Saturday, November 23, 2013

Bukan Orang Ketiga -teaser-


Thia mengeluh kuat. “Kalau la cinta itu boleh bluetooth. Dah lama aku bluetooth dekat Zarul tu. Kongsi sikit dekat dia. Infrared ke? Eh! Tak naklah aku. Infrared kena bersentuhan. Bahaya! bahaya!”
“Zaman sekarang ni mana ada orang pakai tu lagi. Terus WiFi saja. Senang!” komen Hana.
“Tapi aku tak nak share WiFi ‘cinta’ aku dengan orang lain. Bluetooth aje. Cuma kami berdua. Romantik gitu. Auww!” Fikir Thia. Tak nak kongsi-kongsi!
“Alah! Kau pasanglah password. Senang cerita. Password tu guna kod macam ni.” Hana capai kertas dan pensel atas meja. Kemudian tulis sesuatu.  Thia dekatkan diri pada Hana. Niat hendak baca apa yang si kawan tulis.
<i love you />
“Bengong Hana!” tergelak besar Thia.
Hana turut tersenyum kecil. “Gelak pun! Dah. Tak payahlah sedih sedih.”
Thia senyum mengangguk. Nasib baik ada juga kawan yang sudi dengar luahan entah apa-apa Thia tu. Otak pun sama gila-gila. Si Hana ni pun ikut layan aje.
“Kalau susah sangat! Kau hack saja terus hati Zarul tu. Letak virus I love you tu. Senang cerita.” Sambung Hana lagi.
“Zarul tak izinkan aku godam hati dia. Sedih aku. Sob... sob... sob... virus I love you tu pula bahaya. Nanti tiada antivirus. Aku juga yang merana. Atau pun terkena orang lain. Kan haru!” Teringat Thia ketika belajar dulu. Mengantuk dalam kelas tapi bila buka cerita pasal virus I LOVE YOU semua pelajar terus segar.
Nampak sangat mereka gatal nak kahwin! Tersenyum Thia kenangkan zaman belajar dulu.
“Dah ada yang terkena pun...” kata Hana dengan nada meleret.
Dahi Thia berkerut. Dia pandang Hana lama. “Siapa?”
Senget sedikit mulut Hana. Senyuman jahat! Adalah gerangan manusia yang terlintas dari ribuan neurone kepala Hana tu.
“Ekmal.” Jawab Hana ringkas.
“Dalam ramai-ramai manusia. Hamba Allah yang satu tu jugak kau orang nak kenenkan dengan aku.” Cebik Thia. Gambaran sekilas wajah Ekmal terlintas dikepalanya.
“Dah memang hakikatnya. Korang pun sepadan apa. Dari kau terus pasang harapan dekat Zarul yang langsung tak suka kau tu. Baik kau share saja WiFi cinta kau dekat Ekmal tu. Aku yakin. Mesti dia suka punya.”
“Tapi hati aku susah nak lupa dengan Mr. Aerospace Engineering tu.” Keluh Thia. Zarul... Zarul... kuat betul penangan cintanya pada lelaki satu tu.
“Aku tak faham betul dengan cinta Encik Aerospace Engineering kau tu. Cinta dia pada kau tu pun masih di awang awangan. Hati dia dah landing pula bukan dekat kau. Salah airport!” bebel Hana. Rasa hendak nangis Thia dengar. Tapi dah memang hakikat. Sekurangnya Hana cakap berlapik sikit.
“Thia. Aku bukan nak jatuhkan perasaan kau. Tapi cinta Zarul tu macam tak nak take off saja dari airport Kak Qila. Jangan simpan hati kau pada yang tidak sudi.” Sambung Hana lagi.
Buntu. Thia sekarang bingung.
“Sekurangnya Zarul dah accident tempat aku. Jadi tak salah kalau aku ubatkan? Letak ubat cinta sikit, antibiotik benci sikit, vitamin kasih sayang sikit. Lama-lama boleh juga jatuh cinta dekat aku. Takkan aku nak Zarul tu masih ICU dengan cinta Kak Qila terus menerus.”
Sebal pula rasa hati bila buntu hendak buat apa. Dead end!
“Aku rasa makin lama. Makin menjadi watak antagonis kau tu. Rasa macam betul saja cakap Zarul tu. Kau ni watak ketiga yang kacau cinta dia dengan Kak Qila.” Keluh Hana. Dia pun tak tahu macam mana nak tolong si kawan.
“Aku pun rasa macam tu Hana. Macam jahat saja aku ni. Tapi aku nak juga jadi heroin. Tak boleh ke orang ketiga jadi heroin? Cerita ni biar aku jadi watak utamanya. Jadi cerita aku.”
“Aku tak tahu macam mana nak nasihat kau lagi Thia. Kau tahu baik buruk apa yang kau buat. Sekarang ni kau pun tahu. Kau sendiri tahu kau punca Kak Qila dan Zarul tu putus tunang. Aku harap akhir penceritaan kau tak terluka dengan apa keputusan yang buat ni.”
Thia ketap bibir. Air matanya mengalir. “Kau doakan yang terbaik untuk aku okey. Setakat ni belum sampai pengakhiran cerita pun aku dah terseksa sangat.”
Tidak sampai hati Hana hendak tegur Thia. Ditarik si kawan ke dalam pelukannya. “Aku doakan yang terbaik untuk kau Thia.” Disapu belakang Thia lembut. Memberi kekuatan pada Thia. Hana sendiri tahu Thia cukup terseksa dan merana dengan perasaan cintanya.
Harapan Hana agar perasaan cinta Thia itu tidak terus menerus jadi virus. Takut nanti makan tuan badan sendiri. Nanti bagus-bagus ada perasaan. Kesannya Thia jadi orang yang tidak berperasaan.
Nauzubillah! Tidak ingin Hana kawannya jadi jahat dan tidak berperikemanusian. Itu bukan Thia yang dia kenal.

‘Thia cuma ingin kejar kebahagiaannya sendiri.’ Pujuk hati Hana.

Nota Kaki Ayam: virus ILOVEYOU memang wujud, boleh google kalau nak tahu lebih lanjut. Bab 1 dah released hari jumaat tu lagi. ni link : http://nurfazilaserenity.blogspot.com/2013/11/bukan-orang-ketiga-bab-1.html

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

0 tukang komen:

Post a Comment

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)