Bab
2
“Irah
pinjam nota kau dulu.” Insyirah yang
sedang melukis gambar-gambar kartun pada nota sejarahnya mengalihkan pandangan
pada Kamil sudah terduduk di hadapannya.
“Nota
yang mana?”
“Nota
bab perlembagaan tu.”
“Aku
nak baca jugaklah. Korang buatlah sendiri.” Pintas Insyirah.
“Pinjamlah
kejap je. Nanti ada Q and A time sejarah.” Pujuk Kamil.
“Tak
nak!”
“Pinjamlah
kejap kau kan terror sejarah jugak.” Kamil ingin menarik tapi segera Insyirah
melarikan notanya. Larikan nota dari Kamil tiba-tiba Yusri pula yang merampas
notanya. Biasalah kalau datang subjek sejarah tiada orang lain yang mereka cari
selain Insyirah. Tukang tulis nota ringkas buat mereka.
“Yusri
bagilah balik!!” jerit Insyirah. Keadaan awal pagi sebelum perhimpunan memang
riuh walaupun masih ramai yang mamai. Awal pagi masuk kelas. Siapalah yang
semangat? Semua masih mood mengantuk.
“Tolonglah.
Aku tiada belajar semalam bab ni.” Rayu Insyirah. Dia ingin merampas semula
notanya.
“Woi
Yus! Aku yang pinjam nota tu dulu!” Kamil berdiri lalu masuk cawangan sesi
rebut nota Insyirah. Biasanya kalau Insyirah bagi pinjam notanya nanti sesudah
sampai nota tersebut sudah renyuk. Boleh buat kertas bungkus belacan. Parah
semacam kerana hampir semua rakan sekelasnya pinjam.
“Tolonglah
wei! Aku pun nak guna.” Bentak Irah. Nafasnya turun naik menahan marah. Awal
pagi lagi sudah bikin panas! Ini boleh mendatangkan amarah. Larva sudah hendak
keluar dari lubang-lubang telinga.
Budak
lelaki. Mana makan saman. Kamil dan Yusri berlari berkejaran satu kelas merebut
nota Insyirah. Sudah besar masih lagi main kejar-kejar. Insyirah berhenti
sambil memerhati. Mukanya monyok.
Praaakkk!!
“Alamak.”
Ujar Kamil.
Besar
mata Insyirah terdengar bunyi kertas koyak. Habis nota bewarna warni miliknya
terkoyak dua. Rebut punya pasal notanya jadi mangsa.
“Nota
Aku…!!!!” jerit Insyirah. Penat-penat dia bersengkang mata malam semata-mata
buat nota. Senang-senang sahaja mereka rebut sampai koyak.
Bunyi
lonceng menandakan perhimpunan harian akan bermula tidak lama lagi membantut
niat Insyirah untuk marah Yusri dan
Kamil. Dia terus keluar dari kelas 5 A/B. Merah padam muka Insyirah
menahan marah.
“Itulah
kau Mil. Rebut lagi. Jatuh saham kita depan Irah. Nampaknya sampai bila-bila
takda dapat couple dengan dia.
Punyalah payah tackle dia tu.”
Kamil
sekadar berjalan meningalkan Yusri yang mengeluh. Alah apa susah! Ada Irfan
tolong dia. Irfan dan Insyirahkan rapat. Dia dan Irfan pula kawan baik. Susah
apa? Minta tolong Irfan pujuk Insyirah senang cerita.
“Woi
Mil… apa punya manusialah seorang ni. ”
“Jomlah
masuk perhimpunan. Nanti pengawas-pengawas poyo tu datang panggil kita turun
lagi.” Balas Kamil.
“Hai
kak Irah. Masam je muka.” Tegur Irfan. Dia menkgambil tempat duduk di sebelah
Insyirah. Irfan dan Insyirah sepupu rapat dari kecil. Kena lagi mereka berdua
satu kelas dari tingkatan satu. Memang macam bertambah rapatlah mereka berdua.
“Aku
nak tidur.”
“Awalnya…
tak lama lagi cikgu Firuz masuk.” Tadi semasa perhimpunan Kamil sudah
menceritakan kepada mereka tentang nota ringkas Insyirah yang sudah terbelah
dua.
Irfan
menarik nota sejarah yang sudah di salotep di atas meja Insyirah. Habis nota
kakak sepupunya terbelah dua. Siapa tak marah. Bukan senang buat nota ni. Kena
faham betul-betul isi baru dapat tulis nota yang sendiri faham serta orang lain
pun faham.
Lagipun
nota Insyirah tidak akan mengantuk punya sebab warna warni dan ada sahaja
gambar kartun supaya senang ingat.
“Aku
tiada mood ni Irfan.” Insyirah meletakkan mukannya ke atas meja. Tangannya
disilangkan. Awal pagi lagi sudah bagi naik angin aku.
Irfan
menggaru kepala. Dia berpusing ke belakang memandang Kamil yang duduk di tempat
mereka.
‘Perang
dunia ke empat sudah bermula!!’ katanya. Tapi hanya mulut sahaja yang bergerak.
Suara Irfan langsung tidak kedengaran.
Kamil
mengengam tangannya mengharapkan Irfan. Tahu
takut! Cari pasal tak pula takut. Kena
reject lagi baru tahu. Getus Irfan. Kadang-kadang geram pula dengan kawan
baiknya seorang ni. Sudah kena reject berapa kali oleh Insyirah masih lagi
harapkan sepupunya tu nak dekat dia. Padahal awek Kamil keliling pinggang. Junior pelajar tingkatan satu dan
tingkatan empat baru sahaja berdrama samarinda dekat pagar sekolah bergaduh
kerana dia.
Keadaan
tegang semasa subjek cikgu Firuz sudah bermula. Semua pelajar berdebar-debar.
Menanti nama siapalah yang akan di panggil untuk menjawab soalan seterusnya.
Kebanyakan
anak mata pelajar sudah naik ke atas. Semua sudah mulai perah otak untuk ingat
fakta-fakta sejarah.
“Insyirah!”
panggil cikgu Firuz dari belakang. Insyirah yang mendongak dagu menahan dari
kantoi dari tidur segera duduk tegak.
“Ya
cikgu.”
“Terangkan
konsep negara persekutuan dan berikan saya lima fungsi-fungsinya.” Ujar Cikgu
Firuz.
Perlahan-lahan
Insyirah berdiri. Memandangkan dia duduk dekat dinding, Insyirah mengalihkan
pandangannya ke tengah-tengah. Cikgu Firuz berdiri di belakang sekali.
“Lima
cikgu?” Mak ai kenapa tak beri sepuluh je terus? Sudahlah ini nota yang malang
kena koyak yang aku tidak sempat baca tadi. Sambungnya dalam hati.
“Awak
nak saya tambah lagi kah?” sindir cikgu Firuz.
“Heh!
Tak… tak… err… konsep negara persekutuan kan? Err…” Sudah! Kepala Insyirah
kosong macam tin kosong. Neuron-neuron otaknya tidak bersambung, kena minum
Anmun Essential Tom Tom Bak dulu ni. Insyirah mengaru kepala yang tidak gatal.
Dia
terpandang Yusri yang tersengih-tersengih kemudian mata Kamil pula yang sedang
tersenyum memandangnya. Insyirah
mengetap bibir. Jagalah korang dua! Aku lancar perang Dingin. Biar kalah perang
dingin selepas perang dunia kedua dulu antara Amerika Syarikat dan Soviet Union
dulu. Tengoklah!
“Insyirah!
Apa awak mengkhayal lagi tu?” soal cikgu Firuz.
Hish
cikgu ni tak pandai nak sabar.
“Pertama…err…”
Insyirah memberi signal Dania yang duduk di barisan hadap. Cepat woi! Belek
nota. Tolong aku.
Dania
memberi signal dua jari di dekatkan. ‘Apa minah ni maksudkan? Dua jari di
dekatkan menjadi satu? Satu. Bersatu… menyatu persatu..hah! dapat sudah. ’
“Errmm..
Errmm…” Insyirah membetulkan suaranya. Kepoyoan sudah menyerlah.
“Malaysia
ialah salah sebuah negara persekutuan.
Persekutuan pula bermaksud penyatuan negara yang mempuanyai sebuah
kerajaan persekutuan serta beberapa buah kerajaaan negeri. Betul tak cikgu?”
segar mata Insyirah menjawab. Dia menanti respon cikgu Firuz. Tolonglah
betul…tolonglah…
“Ermm…
betul. Lima fungsi pula?”
“Adoi
ni yang lemah lutut ni.” Ujar Insyirah perlahan.
“Apa
awak cakap Insyirah?”
“Eh!
Takda cikgu. Saya cakap cantik baju cikgu hari ni. Biru putih. Macam warna biru
laut. Nyaman je rasa.”
Tersenyum
pelajar lain dengar loyar buruk Insyirah. Apa tidaklah waktu-waktu begini
sempat lagi buat lawak tidak jadi. Berani pula tu buat lawak waktu sesi soal
jawab dengan cikgu.
“Jangan
nak bodek saya Insyirah. Cepat jawab soalan saya. Awak ni satu soalan sepuluh
minit nak jawab.” Bebel cikgu Firuz.
“Hehe…
kejap cikgu. Tengah cuba sambung neuron yang terputus suis dekat kepala ni
dulu. Terosak fius semalam sebab black out.” Apa Insyirah membebel pun tiada yang
faham. Dia sebenarnya cakap sahaja. Bukannya dia faham pun.
Tergeleng
kepala Cikgu Firuz dengan perangai anak muridnya seorang ni. Pandai betul
lengahkan masa. Pelajar lain pula kesukaan sebab kalau soal Insyirah yang
memakan masa beberapa minit untuk menjawab maknanya mereka terlepas dari kena
soal.
“Err…”
Syirah rasa macam hendak menangis sahaja. Tidak dapat jawab langsung.
Satu
minit… dua minit….lima minit… tetap sunyi kelas oleh Syirah. Tidak dapat
jawablah tu.
Keadaan
kelas terus tegang semula. Luar kelas yang riuh sedikit menarik perhatian
segelintir pelajar yang berada di dalam kelas mereka. Mata cikgu Firuz juga
mengalih keluar namun seketika sahaja.
Alangkah
baiknya kalau ada knight in shining Armor
selamatkan aku sekarang. Dengan Unicorn
datang sekali. Kalau tiada Unicorn,
kuda putih pun jadilah. Sempat lagi Insyirah mengelamun waktu di soal. Memang
betul-betul contoh pelajar ‘cemerlang’. Jangan tiru aksi ini di kelas. Tidak
baik untuk masa depan anda. Ahaks!
Bunyi
ketukan di pintu kelas mengejutkan Insyirah. Semua orang mengalihkan pandangan
memandang manusia yang mengetuk pintu tersebut. Dahi Insyirah berkerut.
Memandang manusia tersebut. Macam ku kenal sahaja mamat ni? Dia mencapai cermin
matanya lantas dipakai. Itu kan…
“Assalamualaikum
and good morning sir. Boleh saya
jumpa Nur Insyirah binti Fauzi?” katanya.
Muka
pelajar lain terlopong memandang wajah Iskandar. Terutama kawan-kawan akulah.
Siapa lagi. Kalau geng manusia kecoh di sekolah ni siapa lagi kalau bukan
Insyirah dan rakan-rakan. Aku rasa macam nak sumbat sahaja mulut mereka dengan
kertas-kertas. Kalau masuk lalat dalam mulut mereka boleh sesat lalat sampat ke
dalam perut. Tidak senonoh betul.
“Okay… Wani sambung jawab soalan Insyirah tadi.
Berikan saya lima fungsi tersebut.”
Hah!
itulah cikgu Firus. Sentiasa Efficient
and Effective. Manusia yang Punctual
la katakan. Tengok sahajalah aku keluar si Wani pula jadi mangsa kena jawab
soalah aku. Haha!
“Hah!
Nasi kandar nak apa?” soalku. Aku memandang penampilannya dari hujung rambut
hingga kasutnya. Kalau hingga hujung kaki memang tidak nampaklah sebab terang
tang-tang dia pakai kasut. Sudah macam model sudah aku tengok manusia seorang
ni. Patutlah ada bunyi kecoh tadi. Ini mesti tidak lain tidak bukan minah-minah
gedik yang sedang terjatuh hati dengan Iskandar.
“Nasi
kandar…? Whateverlah. Awak! Tolong
saya.”
“Tolong
apa? Tolong jual nasi sini?” pintas Insyirah.
“Hish!
Budak kalau sudah bercakap macam bertih jagung! Tidak pandai berhenti.”
Iskandar menutup mulut Insyirah mengunakan tapak tangannya.
Nasib
baik kelas mereka agak terpinggir. Memang terpinggir pun. Kelas paling hujung
dan paling atas. Memang malang dapat kelas ni. Sudahlah gelap. Siang-siang pun
kena pakai lampu.
“Dengar
dulu aku cakap boleh tak?”
Insyirah
mengangguk. Tidak dapat hendak mengeluarkan suara. Kuat betul tapak tangan
Iskandar melekat di mulutnya.
“Aku
nak pergi mendaftar. Bawa aku jumpa administrative dulu. Aku sudah cari tapi
tak jumpa-jumpa. Boleh tak?”
“Boleh
tak?”soalnya lagi.
Insyirah
memegang tangan Iskandar yang menutup mulutnya. Dia menarik tangan Iskandar
sekuat hati. Kuat juga tangan si Zaril Iskandar ni.
“Kau
nak bunuh aku ka?” Insyirah menyapu pipinya yang pedih di tutup rapat.
“Sorry…
boleh tak?”
“Tak
boleh! Kau nampak tak aku ada kelas sekarang. Lagipun kau nak daftar apa?
Daftar jadi pak guard ka?” soal Insyirah.
“Zhe
ge nui ren de zui… (mulut perempuan ni…)” geram Iskandar. Asal buka mulut
sahaja macam peluru berpandu mulut si Insyirah ni.
“Yiiee!
Poyo! Macamlah aku tidak faham dia cakap apa? Aku pun pandai bahasa
mandarinlah.” Tegur Insyirah.
“Hah!
baguslah tu. jom temankan aku jumpa administrative.”
“Tak
nak. Carilah sendiri.” Insyirah ingin masuk ke dalam kelas semula. Dia perasan
anak mata kawan-kawannya yang memandangnya minta penjelasan. Habislah aku kena
soal oleh detektif-detektif tidak berpegalaman di dalam kelas ni nanti.
Iskandar
mendahului Insyirah mendekati pintu kelas. Dia memegang hujung pintu menghalang
Insyirah masuk.
“Maaf
sir. Boleh saya pinjam Insyirah kejap.” Ujar Iskandar. Suka hati dia saja
bercakap tangan kerelaan tuan punya badan.
“Awak
abang dia ka?” soal cikgu Fauzi.
Tersenyum
kawan sekelas yang lain. Maksud cikgu Fauzi tu abang kandung kah atau abang
yang tuttt….teman lelaki sebab cikgu Fauzi tahu Insyirah hanya ada kakak sahaja
yang dia pernah ajar dulu.
“Tak
saya kawan dia. Saya hendak mendaftar dekat sini tapi tak tahu dekat mana?”
jawab Iskandar.
Terkejut
semua pelajar di kelas mereka. Boy Friend
Insyirahkah? Mereka memandang Irfan untuk meminta jawapan dari sepupu merangkap
kembar tidak jadi Insyirah.
“Kawan…
oh! Okay. Pergilah.” Cikgu Fauzi memberi kebenaran.
“Tengok
senangkan.” Bangga pula si Iskandar ni. Dia menarik lengan baju Insyirah.
“Ya
Allah poyonya kau Tuan Muda Zaril Iskandar.” Balas Insyirah. Terdorong Insyirah
ke hadapan apabila Iskandar menarik tangannya.
Mereka
berjalan beriringan ke pejabat pentadbiran yang tidak pandai sampai-sampai.
Iskandar mengelap peluh yang menitik. Pusing-pusing hampir satu sekolah sudah
mereka tawaf tapi entah bilik pentadbiran pun dia tidak tahu.
Insyirah
tersenyum. Makan kau! Habis satu sekolah mereka tawaf kecuali bahagian
pentadbiran. Kita buat senaman sikit wahai tuan muda bajet handsome.
Ramai
pelajar perempuan yang menjenguk mereka berdua yang sedang berjalan.
“Is
kau nak daftar apa? Tengok dokumen tu.”
“Tak
payah nak tengok dokumen aku. It’s
private and confidential.”
“Yiee…tak
pernah aku jumpa mamat sepoyo kau tau tak.”
“Aku
pula tidak pernah jumpa jumpa minah macam kau ni. Selalunya perempuan bajet ayu
kau pula… Masyaallah! Mulut mengalahkan Joyah.”
“Sedapnya
kau kutuk aku depan mata. Sekurang-kurangnya aku tidaklah hipokrit.” Tukas
Insyirah. Dia paling benci manusia hipokrit. Bajet ayu, baik, lemah lembut
depan lelaki padahal di belakang parangai entah apa-apa.
“Ermm..
mana pejabat ni Insyirah? Aku nak daftar ni.”
“Dari
tadi aku dengar kau cakap nak daftar. Nak daftar apa jugak ni?”
“Daftar
masuk tingkatan lima la? Aku tukar sekolah.” Jawab Iskandar sambil mengesat
peluh.
“Serius
tingkatan lima? Bukan nak daftar enam atas kah?”
“Tingkatan
limalah. Jauh lagi ke Insyirah?” Soal Iskandar. Dia sudah kepenatan.
“Tak.
Dekat depan ni aje. Jomlah masuk. Hehe..”
“Kau
kenakan aku? Punyalah dekat. Tengah-tengah saja.” Iskandar mengetap bibir.
Perempuan ni bikin sakit hati betul.
“Jomlah
masuk. Dalam pejabat ada air cond. Hehe…” Insyirah mendahului Iskadar. Dia
sudah pun masuk ke dalam pejabat pentadbiran. Kalau bukan dia juga kepenatan
sudah tentu Insyirah bawa Iskandar pusing sampai padang sekolah. Biar dia
kepenatan. Hahaha…gelak jahat.
Sebaik
sahaja Iskandar selesai urusan pendaftaran di pejabat pentadbiran. Insyirah
terus masuk ke dalam kelas. Iskandar pun sudah balik. Ada pemandunya sedang
menanti dari tadi. Anak orang kaya. Tidak hairanlah ada pemandu sendiri
walaupun dia ada lessen sendiri sudah.
Semua
kawan-kawannya datang merempuh Insyirah ketika dia masuk ke dalam kelas. Tepat
jangkaannya. Kawan-kawannya ni kalau bab-bab begini memang kepoh banyak bukan
sedikit.
“Kalau
iyapun bagilah aku duduk dulu boleh tak?” Insyirah duduk di meja guru. Selamat
dia dari subjek sejarah. Walaupun tiada knight atau barbarian yang datang
dengan shining armor naik kuda putih pun dia tetap selamat oleh tuan muda poyo
si Zaril Iskandar tu.
“Huargghhh!!”
Insyirah menguap. Sebenarnya semasa di pejabat pentadbiran tadi Insyirah hanya
tidur sambil menanti Iskandar usai urusannya. Lena betul dia tidur sampai
meleleh liur. Nasib baik tiada yang perasan kecuali si Iskandar.
“Hish!
Tak senonoh betul. Tutuplah mulut tu konon kalau menguap.” Fuza menampar lengan
Irah.
“errmm…
Okay siapa nak tanya soalan sila ambil giliran masing-masing. Beta Tuan Puteri
Inderaputra Nur Insyirah binti Fauzi bersedia menjawab soalan tuan hamba
sekalian.”
Satu
ketukan melekat di kepala Insyirah.
“Apa
ni Dania? Sakitlah…!”
“Cubalah
jangan loyar buruk.”
“Iyalah.
Aku nak ceritalah ni…” Insyirah senyap sambil memandang satu persatu wajah
kawannya yang sedang menantinya. Haiyaa… kawan-kawan aku ni…
“Al
kisah…Taib… di mulakan kisah… Taib…” ujar Insyirah. Loyar buruk dah mai dah.
Tergelak dia memandang wajah keruh kawan-kawannya.
Tok!
Satu lagi ketukan hinggap di kepalanya. Tidak lama kemik otak aku balik-balik
kena ketuk. Getus Insyirah dalam hati. Dia membetulkan tudung sekolah yang senget.
“Korang
tanyalah Irfan. Ni tak! Nak jugak tunggu aku cerita satu persatu.” Geram
Insyirah.
“Kalau
Irfan sendiri tidak kenal siapa mamat tu” jawab salah seoran dari mereka.
“Oh!
Iyakah? Sorry…sorry… Salah patik sebab terlalai.”
“Irfan!
Itulah Is yang aku cerita dekat kau hari tu.” sambung Insyirah lagi. Dia
menjerit ke belakang di mana sekumpulan pelajar lelaki kelasnya sedang
bercerita. Yusri dan Kamil yang memandang Insyirah di jeling. Ingat aku sudah
lupa! Aku masih mahu lancarkan perang dingin dengan korang berdua.
“Cepatlah
cerita Irah.” Gesa Fuza.
“Aku
nak ceritalah ni sebenarnya nama budak tu Zaril Iskandar. Dia tu kawan aku.
Kawankah? Errm.. kira consider
kawanlah jugak sebab aku selalu lawan mulut dengan dia.” Jelas Insyirah. Yang
selebihnya tidak payahlah mereka tahu. Biar menjadi teka teki. Haha! aku tahu
apa yang di kepala mereka. Biasa Insyirah kan heartbreaker. Siapa nak jadi
teman lelaki dia confirm kena fikir sepuluh kali dahulu. Sebab Insyirah rejact
orang tersebut terang-terang.
Pabila
orang tersebut luahkan perasaannya tanpa berfikir panjang Insyirah terus tolak.
Sehingga kini hanya tidak dia yang masih berstatus single. Kawan-kawannya pun
faham benar dengan sikap Insyirah yang tiada hati nak bercinta. Senang ‘cuci
mata’ katanya. Kalau hendak bercinta susah nak cuci mata usha mamat handsome.
“Habis
dia datang sini apahal?” soal Fuza.
“Dia
nak tukar sekolah. Dia masuk kelas korang nanti.”
“Kelas
science? Bila?” Cepat betul si Yana ni menyoal. Kelas Sains dan kelas Akaun
bergabung kerana jumpa pelajar yang tidak ramai minat dua subjek ni. Kelas pun
menjadi sedikit. Pihak sekolah memberi kebenaran pelajar memilih subjek yang
mereka minat sebab tu ramai yang pilih ekonomi atau sastera. Sudahnya kelas
Sains dan akaun terpaksa digabungkan kecuali subjek elektif sahaja mereka
berpisah kelas. Budak sains pergi makmal setiap kali masa bio, kimia dan fizik
manakala budak akaun guna kelas.
“Esok
kot. Aku lupa tanya dia.” Macam mana si Zaril Iskandar ni tahu aku sekolah sini
pun aku lupa tanya. Ah! Lantaklah dia. Esok kalau dia muncul lagi baru tanya.
nak lagi nak lagi nak lagi nak lagi... hehehehe
ReplyDelete