SAAT CINTA QAERSARA
“Hai
sayang…” sapa Qaer sebaik saja Sara berada depannya.
“Baru
sampai?” tanya gadis itu. Dia malas lagi nak tegur lebih-lebih pasal panggilan
sayang tu. Semua kerana Qaer terdengar Irfan panggilnya babe sebelum ni. Padahal dia dan Irfan tu kawan biasa je. Mereka
jadi rapat pun sebab satu universiti sejak diploma dulu. Tambah pula Irfan tu
kekasih kawan baik merangkap teman serumahnya sekarang ni.
Qaer
ni saja yang melebih-lebih. Tak nak kalah katanya. Kalau Irfan boleh kenapa dia
tidak boleh pulak? Masalahnya, Irfan panggil dia babe tanpa sebarang maksud. Lancar saja mulut menyebut. Qaer pula
penuh maksud tersirat dan tersurat! Katanya kata-kata tu doa. Mana tahu suatu
hari ni Sara betul-betul jadi sayangnya dunia akhirat. Mana-mana lelaki itulah.
Malas Sara nak bertekak sebab benda ni.
Qaer
senyum mengangguk. “Pagi tadi lagi dah sampai. Tapi penat sangat, jadi saya
balik tidur dulu. Awak pun ada kelas pagi tadikan. Saya tak naklah ganggu.”
“Kenapa
tak rehat aje dekat rumah. Esok memang nak datang jugakkan.” Sara kesian tengok
muka Qaer tu. Nampak sangat penat dan lesu sebab kerja keras seminggu lebih.
Semuanya kerana dia terlepas cakap yang dia cuti seminggu. Lelaki itu
beriya-iya nak luangkan masa bersamanya sampai sanggup awalkan perbincangannya
di Dubai tu. Kerja-kerja pejabatnya pun semua disiapkan awal agar dia dapat
bercuti dengan tenang seminggu ni.
“Tak
apalah. Dapat jumpa awak lagi berkesan dari saya tidur. Dapat hilangkan rasa
penat ni serta merta…”
Sara
mencebik. Bukan meluat atau jengkel dengan kata-kata manis lelaki itu.
Sebenarnya dia cuba kawal perasaan dari terus terbuai dengan kata-kata Qaer.
Dia tidak mahu langgar prinsip yang dia pegang selama ni.
Bukannya
Sara tidak merindui lelaki ini. Tergerak juga hatinya mengingatkan Qaer sebab
seminggu lebih tak berjumpa. Sejak mereka setuju untuk berkawan tempoh hari,
hampir setiap hari Qaer datang berjumpa dengannya di kampus tu semata-mata
untuk berjumpa dengan Sara. Kadang Qaer akan bawa dia makan malam.
“Keluar
lunch dengan saya?”
Dahi
Sara berkerut. Dia pandang jam yang elok tersarung di tangan. Lunch apa ke bendanya kalau jarum dah
menunjuk pukul 4 petang. “Awak lunch
apa ni dah pukul empat? Kenapa tak makan tengah hari tadi? Nanti sakit macam
mana? Lewat dah ni?”
Tersenyum
Qaer mendengar bebelan dan soalan-soalan gadis itu. Sekurangnya Sara prihatin
dengannya. “Saya sampai rumah tadi pukul 10 lebih terus tertidur. Bangun aje
terus ke sini. Tak sempat nak makan.”
Muka
Sara bertukar mendung. “Lain kali makan. Saya tak suka awak jatuh sakit sebab
saya.” Ujarnya perlahan dengan muka menunduk memandang bawah.
“It’s okay sayang. Lepas ni saya makan. Sorry…” pujuk Qaer.
Perlahan
Sara mengangguk. “Awak tunggu sekejap. Saya nak pergi ambil dompet sekali
hantar buku ni balik bilik. Kita pergi makan.” Kata-kata gadis itu disahut
dengan anggukan dan senyuman melebar.
“Sara
tak payahlah tukar baju. Pakai baju kurung ni saja.” Jujur Qaer akui. Dia suka
tengok Sara pakai baju kurung atau jubah. Ikutkan hati dia mahu tengok Sara
pakai baju kurung atau jubah setiap kali keluar bersamanya. Gadis tinggi lampai
itu memang sentiasa nampak cantik tapi dengan baju kurung itu Sara nampak lebih
comel! Serius tak tipu.
Jarang
Sara keluar pakai jubah moden. Lebih-lebih lagi jenis princess cut. Tapi atas permintaan lelaki itu. Dia kenakan
persalinan jubah moden dari butik Bella Ammara, hadiah dari Qaer semalam ketika
dia temankan lelaki itu keluar makan di Sek 7, Shah Alam. Cantik, labuh dan
selesa baginya. Selalunya dia hanya akan pakai jubah begitu ke majlis kahwin,
hari raya ataupun dinner fakulti saja
sebab dia tidak mempunyai jubah moden yang banyak. Sayang nak pakai! Lagi satu
dia malas nak bawa banyak baju baru sebab leceh nak bawa balik setiap kali
balik Sabah waktu cuti semester.
Kisah
semalam bermain difikirannya.
“Ikut
saya jalan-jalan sekejap lepas makan ni. Boleh?”
“Ke
mana?” tanya Sara.
“Kawasan
sini je. Tak payah nak drive. Adik
saya kirim jubah bila tahu saya ke Dubai tapi saya terlupa. Terpaksalah
beli sini untuk pujuk dia... Awak tolong
pilihkan boleh. Saya tak pandai nak pilih sangat. Saiz pun rasanya lebih kurang
awak.” Beritahu Qaer. Padahal hakikatnya saiz adik Qaer tu memang jauh berbeza
dengan Sara yang tinggi lampai dan kurus ni jika dibandingkan dengan adiknya
yang rendah dan sedikit berisi walaupun tidaklah gemuk mana pun.
Sara
mengangguk. “Boleh je… Asal awak tahan kaki sudah.”
“Demi
awak. Gunung Tahan pun saya tahan.”
“Cheesy…” cebik Sara.
Qaer
tersenyum. Susah nak pikat dengan ayat-ayat manis pada Sara ni. Tak makan
saman! Bukannya dia nak puji, makin kena kutuk adalah. “Selalu tak dapat
ayat-ayat cheesy?” tanya Qaer
tiba-tiba.
Jemari
Sara menunjuk muka sendiri.
Qaer
angguk mengiyakan.
“Kalau
saya cakap. Nanti awak cemburu.” Beritahu Sara jujur.
“Is that mean yes? Selalu dapat?” tanya
lelaki itu dengan riak terkejut.
Sara
mengangguk.
“Dari
siapa?”
“Qaer
Redza.”
Muka
Qaer berubah riak. Geram dipermainkan oleh Sara. Jantung Qaer bagai nak meletup
bila Sara mengiyakan soalannya tadi tapi boleh pula gadis tu buat muka selamba
tu.
“Sara,
saya serius.”
Sara
mengeluh. Nampaknya Qaer memang tak faham dirinya lagi. “Tak kisahlah sesiapa
pun Qaer. It’s doesn’t mean anything for
me Qaer. Tak melekat pun dalam hati. Saya tak suka ayat-ayat cheesy ni walaupun saya suka baca novel.”
beritahunya dengan nada perlahan.
Sara
menunduk memandang nasi yang tinggal sikit atas meja. Dia harap Qaer faham
maksudnya, bukan dia tidak terkesan dengan ayat-ayat manis dari lelaki itu tapi
dia memang tidak suka dengar. Nak tersentuh apa ke bendanya kalau dia geli!
Lega
Qaer dengar. Sekurangnya Sara bukan jenis yang mudah termakan dengan ayat manis
lelaki biarpun ayat dari dirinya sendiri! Ah Qaer patut sedar dari awal lagi yang
Sara tak suka simpang siur ayat-ayat manis macam ni bila Sara terang-terang
tolak dirinya dulu.
“Ramai
ke yang usha awak selain saya?” tanya Qaer lagi.
“Qaer.
Nanti awak juga yang makan hati.” keluh Sara. Dia tidak suka masuk bab soal
hati macam ni. Nanti yang terlukannya bukan dia tapi Qaer sendiri!
“It’s okay Sara, sekurangnya saya tahu
musuh saya berapa ramai.” Pujuk Qaer lagi.
Sara
mengeluh. Tapak tangan diangkat naik.
“Lima?!”
tanyanya tanpa sedar suara lelaki itu sedikit tinggi. Susahlah macam ni!
keluhnya.
“Kejujuran
yang perit ni sayang oi. Ramainya…” keluhnya.
“Kan
saya dah cakap. Awak tu juga yang berkeras nak tahu. Padan muka!” marah Sara
balik. Tapi dalam ramai-ramai tu, Qaer seorang ni juga dia layan. Sara makin
susah nak faham kehendak dirinya. Parah kalau terus macam ni. Dia rasa seperti
bagi harapan pada Qaer pula! Lima orang yang lain jangan cakap nak keluar macam
ni, bercakap pun bila perlu saja.
“Tapi
saya tahu, dalam ramai-ramai tu hanya saya seorang saja yang awak layankan?”
usik Qaer.
Giliran
Sara pula menunduk. “Dah tahu tu diam-diamlah.”
Lebar
senyuman Qaer mendengar. Nasib baik! Hatinya bukan main berdebar lagi menanti
jawapan dari Sara tadi. Takut tekaannya salah!
Sedar
dengan ketelanjurannya dalam memberi harapan pada lelaki itu, Sara terus
mengangkat muka. “Ya Allah. Muka lega awak tu tak boleh blah Qaer. Jangan nak mengadalah. Makan cepat!” arahnya
berpura-pura lantas menutup rasa malu.
Qaer
pula yang tergelak. Berbunganya rasa hati…
Sara
mengangguk lemah. Sebenarnya dia nak balik rumah Tasneem seperti biasa cuti
pertengahan semester. Tapi Qaer Redza ni dah pesan awal-awal jangan balik rumah
kawannya!
“Marah
dengan saya ke sebab larang awak bagi rumah kawan awak tu?” tanya Qaer balik.
Manalah tahu Sara marahkan dia.
Sara
geleng kepala. “Sebenarnya saya takut duduk seorang dekat rumah bila malam.”
Kalau siang tu boleh terima lagi. Setiap kali dia keseorangan di kolej apabila
enggan ikut rumah kawannya, Sara pasti akan tidur awal ataupun lepak dekat
perpustakaan sampai pukul 10 baru balik rumah. tapi sekarang ni tengah cuti!
Mesti ramai pelajar-pelajar balik rumah. Makin sunyi kolej tu bila menjelang
malam.
Qaer
tergelak kecil mendengar jawapan Sara.
“Habis
malam ni macam mana?”
“Tidur
awal la nampaknya… tak pun baca novel.” keluh Sara. Kalau dia baca novel
sekurangnya dia akan hanyut dengan cerita novel tanpa fikirkan tentang keadaan
rumah yang sunyi sepi tu.
“Ke
awak nak saya bawa jalan-jalan malam ni? Sebelum pukul 12 saya hantar balik.”
Cadang lelaki itu.
Sara
geleng kepala. Dia senyum memandang lelaki itu. Riak wajah rasa bersalah itu
mengundang gusar dalam hatinya. “Tak apa. Jangan risau…” pujuknya.
Satu
keluhan meniti dibibir Qaer. “Sorry.”
Ucapnya perlahan.
“It’s okay. Saya balik dulu. Bye. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Qaer
sekadar memandang Sara yang keluar dari keretanya. Dia terpandang beg kertas
dan plastic di kerusi belakang. Dahi ditepuk. Sikit lagi lupa. Dia segera
keluar dari kereta.
“Sara!”
panggil Qaer.
Sara
yang ingin melangkah naik ke kolejnya berpaling. Dilihat Qaer sedang buka pintu
penumpang belakang. Tangan lelaki itu kini penuh dengan barang yang mereka beli
tadi.
“Nah…
ambil ni. Sebenarnya semua ni untuk awak.” Ujar lelaki itu sambil meletak
plastik dan beg tersebut atas simen.
Sara
termangu seketika. “Qaer awak jangan nak beli hati saya sebab hal tadi. Saya
tak apa-apa. Kesian adik awak…” marah Sara pada lelaki depannya. dia tidak
perlukan semua ni!
Tersengih-sengih
Qaer memandang gadis depannya. “Baju ni memang untuk awaklah. Adik saya mana
pakai saiz ni semua. Tak muat pun dengan dia. Kalau saya beritahu nak beli
untuk awak, mesti dari awal lagi awak marahkan saya…”
Turun
naik nafas Sara. “Saya tak perlukan semua ni. Nak pakai ke mananya pun...”
Ujarnya kegeraman. Kalau tahu dia tolak permintaan Qaer untuk temankan lelaki
itu beli jubah tadi. Cukuplah Iphone 6 yang buat dia sesak nafas nak terima,
sekarang segala jenis jenama jubah diberikan oleh lelaki itu.
“Awak
pakailah setiap kali keluar dengan saya. Saya suka tengok awak pakai jubah.
Manis…” ujar lelaki itu tersenyum lebar.
Sara
geleng kepala dengan sikap Qaer. “Membazir tahu tak! Kalau awak nak saya pakai
baju kurung atau jubah. Ada je baju saya biarpun tak secantik jubah-jubah ni
semua. Mahal!” bebel Sara. Kenangkan berapa ribu duit lelaki itu habis
beli ni semua tambah sakit hati dia. Suka betul lelaki ni membazir!
“Awak
ambil eh. Kalau awak tak ambil lagi membazir. Sayang aje beli kalau tak pakai.
Membazir.” Pujuk Qaer sekali mengenakan Sara.
Sara
mengeluh. “Last.. kali ni saya
betul-betul serius. Kalau awak beli lagi! Saya takkan cakap dengan awak sampai
bila-bila! Jangan sampai saya langsung tak layan awak seperti lima yang lain
Qaer. Ingat tu!” ugut Sara. Dia betul-betul maksudkan kata-katanya! Sara tak
boleh bagi muka dengan Qaer ni. Dia bukan jenis perempuan yang suka habiskan
duit lelaki walaupun tahu mereka mungkin ikhlas bagi untuknya.
Qaer
angkat tangan kanan seperti berikhrar. “Janji! Tapi kalau dah jadi isteri nanti
bolehkan?” usiknya.
“Hish!
Awak ni…” rungut Sara bila lelaki ni tak reti berputus asa.
“Saya
balik dulu. Malam ni saya telefon awak. Bye
sayang!” ujarnya.
“Qaer!”
Qaer
menoleh memandang Sara.
“Thanks. Thanks a lot. Saya hargai
pemberian awak. Tapi ingat jangan buat lagi. Jumpa esok.”
Tersenyum
lebar Qaer mendengar kata-kata Sara walaupun diakhir ayatnya tetap diselit
amaran untuknya. Gembira sungguh bila Sara terima pemberiannya. Biarlah kali
terakhir dia bagi, tapi sebagai kawan. Tapi kalau Sara jadi isterinya nanti,
dia longgokkan pelbagai jenis pemberian pada gadis itu dengan kuasa veto
seorang suami.
Geram
jugak kena ugut sampai macam tu! Kena ugut sampai tak nak bercakap sampai
bila-bila? Oh tidak! Mahu menangis tak berlagu dia nanti menahan rindu.
Kereta
mewah tersebut mula masuk ke dalam kawasan kampung. Bendang yang terbentang
luas kiri kanan dapat mengurangkan badan yang lesu memandu dari tadi.
“Kita
dah dekat mana ni?” tegas suara Sara yang tersedar sebelah lelaki itu. badannya
yang bersandar pada kerusi tadi ditegakkan apabila tersedar mereka sudah jauh
dari Kuala Lumpur. KL mana ada bendang macam ni!
Tersengih-sengih
Qaer yang menoleh pada Sara sekilas. “Kampung saya.” Jawabnya selamba.
“Awak…
awak… Awak tipu saya lagi!” marah Sara sampai tergagap menahan geram. Mukanya
semakin merah menahan marah pada Qaer. Geram betul Sara. Kalau maknya tahu dia
ikut lelaki jauh sampai ke Alor Setar. Sah dia kena gantung dekat tiang letrik!
Qaer
pusing stereng masuk ke simpang halaman rumah kayu atuknya. Dia pusing
menghadap Sara disebelah. “Sara, saya minta maaf sebab tipu awak. Kalau saya
tak buat macam ni, nanti awak tak nak ikut.” Pujuk Qaer lantas memberitahu
tujuannya menipu gadis itu. Dia bukannya nak bawa lari pun, sekadar bawa Sara
balik kampungnya saja.
“Memang
pun! Kita tiada ikatan sah Qaer. Biarpun kita tak buat benda tak elok, tapi
kita tak patut keluar sampai jauh macam ni. Kalau tahu macam nilah jadi sampai
sekarang saya takkan setuju berkawan dengan awak! Urgh!” malas Sara nak membebel lagi dengan Qaer. Marah betul dengan tingkah Qaer yang ambil
remeh dengan caranya. Sara cukup jaga peradabanya dengan berlainan jantina.
Cukuplah dia terlalai bergaul dan layan si Qaer Redza ni. Serik! Makin dilayan
makin menjadi.
Luruh
hati Qaer dengar kata-kata Sara. Nampak betul dia buat silap besar kali ni.
Baru saja dia nak buka mulut memujuk. Cermin keretanya diketuk. Qaer terus
berpaling menghadap cermin.
Mengeluh
Qaer melihat Tok Ayah yang memandangnya. Hilang segala rasa gembira nak
kenalkan Sara dengan datuk dan neneknya. Pintu keretanya dibuka perlahan.
“Dah
sampai kenapa tak turun lagi? Naiklah. Tu Tok Ma dah sediakan masakan kegemaran
Qaer. Qaer cakap aje nak balik, dia terus suruh Tok Ayah cari kelapa pagi
tadi.” tanya Tok Ayah.
Qaer
garu kepalanya. Serba salah pada neneknya pula. Dia sempat jeling Sara yang
masih berangin dengannya.
“Jomlah
turun.” Kata Sara perlahan sambil buka pintu kereta. Tak sampai hati pula dengar
kata-kata datuk Qaer tu.
“Thanks sayang…” ucap Qaer walaupun tahu
Sara masih marah dengannya. Sekurangnya gadis itu tidaklah mengamuk minta
hantar pulang sekarang jugak.
Sara
langsung tidak berpaling memandang Qaer. Dia keluar dari kereta dan berjalan ke
arah datuk Qaer.
“Ni
kawan Qaer Tok Ayah. Sara ni atuk saya.” Ujar Qaer yang sudah pun berdiri depan
datuknya.
“Assalamualaikum
tok.” Tangan tua itu disalam tanda hormat.
“Waalaikumsalam.
Hah naiklah. Qaer bawa Sara naik rehat lepas tu makan tengah hari. Sara jangan
segan-segan. Buat macam rumah sendiri. ” Keramahan Tok Ayah buat darah Sara
yang mendidih tadi surut serta merta. Dia senyum mengangguk pada wajah lelaki
tua yang jelas dimamah usia itu.
“Jom
naik sayang…” ajak Qaer lembut.
Sara
sekadar mengekori lelaki itu. Dengan Qaer, jangan cakap secalit senyum. Dengar
suara lelaki itu pun Sara terus angin satu badan! Marahnya pada lelaki itu
masih bersisa.
“Okay
dah ni. Kena dengan selera Qaer tu… pandai Sara masak. Lepas ni mesti Qaer
balik rumah makan tengah hari setiap hari di rumah lepas kahwin nanti.” Puji
Tok Ma sekali mengusik anak dara yang comel pakai T-shirt dan kain batik
sebelahnya.
Merona
kemerahan mendengar usikan Tok Ma. Lepas kahwin? Tok Ma tak tahu betapa
geramnya Sara dengan cucu Tok Ma sekarang ni. Tiadanya istilah kahwin antara
dia dengan Qaer. Terlintas pun dia tak nak!
“Sara
dengan Qaer kawan biasa aje Tok Ma. Apa pula sampai ke kahwinnya…” sangkal
Sara. Dia tidak mahu Tok Ma dan Tok Ayah Qaer salah faham status hubungan
mereka berdua.
“Haih
tak naik taraf lagi ke Qaer?” usik Tok Ma yang berpusing ke meja makan
belakangnya dan Sara. Automatik badan Sara berpusing. Qaer duduk sambil
menongkat dagu atas meja itu dipandang. Sejak bila mamat ni berada dalam
dapur?! Ah! Kantoi dia yang masakkan untuk lelaki tu.
Qaer
yang dari tadi menjadi penonton tingkah Tok Ma dan Sara masak tidak lekang
dengan senyuman. Dari tadi lagi dia pasang telinga perbualan dua wanita itu.
“Tok Ma tolong doakan eh. Tengah berusaha naik taraf status ni. Kesian cucu Tok
Ma ni… asyik kena reject je.” ujar
lelaki itu sambil bangkit.
Tok
Ma dan Sara di dekati. Sudu atas pada tangan Tok Ma diminta lalu dia sendiri
merasa air tangan buah hati pengarang jantungnya ni. “Tok Ma ke belakang dulu.
Nak masukkan itik dan ayam dalam reban.” Beritahu Tok Ma.
“Err… Sara ikut Tok Ma.” Ujar Sara. tak
nak dia berdua-duaan dengan lelaki ni. Malu! Dalam marah pada lelaki itu, masih
juga nak masakkan untuknya.
“Tak
apalah Sara. Senang aje tu. Sara tolong Tok Ma siapkan sambal belacan tadi tu
ya…”
Sara
rasa macam nak menangis mendengar permintaan wanita itu. Bukan sebab dia tak
nak tolong tapi Sara tidak mahu berdua-duaan dengan cucu Tok Ma ni lagi!
Perlahan-lahan
Sara mengangguk pada Tok Ma. Sara langsung pedulikan Qaer yang menjadi
pemerhati dari tadi sejak Tok Ma tinggalkan mereka berdua.
“Sayang…”
panggil Qaer.
“Sara…”
Panggilan
dan air muka kesian yang kini duduk berdepan dengannya langsung tidak peduli.
Sara kusyuk mengasingkan batang cili padi itu untuk buat sambal.
“Sara,
I’m soryy. Maafkan saya…” pohon Qaer
lagi meminta maaf. Dia tukar tempat sebelah Sara. Kepala mendongak memandang
gadis yang sedang berdiri sambil buat kerja itu. Tidak tenang hati Qaer selagi
Sara tidak maafkannya.
Sara
beralih untuk membilas cili tersebut. Lesung batu diambil lalu dia kembali ke
tempat asal tadi tanpa pedulikan lelaki itu. Biar bagi pengajaran sikit dengan
Qaer ni. tangannya ligat menumbuk cili-cili padi tersebut sampai lumat. Geram!!
Kepala bayangkan muka Qaer dalam lesung tu.
“Sayang…
Sara maafkan saya, saya janji kali ni last.
Lepas ni saya bawa bincang dengan awak dulu. Please…”
Tumbukan
pada lesung makin dikuatkan. Hati dan otak Sara pula yang berlawan sendiri.
Hatinya sudah lembut dengan pujuk rayu lelaki itu tapi otak memang berdegil tak
nak maafkan Qaer bila kenangkan entah kali ke berapa lelaki itu buat perangai!
Badan
Qaer yang duduk bersebelahan dengan tubuh Sara yang masih berdiri itu didekati.
“Sara…”
“Auch! sayang!” Qaer menutup matanya.
Badan terus dijarakkan dari Sara. Tangan sebelah terus memegang mata bahagian
kanan yang pedih terkena cili yang ditumbuk oleh Sara.
Kalut
Sara melepaskan lesung di tangannya. Sara melutut depan lelaki itu. Kepalanya
didongak memandang Qaer yang menutup matanya yang pedih terkena cili tadi.
“Qaer…
Qaer awak okay tak ni?” gugup Sara memandang keadaan lelaki itu. Tangan dilap
pada kain batik sebelum beralih pada wajah lelaki itu.
“Tengok.”
arah Sara sambil mengalihkan tangan Qaer yang menekan mata lelaki itu.
Qaer
geleng kepala. Tak sanggup nak bersuara. Pedih! Buka mata pun tak rela. Hai
Sara! Ganas sungguh cara dia nak balas dendam. Habis pedih mata Qaer terkena
cili dari lesung tu.
Tidak
keruan Sara memandang Qaer yang masih menahan pedih. Dia pula tidak tahu nak
buat apa sekarang ni. Tok Ma! Cepatlah naik… kesian Qaer.
“Qaer,
maafkan saya. Saya tak sangaja.” Semakin serak suara Sara memohon maaf. Terkena
cili agaknya boleh buta tak lelaki ni?! Sungguh dia bingung tak tahu nak buat
apa sekarang ni. Tapi Sara tak sanggup nak biarkan Qaer menahan sakit.
Air
mata Sara merembes keluar melihat keadaan lelaki itu. “Awak tunggu kejap. Saya
panggil Tok Ma…”
Lengan
Sara dipegang ketika dia baru saja nak berdiri. “It’s okay sayang… tak apa.” Halang Qaer.
Sara
kembali melutut. Kepala didongak memandang lelaki itu. Perlahan lelaki itu membalas
pandangan mata Sara. Pedih pada mata kanannya terus hilang melihat air mata
Sara mengalir kerananya. Dia tersenyum kecil. Air mata Sara dikesat penuh
kasih.
“Dah.
Jangan nangis…” pujuk Qaer. Hatinya lagi sakit tengok air mata dari pipi Sara
itu mengalir.
Sara
yang baru tersedar tangan Qaer pada wajahnya menepis pelahan. Dia tidak suka
disentuh sedemikian. “Saya boleh lap sendiri. Mata awak macam mana? Alihkan
tangan tu. saya nak tengok?” lembut suara itu memujuk Qaer.
Qaer
sekadar senyum. “It’s okay. Tak sakit
sangat.” Pujuknya walaupun matanya masih pedih.
Kepala
Sara digeleng laju. “Awak bagi saya tengok atau saya takkan maafkan awak.” Ugut
Sara.
Qaer
mengeluh mendengar ugutan Sara. “Saya tak apa-apa.” Ujarnya. Dia tidak mahu
Sara tengok matanya sekarang ni. Nanti berjujuran lagi air mata kekasih hatinya
ni.
“Biar
saya tengok. Please…” pujuk Sara.
Lemah
jantung Qaer kalau selalu dengar suara lembut Sara tu. Tahu saja gadis itu
tentang kelemahannya. “Janji jangan nangis kalau teruk.”
Laju
kepala Sara mengangguk. “Tengok.”
Mulut
Sara ditutup dengan tapak tangannya. Air mata terus mengalir melihat mata Qaer
yang sudah merah. Cacat dah muka kacak Qaer! “Qaer kita ke klinik sekarang.
Mata awak merah ni… Maaf! Saya tak sengaja tadi. Saya…” rayu Sara. Mesti mata
tu masih lagi sakit. Dia sendiri tengok pun dah rasa pedih apatah lagi Qaer.
“Jangan
risau. Nanti reda. Kalau melarat malam nanti saya janji kita ke klinik. Sara
maafkan saya?”
Sara
mengeluh sebelum mengangguk. Mata kanan lelaki itu masih lagi menjadi sasaran
sepasang mata Sara. “Saya tak marahkan awak dah. Tapi tolonglah lain kali
bincang dulu dengan saya…” pintanya dengan lelaki itu.
Lebar
senyuman Qaer mendengar suara Sara memberi kemaafan padanya. “Thanks. Saya betul-betul takut tengok
muka marah awak di kereta tadi tu. Tak sanggup dah kena marah dari awak!”
Sara
tersenyum. “Mata awak ni okay tak?”
“Jangan
risau. Sakit berbaloi ni. Sekurangnya dapat maaf dari awak.”
Geram
pula Sara tengok muka bahagia Qaer tu. Tak sedar diri tengah sakit. Lengan Qaer
ditampar lembut. “Awak tu lain kali jangan duduk dekat waktu saya tengah tumbuk
cili. Kan dah kena. Habis merah mata. Saya memang dah tak marahkan awak, nak
bagi pengajaran aje pada awak. Sebab tu tak nak layan… “
Tak
padan dengan mata merah. Lelaki itu masih lagi tersengih dengar bebelan Sara.
“Sayang juga awak dengan saya eh… Thanks
saya pun sayang awak.”
“Dah
la! Saya nak sambung buat kerja. Awak duduk jauh sikit. Nanti tak pasal kena
lagi sebelah mata tu pulak!” Sara terus bangun untuk sambung kerjanya. Sebenar
nak cover malu dengar luahan hati
Qaer walaupun kedengaran bersahaja.
Qaer
yang masih duduk di kerusi tadi hanya memandang Sara yang sedang kusyuk
sediakan sambal belacan untuk hidangan mala mini.
“Sara.”
“Urhmm…”
“Err…”
Sara
angkat kening sambil memandang Qaer dengan hujung matanya. Adalah dia nak minta
tu! “Awak nak apa?”
“Kalau
kita tinggal sini seminggu ni boleh?” tanya Qaer.
Tangan
Sara berhenti bergerak.
Sara
mengangguk. Sebenarnya dia segan tapi kenangkan tiada teman tinggal di kolej
dan kata-kata Tok Ma bahawa Qaer suka makanan kampung Tok Ma buat dia setuju. “Tapi
awak…”
“Sara
tak nak ke?” tanya Qaer.
Segan
Sara nak beritahu tapi dia terpaksa juga sebab takkan seminggu ni nak pakai
pakaian dalam yang sama aje! “Sara tiada baju…” dalam. Sambung gadis itu dalam
hati. Dia tidak kisah pakai kain batik dan t-shirt adik Qaer yang ditinggalkan
di kampung tapi takkan la sampai baju dalam pun nak kena pinjaml. Melampaulah!
Qaer
tergelak bila terkesan riak muka malu Sara tu. “Baju adik kakak ye?” usiknya.
“Qaer
Redza!” bentak Sara. Tak padan dengan sakit masih lagi nak usik dia.
Makin
galak Qaer gelakkan Sara. Merah wajahnya ketawa geli hati. Bila Sara sebut nama
penuhnya maknanya gadis itu memang tengah geram atau marah dengannya.
“Lepas
dinner nanti kita keluar sekejap
pergi beli baju. Kesian awak.”
“Awak
tu. Lain kali jangan buat kerja gila datang sini sehelai sepinggang lagi.”
“Maksud
awak lain kali boleh datang sini lagilah?” Soal Qaer tersenyum lebar. Tatkala
itu barulah Sara tersedar kenyataannya tadi menjerat diri sendiri.
“Dah
la awak. Makin dilayan makin kuat mengusik orang. Malaslah nak layan.” Ujar
Sara. Dia berlalu ke singki untuk basuh tangan demi mengelak dari bertentang
mata dengan Qaer.
Qaer
tergelak kecil. “Thanks sayang.
Biarpun awak tak cakap. Tapi saya dapat rasa awak pun ada perasaan tu pada
saya.” Ujar Qaer.
“Jangan
nak merepek. Masuklah. Kacau orang je kerja dia.” bebel Sara yang masih berada
di singki. Tak sanggup nak pusing belakang hadap Qaer sekarang ni. Mukanya
semakin hangat menahan rasa malu!
“Lain
kali jangan tenung mata anak teruna macam tadi. Bahaya! Berdebar jantung saya
tengok awak tenung mata saya tadi. Orang kata dari mata turun ke hati. Ni bukan
hati saya saja terkena tapi satu badan dah rasa panahan mata awak tu. Saya
masuk dulu. Bye sayang. Love you.” Kaku badan Sara mendengar
bisikan suara Qaer ke telinganya.
“Ya
Allah! Apa aku dah buat tadi! Malunya…” Sara baru tersedar dia tenung mata Qaer
tadi. Niatnya cuma nak tengok mata lelaki yang merah itu sahaja.
Sara
cuba sedaya upaya mengawal riak wajahnya. Terharu tapi tak dapat nak fokus
sangat dengar suara romantis Qaer kerana hidungnya mula nak terbersin! Dia cuba
agar tidak terbersin walaupun tengah tahan gatal pada hidung tahap kritikal.
Qaer
mengensot sedikit mendekati Sara. Bersedia nak buat periksa sama ada tekaannya
benar. “Sibuk sangat ke ni?” Dia yang duduk di sebelah pun boleh terasa bahang
panas badan Sara ni. Itu pun tak nak mengaku lagi dia demam.
Perlahan
kepala Sara mengangguk. “Letih…” Tak cukup tidur tapi final project banyak yang kena bentang bila seminggu sebelum study week ni. Itu tak tambah lagi
subjek yang ada tiada final exam.
Kena hadap final test, nota pun tak
habis lagi cover semua topik.
Qaer
dekatkan lagi badannya pada Sara disebelah. Haruman minyak lelaki itu menusuk,
Semakin Qaer mendekat, bau haruman itu makin kuat. Hidung Sara seperti
digeletek, baru saja dia hendak tutup hidung. Kuat suara Sara bersin pada
lelaki sebelahnya.
“Achhhummm…. Achumm….” Berkali-kali dia
bersin tidak berhenti-henti.
“Ja…
Achum! Jangan… Achum! Jangan dekat…. Achumm…”
Arah Sara yang masih lagi terbersin. Dia menerkup mulut dan hidung mengunakan
kedua tapak tangan.
Pak
cik Mazlan yang duduk di hadapan kerusi pemandu tergelak kecil. Terkial-kial
Qaer memandang Sara sebelum tersenyum lucu dengan keadaan buah hatinya. Kotak
tisu diminta pada Pak cik Mazlan di hadapan. Qaer tarik beberapa helai lalu
hulurkan pada Sara.
“Itulah.
Nak lagi tipu saya. Kan dah bersin tak henti-henti ni.”
“Awak
tu jangan dekat sangat. Kuat bau minyak wangi tu.” Balas Sara. Tangan lalu
bersihkan hidung. Dia kemudiannya mengosok hidung yang masih terasa gatal.
Qaer
tergelak kecil. “Saya pulak yang salah.”
Pak
cik Mazlan turut tergelak dengan keluhan tuan mudanya.
“Dah
tak payah gosok hidung tu lagi Sara. Merah dah saya tengok. Terkupas kulit awak
tu.” Beritahu Qaer pada Sara yang masih lagi gosok hidungnya. Dilihat Sara
berhenti mengosok hidung. Dia bersandar pada kerusi sambil lelapkan mata
seketika.
Sara
berhenti sekejap. Kemudian dia sambung lagi. “Gatal…” rengeknya.
“Assignment banyak lagi ke?” soal Qaer.
Dia tahu Sara bersengkang mata beberapa hari ini kerana sibuk dengan kerjanya.
“Baru
siap subuh tadi. Tinggal nak compile
dengan kawan...”
“Habis
tu kenapa tak rehat je dulu?”
“Dah
tidur kejap pagi tadi tapi tersedar balik sebab selesama. Lepas tu saya
belajarlah untuk test minggu depan.”
Beritahu Sara. Dia tahu tiada guna nak berahsia dengan mamat sebelahnya ni.
Lambat laun dia tahu jugak.
“Dah.
Awak naik tukar baju. Kita ke klinik. Bawa sekali baju lebih. Tidur rumah mama
malam ni.”
Sara
geleng kepala perlahan. Pergi klinik satu hal, nak balik rumah mama Qaer waktu
sakit macam ni. Macam tak berapa nak betul pula.“Tak apalah. Saya baru siap
nota satu bab je Qaer. Ujian tu hari isnin nanti.” Dia saja bagi alasan lain.
“Test awak tu hari isnin sayang. Hari ni
jumaat. Awak ada sabtu ahad lagi nak belajar. Dah tak payah nak berdalih. Naik
sekarang tukar baju.”
“Seganlah
awak. Kita ke klinik lepas tu balik hostel. Boleh?” pinta Sara.
“Apa
nak segannya Sara. Bukannya awak tak pernah tidur rumah mama saya.” Berkerut
dahi Qaer tidak faham apa yang difikirkan oleh kesayangannya ni.
Monyok
sikit mulut Sara. Hidung digosok lagi. “Waktu tu sihat. Ni tidur sana
sakit-sakit macam ni. Seganlah saya kalau tak larat nak tolong mama awak.”
Qaer
dah geleng kepala dengar ayat Sara. “Sara… Sara…. It’s okay la sayang. Lagi elok awak balik rehat di rumah. Muka awak
ni dah macam zombi dah saya tengok. Kalau nak belajar pun bawalah segala nota
dan laptop awak.”
Sara
akhirnya mengalah juga. Tidak guna berhujah dengan Qaer waktu sakit macam ni.
Dia pun tak larat nak perah otak sangat. “Kejap. Saya kemas barang kejap.”
Tersenyum
lebar Qaer dengan persetujuan Sara. Sekurangnya di rumah nanti dia boleh tengok
keadaan Sara nanti. Tidaklah risau sangat bila berjauhan.
Bila
lihat kelibat Sara yang sudah siap pakai sweater
biru miliknya, Qaer keluar dari kereta untuk bantu Sara angkat beg pakaian dan
beg laptopnya. “Rupanya dalam bilik awak pakai sweater saya. rindu ke?” sempat lagi Qaer mengusik ketika membuka
bonet kereta.
“Mengarut
je. Cepatlah.” Tambah merah muka Sara ditegur. Dia bukan tak nak pakai
jaketnya. Tapi jaketnya baru saja basuh. Kebetulan sweater Qaer saja yang ada, dia rembatlah pakai.
“Saya
nak masuk dalam dulu.” Sara segera melarikan diri dari terus diusik.
Qaer
hanya tersenyum. Selesai letak beg pakaian Sara dalam bonet. Dia buka pintu
kerusi penumpang hadapan dan duduk sebelah pemandunya.
“Eh
kenapa duduk depan?” tanya Sara di
belakang.
“Awak
tu tidur sekarang. Baring dekat belakang tu. Kalau saya duduk belakang lepas tu
awak tertidur macam tempoh hari. Tak pasal saya kena marah.” Tersenyum Qaer
ingatkan kejadian lama. Muka Sara yang semakin merah langsung tidak diendah.
“Tak
perlulah ingatkan.” Sara terus pakai hoodie
sweater Qaer itu dan rebahkan badan di kerusi badan. Mata ditutup rapat.
Malu! Mesti Pak cik Mazlan pun ingat lagi kejadian dia tertidur lalu Qaer
rebahkan kepala Sara atas paha lelaki itu.
SAAT CINTA QAERSARA MULA DIDUGA
“Nanti
awak kalau awak ada cuti pertengahan semester lagi saya bawa awak dari sini.
Nak?”
Pelawaan
lelaki itu disahut dengan keluhan kecil. “Mana ada mid sem break lagi. Saya dah semester akhir. Semester depan tinggal
praktikal saja.” Jawab Sara perlahan. Dia masih lagi mencari tempat untuk
praktikalnya di Sabah sekarang ni.
“Awak
dah dapat tempat praktikal.”
“Saya
dah hantar ke beberapa syarikat di Sabah sebab kalau boleh saya nak praktikal
dekat Sabah je. Rumah sewa dan kenderaan senang tapi tak dapat apa-apa respon lagi.”
Beritahu Sara.
“Mana
boleh!” bangkang Qaer. Praktikal di Sabah? Oh! Mahu deman Qaer dengar…
Sara
memandang Qaer pelik. “Apa yang tak bolehnya pula? Saya dah tanya pensyarah
saya. Boleh je praktikal di Sabah. Memandai je awak.”
“Bukan
pasal tulah. Pasal saya… habis saya macam mana?”
Sara
terkedu. Qaer dipandang sayu. Dia kini faham kehendak lelaki itu. Tapi kalau
ada jodoh takkan ke manakan? Lagipun dia belum bersedia nak bercinta. “Macam
mana? Awak carilah orang lain Qaer. Saya tak sesuai.”
“No! Sara, please… Praktikal sini.” Pujuk Qaer. Tidak
dapat jumpa seminggu lebih pun hampir nak gila. Nikan pula beberapa bulan.
Tidak termasuk habis praktikal nanti. Mestilah Sara nak balik rumah waktu tu!
Sekarang Qaer mula gusar fikirkan keadaan tanpa Sara nanti.
“Susahlah…
Rumah sewa, kenderaan saya ke tempat praktikal tu lagi. Saya bukannya reti bawa
kereta…. Lagipun saya seorang je yang akan menyewa nanti. Tak naklah saya.
Bahaya!” Beritahu Sara. Kawan-kawannya yang lain pun semuanya praktikal tempat
sendiri nanti. Kalau dia seorang saja praktikal di KL kan susah. Takkan nak
tumpang rumah Tasneem. Malulah! Mia dan Imah pula sudah berkahwin. Lagilah dia tak
nak!
“Then praktikal di syarikat saya. Semua free! saya ada rumah kosong, awak
tinggal situ. Lepas tu biar saya yang jemput dan hantar awak balik. Please Sara…” pujuk Qaer yang enggan
menyerah kalah. Dia rela jadi pemandu gadis itu dari biarkan Sara balik Sabah
praktikal di sana. Sara pula tinggal di rumahnya, kemudian dia tinggal di rumah
mama semula.
Sara
geleng kepala. Qaer sudah mula melalut. “Kita tiada ikatan Qaer. Bercinta pun
tak. Jangan besarkan perkara ni lagi please.
Saya tak nak.” Ujarnya lembut. Jadi isu pula perkara ni pada mereka. Kalau tahu
baik dia tak cakap tadi.
“Biarpun
kita tidak bercinta tapi awak pun cintakan saya. Jangan deny perkara ni lagi!”
“Putra
mana?” tanya Qaer pada adik-adiknya.
“Save the last for the prince. Hai Sara
Alia… ingat saya lagi?” Qaer dan Sara
berpaling mendengar suara jejaka belakang mereka.
Sara
terkejut melihat Putra Adam yang segak berbaju melayu biru depannya kini. Qaer
pula mula tak sedap hati bila Putra dan Sara seperti sudah pun mengenali antara
satu sama lain.
“Manusia
ni antara golongan manusia lima yang lain?” tanya Qaer yang mula rasa cemburu
pada adiknya sendiri. Putra ni boleh tahan buaya sebab rupa parasnya.
Putra
tiba-tiba tergelak kuat melihat ekspresi terkejut Sara dan muka cemburu
abangnya. “Lima yang lain? Masih ramai peminat sumandak sabah ni ye…” usik
Putra sekaligus mengundang rasa marah abangnya.
Ahli
keluarga yang lain hanya senyap saja melihat ‘drama’ swasta yang baru saja
tercipta. Mereka turut terkejut bila tahu Putra dan Sara pernah kenal satu sama
lain.
Perlahan
Sara geleng kepala. “Sudahlah tu Putra… merah dah muka Qaer tahan cemburu tu.”
jawab Sara selamba.
Putra
akur walaupun senyumannya masih tidak lekang menghiasi rupa parasnya. “Putra ni
jenis sedar diri Along. Jangan risau. Tak tergolong pun dalam Lima Yang Lain
tu. Pernah try nak dekat dengan Sara
ni. Tapi dia belum cakap dah kena reject.
Jual mahal sangat!”
“Macam
mana Sara dan Putra boleh kenal pulak ni?” huh! Keras suara Qaer menyoal Putra.
Walaupun bukan tergolong Lima Yang Lain. Tapi rupa paras dan mulut manis Putra
ni selalu saja mencairkan mana-mana gadis.
“Hati-hati
yang…” ujar Qaer sambil melangkah masuk ke dalam bilik Doktor Aiman Arshad.
“Abang
Aiman?” lemah suara Sara menyebut nama Aiman.
Dr.Aiman
yang nyata terkejut dengan kewujudan Sara bersama kawannya turut terkejut. Dia
memandang Qaer meminta jawapan. Jelas riak wajah lelaki itu turut memandangnya
pelik.
“Sara
kenal Aiman?” tanya Qaer pada Sara sambil membantu gadis itu duduk di kerusi
hujung meja yang disediakan untuk pesakit itu. Satu perasaan cemburu mula
menular ke dalam hatinya. Lebih-lebih Sara bahasakan diri Aiman sebagai abang.
Padahal dia dan Aiman sebaya!
Sara
mengangguk perlahan.
“Macam
mana kau kenal Sara ni? Tak tahu pula abang yang Sara dah tukar status single tu…” tanya Dr.Aiman yang
tersengih memandang kawannya sekali mengusik Sara.
“Kau
tu yang macam mana boleh kenal Sara?” tanya Qaer balik. Cemburu dalam hatinya
mula menular. Risau kalau Aiman ni tergolong dari 5 yang lain. Kalau macam tu
dia memang patut risaukan peminat Sara yang empat lagi! Pasti sehebat lelaki
depannya ni.
AKHIR SARA AKUR DENGAN PERASAAN SENDIRI.
"Saya
cuma nak cakap sekali je. Dengar baik baik.”
Kata-kata
Sara terhenti. Dia hembus nafas sebelum mula bersuara lagi.
Bola
mata Qaer dipandang tajam. Sara rasa dia dah sedia. Sedia untuk memberi kata
putus pada Qaer tentang perasaannya. “I
love you Qaer Redza. I love you so much and once I said I love you. It’s mean
forever... Bear it in your mind.”
“Awak gerak dulu ye. Saya nak tengok je dari sini. Lepas tu baru naik.” Pujuk Sara.
Terdengar suara Qaer memberi arahan pada Pak cik Mazlan. Kereta lelaki itu mula bergerak meninggalkan kawasan bangunan.
“Bye sayang.”
“Bye Qaer. Love you.”
Qaer pandang telefonnya. Terkejut dengan ucapan spontan Sara sebelum gadis itu sendiri menamatkan panggilannya. Dia tersenyum kecil. Tangan lincah mendail semula nombor Sara tapi gadis itu sengaja enggan menjawab panggilannya.
Cepatnya dia matikan telefon tadi. Haha! Love you too. Jahat! tak nak angkat call saya eh.
Pesanan ringkas dihantar pada Sara. Qaer tersenyum kecil menanti pesanan balas dari Sara. dia yakin Sara pasti akan baca pesanannya.
Malu! Jangan call, orang tak nak jawab.
Qaer tergelak kuat selepas baca pesanan dari Sara. Lawak betul Sara ni. Dia yang ucap, tapi dia sendiri yang malu.
Haha! Nak balas ucapan tadi tu. Tak nak dengar ke?
Makin galak Qaer mengusik Sara. Pasti Sara tengah tahan malu sekarang ni.
Tak nak! Janganlah usik lagi. Malu saya!
Terhibur Qaer mendengan cara Sara. Garang dan tegas tapi bila nak masuk bab luahkan perasaan buka main pemalu lagi Sara ni. Dia geleng kepala sambil tersenyum kecil.
Pergi mandi. Lepas tu rehat. Sampai nanti saya mesej awak. Love you too.
SAAT DUGAAN SELEPAS PERKAHWINAN QAERSARA
Qaer memegang tangan yang menutup matanya. Ditarik salah satunya ke bibir. “Selamat pagi sayang…” ucapnya romantis sambil menoleh memandang si isteri.
Qaer memegang tangan yang menutup matanya. Ditarik salah satunya ke bibir. “Selamat pagi sayang…” ucapnya romantis sambil menoleh memandang si isteri.
Sara
tersenyum. Bahagia walaupun hati masih sakit kerana kejadian semalam.
“Selamat
hari lelaki sedunia abang.” Ucap Sara. Tangan suaminya diletak ke bahu.
“Terima
kasih sayang. Ucapan je ke?” tanya Qaer.
Sara
tersengih. Pipi Qaer dicium. “Love you
abang…”
“Luar
biasa romantik isteri abang hari ni. Ada sesuatu ke?” Qaer yang mula curiga
tentang isterinya menyoal.
Laju
kepada Sara mengeleng. Dia tidak mahu
Qaer tahu situasinya sekarang. Badan suaminya dipeluk. “Rindu abang…”
“Biarlah
mereka. Malas nak fikir lagi.”
“Mana
boleh! Susah payah saya pikat isteri saya. Suka hati mereka buat dia nangis.”
Ujar Qaer seolah-olah marah. Kepala isterinya diletak atas riba. Lembut
tangannya mengurut dahi Sara.
Tersenyum
Sara dengar kata-kata suaminya. Susah sangat ke pikat aku dulu?
“Apa pulak dengan abang?”
“Saya
takut terabaikan abang bila mula belajar nanti?”
Qaer
tersenyum. “Apalah bezanya waktu awak sambung belajar tu dengan sekarang?
Ataupun bila awak kerja nanti? Sama je sayang. Lagipun abang memang tak
benarkan kalau sayang nak tinggal dekat hostel. Tinggal dengan rumah je.”
“Tapi…”
Sara masih lagi ragu-ragu dengan cadangan suaminya.
“Tiada
tapi-tapi lagi… okay apa. Sayang pun memang plan nak sambung belajar lepas
habis degree. Nak gembirakan mak ayah kan? Nak pakai topi leperkan? Lagipun
elok sayang sambung belajar sekarang. Bila ada orang ketiga keempat nanti. Lagi
payah sayang nak belajar nanti.”
“Abang
ada plan untuk orang ketiga?!” Terkejut Sara dengar ayat-ayat suaminya..
Muka
Sara semakin mengendur. “Sampai hati!” ujarnya pelahan. Patutlah beriya nak dia
tumpukan perhatian dengan pelajaran.
TAMAT
Habis dah~ Kira ni teaser panjanggg punya. tu yang letak all
the SAATs, full xda saat2 tu... FULL
CERPEN dalam Kompilasi cerpen dlm PROJEK CPR. Faz
dah tak tahu nak cerpen ni kira cerpen ke atau dah kira novelet sebab dah 60
m/s dan masih tak habis edit lagi( Kemungkinan besar akan jadi lagi
panjang...).
Ni cerpen paling panjang dalam
#ProjekCPR. Cerpen yang lain just 35-40 m/s. semoga terhibur~! Jangan lupa
komen~Thanks.
Episod cinta baru
Masih Ada Cinta
Bunga Tiga Ahmad
Setia Menanti Cintanya
Yang Tertulis
CPR
Cinta Mnemonic
Suami untuk Awak (Mungkin akan
tukar tajuk : Qaersara)
Cerpen #ProjekCPR yg tak pernah
masuk teaser lagi :
Rentak Kita
M&M
Doodle Cinta
Hanya Satu
Mencari Rasa Cinta (Tajuk tak
confirm)
Yang sedia ada (Tajuk tak Confirm)
Teaser Novel : Secebis Cinta
Intan Random teaser... sekian. bye~ Cerita si Jihan kira KIV dulu.
Bila nak siap?,x sabar nak baca��
ReplyDeleteNanti jual ke? Macam mana nak dapatkannya?
DeleteDah siap dah. tngh edit. faz jual ebook kut. senang.
Deletenanti bila buka order faz war2kan kat fb n dalam blog ni. =)
Bestlah karya akak.. Suka2
ReplyDeletethanks my dear.
Delete