“Mak…” panggil Jihan. Puan
Mehar tidak ambil peduli. Dia tekun menonton televisyen. Malas hendak layan Jihan.
Kalau anaknya seorang ni buka mulut. Penat nak layan dia berceloteh.
“Mak…” panggil Jihan lagi.
Geram pula dengan maknya yang langsung tidak layan dia. Buat-buat kusyuk pula layan
hindustan tu.
“Puan Mehar…” panggil Jihan
dengan nama vogue maknya.
“Iya cik Nur Jihan binti
Johan. Nak apa?” hah! Sekali si mak bersuara. Panjang nama anak disebut. Siap nama
si babah.
Jihan berdehem. Dia bergerak
ke sebelah emaknya. Ditolak abah ke tepi sedikit agar memberi ruang supaya dia duduk
tengah antara mak dan abahnya. “Orang nak tanya ni…” Jihan memulakan mukadimah ‘pantun’nya.
“Nak tanya apanya?” soal
mak. Scene Shah Ruk Khan yang sedang menari
sambil menyanyi salah satu lagu dalam cerita Dil to pagal he sudah tidak menarik
perhatiannya apabila Jihan merengek macam budak tidak cukup umur.
“Selalunya kalau abah merajuk.
Mak pujuk macam mana selain guna aktiviti 18sx?” soal Jihan tanpa tapisan.
Tok!! Habis kepala Jihan
kena luku oleh Encik Johan disebelahnya.
“Kuning betul otak anak
awak ni Mehar.” Komen Encik Johan. Kepalanya digeleng beberapa kali. Ada saja ayat
pelik-pelik keluar dari anaknya yang pelik ni.
Puan Mehar menjeling suaminya.
“Saya pulak. Habis Jihan ni bukan anak awak juga?” tanyanya pada si suami.
“Yiee.. mak dan abah ni.
Orang serius ni tau. Diorang pulak yang bergaduh.” Jihan di tengah pula yang buat
muka bosan.
“Kamu tanya ni kenapa? Masalah
apa pula yang kamu cetus kali ni Jihan? Bergaduh dengan Najmi sampai apa budak tu
merajuk? Tadi kenapa telefon Pak Mad ambil kamu?” Bertubi-tubi soalan Puan Mehar
pada Jihan. Sampai confius Jihan nak jawab
yang mana satu dulu. Dia tanya satu soalan saja, berdas-das pula balasan emaknya.
‘Betul pula tekaan mak si
Najmi merajuk. Entah-entah Puan Mehar ni ada magis tak?’ sempat lagi Jihan berimaginasi
emaknya pakai baju Sabrina The Witch. Memang sah otak kartun betul Jihan ni.
“Mie merajuk. Handphone
mahal dia pecah sebab Jihan. TAPI!! Technically
dia yang pijak sampai pecah. Terpijak.” Jihan betulkan sedikit ayatnya. Takut juga
maknya marahnya lagi.
“Pasal Pak Mad tu. Orang
minta tolong hantarkan Jihan, Mie dan Luth balik. Sebab kereta Mie habis minyak.
Bateri pun kong sebab orang guna aircond
kereta dia sampai berjam-jam.” Sambung Jihan lagi sejujur-jujurnya. Sudah buat salah,
pandai buat pandailah tanggung. Lagipun dia nak minta belas kasihan emaknya memberi
nasihat untuk pujuk Najmi yang tengah angin tu.
“Apa punya perangailah yang
kamu pakai ni Jihan. Mak hantar sekolah tinggi-tinggi tapi kerjanya naikkan darah
orang saja. Kalaulah mak tu si Najmi. Bukan tahap merajuk. Angin satu badan dengan
perangai kamu ni.” Puan Mehar sudah mula hendak membebel.
Jihan tersengih. “Sebab
tu mak bukan Najmi.”
“Ada hati lagi nak menjawab!”
Mencerlung mata Puan Mehar memandang Jihan. Sabar sajalah hati dengan anak seorang
ni. Ada saja jawapan dari mulut mungilnya.
“Yiee… mak. Cepatlah turunkan
sedikit petua yang mak ada tu dekat Jihan. Orang nak pujuk tuan putera tu! Mana
reti nak pujuk-pujuk orang terlebih usia tu. Kalau budah kecil senang je. Bagi lolipop
terus okay. Si Najmi tu entah kenal ka tidak dengan lolipop.” Pujuk Jihan. Itupun
ditambah lagi segala jenis ‘rencah’ mengutuk Najmi. Lengan baju Puan Mehar ditarik-tarik.
Cuba menarik perhatian ibunya.
“Minta maaf sajalah dengan
Mie. Esok lusa okaylah budak tu.” Tiada harapan Puan Mehar hendak tolong Jihan.
Dia mengalah. Kemudian pusing pada si abah pula.
“Abah…!!” panggil Jihan.
“Jangan tanya abah. Abah
tak nak masuk campur.” Ayat penyata dari Encik Johan sebelum Jihan minta tolong
lebih-lebih.
Muncung mulut Jihan. Merajuklah
tu… Puan Mehar dan Encik Johan buat-buat tidak tahu. Pandai-pandailah Jihan selesaikan
masalahnya sendiri. Sendiri cari pasal sendiri tanggung! Lagipun mereka yakin nanti
adalah keluar idea dari otak geliga Jihan tu. Itu mereka pasti! Anak mereka. Masak
benar sudah dengan perangai Jihan tu. Kalau hendak buat sesuatu pasti ada saja Jihan
buat asalkan misinya tercapai!
Jihan berdiri. Naik tingkat
atas setelah kalah dengan mak dan abahnya. “Kak Zara !!!” jerit Jihan sekuat hati.
Puan Mehar dan Encik Johan
urut dada. Terkejut dengan jeritan Jihan. Zara yang tengah bergayut dalam biliknya
terlepas telefon akibat terkejut namanya dipanggil kuat.
“Kak Chik jangan nak melalak
sangat!! Orang tengah study!!” jerit Aifa pula dari biliknya.
“Elleh! Dia yang stress
belajar aku pula yang kena.” Omel Jihan. Terkumat kamit mulutnya sambil naik tangga.
Masih merajuklah tu bila Puan Mehar dan Encik Johan enggan menurunkan petua memujuk.
Jadi secara tidak langsung Zara akan menjadi mangsa. Zara tu kira pakar juga sebab
tengah hangat bercinta dengan tunang tersayangnya. Jadi bolehlah Jihan mengorek
petua dari kak Ngahnya.
Pintu bilik Zara diketuk
kuat. “Akak!! Sudah-sudahlah bergayut dengan abang Faris tu… Dah rupa sepupu sepapat
kau yang bergayut di pokok tu. Tak berhenti-henti!!” bebel Jihan sambil mengetuk
pintu bilik Zara.
Ketuk punya ketuk. Apabila
Zara buka pintu, terketuk sekali dahi kakaknya. Tegang muka Zara menahan geram.
“Achik nak apa?” tanya Zara.
“Nak minta tolong bagi petua
pujuk Mie.” Ujar Jihan kemudian tersenyum luas menayang barisan giginya.
Dua gigi arnab di depan
jelas terserlah. Bak kata Puan Mehar, gigi arnab Jihan itulah yang buat dia nampak
comel. Comel tang mana Jihan pun tak tahu. Yang dia tahu gigi arnab itulah pencetus
gelaran ‘arnab comel’ untuknya ketika sekolah menengah dulu. Bukannya besar mana
pun tapi cukup nampak beza dua gigi ditengah itu dengan gigi yang lain.
“Achik ni potong line betullah. Apalah guna teknologi yang
semakin canggih kalau tak reti guna. Pergilah cari dekat Pak cik Google Achik tu…”
kata Zara sebelum tutup pintu semula.
Jihan garu kepala kemudian
gosok lehernya. Bukan gatal pun tapi sudah menjadi tabiat. Dia mencebik kemudian
jelir lidah pada pintu bilik Zara. “Kedekut ilmu!” marahnya.
Pintu bilik Jihan dibuka.
Komputer riba atas meja dibuka. Sambil menanti komputer buka sepenuhnya, Jihan mengeluarkan
stok keropok dari laci meja. Bukan kedekut. Tapi dia sudah terbiasa letak makan
ringan dalam bilik. Tambah-tambah lagi tatkala memegang mandat penganggur terhormat.
Susah hendak turun naik ke dapur, dia lebih suka bawa keropok lebih ke dalam bilik.
Hujung plastik keropok digigit
kasar. Satu persatu keropok Mr. potato dikunyah. “Plastik saja besar. Isi kemain
sikit!” omelnya.
Setelah selesai menyambung
internet dengan wi-fi rumah. Jihan terus tekan aplikasi Chrome dan menaip beberapa
perkataan pada kotak carian.
“Cara-cara memujuk lelaki.
Euww… geli pula aku baca ayat sendiri.”
Satu persatu Jihan baca.
Ada yang boleh diterima pakai dan ada yang jauh menlencong.
best..
ReplyDelete^_^ thanks
Delete