“Huagghh…” Sesekali Ikram membetulkan
duduknya. Badannya direngangkan. Penat menguruskan urusan hotelnya kini. Hanya
sesekali sahaja Ikram datang ke hotelnya untuk membuat pemantauan. Selebihnya
diserahkan kepada penolong kanan saja.
Senaman ringan dilakukan. Kerjanya kini
mudah. Dengan Ainul dia boleh berbincang sedikit sebanyak pasal hotel yang kini
sah menjadi milik mereka berdua. Beberapa projek telah diatur untuk
menaiktarafkan hotel masing-masing serta mengembangkan sayap.
Ikram tidak pernah mempertikaikan
kredibiliti Ainul sebagai pemegang saham terbesar hotel di Taiwan. Setelah
beberapa kali berbincang asal urusan rasmi wanita itu menjadi orang lain.
Seorang yang professional dalam mengendalikan hotelnya. Bagi Ainul itu
tanggungjawab yang patut diambil serius kerana dibawahnya bukan sahaja pekerja
malah ahli keluarga setiap pekerja yang perlu diambil kira.
Lega tanpa sebarang gangguan dari
sesiapa! Tidak pada gadis-gadis yang suka mengeletis ataupun apek yang sukakan
Ainul. Apek mana lagi kalau bukan Adam Mikael.
“Huh!” satu dengusan memikirkan pasal Adam.
Apek tidak sedar diri! Ada hati nak lamar Ainul. Dengkinya.
Mengenangkan malam jamuan itu membuatkan
hati Ikram tidak senang. Sudah terang-benderang Lip… lap… lip… lap macam lampu kelip-kelip hari raya Ainul tu
isteri Hafiz Ikram ada hati nak bagi cincin pula! tak suka…tak suka….!!
Ikram turun dari anak tangga. Dia yang
baru sahaja habis menunaikan solat maghrib ingin mengisi perutnya. Pulang saja
dari kerja dia terus masuk bilik. Ainul pun belum lagi diketemu. Entah mana
sudah isterinya sejak tadi langsung tidak kelihatan.
Telinganya dapat mendengar gelak ketawa
suara ibu bapanya dan orang lain. Gembira semacam saja yang membuatkan hatinya
tidak senang. Matanya menyorot pada Adam dan adik perempuannya. Terus muka Ikram
masam mencuka.
“Huh! menyemak saja di sini apek ni.”
Ikram mengeluh. Hanya dia sendiri sahaja yang dengar suaranya sendiri.
“Assalamualaikum dan selamat malam
semua.” Ucap Ikram setiba di ruang tamu. Matanya berlaga dengan Adam. Satu
senyuman plastik diberikan kepada lelaki itu. Mata mereka berlaga antara satu
sama lain seolah-olah satu bahasa mata yang hanya mereka sahaja tahu.
Semua orang menyambut salam Ikram dalam
hati hanya suara ayahnya sahaja yang kedengaran.
“Ainul mana?” soal Ikram. Dia berpaling
memandang ibu yang duduk bersebelahan ayahnya.
“Ada dekat dapur tengah bantu Mak
Bibah.”
“Ikram pergi jumpa Ainul dulu.” Kata
Ikram meminta diri untuk beredar. Bukan dia tidak perasan pandangan Adam yang
tidak lari dari menghadap mukanya.
‘Aku korek biji mata tu karang baru
tau.’ Marahnya sambil menuju ke dapur.
“Assalamualaikum Mak bibah! Mak masak
apa? Ainul ni pulak tengah bantu apa?” Dia menghampiri Ainul yang tekun
menumbuk lada.
“Tumbuk lada tu. Makan ke jugak…?”
“Jangan kacaulah abang Am. Ainul nak bantu
Mak ni…”
“Tekunnya dia. Sampai terlupa buat
sesuatu yang dia buat tiap-tiap hari. Mentang-mentanglah kawan dia dah ada
dekat sini.” Rajuk Ikram.
Terhenti Ainul menumbuk lada. Dia
memandang Ikram di sisi.
“Astaghfirullah! Terlupa… maaf…” Ainul
menerkup mulut lalu menghulurkan tangannya untuk menyalam Ikram. Memang sudah
jadi kewajiban yang diwajibkan oleh ibunya sejak mereka nikah dahulu. Tanda
hormat. Bukan sebelum pergi kerja malah waktu balik kerja pun kena salam.
Ikram tidak membalas huluran tangan
Ainul sebaliknya mencium dahi Ainul. Ternyata terkejut dia dengan tindakan
Ikram yang lansung tidak terlintas dek akal.
“Err…
tangan Ainul pedas… so Abang Am cium
aje la dahi Ainul.” Alasannya. Ikram berpaling membelakangi Ainul seketika.
Dahinya diketuk beberapa kali. Apa aku buat ni… aduh…. TERcium la pulak. Mulut
ni gatal betul. Bebelnya dalam hati.
“Abang masuk dalam dulu.” ujarnya cepat
lalu terus berjalan laju ke ruang tamu.
Ainul mengalihkan pandangannya ke wajah
Mak Bibah yang juga memandangnya sambil tersenyum seribu satu makna. Dia
perlahan-lahan meneruskan tugasnya.
Malu bukan kepalang lagi dengan wanita
itu.
“Cincin ni hadiah perkahwinan untuk
Ainul dan Ikram.” Serah Adam kepada Ainul yang duduk di hadapannya. Sengaja dia
meminta ruang dengan Xiao Wei yang sedang bercerita dengan Ainul tadi.
“Maafkan Ainul tapi cincin ni terlalu
berharga… Xiao Wei sudah ceritakan segalanya tadi tentang niat Adam ke sini.
Maafkan Ainul yaa..”
“Ainul tak bersalah. Sebaliknya Adam
yang terlambat…” sayup wajah Adam yang semakin suram. Namun wajah tersebut
terlindung disebalik cahaya malam tepi kolam tersebut.
“Suatu hari nanti pasti ada seorang
wanita yang akan menjadi pemilik cincin ni. Pada waktu itu, Adam jangan
teragak-agak untuk serahkan cincin ni kepada gadis yang tercipta untuk Adam.
Ainul redha jodoh Ainul dengan Abang Am. Ainul harap Adam akan terus doakan
kebahagiaan Ainul yaa…” jelasnya. Cincin tersebut diserahkan semula kepada
Adam.
Ikram yang memandang babak tersebut dari
balkoni biliknya terus masuk menyembamkan badan ke atas katil. Dia tidak dengar
suara mereka berdua dengan jelas namun Ikram dapat mengagak yang Adam ada
simpan perasaan buat Ainul.
“Aagghh! Tension aku…” marahnya. Namun
tidak lama kemudian Ikram tersenyum kembali. Bibir yang mencium dahi Ainul tadi
di pegang lembut. Aku cium Ainul la…hihi…
tersenyum sendiri dia sambil tergolek-golek di atas katil.
Satu keluhan terpacul dari mulutnya lagi
mengenangkan malam yang terasa terlalu panjang buatnya selama ini. Sudah
sediakah dia untuk berpisah sekali lagi dengan Ainul? Nasib baik Adam sudah
balik. Satu hal sudah berkurang.
Bukan sahaja Adam malah ramai aweknya
yang kacau dan mengugut Ainul juga sudah di bagi warning. Entah berapa banyak mesej layang yang dihantar untuk Ainul
di Facebook gadis itu. Kalau bukan Ikram sedang buat spotcheck alamatnya sampai ke tua pun dia tidak akan tahu.
Ainul pun satu! Diam sahaja. Malas
hendak ambil peduli katanya. Apalah! Kalau kena ugut lagi teruk sudah jadi kes
penderaan mental. Punca? Awek yang fanatik gilakan dia sampai mengugut Ainul.
Ikram mencebik melihat Iqbal yang datang
tanpa dijemput sedang bercerita dengan
setiausahanya. Masalah budak angau seorang ni. Dia berdiri lalu ke luar
pejabat. Isyarat senyap diberikan kepada Afrina yang perasaan kewujudannya.
“Yang… Yang… bila kite nak nikah ni
yang… abang dah angaukan ayang ni.” Bisik Ikram di telinga Iqbal persis seorang
mak nyah. Suaranya dilembutkan.
Terlompat Iqbal ke hadapan akibat
terkejut.
“Hoi! Kau nak aku mati katak ke apa?”
marahnya. Afrina dan Ikram sudah tergelak.
“Hahaha… yang kau melekat dekat ofis aku
tiap-tiap hari ni apasal? Dah la mengulat di sini. Alamatnya tidak siap-siap
kerja si Afrina ni. Jom masuk bilik aku.” Ajak Ikram.
Iqbal sudah buat teknik silat tidak jadinya.
Bukannya pandai pun bersilat. Acah saja.
“Am… seumur hidup aku cuma nak
berpasangan dengan kaum hawa je. Tak hingin aku masuk bilik dengan lelaki. Mana
aku nak letak si Rina kalau kau pun nak.” Ujar Iqbal. Masih lagi dengan stail
silatnya.
“Hoi…! Mulut nak juga aku tenyeh ni.
Pejabat aku la… hish! Rina… kau jangan nak dekat sangat dengan Iqbal ni. Otak
dia dah tak betul sikit. Jom la...!! Rina coffee
please. Make it two.” Dia mendahuli Iqbal masuk ke pejabatnya.
Kurang asam punya kawan. Dengar budak pejabat
ni nanti satu gosip pula pasal bos mereka yang kacak ni.
“Tak payah buatkan mamat ni sayang.
Nanti rosak kulit tu karang. Lepas ni suruh dia buat sendiri kopi kalau dia nak
minum. Bukannya tiada tangan dan kaki pun.” Bebel Iqbal.
“Hoi!! Aku dengar tu…!!! ” jerit Ikram
yang sudah berada di dalam bilik.
“Korang bila nak nikah? Asyik berkepit
24 jam saja aku tengok.” soal Ikram.
“Kami kahwin hujung bulan depan. Aizat
pun dah balik sini time tu.”
“Hah?? apasal tak bagitahu aku. Boleh
jugak aku tolong sikit-sikit. Kawan apalah kau ni.”
“Kami buat majlis kahwin simple je. Rancang nak buat nikah terus bersanding
di rumah Rina. Mama pun tak kisah. Iyalah. Mama pun trauma dah kot sebab anak
dia tak jadi kahwin dulu. Rancang aje lebih-lebih tapi akhirnya pengantin perempuan
lari dengan balak lain.” Suara Iqbal semakin kendur mengingatkan kisah
silamnya.
Entah dia mana dia hendak letak muka
apabila perkahwinan terpaksa dibatalkan dan kad undangan pun sudah diagihkan
kepada tetamu.
“Tak payahlah kau ingat pasal perempuan tu
Iq. Lagipun kau ada yang jauh lebih beribu baiknya dari perempuan tu.”
“Tak jugalah. Aku bersyukur sangat
Afrina seorang yang lemah lembut dan baik hati. Cuma terkilan sikit ingatkan
hal tu. Ya la… aku kenal dia dari study dulu
lagi. Tak sangka pula dia boleh berubah macam tu sekali. Lagipun dia first love
aku… konon-kononnya la!” gurau Iqbal.
“Tapi biarkan pun ia cinta pertama tidak
semestinya akan jadi cinta terakhir kita. Cinta aku buat Afrina. Aku harap
dialah cinta terakhirku.” Sambung Iqbal lagi.
Ikram menghentak kepalanya di atas meja
beberapa kali mendengar kata-kata Iqbal. “Ya Allah… !! jiwang karat mat romeo
depan aku ni. Patutlah cair jugak PA aku tu dengan kau yang gila game ni.”
“Mengata orang padahal sendiri pun dua
kali lima jugak…!! Ambil ni… rasakan.” Iqbal menghentak lagi kepala Ikram ke
atas meja beberapa kali.
“Adoi…! Sakitlah… sudahlah hoi!” Ikram
mengerang apabila dibuat sedemikian. Bukannya sakit betul-betul pun. Sengaja
nak bermain.
“Astaghfirullahalazim.” Terkejut Afrina
dengan gaya wresling Iqbal dan Ikram.
Iqbal yang masih lagi menghentak kepala Ikram tersengih-sengih memandang
tunangnya. Cepat-cepat dia duduk semula dikerusi. Jatuh saham depan bakal bini!
“Hah! Rina nampak tu. Itulah CALON suami
yang tidak baik! Reject…reject…” bangkang
Ikram kuat. Sengaja ditekankan perkataan calon agar memanaskan lagi kawannya
yang tengah angau ni.
“Betul tu encik…” Afrina bersetuju
dengan kata-kata Ikram. Kopi yang diminta tadi diletak di atas meja bosnya.
“Hah?? mana ada…. Percayalah wahai Rina
ku. Ianya hanya dusta semata-mata. Janganlah engkau mempercayai segala fitnah
yang ditabur buat kekanda…” Iqbal buat muka sposen sambil berkata-kata.
“Arggghhh!!! Wahai PA ku…. Dengarlah
kata-kata bos mu ini. Tiada maaf buat si dia yang berkelakuan sedemikian.
Berperasan The Rock! Sedangkan hakikatnya lembik persis taugeh! Hahaha!!”
Tergelak Ikram dengan kata-katanya sendiri.
“Dua-dua pun drama king…!!” Afrina
mengeleng kepalanya dengan perangai dua lelaki dihadapannya.
“Alah!! Biasalah… no jokes no fun la…”
“Iyalah tu bos… by the way cik Ryssa ada call
tadi. Dia minta bos telefon balik. Saya minta diri dulu bos. ”
“Ingatkan sudah berubah. Tak
hilang-hilang juga perangai playboy
kau ni… makan hatilah budak Ainul tu.” rungut Iqbal.
“Biasalah Iqbal. Tapi operasi agak
berkurang sudah ketika ni sebab aku makin sibuk. Adalah seorang dua yang masih
melekat dengan aku. Lagipun Ainul tahu juga pasal ni. Bukannya dia membebel
macam bini-bini lain pun kalau laki layan perempuan lain.”
“Diam tidak bermakna dia suka Am.
Mungkin dia tu bersabar saja dengan perangai kau tu. Cuba-cubalah terima
kenyataan yang Ainul tu bini kau.”
Tersenyum sumbing dia dengan omelan
Iqbal. Dia yakin perasaannya hanya sayang bukan cinta. Jatuh cinta dengan Ainul
adalah sesuatu yang mustahil.
kerek arr mamat ni. mana ada bini tak kesah laki layan perempuan lain. kan kan kan....
ReplyDeleteFaz, smbung cpattt~
ReplyDeletehaha
@m hehe...tu la manusia bebal siket...hehe..
ReplyDelete@inaznafisya tunggu erk...sabo..hehe.. =)
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDelete