Wednesday, January 21, 2015

Novel : Secebis cinta Intan bab 4


“Kaki Intan terseliuh tadi. Jatuh dalam pejabat.” Beritahu Aneff pada lelaki depannya itu. Bukannya dia tidak kenal ahli perniagaan muda itu. Cuma dia tidak tahu hubungan Intan dengan lelaki itu saja.
“Bagi I. Biar I bawa Intan masuk” arah Hakimi. Matanya masih tidak dikalihkan pada Intan yang menyembunyikan wajahnya disebalik badan lelaki itu. Intan!! Mahu saja dia menjerit di situ. Suka hati dia saja peluk lelaki lain.
Aneff geleng kepala. “Tak apalah. Biar I angkat dia. Alang-alang dah sampai biar I terus bawa masuk.” Kata lelaki itu ramah. Aneff sendiri perasan Intan yang seolah-oleh mengelak dari Kimi. Pada pendapatnya, Kimi mungkin salah seorang dari teman lelaki Intan. Bukannya dia tidak pernah dengar cerita tentang Intan yang playgirl ni. Teman lelaki keliling pinggang!
Akur dengan kata-kata lelaki itu. Kimi sekadar membiarkan Aneff membawa masuk Intan ke bilik rawatan. Dalam hati mula geram dengan sikap Intan yang senyap sedari tadi. Takutlah tu... siap kau Intan. Kan ku soal siasat nanti!
Err... thanks.” Ucap Intan pada Aneff. Matanya kemudian menyorot pada Kimi. Cepat-cepat Intan alihkan pandangan pada Aneff. Seramnya pandangan Kimi padanya.
Aneff tersenyum kecil. “Welcome.” Lagak Intan langsung tidak rasa sakit dan terkesan pada kakinya yang sedang dirawat oleh doktor itu.
“Kalau macam tu I gerak dulu... Tak apakan kalau I tinggalkan you dekat sini?” tanya Aneff lagi. Tadi dia sendiri dengar perbualan Kimi dan Intan bahawa lelaki itu hendak menghantarnya pulang. Biarlah. Malas dia hendak masuk campur.
Intan mengangguk. Manja gayanya melentok pada lelaki itu. Hailaa Intan. Sempat lagi main mata pada Aneff walaupun raut wajah itu langsung tidak terkesan dengan gayanya. “I akan beritahu you pasal our next meeting. Maybe tunggu lepas kaki I sembuh sikit.”
Aneff bersalaman dengan Kimi sebelum keluar dengan wad yang menempatkan Intan. Doktor yang merawat kaki Intan juga meminta diri untuk keluar dari wad sebaik saja selesai merawat kaki yang terseliuh itu.
Keadaan sunyi seketika. Intan tersengih memandang Kimi yang memberi pandangan maut sedari tadi. “Darling....” lembut suara Intan memanggil Kimi.
Kimi masih lagi tidak berganjak. Kekal tegak dengan tangan bersilang di hujung katil.
“Sayang...” Intan masih mencuba nasib. Nampaknya Kimi benar-benar marah dengannya. Lelaki itu langsung tidak menunjukkan riak lain selain muka marah tu.
Intan menunduk. Memandang jemari yang bermain satu sama lain. Tidak sampai berapa minit bilik senyap itu kini mengeluarkan bunyi esakan kecil. Intan mengelap air mata yang mengalir.
Automatik badan Kimi yang mengeras dari tadi terus kendur mendengar bunyi esakan dari Intan. Dia paling pantang bunyi tangisan dari gadis itu. Kimi mengeluh. Intan memang pakar dalam menghilangkan rasa marahnya pada gadis itu. Perlahan langkah Kimi mendekati Intan.
Kimi duduk di birai katil bersebelahan dengan Intan. Belakang gadis yang sedang menunduk menangis teresak-esak itu diusap lembut. “Dah jangan nangis...” pujuknya.
Tangisan Intan semakin kuat. Mulanya dia memang hendak menyakat lelaki itu, dia tahu tangisannya saja mampu hilangkan rasa marah Kimi padanya. Tapi kini air mata itu langsung tidak mahu berhenti. Malah makin galak mengalir.
“Dah... dah... I tak marah. Syuhh....” pujuk Kimi lagi.
“I... I...” Tersekat-sekat suara Intan yang sudah lencun dengan air mata. Dia mendongak memandang Kimi yang memujuknya.
Luruh hati Kimi memandang Intan yang masih menangis. Dia ingatkan hanya teknik Intan saja untuk meraih simpatinya. “Dah... jangan nangis lagi. You tahu I paling tak suka you menangis,kan?” pujuk Kimi lagi.
Makin kuat suara Intan merengek. “Kimi!!” sudah lama dia tidak memanggil Kimi dengan panggilan Kimi. Makin galak Intan menangis. Tersentuh dengan keprihatian lelaki itu. tambah lagi bila ingatkan Kimi yang memarahinya tadi. Walaupun hanya dengan pandangan mata tapi Intan tahu Kimi memang marahkan dia.
Aduh! Makin parah... makin dipujuk, makin kuat Intan menangis. Badan gadis itu dipeluk erat. Basah bahunya dengan air mata Intan yang masih tidak mahu berhenti menangis. “Dah... Kimi tak marah lagi... Kimi sayang Intan. Kimi tak marah...” pujuknya sambil mengelus rambut Intan. Kata ganti Kimi-Intan yang diguna ketika mereka masih kecil itu diguna untuk pujuk kesayangannya itu.
Air mata Intan mula berhenti sedikit demi sedikit. Dia paling takut kalau Kimi marahkannya. “Intan tak suka Kimi marah... Intan takut... Intan takut Kimi marah.” ujar Intan teresak-esak.
“Dah... jangan nangis. Kimi marah sebab tak nak Intan cedera. Kimi tak suka Intan sakit.” pujuk Kimi lantas memberitahu sebab dia marahkan gadis itu. Kimi tidak mungkin akan memarahi Intan tanpa sebab. Marahnya kerana sayangkan gadis itu.
Pintu wad tiba-tiba terkuak. Bulat mata Damia melihat Kimi yang sedang memeluk Intan. Tambah angin gadis itu mendengar suara Intan menangis. “Kimi!!” seruan nama dari Damia itu menarik perhatian Kimi dan Intan. Perlahan pelukan pada Intan dileraikan.
Aduh! Mati...
Air liur ditelan memandang Damia yang memberi pandangan maut padanya. Intan disebelah kini semakin reda. Sekarang seorang lagi datang. Tak lama botak kepala Kimi melayan dua gadis ni. Banyak ragam!
“Kau buat pada Intan?” tanya Damia melihat Intan yang sudah lencun dengan air mata. Bahu lelaki itu ditolak kuat. Terpinga-pinga Intan dengan gaya Damia yang menolak Kimi tu. sampai terundur ke belakang lelaki tu.
“Hei! Mana adalah. Aku pujuk dia aje menangis tadi.”
“Intan takkan menangis kecuali kau yang marah dia!” marah Damia. Dia tahu Intan hanya akan menangis kalau Kimi yang memarahi gadis itu. Memang dari dulu pun begitu.
Kimi mendengus kuat. “Kan aku dah pujuk balik tu!” balasnya balik. Tidak guna berbalah dengan benda yang Damia pasti.
“Pujuk apa sampai peluk-peluk macam tu. Ingat dia sama dengan girlfriend kau keliling pinggang tu?!” marah Damia lagi. Dia dah berapa kali larang agar jangan peluk Intan suka hati. Kimi ni memang pekak betul. Tak pandai nak dengar nasihat lepas tu boleh pula marah dia dan Intan kalau bergaul dengan lelaki lain.
Eleh! Kalau jeles cakaplah. Aku boleh je nak peluk kau...” balas Kimi enggan mengaku kalah.
“Eh... sudah! Sudah! Hish tak habis-habis bertekak!” jerit Intan.
 “Kimi tu!”
“Eh aku pulak. Kau la!”
“Dah la! Hish! Aku kahwinkan jugak korang berdua ni. Memekak aje dua puluh empat jam!” bebel Intan dengan dua orang manusia ni.
“Aku on je kalau nak kahwin...” ujar Kimi perlahan tapi masih jelas ditelinga dua orang gadis tu.
Damia menghadiahkan jelingan tajam pada Kimi. Dia tak suka masuk bab kahwin. Lebih-lebih lagi kalau orang tu Ahmad Hakimi!
“Dah la tu...” keras Intan memberi amaran. Dahinya diurut perlahan. Kesedihan dimarahi oleh Kimi tadi pun sudah hilang melayang gara-gara pergaduhan kecil antara Dami dan Kimi ni.
Serentak Damia dan Kimi mendengus kuat lalu membuang pandangan ke tempat lain. Sah! Ada yang berlaku sebelum ni antara budak dua ni. Selalunya bergaduh tak adalah sampai menjerit tak tentu hala macam ni.Tak lama betul-betul aku kahwinkan jugak budak dua ni. Fikir Intan yang menjadi mangsa di tengah-tengah.
“Mia, kau tak kerja ke?” tanya Intan sambil menarik Damia untuk duduk sekali atas katil bersamanya dan Kimi.
“Aku dalam kelas tadi kut. Lari terus keluar pergi minta EL. Terkejut bila tahu kau masuk hospital patah kaki. Tambah lagi bila dengar Aneff yang hantar. Kau buat apa dengan mamat tu sampai patah kaki?!’
“Hah! Betul tu beb! You belum cerita pasal tu lagi dekat I!” tukas Kimi yang baru teringat tentang Intan yang didukung ke dalam hospital oleh Aneff tadi.
Intan tepuk dahi. Sungguhlah Kimi memang suka besarkan cerita. “Mana ada sampai patah kakilah. Terseliuh saja la. Melebih-lebih pulak! Nak sangat aku patah kaki ke apa?” bentak Intan.
“Kimi yang bagitahu.” Jeling Damia pada seterunya. Sia-sia air matanya mengalir tadi. Ingatkan Intan cedera teruk ke apa. Kimi pun dah la sms dia beberapa kali aje. Cukup beritahu Aneff dukung Intan ke hospital sebab patah kaki dan beritahu alamat hospital agar Damia datang sekarang.
 “Takdelah. Aku terseliuh aje tadi. Pusing-pusing kemudian terjatuh sampai terseliuh. Buat malu aku je depan mamat tu. Kebetulan waktu tu jugak dia masuk pejabat aku....” Intan mula ceritakan keadaan tadi pada Kimi dan Damia. Sesekali Kimi dan Damia mencelah kerana sikap degil Intan yang sanggup jatuh semula agar Aneff kembali masuk ke pejabat untuk bantunya.
“Tu nasib baik Aneff masuk tolong kau. Kalau tak sia-sia kaki tu makin teruk!” bebel Damia.
Intan tersengih. “Itulah. Nasib berbaloi pengorbanan aku. Sempat juga goda-goda dia sikit. Kena dukung tu beb... Badan dia perghh! Tough habis.”
Handsome ke?” soal Damia yang mula masuk line Intan. Cerita pasal lelaki handsome memang menjadi hobi mereka berdua. Dulu selalu saja mereka lepak semata-mata nak cuci mata.
Handsome gila Mia! Aduh!” Pujian Intan terhenti bila Kimi layang satu ketukan di kepalanya.
“Apa ni Kimi?” bentak Damia. Suka hati dia aje pukul kepala Intan.
“Amboi sakan kau orang berdua, kan...” Perli Kimi berbaur cemburu. Intan ni pun satu. Suka hati dia sogok kepala Damia dengan lelaki lain tu apasal! Tambah membakar hati Kimi. Makin payah dia nak pikat Damia  yang tidak pernah sekalipun terima cintanya tu.
“Muka orang cemburu tu. Takut kau jatuh hati dekat Aneff...” bisik Intan tersengih-sengih. Saja nak tambah sesi pembakaran jiwa raga Kimi. Siapa suruh buat dia menangis tadi. Intan nak balas dendam pada Kimi pulak. Padan muka!
“Tak ada maknanya. Ceritalah lagi... Macam mana plan kau? Adif pulak?”
Intan mendengus. “Adif tu lagi satu hal. Kimi, tolong I cari peluang dekat dengan Adif. I kena plan untuk ikat dua lelaki tu. Yang tu macam senang je. Tapi Aneff ni yang payah sikit. Macam gay je. Aku baik punya goda... dia sikit pun tak layan.”
“Kalau gay. Kau suruh je Kimi goda. Mana tahu memang betul-betul gay...” cadang Damia tanpa berfikir panjang.
“Tu la aku pun terfikir juga beb!” Serentak Intan dan Damia tergelak kuat. Pandangan maut Kimi pada mereka langsung tidak dipeduli.
Tak larat telinga Kimi dengar gelak Damia dan Intan pada kata-kata mereka tu. Langsung tidak lucu baginya. Kelat muka Kimi memandang budak dua ni. saja nak naikkan darahnya. Kalau Intan dan Damia bersatu memang Kimi selalu jadi mangsa buli oleh mereka berdua. Ada saja usikan yang selalu menyakitkan jiwa raganya.
Lebih-lebih lagi bila Damia yang mulakan. Intan tu takut sikit dengannya, Damia saja yang selalu jadi kapten untuk mulakan usikan. Kalau Intan seorang mana berani nak usik lebih-lebih. Takut kena marah!
Intan yang perasan Kimi yang makin berangin itu menarik lengan baju kuung Damia. Dia bisik pada telinga gadis itu. “Mia... Mia... Kimi marah wei!”
“Peduli apa aku...” Dia jelir lidah pada Kimi. Saja nak tambah angin lelaki itu. Kimi mana pernah marah dia lebih-lebih. Takut dia tak pandang lelaki tu lagi. Sebab tu Damia makin galak mengusik. Alah! Kimi tu aje yang selalu naikkan darahnya.
Kimi terus ambil bantal Intan lalu dilempar tepat mengena muka Damia. Geram betul dengan telatah Damia tu. Saja nak naikkan darahnya. Tahu sangat yang dia memang akan sentiasa kalah dengan dua orang ni.
“Hakimi!” giliran Damia pula yang marah. Terdorong ke belakang badannya akibat dilempar bantal. Tepat kena muka pula tu.
Intan di tengah tergelak kuat. Lucu tengok pergaduhan pasangan ni. Hailaa... kalau budak berdua ni kahwin nanti habislah berterbangan pinggan mangkuk di rumah mereka tu. Dia patut cadangankan agar Kimi dan Damia pakai pingan dan mangkuk kertas atau plastik saja nanti. Jimat sikit! Kalau lempar tiadalah sampai berkecai.



Pautan tangan dari belakangnya mengejutkan Aneff. Dia cubit pipi yang begitu dekat dengan bahunya. Menyeringai gadis itu kesakitan dengan cubitannya tadi.
“Along ni. Tak bestlah.” Rengek Rania. Dia ambil tempat disebelah abangnya.
Best tak best... Dah besar panjang pun masih nak bermanja.” Tegur Aneff. Papa mereka yang berada sebelah Rania tadi dipandang sekilas. Dia tak perasan pun bunyi langkah papa dan Rania tadi datang menghampirinya.
“Abang menung siapa tu? awek eh...” usik Rania yang masih lagi ingin menyakat.
“Apa pula awek. Awek yang seorang ni pun dah buat abang sakit kepala.” Perli Aneff sambil usap rambut adik bongsunya itu.
Rania mencebit. Lengan papanya disebelah dipaut. “Papa nak tahu. Abang Aneff dah ada awek...” beritahunya.
Dato Zafril tersenyum dengan telatah anak manjanya. “Iye?” tanyanya. Saja nak layan telatah Rania yang selalu mencuit hatinya.
Rania mengangguk laju. “Tadi Rania nampak abang balik bawa bunga rose yang dihiasi dengan coklat Forero Rocher Mesti nak bagi awek abanglah tu.” gelaknya. Rania tidak pernah lagi jumpa teman wanita abang sulungnya ni. Setia sangat dengan buah hatinya yang dulu tu. Kalau Abang Adif lain ceritalah. Angahnya tu selalu saja tukar wanita seperti tukar baju
Tergelak kecil Aneff dengan telahan adiknya. Teringat coklat dan bunga yang diterima sebelum dia keluar pejabat tadi. Tiba-tiba saja dia dapat bunga. Terkejut setiausaha Aneff bila despatch datang untuk minta tandatangan sejurus memberi bunga itu. Apa tidaknya, pertama kali Aneff dihadiahkan seperti itu. Bunga dan coklat pulak tu sebagai hadiah. Hadiah yang selalu diberikan kepada wanita. Bukan lelaki!
“Itu kawan abanglah yang bagi.” Beritahunya. Tidak sempat Aneff nak tanggalkan coklat dari gubahan bunga itu di pejabat sebab kebetulan dia memang sudah pun berada di pintu pejabat untuk balik. Ingatnya tiada yang perasan dia bawa masuk bunga itu ke rumah tadi. Rupanya si Rania ni yang pasang mata!
Rania mencebik. Dia langsung tidak percayakan kata-kata abanngya. “Mesti kawan perempuan istimewakan? Siapa abang? Ceritalah...” pujuknya yang enggan mengalah.
Pipi gebu adiknya dicubit kegeraman. Aneff dekatkan wajah dengan muka adiknya. “Tak nak beritahu.” Ujarnya. Saja nak sakat adiknya. Sibuk saja nak tahu siapa pemberi bunga dan coklat tu.
“Papa tengok abang ni... Tak comel dah muka Nia ni.” rengek Rania. Kedua pipinya diusap lembut.
Tawa Aneff dan Dato Zafril bersatu melihat telatah Rania yang manja. Ranialah pelengkap keluarga ni. Satu-satunya bidadari yang sentiasa menceriakan keluarga mereka. “Comel sangat ke adik abang ni?” usik Aneff lagi.
“Mestilah. Rania comelkan papa?” tanya Rania pada papanya bagi meminta sokongan.
Kening Dato Zafril diangkat. “Comel... ke?”
Persoalan dari Dato Zafril sekali lagi mengundang tawa dua lelaki itu. Suka betul mereka usik gadis itu.
“Tak naklah kawan dengan papa dan along. Jahat! Suka kacau Rania. Rania nak pergi dapur tolong mama lagi bagus.” Rajuk gadis itu lalu berdiri. Rania jelir lidah pada abangnya sebelum melangkah pergi.
“Nia... Nia... Umur dah 21 tahun tapi manja tak hilang lagi.” Keluh Aneff.  Mana taknya, abang-abangnya selalu sangat manjakan Rania. Sampai pernah sekali Rania demam teruk bila Aneff sambung belajar di luar negara. Rindu sangat dengan abangnya. Mujurlah waktu tu Adif belum lagi sambung belajar. Sekurangnya dapat pujuk puteri mereka satu ni.
Dato Zafril tersenyum. “Manja sangat tu sebab along dan angah selalu bagi muka.”
“Mana taknya pa. Tu la satu-satunya adik kesayangan kami. Dari kecil melekat aje kerja dia.”
“Betul tu along. Papa pun tak sanggup dia terluka sikit pun. Rania nilah puteri hati papa dan mama. Penyeri keluarga kita.” Luahnya pada Aneff. Mereka bersyukur sangat dengan kehadiran Rania dikeluarga mereka.
Hati Dato Zafril dipaut rasa sedih.  Terkilan mengenangkan seorang lagi anaknya yang tidak pernah dijenguk sejak dia bercerai dulu. Sejak kebelakangan ini dia selalu saja termimpikan bekas isteri dan anaknya hasil dari perkahwinan lepas. Sejak bercerai dulu, dia tidak pernah lagi berjumpa dengan Humaira dan Zara.
Bukan dia tidak pernah cari, dia pernah pergi ke rumah lamanya dulu. Tapi rumah tersebut telah dimiliki oleh keluarga lain. Menurut penghuni rumah tersebut, pemilik asalnya telah jual rumah itu kepada mereka bertahun lamanya. Mereka pun tak tahu ke mana dua beranak itu pergi.
“Pa... papa okay?” tanya Aneff yang mengesan perubahan wajah papanya.
Dato Zafril memaksa diri untuk senyum pada anaknya sulungnya. “Papa okay. Hal pejabat macam mana?” tanyanya. Sengaja tukar topik agar Aneff tidak bertanya lebih-lebih. Dia tahu Aneff terlalu prihatin padanya. Tapi Dato Zafril tidak ingin buka cerita pasal kisah dulu lagi. Nanti isterinya berkecil hati pula sebab dia ingatkan isteri lamanya.
Doanya ke mana saja Humaira dan Zara pergi, mereka juga akan mengecapi bahagia sepertinya sekarang.
“Alhamdulillah. Sekarang tiada masalah sangat. Sekarang along tengah uruskan kontrak besar. Baru tadi perbincangan dengan Permata Holdings. Along sendiri yang berbincang dengan pengerusi syarikat tu.”
Dato Zafril sesekali mengangguk mendengar jawapan dari anaknya. Sejak dia bersara, Aneff yang mengambil alih syarikatnya seratus peratus. Lagipun hanya Aneff saja yang berminat dan sudi membantunya dalam mengendalikan syarikat sebelum ini. Adif lebih sukakan kereta dan sedang mengurus syarikat pengedar kereta milik keluarga isterinya. Dato Zafril akan sentiasa menyokong usaha anak-anaknya sama rata.
“Pengerusi Permata Holdings. Bukan dia berpusat di luar negara ke?” tanya Dato Zafril pada Aneff. Dia pernah juga dengar cerita pasal syarikat yang dikendalikan oleh seorang ahli perniagaan wanita itu.
Aneff geleng kepala. “Sebenarnya syarikat tu berpusat di Malaysia. Cuma pengerusinya saja tinggal di luar negara sebelum ni. Hanya sebulan sekali saja akan ke Malaysia untuk pastikan syarikat berjalan dengan lancar. Tapi sekarang pengerusinya sendiri uruskan syarikat tu.” beritahu Aneff.
“Pengerusi syarikat tu perempuan, kan? Kuat pengaruh wanita tu.”
Aneff angguk. Setuju dengan kenyaataan ayahnya. Intan memang mempunyai pengaruh yang kuat dalam dan luar negara. Lihat cara dia berkerja pun sungguh menakjubkan. Dia akui Intan seorang yang berkaliber dan profesional walaupun ini kali pertama dia berjumpa bertentangan mata dalam satu perbincangan.
Peribadi Intan walaupun agak daring, tapi Aneff perasan gadis itu tidak suka sebarang populariti murahan. Intan juga jarang dilihat masuk ke dalam dada akhbar dan majalah perniagaan. Rasanya sekali pun tidak pernah! Walaupun gaya gadis itu kekadang merimaskan tapi lucu bagi Aneff.
Teringat kekalutan Intan dalam kereta tadi. Bukannya dia tidak perasan gadis itu sengaja ketuk dahinya ke dashboard. Tapi dia sengaja tanya jika Intan sakit kepala. Cuma Aneff dapat rasakan peribadi iron lady itu bukan terbentuk semula jadi. Dia masih ingatkan lagi air muka Intan yang berubah bila mereka masuk cerita soal ibu bapa tadi, tambah lagi air mata Intan yang mengalir ketika gadis itu tertidur tadi.
Hanya satu saja masalah Intan ialah dia kuat main mata! Malah cukup terkenal dengan sikap mengodanya tu. Bukan Aneff tak tahu ramai ahli-ahli perniagaan tak kira tua atau muda yang cuba untuk mendekati gadis itu.
“Amboi anak papa. Cerita pasal wanita tu. Terus jauh mengelamunya.”  Teguran Dato’ Zafril menyedarkan Aneff yang sudah jauh melalut. Belakang lehernya digosok. Segan pula tertangkap oleh papa mengelamun.
“Kuat sangat tarikan wanita tu pada along ye...” usikan Dato’ Zafril pada anak terunanya. Sudah lama dia dan isteri  menanti bicara cinta dari anak sulung mereka ni. Aneff dah sesuai sangat untuk berumah tangga sekarang ni. Mereka tidak memaksa anak-anak untuk berkahwin ikut pilihan keluarga. Biarlah mereka pilih sendiri pasangan hidup masing-masing. Dia dan isterinya tidak mahu kisah seperti mereka dulu berulang semula. Cukuplah apa yang mereka lalui sebelum ni sebagai pengajaran.
P/S :Jangan lupa tinggalkan komen. Teaser yang lain dalam GROUP FB : https://www.facebook.com/groups/377170712408167/?ref=bookmarks



Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

1 comment:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)