Bab
4
Insyirah
memandang kereta yang lalu lalang. Topi dikepalanya dibetulkan. Kereta yang
lalu lalang di pandang satu persatu. Sudah menjadi hobi Insyirah memandang
pelbagai jenis kereta yang lalu lalang setiap kali balik dari tuition matematik
tambahan. Jalan raya yang sesak dengan kereta yang banyak. Biasalah waktu balik
siapa tak suka. Semua pun berebut balik rupa.
Artikel
di internet yang dibacanya beberapa hari lalu masih lagi berlegar-legar
dikepala. Artikel tentang bertudung. Siapa tidak mahu bertudung. Hatinya pun
tergerak untuk bertudung. Bagi Insyirah tiada wanita yang paling cantik selain
wanita bertudung. Ahli keluarga perempuannya pun semua bertudung kecuali dia.
Pandangan
serong. Iya itu yang Insyirah perasan. Kalau sudah keluarga yang baik-baik
tentunya semuanya baik-baik sahaja. Tetapi apabila dia seorang umpama tompok
hitam yang mencemari keluarga dengan perangainya yang kasar dan tidak seperti
ahli keluarganya yang lain sudah tentu dia terasa.
Kata-kata
dan umpatan bukan sekali dua singgah di telinganya. Tahulah sangat dia tidak
disukai oleh orang kampung sebab perangainya yang kadang-kadang liar dan bukan
seperti anak gadis di kampung tersebut.
Mulutnya
sahaja pun kadang-kadang laser semacam biarpun dengan mak cik-mak cik di
kampung. Sebab itu dia selalu dibandingkan dengan abang dan kakaknya yang ahli
surau. Dapat adik yang terlalu ‘baik’ sudah menjadi buah mulut orang kampung.
Satu
keluhan terkeluar dari mulut Insyirah.
Teruk
sangatkah aku ni? Ibu dan abah pun sudah puas nasihat aku. Berbuih-buih sudah
mulut mereka nasihat. Aku sudah terbiasa sekolah cina dari kecil. Aku tahu akak
dan abang dapat tangani lagipun aku sambung sekolah menengah cina sampai
tingkatan tiga. Itupun setelah keputusan bahasa cinaku UPSR dulu A. Kak
Syahirah dan abang Shamil pula ingin teruskan sekolah menengah biasa sahaja.
“Hah!!
serabut otak… ” jeritnya kecil. Kakinya dihentak-hentak. Langsung tidak perasan
orang-orang yang lalu di hadapannya memerhatikan tingkah Insyirah pelik.
Artikel mengenai dosa pahala tersebut masih lagi berlegar-legar dikepala.
Ponnn…!!
Bunyi
hon kereta yang kuat di hadapan Insyirah mengejutkannya.
“Hoi…!”
jerit Iskandar dari dalam kereta. Mata Insyirah dikecilkan untuk memastikan
Iskandar yang sedang memandangnya.
“Masuklah
sini cepat.” Ujar lelaki itu.
“Tak
naklah. Buat apa aku ikut kau?” soalnya.
“Tak
nampak ke bas tu sudah tinggalkan kau?” jerit Iskandar dari dalam kereta sambil
menunjuk ke arah bas yang pergi meninggalkan perhentian bas.
Serta
merta mata Insyirah ke arah bas tersebut. Tangannya menangkap beg sandang lalu
berlari mengejar bas tersebut. Tercungap-cungap Insyirah berlari mengejar tersebut
tapi bas tersebut sudah meluncur jauh. Insyirah terduduk akibat kepenatan
berlari tadi.
Tercungap-cungap
gadis itu kepenatan. Tangannya memegang dada yang berombak kencang.
Kereta
Toyota Camry hitam yang dipandu oleh Iskandar tadi mendekati Insyirah. Tergelak
kuat lelaki tersebut di dalam kereta.
“Hoi
Insyirah…! Apa yang kau mengelamun sangat tu sampai kena tinggal… ha… ha… ha…!!”
gelak Iskandar lagi.
Wajah
Insyirah yang sudah kemerahan akibat penat berlari tadi bertambah merah tapi
bukan sudah merah comel macam tomato sebaliknya merah menyala macam cili api…
marah dan sakit hati dengan Iskandar yang gelakkan dia yang kepenatan.
Otaknya
memikirkan cara untuk diamkan Iskandar. Ermmm… hah! ting…! Satu mentol muncul
sambil berkelip-kelip apabila ideanya muncul. Gelakkan aku yaa…tunggu kau!
Insyirah
cuba berdiri dari duduknya. Malu juga tu duduk di tepi jalan. Orang mesti
ingatkan dia ni tiga suku. Seluar yang kotor dibersih. Insyirah memandang
Iskandar yang masih lagi galak ketawakannya. Dia berjalan beberapa langkah
mendekati kereta Iskandar namun baru beberapa langkah dia terjatuh pengsan.
Terbaring
Insyirah di bahu jalan. Iskandar yang tergelak-gelak tadi terkejut apabila
terlihat Insyirah yang rebah secara tiba-tiba. Teringat dia kata-kata ibu
Insyirah yang menyatakan bahawa anaknya seorang ni seorang yang lemah. Selalu
sangat sakit. Di sekolah pula Insyirah mendapat gelaran Puteri Lilin sebab
tidak dibenarkan bersukan. Asal sukan sikit sudah asma. Lagipun Insyirah ada
masalah jantung lemah. Tidak boleh terlalu penat.
Berlari
Iskandar keluar dari keretanya untuk menujukan ke arah Insyirah. Insyirah yang
terbaring didekati. Dia meletakkan kepala Insyirah di pahanya.
“Insyirah..
Insyirah… bangun. Kau ni apahal? Hoi! Bangunlah…” pipi Insyirah ditepuk
perlahan. Menyesal pula ketawakan Insyirah tadi.
“Eh!
Insyirah… bangunlah. Jangan takutkan aku.” Ujarnya lagi gugup. Iskandar meraba
poket seluar untuk mencari telefon bimbitnya.
“Mana
pula ni… orang pun tiada pula yang berjalan lalu sini dah… tadi punyalah ramai
orang dekat perhentian bas tu.” omelnya sambil memandang perhentian bas yang
sudah kosong. Seorang pun tidak kelihatan. Hanya kereta sahaja yang lalu
lalang. Itupun tidak perasan Insyirah
yang pengsan kereta terlindung dari keretanya.
Cuaca
yang mendung tadi tiba-tiba bertukar menjadi hujan renyai-renyai. Beberapa
titis hujan jatuh ke pipi Insyirah yang terbaring.
‘Alamak…
hujanlah pulak…’ desis hati Insyirah. Punyalah cantik rancangannya tadi. Sakit
juga kepalanya yang terhantuk sedikit di atas tanah yang bersimen. Kalau main
rebah terus memang boleh berderai kepalanya. Dia terbaring pun dengan perlahan
agar tidak terhantuk. Cukuplah pernah merasa tangannya patah ketika jadi
pasukan sorak dulu. Sampai taubat dia lansung tidak mahu jadi pasukan sorak.
Dia ikut pun sebab cikgu suruh kalau tidak haraplah kalau dia nak.
Pipi
Insyirah ditepuk perlahan lagi. “Hoi mak cik. Kau bangunlah… kot yaa pun
janganlah pengsan sini.” Omel Iskandar. Dia sudah mula melalut. Takut pula
Insyirah yang tidak sedar-sedar diri. Telefon yang hendak dicari tidak pula
dijumpa-jumpa.
‘Apalah…
tak gentlemen langsung! Adakah orang
pengsan dipanggil mak cik… tidak berperikemanusian langsung si Iskandar ni.’
Bebel Insyirah dalam hati.
Kepala
Insyirah diletakkan di atas lantai semula. Iskandar berdiri untuk mencari
telefon di dalam kereta. Akibat terlalu gugup dia tidak sedar yang dia
terlangkah Insyirah untuk menuju ke keretanya. Jalan pintas.
‘Kurang
asam punya Iskandar…! Berani kau langkah aku…pendeklah aku nanti…huhu…’ komen
Insyirah.
Terbongkok-bongkok
Iskandar mencari telefonnya di dalam kereta dari pintu penumpang hadapan.
Hujan
renyai-renyai semakin lebat.
“Yes…!
Jumpa pun.” Ujarnya setelah menjumpai telefonnya. Iskandar hendak berpaling
semula ke arah Insyirah.
Gedebuk…!!
Terhantuk
kepalanya di atap kereta. Dia mengosok kepala yang sakit akibat terhantuk.
Gugup punya pasal…
‘Aduh
sakitnya….’ Iskandar mengaduh kesakitan. Rasa macam nak pecah kepalanya akibat
terhantuk.
“Ha…ha…
ha…!!!!” Insyirah tergelak-gelak apabila terlihat Iskandar mengadu kesakitan.
Mencerlung
mata Iskandar memandang Insyirah yang gelakkan dirinya. Gadis yang terduduk di
atas simen sambil mengunjurkan kakinya itu sudah kebasahan terkena hujan.
“Kurang
asam jawa Sumatera Timur Barat…! Berani kau tipu aku. Bla…bla..bla.. kau ni suka buat orang sakit hati…. Bla…bla…bla.. kalau aku tahu aku
tinggalkan aje kau di sini… bla…bla…bla…”
Geram Iskandar. Entah apa sudah yang dibebelnya Insyirah langsung tidak ambil
pusing. Malah makin galak gadis itu ketawakannya.
Insyirah
dan Iskandar sudah basah lencun terkena hujan yang semakin kuat. Tiba-tiba
guruh dan kilat sambung-menyambung.
“Ibu….!!”
Jerit Insyirah sambil menerkup telinganya. Dia takut dengan kilat yang sambung
menyambung secara tiba-tiba. Bergegar satu badan Insyirah ketakutan.
Iskandar
terus berhenti membebel. Dia pun terkejut juga tadi dengan guruh dan kilat yang
kuat tadi. Tambah lagi Insyirah yang menjerit ketakutan.
“Jom…”
Iskandar membawa Insyirah ke dalam keretanya semula.
Setiba
di dalam kereta dia hanya memandang Insyirah yang bergegar ketakutan.
“Dah
la… takda apa-apa pun.”
“Hish…
kee..ja.. ap… arr…. Biii…aaar… aaaku tee..nang duuulu..” ujar Insyirah yang
masih mengigil.
Iskandar
mengelengkan kepalanya. Dia berpaling untuk membuka beg di tempat duduk
belakang. Dia baru sahaja pulang dari bermain futsal dengan Kamil dan lain-lain.
Mujurlah kawan-kawan sekelasnya mudah rapat walaupun baru sebulan lebih
berkenalan.
Tuala
untuk lap peluhnya dihulurkan kepada Insyirah.
“Busuknya…
tak naklah aku…” kata Insyirah setelah kembali pulih sedikit.
“Letak
saja di badan kau. Kau tu pakai T-shirt putih. Faham-faham aje la..” omel
Iskandar sambil melempat tuala tersebut ke muka Insyirah.
Berkerut
muka Insyirah menahan busuk. Tapi teringkatkan baju T-shirtnya yang basah
terkena baju. Di guna juga tuala tersebut untuk menutup badannya.
“Biar
aku hantar kau balik.” Iskandar memulakan pemanduan ke rumah Insyirah. Sudah
dua kali dia ke rumah tersebut mengikut pak ciknya. Iskandar juga tahu yang
abah Insyirah merupakan anak angkat datuknya.
“Kau
apasal diam saja dalam kelas dua tiga hari ni?” soal Iskandar. Matanya masih
lagi menghala ke jalan raya.
“Mana
ada…! Aku okey saja pun.”
“Elleh…
macamlah aku tak perasan. Kau tidur setiap subjek tau. Aku tahulah kau tu kuat
tidur. Tapi sampaikan subjek fevret pun kau boleh tidur maknanya ada somethinglah tu.”
“Mana
ada…”
“Whatever… owh yaa… malam ni aku balik
KL. Ada hal… isnin baru aku balik sini….” Balas Iskandar.
Rancangnya
untuk sms sahaja Insyirah malam ni untuk memberitahu pasal hal tidak hadir hari
isnin nanti tapi memandangkan sudah depan mata baik cakap terus sahaja. Lagipun
Insyirah ni kalau dihantar mesej tunggulah esok baru dibalas. Paling cepat pun
selepas beberapa jam mesej dihantar. Itupun balasnya hanya huruf ‘k’ sebagai
Okey. Malas betul bersms.
Kata
kawan sekelasnya memang perangai Insyirah macam tu. Mimpilah dia balas
panjang-panjang. Bercerita atau bergosip guna sms lagilah dalam mimpi!!
Handphone pun selalu tercicir… tanda tiada langsung kepentingan telefon bagi
gadis itu.
“Okey…
jangan lupa bawa ole-ole untuk aku yaa.. tapi aku tak nak kau bagi coklat…
sebab aku tak makan coklat yang orang bagi hadiah. Bagilah teddy bear ke… boleh
aku peluk bawa tidur…” sempat lagi Insyirah minta hadiah. Bukannya tanya pun
pasal apa Iskandar balik.
“Tengoklah
dulu. Aku balik ni pun sebab ada hal penting.” Ujar Iskandar perlahan. Urusan
untuk membaca isi kandungan wasiat tersebut. Sudah beberapa kali dia mendapat
pangilan untuk membuat wasiat seterusnya tapi dia asyik mengelak saja. Tidak
sangup untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Entah apa lagi yang dia bakal
hadapi.
Dia
memberhentikan keretanya di hadapan rumah Insyirah. Hujan pun sudah semakin
perlahan.
“Kirim
salam aku dengan ibu dan abah kau yaa..” Iskandar berpesan.
“Roger and Out sir…! Hati-hati balik tu. pasal
kepala kau yang terhantuk tadi sorry yaa…
bye!! Jangan lupa ole-ole aku..”
balas Insyirah sambil berlari keluar dari perut kereta. Tuala Iskandar yang
didakwanya busuk mengalahkan telur busuk masih lagi dipakainya. Terlupa bagi
balik!!
mcm-2 la Insyirah . otak kemain ligat . ha ha . best-2 .. smbung eh! ^___^
ReplyDelete@RinsyaRyc hehe! Arigato..! budak nakal besa ar..hihi..
ReplyDeletebest3...next n3 smbng la cpt2... =>
ReplyDeletehihihi... sempat lagi Insyirah nak kenakan Iskandar.. =)
ReplyDelete@Afifah Yusof ngee~~ saja nak main2...
ReplyDelete@Noor Affiqah makasih... =)
ReplyDelete