**Cover & tajuk baru : tajuk lama Hati Yang Terluka
Aku menyeka air mata yang mengalir. Aku tidak ingin
kelihatan lemah buat ibu dan kakak. Keluarga aku bagaikan jatuh ditimpah
tangga. Sakit hati, marah dan geram kini berselubungi seluruh jiwa dan ragaku.
Sejak detik ibu bapaku berpisah, adik bongsuku yang baru berusia 7 tahun
terpaksa berpisah dengan kami kerana bapa mendapat hak penjagaan terhadapnya.
Setiap hari aku memandang ibu yang meratapi situasi
kami, aku yang baru sahaja dua minggu lalu menghabiskan peperiksaan SPM
terpaksa menjaga makan minum ibu kerana kakak sulungku sedang melanjutkan
pelajarannya.
Mengenangkan alongku, hatiku sekali lagi dihambat
rasa amarah terhadap kaum Adam yang tidak bertanggungjawab. Kak long dirogol
oleh kawannya. Kawannya memang menaruh cinta dari kak long tapi kak long masih
tegas dengan pendiriannya untuk menumpukan pelajaran dahulu dari soal hati. Mak
yang baru sahaja mengetahui perkara ini semalam pengsan setelah mendengar
tangisan dari kak long. Itupun ibu terdengar perbualan aku dengan Kak long
melalui skype semalam.
Sudah enam bulan aku dan kakak cuba merahsiakan
perkara ini dari pengetahuan ibu kerana tidak mahu ibu bertambah sedih dengan
krisis keluarga kami. Dalam enam bulan ini jugalah kak long tidak balik rumah
demi menyimpan rahsia kami kerana lelaki bangsat itu hilang secara tiba-tiba.
Laporan polis yang dibuat juga senyap begitu sahaja. Ingatanku ibu sudah tidur, rupa-rupanya dia
masih lagi sedar dan ibu terdengar perbualanku ketika melintasi bilikku untuk
ke dapur.
Aku mengurut kepala ibu perlahan. Setitik air mataku
jatuh memandang wajah sayu ibu. Seraut wajah itu memperlihatkan wajah yang
sedang mengandungi seribu satu kelukaan.
‘Kesian ibu… angah janji akan jaga dan sayangkan ibu
selamanya.’ janjiku dalam hati.
Aku mencium dahi ibu. Semoga ibu tidur dengan
nyenyak. Akhirnya aku juga terlelap didalam dakapan ibu.
Aku memandang buat kali terakhir wajah kak long yang
terbaring di pembaringan. Bayi yang baru sahaja dua hari masuk hari ini masih
lagi lena dalam dukunganku. Amira Ayuni binti Abdullah itulah nama yang aku
beri buat anak kak longku.
Amira lahir tanpa sempat melihat wajah ibunya. Kak
long meninggal dalam kemalangan jalan raya. Doktor tidak dapat menyelamatkan
nyawa kak Long. Mataku melirik ke arah ibu yang senyap sejak pemberitahuan dari
pihak hospital semalam tentang kematian kak long.
“Ibu…” panggilku tatkala mendekatkan diri ke sisi
ibu. Bayi Amira yang berada di pangkuanku diletak ke atas tilam bayi.
Ibu hanya memandang wajahku kosong. Gusar dan risau
dengan keadaan ibu. Makan tidak minum pun tidak. Apatah lagi untuk berbicara.
Ibu senyap tanpa sebutir kata-kata.
“Ibu tolonglah cakap sesuatu ibu. Tolonglah bu.
Ingat Allah bu. Tidak tenang arwah kalau ibu terus begini. Tolonglah bu…”Aku
memeluk erat badan ibuku yang semakin mengurus sejak terpisah dengan adik
bongsu kami beberapa bulan lalu.
“Tolonglah bu. Demi angah sekurang-kurangnya ibu
bersuara bu. Tolonglah jangan terus menerus macam ni bu.” Pujukku lagi. Air
mata yang ditahan sejak tadi tumpah mencurah-curah.
Ibu masih lagi senyap. Hanya beberapa butir air mata
saja yang mengalir dari mata itu. Kalau dahulu ibu seorang yang cukup anggun
walaupun hanya suri rumah kini ibu langsung seolah-olah mayat hidup. Hanya
jasad yang tinggal. Roh sudah pun dibawah pergi bersama kesedihan dan peninggalan
Kak Long serta kehilangan adik yang dibawah pergi bersama bapa dan isteri
barunya.
“Ain. Kita nak angkat arwah sekarang.” tegur salah
seorang jiran kami.
Aku mengangguk kepada Pak Mail, jiranku sejak kecil.
Mujurlah kami tinggal di kampung. Susah senang ada juga yang membantu. Hanya
urusan jenazah di hospital sahaja yang aku terpaksa urus sendiri.
Tidak kurang juga wajah-wajah yang melakarkan
pertanyaan di air muka mereka melihat bayi yang dari tadi berada bersamaku.
Maklumlah, kak long sudah lama tidak balik kampung. Tup.. .tup meninggalkan bayi bersamanya. Sempat bibirku mencium
dahi ibu sebelum pergi membantu untuk menghantar jenazah kak long.
Belum sahaja beberapa langkah meninggalkan rumah.
Aku berpaling ke belakang kerana seseorang sedang memanggil namaku.
“Ain! Ain!
Nurul Ain!” jerit Muna. Orang yang turut mengiringi jenazah turut terhenti.
“Ain!”
“Ada apa Muna?” soalku ketika dia sudah dekat
denganku. Termengah-mengah Muna sebelum meneruskan kata-katanya.
“Ain. Aku harap kau bersabar ya.”
“Ada apa lagi ni Muna? Kenapa?”
“Ibu Ain… Mak cik Yana tadi berdiri. Katanya nak
kejar Ain untuk iring sekali arwah Kak Aina tapi tidak sampai beberapa langkah
Mak cik Yana pengsan. Sekali kak aku periksa nadi mak cik sudah tiada.” Jelas
Muna.
Aku menerkup mulut. Kedengaran orang yang berada
disekelilingku terkumat kamit membaca ayat suci Al Quran mendengar berita
mengejut yang baru sahaja diterima. Sungguh susah untuk aku menerima hakikat. Semalam
Kak Long dan hari ini pula ibu yang aku sayang. Kakak Fasha ialah kawan kak
long aku sekarang. Mereka sama-sama mengambil medic mustahil aku tidak percaya kepada bakal doktor tersebut.
“Semua ni salah bapa! Semua ni salah lelaki tu!
Mereka yang ragut kebahagian kami dahulu… aku tidak akan maafkan mereka sampai bila-bila!”
“Mama… mama.” Panggilan Amira mengejutkan aku dari
terbuai kenangan 7 tahun dahulu.
“Mama tengah fikir apa?”soal Amira.
“Mama tengah ingatkan arwah umi Mira dan nenek. Mari
duduk sebelah mama sayang.” Aku menepuk sofa di sebelahku.
“Mama kata kalau rindu kita baca doa.” ujar anak
kecil itu. Aku tidak pernah merahsiakan tentang ibu kandungnya kecuali bapanya
yang tidak bertanggungjawab itu. Kenal pun aku tidak macam mana aku hendak
mengambarkannya.
“Mama! Mama!” jerit Mira begi menyedarkanku.
“Ya sayang. Mama dengar.”
“Kita sama baca doa untuk arwah umi dan nenek ya.”
Dia menadah tangan. Kerana Amira aku mampu bertahan hingga kini. Kerana Amira
jugalah aku sanggup pekakkan telinga atas tuduhan kepadaku yang sudah mempunyai
anak walaupun belum bernikah. Tidak ada yang perlu aku jelaskan setiap kali
persoalan demi persoalan yang dilemparkan kepadaku tentang anak kecil ini.
Mata Mira yang kebiruan memang mendatangkan seribu
satu persoalan buat orang-orang yang mengenali hubungan aku dan Mira. Bukan
mereka sahaja, aku dulu pun terkejut dengan anak mata Mira.
Akhirnya tempat Kak Fasha iaitu kawan baik arwah
kakakku la tempat bertanya. Kak Fasha kenal lelaki yang membuatkan kakak aku
merana. Menurut Kak Fasha lelaki itu Pan Asia. Bapanya orang Perancis yang
masuk Islam manakala mak dia pula melayu tulen. Nasib baik rambut Amira tidak blonde malah hitam dan lebat persis
kakak aku. Mukanya juga seiras dengan kakak cuma mata Mira yang biru sahaja
membezakan mereka.
Aku sudah tiada sesiapa lagi di dunia ini selain
Amira. Bukan senang aku meneruskan pelajaran sambil menjaga anak kecil dan juga
terpaksa menampung makan minum kami dahulu. Aku sanggup ikat perut dan membuat
kerja-kerja sambilan di kedai untuk membelikan barang keperluan kami. Mujurlah
aku berjaya dalam permohonan biasiswa dari MARA sekurang-kurangnya tidaklah
terlalu membebankan kerana aku terpaksa tinggal luar untuk menjaga Mira.
“Mama? Mama tak sihat ke?” soal Mira. Berangkali
pelik dengan keadaanku yang senyap sahaja.
“Mira pergi bersiap. Kita jalan nak?” soalku. Aku
perlu keluar untuk menenangkan fikiranku dari duduk termenung sahaja sepanjang
hari.
“Yeah!” Dia menjerit kegirangan.
Kami meronda-ronda pusat membeli
belah. Ada juga satu dua pasang baju yang aku belikan untuk Mira. Kerjaku sebagai
seorang pensyarah dalam undang-undang cukup untuk aku menampung kehidupan kami
berdua. Bukannya aku tidak ingin jadi peguam malah itulah cita-citaku sejak di
bangku sekolah tapi memandangkan kesibukan peguam membuatkan aku tidak dapat
meluangkan masa bersama dengan Mira, aku mengambil keputusan untuk memohon
sebagai pensyarah walaupun beza gaji yang agak besar. Yang penting aku dan Mira
dapat meluangkan masa bersama.
Aku membelek beberapa buah baju
kanak-kanak untuk Mira. Tidak cukup ditangan kami berdua masih lagi ingin
membeli belah.
“Mama nak yang ni.” Dia menarik
hujung blouse bajuku.
“This one?”
“Yup. The red one?”
“Tak nampak terlalu terang ke
sayang?”
“Will I look prettier with this gown mama? Baju dia sama dengan baju
red riding hood. Remember? Alah! Buku yang mama belikan untuk Mira bulan lepas tu?”
“Mira nak jadi macam dia? Why?”
“Dia pandai! Mira nak jadi macam
dia. Tidak mudah tertipu dengan strangers.”
“Well… Let me think first. Nak beli ke tak?” Aku cuba berfikir. Aku
sedikit membongok menghadap Mira. Dahiku dikuis. Lagakku seolah-olah tidak puas
hati dengan alasannya.
“Boleh! Dengan satu syarat.”
“Kiss me first! Make it the most lovely kiss ever! Tak nak kiss. Mama tak nak belikan!”
Chuppp!
Satu kucupun singgh di pipiku.
“Ikhlas ke tak ni?” keningku diangkat.
“Honestly! Sikit-sikit taklah. It’s for that gown! Please
mama…”
“Drama queen
betul anak mama ni tau!” Aku mencubit pipinya. Setelah mencari saiz baju Mira
aku menuju ke kaunter. Tak perlu tengok saiz. Tiap-tiap bulan aku memang belikan
baju baru buat Mira. Dah expert
sangat pasal budak ni.
Airil berpusing-pusing. Tiada niat hendak buat
sesuatu hari ni. Dia meronda kawasan
pusat membeli belah ni pun hanya sekadar melepaskan kebosanan dari
rumah. Bukannya Airil hendak membeli apa-apapun.
Sekadar melepaskan bosan duduk terperap di rumah sejak balik dari Belanda
minggu lepas. Umi pun asyik-asyik nak membebel pasal isu kahwin. Umurnya baru
sahaja 28 tahun. Dia belum bersedia lagi untuk berumah tangga.
Airil ingin mencari semula Atiya. Cintanya kepada
Tia tidak pernah hilang. Sungguh kesilapan lalu buatnya merana. Tapi masalah
yang menimpa dirinya membuatkan dia hilang akal. Tambahan lagi kata-kata Tia
yang memalukan dirinya dikhalayak ramai membuatkan dia hilang akal untuk
berfikiran waras.
Airil meraut wajahnya. Kusut. Di mana dia hendak
mula mencari gadis itu pun dia tidak tahu. Airil duduk di kerusi yang disediakan.
Tiba-tiba lagak seorang anak-anak kecil yang menyorok di sebalik baju-baju yang
tergantung menarik perhatiannya. Sekejap timbul sekejap tengelam kepada
kanak-kanak tersebut. Lagaknya seperti paparazzi yang tengah mengintai.
“Hello little
girl.” Panggil Airil.
Kanak-kanak perempuan tersebut melangkah mendekati
Airil. Lollipop yang masih lagi berbungkus di tangan budak tersebut dipandang.
Warna warni lollipop tersebut.
“Hi! Are you
lost?” soal Airil memandang mata kanak-kanak tersebut yang kebiruan. Sudah
tentu anak pelancong yang sesat.
“Me? No I’m
not.” Mira menunjuk dadanya.
“So where’s
your mother?”
“Over there.
She still queue to pay for my red gown.”
“Oh! I see.
Why are you staring at me?” soal Airil lagi. Hatinya terpaut dengan
kepetahan kanak-kanak tersebut.
“No. I’m not!” jelas Mira.
Belum sempat Airil memyoal lebih dia terdengar
seseorang sedang menjerit. Matanya beralih kepada wanita tersebut.
“Mira! Mira!” jerit wanita tersebut. Matanya melilau
kiri kanan. Apabila wanita tersebut terpandang Airil dan kanak-kanak tersebut.
Dia terus diam lalu dekat dengan mereka berdua.
“Mira. Kenapa degil cakap mama? Mama suruh Mira
tunggu tepi mamakan. Kenapa Mira merayau?” marahku. Cukup gelabah aku mencari
Mira. Takut dengan pelbagai masalah yang berlaku kebelakangan ni. Banyak isu
kehilang kanak-kanak terutamanya kanak-kanak perempuan.
“Mama! Calm
down. Mira tak merayau.” pujuk Mira. Terkejut Airil apabila kanak-kanak
yang petah bercakap Inggeris tadi berbahasa melayu pula.
“Habis tu? Mira buat apa dekat sini? Tak ke merayau
namanya?”
“No la
mama. Mira ke sini sebab nak bagitahu uncle ni wallet dia terjatuh bila nak duduk tadi. So I’m here to help him.” jawab Mira sambil menunjuk dompet Airil
yang terjatuh dari poketnya.
Aku dan lelaki tersebut lantas memandang ke arah
bawah bangku. Airil mengambil lalu membuka dompet tersebut. Memang tidak salah
lagi dompetnya la yang terjatuh. Nasib baik. Kalau tidak payah lagi nak urus
itu ini.
“Thanks young lady.” ujar Airil.
“No biggie sir.” Lancar Mira menjawab sambil memandang tajam
ke arahku. Merajuk la tu!
“Okay! Okay.
I’m sorry. Mama cuma risaukan Mira tau tak.”
Mira mencebik. Tangannya disilangkan di dada.
Buat-buat merajuk.
Airil tersenyum memandang telatah Mira dan mamanya.
Dia sempat melirik ke wajah ayu tersebut. Emak budak Airil! Jangan mimpi. Kalau
nak lebam biji mata usha bini orang try
la kalau berani.
“Mira. Tak baik merajuk dengan mama Mira tau. Tak
cium bau syurga nanti.” pujuk Airil.
Aku memandang lelaki yang memujuk Mira tersebut.
Sekejap sahaja Mira terseyum setelah mendengar kata-kata lelaki tersebut.
“I’m sorry.
Maafkan mama ya sayang. Mama dah belikan gown
merah tu. It’s very suit to you.” pujukku
lagi.
“Really?”
Aku mengangguk mengiyakan.
“Sayang mama.” ujar Mira ceria sambil mencium
pipiku. Membodek nombor satu budak ni. Aku mengeleng kepalaku.
“Uncle. Ni
mama Mira. She’s single but not
available. But I’m not. I’m single and available.” jelas Mira.
Aku dan lelaki tersebut tertawa dengan gelagat Mira.
“Amboi Mira. Kecil-kecil dah gatal. Mama cubit karang.”
“Alah! Apa salahnya. Kalau mama nak pun Mira tak
kisah. Uncle ni terlalu cute untuk
jadi my papa!” jawab Mira.
Tergelak Airil dengan telatah anak kecil di
hadapannya. Petah sungguh berkata-kata.
“Mira…” Aku membuntangkan mataku. Inilah padahnya
bila mak dan anak macam kawan baik. Cakap main hambur je. Padahal usia budak ni
baru tujuh tahun. Konon-kononnya dia nak jadi budak perempuan yang macam dalam
iklan raya TM dekat televisyen tu. Idol katanya.
“Tengok tu uncle. Mama ni dah macam lion dekat Africa dah. Sebab tu tiada yang
berani dekat dengan dia.” sakat Mira lagi.
“Dah. Malas nak layan Mira. I’m going home! Tak nak tumpang Mira. Biar Mira balik jalan kaki.”
Aku main tarik tali.
“Baliklah. Mira suruh uncle ni hantar Mira balik.”
“Fine!”
bentakku.
Airil tiba-tiba gugup. Gelabah pula bila anak
beranak ni bergaduh pasal dia.
“Mira. Go and say
sorry your mother.” Pujuk Airil.
“Alright.”
jawab Mira dengan nada perlahan. Dia melangkah ke tempat aku berdiri.
“Mom… I’m so
sorry.” Air matanya tiba gugur. Tidak sampai hati pula aku marajuk
lama-lama. Segera adegan peluk memeluk dengannya. Mira ialah nyawaku. Kerana
dialah aku sangup bertahan hingga kini.
“You such a
drama queen. You know that!” ujarku. Pandanganku masih lagi di jalan raya.
“What?”
soal Mira.
“Ye lah. Sejak bila pula Mira jadi matchmaker ni?”
“Mama tak nak cari boyfriend ke? Kawan-kawan Mira baru darjah satu dah ada boyfriend. Mama pula dah tu…”
“Tu apa? Tua? Kalau nak jalan kaki balik try cakap..” pintasku cepat. Orang baru
26 tahun adakah patut budak kecil ni panggil tua. Lagipun aku sudah muak dengan
lelaki ni.
“Alah mama… Mira nak juga rasa ada papa… at least a guy yang dapat pura-pura jadi
papa Mira. Semua kawan-kawan Mira, papa diorang yang hantar dan jemput ke
sekolah.”
“Mira tau mama ada sedikit masalah dengan lelaki ni right? Don’t you get it young lady?”soalku.
tiada rahsia di antara kami berdua.
“Yeah I know
it better! But still mama… if la kan… uncle yang cute tadi tu jadi papa Mira. Tak kisahlah your future husband atau my
real papa ke Mira tak kisah. Sebab uncle
tu cute sangat. Lagipun, mata kami
sama. It’s blue.” ujar Mira panjang
lebar.
Aku tepuk dahi. Betul-betullah budak kecil ni
angaukan mamat tadi.
“Susah-susah. Mira sajalah yang kahwin dengan uncle
tu. Dah angau sangat dah mama tengok tuan puteri mama ni.”
“Yieuw!
Dalam mimpi pun Mira tak nak. He’s too
old for me okay. Mira minat dekat abang darjah enam tu. He’s younger than that uncle.”
“Pulak dah.” Aku dan Mira keluar dari kereta. Borak
punya borak tak sedar kami dah sampai rumah.
Airil termenung jauh. Menunggu adik tirinya balik
memang membosankan. Sejak dia jadi tanam anggur balik dari Belanda ni sudah
tiga hari dia jadi driver tidak
bergaji. Sudahlah semalam umi dia membebel sebab lambat ambil Amirul dari
sekolah lewat. Mentang-mentanglah Amirul sudah manja dengan uminya dari kecil.
Umi lebih manjakan pula adik bongsunya dari dia.
Airil mengeluh. Dia asyik-asyik teringatkan Mira dan
Ain. Hatinya bukan sahaja terpikat dengan Mira tapi siap dengan mak budak itu,
Nurul Ain.
“Aku ni sudah angaukan mak budaklah pulak.” Dia
bermonolog.
Bunyi lonceng menandakan pelajar pulang. Sementara
dia menanti adik tirinya datang. Matanya tertacap pada seorang kanak-kanak
perempuan yang sedang menanti di tepi pagar.
Dia tersenyum lalu mendekatkan diri dengan
kanak-kanak tersebut.
“Hai Mira.
It’s nice to meet you.” tegur Airil. Matanya melilar keliling mencari
kelibat Ain.
“Assalamualaikum uncle! What a surprise!” jerit Mira riang.
Airil menjawab salam dalam hati. Sungguh dia kagum.
Sedangkan dia terleka memberi tidak memberi salam. Mira yang kecil-kecil pun
tahu beri salam.
“Mira sorang je? Siapa jemput? Mama?”
Mira mengangguk. “Yup. My lovely mama yang ambil Mira selalunya awal. Tapi mama kata dia
masih on the way. Tadi ada problem sikit dengan student dia.” Jelas Mira tentang
kedudukan Ain.
“Mama Mira cikgu?” soal Airil. Dia duduk mencangkung
di sebelah Mira. Selagi Amirul tidak keluar boleh la dia korek sikit pasal Ain.
“Tak. Mama pensyarah. Before this mama lawyer.
Sebab tu Mira dah kuat loyar sebab selalu ikut mama ke pejabat but mama dah
berhenti supaya senang jaga Mira.”
“Your dad?”
“Mira tiada papa. Mama still single. I’m not her real daughter.” ujar Mira perlahan.
“But mama Mira absolutely awesome ! tiada yang dapat tandingi mama.”
sambung Mira lagi. Dia cuba tersenyum.
“Good girl. Ermm… ada future
papa ke?” soal Airil. Korek jangan tak korek. Satu persatu dia dapat tentang
Mira dan mamanya hari ni.
“Uncle? Did
you forget about what I had told you before? My mama single but not available.”
ujar Mira sambil menyilangkan tangannya.
“Any reason for
that?”
“It’s private and confidential! Nak reason pasal tu uncle kena tanya dekat
mama by yourself!” ujar Mira.
“Takkan tu pun tak nak bagitahu.” Dia memandang ke
arah Mira. Buat baby face Airil!
“Mama.!” jerit Mira tatkala terpandang wajahku.
“Assalamualaikum! Dating tak ajak-ajak mama.” Aku berjalan mendekati mereka. Airil
juga sudah berdiri.
“Mira nak mama yang dating with him but you the one yang jual mahal. Uncle ni okay je.
Kan uncle?” soal Mira.
Mahu sahaja Airil segera mengangguk tapi ikutkan
hati nanti mati. Nanti tidak pasal-pasal kena bedal oleh Ain. Sudahnya hanya
tersenyum sahaja.
“Along…” suatu suara memanggil dari belakang menarik
perhatian mereka.
Aku hirup air coke dengan hati yang bengkak. Suka
betul bersubahat dua orang ni. Terkejut Mira tadi apabila tahu yang abang
darjah enam yang dia minat rupa-rupanya adik uncle Airilnya. Bila Airil ajak makan KFC terus sahaja Mira setuju
tanpa meminta persetujuanku.
Bila aku kata tak nak dia kata aku sudah tiada kelas
hari ni. Bila aku kata penat dia kata kita patut tenangkan fikiran.
Betul-betullah budak seorang ni. Kalau aku lawyer dia pula kuat loyar buruk.
Bila aku bangkang seratus peratus dia terus lari masuk kereta Airil.
Akhirnya kami sudah macam satu keluarga duduk
berkelah sudah dekat taman rekreasi ni bezanya naik berlainan kereta. Aku bawa
kereta aku. Airil pula bawa kereta dia yang ditumpang oleh adiknya Amirul dan
Mira.
“Mira tu budak baik kan?” soal Airil. Lama mereka
berdua senyap. Mira sudah pun pergi bermain buaian bersama Amirul.
“Ermm…
baik sangat.” jawabku ringkas.
“Awak dan Mira… dia kata dia bukan anak awak
sebenarnya.”
“She’s mine.
Forever and ever.” kataku sambil memandang tepat ke mata Airil. Ada satu rasa
yang pelik bersarang tapi segeraku tepis. Hatiku sudah cukup terluka dengan
kaum Adam. Aku takut dilukai lagi. Aku takut aku tidak dapat bangkit semula
sekiranya aku luka lagi. Parut yang tinggal masih lagi meninggalkan kesat
buatku. Aku tidak ingin luka berdarah semula.
Hari-hari aku bertemu dengan Airil dan dengar pasal
Airil. Naik muak aku dengar celoteh Mira yang makin rapat dengan Uncle Airil dia. Macamlah Mira tak tahu
yang aku ada fobia dengan lelaki. Dia pula buatkan aku makin rapat dengan Airil.
Mentang-mentanglah dia nak adik si Airil. Aku
sendiri dia heret. Airil pun aku tak tahulah. Macam tiada kerja. Hari-hari
sanggup datang pergi sekolah Mira semata-mata untuk berjumpa dengan Mira.
Bertambah sukalah budak tersebut sebab dapat dekat dengan Amirul kesayangannya.
Kadang-kadang Airil yang menjemput Mira dari
sekolah. Bawa jalan-jalan baru hantar ke pejabatku. Memang selama ini pun
begitu. Aku jemput Mira dan biar dia lepak dekat pejabatku sampai aku habis
kelas.
Rakan sekerjaku pun mulai bertanyakan status aku
dengan Airil apabila terlihat Airil menghantar Mira ke pejabatku. Tak pernah
pun aku undang masuk pejabatku. Dia hanya menghantar Mira sampai ke bawah
bangunan sahaja.
“Mama…”
“No!”
“Mama… please...”
Mira buat muka sposen.
“No!”
“Please ma…”
“No Mira… tau tak Mira bermain dengan hati
mama. Mama takut terluka lagi.”
“But ma… itukan hari keluarga. Semua orang datang
dengan parents masing-masing. Mira saja
seorang yang tiada. At least pretend for
a day. Please ma…” Mira mulai mengeluarkan air matanya.
“No Mira.
Mama kata tidak… tidak sayang!” marahku.
“Mama selfish!
Mama tak pernah fikir apa yang Mira nak!” jerit Mira lalu berlari masuk ke dalam
biliknya.
Aku mengeluh. Mama faham sayang. Mama sentiasa faham
perasaan Mira. Tapi mama tak sangup terluka sebab mama mulai cintakan Airil.
Mama mula sayangkan Airil. Mama takut Mira. Mama takut. Dari air mata yang
mengalir sedikit demi sedikit dari tubir mata kini mengalir seolah-olah
bertahun lamanya aku tidak mengalirkan air mata. Mudah sungguh air mataku
gugur.
Hari keluarga sudah tiba. Aku melangkah lambat di
belakang melihat Mira dan Airil yang berjalan sambil berpegang tangan. Lagak
mereka seperti anak dan bapa sudah. Berapa hari aku dan Mira tidak bertegur,
merajuk benar dia dengan aku. Akhirnya terpaksa juga aku bersetuju apabila
Airil datang menjemput Mira ke rumah pagi tadi. Selalu aku terdengar mereka
berbual mengunakan telefon rumahku. Mungkin Mira merungut dengan Airil semalam.
“Merajuk benar awak dengan Mira.” Tegur Airil. Dia
menghulurkan minuman kotak kepadaku lalu duduk bersebelahan denganku di kerusi
yang disediakan.
“Mira mana?” soalku.
“Tengah main dengan kawan-kawan dia.”
Aku sekadar mengangguk. Tidak larat hendak
bercerita. Diriku terasa penat. Terlalu banyak yang aku fikirkan sejak
kebelakangan ini. Sehinggakan aku tidak dapat tidur. Aku terpaksa menelan ubat
tidur agar dapat terlelap.
“Awak tak apa-apa? Muka awak pucat.” ujar Airil
kerisauan memandang wajahku.
Aku mengeleng. Pening sedikit sahaja sudah biasa
buatku.
“Awak tidak sepatutnya tegas dengan Mira. Dia masih
budak kecil.”
“Kau siapa nak ajar cara aku jaga Mira. Suka hati
akulah!” jerkahku. Sakit kepala yang menusuk tambahan lagi kata-kata Airil yang
mempertikaikan cara aku mendidik Mira selama ini membuatkan aku bertambah
marah.
Aku berdiri. Namun tidak sampai beberapa langkah
pandanganku semakin kabur dan gelap. Aku kemudiannya tidak lagi sedarkan diri.
Hanya namaku dipanggil oleh seseorang sahaja kedengaran.
Tangisan anak kecil mengejutkan aku dari tidur.
“Mira?” soalku perlahan.
“Mama! Mama please
don’t leave me alone… mama jangan tinggalkan Mira.” ujarnya sambil memeluk
tubuhku yang terbaring di katil yang serba putih.
“Awak sudah sedar? ” soal Airil. Terkejut dia
apabila Aku tiba-tiba pengsan tadi.
“ I’m tired.
Mama tidur sekejap ya sayang. Mama penat sangat.”
Mira terangguk-angguk sambil mengesat air matanya.
Aku akhirnya terlelap. Penat tubuhku masih lagi terasa.
Setelah aku sedar dari tidur. Hanya Airil sahaja
yang menemaniku di sebelah. Tertidur lena jejaka tersebut menanti aku. Tekakku
terasa haus. Aku cuba mencapai gelas di meja sisi tapi bunyi bising menyedarkan
Airil dari tidur.
“Haus? Saya tuangkan air untuk awak.” Dia
menghulurkan gelas yang berisi air mineral kepadaku.
Aku mencapainya. Sikit sahaja aku meneguknya. Tidak
larat hendak minum banyak-banyak. Airil membantuku menyandar pada dinding.
“Saya dah hantar Mira balik rumah saya. Sana ada umi
saya tolong tengkokan. Kesian saya tengok dia menangis tadi. Lagipun dalam wad
dia mudah kena jangkitan virus.”
Aku mengangguk.
“Awak tidak boleh paksa diri awak Ain. Awak patut
jaga diri awak agar dapat jaga Mira.” nasihat Airil.
“Terima kasih Airil.”
Aku mulai rapat dengan Airil. Aku cuba lembutkan
hatiku untuk lelaki. Aku cuba untuk menerima kenyataan walau payah. Bukan
senang untuk aku yang selama ini bencikan kaum lelaki.
Sebentuk cincin kini berada di hadapanku. Aku
memandang Airil yang duduk di hadapanku. Dia memberi senyuman yang cukup
romantic buatku.
“Airil harap Ain dapat terima Airil seadanya. Airil
nak Ain jadi suri Airil, ibu kepada anak-anak Airil dan juga nyawa Airil. Airil
tahu yang Ain juga rasa apa yang Airil rasa. I love you.” ujar Airil.
Air mataku gugur mendengar kata-kata Airil. Hati
wanita selembut sutera. Seperti mana tegang pun kain tersebut ditenun ia tetap
juga akan lembut pabila disentuh. Begitulah hati seorang wanita. Betapa
kerasnya hati wanita sekali tersentuh ia tetap juga akan lembut. Mudah cair
tapi aku takut kerana ia terlalu lembutlah ianya mudah rosak sekali ia dihancurkan.
“Maaf Airil. Ain masih takut. Ain takut kecewa. Ain
takut parut yang sedia ada berdarah lagi.” Aku menolak kotak cincin tersebut
semula ke hadapan Airil.
Segera tangan Airil mencapai jemariku yang sedang
menolak kotak cincin tersebut. Terkejut aku dengan tindakan drastik darinya.
“Biar Airil jadi penawar luka itu. Biar Airil ubat
parut di hati Ain. Please… berikan
Airil peluang untuk itu.”
Dia memandang anak mataku. Sungguh aku terharu
dengan katanya. Airil. Kerap nama itu datang di kepalaku. Tanpa sedar aku
mengangguk perlahan-lahan. Seolah-olah aku terpukau dengan pandangannya.
Tersenyum lebar Airil dengan anggukanku. Suka benar
dia dengan persetujuanku. Ya Allah bukakanlah hatiku buat lelaki ini.
“Mama! Kita nak ke mana?” tanya si kecil Mira. Aku
tersenyum memandang Mira yang sudah berkemas. Hatiku berdebar menantikan hari
ini. Airil hendak bawa kami berdua untuk berjumpa dengan ahli keluarganya.
Airil ingin menjemput aku dan Mira tapi aku menolak.
Aku meminta untuk memandu sendiri. Biarlah dia menanti di rumah sahaja. Lagipun
menurut Airil, ibu bapa dan adik tirinya Amirul sahaja dirumah. Adik
perempuannya tidak dapat hadir kerana tidak dapat cuti.
“Kita ke rumah keluarga uncle Airil. Mira nak ke
sana?” soalku. Pandanganku masih lagi menumpukan perhatian dengan pemanduan.
“Yeah! I love
it mama! Grandma yang jaga Mira
tu baik sangat.” Puji Mira. Aku belum lagi berterima kasih dengan umi Airil
kerana menjaga Mira ketika aku terlantar di hospital.
“Really?”
“Did I need to
mention about it again mama?” soal Mira balik. Keningnya sebelah diangkat.
“Auw! It’s
hurt!” jeritnya kecil kerana aku mencubit pipi
tembamnya.
“Pandai sangat anak mama ni menjawab.” Tegurku.
Tersengih-sengih Mira yang sedang mengosok pipinya kemerahan.
“ Kita dah sampai. Jadi budak baik okay!” ujarku
ketika tiba di rumah keluarga Airil. Kelihatan lelaki itu sedang menanti di
tepi pagar. Takut kami berdua sesat walaupun Airil telah memberi alamat.
“Okay mama!” katanya sambil mengerdip mata ke
arahku. Dia turun dari kereta yang sudah terparkir lalu berlari ke arah Airil.
Mereka menuju ke arah pintu pemandu untuk menanti
aku keluar.
“Assalamualaikum.” ujarku.
“Waalaikumsalam. Sihat?” soal Airil ramah.
Aku sekadar senyum dan mengangguk.
“Jom masuk. Umi Airil ada dekat dalam. Abah belum
balik. Ada emergency dekat office tadi.” jelas Airil ketika kami berjalan masuk
ke pintu rumah.
Aku tidak sedap hati melangkah masuk. Seolah-olah
ada sesuatu yang menghalang niatku melangkah masuk. Dengan berat hati aku melangkah.
Airil yang terkesan dengan perubahanku senyum untuk
menenangkan hatiku.
“Insya-Allah semua okay.” tutur Airil yang berpegang
tangan dengan Mira.
Aku duduk di sofa yang tersedia di ruang tamu. Mira
duduk di sebelahku sementara Airil menuju ke dapur untuk berjumpa dengan
uminya.
“Mama siapa sebelah uncle Airil ni?” soal Mira sambil memegang dompet Airil.
“Mira! Tak baik sentuh barang orang.” tegurku.
“Mira terjumpa dompet ni dekat bawah meja ni la mama.
Mira tak ambil sembarangan.” jawab Mira.
“Okay fine!
Simpan balik dompet tu atas meja.”
“Tapi mama… gambar ni macam gambar arwah ibu Mira
yang mama tunjukkan tu.” tekan Mira. Dia memusing dompet tersebut ke hadapanku.
Biasalah budak Mira ni kalau tidak puas hati dia akan buat sampai dia
betul-betul puas.
Terbeliak aku melihat gambar yang dipotong lalu
diletakkan bersebelahan gambar Airil. Mustahil gambar candid yang diambil itu aku tidak kenal. Itu gambar kakak aku! Ya
Allah… macam mana Airil boleh ada gambar kakak aku? Aku menerkup mulutku. Masih
lagi tidak mempercayai perkara ini. Aku baru perasaan yang mata Airil yang sama
dengan mata Mira yang kebiruan. Mustahil ayah sebenar Mira ialah Airil.
Airil yang melangkah masuk ke ruang tamu bersama
uminya kupandang tajam. Aku inginkan penjelasan dari lelaki ini.
“Airil tolong beritahu Ain perempuan dalam dompet ni
bukan Nurul Atiya binti Amran. Tolong beritahu Ain ni bukan arwah kakak
Ain…” ujarku. Entah kenapa aku tidak
dapat terima kenyataan yang gambar tersebut gambar kakak aku.
“Atiya kakak Ain?” soal Airil terkejut.
“Jawab soalan Ain dulu!” jeritku. Air mata yang
gugur semakin laju.
“Ya… ya. Itulah Atiya… tapi percayalah Airil memang
sayang Ain.”
“Ain nak tahu satu perkara lagi. Airil ka lelaki
tu?” soalku berkias. Tidak mampu aku menyatakan lelaki yang merogol kakakku.
“Airil tak sedar time
tu. Maafkan Airil…” balasnya perlahan. Dia melangkah mendekati aku. Umi Airil
yang turut menyaksikan keadaan ini jelas terkejut dan binggung dengan apa yang
terjadi.
“Jangan dekat dengan Ain. Ain tidak akan maafkan
lelaki yang buatkan hidup arwah kakak Ain terseksa. Jom kita keluar dari sini
Mira.” Aku menarik tangan Mira untuk keluar dari rumah tersebut. Ketika kami
dipintu, aku terlanggar bahu seseorang yang hendak masuk ke dalam rumah.
Sekali lagi aku dikejutkan!
Langkahku terhenti. Dua manusia yang aku tidak ingin
kini ku temui dalam satu hari ini. Sungguh ia sesuatu yang aku tidak pernah
bayangkan.
Apa bapa aku buat di rumah Airil?
“Ain?” soalnya.
“Hari ni hari paling teruk yang Ain pernah lalui
seumur hidup Ain. Mula-mula Airil. Sekarang bapa pula yang muncul di hidup Ain
semula.” kataku sinis.
Airil dan uminya berlari ke arah pintu mendengar
perbualan kami berdua. Satu persatu wajah di hadapan aku pandang.
“Ain dengar dulu penjelasan bapa.” Bapaku menarik lenganku.
“Tolonglah. Bapa Ain sudah MATI tujuh tahun lalu.” bentakku.
Sengajaku tekan perkataan mati tersebut. Hatiku telah mati dengan kasih sayang
seorang bapa sejak bertahun lamanya.
“Ain!” pintas Airil.
“Sudahlah Airil… tak sangka lelaki yang selama ini
berjanji dan cuba untuk mendekati Ain ialah lelaki yang seksa hidup kakak Ain.
Bapa! Untuk pengetahuan, lelaki tak guna sebelah bapa ni yang rogol anak
kandung bapa sendiri tujuh tahun lalu.” Marahku sambil menunjuk ke arah Airil.
Umi Airil menerkup mulutnya. Terkejut dengan
kenyataanku.
“Kenapa? Tidak percaya? Korang semuanya sama! Lelaki
bangsat!” bentakku. Satu tamparan hinggap dipipiku. Aku memandang wajah bapa
yang terkejut dengan tindakannya menampar kuat pipiku.
“Bagus! Bagus! Tamparlah! Setakat tamparan begini
Ain dah lali. Tidaklah sesakit bagaimana Ain terpaksa tempuh selama ni.
Tidaklah sesakit Ain terpaksa hidup
sebatang kara sejak arwah ibu dan kakak meninggal dunia gara-gara kamu berdua!”
“Mira jom kita balik…”
Aku membuka pintu Mira agar dia masuk ke dalam
tempat duduk penumpang lalu menuju ke arah pintu kereta pemandu.
“Ain nanti dulu.” Airil menutup semula pintu kereta
bahagian pemandu.
“Mira tu anak siapa? Anak Airil betulkan?” soalnya.
“Mira anak Ain!” Tekanku.
“Jangan tipu Ain! Airil dapat rasa yang Mira tu anak
Airil.”
“Jadi kenapa? Ada aku kisah! Selama ni aku yang jaga
Mira dari kecil. Akulah mak dan ayah Mira.” Aku menolak badan Airil ke tepi.
Keretaku meluncur laju dari perkarangan rumah Airil.
Jangan harap aku akan jejak semula rumah ini. Mira hanya diam di tempat
duduknya tanpa sebarang suara. Hanya sendu dariku sahaja yang memenuhi ruang
kereta.
Aku menghempas kuat fail di atas meja. Aku tidak
dapat tumpukan perhatian dengan pengajaranku sehingga beberapa kali soalan yang
ditujukan kepadaku terpaksa dibiar sepi. Aku menyandar di kerusiku. Kepala yang
sakit diurut. Kerap betul sakitku datang kerana banyak berfikir.
Aku tidak dapat tumpuankan perhatian sejak seminggu
lalu. Airil telah melancarkan peperangan denganku. Dia ingin merebut hak
penjagaan anak. Airil ingin merebut semula Mira dariku. Langkah mayat aku dulu
aku tidak akan benarkan dia mengambil Mira dari aku.
“Tolonglah Airil. Jangan ambil Mira dari Aku…
tolonglah Airil. Aku melutut di kaki kau…jangan ambil Mira, Airil!” Aku melutut
di kaki Airil. Airil layak mendapat hak penjagaan anak dengan perintah makamah
sebab dia adalah ayah kandung si kecil. Tambahan lagi aku belum berkahwin
membuatkan aku sukar untuk memenangi kes.
Airil hanya meninggalkan aku keseorangan di mahkamah.
Mira sudah pun dibawa pergi dariku. Aku hanya terdengar tangisan Mira yang
meminta untuk bersama denganku. Rupaku sudah serabut. Nyawaku seolah-olah pergi
meninggalkan jasad yang terkaku.
Selama ini aku hidup kerana Mira. Tanpa Mira aku
hilang hala tuju. Sekelip mata sahaja mereka mengambil Mira dariku. Mudah
sangat mereka memisahkan aku dan Mira. Tiada lagi semangatku untuk meneruskan
hidup.
Hari-hariku suram tanpa gelak tawa dari Mira. Setiap
hari aku tidur di kamar tidur Mira. Baju, katil semuanya masih lagi kekal
seperti biasa. Cuma kurang si pemilik kamar sahaja. Ia sunyi dan terlalu sunyi.
Tiada satu pun baju Mira yang mereka ambil kecuali si anak kecil.
Aku menangis lagi di atas katil Mira. Baju gaun
merah yang menjadi kegemaran Mira ku peluk erat. Masih lagi terhidu bau Mira.
Semua barang Mira terkemas rapi kecuali diriku. Aku telah meminta cuti tanpa
gaji. Cuti tahunan yang aku simpan untuk hujung tahun ni agar dapat membawa
Mira melancong ke Hong Kong Disneyland hanya tinggal rancangan semata-mata.
Tiada lagi si peneman hatiku.
“Mama rindukan Mira… bila Mira nak balik dengan
mama…” ujarku dalan sendu.
Permandangan laut China Selatan dipandang jauh.
Airil meneguk jus manga yang dipesan tadi. Rindunya menyapa seperti hembusan
angin yang tidak berhenti di tepian pantai.
“Jauh abang mengelamun.” tegur Fiza. Dia menarik
kerusi di hadapan Airil.
Airil hanya senyum memandang adik perempuannya yang
bekerja sebagai manager di resort ni.
“Abang masih belum dapat jumpa Ain?” soal Fiza.
Airil mengeleng perlahan. Walaupun Fiza tidak pernah bertemu dengan Ain, Fiza
tahu semua perkara yang berlaku dengan mereka. Waktu perbicaraan hak penjagaan
anak pun Fiza tidak dapat datang kerana terpaksa bekerja.
“Abang rindukan Ain.” Ke mana Ain yang menghilang langsung
tidak diketahui. Airil buntu. Setiap masa dia merindui wajah mulus Ain. Tapi
wanita itu hilang tanpa jejak. Rancangannya untuk memiliki Mira dengan harapan
Ain bersetuju untuk bersamanya tidak berhasil.
Airil binggung. Mujurlah Mira dapat menerimanya.
Beberapa hari selepas Mira mula tinggal bersamanya, kanak-kanak itu demam
kerana merinduikan mama kesayangannya.
“Fiza faham perasaannya bang. Mira tu umpama nyawa
buat Ain. Dari awal lagi Fiza bangkang rancangan abang hendak rebut hak
penjagaan tapi abang degil. Abang tak faham. Hati perempuan ni lembut. Sekali
terluka susah untuk sembuh balik.” bebel Fiza.
“Abang tahu abang salah. Masalahnya mana nak cari
Ain sekarang ni. Abang risaukan dia.” ujar Airil. Dia memandang ke arah laut
yang terbentang luas. Teringat lagi tangisan Ain yang merayu-rayu dengannya.
Matanya tertacap dengan sekujur tubuh yang sedang membelakanginya. Firasatnya
menyatakan itu gadis itu ialah Ain. Gadis yang sedang berdiri di tepi pantai
sambil memandang ke arah laut itu persis seperti Ain.
“Kesian kakak tu bang. Sejak dia datang sini. Dia selalu termenung.
Kakak tu cantik tapi muka dia suram. Pucat je setiap masa.” komen Fiza. Dia
turut perasan Airil yang memandang gadis yang sedang berdiri memandang laut.
Airil berpaling memandang adiknya. “Fiza kenal
dengan kakak tu?”
“Kakak tu? kenal. Dah dua minggu dia stay dekat pulau ni. Kebetulan kakak tu
tinggal dekat resort ni. Pagi hingga
petang akak tu akan berjalan tepi pantai.” jelasnya.
“Nama dia?”
“Fiza Cuma tahu nama dia Kak Ain je. Tak kanlah…”
Airil berlari meninggalkan adiknnya. Dia mencari
kelibat gadis tadi di sekeliling pantai.
“Ain! Ain…” jerit Airil sambil berlari mencari
kelibat Nurul Ain.
Aku terpusing belakang mendengar namanya dipanggil.
Terhenti langkahnya apabila terlihat Airil mundar mandir mencari sambil
menjerit namanya. Airil tidak mengesan dia yang sedang memandang lelaki itu.
Aku berlari meninggalkan Airil yang masih
tercari-cari. Hatiku cukup parah meninggalkan parut dari lelaki itu.
“Ain!” Airil berlari mendekatiku.
Aku cuba lari sekuat hati tapi langkahku terhenti
apabila Airil sudah pun berada di hadapan. “Kau nak apa lagi Airil? Apa lagi
yang kau nak hah!” jerkahku.
“Aku nak kau Ain. Aku sayang kau.”
Aku tersenyum sinis.
“Sayang? Aku rasa kau tidak tahu erti kasih sayang
Airil. Dalam hati kau cuma tahu merosakkan kasih sayang yang orang curahkan
dekat kau.” Aku berlari meninggalkan Airil dengan kata-kataku.
Ubat yang berterabur di atas meja di cari satu
persatu. Sakit kepalaku datang lagi. Penadolku sudah habis. Aku mencari ubat
Caffox yang baru dibeli tadi. Sekurang-kurangnya aku dapat kurangkan migraine dengan ubat ni dan dapat tidur
lena dari sakit yang melampau.
Pintu diketuk kuat di biar sahaja. Kepalaku perit
sangat. Habis beg tanganku diselongkar. Aku mengeluarkan semua barang lalu di
hamburkan ke atas katil. Pil Caffox ku keluarkan dari pek. Dua biji pil aku
telan.
Bunyi bising yang mengetuk pintuku di biar sahaja.
Selepas beberapa minit ia akhirnya berhenti juga. Aku terlelap di atas katil
yang berterabur dengan barang-barang tadi. Baju Mira yang ku bawa ke pulau ini
ku peluk erat sebelum terlelap.
“Mama… mama…” Telingaku terdengar suara dan tangisan
Mira. Perlahan-lahan aku membuka mata. Keadaan terang benderang menyilaukan
mataku.
“Papa! Mama dah bangun.” Jerit Mira.
Aku tidak dapat bersuara. Hanya memandang orang
ramai yang mengellilingi sahaja. Badanku terasa lemah. Untuk buka mata sahaja
pun seolah berat untuk aku membuka kelopak mataku. Suara orang ramai yang
memanggil namaku dilangsung tidak dapat aku balas satu persatu. Aku kemudiannya
sambung tidurku kembali.
“Ain… Ain…”
suara seorang wanita sedang mengejutkanku.
Aku memisat mataku.
“Ain dah sedar. Mari makan sayang.” ujarnya
lagi. Aku yang masih lagi mamai cuba
mengamati rupa wajah tersebut.
“Apa mak cik buat di bilik saya?” soalku. Aku masih
lagi ingat rupa wanita tersebut. Itu umi Airil.
“Ain sekarang di rumah mak cik. Airil yang bawa Ain
balik. Dia jumpa Ain pengsan dalam bilik Ain.”
“Ain nak balik.” Aku menolak selimut ke tepi katil.
Tidak sanggup aku tinggal di rumah ini.
“Tolonglah Ain. Jangan tinggalkan bapa Ain.” Wanita
tersebut menarik lenganku.
“Ain tidak akan maafkan keluarga ni sampai akhir
hayat Ain.” tekanku sambil menolak tangannya.
“Ain dengar penjelasan mak cik dulu… Ain!”Aku
berlari membuka pintu. Terjongkol wajah bapa yang baru sahaja ingin membuka
pintu.
“Bagi Ain laluan. Ain nak balik!” ujarku memandang
tepat mata bapa.
“Bapa tak benarkan Ain keluar dari rumah ni. Bapa
nak masuk beritahu Ain yang bapa nak Ain kahwin dengan Airil. Muktamad!”
“Kahwin dengan manusia bertopengkan syaitan tu? Oh!
Ain lupa yang dengan Ain sekarang ni pun dua kali lima juga dengan dia.”
Satu lagi tamparan hinggap di mukaku. Aku
kemudiannya ketawa mengilai.
“Tampar lagi! Tampar biar Ain mampus. Hati Ain dah
memang mati dengan parut yang bapak tinggalkan!” jerkahku.
Umi Airil datang mendekati untuk menenangkan aku.
Dia menyapu belakangku tapi tanganku tertolak wanita tersebut lalu dia
tersandar di dinding. Bapak terus berlari mendapatkan wanita tersebut. Airil
yang terbangun terdengar jeritanku tadi terkejut apabila aku tertolak uminya ke
dinding.
Pang!
Satu lagi tamparan dari bapa hinggap di pipiku. Aku
tersungkur lalu terlanggar bucu meja. Sempat aku tersedar kesan darah yang
mengalir sebelum tidak sedarkan diri.
“Ain sebenarnya bapa Ain seorang bapa yang baik.
Semua salah mak cik. Mak cik tidak dapat terima hakikat suami mak cik meninggal
dunia. Arwah ayah mak cik paksa bapa Ain kahwin dengan mak cik kalau hendak
anak bininya selamat. Bapa Ain dan arwah suami mak cik seiras. Demi selamatkan
makcik yang hendak bunuh diri, ayah mak cik paksa bapa Ain.”
“Ain jangan salahkan bapa Ain. Dia seorang lelaki
yang baik. Dia tidak pernah lupa untuk doakan Ain dan keluarga Ain.”
Kata-kata itu masih lagi berbekas di kepalaku. Sukar
aku menerimanya walaupun hatiku menyatakan cerita itu benar. Aku tidak faham
dengan situasi ini.
Aku masih lagi terperangkap di bilik dalam rumah
ini. Selepas pengsan kerana tersungkur tempoh hari aku pengsan kerana badanku
masih lagi kurang malah aku kekurangan darah. Kebetulan darah Airil O. Dia
menderma darahnya kepadaku.
Kenapa mereka biarkan aku hidup kalau mereka masih
lagi ingin menyeksakan kehidupanku? Bilik ini betul-betul menyesakkan. Bapa
mengurungku sejak aku keluar dari hospital. Aku tidak dapat melawan balik
kerana badanku masih lagi lemah.
“Esok Ain nikah dengan Airil! Ain jangan lupa bapa
yang mewalikan Ain… Mahu atau tidak Ain akan kahwin esok!”
Kata-kata dari bapa tadi mengejutkan aku. Apa yang
mereka nak dari aku. Mira, aku rindu suara kanak-kanak itu tapi aku langsung
tidak diberi untuk berjumpa dengannya. Mira… mama rindukan sayang…
Air mataku tumpah lagi.
“Kau jangan berani dekat dengan aku Airil. Langkah
mayat aku dulu!” Aku tahu berdosa aku berkata-kata kepada lelaki yang kini
menjadi suamiku kini.
Di saat aku mula berfikir untuk memaafkan bapa atas
penjelasan umi Airil. Lelaki itu memaksa aku berkahwin dengan lelaki yang telah
menguris hatiku.
Pen tajam aku halakan ke nadiku ditangan. Aku tidak
rela! Aku tidak rela hendak kahwin dengan dia!
“Ain jangan jadi bodoh!” Dia berjalan perlahan
mendekatiku.
“Ain memang bodoh pun! Ain sudah mati ketika dia
melutut untuk meminta nyawanya balik. Ain telah mati saat lelaki itu merebut
hati Ain. Airil tak faham!” tangisku. Saat Aku melutut untuk mendapatkan Mira
semula, saat rayuanku dibiar seolah-olah orang bodoh melutut aku memang sudah
MATI. Bukan lagi parut yang tinggal, kesan luka semula yang dicarit-carit
membuatkan hatiku mati.
Aku terduduk menahan tangisan yang mengalir tanpa
henti. Hatiku sakit. Bila luka itu berdarah semula, aku tidak dapat menahan
kepedihan yangku rasa selama ini.
Airil mendekatiku lalu merampas dan melempar pen di
tanganku ke tempat lain. Dia memeluk tubuhku yang terduduk menangis. Semalaman
aku menangis tanpa henti di pangkuan Airil.
“Maafkan Airil. Kerana Airil dan keluarga Airil
buatkan Ain menderita… berilah Airil peluang. Sayang dan cinta Airil buat Ain
tidak pernah padam.” Airil menguatkan lagi pelukannya.
Kata maaf itu bukan mudah buat orang yang terseksa
selamanya. Meskipun mulut menyatakannya perit hati yang melaluinya sukar untuk
digambarkan sehingga payah untuk memberi kemaafan.
Namun sekali hati kita ikhlas segala penderitaan
yang kita lalui selama ini akan hilang begitu sahaja. Cahaya kegembiraan
menyinari kehidupan kita ketika kita memberi kemaafan kepada orang tersebut.
Begitulah kisah aku dan Airil. Tiada penawar yang
mampu mengubati luka yang telah meninggalkan parut selama bertahun lamanya.
Kuasa Allah… segala boleh berlaku sekelip mata. Cinta aku dan Airil penawar
duka lama.
Ungkapan cinta Airil malam itu menenangkan hatiku.
Kata maaf dan air mata darinya mengubat luka yang dia beri kepadaku.
Hati seorang wanita. Sekeras mana pun ia tetap rapuh
dengan kata cinta dan air mata. Ya! Air mata lelaki itu merawat segala luka di
hatiku.
Aku terkejut kecil apabila sesuatu melingkar di
pinggangku. Aku berpaling ke belakang. Airil sedang memelukku dari belakang.
Dia mendongkak dagunya di bahuku.
“Terima kasih Ain. Thanks for your forgiveness…”
Aku senyum sambil memandang ke luar tingkap.
Tanganku memegang pautannya di pinggangku.
“Mama! Papa! Kenapa lupakan Mira? Nak juga…” Kami berpaling ke arah pintu bilik. Terlihat
Mira yang sedang memeluk patung teddy
bear yang hampir sama besar dengannya sedang memandang kami berdua masam.
“Alololo…
anak mama. Mari sini sayang.” Aku mendepakan tanganku. Airil sudah melepaskan
pelukannya. Berlari anak Mira ke arah kami berdua.
“Nak kiss
my future adik dulu.” pintanya. Dia
mencium perutku yang semakin membesar.
“Papa tak nak kiss?”
soal Airil pula.
“Tak nak! Papa busuk! Tak berus gigi lagi.”
“Nak kiss
jugak.” Airil menangkap Mira lalu mencium ke dua belah pipi anaknya.
Merayu-rayu Mira untuk minta dilepaskan. Aku hanya ketawa memerhati gelagat
mereka dua beranak. Semoga kebahagian ini akan berterus selamanya.
Amin.
TAMAT
best!
ReplyDelete@blinkalltheday Makasih... <3
ReplyDeletecerpen awak semuanya best! hehehe
ReplyDeletebenci gila bapak dia tuh. menyampah! kesian mak ain dulu. huh! nak selamatkan perempuan tu tapi keluarga sendiri dibuat macam apa.
ReplyDelete@m makasih...hihi..=)
ReplyDelete@Anonymous realiti mungkin ada begitu..
ReplyDeletebest la cte nie xde bosn la wlo pn pnjang..ksian ain wlo pn mle2 derita tpi bhgia akhirnya..
ReplyDelete@ain79 terima kasih...=)
ReplyDeletebez sgt....
ReplyDelete@isma irah terima kasih.... >,<
ReplyDeleteSukaaaaa sangatt!! Keep it up!!!:):):)
ReplyDelete-from Brunei-:):):)
wah....anugerah tuhan dapat mimpi macam tu....hehehe Lula x pernah pun dapat mimpi macam tu...biasanya dapat mimpi masa depan ada la...cthnya malam ni mimpi terseliuh kaki besok tu betul2 terseliuh kaki....huhuhu
ReplyDelete@Anonymous terima kasih... ^^
ReplyDelete@Lula An-Nada hehehe... terima kasih.. faz memang selalu mimpi benda macam ni.. ^^
ReplyDeletedear writer, boleh edit balik tak cerpen ni...jgn bg mudah Ain terima Aril n bapanya? Dah sengsara teruk hidup anaknya, tp dgn mudah paksa Ain kahwin dgn anak tirinya yg perogol tu.Dhlah yg dirogol tu anaknya sendiri...bahlul betul...langsung tak fikir org lain..sakit hati btllah!!!!
ReplyDeletesya stuju cadangan anda. :3
DeleteAyah dia tu tak layak dimaafkan. Sanggup tngk keluarga sendiri menderita asalkan keluarga orang bahagia.
ReplyDeleteAyat tunggang-langgang. Perlu membaca sebelum pos. Apa pun, keep it up.
ReplyDelete