“Jihan…!!!”Intonasi
Najmi dikuatkan. Angin betul mamat ni melihat telefon kesayangan hancur
berkecai. Apa punya nasiblah. Mata Najmi tajam memandang Jihan yang tersengih.
“Tersengih-sengih!”
marahnya lagi. Memerah muka Najmi menahan geram. Luthfi yang duduk di belakang
tidak ambil pusing. Lebih senang menjadi penonton. Gelagat Jihan menjadi
tatapan. Tidak puas lagi menatap wajah bekas kawannya setelah sekian lama. Muka
Jihan pun tidak banyak berubah. Hanya rambut pendek ala-ala lelaki dahulu kini
sudah panjang paras pinggangnya.
Jihan hanya mampu
menadah telinga mendengar bebelan Najmi. Sudah lali! Tadah sajalah… kalau
bebelan maknya dia boleh bertahan. Setakat Najmi saja. Angin lalu pun tak
berbekas pada Jihan dengan bebelan Najmi.
Tidak luak pun tahi telinga Jihan menadah telinga!
Cerita sebenarnya bila Najmi
duduk tadi tidaklah berkecai lagi telefon tu. Tapi bila dia bangun dan keluar dari
kereta, telefon yang tersadai atas kerusi kereta tergeser sekali dengan badannya
yang hendak keluar dari perut kereta lalu jatuh la si telefon mahal tergolek-golek
atas tanah. Nak ditambah tahap sadis lagi, sudahlah terjatuh atas tanah. Boleh pula
si Najmi terpijak telefonnya sendiri. Habis pecah skrin telefon. Bila diambil telefon
tersebut masih lagi bernyawa, tapi tidak sampai berapa minit. Skrin terus bertukar
gelap!
Ketika itu dunia Najmi gelap
seketika sebelum menjerit kuat nama Jihan.
“Bla… bla… bla… mahal! Nombor-nombor
penting… telefon aku… hal mustahak…” beberapa kerat perkataan saja yang singgah
di telinga Jihan. Selebihnya lagu Ezlyn
hi hi bye bye kepada setiap patah perkataan Najmi.
“Sudahlah Mie. Penat
buat saja kau membebel dari tadi baik lagi kau bawa telefon tu pergi
kedai.”Akhirnya Luthfi mengeluarkan suara mahalnya.
Najmi berhenti membebel.
Satu jelingan tajam diberikan pada Jihan. Siaplah kau nanti!
Ketika Najmi menekan
pedal minyak. Keretanya tiba-tiba mati. Buat kedua kalinya dia bingung lagi.
“Kali ni apa pulak?” getusnya sendiri.
Jihan tayang muka
pelik. Luthfi yang baru saja bersandar mengangkat kening. Dia bergerak ke
hadapan sedikit. Jarum minyak dipandang. “Bila kali terakhir kau isi minyak?”
soal Luthfi.
Najmi baru tersedar. Jarum
minyak dipandang. Dahinya berkerut. Lantas muka sempoi Jihan menjadi tatapan.
Tajam! “Kau minum minyak kereta aku ke? Semalam aku baru je isi!” katanya.
“Eh! Aku masih waras
lagi sebelum nak bunuh diri. Buat apa minum minyak tu. Kalau sedap takpe jugak.
Susu kambing Pak Dollah lagi sedap.” Menjawab pula si Jihan. Tidak sedar
sebenarnya dia yang salah.
“Habis minyak ni macam
mana boleh habis?”
“Mana aku tahu.
Korangkan lelaki. Takkan pasal kereta pun tak tahu.”
“Huk Aloh! Minah tomboy
ni! Menjawab pulak.” Marah Najmi.
“Sudahlah! Tak guna
korang bersoal jawab kat sini. Cuba telefon makanik suruh datang.” Sekali lagi
Luthfi menjadi pendamai antara Najmi dan Jihan. Bukan bajet baik sangat pun!
Tapi boleh datang migraine dia kalau
terus menerus mendengar suara mereka bertekak.
Najmi mendengus kasar!
Angin satu badan.
“Kau telefonlah sesiapa
janji kita balik. Hilang mood aku nak jalan.” Arah Najmi pada Jihan.
“Aku? Habis apa guna
telefon kau?” tanya Jihan balik. Terlupa kejadian sadis yang menimpa telefon
Najmi.
“Telefon aku? Kau dah
lupa ke apa dah jadi? nak dail guna apa? telefon awam?” Sarkastik betul ayat
yang keluar dari mulut Najmi. Maklumlah orang tengah angin!
“Telefon awam pun
boleh… murah lagi dari prepaid. Jimat kredit aku.” Jihan ni sengaja cari pasal
ke apa? Tak lama meletup amarah Najmi.
“Ye la… Rileklah bro.
kau ni! Gurau sikit pun angin. Aku cuba minta tolong driver abah aku dulu.” Akhirnya Jihan mengalah. Takut juga kalau
Najmi naik angin. Hehehe…
Waktu ketika itu jugalah
telefon kuno Jihan dijumpai. Pandai juga dia cari timing, kalau tak jumpa-jumpa telefon tu. Sah Najmi mengamuk tahap petala.
BOLEH KECIL KAN SIKIT X BOLEH NAMPAK TEPI PUNYA TULISAN.
ReplyDelete