya
dengan lebih lanjut tentang Islam. Kesibukannya selama ini terus sahaja menjadi
mudah.
Seolah-olah dia telah dipermudahkan
untuk melakukan semua perkara. Sehinggalah pada hari dia masuk islam. Pada
mulanya ibu bapanya membangkang seratus peratus tindakannya tapi setelah puas
dia memujuk akhirnya ibu bapanya redha juga tentang pernghijrahannya.
Tentang bahasa melayu pula, Adam
memberitahu bahawa dia hendak mengkaji lebih banyak lagi tentang islam.
Memandangkan Malaysia ialah salah sebuah negara islam yang maju dia hendak
belajar lebih banyak lagi di negara ini.
“Alhamdulillah. Bila Adam kata demikian.
Ainul benar-benar tersentuh. Ada masih orang yang sanggup bersungguh-sungguh
untuk mendekati islam sampai sanggup mengkaji tentang islam.”
“Sebenarnya Adam ada hasrat lain untuk
datang ke sini. Tapi Adam tak dapat nak teruskan sebab benda tersebut sudah
menjadi hak orang lain.”
“Benda apa yang penting sangat sehingga
Adam sangup datang ke sini?”
Adam hanya tersenyum. Matanya meleret di
jari runcing Ainul. Jari itu sudah pun terhias dengan sebuah cincin yang bertakhtakan
berlian.
Semasa di ruang tamu tadi dia sudah pun
dikejutkan dengan gambar pernikahan Ainul yang dibingkaikan cantik di dinding
rumah. Dari situ dia sudah dapat menganggak status Ainul kini sudah bertukar.
Adam sudah terlewat tapi apa yang mampu dia lakukan apabila nasi menjadi bubur.
Kotak cincin yang dibawa hanya mampu disembunyikan sebelum sempat diberi kepada
pemiliknya.
“Ainul…err.. Ainul sudah kahwin. Hampir
sebulan sudah usia perkahwinan kami.”
“Patutlah Adam nampak gambar perkahwinan
Ainul tadi. Taniah dan selamat pengantin baru walaupun terlewat hari. hehe…” gurau Adam. Tidak sangka dia akan
mengucap taniah pada kekasih hatinya selama ini. Mungkin jodoh Ainul bukan
untuknya.
Bagai dihiris hatinya melihat situasi
Ainul dan Ikram yang bergurau senda tadi. Kedatangannya juga langsung tidak
disedari sehinggalah dia memberi salam. Nampak macam mereka berdua ialah
pasangan bahagia walaupun dijodohkan.
“Ainul nak jemput Adam sekeluarga tapi
Adam langsung tak balas email.” Muram Ainul berkata demikin. Terkilan sebab
orang yang rapat dengannya tidak dapat hadir pada hari perkahwinannya.
“Salah Adam sebab selama ini tidak
pernah ambil peduli perkara mudah. Mudah itulah yang membuatkan kita terleka.”
“Semoga kita terus berhubung lagi. Ainul
harap sangat agar hubungan kita semula macam dulu lagi.” Ujar Ainul ceria.
Sekejap pusing ke kanan sekejap kiri. Bosan
betul Ikram. Pelbagai aksi sudah dia buat atas katil. Dari aksi kakinya melekat
di dinding manakala kepala di katil. Dia tergolek-golek sehingga terjatuh dari
atas katil pun ada. Habis macam nangka busuk dia terjatuh dari atas katil.
Semua serba tak kena. Tadi bukan main lagi menguap macam singa lapar. Masuk
bilik tidak pula dia rasa mengantuk.
Ikram baring menelentang. Tangannya
sengaja didepakan seluruh katil. Dia mengambil anak patung kucingnya lalu
diramas sekuat hati. Habis lenyek terus
anak patungnya.
“Arghh! Bosan!!” jeritnya tapi dengan
nada yang masih perlahan. Nanti kantoi pula dengan ibu. Suara Ainul dan Rui Zhe
bercerita dan bergelak ketawa di bawah biliknya dipersalahkan. Bising konon.
Bilik Ikram berhadapan dengan taman mini
ibunya. Dari atas balkoni dia boleh mengintai Ainul dan Rui Zhe bercerita tapi
takut pula dia digelar stalker atau labih teruk lagi cemburu buta oleh lelaki
itu.
“Cool
Hafiz Ikram. Cool! Tak macho
kalau cepat tersentap.” Dia memberi kata semangat kepada diri sendiri walaupun
dia tidak tahu tahap keberkesanan taktik tersebut.
‘Dia isteri kau. Sepatutnya kau jaga
isteri kau dari terus bersama lelaki lain.’ Terdengar satu suara yang
seolah-olah sedang membisik di telinganya.
‘Dia adik akulah. Aku mana boleh halang
dia macam tu sahaja. Dia pun patut ada kebahagian sendiri.’ Balas sebelah
hatinya pula.
‘Kau suka digelar lelaki dayus? Lelaki
mana yang sangup membiarkan haknya bersuka ria dengan lelaki lain.’ Bidas suara
itu lagi.
‘Aku percaya Ainul. Hati dia baik sebaik
nama dia. Kau jangan hendak buat andaian tidak munasabah!’
‘Dia memang baik. Tapi sangupkah engkau
dia pulang semula ke Taiwan dan tinggalkan kau sekali lagi seperti kecil
dahulu. Menangis dan terus menangis pemergian Ainul seperti dulu.’ Hasut hati
itu lagi.
Ikram yang baring terlentang tadi
terduduk tegak di atas katilnya.. Makin lama dia fikir dia dapat rasa dirinya
sudah semakin gila. Ikram segera mencapai novel di atas meja lampu tidur
bersebelahan dengan katil. Helaian yang terakhir dibaca kemudiannya diselak.
Baru beberapa baris sahaja dia terdengar
lagi suara Rui Zhe bergelak tawa.
“Aku boleh jadi gila begini. Aku
sebenarnya tidak puas hati je sebab mereka boleh gelak sedangkan aku kebosanan
sekarang. Huh!” Kuat dengusan Ikram. Dia mengensot badan ke birai katil.
Langkah di halakan ke pintu sliding yang digunakan untuk ke balkoni
bilik. Kakinya tidak melangkah keluar sebaliknya hanya terangkat-angkat
bandanya cuba mengintai kelibat Ainul dan Ikram yang berada di bangku taman.
Sengaja dia bersembunyi disebalik pintu.
Takut jugak kalau TERkantoi.
Ikram cuba melihat dengan lebih lanjut.
Apabila tidak jelas di cuba untuk mendekatkan diri lagi. Selangkah demi
selangkah dia maju untuk mendapatkan pemandangan yang jelas. Tanpa sedari
kakinya terpijak kain lap kaki dilantai.
Gedebukk! Terjatuh lagi. Mahu sahaja dia
menjerit kesakitan tapi nanti tidak pasal-pasal dia menarik perhatian orang
yang sedang khusyuk bercerita di bawah. Punggungnya digosok perlahan.
Sakit terjatuh atas lantai bukan
kepalang. Masuk ni sudah dua kali dia terjatuh. Tadi terjatuh dari atas katil
sebab tergolek-golek tak ingat dunia. Kali ni pula gara-gara terpijak kain lap
kaki yang berbentuk tapak kaki di atas lantai.
Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia
melempar lap kaki tersebut ke bawah. Biar kena muka kacak Adam tu! eh? Kacakkah
apek tu? huh! Kacak lagi aku. desis Ikram
Segera Ikram bersembunyi sebaik sahaja
dia terlihat Ainul menghalakan matanya ke bilik Ikram. Cepat-cepat dia
mengensot ke tepi dinding kembali.
Sakit punya pasal akhirnya dia mengalah
juga dari terus mengintai. Earphone di
atas meja solek di ambil. Dia meyambungkan wayar earphone ke telefon lalu baring di atas katil sambil mendengar lagu
di telinga.
Apa lagi! dia terus memasang dengan nada
yang paling kuat sehingga tertidur. Berdengkur-dengkur Ikram tidur dengan lena
sambil mendengar lagu dari rentak piano yang dimuatkan ke dalam telefonnya.
Otak Ikram mulai dibasuh… jangan fikir pasal Adam dan Ainul…
janganlah fikir pasal mereka!!
Mengeliat Ikram sebaik sahaja tersedar
dari tidur. Earphonenya dicabut.
Sempat anak mata Ikram melirik ke jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 3.30
petang. Lama dia tidur sampai terlajak waktu zohor. Ikram memang tidur mati.
Kalau ada ribut yang melanda pun belum tentu dia boleh tersedar cuma masalahnya
ialah sebelum tidur payah sungguh hendak lelap.
Tombol pintu dipulas. Bangun sahaja dia
sudah kelaparan. Itu sahajalah jam lonceng percuma yang sering mengejutkan dia
dari tidur. Kalau bukan lapar kena tunggu dia bangun sendiri baru bangun.
Kalau harapkan orang kejutkan memang
orang itu kena banyak bersabar dengan kerenahnya. Dikejutkan kena memakan masa
sepuluh hingga lima belas minit. Belum lagi termasuk menunggu dia duduk dan
betul-betul bangun dari katil.
Perkara yang pelik pula ialah kalau setiap
pagi boleh pula dia sedar kalau hendak sembayang tapi selepas sembayang subuh
dia pasti sambung melelapkan mata. Oleh kerana itulah Ikram seorang sahaja yang
tidak solat berjemaah di rumah pada waktu subuh.
Tatkala pintu dikuak, dahinya diketuk kuat.
Habis sedar seratus peratus Ikram yang tadi masih lagi mamai. Dia mengosok dahi
yang diketuk kuat tadi. Nasib apalah dia hari ni. Mungkin sebab tadi Ainul
suruh rehat sebab sakit tapi Ikram kata sihat walafiat. Tengok sekarang
asyik-asyik sakit sahaja yang dia dapat.
Tajam matanya memandang muka Ainul yang
terkejut. Ainul sebenarnya hendak ketuk bilik tapi Ikram yang tiba-tiba sahaja
buka pintu maka kepala Ikram yang jadi mangsa kena ketuk.
“Sakitkah? Maaf. Ainul tak sengaja.
Tengok.” Ainul mendekatkan dirinya kepada Ikram. Dia membelek dahi suaminya.
Sempat Ikram memandang wajah Ainul yang ralit memerhati dahinya. Ikram cuba
untuk menilik kata hatinya. Pelik betul dia kerana langsung tiada kata hati
yang menyatakan dia tertarik atau sudah jatuh cinta dengan Ainul. Hatinya kosong.
Kosong bak tajuk lagu Najwa Latif.
Ainul yang perasan dirinya diperhati
membalas pandangan Ikram.
“Abang Am kenapa?” soalnya.
“Tiada. Tiada.” Gugup dia menjawab soal
tiba-tiba dari Ainul.
“Abang Am masih demam?”
“Tak. Tapi Abang Am lapar. Kenapa tak
kejutkan makan tengah hari.” Muncung mulutnya berpura-pura merajuk.
“Abang Am rasa Ainul datang tak kejutkan
abang tadi?” Ainul menyilangkan tangannya. Dia cuba bertarik tali. Tadi hampir
nak roboh pintu bilik dia ketuk untuk makan tengah hari tapi langsung tidak
dibuka. Hendak masuk pula pintu berkunci.
“Kejutkan kot? Hehe…”
“Rasanya kalau pintu ni pintu kaca sudah
pecah Ainul ketuk tadi tau.”
“Maafkan Abang. Rui Zhe mana? Dah
balik?”
“Adam sudah balik selepas makan tengah
hari tadi.” Jawab Ainul.
Ikram pelik dengan jawapan Ainul. lain
orang yang ditanya lain nama pula yang terpacul. Terlupa dia seketika bahawa
Rui Zhe ada menyatakan namanya Adam semasa di ruang tamu tadi.
“Adam?”
“Nama Rui Zhe sekarang Adam Mikael.”
“Islam?” soalnya lagi.
Ainul mengangguk. Ikram tidak lagi
banyak soal. Tidak mahu digelar polis yang menyoal banduan yang dikehendaki
pula.
“Masakkan Abang Am bubur macam semalam.
Abang nak makan.”
“Tapi Mak Bibah kata abang Am tak makan
bubur?”
“Sejak semalam abang makan. Masakkan
yaa… Abang lapar.” Rengeknya.
“Ermm. Iyalah.”
Ainul berjalan meninggalkan Ikram untuk
ke dapur. Kesian pula dengan Ikram yang sudah buat muka sposen.
“Nak ikut!” ujar lelaki itu. Dia berlari
anak mengejar Ainul ke dapur. Tapi sesampai di dapur seperti biasa hanya
mulutnya sahaja membantu. Dia bising jadi deejay
radio menemani Ainul memasak di dapur. Bukannya dia hendak bantu pun.
Sekadar melepaskan kebosanan sahaja.
Bising mulut Ikram tak habis-habis
bercerita. Ada sahaja topik mereka berdua sehingga topik makanan kesukaan
masing-masing, hobi dan tidak tertinggal juga sesi sakat menyakat. Tanpa usikan
dan menyakat Ainul memang tidak sah. Sudah menjadi kewajipan. Mak Bibah dan
ibunya seperti pandai cari Channel.
Macam tahu-tahu sahaja untuk memberi ruang untuk mereka berdua.
Ainul memandang Ikram yang sedang meniup
bubur panas di hadapannya. Mereka duduk bertentangan. Dari tadi lagi dia hendak
menyoal Ikram tapi langsung tidak berkesempatan. Niat dia mengetuk pintu tadi
untuk menyoal Ikram atau lebih lagi meminta kebenaran tergantung apabila Ikram
minta masakkan bubur buatnya.
“Abang Am…” panggilnya perlahan.
“Ermm…”
“Abang…”
“Ermm…” Ikram menjawab lagi. Dia
menekankan nadanya menjadi keras.
“Abang Am…”
“Ermm….! Apa Ainul nak cakap? ” Hilang
kesabarannya. Sudahlah dia tengah khusyuk meniup bubur di sudu.
“Ainul nak…err… Ainul nak minat
kebenaran keluar dengan Adam dan Xiao wei esok. Boleh tak?” Akhirnya terkeluar
juga soalan dari mulut Ainul. Adam mengajak Ainul untuk berjalan-jalan esok
bersama kawan baiknya Xiao wei.
Tersembur bubur yang baru sahaja masuk
mulut Ikram. Kalut sebentar dia apabila habis meja makan kotor dengan bubur
yang tersembur keluar. Ini barulah dikatakan terkejut beruk. Nasib baik tidak
kena muka Ainul yang duduk bertentangan dengan Ikram. Kalau tidak terpaksalah
Ainul bermandikan bubur.
bestnyer...
ReplyDeletesbnr ikram ada hati x ngan ainul ni...huhu..
cpt smbung...
thanks