“For years I was prepared to be his wife Cik Kamelia. Masa aku terbuang
macam tu je… Kau nak aku respon macam mana lagi bila abang kau bawa that girl masuk rumah dan cakap ma, pa this is Husna… teman wanita Ash.””
“Aie…”
“Lepas
tu semua orang anggap aku dan Ash tiada jodoh. Macam tu je. End of story. Aku… aku…”
“Kau
marah dengan keluarga kita?”
Aisya
ketap bibir. “No. I’m not. Aku tahu
ma marah bila Ash bawa perempuan lain. Ma nak juga aku jadi isteri abang kau.
Tapi end up aku juga yang tolong Ash
pujuk ma hari tu…”
“Habis
tu?”
“Aku…
aku terkilan Lia. Bertahun. Sejak lahirnya Putri Aisya, aku dah dilatih untuk
jadi isteri Putra Ashraf dan dia pun tahu hakikat tu. Lepas tu dia bawa
perempuan tu datang rumah. Perempuan yang langsung tak tahu apa-apa. Naïf,
lurus… aku terkilan sangat tengok diri aku.” Aku urut kepala yang terasa
semakin berdenyut.
“Kau
yakin dengan keputusan kau? Tak menyesal.”
Lia pasrah. Tiada cara untuk pujuk Aisya lagi. Aisya tetap dengan
pendiriannya dan Lia pun tahu perangai si kawan baik macam mana.
“Dia
satu pejabat dengan aku. Aku yakin aku tak menyesal.”
Aisya
dengar satu keluhan dari bibir mungil si teman baik sebab menjawab “Baiklah.
Nanti aku cakap dengan abang. Tapi yang pasal pindah rumah tu… ma bagi tak?”
“Thanks Lia. Pasal pindah rumah tu. Ma
tak tahu lagi. Aku ingat nak cakap kat pa dulu.”
“Abang
cakap apa?”
“Abang
macam biasa. Kalau nak minta resign
pun tak bagi. Ni lagi pindah rumah. memang tidaklah jawabnya. Sebab tu aku nak
minta tolong pa. Harap pa bagi kebenaran.”
“Kalau
aku pun. Aku tak bagi kau pindah…”
“Lia…”
meleret suara Aisya.
“Okay…
okay...” Lia akhirnya mengalah juga. Malas hendak berdebat dengan Aisya.
“Good. Sekarang cepat sikit berkemas.
Teman aku pergi cari barang untuk rumah baru tu.”
Lia
terus baring atas katil dengar arahan Aie untuk bersiap. Aktiviti paling best untuk hujung minggu yang redup
macam ni ialah membuta dan jadi ular sawa jadian atas katil. “Cakap dah fully furnished.” rungut
“Perabot
memanglah. Tapi pinggan, gelas, makanan semua tu? Kena beli juga.” Tangan Lia
ditarik hingga terduduk semula.
Lia
merengek. “Malaslah nak keluar. Kau ajaklah abang pergi.”
“Lia!
Kalau ajak abang sah-sah kantoi aku nak pindah rumah. Please…” pujuk Aisya.
“Iyalah…
iyalah. Tapi kau yang drive tau.”
Senyuman
Aisya melebar. “Okay. Boleh. Cepatlah. Go!
Go! Go!” semangat Aisya kembali pulih. Dia kuat. Dia perlu kuat. Setakat
tak jadi kahwin selepas bertunang berpuluh tahun dia masih boleh bertahan lagi.
Tiada jodoh. Sekurangnya dia belum lagi kahwin dengan Ashraf.
“Wah!
Cantiknya.” Tegur Liana pada gelang tangan Pandora Husna. Gadis yang baru masuk
ke dalam pantry itu tunduk tersipu malu.
Dia terus saja menuju ke singki untuk basuh tangan sebelum turut serta pada
meja tengah dalam pantri tersebut.
Liana
saja tolak bahu kawan sepejabatnya. “Mesti bos yang bagikan?” tekanya pada
gadis itu.
Husna
tutup muka sambil tunduk. Bos besar bagi mestilah dia malu.
“Yiee…
tengok muka dia merah. Malulah tu.” Tegur Liana sambil disahut dengan gelak
pekerja lain kecuali Aisya.
“Untunglah
dalam teman lelaki kaya. Senang je dapat gelang mahal.”
“Mana
ada!” bantah Husna.
“Dah…
dah semua pergi buat kerja.”
“Iya
puan besar. Kami menurut perintah.” Usik yang lain pula. Muka Husna semakin
merah diusik sedemikian. Langkahnya dipercepatkan keluar dari pantri. Tak jadi
dia nak buat milo panas tadi.
“Hai… untungnya dapat teman lelaki macam tuan Putra
tu. Senang hidup Husna nanti. Handsome, berkaliber, kaya…” Puji Que sambil
mendongak dagu. Pandangannya bertukar pada bos mereka yang senyap saja dari
tadi.
“Hah!
Cik Aisya selama ni tinggal dengan tuan Putra takkan tak pernah jatuh cinta
dengan tuan? Tuan tu dah lah kacak… sekali tengok tak cukup.”
Aisya
sekadar tersenyum kecil mendengar. Tidak jatuh cinta? Soalan yang menarik juga
bagi dirinya sendiri. Mereka tak tahu Putra Ashraf tu tunangnya sejak 27 tahun
yang lepas.
“Dia
tu dah macam abang saya sendiri…” jawab Aisya bagi menyelamatkan diri dan
maruah keluarga.
“Tapi…”
Telefon
Aisya berbunyi justeru menghentikan perbualan mereka. Aisya mengeluh seketika.
Terlihat perkataan ‘abang’ pada skrin telefonnya.
“Masuk
ofis abang sekarang.” Arah Ash sebaik saja Aisyah menjawab panggilan lelaki
itu.
“Tapi…”
Aisyah dapat mengagak dia tidak boleh elak dari panggilan lelaki itu sekarang
ni. Tapi kenangkan angin Ash mungkin umpama puting beliung sekarang ni, baik
dia cari alasan untuk mengelak.
“Sekarang
Aie. Abang cakap sekarang.”
“Iye…
iye… sekarang.”
Panggilan
dimatikan. “Saya ada hal nak bincang dengan tuan Putra sekarang ni. Que, kalau
ada hal penting atau sesiapa cari saya. Bagitahu nanti saya hubungi balik.”
Arah Aisyah selaku eksekutif kewangan di syarikat tersebut.
Que
mengangguk dan sekadar memandang bosnya keluar dari pantri dengan gelas
ditangan. Tangannya tiba-tiba dipukul oleh Kak Maen. Salah seorang pekerja
paling lama dalam bahagian itu.
“Que
mulut tu lain kali jaga sikit. Tahu tak Cik Aisya tu tunang Tuan Putra!”
Mulut
Que dan staff lain ternganga dengar kenyataan dari Kak Maen. “Kak! Jangan
main-main. Tak pernah pun nampak Tuan Putra dan Cik Aisya dating. Sebelum Husna kerja sini pun tak pernah nampak bos dan Cik
Aisya keluar dating.” Liana cuba
menyangkal kenyataan dari wanita itu.
“Dah
tinggal serumah dari kecil. Nak dating
ke mananya lagi. Lagipun kalau Cik Aisya dan Tuan Putra keluar sekali pun staff
mana pernah tahu mereka tu keluar lepak ke atau dating. Dah memang rapat dari kecil.”
“Dari
mana Kak Maen tahu Cik Aisya tu tunang Tuan Putra?”
“Waktu
Cik Aisya pertama kali masuk pejabat kecoh tunang bos masuk department kita. Tapi pekerja lama je
tahu. Pekerja baru tak tahu pun sebab gosip tu kejap je. Dalam sebulan macam
tu. Lepas tu senyap sampailah keluar cerita Tuan Putra pikat Husna.”
“Sampai
hati Tuan Putra. Cik Aisya tu dah lah cantik, pandai...Habis sekarang ni macam
mana? Masih tunang ke apa?”
Kak
Maen angkat bahu. “Perasan atau tak. Cincin di jari Cik Aisya pun dah tiada.
Mungkin mereka dah putus agaknya.”
Sedih
Que dengar pasal bosnya. Tak sangka bosnya bekas tunang Tuan Putra. Cik Aisya
pun sentiasa bersikap professional. Dia tak pernah sekali pun melihat Cik Aisya
datang pejabat dengan mata bengkak ke atau mengamuk tak tentu pasal sekarang
tersebar gosip Tuan Putra sah bercinta dengan Husna.
Husna
mesti tak tahu hubungan Tuan Putra dan Cik Aisya sebelum ni sebab antara mereka
semua Husna yang paling baru di bahagian itu. Lagipun Que tak pernah nampak pun
Husna dan Cik Aisya bertengang urat gara-gara Tuan Putra.
Aisya
menapak masuk ke dalam pejabat Ash. Senyuman manis dihadiahkan pada lelaki itu
walaupun tahu muka Ash yang ketat itu tanda angin dia tengah tak betul.
“Setiausaha
abang boleh je buat air untuk Aie. Yang sampai bawa masuk muk masuk pejabat tu
dah kenapa?” perli Ash sambil memeluk tubuh memandang Aisya. Badannya disandar
pada kerusi empuk miliknya. Sepasang mata bundar gadis itu dipandang tajam.
“Saja…”
jawab Aie selamba lalu menghirup kopi panas dalam muk tersebut. Badan turut
disandarkan.
Ash
mengeluh. dia bergerak sedikit mengeluarkan sampul dari laci mejanya. Dilempar
sampul tersebut atas meja depan Aisyah. Badan Ash ditegakkan memandang Aisyah
sekali lagi. Kedua tangan digengam bagi mengawal rasa geram dalam hatinya.
“Kenapa bagi surat ni?”
“Sebab
nak letak jawatan.” Jawab Aisya sambil tersenyum nipis.
“Aie…”
suara Ash mengendur. Dia tidak sanggup berkeras dengan Aisya, lebih-lebih lagi
lepas apa yang dia buat pada wanita ini. Tapi Ash tetap dengan keputusannya
tidak benarkan Aisya letak jawatan.
“Abang…”
“Ambil
surat ni balik. Abang takkan terima.”
“Tapi…”
“Aie,
abang tetap dengan pendirian abang. No
means no Putri Aisya. Abang takkan benarkan Aie berhenti.” Tegas suara
Ashraf beritahu Aisya. Dia tidak mahu Aisya susah-susah cari kerja di luar
nanti padahal dia sedang pegang jawatan tinggi di syarikat sekarang ni. Ingat
senang nak cari kerja di luar?
“Pa
dah bagi kebenaran.”
“Yang
jaga syarikat ni abang. Bukan pa. jangan nak bagi alasan lagi. Aie dapat pujuk
pa, tapi bukan abang.”
Aisya
dekatkan badan pada meja Ash. Dia pandang lelaki itu dengan pandangan redup.
Mula nak buat drama kejap sepertimana dia buat pada pa semalam. “Abang…
tolonglah faham situasi Aie. Aie… Aie malu nak stay dalam department
tu.”
Satu
keluhan kecil dihembus. Mata tajam Ash terus saja memandang Aisya yang enggan
mengalah. “Kalau macam tu tukar department.
Senang cerita. Dah. Abang tak nak dengar lagi.”
Aisya
ketuk kepalanya perlahan-lahan pada hujung meja. Stress! Payah nak pujuk Putra
Ashraf ni. “Abang Ash!” kepala Aisya dipangguk sambil memujuk Ash sekali lagi.
Tapak
tangan lelaki itu dihala pada Aisya, Ash menjawab interkom dari setiausahanya
seketika.
“Duduk
elok sikit. Shah nak masuk.” Beritahu Ash.
Aie
duduk tegak sikit. Muka dah masam mengantikan Ash yang marah tadi. Dia dapat
dengar derapan kaki Shah yang datang ke tempat mereka. “Tutup cerita pasal ni
abang tak nak dengar lagi.” Sekali lagi Ash tekankan agar jangan bangkitkan isu
perletakan jawatan tersebut. Dia tidak suka dan tidak mahu Aie berhenti.
“Hai
bro… ketat je muka.” Ujar Shah lalu duduk di kerusi sebelah Aie.
Ash
tersenyum nipis. Tahu muka ketat tu bukan dimaksudkan dirinya tapi Aie yang
masih lagi monyok.
“Dah
la.” pujuk Ash pada wanita tu. Tak nak Aisya merajuk lama-lama.
“Tapi
bang… consider sikit pasal Aie boleh
tak?” pujuk Aisya tanpa pedulikan Shah yang blurr
tak tahu apa-apa sebelahnya.
“Sebab
abang consider la abang bagi Aie
pindah department. Pilih je mana Aie
nak.”
“Aie
nak berhenti. Full stop. Tu je… ”
suara Aisya pula yang bertukar tegas.
Ash
silang tangan. Satu rengusan dihembus. “Degil! Abang nak tanya. Kalau Aie nak
berhenti. Aie nak kerja mana? Dah ada syarikat nak ambil? Dah ada jawatan yang
Aie dapat?”
Aie
ketap bibir. Dia tiada jawapan untuk setiap persoalan Ashraf. Dia pun pelik
kenapa sukar nak dapatkan kerja. Ikut pengalaman dan jawatan yang disandang
dari syarikat Ash patutnya tiada masalah.
“Kenapa
nak berhenti?” sampuk Shah yang seperti dapat tangkap cerita disebalik
perbualan dua orang depannya.
“Kau tanya budak ni. Alasan tak matang!”
Ini
bukan soal tidak matang tapi soal hati dan perasaan. Aie boleh bersikap professional
tapi sampai bila dia mampu bertahan ialah persoalannya. Dia juga seorang
perempuan! Duduk satu bahagian dengan bakal isteri bekas tunang sendiri, lepas
tu Husna pula budak baru masuk bawahnya. Dia sendiri nak jaga air muka dari
terus dipandang semacam oleh pekerja lain.
Aie
mengeluh. Kenapalah susah sangat Ash nak faham dan setuju saja permintaannya?
Kenapa?!
“Aie
tengok abang…” panggil Ash.
“Aie…”
panggil Ash lagi
Aie
angkat kepala memandang Ash. “Macam nilah… kalau Aie nak berhenti boleh. Tapi
dengan syarat.”
“Syarat?”
Aisya mengeluh dalam hati. Syarat Ash mesti tidak menyebelahinya.
“Syaratnya
Aie tak boleh pindah rumah!”
Terlopong
mulut Aie dengar syarat yang dimaksudkan. Dia sempat jeling Shah di sebelah,
Shah pun nampak tenang saja dengar. Mesti mereka dah tahu awal pasal
rancangannya.
“Jangan
buat muka terkejut macam tu. Abang dah tahu pasal apartment tu!”
Aisya
perlahan-lahan mengurut kepala yang terasa berdenyut secara tiba-tiba selepas
mendengar pengakuan Ash.
“Tapi
Aie dah beli apartment tu, dah siap semua benda pun.”
Kening
Ash saja dinaikkan. “Abang tak suruh Aie beli dan buat persiapan.” Jawab Ash
sarkastik sambil berpeluk tubuh. Dia dah cukup geram dengan Aisya yang buat
keputusan sendiri pasal rumah tersebut. Akhirnya dapat juga terluah!
Ash
pandang Shah bila otak mula fikirkan sesuatu.
“Shah,
agaknya syarikat kau ada kerja kosong tak? Financial?”
Aisya
terus pandang Shah dan Ash silih berganti. Oh tidak! “Abang!” serunya tegas.
Shah
geleng kepala. Tak pasal dia sendiri terlibat. “Aku manalah tahu ada kerja
kosong ke tak.”
“Tengokkan
kalau ada, lepas tu bagitahu aku. Sumbat budak ni dalam syarikat kau.” Arah
Ash.
Shah
anggukan saja arahan kawannya. Dia sendiri yakin Aisya takkan kerja dengannya.
Surat
yang diletak depan Aisya tadi diambil semula. “Surat ni abang terima. Tapi
ingat! Jangan pindah rumah dan once
Shah cakap ada jawatan kosong, masuk syarikat dia.”
“Putra
Ashraf!” geram Aie dengan lelaki seorang ni. Dapat lepas dari Ashraf tapi masuk
syarikat Shah bukan ke maksudnya dua kali lima juga! Sampai bila dia nak
berdikari kalau terus kerja bawah penguasaan dua diktator ni.
“End of conversation.” Kata lelaki itu
lalu terus berdiri dan betulkan kot yang tersarung kemas dibadan.
“Shah
jom keluar.” ajak Ash pada kawannya tanpa pedulikan muka masam Aisya.
Lelaki
itu ikut berdiri tanpa pujuk Aisya yang monyok mendengar arahan Ash. Nak buat
macam mana, kalau dia sendiri pun akan buat benda yang sama. Takkan nak biarkan
Aisya jadi penganggur pula. Patutnya Ash berkeras agar Aisya tak berhenti kerja.
Huh! Nampaknya hati Shah lagi kering dari Ash!
“Tak
payah nak monyok sangat Aisya. Kalau ikutkan abang. Abang tak bagi Aie berhenti
langsung. Jom ikut abang keluar. Shah dan abang nak pergi tunggang kuda.”
Aie
geleng kepala. Dia tiada mood nak keluar sekarang ni. Aie perlukan Kamelia
bukan kuda!
“Kalau
macam tu jumpa di rumah nanti. Lupakan niat nak pindah rumah tu.” Sempat Ash
memberi pesanan terakhir pada Aisya. Bila Aisya pandang Shah, lelaki seorang tu
sekadar jongket bahu tanda tidak mahu masuk campur soal Ash-Aie.
“Kau
tak rasa terlalu berkeras dengan Aie?”
Pertanyaan
Shah buat langkah Ash yang hendak minum jus oren tadi tergendala. Dia letak
semua gelas atas meja lalu memandang Shah. “Kau pun mengaku yang tak patut
biarkan dia berhenti kerja.”
Shah
perlahan-lahan mengangguk. “Sekurangnnya dia bukan bekas tunang aku.”
Dahi
Ash berkerut. Tidak faham maksud Shah. “Kekalkan dia bekerja situ. Tapi bukan
dengan cara berkeras selepas korang berdua putus tunang.”
“Tak
faham.”
“Pride. Dia pun nak jaga maruah depan
pekerja. Ramai tahu dia bekas tunang kau. Bertahun. Tapi tup-tup pekerja bawah
dia, budak baru jadi teman wanita kau. Selebihnya aku rasa kau faham maksud
aku. Berkeras dengan Aie, aku rasa cara lain boleh kut buat dia terus kekal
kerja situ.”
“Part yang tu aku faham Shah. Tapi part perangai Aie tu pun aku faham.
Kalau tak ugut. Tengok apa jadi… dia minta sokongan pa untuk berhenti. Okay fine aku boleh terima kalau dia nak
berhenti sebab maruah dia. Tapi pindah rumah tu. Kalau tak ugut silap-silap dia
minta sokongan lain pula. ”
Shah
diam berfikir.
“Kau
risau sangat pasal Aie ni apasal?” tanya Ash dengan senyum mengejek.
“Aku
cuma suarakan pendapat. Tu je…”
Ash
tersenyum sinis. Dia kenal Shah dari kecil, mustahillah dia tidak dapat tangkap
maksud disebalik suarakan pendapat tu. Mana-mana Shah la malas Ash nak masuk
campur soal kisah cinta terpendam Shah tu.
“Ma rasa macam mana? Okay tak?”
Aisya
menanti wanita itu merasa kek Tiramisu buatannya. Sejak jadi penganggur setia
ni kerja Aisya hanya keluar pergi cari kerja, lepak dan menghabiskan masa di
rumah.
“Sedap!
Pandai anak ma masak.”
Tersenyum
Aisya mendengar pujian dari Haida. “Thanks
ma. Kek ni bolehlah buat untuk minum petang ni.”
Haida
mencebik. “Bukannya semua anak ma dapat ikut serta minum petang macam biasa
pun.” Rungutnya.
Tersenyum
Aisya melihat muka cemberut mak mertua tak jadinya.
“Ma…
biarlah abang ye. Kan dah janji.”
Wanita
itu sekali lagi mencebik mendengar pujukan Aisya. “Ma setuju sebab Aie tau. Ma
masih harapkan Aie jadi menantu ma.”
“Tak
apalah ma. Jadi anak angkat ma pun dah cukup bagi Aie. Biarlah abang pilih
cintanya.”
“Budak
tu naïf sangat Aie. Budak lagi…”
Aisya
tersenyum kecil. Lucu pula tengok rupa tua ma yang masih merajuk dengan pilihan
Ash. “Tak apalah ma. Husna boleh belajar.” Husna memang kena kerja keras. Bukan
saja untuk menangi hati ma, tapi untuk jadi wanita disamping Putra Ashraf.
Aisya dulu dididik dari kecil. Cara makan, cara pemakaian, adab dan tatatertib
hinggalah masuk pelbagai jenis kelas termasuklah kelas tarian, agama dan
masakan.
Telefon
bimbit Aisya yang terletak di meja makan berbunyi. Dia terus angkat sebaik saja
nama Ash tertera.
“Assalamulaikum.
Aie datang pejabat Shah sekarang. Urgent.”
“Sekarang?”
“Yup.
Sekarang Aisya.” Arah lelaki itu tegas lalu terus tamatkan panggilan.
Aisya
yang terpinga-pinga sekadar memandang skrin telefonnya.
“Siapa
telefon?” tanya Haida.
“Abang…
Abang suruh pergi pejabat Shah sekarang. Urgent
katanya…” ujar Aisya. Ikatan tali apron yang tersarung dibadannya.
Haida
mengangkat kek tadi untuk dimasukkan ke dalam peti ais. Mulut tak habis nak
bebel Ash lagi. “Bila urgent tahu
pula nak cari Aie. Kalau tak sibuk dating
dengan si Husna tu.”
“Ma…”
lengan Haida dipegang. Ingatkan tadi dah habis.
“Ma
janganlah macam ni. Lagipun mesti bukan soal pejabat sebab abang suruh Aie ke
pejabat Shah bukan pejabat dia.”
“Pejabat
Shah?” tanya Haida bagi memastikan pendengarannya betul.
Aisya
mengangguk.
“Aisya,
Aiy Iskandar Shah. Nice match..”
“Ma!
Aie nak cepat ni. Nanti abang marah. Ma jangan nak sambung apa yang terfikir
tu.” Aisyah cepatkan langkah sebelum telinga tadah cadangan bernas ‘penyatuan
dua insan’ dari ma.
“Cik
Aisya. Tengku dan Encik Putra tunggu cik di dalam.” Beritahu setiausaha Shah
bila terlihat kelibat Aisya masuk kawasan pejabat Shah.
Aisya
mengangguk lalu terus saja masuk bilik Shah sambil memberi salam.
“Aie datang sini cepat.” Arah Ash.
Aisya
yang masih keliru hanya menurut. Tempat kosong sebelah Ash diduduk. “Ada apa
bang.”
“Tolong
betulkan sistem ni.”
Aisya
alihkan pandangannya pada komputer. Dia pandang Shah dan Aie silih berganti.
Terdapat seorang lelaki turut berada di situ. “Abang buat lawak ke bang? Aie ni
eksekutif kewangan yang ambil business
management. Bukan sistem.” Sangkal Aisya.
“Apa
guna sijil ijazah sistem awak tu kalau tak guna. Abang tahu Aie tahu nak
betulkan macam mana.”
Mulut
Aisya ternganga sekejap. “Macam mana abang tahu?” Setahunya hanya Kamelia saja
tahu pasal tu. Waktu belajar dulu, Aisya senyap senyap ambil double degree. Business management dan system
engineering.
“Itu
hal lain. Sekarang abang nak Aie tolong Shah betulkan. Benda ni confidential.”
Aisya
menunduk sambil memegang dahinya. Matanya memandang Shah yang duduk bersandar
memandangnya. “Shah takkan tiada pekerja professional yang tahu pasal benda ni.
Takkan Aie yang kena buat.” Tanyanya pada Shah.
“Benda
tu confidential Aie. Bila Aie tengok
isi kandungan pengurusan kewangan dalam tu. Aie tahu apa yang ada dalam tu.”
“Confident tak bagi Aie boleh buat ni?”
Tanya Shah yang akhirnya bersuara.
Ash
mengangguk. Dia faham kegusaran Shah walaupun kawannya tidak tunjuk sebarang
ekspresi. Ash tahu kebolehan Aisya walaupun gadis itu tak pernah tunjuk depan
orang. Aisya genius bab berkaitan dengan sistem ni.
“Dateline?” tanya Aisya pada Shah. Dalam
hati sempat mencemuh Shah yang memperlekehkan kebolehannya.
“Shah
nak bentang depan semua pengarah esok pagi. Tepat pukul lapan.”
“Okay.
Bagi Aie privasi. Aie siapkan malam ni.” Itu saja yang Aisya nak dengar.
Macbook pro warna putih itu ditarik ke depannya.
“Sebelum
malam ni. I kena check report.”
“Baiklah
Tengku. Saya siapkan mana yang mampu. Sediakan segala report yang berkaitan and
leave me alone.”
Shah
memandang Ash. Dilihat kawanya bagi signal agar percayakan Aisya. “Fine. Masuk pintu tu. It’s my private room. Nanti I emel
segala info yang berkaitan. ” Beritahu Shah. Kad kunci bilik tersebut diberikan
kepada Aisya.
Selain
dirinya dan Ash dan pekerja yang ditugaskan bersihkan bilik tersebut sebulan
sekali, Aisya orang pertama yang dibenarkan jejak bilik tersebut. Aisya nak
privasi tapi Shah kena siapkan kerja dia dalam pejabat ni jugak. Takkan nak
biarkan Aisya guna lepas tu dia pula yang buat kerja luar. Idea terbaik biarkan
Aie guna bilik yang satu tu.
Tanpa
berlengah. Aisya terus angkat komputer tersebut dan masuk bilik Shah
meninggalkan tiga lelaki itu.
“Riz,
you boleh keluar sekarang.” Arah Shah pada lelaki yang sepatutnya
bertanggungjawab mengurus sistem tersebut.
“Baik
tengku. Maafkan saya tengku.” Lelaki itu berkali-kali tunduk meminta maaf
sambil keluar.
“Aku
percaya dia sebab kau Ash.” Ujar Shah sebaik saja tinggal dia dan Ash saja di
situ.
“Jangan
risau. Aku tahu kebolehan Aisya. Dia takkan kecewakan kita.” Beritahu Ash.
Shah
mengetuk pintu bilik tersebut. Jarum sudah menunjuk pukul 2 pagi. Tapi Aisya
tiada tanda langsung nak keluar dari bilik tersebut.
“Masuk.”
Arah Aisya dari dalam.
“Banyak
lagi?” tanya Shah pada Aisya yang duduk atas lantai.
“Dah
nak siap. Sikit saja lagi. Maaf sebab lambat. Tadi cek perasan report dan info dalam sistem ni tak sama
langsung...”
“Tak
apalah. Yang tu biar I yang cek. Aie patut balik rumah sekarang ni. Nanti apa
pula ma fikir. Get ready. I hantar
pulang.”
“Pukul
berapa sekarang ni? Ash?” tanya Aisya pada lelaki itu.
“2
pagi. Ash jaga Husna di hospital. Sakit.”
“Hurmm… Shah… Banyak lagi ni, biar Aie
tolong tengokkan report dan info
dalam sistem. Kalau Aie stay dekat
sini je boleh? Esok pagi baru balik.”
“No. Balik. Benda ni I boleh sambung
lepas hantar you balik. Aie mana pernah tidur selewat ni.”
Aisya
diam mengangguk. Benar cakap Shah, dia mana pernah tidur selewat ni. Aie jenis
yang tidur lepas isyak dan bangun pukul 2 atau 3 pagi buat kerja. “Tapi… malam
ni je…”
“Please…’ pujuk Aie bila Shah senyap
semacam.
“No Aie. Ni nak mengelak dari Ash ke
apa…”
“Takdelah.”
Jawab Aie perlahan.
“Kalau
macam tu balik.”
Aisya
berpaling dari lelaki sebelahnya lalu buat mimik muka. Lebih kurang je diktator
Shah dengan Ash ni! Patutlah kawan baik.
“It’s for your own good Aisya. Termasuk
kekal tinggal di rumah tu…”
“Sampai
bila? Sampai bila Aie nak kena terus tinggal dan hidup di situ. Lama-kelamaan
Ash dan Husna akan kahwin dan tinggal di situ. Lupa ke peraturan rumah? Ma tak
nak Ash tinggal luar lepas kahwin. Aie nak juga jaga air muka sendiri. Ash tu
bekas tunang Aie… lepas tu nak pula serumah dengan isteri Aie. Aie pun…” luah
Aisya.
“Nanti
Aie kahwin kan akan ikut suami jugak. Masa tu akan pindah juga akhirnya.
Sabarlah sikit. Ma kan sayangkan Aie. Ma takkan nak biarkan Aie hidup
keseorangan di luar. Silap hari bulan ma hantar Aie balik US. Tinggal dengan Mom. Nak?”
Kata-kata
Aie sekurangnya menyedarkan Aie sedikit. Tinggal dengan mom? Di US? Dia dan mak
kandungnya tu tidaklah rapat sangat sejak mom pilih untuk kahwin lain lepas
setahun ayah meninggal. Lepas kahwin saja terus berhijrah di US, tapi Aisyah
yang minta dengan mom untuk tinggal dengan ma sebab dia tak nak tinggal di US.
Mom pun setuju je dan biarkan Aie tinggal dengan ma memandangkan ma ialah adik
sepupunya sendiri.
Perlahan
kepala Aie digeleng. Tak nak! Dia kembali mengeluh. “Dah la tak nak fikir pasal
ni. Cakap macam mana pun Aie tetap tak dibenarkan tinggal luar. Membazir saja
duit yang dikumpul selama ni beli rumah yang akhirnya tidak berpenghuni!”
Shah
tersenyum senget. “Serve you right...
lain kali jangan nak buat keputusan sendiri!” sindir Shah.
“Kalau
tunggu Aie kahwin sampai bila-bila pun Aie akan terus tinggal di rumah tu.” Rungut
Aisya sendirian.
“Maksud?’
“Selama
ni Ash tak benarkan Aie dekat dengan dengan lelaki lain. Kawan lelaki yang Aie
ada hanya Ash dan Shah.” keluh Aie. Nak tinggal situ sampai dia kahwin?
Jawabnya sampai ke tualah dia akan tinggal di situ.
“Mana
tahu dalam sekelip mata saja ada putera datang lamar Putri Aisya.”
Ejekan
Shah dibalas dengan jelingan tajam dari Aisya. “Tapi malam ni Aie tak nak jugak
balik awal. Bagitahu Ash. Kalau Shah yang cakap, Ash mesti percaya. Lepas
siapkan report ni baru balik.”
Ujarnya tegas tanpa pedulikan Shah.
Muka
Shah tegang melihat kedegilan Aie. “Fine.
Rajin sangat nak buat. Buatlah.” Kata lelaki itu kegeraman. Telefon bimbitnya
dikeluarkan dari poket, nombor Ash didail. Beritahu kerja Aie tak siap lagi.
Dia janji akan tengokkan Aie untuk Ash.
Aisya
mencebik sambil buat report yang belum siap tadi. Shah betul-betul tolong ‘tengokkan’ Aie SAHAJA! Bukannya nak tolong.
Dijeling
lelaki yang kini berubah tempat duduk atas sofa depan Aie. Menyakitkan hati
betul! Bukannya nak tolong. Tahu tunjuk muka smirk menyakitkan hati tu saja. Siap bagi signal pada Aie lagi agar
sambung buat report tu.
Aisya
perlahan-lahan mencelik bila sedar dari tidur. Selimut sempat ditarik menutupi
badan hingga ke leher. Dilihat figura yang segak berpakaian kerja sedang duduk
di sofa memandangnya. Matanya dipisat perlahan. “Pukul berapa sekarang ni?”
“Satu
tengahari.”
“Meeting macam mana?” tanyanya lagi
sambil bangun dari atas katil lelaki itu. diurut kepala yang terasa sakit.
“Alhamdulillah
selesai.”
Aisya
mengangguk. Tudung yang kusut dikemaskan sedikit. “Nak balik.” Beritahunya
perlahan.
“I
hantar balik.”
Perlahan
kepala Aisya mengangguk. Dia pun tak larat nak memandu. Kepala masih pening
lagi.
“Pergi
basuh muka tu. I tak nak pekerja I fikir bukan-bukan tengok rupa you tu. I
tunggu luar.” Ujar lelaki itu lantas keluar dari dari bilik kecil tersebut.
Mata
Aisya sempat meneliti bilik tersebut. Bilik yang cukup memuatkan satu katil
single, meja, dan dua sofa serta almari kecil. Rasanya bilik berehat untuk
Shah.
“Orang
kaya! Apa pun boleh buat.” Desisnya lalu berdiri untuk masuk ke dalam tandas
untuk bersihkan muka.
Niat
untuk tersebut masuk ke dalam ofis Ash terhenti sebaik saja terdengar namanya
menjadi topik perbalahan dari dua beradik tersebut.
“Abang
tak patut buat Aie macam tu. Ingat dia tu barang ke nak pass dengan orang lain sesuka hati?” bentak Kamelia.
“Aie
akan dengar cakap abang. Full stop.”
“Abang!
Aie tu manusia. Ada hati dan perasan! Suruh Aie kahwin dengan Shah? Nonsense tahu tak? Abang bukan tak tahu
perangai Shah tu macam mana. Diktator. Kuat mengarah macam abang.” Sekurangnya carilah
lelaki yang boleh harap sikit! Sambung Kamelia dalam hati.
“Shah
akan jaga Aie.”
Kamelia
geleng kepala. “Kenapa perlu tentukan hidup Aie. Dia dah 27 tahun bang. Biarlah
dia tentukan hidup dia sendiri. ”
“Abang
buat ni untuk dia.”
“No! Abang buat ni untuk kebaikan diri
sendiri. Sebab nak jaga hati ma atas apa yang abang buat. Abang kekalkan Aie
duduk dengan kita. Aie tu bukan alat untuk abang pujuk ma, Aie tu bekas tunang
abang. Tolonglah jaga hati dia. Sekarang abang nak guna kawan baik abang
sendiri? Tolong guna akal tu sikit boleh tak?!”
“Ini
idea Shah sendiri. Shah yang setuju dan nak kahwin dengan Aie. Puas?!” marah Ash
pada Kamelia atas tuduhan adiknya itu.
Kamelia
terdiam. Pandangan mereka beralih pada bunyi bekas yang jatuh ke lantai. Aie
turut pusing belakang. Dia sendiri tidak perasan rupanya ada orang lain yang
turut pasang telinga pada perbualan Ash dan Lia. Matanya memandang bekas
makanan yang jatuh dari tangan Husna. Dilihat air muka Husna yang kini banjir
dengan air mata.
“Maafkan
Husna… maafkan Husna, Cik Aisya. Husna tak tahu…” tangis gadis itu lalu pergi
tinggalkan kawasan pejabat Ash.
“Husna…”
Asy bangkit dan keluar dari pejabat untuk mengejar Husna.
Sempat
dia berhenti seketika memandang wajah Aisya dan Lia silih berganti sebelum
tinggalkan Aisya untuk mengejar buah hatinya.
“Maafkan
abang…” telinga Aisya sempat terdengar suara Ash bersuara perlahan padanya. Dia
memandang kawannya yang turut tercengang selepas menyedari kewujudan Aisya di
situ.
“Aie…”
panggil Lia.
“Aku
nak bersendirian Lia.” Kata Aisya lalu meninggalkan Kamelia. Idea Shah? Lelaki
itu ingat Aisya ni kemaruk sangat nak berlaki?! Tangan Aisya digengam menahan
marah. Pejabat Shah menjadi hala tujunya seterusnya!
“Cik
Aisya… Tengku sekarang.”
Halangan
setiausaha Shah tidak diendah. Aisya merempuh masuk pejabat Shah. Dilihat
lelaki itu sedang berpelukan dengan perempuan lain. Tambah bengang Aisya melihat
adegan lelaki tersebut. Ini nak buat laki?! Huh! Kuat dengusan Aisya.
Shah
meleraikan pelukan lalu terus mendekati Aisya. Satu tamparan terus menyapa pipi
Shah sebaik saja dekat dengan wanita itu. “Itu hadiah selamat tahun baru dari
Aie! Kahwin dengan Shah? Shah ingat Aie ni perempuan jenis apa? Kemaruk nak
berlaki?”
“Aie
dengar cakap I dulu.”
“No! you listen to me… Aie ada maruah,
ada pendirian sendiri! Kenapa semua orang nak tentukan hala hidup Aie? And you Shah! cukuplah Ash seorang
pasang harapan pada Aie dan hancurkan hati Aie, sekarang Shah buat dengan
perempuan lain juga? Senang sangat nak berkahwin dengan Aie kan… senang
berjoli!”
“Aisya…”
tangan Aisya direntap untuk memandang tepat padanya.
“Let me go Shah! I hate you!” kuat Aisya
melepaskan pegangan Shah dan terus pergi tinggalkan lelaki itu.
Ash.
Shah. Sama aje!
“Aku
balik. Soon. Jangan risau. Bagitahu ma…”
beritahu Aisya pada Kamelia. Telefon ditukar ke sebelah lain. Panas telinga
mendengar si kawan baik membebel.
“Kau
tak sayang ma ke?”
“Sebab
aku sayang ma la aku telefon ma setiap hari. Aku nak berseorangan. Kau pun tahu
nak cari aku di mana. Jangan risau.”
Terdengar
suara Kamelia mengeluh disebalik corong telefon. “Ma dah marah abang dan Shah. Kau
baliklah.”
“Soon. Jangan risau.”
Kamelia
mengalah. “Jaga diri.” Pesannya sebelum mereka menamatkan panggilan.
Aisya
meletak telefon atas sofa. Dia bangkit berjalan keluar untuk melihat
pemandangan dari balkoni. Tangan disilang pada dada lalu dia bersandar pada
dinding untuk menghayati permandangan bandar dari rumahnya.
Dia
mengeluh perlahan. Sejak kejadian itu, Aisya terus keluar dari rumah ma, dia
malu dan malas untuk berdepan dengan Ash. Pada pa dipujuk untuk beri kebenaran,
ma macam biasa enggan membenarkan dia bersendirian di luar. Tapi pa pujuk ma
untuk beri ruang pada Aisya untuk bersendirian beberapa hari. Sebab tu ma
akhirnya benarkan juga dia keluar dan tinggal di apartment miliknya dengan
syarat Aisya mesti telefon rumah setiap kali.
Tangan
Aisya dimasukan ke dalam poket jaket yang tersarung. Ketika hendak melangkah
masuk ke dalam rumah, hatinya tergerak melihat balkoni rumah sebelah. Terbeliak
sedikit mata Aisya memandang Shah yang sedang enak duduk di balkoni sebelah
tersenyum memandangnya.
Terkaki
Aisya seketika melihat Shah berdiri dan berjalan sedikit menghadapnya.
“I
nak cakap sesuatu dengan you. Rasanya dekat sini pun okay. Sekurangnya jauh sikit
kalau tangan tu nak tampar muka ni. Lagi satu perempuan tu yang peluk I. Ingat
I nak ke perempuan macam tu buat bini. Lain kali sila tanya sebelum tampar
orang sesuka hati.”
Panas
muka Aisya mendengar sindiran dari lelaki.
“Putri
Aisya. Bila I cakap pada Ash I nak kahwin dengan you. Maksudnya I memang nak
kahwin dengan you. Bukan sebab nak tolong you atau jaga hati ma. Tapi untuk
hati I, I cinta you sejak berpuluh tahun lepas, sejak kita kecil tapi waktu tu
I sedar I tak boleh bersama dengan you walaupun I dekat dengan you sekalipun. Sebab
waktu tu you tunang kawan baik I… sekarang keadaan berbeza Aie. You bukan milik
sesiapa…”
“I
nak bersama dengan you sebab I cintakan you Aie. I nak jaga you. I nak lindungi
you sebab hati I memang dah terpaut pada you.”
Aisya
tertunduk menekur lantai. Air matanya menitis setitik dua. Terharu mendengar
luahan Shah untuknya.
“I
tahu you mungkin tak dapat terima hakikat ni. I tak kisah Aie… I tak kisah
kalau you tak nak terima I tapi I you
tahu yang I akan sentiasa tunggu you, I akan jaga you sampai you terima lelaki
yang tertulis buat you. I akan terus lindungi you sampai ada lelaki yang tertulis
buat you sah menjadi suami you.” Janji Shah pada Aisya.
Aisya
memandang seraut wajah lelaki itu. kini dia sedar, selama ini memang shah yang
sentiasa menjaganya seperti Ash. Shah tidak pernah lupa untuk bersama dengannya
setiap kali dia gembira dan sedih.
Lelaki
itu tersenyum sedikit sebelum mulakan langkah untuk masuk ke dalam rumahnya
semula.
“Shah!”
jerit Aisya
“Pikat Aie… Pikat hati Aie. Selama ni Aie
sayangkan Shah lebih dari rasa sayang. Tapi Aie selalu ingatkan diri. Jangan sayang
lebih dari satu rasa cinta sebab Aie perlu sedar diri Aie sebagai tunang Ash. Semua
orang tidak tahu, rasa lega turut terselit dalam hati Aie bila tahu Ash bawa Husna masuk ke rumah.”
“Betul!
Aie memang rasa terkilan. Selama ni Aie harapkan Ash bawa wanita yang lebih
baik dari Aie untuk jadi pendamping hidupnya. Tapi lama-kelamaan Aie sedar…
kita tidak boleh tentukan kelebihan kelemahan pasangan hidup kita kerana semua
telah tertulis buat kita. Sebab tu Aie restu Husna untuk bersama dengan Ash,
Aie yakin Husna ada kelebihannya tersendiri kerana berjaya pikat hati Ash.”
“Aie
nak jadi wanita yang tertulis buat Tengku Aisy Iskandar Shah selepas putus
tunang dengan Ash. Aie nak jadi pendamping Shah selamanya. Aie tunggu saat Shah
lamar Aie walaupun Aie sedar itu mungkin hanya
satu mimpi. Tapi Aie… Aie nak cuba kejar cinta Aie. Tapi bukan paksaan. Aie
malu bila tahu Shah nak kahwin dengan Aie hanya sekadar nak tolong.,,” ujar
Aisya panjang lebar. Air matanya makin deras mengalir sambil meluahkan segala
yang tersemat di hatinya.
Dia
cintakan Shah! itu hakikatnya. Tapi kerana dia tunang Ash, perasaaan itu dipaksa
untuk mati begitu saja.
Shah
meraup muka memanjatkan rasa syukur. Alhamdulillah! Dia bukan bertepuk sebelah
tangan. Shah tersenyum memandang wanita depannya. “Tak sia-sia I dapat tamparan
tahun baru. Sekurangnya hajat 2015 I akan tercapai…”
Kata-kata
lelaki itu buat Aisya teringat kembali tamparan tahun baru yang hinggap dimuka
lelaki itu. Dia tertawa kecil kenangannya muka kelat Shah waktu tu.
“Be my wife Aisya… Kahwin dengan I. Selamanya
I akan terus pikat hati Putri Aisya. I tak nak you perasan jadi puteri lagi cause you the queen of my heart… ”
Aisya
tersenyum dan perlahan- perlahan mengangguk. Jantungnya berdegup laju memdengar
luahan lelaki itu padanya.
Ya
Allah! Atas Izin dariNya biarlah Shah menjadi pendamping yang tertulis buatnya.
Amin.
~Tamat~
Sambungan cerpen ni dalam ebook #ProjekCPR kalau nak baca full version boleh subcribe | boleh pm nurfaz dekat fb !
Sambungan cerpen ni dalam ebook #ProjekCPR kalau nak baca full version boleh subcribe | boleh pm nurfaz dekat fb !
best sgttttt....
ReplyDeletethank you my dear. =)
Deletesweet je....tahniah cerpen yg mnarik
ReplyDeletewah~ terima kasih. hee=)
DeleteMcm mane nk dpt kn full cerpen..
ReplyDelete