Balik dari hospital, telinga Intan
sekali lagi terpaksa menadah leteran dari mak dan ayah tersayang. Tapi
untungnya dapat layanan kelas pertama dari mak jugak. Intan tersengih. Mak yang
sedang menyuapnya makan malam dipandang. Jelingan dari Kimi dibiarkan.
Dengkilah tu.
“Mak, yang sakit tu kaki dia bukannya
tangan. Mengada betul Intan ni!” tegur Hakimi bila tidak tahan dengan sikap
mengada manja terlebih Intan tu. Sudahlah dia kena tadah telinga dengar suara Intan
merengek tak habis dari tadi. Waktu dekat hospital, okay saja pun. Siap
bergelak ketawa lagi.
“Biarlah Kimi...” tutur suara Mak
lembut.
Kimi geleng kepala. Malas nak layan
Intan. Mia yang sedang memeriksa kertas peperiksaan itu didekati. Punggung mengengsot
sedikit mendekatkan jarak dengan gadis itu. “Buat apa?” tanya Kimi sekadar
berbasa basi.
“Main konda kondi.”
Merengus Kimi dengan jawapan selamba
dari Mia itu. Intan sudah terkekek atas kerusi. Ketawakan dialah tu.
“Seronoknya. Nak ikut main sekali boleh?” usik Kimi pada Damia yang enggan
melayannya. Tekun sangat hadap kerja dia yang tak pandai habis tu.
Pen yang sedang menanda kertas itu
tegak. Terhenti pergerakan Mia. Kimi dipandang. Tajam. Aura Cikgu Damia mula
mengusai diri. Pantang dikacau waktu dia buat kerja! “Jangan kacau Kimi. Banyak
kerja ni.” halang Damia. Tiada hati nak bergurau senda dengan lelaki ini.
Banyak lagi kertas-kertas ujian yang dia belum periksa.
“Ala... aku tolonglah.” Gesa Kimi.
Damia yang hendak sambung kerjanya
semula tergendala lagi. “Ee... kau pergilah keluar dating ke apa. Kacau aku je.” Marahnya lagi.
Kimi tersenyum. “Kau jeles sebab
semalamkan?” Semakin melebar bila tekaannya rasa seperti mengena jerat. Masam
sungguh wajah Damia sekarang ni.
“Hah! Aku dah agak mesti ada something fishy dengan kau orang ni. Dari
tadi bertekak tak habis. Baik cerita cepat! Keluar dating tak ajak aku.” Celah Intan yang pasang telinga dari tadi.
Dia memang dapat agak pasti ada sesuatu yang berlaku pada budak berdua ni.
Kimi mencebir. “Dah namanya dating. Nak ajak kau buat apa.” Seperti
biasa bila berada depan Mahmud dan Faridah. Pangilan aku-kau akan digunakan.
Berlainan dengan lakonan mereka bila berada luar. Panggilan I-you memang telah
ditetapkan oleh Intan agar tiada yang mengesyaki hubungan mereka.
“Ah! Aku tak kira. Nak tahu jugak.”
Bentak Intan. Mahmud dan Faridah senyap saja perhatikan Damia, Kimi dan Intan.
Sudah hadam dengan perangai budak bertiga ni bila bertemu. Memekik itu perkara
biasa walaupun sekadar berbual kosong.
“Dah la. Sibuk aje kau ni.” selamba saja
Damia menyokong Kimi.
Intan mencerlung. “Mak...” rengeknya pada
Faridah. Nak minta point agar tolong
dia la tu. Nak juga korek rahsia Kimi dan Damia. Oh! Sekarang dah pandai dating tak ajak dia.
“Mak tak nak masuk campur.” Tutur
Faridah jujur sambil menyuap anak bongsunya. Intan monyok saja menyambut suapan
emaknya. Bermanja itu wajib dalam kamus hidupnya jika bersama dengan Faridah.
Intan paut lengan Faridah. “Mak tadi
orang jumpa budak tu depan-depan.” Beritahu Intan. Tukar topik memandangkan
Kimi dan Damia tidak mahu berkongsi cerita keluar berdua yang masih dirahsiakan
darinya. Tidak mengapa, esok lusa dia tahu jugak!
Mahmud yang berdiam diri mula tertarik
dengan cerita Intan. “Papa Intan?”
Sempat Intan mencebik. “Nak jumpa orang
tua tu buat apa. Tak la ayah. Jumpa anak tiri dia. Si Aneff.” Beritahunya.
“Hah kenapa dengan anak dia? Intan
terpikat ke? Boleh ayah tolong pikatkan.” Usikan Mahmud mengundang tawa besar
dari Kimi. Damia dan Faridah sekarang tertawa kecil. Lebih lagi bila Intan mula
tayang muka muncung.
“Ayah ni...” rengek si bongsu. Mata
tajam menjeling Kimi yang sakan gelakkan dia. Amboi bukan main kau kan Kimi!
Mahmud tergelak kecil. “Ayah gurau jela.
Intan ni kuat sangat merengek. Dapat suami kuat mengusik. Tak padan nanti tua
sebelum usia lanjut.”
Makin kuat suara Kimi gelakkan Intan.
Padan muka. Kena sedas dari ayah. Walaupun gurauan itu ada tapi terselit
nasihat baik punya sarkastik untuk Intan yang kadang terlebih manja itu.
“Ayah ni. Langsung lari dari topik. Ni
orang tengah cakap pasal si mata sepet tu.” tutur Intan kegeraman. Memang dia
tidak berani hendak melawan cakap Mahmud. Andai Kimi yang sindir dia macam tadi
sudah dibantai lelaki itu dengan kasut tinggi miliknya.
Mahmud tersenyum lucu. Intan dipandang
penuh kasih. “Iya Intan payung ayah. Kenapa dengan budak tu.”
“Kacak yah. Tapi sayangnya mata tu sepet.
Orang dah mula kerja dengan dia. Ada projek kerjasama dengan pejabat dia. Lepas
ni bolehlah Intan mengedik dengan dia.” jujur Intan beritahu tanpa rasa
bersalah. Memang tiada rahsia antara dia dan pasangan ini perihal rancanganya
hendak memecahbelahkan keluarga Datin Husnina. Muka gedik Intan mula bayangkan
wajah Aneff tadi.
Mahmud tepuk dahi. Ya Allah. Sabar
sajalah dengan budak Intan ni. Faridah sebelah gadis itu menepuk kuat paha
anaknya. “Adakah patut cakap macam tu. Intan ni!” tegurnya dengan sikap terus
terang Intan.
Tertawa Intan dengan respon mak dan
ayahnya. Lucu tengok muka emaknya menjengil memandangannya tajam. “Mak jangan
risaulah. Intan profesional. Waktu kerja kami kerjalah.” Beritahu Intan serius
pada maknya.
“Tapi kalau terkenyit mata tu, Intan tak
boleh tahanlah maknanya.” Tambah Intan lagi lantas tergelak besar. Sekadar
hendak usik keluarga kecilnya ini. Tadi bukan main lagi gelakkan dia.
Kimi merengus. “Jangan nak nakal sangat
Intan. Tu baru sehari kerja bersama, kaki dah patah. Silap hari bulan entah apa
lagi patah.”
“Jangan patah hati sudah.” Sambung Damia
pula dengan nada perlahan. Namun cukup serumah dengar suaranya. Mata masih lagi
kusyuk memeriksa kertas ujian pelajar-pelajarnya.
“Macam orang sebelah ni.” Kimi pula
menyambung. Mata jeling Damia yang sedang berangin dengannya. Bila gadis itu
memandangnya tajam. Punggung mengensot menjarakkan kedudukan mereka. Jauh
sikit! Bahang kemarahan agak terasa.
Mahmud dan Faridah geleng kepala. Entah
apalah dengan budak dua tu. nak cakap bercinta macam tak aje. Tapi cara tidak
ubah seperti suami isteri yang tengah bermasam muka. Intan sendiri pun bosan
tengok drama tak habis sejak di hospital tadi. Kusyen yang dipeluk tadi
dilempar pada dua manusia yang masih bermasam muka itu namun tersasar pada
kertas-kertas ujian.
Mata Damia terbeliak. “Intan!” habis
berhambur kertas-kertas atas lantai.
Intan tersengih. Kimi tergelak besar.
Gelaknya terhenti apabila mukanya dilempar kusyen oleh Damia. “Mia apa aku pula
kena ni!” tangannya laju mencapai kusyen yang berada dekat dengannya. Muka
kekasih hati menjadi sasaran.
Gedebuk! Tepat kena muka Damia. Dendam
tercapai! Dan muka sesi perang kusyen.
“Ayah nak masuk tidurlah. Kamu ni tak
ubah macam budak kecil.” Rungut Mahmud. Terganggu bacaannya pada buku motivasi
yang baru dibelikan oleh Intan padanya. Baca dalam bilik lagi bagus.
Faridah ikut suaminya berdiri. Intan pun
sudah habis makan. “Kemas ruang tamu mak sebelum tidur. Kalau esok pagi masih
berterabur. Siap kamu bertiga.” Sempat dia pesan pada budak bertiga yang
seperti orang gila ketawa sakan main lempar-lempar kusyennya.
“Degil kau kan...”
Intan tersengih. Muka masam Damia
sekadar dipandang sekilas. “Aku dah eloklah beb” pujuknya. Kakinya elok lagi
nak bergerak ni. Bukannya tahap parah sangat. Damia dan Kimi saja yang
melebih-lebih. Nasib si Kimi surrender nak pujuk dia lagi dengan syarat Damia
atau Kimi yang akan jemput dia pergi dan balik kerja hingga Intan sihat
sepenuhnya.
“Orang risaukan kau la Intan. Kau tu
lincah sangat. Duduk rumah sehari dua lagilah.” Pujuk Damia lagi sekadar
mencuba nasib.
Intan geleng kepala. Sudah dua hari dia
bercuti. Pasti kerjanya mengunung sekarang ni. dia tidak suka tangguh kerja.
“Kerja aku banyaklah Mia. Kau fahamkan.
Tiada masa nak main sangat.”
Damia keluh kecil. Faham maksud Intan
dan perangai gadis itu. “Hati-hati. Sepakej dengan kaki dan hati kau.” risaunya
pada Intan tidak pernah berkurang. Malah setiap hari makin bertambah,
lebih-lebih lagi bila Intan nekad nak kacau keluarga datin tu. Rancangan yang
dia tidak pernah setuju dari awal lagi!
“Jangan risaulah. Aku akan jaga hati aku
baik-baik. Bukan senang aku nak pulih Mia. Aku takkan sia-siakan sisa yang tinggal
ni. Aku masuk ofis dululah. Thanks for
the ride. Petang nanti Kimi singgah ambil aku. Kau tak payah singgah ambil
aku.”
Damia sekali lagi angguk. Dia ada
bersama Kimi dan Intan semasa lelaki itu memberi pesanan agar biar dia yang
singgah ambil Intan nanti. “Sama-sama.” Mata Damia menyorot pada Intan yang
berjalan masuk ke dalam syarikat itu dengan lenggoknya. Yakin seperti tiada
apa-apa yang berlaku pada kakinya, padahal masih lagi sakit. di rumah tadi pun
bukan main payah nak berjalan. Tapi sebab nak yakin Faridah dan Mahmud bahawa
dia sudah sihat agar mendapat kebenaran untuk pergi kerja hari ini. Damia
nampak kesungguhan Intan yang cuba untuk berlakon telah pulih sepenuhnya.
Diri mengeluh kecil sebelum mulakan
pemanduan. Intan yang keras hati dari dulu. Suka menampakkan diri itu kuat!
Pada Intan dia tidak mahu dilabel bos
yang suka curi tulang. Dedikasi pada kerjanya harus dipertingkatkan. Dia hendak
hidup senang dan pastikan bukan senang untuk senang. Pencapaiannya belum cukup
membanggakan diri sendiri. Baginya untuk melawan yang kuat kita perlu lebih
kuat!
“Morning
bos.” Suraya yang lemah lembut itu tersenyum manis menyambut kedatangan
bosnya.
“Morning
Sue. Kopi macam biasa.” Senyuman
Suraya dibalas sambil memberi peringatan pada kopi yang wajib dihidang untuknya
setiap hari.
Suraya mengangguk mendengar arahan
bosnya. Mata mengerling pada Intan yang masuk ke dalam pejabat. Kaki laju
dihala ke pantri untuk siapkan minuman untuk bosnya. Suraya tahu Intan akan
masuk hari ini walaupun bosnya dapat cuti seminggu. Kagum sungguh Suraya pada
bosnya yang tidak suka culas bekerja.
“Kopi bos.” Secawan kopi diletak atas
meja Intan. Bosnya yang kusyuk memeriksa fail mendongak. Satu senyuman manis
diberikan pada Suraya.
“Thanks
Sue. Now shoot I dengan kerja-kerja yang berlambak tu.”
Suraya tersenyum kecil. Macam tahu saja
bosnya yang dia bersedia hendak memberi peringatan tentang kerja dan
appointment bosnya yang tergendala.
“Meeting
dengan Dato Khalil saya dah susun rabu depan sebab Dato sibuk sepanjang minggu
ni, Mr.Bernard telefon saya semalam beritahu dia akan update laporan tentang
ofis sana dalam minggu ni.”
Intan menumpang dagu memandang suraya
yang comel berkebaya. Telinga setia mendengar segala butir dari pembantunya
itu.
“Oh ya? Dia nak respon dari cik secepat
mungkin tentang pembelian saham di syarikat KYS di Korea tu.”
“Yang tu nanti you toloing cari masa
untuk I buat video meeting dengan Bernard.”
Suraya angguk mendengar. Tangan lincah
menulis arahan yang diberi sebagai peringatan.
“Okay. Next?” tanya Intan lagi.
“Yang berkaitan dengan kerja dah
selesai. Lain seperti yang saya emel pada cik.” Beritahu Suraya. Setiap hari
dia memang akan hantar laporan pada Intan walaupun bosnya tidak masuk pejabat.
Dengar lain, hantar emel itu lain. Intan sengaja suruh Suraya emel segala
laporan walaupun gadis itu akan laporkan setiap pagi agar dia tidak terlupa.
“Yang tidak berkaitan dengan kerja pula.
First, Encik Aneff say thanks for the flowers dan doakan
cik Intan cepat sihat. Kalau dah sihat jangan lupa hubungi dia untuk arrange next meeting. Second, Dato Wahid
hadiahkan encik bunga seperti biasa. Tapi saya dah tolong cik sedekahkan pada
mak cik cleaner. Seterusnya cik ada jemputan untuk ke majlis pembukaan butik
baru Datin Manisah ahad ni. Dia ada buat pertunjukan fesyen sekali untuk rekaan
terbaru dari butiknya. Ramai orang kenamaan dijemput.”
Intan tertawa kecil dengar perkataan
sedekah Suraya itu. Memang itu yang arahan darinya. Kalau Dato Wahid si tua
gatal tu hantar bunga, jangan lupa berikan pada cleaner sebagai sedekah. Anggap hadiah atas ketekunan membersihkan
syarikatnya setiap hari. Tapi orang yang diberi bergilir-gilir agar tiada yang
anggap dia pilih kasih pula nanti. Dari dia membazir buang baik dia bagi orang
lain.
Namun dengar jemputan itu yang dia malas
nak pergi. Tapi hendak jaga reputasi diri nampaknya kena pergi jugak.
Sebenarnya Intan malas hendak bersosial manusia koporat. Bosan dan terlalu
mengikut tatatertib.
“You tolong I dapatkan numbor telefon
bimbit Aneff. Nanti senang I cakap dengan dia. Jemputan tu you jangan lupa
ingatkan I jumaat ni. Takut I lupa. Lagi? Ada lagi tak?”
Suraya geleng kepala. Semua dia dah
laporkan pada Intan. “Dah habis cik.”
“Okay. You boleh keluar sekarang. Ada
apa-apa nanti I panggil dan kalau tiada panggilan penting beritahu I tak nak
dikacau.” Arah Intan lagi.
Angguk. faham memang bosnya tidak suka
dikacau jika tiada benda penting bila dia sibuk dengan kerja. Lebih lagi bila
kerja bosnya banyak selepas balik dari cuti. Alamatnya keluar rehat pun belum
tentu. Masak benar dia dengan sikap bosnya.
“Err... bos nak saya belikan nasi untuk lunch ke?” tanya Suraya yang memahami
bosnya pasti tidak akan keluar untuk rehat selagi kerja belum selesai.
Intan tepuk dahi. Lupa pasal tu. “Boleh
jugak. Lauk biasa okay. Thanks Sue.”
Suraya senyum mengangguk. Kaki dibawa
keluar dari pejabat bosnya. Selama ini pekerja lain semua ingatkan dia kerja
susah dengan bos perempuan seperti Intan. Namun Suraya sedikit pun tidak pernah
bosan kerja dengan bos sebaik Intan. Memang zahirnya Intan seorang yang tegas.
Dulu dia pun takut untuk bekerja bawah wanita ini. Tapi lama kelamaan dia dapat
sesuaikan diri dengan Intan. Bosnya langsung tidak cerewet dan banyak songeh,
malah Intan lebih suka buat kerja remeh sendiri dari mengharapkan dirinya.
Keperibadian Intan dan penampilannya
memang jauh berbeza!
Kerja Suraya terganggu bila tangan
seseorang memegang hujung mejanya. Kepala didonggak memandang tuan puan badan.
Senyuman dipatahkan saat mata terpandang Hakimi yang tersenyum manis padanya.
“Assalamualaikum Encik Hakimi.” Salam
Suraya sekali bagi sedas untuk lelaki itu.
Kimi tersengih. Salam dijawab.
“Waalaikumsalam w.b.t Suraya yang manis lagi comel. Bos kesayangan you mana?”
Suraya menjeling. Malas nak layan lebih.
Faham sangat perangai Kimi tu. “Cik Intan dalam pejabat sekarang. Tapi dia
pesan tak nak diganggu.”
“Dia dah makan?”
Angguk. “Lunch tadi saya dah belikan makanan untuk cik Intan.” Beritahu Suraya.
Kalau dia berusaha hendak simpan rahsia pun mesti Kimi akan korek sampai dapat.
“Good
girl. Okaylah sayang. I nak masuk jumpa buah hati lagi seorang. You buat
kerja rajin-rajin.” Tutur lelaki itu lembut. Kenyitan mata dihadiahkan untuk
Suraya. Tapi dibalas dengan jelingan tajam. Kimi tergelak kecil. Suraya pun
sebenarnya sudah dianggap seperti adik sendiri. Tidak ubah seperti Damia dan
Intan. Gadis sebaik itu tidak mungkin dia kacau lebih-lebih. Sekadar bawa
bergurau tu biasalah.
Suraya geleng kepala. “Nak saya sediakan
air untuk Encik Kimi tak?” tahannya pada lelaki yang sudah berada depan pintu Intan.
Walaupun Kimi suka kacau dirinya. Suraya masih lagi hormat dengan lelaki itu
sebagai kawan karib bosnya. Lagipun Kimi tolongnya banyak bila Intan berada di
luar negara dulu. Segala urusan dia akan berhubung dengan Kimi terlebih dahulu.
“Tak perlulah. Nanti kalau nak. Saya
minta je.” Beritahu Hakimi.
Suraya mengangguk lantas menyambung
semula kerja yang tergendala. Menjadi pekerja kesayangan bos bukan tiket untuk
culas buat kerja sedangkan Intan sendiri tidak suka buang masa biarkan kerja
tersimpan lama.
“Sibuknya.” Tegur Kimi bila Intan
langsung tidak pedulikan dirinya yang masuk dalam pejabat gadis itu.
“Sibuk ni. Tak nampak KL Tower atas meja
ni?” sindir Intan yang masih tekun buat kerja. Dia memang sudah menganggak Kimi
yang datang sebab selain Suraya dan Damia, hanya lelaki itu saja yang masuk
main terjah.
Kimi tersenyum kecil. Kerusi depan Intan
diduduk. Salah sebuah fail atas meja Intan diambil lalu diselak satu persatu. Bosan
membaca satu pun projek yang dia tidak tahu, Kimi tutup dan letak semula atas
meja gadis.
“Beb ada story ni. You sibuk sangat ke?”
“Cerita jelah. I dengar...” jawab Intan.
Kerjanya masih diteruskan. Hendak dengar cerita guna telinga. Tangan masih
boleh lagi buat kerja.
“Kau ada dapat tak jemputan Datin
Manisah tu?”
Intan angguk. “Kenapa?”
“Adif ada malam tu. Aku yakin.”
Tangan Intan berhenti menaip. Kening diangkat
sambil mata memandang Kimi. Cerita yang mampu menarik perhatiannya. “Sure?” tanya Intan meminta kepastian.
Kimi tersenyum penuh makna. “120% confirm. Anak datin tu awek baru dia.”
“You mesti skandal dengan budak tu
jugakkan?” tanya Intan serkap jarang.
Kimi tertawa. Sah betul. Intan geleng
kepala.
“Jadi you nak pergi tak?”
“Date
me.”
“Tak dapatlah. Malam tu ada hal penting.”
Beritahu Kimi tersengih-sengih. Kepala digaru. Habislah dia.
Intan buat muka. “Penting apahalnya malam
minggu. Mesti Damia.” Tembaknya lagi. Hanya Damia saja yang mampu menjadi
pesaing hebatnya dalam hati Kimi.
Tersengih Kimi bila jawapan Intan betul.
“Malam minggu memang untuk Damia la beb. I tengah usaha lebih ni. Lama sangat
dah. Dah la makin susah dekat. Ada pula saingan. Cikgu. Satu sekolah dengan
dia.” Keluh Kimi. Bila tahu ada cikgu cuba dekat dengan buah hatinya tu. Kimi
tidak senang duduk. Bukan setahun dua dia tunggu Damia. Green light dari mak ayah senang je dapat, tapi si anak ni degil
nak mampus.
“Itulah. Pasang lagi perempuan keliling
pinggang. Cikgu tu handsome tau tahu.
Padan muka.” Saja Intan nak panaskan Kimi. Cakap setia pada Damia. Tapi dari
dulu sampai sekarang tak pernah berkurang jumlah teman wanita Kimi tu. Mana
Damia tak makan hati!
“Handsome
apa macam tu. I lagi handsome. Cukup pakej.”
Intan mencebik. Poyo!
“Jadi sabtu ni kena pergi sendirilah.” Keluh
Intan. Baru ingat nak ajak Kimi pergi sekali. Kimi tu saja yang mampu kawal dia
bila terlebih nanti. Lagipun Kimi banyak pengaruh dan kenalan. Kalau bersama
lelaki itu tidaklah dia kekok sangat.
“Sorry
beb.” Rasa bersalah pula pada Intan. Selama ni dia yang temankan Intan ke
mana-mana majlis.
“Tak apalah. I pun kena berdiri sendiri.
Tak boleh harap you je nak sosial dengan dunia koporat di Malaysia ni.”
“Good
girl. Tapi apa-apa roger I ASAP
nanti I terbang ke situ. Janji tau. Jaga-jaga. Jangan melebih macam hari tu. Nanti
I tak bagi you dekat langsung pula dengan mamat tu. Bahaya Intan. Dia tu buaya
darat. Sekali nak terus ngap.”
Intan tersenyum. Kepala diangguk. Pesan
Kimi disimpan rapi. Dia pun risau juga pasal Adif tu. Tapi Intan reti ilmu
mempertahankan diri. Kimi yang paksa dia dan Damia belajar dulu. Sampai
sekarang mereka bertiga masih berlatih judo dan teakwando bila ada masa lapang.
Kalau setakat belajar tapi tidak diasah selalu pasti akan tumpul nanti.
“Jangan risau. Apa-apa I terus hubungi
you. Tapi make sure dapatlah si Damia
tu buat bini kali ni. Pikatlah betul-betul. Kesian budak tu. Makan dalam aje
kerja you.”
Kimi tersenyum ingatkan Damia. “Patutnya
I ni yang kena dikesiankan. Dah berapa kali I lamar dia buat bini terus. Asyik
kena reject aje. Banyak betul
alasannya.”
Intan tergelak. Entah berapa kali sudah
Kimi melamar Damia. Pertama kali dulu sebelum mereka bertiga sambung belajar
dulu. Kimi nak ikat Damia buat isteri dulu supaya senang nak jaga di luar
negara nanti. Tapi alasan Damia ke sana untuk belajar. Nanti belajar entah ke
mana, kahwin pun entah ke mana. Padahal duit Kimi tu mampu saja nak sara mereka
berdua. Lepas tu entah berapa kali dah Kimi lamar Damia buat isteri. Intan pun
tak ingat. Lebih sepuluh kali agaknya.
Sebenarnya Damia nak Kimi setia aje
dengannya. Tapi lelaki tu yang tak reti nak faham. Kata setia tapi masih suka
layan perempuan lain. Intan pun malas nak cakap lebih. Dia pun dah berapa kali
beritahu Kimi.
Sekarang Intan harus pasang strategi untuk
mendekati Adif pula. Dia perlu tahu kenapa lelaki itu tidak menghubunginya. Adif
pun satu. Macam burung merpati. Nampak senang nak dapat tapi rupanya susah
jugak!
‘Pandai nak elak dari aku huh? Siaplah kau...’
Ati2 intan..
ReplyDelete