Bahu Naufal digerakkan beberapa kali. “Abang bangun…” Badan lelaki itu
mengeliat namun mata masih lagi tertutup rapat. Dia tahu Naufal sudah pun
bangun.
“Abang bangunlah…” pujuknya lagi.
“Abang jangan ingat sayang tak tahu abang dah bangun. Sajakan…” pipi
suaminya dicium beberapa kali. Dia tahu dengan cara itu pasti suaminya akan
buka mata.
Mata Naufal dicelik. “Morning wo
de Ai…” senyuman meleret terukir di wajah Naufal melihat muka kelat isterinya.
Bahu Naufal dipukul perlahan.
“Nakal! Abang…bangunlah.” Rengek Aima sambil menolak lembut bahu
suaminya lagi.
“Nak apa Ai?” tanya Naufal.
“Kejap… biar abang teka?” Naufal tutup mata. Nafas ditarik perlahan.
Menghidu bau yang menusuk ke dalam hidung. Senyuman manis dihadiahkan untuk
Aima saat mata dibuka semula.
“Bubur kacang merah?” teka Naufal.
Aima tersenyum lebar mengangguk. Tajam sungguh deria suaminya menghidu
makanan kegemarannya tu.
“Ai masak?” tanya Naufal lagi. Kini dia sudah pun duduk berdepan dengan
Aima. Isterinya dipandang meminta jawapan.
“Tapi tak tahulah sedap ke tak. Abang cuba rasa eh? Nanti komen.” Pinta
Aima. Dia sedar kelemahannya. Mujurlah Naufal tidak pernah berkira dengan
kelemahan Aima yang tak reti masak.
“Wah! Tak sabar nak rasa.” Gembira dengan Aima yang sanggup masak
untuknya. Bukan senang nak Aima masak. Dia bersyukur doanya termakbul.
Kebelakangan ini Aima sanggup melawan fobianya semata-mata untuk Naufal.
“Maaf abang. Kesian abangkan? Aima ni penakut sangat.” Air muka Aima
berubah sedikit. Sedih! Sudah dua tahun mereka berkahwin. Hanya kebelakangan
ini baru dapat masakkan untuk suaminya. Mujurlah Naufal tidak pernah mengeluh
dan sentiasa bersabar mengantikan tugas isteri untuk masak.
Dua belah tangan Aima dicapai. Naufal mengosok lembut tangan isterinya.
Dipandang tangan kiri isterinya yang berbeza dengan tangan kanan Aima. Matanya
dihalakan pada kesan kehitaman pada tangan kiri itu. Keistimewaan yang hanya
ada pada isterinya walaupun selama ini orang menganggap isterinya cacat kerana
kesan hitam itu.
Ciuman lembut dihadiahkan pada kedua belah tangan Aima. “Hadiah sebab
sudi masakkan makanan kegemaran abang…” ucapnya. Naufal tidak pernah paksa Aima
untuk masak. Dia tahu kelemahan isterinya bila berdepan dengan api gas. Naufal
sendiri pernah nampak Aima mengigil bila berdiri depan dapur gas yang
menyalakan api.
Air mata Aima mengalir sedikit demi sedikit. Rasa bersalah mula
menyelubungi diri.
“Ai, abang tak pernah kisah pasal tu. Abang bukannya kahwin untuk cari
tukang masak, abang kahwin dengan Aima Marissa untuk dijadikan isteri dunia dan
akhirat.” Air mata isterinya dikesat lembut. Memujuk hati si isteri yang selalu
merendah diri kerana kelemahannya.
“Tapi…” keluarga mereka sendiri memandang rendah pada Aima. Selalu saja
dia dilabel sebagai isteri yang menyusahkan suami kerana Naufal terpaksa
masakkan untuk mereka berdua. Mak Aima sendiri selalu bebelkan Aima kerana
sikap takutnya tu.
“No tapi-tapi. Pedulikan mulut
orang. Yang penting abang gembira dengan isteri abang. Abang tak suka tengok
muka sedih Ai. Tak comel dah. Senyum sikit…” pujuk Naufal lagi. Dia tahu
kegusaran isterinya. Isu yang tak pernah padam dari dua belah keluarga mereka.
Malah isu tak pandai masak Aima ni menjadi punca mamanya tidak mahu menerima
Aima sebagai menantu dulu.
Aima menghadiahkan senyuman manis buat Naufal.
“Ni de weixiao shi zui piaoliang
de. Ai, Wo zhen de hen ai ni...”
Aima tersenyum manis dengar pujian suaminya. Mujurlah dia pensyarah
bahasa cina, Kalau tak sudah tentu terkial-kial dengar pujian dari suaminya.
Naufal tergelak kecil melihat muka isterinya yang kemerahan menahan
malu.
“Hao la! ni qu xizao xian. Hen
chou!” (Sudahlah. Abang pergi mandi, busuk!) Rambut kusut suaminya digosok
kuat. Saja nak mengelak dari rasa malu. Muka
“Eleh! Yang busuk ni juga Ai suka peluk.” Naufal gelak lagi melihat muka
isterinya yang semakin merah menahan gelak. Alahai Ai! Dia yang kenakan Naufal,
tapi dia juga yang malu akhirnya.
Ni de weixiao shi zui
piaoliang de. – Senyuman awak ialah yang paling cantik.
Wo zhen de hen ai ni...- saya sangat
mencintai awak.
“Abang….” Panggil Aima manja.
Naufal angkat kening memandang isterinya. Tangan menyedok bubur kacang
merah kegemarannya. Ditambah ke dalam mangkuk buat kali ketiga. Sedap!
“Err… abang nak rehat hari
ni?” tanya Aima perlahan. Tahu setiap sabtu ahad, Naufal lebih suka berehat di
rumah saja.
Naufal suap isterinya sebelum menjawab soalan Aima. “Kenapa?”
Aima mengunyah kacang dalam mulutnya. “Kita keluar shopping nak? CNY dah dekat. Aima ingat nak beli sikit untuk ma.”
Beritahu Aima.
“Nak pujuk hati mertualah tu.” usik Naufal walaupun dia tahu setiap
tahun baru cina pasti Aima akan beli sesuatu untuk mamanya.
“Abang…” rengek Aima diusik oleh Naufal.
Naufal tergelak kecil. “Sayang nak beli apa?”
Aima geleng kepala. “Tak tahu lagi. Kita tengok dulu.”
“Ala… tahun ni tak payah beli pun tak apa. Bila ma tahu sayang dah mula
masak, ma mesti gembira tak terkata nanti. Cayalah cakap abang.” Gelak Naufal
lagi. Mamanya bukan tidak suka Aima seratus peratus. Aima pandai ambil hatinya,
kalau mula-mula kahwin dulu memanglah. Tapi sekarang Naufal sendiri nampak
perbezaannya sedikit demi sedikit.
“Naufal Tan Chen Wei! Tak baik tau cakap ma macam tu.” tegur Aima
kegeraman. Suka benar suaminya jadikan isu mama yang tak sukakan dia pasal tak
reti masak tu sebagai gurauannya.
Naufal tersengih kecil. Kalau Aima sebut nama penuhnya tu, memang tanda
isterinya tak suka. Lama tak dengar Aima sebut namanya macam tu. Dulu waktu
usha isterinya. Aima selalu saja sebut nama islam dan nama cinanya sekali bila
marah. “Sorry…”
Jemari yang bersilang dikemaskan. Memberi kekuatan pada isterinya.
Aima senyum memandang Naufal yang setia di sisi. Rasa rendah diri dengan
kekurangannya sedikit berkurang melihat seraut wajah yang turut membalas
senyumannya. “Isteri abang yang paling cantik.” Ucap Naufal lagi.
Hari ni Aima keluar tanpa sarung tangannya bagi menutup jemari kiri yang
agak cacat kerana kesan terbakar dulu. Permintaan suami setiap kali mereka
keluar berdua, Naufal meminta agar Aima tidak memakai sarung tangannya.
“Thanks abang.”
Sesekali Aima perasan pandangan orang pada mereka berdua. Muka cina
suaminya memang mengundang rasa pelik pada orang yang memandang mereka.
Lebih-lebih lagi bila mereka berpegang tangan ketika keluar bersama.
Ketika mula berkahwin dulu, memang dia segan. Tapi lama kelamaan, Aima
sendiri terbiasa dengan pandangan itu pada mereka. Kata Naufal, buat apa nak
malu. Mereka halal untuk berpegang tangan.
“Abang perasan kan salesgirl
kedai tadi tu tengok abang sampai tak berkelip?” tanya Aima pada suaminya.
Naufal tergelak kecil. Tak sangka isterinya turut perasan benda yang sama.
Naufal sendiri takut dengan pandangan budak perempuan tu tadi. Dia terus peluk
bahu isterinya yang sedang memilih baju tadi tu.
“Nasib Ai la dapat suami handsome.”
Ujar Naufal sambil tergelak kecil memuji diri sendiri.
Aima mencebik. Dalam hati dia tetap akui wajah kacak suaminya. Lelaki kacukan
cina-jerman ini memang cukup pakej. Kacak, pandai bergaya dan berkerjaya. “Nakal.”
“Dengan Ai seorang saja.” Jawab Naufal selamba. Kini tangan memeluk bahu
Aima. Menyakinkan semua orang bahawa Aima isterinya. Kecacatan tangan isterinya
langsung tidak memberi kesan padanya.
Kadang Naufal sendiri perasan pada mata-mata lelakinya yang memandang
muka cantik isterinya. Dia sendiri tahan hati membuang rasa cemburu. Cuma
lelaki lain akan terus menjauhi isterinya bila tahu kekurangan Aima pada tangan
kirinya. Itu yang dia tahu melalui cerita Aima suatu ketika dahulu.
“Rasanya ma akan tanya tak pasal anak tahun ni?” tanya Aima tiba-tiba
tatkala memandang sepasang suami isteri yang berjalan melintasi mereka sambil
menolak stroller bayi.
Naufal terdiam seketika. Senyuman kecil dihadiahkan pada isterinya. “Kalau
ma tanya, Ai kena siap tadah telinga ajelah…” seloroh Naufal bagi menghilangkan
rasa gusar isterinya. Biasalah. Bukan ma
seorang saja yang mempersoalkan isu anak, mak Aima pun selalu tanya pasal anak
pada mereka. Memandangkan ini tahun ketiga mereka berumahtangga. Sudah tentu
isu anak akan diungkit lagi.
Aima mengeluh kecil. Setiap kali perjumpaan keluarga dua isu yang tidak
akan lari dari mereka berdua. Satu pasal Aima yang takut nak masak, lagi satu
ialah isu anak. ‘Ya Allah. Berikanlah aku dan suamiku kekuatan untuk menghadapi
ujian dariMu.’ Doa Aima dalam hati.
“Abang pun sama ye. Kalau ma tegur. Abang senyap aje tadah telinga.”
Pinta Aima pada suaminya. Naufal tu bukan boleh kira sangat. Boleh jadi waktu
ma tegur, sedap ikut dia saja mengusik dan buat gurauan pada ma waktu tu jugak.
Naufal angguk. “Ai, nasib baik kita tiada isu antara dua darjat atau
cinta dua agama tidak terlekat pada kita. Kalau tak sungguhlah. Cukup pakej!”
seloroh Naufal mengundang tawa kecil dari Aima. Dia turut setuju dengan
suaminya.
Aima cukup bersyukur keluarga kedua belah pihak tidak ambil kira pasal
berlainan kaum. Lagipun Naufal memang menjadi saudara islam tiga tahun sebelum
mereka kenal satu sama lagi. Keluarga Naufal pula memang kacukan dan tidak
kisah bila Naufal kahwin dengan orang melayu. Pasal nama keluarga cina Naufal
pula akan disambung melalui anak lelaki dari adik Naufal yang lain.
“Banyak buah bang. Takut tak habis nanti.”
Naufal angguk. dua kotak yang dibawa masuk ke dapur dipandang. Kepala
digaru walaupun tidak gatal. Si isteri yang sedang buatkan teh untuknya
dipandang sekilas.
“Macam mana ni Ai? Tu ada tiga kotak yang belum berbuka lagi.”
Aima gosok mukanya. Tiga kotak lain yang dibawa oleh Naufal dua hari
lepas turut dipandang. Dia berfikir sejenak.
“Macam nilah. Kita bawa dua kotak ke masjid malam ni. Bagi-bagi dekat
jemaah nanti. Lagi dua nanti saya bawa ke kampus bagi dekat pelajar. Lagi satu
ni kita asing-asing dalam plastik bagi jiran. Banyak sangat ni bang. Kita dua
je bukan habis makan.” Cadang Aima. Ramai kawan-kawan suaminya bagi buah oren
sampai berkotak-kotak kepada mereka. Nnak bawa balik rumah ma, dekat sana pun
banyak buah.
Aima berjalan ke meja makan dengan gelas teh suaminya. Tangan melambai
sebagai tanda agar suami mendekati dirinya. Seperti biasa, balik rumah Naufal
pasti dihidangkan dengan teh panas atau sejuk. Naufal lebih minat minum teh
berbanding milo atau kopi.
“Itulah. Abang pun binggung tadi. Tak nak ambil macam tidak elok pulak.
Tu yang abang ambil je. Nanti Ai tolong abang asingkan dalam plastik untuk bagi
jiran-jiran. Yang dua kotak ni kita bawa waktu solat maghrib dekat masjid
nanti.” Balas Naufal. Dia ikut duduk bersebalahan dengan isterinya.
Tahun Baru Cina tahun ni meriah seperti biasa. Aima memeluk Catrine Tan.
Adik ipar yang paling rapat dengannya. “Ai,
ni wei shenme yue lai yue pang? (Ai, kenapa makin lama makin berisi?)”
tanya Catrine berbahasa cina pada isteri abang sulungnya. Agak lama dia tidak
menjenguk abang dan kakak iparnya. Tidak sangka Aima semakin berisi.
“Shi ma?! (Betulkah?)” Bulat
mata Aima. Badannya ditilik. Rasa memang diri semakin berisi sejak dua tiga
bulan lepas. Selera makannya pun makin banyak. Lebih-lebih lagi bila dia
semakin berani masak sendiri tanpa pengawasan suaminya.
“Ge zui xihuan ta ze yang. Pang de
zui keai la! (Abang paling suka dia macam ni. Berisi la paling comel!)”
puji Naufal yang tiba-tiba saja muncul dari belakang Aima. Bahu isterinya
dipaut.
“Cat! Wo zhen de hen fei ma?
(Cat! Betulkah saya makin gemuk?)” tanya Aima tanpa pedulikan pujian suaminya.
“Na you ah! (Mana ada!)” balas
Naufal. Mata dijengil pada Catrine yang sudah mula menghasut kepala isterinya.
Aima bukannya gemuk mana pun. Setakat berisi sikit aje.
Catherine tersengih. Abangnya dah bagi signal. “You yi dian la. Aiyoo… ni buyao danxin la. Wo ge shi hao nan ren. Ta
hen zhongcheng de. (Adalah sikit. Alaa… awak janganlah risau. Abang Cat
lelaki baik. Dia paling setia.)”
“Haola. Cat ni qu mang ni de shi
la. Syuhh… Syuhh… (Sudahlah. Cat, awak pergi sibuk hal sendiri. Syuhh…
syuhhh….)”
“Aiyoo… Ai ni buyao danxin la. Ni
ye bushi na me fei. Wo duibuqi. (Aiyoo… Ai janganlah risau. Awak bukannya
gemuk mana pun. Saya minta maaf.)” mohon Catherine. Rasa bersalah pula komen
benda sensitif pasal perempuan ni.
Aima tersenyum kecil. Rasa rendah diri jatuh lagi. Huh! Ni belum jumpa
Janet si sepupu ‘tersayang’ suaminya tu. Kalau jumpa gadis tu. pasti disindir
Aima lagi. Sekurangnya Aima tahu teguran Catherine tadi itu jujur. Dia kenal
Catherine lagi lama dari kenal suaminya dulu.
Naufal bagi signal pada adiknya untuk pergi tinggalkan dia dan Aima
bersendirian.
“Abang…” rengek Aima sebaik saja Catherine tinggalkan mereka berdua.
Tergelak Naufal memandang riak wajah kesian isterinya. “Mana ada
gemuklah sayang. Okay je abang tengok. Cat tu yang memandai. Abang rasa okay
je, nak peluk pun sedap. Tak adalah macam si Cat tu. Rasa tulang aje ada.”
“Pandai je nak ambil hati orang.” cebik Rania. Memandai saja suaminya
kutuk adik sendiri.
Naufal gelak lagi. “Abang nak makan oren tak? Ke dapur jom.” Ajak Rania
sebelum ada tetamu yang datang mengunjung. Baik mereka jadi tetamu di rumah ma
dulu.
“Sayang ni. Semalam dalam perjalanan ke sini pun dah entah berapa puluh
buah oren tu dimakannya. Sakit nanti, kan susah.” Nasihat Naufal. Sampai rumah
ma pun buah itu juga yang dicari isterinya.
Aima tersengih. Marah-marah suaminya tapi Naufal bawa juga dia ke dapur
untuk makan limau. Mereka ikut sekali Cat dan ma yang duduk bercerita di dapur.
“Wan le mei you?
(Dah habis ke belum?)” tanya ma pasangan suami isteri itu.
Naufal dan Aima tersengih. Pasti Cat yang cerita pada ma tadi. Mereka
ikut serta adik kedua Naufal. Tahun ni cukup mereka saja yang temankan ma
sambut tahun baru cina. Elizabeth Tan dan Natasha Tan pula tidak dapat pulang
ke Malaysia. Masing-masing ada tanggungjawab di luar negara bersama suami
masing-masing. Catrine saja yang belum berkahwin sampai sekarang.
“Da shao! Ma shuo ni yijing keyi chushi. Zen
de ma? (Kak ipar! Ma cakap awak dah boleh masak. Betulkan?)”
Aima senyum menganguk. Malu dengan soalan Catrine walaupun gadis itu
kawannya.
“Ni zai yao xue duo yi dian.
(awak perlu belajar banyak sedikit lagi.)” pesan ma pada Aima. Dia sudah pun
merasa air tangan Aima. Boleh tahan sedap juga pada pandangannya. Dia tidak
boleh nak paksa Aima masak sedap taraf lima bintang memandangkan menantunya
baru saja belajar masak.
“Ma ni keyi jiao wo shi?” sengih Aima
menyoal. Pasti ma lebih tahu masak tentang masakan kegemaran Naufal. Kalau
suaminya nak makan sesuatu yang sedap pun. Selalunya ma yang akan masakkan
untuk Naufal memandangkan Aima tidak tahu masak sebelum ni.
“Ni yao duo yi dian lai wo de jia la. (Awak perlu belajar lebih
sedikit.)”
Aima terus peluk ma yang duduk sebelahnya. Gembira. “Yeay! Mei wenti.
(tiada masalah.)”
Catrine dan Naufal sekadar tersenyum kecil. Selesai satu masalah. Ma
memang mula dapat terima Aima sebagai menantu di rumah tersebut. Ala… perkara
kecil saja pun bagi mereka. Cuma sebab ma tu seorang ibu. Mak mana tak risau
bila anak dapat isteri yang tidak berani nak masak.
Aima mencebik tetamu yang sudah lama datang melawat itu. dari pukul lima
petang sampai sebelas malam ni tak reti nak balik. Dia menapak ke ruang tamu
untuk ikut serta keluarga itu menonton drama Taiwan yang menjadi kegemaran adik
iparnya.
Tempat sebelah suaminya diambil. Tangan sebelah memegang jus oren yang
baru saja di blender bersama ice cube, campur sikit dengan susu. Pergh!
Sedap!
“Ai. Kenapa minum oren sejuk waktu malam ni. Nanti sakit perut.” Tegur
Naufal perlahan pada isteri disebelahnya.
Aima tersenyum sikit. Tahu Naufal pantang tengok dia minum sejuk waktu
malam. “Sedap. Abang nak?” tanyanya manja. Saja nak mengusik Naufal yang sudah
masam seperti rasa jus orennya.
“Nakalkan.” Hidung isterinya dicubit kegeraman.
Tergelak kecil Aima dengan tingkah suaminya. Lama-kelaman boleh ikut
mancung hidungnya seperti Naufal.
“Last tau. Lepas ni jangan
terfikir nak makan oren tu lagi. Nanti sakit perut.”
Aima angkat tangan manja. “Janji.” Mata dikenyit pada suami memujuk.
“You ni Ai, kalau gemuk nanti kan susah. Mesti Naufal tak nak dekat
you.” Sampuk Janet. Si sepupu encik suami yang tidak pernah menyenangkan hati
Aima. Ada saja ayat menyakitkan hati keluar dari perempuan tu.
Satu senyuman paksa diukir. “Tak apalah. Abang kata berisi sikit tak
apa. Nak peluk best. Kalau kurus
kering sangat tulang aje rasa. Keras.” Balas Aima selamba meniru ayat suaminya
petang tadi.
Janet merengus. “Suka hati youlah.” Tangan disilang ke dada. Cemburu
melihat kemesraan Naufal dan Aima. Dia yang cintakan Naufal terlebih dahulu
tapi orang lain yang dapat sepupunya tu.
“Sajakan?” Bisik Naufal ke telinga isterinya.
Aima tergelak kecil. Bibirnya didekatkan ke telinga Naufal. “Balas
dendam.” Bisiknya lunak mengoda.
“Nakal!” pipi isterinya digigit sedikit. Kegeraman. Saja nak goda dia.
nasib yang ada hanya Catherine dan Janet. Ma dah masuk tidur. Tidak larat nak
lama memandang kesihatannya sendiri tidak sihat sangat.
Aima turun ke bawah untuk cari minyak panas. Perut tiba-tiba rasa sakit
mencucuk-cucuk. Bila dia tersedar tadi. Suaminya masih lagi tiada di sebelah.
Agaknya masih menonton bersama Catrine dan Janet. Aima saja yang tidur selepas
habiskan jus orennya. Mata memang tak boleh tahan selepas pukul 12 malam. Tapi
sekarang tiba-tiba saja tersedar sebab sakit perut.
Langkahnya terhenti pada hujung tangga. Mata disepetkan untuk memastikan
pandangan luar biasa depannya. Ya Allah!
“Janet you buat apa dengan suami I!” tegurnya. Badan automatic tegak
berjalan kea rah ruang tamu.
Mata Naufal terbuka. Terkejut dengan suara isterinya. Tapi saat mata
celik. Pandangannya terus terpandang Janet yang terlalu dekat dengan dirinya.
bibir gadis itu hampir saja menyentuh bibirnya. Tangan laju menolak tubuh Janet
darinya. “Ni zai zuo shenme?!”
tanyanya kasar.
“I nak kiss suami you. Tu je…
Chen Wei pun tak kisah tadi.” Selamba badak saja mayat bergerak ni bersuara.
Berlaga gigi Aima menahan marah.. Mata mencerlung pada gadis itu. Suaminya
yang sudah berdiri berjalan dekat dengannya dibiarkan. Orang dah ajak tidur
awal tadi tak nak! Nak juga temankan budak dua ni tengok wayang. Sekarang
Catrine pun dah tiada. agaknya sudah masuk bilik tidur.
“You sedar tak dia tu husband I!”
balas
“Janet. You better tell the truth!
Sayang I tak sedar tadi. I minta maaf.”
“Chen Wei… ni ye zhe dao wo dui ni
de kan ching! Wo zhen de hen ai ni! (Chen Wei,, awak pun tahu perasaan saya
pada awak. Saya sangat cintakan awak!)” rayu Janet.
“Stop it Janet! You know how much
I love my wife. Stay away from me! I will never love you but don’t’ make me
hate you. Jom sayang. Jangan layan mayat bergerak ni.” lepas bagi amaran. Tangan isterinya ditarik pergi dari situ.
“Lepas ni jangan terfikir nak tengok wayang sampai tengah malam kalau
mayat bergerak tu ada.” Giliran Aima pula bagi amaran pada suaminya. Pegangan
tangan suaminya dilepaskan.
Langkah sengaja dibesarkan
meninggalkan suaminya. Tadi dia memang sudah berpesan awal-awal pada Naufal.
Jangan lupa tidur awal! Masuk bilik. Tengok wayang dalam bilik kalau nak!
Jangan nak layan sangat perangai Janet yang selalu lepas laku tu. depan Aima pun
boleh suka hati nak pegang tampar lengan suaminya, inikan pula belakang Aima.
Lagipun dalam bilik mereka, memang dah tersedia tv flat screen yang dipasang
oleh suaminya.
Naufal mengeluh kecil. Memang silapnya tadi tu. Sekarang wajib fikir
cara nak pujuk isterinya yang sedang merajuk tu.
Kaki mula mendekati isteri yang sedang duduk atas katil itu. Hatinya
tiba-tiba gusar memandang Aima sedang membongkok memegang perut. “Ai sakit ke?”
tanya Naufal tanpa fikir panjang. Niat nak pujuk terus terbang hilang ke mana
melihat keadaan isterinya.
“Abang tahu ma letak minyak angin dekat mana? Ai sakit perut.” Pinta
Aima. Air mata mula keluar setitik dua. Puas menahan sakit dari tadi! Semua
gara-gara Janet. Tak pasal terbantut niat nak cari minyak angin.
“Sayang baring dulu. Abang pergi cari.” Arah Naufal. Tubuh isterinya
dipapah lalu dengan hati-hati dia baringkan ke atas katil.
Dengan berat hati Naufal terpaksa keluar mencari minyak angin ma. Selalu
ma letak dalam rak tepi tangga tingkat bawah. Kesian pula isterinya. Pasti Aima
ke bawah tadi sebab nak cari minyak angin, tapi rasa bersyukur turut terselit.
Sekurangnya Janet tidak sempat ber buat apa-apa tadi.
Setiba dalam bilik mereka. Naufal besarkan langkah apabila terdengar
suara orang muntah dalam bilik air. “Ai. Kita ke hospital. Risau abang tengok
keadaan Ai ni.” tutur Naufal lembut. Belakang isterinya diusap perlahan.
Aima geleng kepala perlahan. “Kita pergi esok je bang. Ai tak larat
sangat. Lagipun lepas muntah tadi dah elok.” Pujuk Aima perlahan. Badannya dipimpin
ke atas katil semula lepas basuh muka membuang sisa muntah tadi.
“Abang dukunglah masuk kereta. Kita pergi ya.”
“Esok je bang. Tak apa… Ai nak tidur peluk abang je. Boleh?” Pujuk Aima
manja. Dia sakit perut pun mungkin disebabkan terlalu banyak makan limau
mandarin.
Naufal tersenyum kecil. “Lepas abang letak minyak dekat perut sayang.”
Angguk.
Selesai urut perut isterinya. Naufal basuh tangan kemudian terus naik
atas katil sebelah isterinya. Aima yang belum tidur itu dipeluk. “Abang minta
maaf pasal tadi. Salah abang tak dengar cakap Ai. Patut abang masuk awal je
tadi.”
“Jaga abang untuk Ai. Jangan sesekali biarkan perempuan sentuh abang
sesuka hati. Ai tak suka.” beritahu Aima perlahan. Mujur tadi tu dia nampak
sejelasnya encik suami tengah tidur. Kalau tak niaya aje Naufal kena fitnah.
“Baiklah. Abang hati-hati lepas ni.”
“Thanks abang.” Ucap Aima
sambil kemaskan pelukan suaminya. Sempat bibir mencium lengan lelaki itu yang
dengan dengannya.
Hari ni agak lewat Aima bangun. Suaminya pun sudah tiada di sebelah.
Lepas solat subuh tadi, Naufal suruh Aima sambung tidur balik memandangkan
keadaan isterinya mash lemah.
Suara kuat dari tingkat bawah sampai ke telinga Aima yang baru saja
selesai mandi. Dia sekadar pakai dress labuh paras lutut dipadankan dengan
skrit dan selendang ungu kegemaran suaminya.
Dia malas nak turun bawah. Malas nak bertembung dengan mayat hidup yang
suka mengacau suaminya tu. Tapi tergaru juga hati nak tahu siapa yang
tinggi-tinggikan suara di bawah.
Akhirnya Aima sendiri buat keputusan turun ke tingkat bawah. Tidak patut
sungguh bangun lewat di rumah mertua. Buat jatuh saham aje. Sampai di pertengahan tangga. Terdengar suara
Naufal dan ma yang memarahi Janet. Sayup-sayup suara Janet meminta maaf pada
Naufal dan ma.
“Apa dah jadi?” tanya Aima pada Catrine. Iparnya sekadar senyap saja di
tepi ruang tamu.
“Ge marah pasal semalam. Duibuqi Aima. Kalau bukan sebab I yang
ajak ge dan Janet tengok movie pasti tak jadi macam tu. Semalam
tu I dan Janet dah masuk tidur. Tinggal ge
di ruang tamu. Tak tahu ge tertidur
di sofa. Lepas tu Janet terbangun dan nampak ge tertidur di sofa.” Lengan Aima dipeluk perlahan.
“It’s okay. Jangan risau. I
percaya Naufal. Ingatkan semalam dah settle.
Tak sangka dia sambung marah lagi pagi ni.”
“Apa pula tak marah. Tadi tiba-tiba saja pegang tangan ge. Ge tukan muslim. Perempuan lain tak
boleh pegang. Hah kena semburlah. Ala… ge
dari dulu selalu pesan dekat kita orang pasal tu. Janet tu yang selalu pekak.”
Aima tersenyum kecil. “Jom ke dapur Cat. I nak breakfast la. lapar. Dah la bangun lewat. Nasib ma tak marah.”
“Jom I temankan. Malas I nak tengok drama Janet tu.” tangan Aima
dipimpin ke dapur. Bagus lagi dia temankan kakak ipar merangkap kawannya
berbanding dengan Janet. Dia dan sepupunya tu memang tidak pernah sebulu dari
kecil. Janet terlalu sosial berbanding mereka adik beradik. Naufal terlalu
ambil berat pasal adik-adik perempuannya walaupun berlainan agama.
“You duduk dekat bangku tu. Biar I buatkan susu panas. Ge cakap you tak sihat semalam.” Arah
Catrine sambil bantu Aima duduk di kerusi pada meja makan. Makanan dan barang
dapur mereka semuanya boleh diguna oleh Aima dan Naufal. Sejak abang mereka
masuk islam lagi barang dapur semuanya ditukar. Ma pun lebih berhati-hati
membeli barang dapur dan makanan halal. Jika mereka hendak makan sesuatu yang
tidak dibenarkan oleh islam. Mereka hanya akan makan di kedai saja. Ma sangat
menghormati agama yang dianuti oleh anak lelakinya.
“Sakit perut sikit. Nasib tak apa-apa. Mungkin sebab banyak sangat makan
limau. Dekat rumah hari tu berkotak-kotak. Takde pulak I makan. Ni dekat rumah
ma, bukan main banyak I bantai. Selera lain pula sampai sini.”
Catrine tergelak kecil. “Macam-macamlah perut you ni.” dia bergerak untuk sediakan susu panas buat
Aima.
“Sayang. Kenapa ke dapur tak beritahu abang.” Sapa Naufal yang masuk ke
dapur bersama ma.
“Tak apalah. Kenapa abang marah Janet pasal semalam lagi? Kan benda dah
lepas.”
“Malas abang nak ulang balik cerita. Nanti-nantilah. Budak tu pun dah
balik rumah dia. Sayang macam mana? Dah okay sikit?”
Aima senyum mengangguk. “Okay dah. Alhamdulillah.”
“Tapi nanti kita ke klinik jugak ye. Periksa je. Jangan degil. Muka
sayang tu pucat!”
“Betul tu Ai. Nanti pergi klinik ikut Naufal.” Kini ma pula bersuara.
Risau tengok muka pucat menantunya. Lebih lagi pasal kes anak saudaranya.
Kesian pula tengok Aima yang kena layan perangai Janet tu. Menyusahkan isteri
dan anaknya sungguh!
“Baiklah. Nanti Ai pergi dengan
abang. Ma dan abang dah sarapan? Maaf sebab ai lambat bangun pula hari ni.”
“Tak apalah. Ai pun tak sihat. Ai minumlah dengan Naufal. Ma dah minum
tadi. Ma nak masuk dalam dulu.”
Naufal dan Aima sekadar senyum mengangguk sambil menghantar ma dengan
pandangan mata.
“Nah susu untuk kakak ipar tersayang. I pun nak masuk. Selamat
bercinta.”
Muk diletak atas meja. Catrine kenyit mata pada pasangan itu lalu masuk
ke ruang tamu meninggalkan pasangan itu.
Dahi Aima dicium. “Sayang…” rengek Naufal sambil memeluk isterinya.
Aima sabarkan sajalah hatinya. Faham sangat sikap manja suaminya tu.
Malah makin hari makin manja.
“Nak susu?” tanya Aima pada suaminya. Susu dalam muk yang dibuat oleh
iparnya tadi tinggal separuh baru nak tawarkan untuk suami.
Naufal geleng kepala. mata jeling manja pada Aima. “Minum bagi habis
sayang. Jangan nak mengelat.” Tahu Aima tak suka minum. Nak pelawa dia konon.
Macamlah dia tidak tahu rancangan isterinya tu.
Tergelak kecil Aima dengan teguran suaminya. “Minumlah sikit. Kongsi
minumankan best…” Pujuk Aima dengan
suara mengoda. Tak larat dia nak habiskan satu gelas muk tu. dia tidak suka
minum susu. Rasa kelat di tekak!
Satu idea nakal terlintas di kepala Naufal. Dia tersenyum nakal. Badan
tegak memandang isterinya. “Aah. Lupa pula abang. Kongsi minuman memang bestkan.”
Laju kepala Aima mengangguk. Namun belum sempat tangan menghulur muk
bibirnya sudah disapa dengan bibir suami. Eh! Ambil kesempatan pula Naufal ni.
Tercengang Aima seketika. Terkebil-kebil selepas dicium oleh suami.
“Hurm… manis rasa susu tu.”
usik Naufal.
Saat Aima tersedar. Tangan laju mencubit lengan suami. “Abang ni
sajakan… ambil kesempatan.”
“Abang pulak? Tadi cakap nak kongsi minuman. Hah kongsilah tu. Memang best.” Jawab Naufal lagi tergelak kecil.
Merah muka Aima menahan malu. “Eee… orang tua ni! Tak senonoh.”
“Dah. Dah. Kalau tak nak abang kongsi minuman macam tadi. Cepat habiskan
susu dalam muk tu. Pandai nak elak minum susu konon.” Ujar Naufal sambil
memandang isterinya tanpa berkelip.
Tak sampai seminit Aima habiskan susu dalam muk. Sekali teguk engkau
hah! Takut dengan amaran suaminya.
“Dah habis.” Termengah-mengah Aima minum tanpa henti.
Naufal tersenyum kemenangan. “Sampai comot bibir sayang ni. Minum tak
sopan betul. Minum susu pun payah.” Leternya lagi.
Aima tersenyum. Malu juga kena sebijik dari suami. Gara-gara nak
habiskan susu tadi, sampai nak minum depan suami dengan kesopanan hakiki.
Tangan meraba bibir bagi menghabiskan sisa susu yang melekat.
“Mari sini abang tolong bersihkan.” Arah Naufal sambil mengalihkan
tangan isterinya yang membersihkan mulutnya tu. Geram pula Naufal tengok. Comel
saja gaya Aima. Mengoda pun ada.
“Eh takpa. Takpa.”
Cupp!
Ah sekali lagi Aima kalah dengan Naufal. Sebab tu dia nak mengelak bila
Naufal tawar diri nak membersihkan sisa susu dibibirnya. Dia dapat agak langkah
Naufal seterusnya. Tak salah lagi tekaannya. Sekali lagi bibir menjadi habuan
bibir suaminya. Nakal! Grr…
3 tahun kemudian.
“Naim! Sini…”
Jerit Aima pada Naufal ‘junior’. Si kecil berlari terkedek-kedek
mengejarnya.
“Naim kacau adik lagi tak?” tanya Aima. Habis anak daranya seorang tu
menangis dikacau oleh si abang.
Naim tersengih. Angguk dengan muka innocent
si kecil.
Alahai tak sanggup Aima nak
marah. “Janganlah kacau adik macam tu sayang. Kan adik dah nangis.” Aima pula
rasa nak nangis sekarang ni. Abang cepatlah balik!
“Adik… nagish?” tanya si kecil. Pelat.
Aima mengangguk. Airina yang baru setahun lebih itu didukung. Puan Aima
pujuk tapi langsung tidak berkesan. Satu masalah baginya jika Airina menangis
tak henti-henti. Ubatnya hanya Naufal seorang saja. Anak pa seorang ni
memanglah manja berganda-ganda macam papanya jugak.
“Auchak!” Naim pula cuba untuk menenangkan Airina. Tapak tangan menutup
muka kemudian dibuka mengejutkan si adik. Kononnya nak pujuk tapi makin kuat
tangisan Airina hingga Naim sendiri fed
up nak pujuk.
Aima tersenyum kecil melihat gelagat anak sulungnya. Alahai! Baru dua.
Ragamnya macam dua puluh.
“Kesian sayang. Dari luar lagi abang dah dengar suara Ai junior ni menangis.” Tegur Naufal yang
menapak masuk ke dalam ruang tamu. Kuat suara anak perempuan mereka sampaikan
dia bagi salam pun Aima tak dengar.
Aima berpaling memandang suami yang baru masuk. Dia sahut dengan
senyuman kecil. Airina dalam dukungan kini diambil oleh Naufal. Tidak sampai
beberapa minit senyap si puteri kecil.
Aima mengajak suaminya duduk di sofa panjang. Kesian pula pada Naufal.
Balik kerja kena dengar suara ‘merdu’ tangisan Airina. Dia bantu mengurut
lengan suaminya sementra Naufal menidurkan Airina yang dalam dukungannya. Naim
pula sudah sambung main lego atas permaidani.
“Naim kacau adik?” tanya Naufal pada Aima.
Isterinya senyum mengangguk. “Siapa lagi bang. Naim tulah.” Sejak
mengandung anak ketiga ni. Nakal Naim tu berganda-ganda, Airina pula makin
manja. Kacau sikit oleh abangnya terus menangis. Dah tu nak Naufal saja pujuk.
Orang lain tak nak!
Naufal cium dahi isterinya. Jelas terbias wajah kepenatan Aima yang
sedang mengandung sembilan bulan tu. Naufal nak upah pengasuh bantu isterinya
buat kerja tapi Aima sendiri menegah. Dia lebih suka urus keluarganya
sendirian.
“Kesian isteri abang. Penat jaga budak dua ni…”
“Tak apalah. Abangkan ada. Boleh urut Aima malam-malam.” Usik Aima.
Setiap malam suaminya akan bantu dia mengurut kakinya setiap malam. Sejak
mengandung Naim dulu lagi Naufal akan urut kaki dan tangan isterinya setiap
malam. Bukan itu saja, pakainan mereka pun Naufal yang basuh setiap malam. Dia
menegah sebab kesian Naufal penat balik kerja tu kena bantu dia pula tapi
suaminya keluar suara veto setiap
kali tengok Aima buat kerja berat. Mujur juga tugas masak tu memang Aima yang
telah ambil alih.
“Abang dah settle kerja di
ofis. Sebulan ni abang jaga Ai di rumah. Bantu mana patut.” Beritahu Naufal.
Bulan tunggu nak bersalin ni, Naufal memang akan mula bekerja di rumah. dulu
waktu mengandungkan Naim lagi dahsyat. Sembilan bulan dia mengandung, sembilan
bulan jugalah Naufal kerja dari rumah. setiap hari setiausahanya datang bagi
laporan.
Bila mengandungkan Airina, Aima pujuk siap-siap tunggu bulan nak
bersalin saja baru Naufal kerja dari rumah. Itupun lepas dia goda baik punya
sampai Naufal setuju. Waktu mengandung Airina tu, manja dan sikap mengoda Aima
mengada-gada. Tu yang Naufal kalah tu. Tapi bila bayi keluar, manja tu rupanya
dari si puteri kesayangan mereka.
“Thanks abang.”
Naufal tersenyum penuh makna. Ah sudah! Aima tahu pandangan penuh
bersirat suaminya tu. Kalau waktu Airina dia terlebih manja, sekarang giliran
Naufal pula kuat bermanja. Dia pun tahan sajalah. Naufal yang tidak suka culas
kerja pun, makin culas sejak Aima mengandung anak ketiga mereka ni. Kadang tu
bila masuk bab nak bermanja Naufal,
pergi kerja tak sampai setengah jam dah terconggok depan pintu. Nasib
baik syarikat sendiri! Kalau makan gaji tak pasal-pasal kena pecat.
Apalah gelagat anak-anaknya ni. Waktu lahir Naim dulu, gila makan buah
oren sampai masuk hospital. Sampai pening Naufal kena cari buah limau mandarin
bila Tahun Baru Cina habis. Lepas tu semua warna oren menjadi kegilaan Aima. Kalau
boleh semua benda warna oren dia nak. Aima ingat lagi waktu tu, kejutan tahun
baru cinta yang mereka dapat sungguh mengembirakan. Tak sangka ketika buat
pemeriksaan kesihatan Aima, rupa-rupanya dia mengandung masuk tiga bulan waktu
tu! Aima ambil keputusan untuk berhenti kerja sejak disahkan mengandung. Naufal
pun bersetuju dengan cadangan isterinya yang nak jadi suri rumah sepenuh masa
waktu tu.
Ciuman di pipi mengejutkan Aima dari lamunan.
“Ingat siapa tu sayang? Abang sebelah ni pun masih nak mengelamun.”
Aima tersengih memandang suami yang sudah monyok di sebelah. “Ingat
abanglah. Nak ingat siapa lagi.” Beritahu Aima jujur.
Naufal meletakkan Airina yang sudah tertidur itu atas katil bayi sebelah
sofa mereka. dia kembali duduk sebelah isteri. Penat kerja terus hilang bila
tengok muka isteri tercinta. Jemari Aima dielus lembut. Kesan hitam pada tiga
jari isterinya dipandang. Dia bawa ke mulut mencium tangan yang banyak berkorban
untuk keluarga mereka.
“Abang tak menyesalkan kahwin dengan Ai?” tanya Aima pada suaminya.
Perasan mata suami yang memandang kesan pada jarinya.
Naufal tersenyum. Dia baring berbantalkan paha isterinya. Jemari Aima
masih dalam pegangannya.
“Wo ai ni… zhen de zhen de ai ni.”
Aima tersenyum dengan jawapan suaminya. “Ai pun. Ai cintakan abang.
Sangat sangat mencintai abang.” ucapnya pada Naufal pula. Mengajuk ayat
suaminya dalam bahasa melayu.
“Kesan pada jari-jari ni bukan kehendak sayang. Jangan sesekali rasa
rendah sebab kesan terbakar ni. Ni bukan kekurangan bagi abang. Ni keunikan.
Hanya isteri abang seorang saja yang ada.” Ucap Naufal romantis. Kesan terbakar
itu punca dari kebakaran rumah Aima ketika dia kecil dulu. Terbakar bila dia
kacau arwah ayah masak untuknya ketika mak keluar pergi beli barang.
Menurut isterinya, waktu tu dia lapar. Jadi arwah tolong masakan untuk
mereka berdua. Entah apa silapnya, Aima kata api tiba-tiba saja merebak. Demi
selamatkan Aima, arwah ayah meninggal dalam kebakaran. Aima pula terselamat
bila dilempar keluar dari tingkap dapur ke bawah dan disambut oleh jiran yang
datang bantu padamkan api. Waktu tu isterinya baru berumur 7 tahun. Gara-gara
kejadian itulah Aima tidak berani depan dengan dapur gas hingga tidak berani
hendak masak.
Air mata Aima tiba-tiba mengalir. Tersentuh dengan kata-kata suaminya.
“I love you abang. Love you so
much.” Badan ditunduk sedikit mengucup dahi suaminya.
“Pa.. ma… wo duzi er…”
tiba-tiba Naim yang senyap tadi berdiri depan mereka pegang pergi.
Naufal dan Aima pandang satu sama lain. Mereka tergelak kecil. “Sayang.
Lepas habis pantang. Abang nak hantar budak-budak ni tinggal rumah mak seminggu
dua. Lepas ada anak ni. Susah nak bercinta dengan sayang. Ada saja potong.”
Beritahu Naufal sambil angkat badan untuk duduk. Tangan mengamit memanggil Naim
dekat dengannya. Kepala si kecil dielus.
Aima sekadar senyum. Kepala digeleng dengan sikap manja suami dan
anaknya. Dua kali lima aje. “Ai nak ambil teh abang. Tadi Ai dah siapkan atas meja
bila dah agak abang dah nak sampai. Lupa pulak. Naim tunggu sini dengan pa. Ma
ambilkan kek untuk Naim sekali.” Sibuk sangat bercinta sampai si anak datang
serah diri pegang perut sebab lapar.
Aima yang hendak berdiri itu dihalang. “Tak apalah. Biar abang pergi
ambil. Sayang duduk sini. Sayang letak kek dalam petikan?”
Aima senyum menangguk. Stok kek coklat kegemaran suaminya memang wajib
kena ada sejak Aima reti buat kek.
“Ai tunggu kejap. Abang pergi ambil. Naim jaga mama, jangan kacau adik.”
Sempat Naufal memberi pesanan buat hero mereka yang suka mengusik Airina. Perut
Aima yang membulat dicium penuh kasih sebelum tinggalkan isteri dan
anak-anaknya di ruang tamu.
“Love you sayang.” Mata sempat
lagi dikenyit untuk isterinya.
Aima tersenyum kecil. Bahagia dengan keluarga kecilnya. Ada suami tercinta
dan anak-anak sebagai pelengkap. Sungguh! Bahagia milik mereka.
P/S : Happy CNY to All my family and friends!! buat aunty2, uncle2 and family faz semua, cikgu-cikgu cina semua dan kawan-kawan rapat dan di luar sana. Happy CNY ta jia! faz baru sihat sikit dari kena jangkitan kuman, seminggu cuti tak dpat gerak banyak so entri rasanya sempat masuk yang ni je . sebab start sibuk buat video dan design2 yang tertinggal. tu buat cover cerpen ni pun cincai je, jadi ada.
Thanks sebab sudi baca. jangan lupa komen! oh ya kalau x sedar faz taip pinyin berterabur harap maaf la ya. hee~
Thanks sebab sudi baca. jangan lupa komen! oh ya kalau x sedar faz taip pinyin berterabur harap maaf la ya. hee~
Sweetnya mereka... Suka2
ReplyDeletethanks . =)
DeleteSimple tp nice story... Cantik cover... Hehehe
ReplyDeletethank you my dear.
DeleteBest²...berterabur pun, menarik jalan ceritanya... Get well soon
ReplyDeletethank you. hee~ =)
Deletememang best...terhibur santai je...
ReplyDeleteThank you SBA =)
DeleteBest... lama xbc karya faz. Get well soon faz
ReplyDeleteThanks wc. =)
Deleteakak, bila nak boleh bila kompilasi cerpen? Hehehe
ReplyDeletehohoe. tak leh nak janji bila tapi soon. insya-Allah.
Delete