Friday, November 22, 2013

Bukan orang ketiga bab 1



 “Ramai orang pegang mandat petani berjaya menanam anggur di rumah selepas keluar dari universiti. Tapi kau... haih! Entahlah Thia. Nak cakap tamak tak juga... Nak cakap kejar cita-cita. Sekarang ni kira cita-cita kau tercapai juga...” omelan Wardah sepanjang perjalanan tidak pandai berhenti. Pot pet pot pet mulutnya macam burung murai.
Fathiah mengeluh. Bukan tamak tapi dia memang idamkan untuk bekerja di MAS.
“Sudahlah tu dik.” Tegur Wafiy. Dia sendiri sakit telinga dengar Wardah mengomel pasal Thia yang memohon kerja di MAS.
“Tapi abang...”
Wafiy jeling tajam adiknya sekilas. Tanda agar Wardah berhenti mengomel soal Thia .
“Baiklah...” Wardahnya akhirnya akur.
“Thia sekarang sibuk tak?” tanya Wafiy.
Thia geleng kepala. Kerjanya rileks sahaja. Jadi memang selalu tidak sesibuk orang pejabat pun. “Free aje. Kenapa?” tanya Thia.
“Abang ada job.” Umum Wafiy ringkas.
Wardah sudah tidak ambil peduli. Tahu sangat job yang dimaksudkan oleh Wafiy. Sudah tentu berkaitan dengan kerja-kerja freelance Thia.
“Kawan abang ke?” tanya Thia.
“A’ah. Syarikat baru nak buka. Tapi rasanya Thia kena buat banyak sikit kali ni.” Ujar Wafiy lagi.
“Nak design apa?”
“Dia minta tolong design buat website. Tapi kalau boleh nak sekali logo syarikat, business card semua tu. Terpulanglah Thia nak kira bayar pakej ke atau nak kira satu-satu.” Terang Wafiy panjang lebah.
“Nanti Thia fikir ye. Dah lama tak design semua sekali macam tu...”
Wafiy mengangguk.
“Thia! Nanti aku kahwin free tau!” usik Wardah yang duduk di hadapan bersebelahan pemandu. Terpusing gadis itu memandang belakang tempat Thia duduk.
Hurrm... yang tu nanti aku fikir. Hee.” Tersengih Thia dengar.
Bukan Wardah seorang saja. Malah bekas rakan sekelas yang lain pun begitu. Majoriti minta sponsor design kad kahwin, bunting, banner sampailah video montaj kahwin dari Thia. Nasib baik setakat ni kawan-kawannya tiada lagi yang tolak hasil kerjanya. Kalau tak! memang nak kena. Sudahlah buat percuma. Ada hati lagi nak lebih.
“Alaa...” muncung mulut Wardah kena usik oleh Thia.
“Ehh! Adik ni... dah gatal nak kahwin.” Usik Wafiy lagi. Suka benar dia usik adiknya seorang ni.
“Biarlah! Sibuk...” tambah muncung mulut Wardah.
“Merajuk pula dia. Jangan risaulah. Insya Allah aku buatkan.” Pujuk Thia. Dia duduk di bahagian tengah tempat duduk belakang. Lengan Wardah ditolak-tolak sedikit.
“Tak payahlah nak pujuk dia tu Thia. Adik tu meroyan aje lebih.” Usik Wafiy lagi. Thia tersengih lucu.
“Hish! Abang ni. Ada ke patut cakap orang macam tu.”
“Sudahlah tu Wardah.. Ni jauh lagi ke Abang Fiy?” tanya Thia. Pertama kali dia ikut Wafiy dan Wardah balik kampung mereka. Itupun sebab nak ikut hadiri majlis perkahwinan sepupu Wardah yang juga salah seorang kenalannya di universiti dulu.
“Kejap lagi sampailah tu.” Ujar Wafiy.
Thia sudah mula kebosanan. Kamera Canon 100D dikeluarkan dari beg kamera bewarna merah pekat itu. Wide lens dikeluarkan. Kemudian disambung pada lensa kamera.
“Ehem... ehem...” Wardah berdehem dari depan bila terdengar geseran lensa wide lens dan lensa kamera.
“Nah! Ambil dari depan.” Kamera miliknya dibagi pada Wardah seolah memahami permintaan si kawan.
“Alaa... abang pun nak jugak!” Pinta Wafiy. Dia mendekatkan dengan kamera yang dipegang oleh Wardah.
“Ini wide lense la Abang Fiy. Duduk dari kedudukan tadi pun tetap nampak juga. Duduk bagus-bagus.” terang Thia.
“Cepatlah. Tengok sini. Say cheese...” panggil Wardah.
Klik! Satu gambar sudah tersimpan dalam memori kad kamera tersebut.
Beberapa gambar mereka bertiga diambil. Pelbagai aksi dibuat. Sempat juga Thia berpesan agar Wafiy baik-baik memandu. Sebelum sampai ke rumah sepupu Wardah, sempat lagi mereka melencong pergi mencari keropok lekor kemudian lepak tepi pantai.
 Thia bukan main suka lagi bila terjumpa sata kegemarannya. Bukan selalu datang Terengganu. Setiap kali datang Terengganu, makanan pertama yang dia akan cari ialah sata. Merah muka Thia menahan panas dari bara yang membakar sata. Tidak sabar punya pasal. Dia sanggup tunggu sata yang baru dipanggang. Sampai sanggup tunggu depan pak cik yang memanggang tu. Makan panas-panas sedap!



“Cantiknya Aima...” puji Thia. Gaun pengantin Aima dipegang. ‘Esok Aima mesti tambah cantik pakai baju ni.’ Sambung Thia dalam hati.
Aima senyum. Maklumlah orang tengah bahagia.
“Wardah dan Thia dah makan?” tanya Aima lembut. Suara Aima ni, lemah gemalai orang dengar. Lembut dan perlahan saja. Sesuai sangat dengan orangnya yang kecil molek. Wardah dan Aima ni satu saiz. Kecil saja. Thia saja yang terlebih tinggi dalam semua kawan-kawan mereka.
Thia dan Wardah mengangguk. Bukan main banyak lagi mereka melantak makanan tadi. Semuanya sedap-sedap. Banyak makanan lauk pula tu. Bertambahlah selera makan mereka.
Tali kamera 100D ditarik. “Aima. Aku nak keluar. Nak pergi ambil gambar.” Thia memang sukar berlepas dengan kameranya. Lebih-lebih lagi dalam sesuatu majlis. Sudah terbiasa. Kali ini biar dia jadi jurugambar percuma untuk Aima.



Video beberapa orang mak cik sedang galak bercerita antara satu sama lain yang ditayangkan pada skrin kamera tonton semula. “Hahaha... lawak gila mak cik ni.” Komen Thia.
Seorang budak yang menangis menarik perhatian Thia. Perlahan dia mendekati budak perempuan berumur lebih kurang 3 atau 4 tahun itu.
“Hai sayang.” Kepala budak kecil itu digosok. Thia mengelap air mata si kecil. Comot saja rupa budak ni. Habis kotor bajunya. Mungkin terjatuh fikir Thia.
“Mari itu aunty.” Thia gantung kameranya pada leher. Budak perempuan itu digendong lalu dia bawa duduk ke kerusi berdekatan. Thia memeluk budak tersebut. Belakangnya dikusap.
“Syyshhh... sudah jangan nangis.” Pujuknya.
“Nama siapa? Comotnya si comel ni.” Thia masih lagi cuba menarik perhatian si kecil. Macam anak kucing pula budak ni dipanggil si comel. Tapi pada pandangan Thia. Budak ni memang comel. Dengan gaun warna pink dan rambut ikat dua. Riben pada ikatan rambut itu pun warna merah jambu.
“Amirah Aisha...” jawab si kecil.
“Amirah ya? Erm... puteri ni mana boleh nangis. Nanti tak cantik.”
Perlahan-lahan. Tangisan Amirah semakin senyap. Thia pangku anak kecil itu. Diletak atas paha lalu Thia membuka ikatan rambut Amirah. Dia betulkan semula agar tidak nampak kusut. Muka comot Thia dibersihkan termasuklah bajunya.
Amirah didodoi hingga tertidur di atas paha Thia. Bagi Thia, dia tidak kisah. Mungkin akan ada ibu bapa budak ini akan mencarinya di kawasan rumah.
Leher yang terasa lenguh diurut perlahan. Mengantuk dia tunggu ibu bapa Amirah datang. Thia kembali menatap wajah Amirah. “Senangnya jadi budak kecil. Tak payah fikir soal hidup, hati dan perasaan.” Ujarnya bersendirian.
Tergerak hati Thia untuk mencium dahi si comel Amirah. Lama kucupannya singgah pada dahi Amirah. Ketika dia angkat kepala. Matanya terpandang beberapa orang lelaki bersama Wafiy sedang memandangnya. Seorang lelaki yang turut merenungnya tajam dipandang.
Mata Thia berlaga dengan lelaki itu. Terkejut. Dia kaku seketika. Lebih-lebih lagi bila lelaki itu sendiri mendekatinya. Pandangan itu. Serupa dengan pandangan beberapa tahun lalu. Pandangan yang tidak pernah mesra jika bersama dengannya. Debaran didada semakin kencang.
Takut! Satu perkataan yang mampu memdriskipkan dirinya. Rindu? Rindu itu sentiasa ada. Tapi kenapa semakin bertambah ketika bertentangan mata. Thia tiada jawapan untuk itu. Cepat-cepat anak mata dijatuhkan pada Amirah.
Lelaki itu melutut di hadapan Thia. ‘Adakah ini satu mimpi lagi?’ soal hati Thia. Lelaki itu melutut. Menghadiahkan satu senyuman dan zappp!! Senyuman itu bukan untuk dirinya. Tapi kepada Amirah yang sedang lena tertidur. Ketika itu Thia kembali pada alam nyata.
Realiti. Pahit tapi harus dihadapi. Mimpi. Indah tapi sukar dikecapi.
Satu ayat yang sentiasa mengingatkan dirinya.
“Anak awak?” perlahan suara Thia menyoal.
Zarul mengangguk. Anggukan yang mampu membuatkan Thia pengsan di situ juga. Tidak sangka. Panjang juga jodoh lelaki ini bersama kekasihnya itu. Thia hanya mampu tersenyum saja.
“Kenapa Mira boleh ada dengan Thia?” soal Wafiy yang sudah pun berjalan mendekati mereka bertiga. Beberapa lelaki tadi sudah beransur pergi.
“Tadi dia nangis. Mungkin jatuh. Jadi Thia pujuk sekali bersihkan badanya. Last last dia tertidur pula. Mungkin penat.” Terang Thia ringkas.
Thanks.” Ucap Zarul ringkas. Kemudian bergerak untuk mengambil Amirah yang sedang terlena. Tapi anak kecil itu mengeliat. Merengek bila hendak diambil. Segera Thia mendodoi semula agar kembali nyenyak.
“Hah... dah jumpa Amirah?” tiba-tiba emak Aima datang.
Thia senyum mengangguk. Wafiy terangkan serba sedikit pasal Amirah yang disangka hilang pada mak Aima. Termasuklah pasal Amirah yang enggan diangkat oleh Zarul.
“Erm... biarlah. Kalau nak Zarul hantar Amirah balik. Minta tolong aje Thia temankan. Thia boleh kan?” tanya mak Aima.
“Thia... err...” Thia serba salah. Dia terus pandang Wafiy. Meminta bantuan untuk menolak permintaan emak kawannya. Kalau nak hantar tu boleh tapi bukan dengan Zarul. Sesiapa saja janji bukan Zarul.
“Tak apalah Mak su.” Tolak Zarul.
“Biarlah Zarul. Takkan kau nak Amirah tinggal sini juga. Thia abang minta tolong ye. Zarul kena tinggal sini bantu apa yang patut. Lagipun dah petang ini. Nanti Amirah cari ibunya pula.” Wafiy langsung tidak bantu Thia. Sebaliknya memberi kebenaran pula.
Thia pandang Zarul walaupun takut-takut. Dia telan liur. Kalau bertentang mata pun sudah kecut perut apatah lagi bila berdua-duaan. Takut saja dia di‘cuci’ lagi oleh lelaki itu.
Perlahan Thia mengangguk memberi persetujuan pada mak Aima.
“Terima kasih ye Thia.” Ucap Thia lantas mak Aima meminta diri untuk melayan tetamu yang hadir. Thia pandang Wafy yang turut berdiri dihadapannya bersebelahan dengan Zarul.
“Fiy, aku pergi ambil kunci kereta kejap.”
“Err... abang Wafiy ikut sekali tak?” tanya Thia dengan nada perlahan sebaik sahaja lelaki itu melangkah pergi. Harap Zarul tidak dengar.
Lain pula reaksi Wafiy. Dia tergelak kecil dengan soalan Thia. Ditambah lagi muka berkerut itu. Comel juga kawan si Wardah ni. Bisik hatinya.
“Zarul tu makan nasi la. Bukannya makan orang. Don’t worry. Hantar Amirah kejap sekali ambil mak dan nenek Zarul. Lepas tu balik sini. Dia tak kan ‘makan’ Thia punya.” Usik Wafiy.
Thia merengus. “Abang Fiy ni. Ke laut pulak dia fikir. Orang tanya abang Fiy ikut ke tak?”
“Tak. Abang ada kerja lagi ni hah. Rumah Zarul tu bukannya jauh mana pun.” Terangnya.
“Alaa... ikut sekalilah. Thia takut...” Takut berdiri sebelah Zarul. Takut duduk sebelah Zarul. Takut cakap dengan Zarul! Mahu saja Thia menyatakan betapa takutnya dia dengan lelaki itu. Yang penting dia takut masih ada perasaan dengan Zarul!
Wafiy gelak lagi. Makin galak tengok muka masam Thia. “Jangan risaulah.”
Perlahan langkah Zarul mendekati mereka semula. “Dah.” Kata lelaki itu.
“Abang Fiy tolong simpankan kamera Thia.” Thia muncungkan mulut pada kamera kesayangannya di kerusi sebelah. Kedudukan Amirah dibetulkan agar mudah dia dukung.
“Jangan risaulah. Abang simpan buah hati Thia yang satu ni.” Tali kamera disarungkan ke leher Wafiy. Bahu Zarul ditepuk.
“Kau jaga anak dara seorang ni. Mati aku kalau dia ada apa-apa. Apa aku nak jawab dengan mak bapaknya nanti.” Pesanan Wafiy kedengaran bergurau tapi dalam maksudnya.
Zarul mengangguk faham. Kemudian dia dan Thia bergerak menuju ke kereta miliknya. Setelah kunci kereta dibuka. Zarul membantu Thia membuka pintu memandangkan gadis itu sedang mendukung Amirah.
Keadaan ruang kereta yang senyap membuatkan Thia bertambah kekok. Dikerling pada jari jemari Zarul yang mengetuk stereng kereta. Kemudian berkalih pada radio. Zarul pula seolah tahu saja pergerakan bola mata Thia. Lelaki itu hidupkan radio tapi nada diturunkan sedikit memandangkan Amirah sedang nyenyak beradu.
Thia buang pandangan ke luar tingkap. Terengganu. Kalau dia tidak jejak kaki ke sini sudah tentu dia tidak jumpa lelaki ini lagi. Gatal sangat nak ikut Wardah dan Wafiy ke majlis Aima. Bukannya dia tidak pernah datang ke Terengganu. Tapi penangan nak makan keropok lekor dan sata punya pasal.
“Apa hubungan Nur dengan Wafiy?” tanya Zarul tiba-tiba. Nur? Nak tergelak sedikit bila dengar Zarul panggil dia sedemikian. Rasa pelik. Lagipun sudah lama tak dengar Zarul panggil namanya Nur.
“Kawan.” Jawab Thia lantas pandang lelaki itu.
Zarul tersenyum. Sinis!
‘Sah dia fikir lain.’ Duga Thia.
“Kawan. Sampai ikut ke kampung? Siap berabang.” kan dah cakap! Zarul mesti fikir benda lain punya.
Thia mengeluh. Malas hendak bercakap lebih. “Nur kawan dengan Wardah dan Aima. Satu universiti dulu. Tapi kenal juga Abang Wafiy sebab Nur rapat dengan Wardah. Wardah panggil abang. Orang ikutlah...”
Zarul kelihatan tersentak. Terkejut mungkin dengan penjelasan Thia. Atau mungkin malu sebab salah tembak! Hahaha!
Mereka kembali senyap hinggalah sampai ke rumah Zarul. Lelaki itu sekali lagi membantunya membuka pintu kereta. “Terima kasih...” ucap Thia.
“Jom naik.” Ajak Zarul. Kemudian lelaki itu memberi salam pada tuan rumah. Beberapa minit kemudian muncul seseorang sambil menjawab salam Zarul.
“Eh! Macam kenal je...”
Tersenyum-senyum Thia dengan usikan nenek Zarul. “Assalammualaikum opah.” Ujar Thia. Hendak salam tangan wanita itu tapi dia sedang dukung Amirah.
“Waalaikumsalam. Naik.. naik... lama tak jumpa Nur.”
Zarul sudah pun terlebih awal masuk masuk ke rumah meninggalkan Thia dan neneknya. “Nur duduk sini dulu. Opah pergi panggil Lis kejap.”
Thia mengangguk lantas duduk di kerusi yang terdapat di ruang tamu. Mengeliat sedikit Amirah. Mungkin tidak selesa. Laju saja Thia betulkan kedudukan Amirah lalu mendodoinya semula agar kembali nyenyak. Selawat dinyanyikan dengan nada perlahan sambil menepuk paha Amirah lembut.
Pass dah tu Nur. Boleh jadi mak orang dah.” Komen ibu Zarul yang berjalan mendekati Thia. Zarul hanya sekadar senyap saja berjalan dibelakang ibunya.
“Assalamualaikum mak cik.” Ujar Thia. Mereka mengambil tempat dikerusi berdekatan.
“Waalaikumsalam. Lama sungguh tak jumpa anak dara ni. Zarul pergi panggil Lis ambil Amirah. Kesian Nur.” Arah ibu Zarul. Tapi belum sempat lagi lelaki  buka langkah. Kelihatan Lis bersama opah.
“Alolo... teruk anak ibu buli Nur ye.” Rupanya Amirah anak Qalisya bukannya anak Zarul. Thia pandang pada Zarul seketika, tapi lelaki itu buat-buat tidak faham pula.
“Tiadalah kak. Kebetulan Nur nampak Amirah tadi.”
“Biar Kak Lia angkat Mira masuk bilik dulu.” Amirah yang tidur mengeliat. Tapi Kak Lia lebih bijak memujuk. Dia mengangkat Amirah masuk ke dalam bilik. Sekali pandang rasanya perut Kak Lia berisi lagi. Rezeki!
“Tak sangka betul opah dapat jumpa Nur lagi. Ibu ayah sihat? Nenek Nur?” tanya opah.
“Alhamdulillah sihat opah.” Ujar Thia sambil mengosok-gosok lengan kirinya. Sudah menjadi kebiasaan bila dia rasa segan hendak berbicara.
“Opah, ibu nak gerak sekali tak?” tanya Zarul. Sengaja potong line la tu!
Ibu Zarul mengangguk. Begitu juga opah. “Tunggu kejap. Nak pergi pakai tudung. Zarul hidangkan air untuk Nur.”
“Tak apa la opah. Nur baru saja minum dekat rumah Aima tadi.”
Bagus juga Zarul ni. Dengar cakap! Bila Thia cakap tak payah, memang betul-betul tidak berganjak dari tempat duduknya. Sibuk hadap telefonnya. Tinggal Zarul dan Thia saja yang tinggal diruang tamu sementara menanti dua wanita itu bersiap.
Thia tunduk memandang kakinya yang bermain antara satu sama lain. Dielus kedua belah kaki sebab kebosanan. Telefon tiada pula bawa. Kalau tak boleh hadap. Sekarang ni barulah Thia rasa bersyukur akan kewujudan telefonnya yang selalu terabai itu.



Riuh sepanjang perjalanan ke rumah Aima dengan perbualan opah, ibu dan Thia. Zarul hanya senyap saja. Jika tadi hendak ke rumah Zarul terasa jauh. Sekarang ni pula Thia rasa macam tak pandai sampai-sampai ke rumah Aima pula.
Cerita punya cerita rupa-rupanya. Zarul ni sepupu Aima sebelah mak, Wardah dan Wafiy pula sebelah bapa Aima. Hah! Eloklah tu. Kalau dari awal Thia tahu. Memang sah-sah dia tidak datang sini.
“Datang dengan mertua ke tadi? Macam mana boleh kenal abang Zarul tu pula?” tanya Wardah. Dia turut bantu Thia menyusun kuih pada pingan. Hendak hidangkan pada tetamu yang hadir.
“Bukan mertualah! Dulu dia pernah selamatkan aku dari nyaris-nyaris kena culik waktu di Makkah dulu.” Terang Thia pasal perjumpaan pertamanya dengan Zarul. Mustahil dia cerita dia sebenarnya stalker Zarul.
“Kena culik?”
“Hampir kena culik. Nantilah aku cerita. Malas nak ingat balik. Dah lama pun. Tiga tahun lepas punya cerita. Waktu aku pergi umrah dulu. Kebetulan waktu tu Zarul, opah dan ibu bapanya pergi umrah. Terjumpa sana.” Seram Thia hendak ingat keadaan dulu tu. Kalau Zarul tidak selamatnya. Entah apa jadi.
Tapi perkara yang tidak disangka ialah boleh pula orang yang selamatkan dia itu Zarul. Lepas kes luahan perasaan dia dari Facebook. Memang Thia nekad tidak mahu ambil tahu pasal Zarul. Malu satu hal, segan lagi bergunung nak hadap Zarul. Pertama kali pula tu bertentang mata.
Zarul pula pada mulanya pura-pura tidak kenal. Rupanya dia memang cam muka orang yang pernah luahkan perasaan dengannya. Iyalah. Pada mulanya Thia fikir logik juga jika Zarul tidak kenal sebab dalam beribu kawan Facebook manalah dia cam muka Thia tu.
Tapi bila hendak pulang ke Malaysia kaw-kaw Zarul marah dia. Siap bagi amaran lagi supaya Thia berjanji agar tidak stalk ataupun godam apa saja pasal Zarul, lupakan dia, dan jangan cari dia lagi.
Kononya anggap sajalah sebagai balasan dia selamatkan nyawa Thia. Yang kesalnya, Zarul tuduh dia menunaikan umrah semata-mata hendak ikut Zarul! Perasan betul mamat tu. Padahal memang sudah lama Thia hendak menunaikan umrah. Kebetulan saja terjumpa.
“Yiee... tak kuasa aku ikut dia...”
“Apa yang tidak kuasanya Thia?” tanya Wardah. Dia pandang muka Thia pelik. Mengelamun pula minah ni. Sambung Wardah dalam hati.
Thia tersengih. Dia geleng kepala. “Tiada apa-apa. Cepatlah tolong aku susun ni.”
“Angau! Jaga-jaga Thia. Dia tu tunang orang. Tak hujung tahun ni rancang nak nikah dah.” Buka niat Wardah hendak menakutkan Thia tapi hendak memberitahu kebenaran status Zarul.
“Aku tahu. Lambatlah berita kau ni.” Dalam hati tuhan saja yang tahu. Sudah lama berkasih. Bersambung dengan ikatan pertunangan rupanya lelaki itu akan bernikah juga dengan pilihan hatinya.
Sabar Thia. Jangan menagih pada yang tidak menghargai. Dia cuba menasihati diri sendiri.
“Huk aloh! Susah sangat kau ambil saja abang aku tu buat suami. Senang cerita! Mak bapa aku pun dah kenal kau. Abang aku tu pula masih solo sejak putus tunang.” Usik Wardah. Semua kawan mereka sudah ada kekasih, tunang malah ada yang sudah mendirikan rumah tangga. Thia seorang ni saja yang solo memanjang. Entah soldadu mana yang ditunggu-tunggu tuan puteri ni.
“Hish! Mengarut!”
“Terus teranglah Thia. Aku sebenarnya nak tengok siapalah soldadu dengan kuda perang yang lamar tuan puteri ni. Ekmal tu hah! Okay juga aku tengok.” Teringat pula Wardah dengan Ekmal. Ramai kenankan Thia dengan lelaki tinggi lampai itu sebab minat mereka dalam benda-benda berkaitan komputer ni sama.
“Aku tak nak soldadu. Alang-alang tuan putera terus! Hahaha...” gelak Thia. Bermadah pula Wardah ni.
Muka Wardah kelat tengok Thia. “Yiee... seriuslah wei!” marahnya.

“Aku seriuslah ni. Ada jodoh. Adalah...”

Nota kaki : Soldadu - askar

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

3 comments:

  1. sy tak pernah bac lagi. tp bc sinopsis buat sy nak baca. then sy baca...wau menarik. ok wanna go next

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)