Walaupun tanpa Hakimi, Intan cekalkan
hati untuk menghadiri majlis perasmian butik Datin Manisah. Satu keluhan kecil
dihembus, walaupun bertahun menceburi bidang perniagaan. Intan masih belum
mampu berinteraksi dengan orang-orang kenamaan seperti Hakimi. Lagipun dia
tidak banyak kenalan di Malaysia. Syarikat Intan terkenal tapi tuan punya
syarikat sampai sekarang tidak ramai yang tahu.
Mata Intan melilau, mencari sesiapa yang
mengenali dirinya. Sekurangnya boleh juga bertukar cerita. Senyuman gatal dan
pandangan miang padanya langsung tidak dipedulikan. Mood pun dah immune dengan pandangan bernafsu
padanya. Sejak kali mula melangkah masuk dewan lagi Intan sudah menarik
perhatian semua orang yang lalu dengannya.
Bagi Intan dia terlalu mahal untuk
melayan semua orang. Dia sekadar menyapa Datin Manisah dan mengucap taniah pada
wanita itu selepas itu dia sekadar berdiam diri di tepi dewan sambil memerhati
keliling mencari targetnya.
Satu senyuman mengoda dihadiahkan untuk
lelaki yang sedang berjalan sambil memeluk pinggang pasangannya. Lelaki itu
nyata tersentak dengan kehadiran Intan. Pandangan mereka bertaut, gadis yang
masih dalam pelukan itu kini tidak menarik perhatiannya. Intan tidak
habis-habis memainkan peranan sebagai seorang gadis cantik dan seksi, satu
kenyitan mata sepakej dengan senyuman manisnya ditujukan khas buat Adif.
Kalau
tak tergoda lagi sahlah si Adif ni buta!
Laju Adif meminta ruang seketika dengan
alasan hendak ke tandas pada teman wanitanya. Lagipun Erni sedang sibuk
mempromosikan baju yang sedang diperaganya pada klien mamanya.
“Cik Intan?”
Intan senyum mengangguk. “Long time no see...”
“I
miss you.” Ucap Adif tiba-tiba. Pinggang ramping Intan terus dipaut
merapatkan tubuh mereka berdua tanpa meminta kebenaran si tuan punya badan.
Sebelah kening Intan naik. Senyuman
gembira ditahan. Jual mahal dulu! Tapak tangan diletak atas dada Adif bagi
menolak lembut tubuh sasa lelaki itu. “Jangan nak bergurau Encik Adif. I tunggu
you contact I. Tapi sekali pun
takde...” rajuk Intan dengan wajah menunduk.
Serba salah Adif memandang si cantik
yang sedang berkecil hati dengannya. “Oh
my dear, kad you tercicir. I dah puas cari tapi tak jumpa jugak. Nak
hubungi you pulak tak dapat sebab you selalu saja sibuk memanjang. Kena lalu
banyak fasa nak tembus you. Padahal I dah angau you setiap malam...”
Dada Adif dipukul manja. “Sweet talker. Setiap malam ye?” tutur
Intan dengan lirikan manja.
Adif tergelak kecil. “You maafkan I?”
tanya Adif romantis. Sekali lagi dia kalah dengan wajah cantik Intan. Memang
setiap malam dia sukar melupakan Intan, sudahlah dia payah nak buat temu janji
dengan Intan. Nak cari gadis itu pun susah! Orang ternamalah katakan. Bukan
senang nak dekat.
Intan senyum dan angguk sekali. Mata
membalas pandangan Adif. Tanpa sedar keduanya hanyut dengan ciuman dari bibir
ke bibir. Terlupa majlis yang sedang berlangsung, terleka dengan pasangan Adif
tadi. Seperti pertama kali mereka bertemu dulu, dunia pasti hanya menjadi milik
mereka. Adif pandai mengoda dan Inta yang sangat suka mengoda.
“I dah puji yang you sangat cantik malam
ni?” soal Adif romantis.
Intan tersenyum mengeleng kepala. Ah!
Adif. Walaupun tidak mengetarkan jiwanya namun lelaki itu pandai mengocak hati
wanita Intan. Kacak, kaya, romantis dan yang penting lelaki itu sangat memahami
rentaknya.
“You
look so beautiful. I tadi terpesona tengok you and this sexy lips. Can’t take it.” Puji Adif melambung dan sekali
lagi bibir Intan menjadi sasarannya. Hati mana tidak riang dapat berjumpa
dengan Intan yang berjaya mencuri hatinya sejak kali pertama bertembung. Wajah
Intan memang sangat memikat hatinya walaupun baru sekali bersua. Melekat sampai
susah nak singkirkan dari ingatannya.
Intan tersenyum riang. Dia keluarkan kad
dari clucth miliknya selepas berdrama seketika. “Make sure you won’t lose it again...” kad dihulurkan pada Adif.
“Noted!”
Adif siap-siap letak kad masuk ke dalam dompetnya.
“Enjoy
tak malam ni?” pinggang Intan dipaut. Gadis itu kini duduk atas ribanya.
“At
first sangat boring. Tapi jumpa you. Sekali lagi I tak sia-sia datang
sini.”
“Tak nak bida baju you?” tanya Adib
memandangkan sekejap lagi sesi bidaan baju akan bermula.
“Atas pentas?”
Adib mengangguk. Pasti ramai yang akan
membeli baju yang diperagakan oleh Intan. Tapi yang Adib pasti ramai akan
membelikan kerana terpesona dengan tuan punya baju berbanding baju yang dibida!
Tersenyum sinis Intan dengan pelawaan
lelaki itu. Belum sempat mulut menjawab bahunya tiba ditolak kuat dan muka
Intan habis basah disimbah air oren. “What
the...” Intan mengesat muka yang mula melekit dengan air oren. Pedih
matanya apabila terkena air tadi. Sungguhlah siapa yang cari maut dengan Intan
sekarang.
“Erni!” tengking Adif pada teman
wanitanya.
“You diam Adif! Siapa perempuan ni?
berani dia duduk atas riba you!” tengking Erni. Model yang menjadi tumpuan atas
pentas tadi kini bertukar serigala jadian. Berang bila terlihat Adif bercumbuan
dengan perempuan lain!
Intan berdiri tegak. Gadis yang simbah
air ke mukanya cuba dikecam. Gigi Intan berlaga menahan marah. Malu pun ada
apabila tiba-tiba saja apabila keadaan menjadi senyap dan mereka bertiga
menjadi tumpuan.
“You siapa?” tanya Intan kegeraman. Mata
pandang ke bawah sedikit memandangkan gadis itu rendah darinya.
“Hei perempuan sial! Kau tu yang siapa?”
bahu Intan ditolak hingga gadis itu terundur dibelakang.
“Erni! Stop it. You tak malu ke?” marah Adif. Dia pun ikut berdiri
memegang belakang Intan yang nyaris terjatuh.
Intan mendengus. Adif dipandang tajam. “Your girl?” tanyanya pada lelaki itu.
“I’m
sorry Intan.” Pinta Adif tanpa menghiraukan muka berang model depannya.
Yang penting ialah Intan sekarang ni. Bukan senang nak dapat wanita sehebat
Intan. Tangan gadis itu diraih bagi memujuk Intan.
“Adif!” jerkah gadis itu kuat bila Adif
langsung tidak ambil peduli tentangnya. Angin bila Intan menjadi perhatian
lelaki itu darinya.
Tangan Intan direntap dari terus
dipegang oleh Adif. “No Mr. Adif. You
settle perempuan ni sebelum I ambil
tindakan. I nak balik. And you girl...
lain kali pastikan akal dan perangai tu selaras. You tak tahu lagi apa yang I
boleh buat.” tutur Intan. Tegas dan jelas.
Ketika Adif cuba menarik tangan Intan.
Sekali lagi Intan mencerlung pada lelaki itu. Nafas dihela. “Lepaskan I kalau
you masih nak tengok I.” arah Intan lagi bernada tegas. Bila pegangan
ditangannya dilepaskan. Intan terus buka langkah meninggalkan pasangan itu.
Buat malu betul! Dia mendengus kuat.
“Cik Intan...” Halang Datin Manisah yang
datang dari ceruk mana mendekati Intan, Erni dan Adif. Riak wajahnya nyata
terkejut dengan muka Intan yang sudah basah. Cukup tadi dia dikejutkan anaknya
buat hal di majlis. Tidak cukup tanah dia melangkah untuk meredakan keadaan.
Sekarang salah seorang pelaburnya habis basah disimbah air.
“Datin. Jumlah yang I laburkan pada
jenama you bukan sedikit. Lain kali tolong cari model yang professional dan
reti nak guna otak. I balik dulu. Jangan harap muka saja lawa!” marah Intan
lalu berjalan tinggalkan ruangan dewan. Intan boleh saja buat kerja gila nak
malukan gadis itu depan-depan tapi itu bukan caranya. Dan yang pastinya Intan
akan buat gadis itu menyesal memalukan pengerusi Permata Holdings!
Kepala Intan menoleh belakang. Bila
pastikan tiada yang mengikut dirinya, dia perlahankan langkah. “Perempuan
gila!” cemuhnya. Muka yang tenang tadi kini bertukar keruh. Gila sakit kaki
yang baru saja beransur pulih. Nasib tidak jatuh terjelepok bila ditolak kuat
oleh model tadi.
Intan mendengus kuat. Dia duduk atas
tembok kecil pada air pancutan tepi lobi. Mujur lobi agak lenggang sebab bidaan
baju akan bermula sekejap saja lagi. Kasut tumit tinggi dibuka kasar. Dia
tunduk mengurut kaki yang sakit. terseliuh sedikit bila gadis tadi menolaknya.
“Tak padan dengan pendek, kuat pula dia tolak
aku.” Bebel Intan lagi sambil mengurut lembut kakinya. Dengan muka melekit
macam ni. buat malu aje! Panas hati Intan kenangkan perempuan tidak cukup neurone di kepala tu. Bengang!
“Hai.”
Intan pangguk kepala. Bibir diketap.
Beberapa saat dia menunduk semula mengurut kaknya semula. Lelaki yang
sudah melutut depannya dibiarkan. Panas dalam hati belum surut sekarang seorang
lagi penyangak datang menganggu.
“Sakit?”
tanya Adif padannya.
“Tak
sedap.” Jawab Intan sarkastik. Tadi si adik, sekarang abang lagi muncul secara
tiba-tiba kemudian tanya soalan terlebih pintar. Dah nampak dia tengah urut
kaki tu mestilah sakit takkan dia buat tebiat buat rawatan mengurut dalam lobi
ni. Apa kelas!
Ketika
Aneff hendak menyentuh kaki Intan. gadis itu cepat saja menjauhkan dari Aneff.
Nak bagi Aneff urutkan kakinya pun tak guna. Bukannya boleh terus baik pun.
Tambah pula memang sikap Intan tidak
suka nampak lemah depan orang. Bukan main beriya lagi berjalan keluar seperti
tidak rasa apa-apa tadi, tup-tup si Aneff ni jugak yang nampak dia dalam
keadaan lemah. Musuh pula tu!
“Tak apalah. Tak sakit mana pun. You datang
majlis tadi?” tanya Intan pada Aneff.
Angguk.
Intan
mengeluh. Jatuh merundum sahamnya depan Aneff. “Nampak apa yang jadi tadi?”
tanya Intan lagi bagi memastikan tekaannya.
Angguk.
“Cukup
dari you main mata dengan lelaki tu, kena tolak dan maki oleh anak datin tu
sampai duduk di sini mengurut kaki. ”
Intan
jeling tajam. Maksudnya dari awal lagi tingkahnya sudah diperhati. “Perempuan
tu anak mak datin tu ke?”
Lelaki
itu mengangguk. “Dan juga girlfriend
Adif.”
“Cheese cake!” marah Intan. Dia pun baru
teringat kata Hakimi bahawa Adif datang ke majlis itu sebagai pasangan anak
datin Manisah. Huh! Dia tersilap langkah. Langkah ke arah memalukan diri
sendiri pula tu.
“I
belanja. Jom!”
“Belanja
apa?” tanya Intan terpinga-pinga. Lupa pula dengan mamat depannya sekarang ni.
Tiada angin, tiada rebut tiba-tiba belanja orang. Bagi ayat sekerat-sekerat!
“Belanja
cheese cake la.” ujar Aneff dengan
senyuman mengejek. Saja nak usik Intan yang tengah berangin tu. Dia berdiri.
Penat melutut kononnya nak tengok kaki gadis itu. Tapi haraplah Intan nak
nampak lemah dari orang lain. Perangai Intan yang satu tu dia sudah faham
walaupun hanya dua kali berjumpa dengan Intan.
“Fine. Cheese cake pun jadilah. I tengah
lapar. Buat lawak pulak dia. Papah I. Tak larat nak jalan.” Pinta Intan.
Ego
memang kena jaga, tapi sekarang kiranya lelaki ni savior dia jugaklah. Harus minta tolong Aneff kali ni memandangkan
Intan tidak mahu kacau date Hakimi
dan Damia malam ni. Cukuplah Hakimi singgah menghantarnya tadi. Konon balik
nanti Kimi akan jemput, tapi gayanya macam ada pemamdu tidak bertauliah malam
ni. Biarlah dia ambil peluang dekat dengan yang seorang ni pulak.
“Dukung
you pun pernah. Setakat papah jangan risau. I masih boleh tolong. Ke nak kena
dukung lagi? ” tanyanya sambil tayang muka poyo.
Intan
menjeling tajam. Tangan mula pakai kasut tumit tingginya semula.
“Tak
payahlah sampai dukung bagai. Tak pasal I yang heret you check in kejap lagi.” Perli Intan dengan mata mengoda. Mood nak
cucuk hati lelaki ini tidak pernah padam!
Aneff
tersenyum sinis. “I takkan tergoda punya. No
worries. Jom makan malam. I lapar. Tengok drama tadi tapi popcorn tiada dihidang
pulak. Buat rugi perut je.” Balasnya sedas juga.
Tajam
lirikan mata Intan. Berlagak!
Kalau
bukan kenangkan perut pun tengah lapar merangkap tiada pemandu untuk hantar dia
pulang, Intan memang tiada mood nak hadap sesiapa sekarang ni. Makan kek keju
sekadar alasan nak ambil kesempatan pada lelaki tu. Lagipun makan kek saja mana
kenyang. Tapi nak kena jaga air muka dia yang cantik lagi bergaya. Selebihnya
perut boleh isi dengan stok makanan di rumah.
Pasal
perempuan yang serang dia tadi. Patutlah dengki semacam. Satu sebab Intan curi
perhatian semua tetamu, tapi perempuan tadi model utama peragaan tadi. Harus
cemburu! Kedua, bukan sekadar tumpuan tetamu. Malah Intan berjaya curi partner gadis tadi untuk buat drama
babak sekejap sebelum kena serang. Yang tu wajib naik angin.
Tapi
ini Intan. Tenang itu haru ada. Tapi tunggu esok. Surat saman malu sampai!
“You
nak makan kek cheese yang macam mana?
Ke bawa pergi makan mana-mana je.” tanya Aneff sambil berjalan sambil memapah Intan
jalan ke keretanya.
“Kalau
boleh request I nak dengan jem strawberry merah menyala meleleh. Yummy!” beritahu Intan tersengih. Dah alang-alang
disoal, dia jawablah. Kalau tak jawab kan niaya kempunan sendiri.
“Strawberry
merah menyala huh? Hah padan sangatlah dengan you.”
“Maksud?”
“You
kan suka pakai lipstik merah menyala. Macam yang you pakai sekarang ni.
Padanlah lelaki-lelaki dekat majlis tadi tu tak tengok you dua tiga kali tak
cukup... mengoda. Sesuai sangat dengan jem strawberi yang selalu mengoda mata
orang untuk tarik perhatian agar makan cheese
cake yang tak sedap mana pun tu.”
Merah
muka Intan. “Suka hati dia saja perli orang.”
“Muka
you pun dah terlebih merah macam jem strawberi. Yum..” sindir Aneff lagi
tersenyum pada gadis sebelahnya. Semakin galak pula nak usik Intan. Rasa diri
seperti kenal bertahun dengan gadis itu. Walaupun baru beberapa kali bertemu.
“Diamlah!”
jeling Intan tajam.
Cheese cake punya lelaki. Adakah patut
samakan aku dengan jem strawberi?!
“I
nak pergi basuh muka kejap. You tunggu sini?”
“Larat
ke jalan?” tanya Aneff prihatin.
Intan
pandang kakinya sendiri. “Larat kut.” Jawabnya tidak yakin.
“Tak
apa. biar I papah you sampai luar tandas.”
Intan
angguk. Mengalah. Dia patut letak rasional di hadapan sekarang ni, ego dan
marah letak tepi dulu. Lengan Intang dipapah sambil berjalan ke arah tandas
yang tersedia di kawasan lobi hotel.
“Kenapa
you tak balas balik tadi? I rasa you boleh balas lagi teruk.”
“Depan
orang ramai macam tu? Please…bukan
cara I nak dapatkan publisiti murahan macam tu.”
“Baik
juga you nak biarkan macam tu? Dah teruk basah melekit macam ni pun you boleh
sabar lagi.”
Intan
tersenyum sinis. Wajah Aneff yang dekat dengannya dipandang. “Setakat benda ni,
perkara kecil aje bagi I. Lagipun kalau I nak balas balik. I guna cara I
sendiri dan cara tu pasti budak perempuan tadi menyesal tak sudah.”
Kening
Aneff saja diangkat. “You jenis berdendam?”
“I
lebih suka dengar kalau you label I ni seorang yang tak mahu nampak lemah di
mata orang lain... You jangan fikir lain pulak. Setakat kena simbah air tu,
takdenya I nak bunuh dia dan buang dalam lombong walaupun terfikir juga nak
buat macam tu tadi.”
Aneff
tergelak kecil. Dapat bayangkan Intan dengan muka menakutkan buang model tadi
ke dalam lombong.
Dada
bidang Aneff dipukul kuat. “Hei you ni. Ingat I kejam sangat ke? I rogol you
dekat sini baru you tahu I ni kejam ke tak. I ni dahla tengah lapar. Silap hari
bulan I telan you hidup-hidup.” Berangin pula bila Aneff tidak habis-habis
pancing rasa marahnya.
“You berani ke rogol I?” tanya Aneff balik
dengan nada mengejek. Ugutan Intan langsung tidak menjentik rasa takut Aneff. Silap
hari bulan dia yang rogol Intan pulak nanti. Sungguhlah malam ni dia rasa
terhibur dengan telatah Intan. Hurm…
tidaklah rugi sangat datang majlis hari ni.
“Hish!
Malas nak layan orang tak betul ni. Tunggu I situ.” Bebel Intan. Pegangan
tangan lelaki itu dilepaskan, perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam
tandas tinggalkan Aneff di luar.
“You
hati-hati sikit jalan tu. You kata lapar. Cukup cuci muka tu, tak payah nak touch up.” Pesan Aneff. Ikut
penilaiannya, Intan tu spesis pantang masuk tandas pasti setengah jam melekat
depan cermin betulkan mekap. Habis kebulur dia menunggu nanti.
“Iyelah.
I tahu. You ni kuat membebel macam mak nenek.” Bising suara Intan bergema dalam
tandas. Dia pun jugak pasal tu. Tapak tangan menadah pili air yang dibuka,
beberapa kali Intan cuci muka yang sudah melekit, solekan yang masih melekat
dibersihkan guna makeup remover. Esok memang kena suruh setiausahanya aturkan
temujanji di spa untuk dapatkan rawatan pencegahan, muka Intan aset penting.
Sebiji jerawat pun tidak boleh timbul dengan gahnya!
Intan
menyentuh pipi yang sudah bersih tanpa sebarang make up. “Agaknya apa si sepet
tu nak cakap tengok muka aku tanpa makeup. Menyesal pula tak bawa foundation atau compact powder tadi.” Bebelnya sambil menilik wajah depan cermin.
“Intan!
you dah ke?” jerit Aneff dari luar tandas.
“Dah.
Dah. Hish dia ni. Tak menyempat.”
Intan
keluar dengan wajah yang segar tanpa sebarang solekan. Bibir terlakar senyuman,
niat nak kejutkan Aneff yang sedang membelakangkan dirinya. berjengket-jengket
kaki Intan melangkah.
“Auuucha…Arghhh!!”
jerit Intan kuat. Kakinya terundur ke belakang. Terkejut dengan sergahan
tiba-tiba dari Aneff. Baru saja dia nak sentuh bahu Aneff kejutkan lelaki itu. Tapi
Aneff terlebih dahulu berpaling menjerit kuat mengejutnya. Kurang asam!
Aneff
tertawa bila Intan sendiri yang terkejut.
“You!”
bentak Intan kuat. Hish! Tangan disilang tanda protes.
Aneff
yang baru perasan muka Intan tanpa sebarang mekap itu tiba-tiba terdiam. “You
dah cantik tanpa mekap. Kenapa suka sangat mekap macam badut tu?” pujinya
sambil menilik wajah Intan tanpa sebarang solekan dan bibir merah menyala
seperti biasa.
Intan
mencebik. Langsung tidak terkesan dengan pujian Aneff yang berbaur sindiran
itu.
“You
jangan nak buat lawak. Dahlah! I tengah lapar ni. Jom pergi makan.” Lengan
Aneff diraih. Tanpa kebenaran Aneff Intan terus paut dan peluk lengan lelaki
itu.
Aneff
geleng kepala. Nak elak tangannya dari Intan tapi tengah sakit kaki. “Pandai betul you
ambil kesempatan dengan I.” katanya sambil berjalan beriringan dengan gadis
itu.
Tergelak
kecil Intan dengan rungutan Aneff. Kepala hinggap dibahu lelaki itu. “Hidup
kena pandai cari kesempatan yang ada.” Jawabnya manja.
Kepala
Intan yang mendarat dibahu Aneff ditolak guna jari telunjuknya. “I tak lut
setakat macam perempuan macam you. Tak payah nak goda sangat.”
“You
nikan. Tak reti nak menghargai betul.”
Aneff
tayang muka smirk lelaki itu. “Setakat macam tu. Tak payah nak hargai sangat
pun tak rugi pun.” balasnya. Intan dibawa ke pintu penumpang hadapan untuk
masukkan gadis itu ke dalam keretanya. Setelah pasti kedudukan gadis itu selesa
barulah dia beralih di kerusi pemandu.
“Kita
nak makan kek dekat mana? Sedap tak?” tanya Intan pada Aneff yang sedang pakai
tali pinggang keledar sebelahnya.
“Kafe
kawan I. Kafe biasa aje. You jangan risau. Kek dia memang tip top walaupun bukan
tempat makan high class…”
Intan
mencebik dengan sindiran Aneff. Dia tanya lain, Aneff jawab lain! Saja cari
pasal dengan Intan. Warung mak kesayangannya pun menjadi tempat makan paling
sedap. Setakat kafe tu ingat Intan teruk sangat ke tak nak jejak ke kafe.
“Perlukah nak sindir macam tu sekali?”
Aneff
jongket bahu. Tidak perlu nak jawab soalan Intan. sendiri mahu tahulah. Siapa
makan cili dia yang terasa pedasnya! Kereta mula meluncur menyelusuri jalan
raya menghala ke kafe kegemarannya.
Tangan
di silang ke bahu. Intan turut senyap sekali. Kalau dia buka mulut pasti Aneff
bagi ayat pedas tak ingat dunia dia tu. Huh! Hati masih geram dengan kejadian
di hotel tadi, sekarang Aneff pula asyik pancing rasa marahnya dengan kata-kata
penuh maksud tersirat yang selalu buat Intan rasa terkena batang hidung
mancungnya sendiri!
Mata
Intan sempat melilau ke luar kereta. Kalau Aneff bawa dia lari ke ceruk mana
pun senang nak terangkan keadaan sekelilingnya pada Kimi nanti. Dia dah sedia
nak tekan nombor Kimi jika Aneff buat benda tidak betul dengannya. Huh! Jauh
Intan fikir. Siap tengah refresh otak
nak ingatkan teknik mempertahankan diri yang dia pernah belajar dulu.
Rasa
berdebar pula dada Intan fikirkan hala tuju kereta yang dipandu oleh Aneff.
cari gambar strawberry cheesecake tu tak pasal terliur faz.
wah intan btul2 daring..sbug cpt yek..
ReplyDeleteWow....speechless
ReplyDeletebest nak lagi 3x.
ReplyDelete