Tuesday, May 29, 2012

Tembok Cinta bab 16




“Budak-budak ni… sudah tua bangka pun layan kartun. Cubalah Korang fikir aktiviti nak buat. Adakah tekan lagi Disney Channel tu.” Omel Puan Fatimah melintasi ruang tamu.
“Boringlah opah. Bukan ada rancangan best. Tengok kartun la. Best apa! kita sokong kartun tempatan. Boboiboy!” jawab Ammar.
Erm... Elok sangatlah tu. Sorang ambil satu. Cukup untuk korang tiga. Sudahlah opah nak keluar pergi rumah Mak Bedah.”
“Buat apa?” tanya Adam.
“Anyam ketupat la tu….” jawab Taufiq sambil mengekek.
Owh… Ahli mesyuarat tingkap…” kata Adam dan Ammar serentak. Terangguk-angguk kepala mereka berdua dengan sengihan panjang.
“Otak kamu tiga ahli mesyuarat tingkap. Aku nak pergi tengok menantu dia yang baru habis bersalin tu. Tunggu korang punya anak. Alamatnya berkulat aku menunggu. Dari dulu asyik tengok anak menantu orang saja lahir. Harapkan korang? Huh! Basi!” bebel Puan Fatimah panjang lebar. Ambik kau!
Ish… ish… ish… tu la kau Adam. Tak pandai-pandai nak kahwin! Kesian opah dah basi. Cucu apalah kau ni…” usik Ammar.
“Kalau aku yang kahwin ada jugak yang merana nanti. Opah tanyalah bakal isteri Adam tu. Bila-bila masa pun Adam on nak pegang tangan tok kadi.” Balas Adam selamba.
Taufiq dan Ammar berdecit. Kurang asam! Marah mereka dalam hati.
“Eh! Cakap pasal Fiera. Dia mana?” tanya Taufiq.
“Baru perasan ke?” balas Puan Fatimah sarkastik. Tiga-tiga buat muka blurr. Tak tahu la tu!
“Dia ada di belakang. Cuci tangga.” Sambung Puan Fatimah.
“Apa?!!!” jerit mereka bertiga.
“Dia kan sakit. Yiee… kita bawak dia sini suruh berehat! Lain pula dia buat.” Marah Taufiq.
“Dia dah sihat tu. Tadi opah tengok mulut dia dah okay. Bintik merah tu saja tinggal. Opah pergi dulu… Assalamualaikum.”
Ketika Puan Fatimah turun tangga rumah. Bunyi bising orang berlari di ruang tamu mengegarkan rumahnya. Baru nak kecoh berebut cari Fiera.  Kalau ini rupa perangai mereka bertiga. Aku pun tak hingin berlakikan mereka!
“Tak lama roboh la rumah aku tu…!!” jeritnya Puan Fatimah dari bawah.



Taufiq pegang berus. Adam pegang baldi. Manakala Ammar pula sudah duduk di tengah-tengah anak tangga. Bangkang Fiera buat kerja! Tapi yang Ammar duduk atas tangga yang basah tu atas kerelaan sendiri ya… Taufiq dan Adam tak paksa pun!
Fiera berpeluk tubuh. Tangannya disilangkan di dada. Satu keluhan dihembuskan. Sebab inilah dia buat kerja senyap-senyap sementara mereka bertiga khusyuk tengok kartun tadi.
“Korang nak sangat buat kerja kan?” soal Fiera.
Mereka bertiga mengangguk serentak.
“Baiklah. Tunggu sini kejap! Lepas ni siapa mengomel siaplah!” Fiera naik atas rumah. Ammar mengensot sedikit untuk memberi ruang Fiera agar menaiki tangga.
Beberapa minit kemudian. Fiera sekali lagi datang ke tangga. Banyak sedap mereka lepak ditangga sambil bercerita kosong. Tunggu kamu!
“Nak buat kerja sangat kan?” tanya Fiera balik.
Erm…
“Tak nak bagi aku buat kan?”
Erm…” angguk mereka bertiga.
Fiera menunjukkan tapak tangannya ke arah tiga orang lelaki itu. “Lepas ni siapa merunggut buat kerja dan mengalah. Kena belanja makan semua orang dalam tempoh setahun!” Amarannya.
Sorang ambil satu…” sambung Fiera. Terdapat tiga keping kertas yang telah dilipat di tapak tangannya.
Tiga orang jejak itu mengambil seorang sekeping kertas putih yang dilipat kecil itu.
“Sekarang buka!” arah Fiera. Ceh! Macam Lady boss pulak gayanya. Hehehe…
Ternyata jelas riak terkejut pada muka tiga orang lelaki itu. Taufiq pandang Ammar, Ammar pandang Adam pula. Kemudian Adam pandang Taufiq balik. Lantas ketiga-tiga mereka memandang Fiera yang tersenyum puas.
“Siapa dapat tingkap dan singki?” Soal Fiera.
Perlahan Adam mengangkat tangan. “Good! Adam cuci SEMUA tingkap di rumah opah ni dan singki dan mop lantai sampai BERKILAT.” Kata Fiera.
Ammar mengekek mengetawakan Adam yang sudah kelat mendengar perkataan ‘semua’ dan ‘berkilat’ yang ditekankan oleh Fiera.
“Sekarang siapa dapat langsir, sarung kusyen, sarung bantal dan tilam?” tanya Fiera balik.
Dengan tahap confident yang tinggi Ammar mengangkat tangan. Rasanya ini kerja mudah saja. Buka semua kemudian sumbat dalam mesin basuh!
Taufiq dan Adam menjeling Ammar yang melonjak kegembiraan.
Fiera pula membalas senyuman Ammar. Gembira sakan nampak!
“Kau buka semua langsir, sarung kusyen, sarung bantal dan tilam yang ada di rumah ni. Lepas tu basuh guna tangan sampai bersih!”
Zapp!! Terdiam Ammar mendengar ayat terakhir dari Fiera itu. “Erk? Kau ada salah cakap ke? Basuh guna tangan?” tanyanya ragu-ragu.
 “Tak betul la apa aku cakap. Opah mana ada mesin basuh. So Encik Ammar Haikal sila cuci guna tangan. Faham!” kata Fiera.
Gila. Seksa. Sadis. Parah. Terkejut dan terkezut!!! Dengan ayat itu. Mahu kecut tangannya yang lembut itu basuh guna tangan. Gila!
Tertawa Adam dan Taufiq memandang muka pucat Ammar.
Fiera kemudiannya berdehem. Menarik perhatian mereka bertiga semula.
“Sekarang siapa dapat tugasan terakhir?” soal Fiera pada mereka bertiga.
Adam dan Ammar tayang muka blurr. Sudah terang tang-tang mereka berdua sudah dapat tugasan ‘Keseksaan’ dari Fiera. bermakna Taufiq la orang yang dapat tugasan terakhir!
“Kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu, bala apa pulak untuk aku.” pantun tiga rangkap tidak jadi dari Taufiq.
“Eh? Kau ke? Owh… Taufiq akan dapat kerja paling mudah antara korang semua. Double T. ” kata Fiera.
“Cis… Sudah clean and clear memang aku saja tinggal.” Balas Taufiq. Memang crystal clear Fiera hendak kenakan mereka bertiga. Kekejaman berlaku di sini. Huargh! Tidak sudi Taufiq buat tugasannya.
“Taufiq akan cuci tangga mengantikan aku…” kata Fiera perlahan-lahan.
Kening Ammar dan Adam terjongket. Berteka teki pula si Fiera ni. Suspen pula jadinya.
“Kemudian cuci tandas dan bilik mandi rumah sampai bersih!” laju sahaja arahan dari gadis itu.
Ketawa dua jejaka itu terburai. Walaupun tahap keseksaan mereka parah tapi tidaklah separah Taufiq yang terpaksa berdepan dengan ‘kewangian’ tandas.
“Ada bantahan?” tanya Fiera
Ammar dan Adam mengangguk laju. Taufiq pula hanya diam tidak berkutik. Tanda protes!
Good! Taufiq?”
“Ya...!!” jawab Taufiq dengan nada keras. Buat tanpa rela ye... aku baru saja habis mandi… huhuhu…



“Eh! Dah nak raya ke bang?” tanpa salam Airi terus masuk dalam rumah opah. Tahan sajalah dengan budak seorang ni.
Kerusi yang tidak bersarung di duduk. “Kak Fiera mana?” tanya Airi pada Ammar yang sudah terbongkang atas lantai. Penat!
“Dapur tengah masak.”
“Opah pulak mana?” tanya Airi lagi.
“Jalan.” Jawab Ammar sepatah. Yiee… budak seorang ni! Tak nampak ke aku yang sudah kepenatan ni?
“Rajinnya abang Adam lap tingkap. Tak lama nak raya ke?” ejek Airi pula pada Adam yang kusyuk lap tingkap ruang tamu. Satu persatu cermin tingkap dilap lelaki itu. Rumah opah pun sudah terang benderang tanpa langsir. Airi juga perasan yang tangga rumah bersih dan langsir serta kain-kain yang bergantung di ampaian tadi.
Mimpi apa pula mamat-mamat di rumah opah ni. Kena rasuk jin rajin mungkin!
Ermm…” kata Adam tanpa menghiraukan Airi. Tanda jangan kacau aku! ini cermin yang terakhir. Rasa macam nak putus urat tangannya mengelap semua cermin tingkap rumah opah ni.
Airi tidak membalas. Tahu Adam tidak mahu dikacau sekarang ini. Dia bangun lalu menuju ke dapur. Kerusi meja ditarik lalu dia bertukar tempat ke situ pula. “Akak masak apa? wanginya…”
“Sambal tumis ikan bilis.” Jawab Fiera sambil tekun mengacau periuknya. Memang dia sudah agak Airi yang datang. Terdengar suara Airi pun sampai ke dapur!
Airi tidak membalas. Dulang atas meja dibuka. Wah! Sayang kak Fiera. ini yang sedap ni. Masak asam pedas…
“Busuknya… abang Fiq ni dari membuang ke berperang dalam tandas tu?” komen Airi melihat Taufiq yang keluar dari tandas. Lengan bajunya dilipatkan. Seluarnya pula sebelah terlipat sebelah pula sudah terturun. Macam kalah judi pun ada!
“Diamlah.” Tegur Taufiq.
“Minta air.” Taufiq mendekati Fiera. Dia berdiri tepi singki sementara menanti Fiera mengisi air mineral ke dalam gelas.
“Macam bos-bos!” leter Airi. Tapi langsung tidak dipedulikan oleh Fiera dan Taufiq. Layan budak kepochi ni memang cari maut tadah telinga!
Gelas dihalakan kepada Taufiq.
“Tolonglah aku. Tangan aku busuklah…”
Fiera mencebik. Tapi gelas ditangannya didekatkan juga pada mulut Taufiq. Kesian juga dengan si kawan seorang ni. Berkotor dalam tandas tu cuci lumut di dinding dan lantai.
Romantica de amour la pulak.” komen Airi memandang aksi Taufiq dan Fiera. Macam suami isteri! Cewah!!
“Kau diam!” kata Fiera dan Taufiq serentak. Mereka memandang Airi tajam. Terdiam juga Airi akhirnya. Lantak koranglah…
“Ambilkan aku tuala dalam bilik ya. Aku kotor ni. Nanti kotor balik lantai ruang tamu tu.” kata Taufiq. Nanti mengamuk pula Adam yang sudah mop lantai tu.
Erm… kau letak mana?” tanya Fiera.
“Ada aku sangkut di depan almari bilik. Tuala warna biru tu.” jawab Taufiq.
“Iyalah… tunggu situ. Aku pergi ambil dulu.” Fiera matikan api di gas kemudian masuk ke dalam ruang tamu. Sempat kepalanya digelengkan bila melintasi Ammar yang terbongkang tidur atas lantai.
Adam pula sudah duduk bersandarkan dinding. Kepenatan! Biar lelaki-lelaki ni sedar kepenatan tugas seorang wanita di rumah.
“Macam suami isteri. Akak! Kita makan dulu ye. Lapar!” Kata Airi bila memandang Fiera sudah kembali dengan tuala Taufiq. Rajin pula dia bantu Fiera mencedok sambal ikan bilis di kuali.
“Diamlah. Kau ni dah solat zohor.”
“Belum.” Jawab Airi selamba. Wanginya masakan kakak Fiera ni.
“Pergi ambil air wudhuk dulu sebelum abang Fiq mandi. Lepas tu guna sejadah abang Fiq dalam bilik. Sembayang dulu baru makan! Lepas tu kejutkan abang Ammar dan Adam. Suruh sembayang!” arah Fiera.
Erm… ya la.. Akak ni garang macam singa!” kata Airi.


“Akak jadi ke plan petang ni?” tanya Airi.
“Jadilah. Tapi rasanya kita berdua saja. Diorang tiga ni macam dah tak larat nak berdiri aje.” Jawab Fiera.
Plan apa pulak?” tanya Ammar. Budak seorang ni potong line betul. Setiap kali Fiera balik kampung mesti nak berkepit dengan Fiera saja.
“Boleh! Lagi bagus. Kita dating berdua saja kan? Kami nak pergi minum air kepala muda petang ni. Fresh dari pokok! Kan kak?” kata Airi. Saja nak mengusik tiga orang lelaki yang syok dengan Fiera ni.
“Nak ikut!” kata Taufiq, Adam dan Ammar serentak. Taufiq dan Ammar yang sedang khusyuk makan pun menjawab.
“Tadi mengeluh penat…” ujar Fiera.
“Tak penat!” kata mereka bertiga serentak lagi. Kemudian mereka berdecit. Kenapa serentak pula mereka bercakap ni?
“Mana-mana korang saja la… Airi nak tambah lagi tak?” tanya Fiera terpandang nasi Airi yang sudah tinggal sedikit.
“Nak… nak… akak masak sedaplah… hingga menjilat jari!” kata Airi sambil menghulurkan pinggannya pada Fiera.
Taufiq, Ammar dan Adam menjeling tajam pada budak seorang ni. Bengang!




Tiga botol minyak urut dihulurkan pada Taufiq, Ammar dan Adam. Seorang satu biar tiada yang berebut. Tiga-tiga mengambil seorang satu lalu mengurut lutut dan tangan masing-masing.
“Yang korang datang rajin sangat buat kerja rumah ni kenapa? Dah buang tabiat? Lepas tu boleh pula pergi derma air kelapa dekat rumah jiran-jiran.” tanya Puan Fatimah. Fiera buat muka tidak tahu. Dia melayan cerita di televisyen saja.
“Alah opah! Bukan selalu. Buat kerja rumah tu pun exercise kan…” jawab Ammar.
“Betul… betul…” sokong Taufiq. Adam pula leka mengurut tangannya. Rasa macam nak patah tulangnya.
Hari ini memang masuk dalam sejarah. Cucu-cucu opah buat derma dirumah-rumah jiran. Tidak ramai ada tiga rumah saja termasuk rumah nenek Airi.
Ceritanya bermula begini…
Bila tiga-tiga jejak idaman Malaya itu berebut hendak jadi hero panjat pokok kepala dengan selamba badaknya Airi cakap. “Dari korang berebut panjat pokok kelapa tu baik sorang panjat satu pokok. Kan senang!”
Fiera pun dengan senang hatinya menerima cadangan Airi. Dia sendiri tunjukkan pokok kelapa untuk dipanjat lelaki-lelaki itu. Siap suruh mereka jatuhkan semua kelapa muda ketiga-tiga pokok itu dan tolong kupaskan. Kemudian bagi dekat jiran-jiran. Buat amal jariah!
Yang buat mereka tiga kegeraman pula. Releks kemain lagi Airi duduk minum air kelapa dengan Fiera sedangkan mereka bertungkus lumus. Sakit hati betul dengan budak seorang tu.
“Sudahlah… esok dah nak balik. Lepas urut tu masuk tidur. Jangan berjaga malam lagi. Opah pun dah nak tidur ni.” Kata Puan Fatimah  sambil berdiri masuk ke dalam bilik.
Erm…” jawab mereka bertiga.
Fiera pun sudah berdiri. Hendak masuk bilik tidur.
“Eh! Kau pulak nak ke mana?” tanya Taufiq.
“Tidurlah… esok pagi aku kena masakkan bekal untuk kita semua balik nanti. Opah yang suruh! Selamat malam dan terima kasih atas kerajinan korang semua hari ni ye... sebab dapat mengurangkan kerja opah di rumah ni dan amal jariah menderma hari ni. Malam!” kata Fiera sambil tersenyum manis.
“Malam…” jawab mereka bertiga serentak. Angau sekejap dengan senyuman Fiera tadi. Haiyaa… malam ni tidur bertemankan senyuman itu sajalah… tidak payah pakai ubat urut gamat yang dibeli dari Langkawi ni pun tak apa! senyuman Fiera pun sudah cukup menghilangkan rasa penat hari ini.

terima kasih baca. ada komen tak?
oh! yaa... jangan lupa cari fan page saya d FB yaa... saya rajin update teaser sana... cari Nurfazila Serenity. ^^

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Thursday, May 24, 2012

Tembok Cinta bab 15




Deruman kereta Taufiq menarik perhatian Puan Fatimah yang sedang leka masak cucur udang di dapur. Dia segera menuju pintu utama mendengar suara Fiera memekik memberi salam.
Apa punya anak dara cucunya seorang ni. Tiada disiplin langsung! Nak kena habuan bagi ‘pembelajaran’ sikit untuk me‘muslimah’kan anak gadis seorang ni.
“Oi!! Fiera… hang dok memekik bagi salam ingat aku pekak ke apa?” omelnya sambil berlenggang kangkung ke pintu.
Tanpa disedari. Fiera terus menerpa wanita tua itu. Terkunjur Puan Fatimah kerana terkejut apabila dipeluk secara tiba-tiba sedemikian.
“Assalamualaikum Opah!” ujar Taufiq yang menaiki tangga sambil menjinjing dua biji beg.
“Waalaikumsalam. Hah! korang naiklah. Mesti penat bawa keretakan?” balas Puan Fatimah sambil meleraikan pelukan Fiera.
“Tak penat juga Opah. Fiera rindu opah sangat-sangat.” Mereka berjalan berseiringan ke ruang tamu.
“Memanglah tak penat sebab aku yang jadi hamba merangkap driver!” komplen Taufiq. Padahal memang dia sendiri jugak dengan rela hati buat. Sebab tidak sanggup nak mati awal bila suruh Fiera yang bawa kereta. Ingatnya highway tu litar sepang? Bawa mengalahkan Micheal Schumacher.
“Ni Fiera dah kenapa macam model Yusop Tayop ni?” soal Puan Fatimah sambil menarik mask Fiera.
Di belakang Taufiq sudah ketawa mengekek. Menyindirlah tu!
“Bukan Yusop Tayoplah opah tapi Yusuf Taiyub. Tai…yub!” Taufiq membetulkan sebutan wanita itu.
“Tak kisahlah. Janji ada bunyi pun cukup. Kenapa berbungkus dah ni?” Tukas wanita itu.
“Alergik opah. Entah makan apa? badan pun dah tumbuh merah-merah.” Rengek Fiera.
“Tak apalah. Nanti opah tolong tengokkan macam mana. Kamu dua pergilah mandi dan rehat. Opah nak tengok cucur udang tu. Nanti hangus pulak.”
“Cucur udang?” segar balik mata Fiera dengar perkataan udang. Makanan faveret tu…
“Kau jangan mimpi nak makan udang! Nanti gatal lagi.” Ah! Sudah doktor Taufiq sudah memberi khidmat nasihat free. Fiera buat mimik muka. Tanda tidak puas hati. Ni kes nak bahan sendirilah tu!
Taufiq tidak mengendahkan Fiera. Beg pakaian mereka diangkat. Entah berapa kilo beg pakaian Fiera ni. Macam nak menetap di rumah opah pulak!
“Betul cakap Taufiq tu Fiera. Kawal nafsu makan tu. Nanti ada pulak yang merengek satu malam sebab tidak dapat tidur.” Amaran wanita itu.
Fiera sekadar mengangguk. Dia mana pernah membantah kata-kata Puan Fatimah. Kalau dengan Taufiq tu jangan cakap! Dia sentiasa menjadi pembangkang terhebat dipasaran…
“Opah! Fiq letak beg model Yusop Tayop kita ni dalam biliknya.” jerit Taufiq sambil memasukkan beg dalam bilik yang Fiera selalu guna. Memandangkan ada 2 bilik kosong dalam rumah Opah. Kedua-dua bilik diguna khas untuk mereka sekiranya singgah bermalam di rumah itu.
“Ya letak aje la. Hah! Fiera pergilah bersiap.”
“Baiklah.”



Ketika Fiera keluar dari bilik. Suara yang dia sangat kenal sudah bergema satu dapur. Siapalah lagi kalau pak cik peguam tu datang!
‘Amboi! Sedapnya mereka dua pulun cucur udang opah.’ Desis hati Fiera. Kerusi di hadapan Taufiq diambil.
Telan air liur basi sajalah… haiyaa… bertambah kecur liur Fiera tengok cucur udang opah yang masih berasap.
“Eh! Fiera apasal kau jadi model muslimah dah ni?” tanya Ammar terkejut.
Riak muka Taufiq pun berubah. Apasal minah ni pakai balik kain bikin tutup mukanya?
“Mulut aku bengkak. Alergik!” jawab Fiera.
“Fiq. Plastik mask tu kau letak dekat mana? Aku tak jumpa pun. Dalam kereta kau pun tiada.” Jawab Fiera. Bukan main berkilat lagi kereta Taufiq. Mungkin dia sudah cuci ‘isteri’nya itu. Bersih dan berkilat!
“Alamat aku dah terbuang dalam tong sampahlah waktu cuci kereta tadi. Ingatkan plastik sampah.” Taufiq menepuk dahi. Habislah kena marah lagi.
Bulat mata Fiera memandang Taufiq. Tak kan nak dia pakai selendang macam ni tutup mulut dia kot. Agak-agaklah…!! Mask yang dia pakai tadi pun dah dibuang. Ingatkan boleh ganti baru.
“Kau jangan buat lawak dengan aku.”
“Betul Fiera. Aku tak tipu. Kalau kau tak percaya pergilah selongkar tong sampah tu balik.”
“Habis tu tak kan nak aku pakai macam ni aje.” Fiera mengeluh.
“Cantik apa? macam model kurma tu.” celah Ammar. Kepalanya digoyang menari tarian arab.
Tajam mata Fiera memandang Ammar yang kusyuk makan cucur udang sambil memberi komen. Taufiq sekadar terketawa lucu tengok tarian Ammar. Kalau masuk sehati berdansa. Menangis koreografer tengok! Hancur tarian dikerjakan.
“Kau diam!” Fiera berdiri. Lalu keluar dari ruang tamu.
“Lah marahkah?” seriau Ammar dengan Fiera ni. Apa kes angin satu badan?
“Taklah. Mana ada marah. Aku tengah sakan bergembira ni nampak?” sarkastik jawapan Fiera bagi. Ambik kau! Siapa suruh buat aku angin lagi.
Tanpa sebarang pamitan Fiera terus keluar dari dapur. Layan blues bawah pokok mangga lagi bagus! Sasaran Fiera ialah buah mangga dan jambu depan rumah opah. Sedap!
“Assalamulaikum!” satu suara kanak-kanank yang kedengaran sedang memberi salam mempercepatkan langkah Fiera.
“Waalaikumsalam…” Langkah Fiera terhenti dipintu rumah. Tengok kereta yang terpakir pun Fiera sudah tahu siapa pemiliknya. Adam! Aduh! Bala apa yang datang?
“Apasal kak Fiera pakai macam model arab tu? Dah buang tabiat ke apa?” komen Airi cucu jiran sebelah rumah Opah. Budak ni tingkatan 4 ni memang cari pasal dengan Fiera. 44 kali kali orang cakap dia macam model memang termakbullah kata mereka ni.
Jangan hairan kalau Fiera tetiba jadi model arab!
“Diamlah.” Balas Fiera. Kalau layan Airi yang terlebih ‘tingkatan’ ni boleh datang sakit kepala Fiera. Baru tingkatan 4 tapi mulut mengalahkan pelajar terlebih mangkuk tingkat! Lu pikirlah sendiri!
“Kak Fiera. Abang ni sesat tadi. Katanya nak cari rumah Opah.” Kata Airi sambil menunjuk lelaki yang berdiri dibelakangnya.
Ermm… iya la. Dia ni cucu Opah. Kau baliklah.”
Aseleh… akak ni macam nak halau kita pulak. Tak kan takde buah tangan dari KL kot!” Airi mencari kesempatan. Selalunya kalau Fiera dan Taufiq balik. Buah tangan untuk dia dan adik perempuannya mesti ada punya.
“Tu hah buah jambu di pokok tu. Kalau kau nak akak boleh jugak! Ambil guna tangan akak ni hah. Jadilah buah tangan untuk kau dari akak.” Fiera loyar buruk dengan Airi. Adam yang terdengar pun terketawa kecil. Layan jugak Fiera dengan budak ni walaupun  tidak seberapa sudi!
Wajah Fiera yang tengah berceloteh dengan Airi dipandang. Cantik alis mata gadis yang menutup separuh mukannya itu.
“Alah akak ni ada genetik Haji Bakhil  ke? Apasal tangkai jering sangat.” Sayu suara Airi merajuk. Jangan harap Fiera pujuk. Tidak termakan pun drama Airi tu.
“Kalau kau nak tangkai nanti akak cari mana-mana bomoh. Minta tangkai yang belum kena mandrem. Alah! Akak balik ni pun emergency sakit. Alah kau ni! Baru sekali balik tanpa buah tangan pun dah merajuk. Tak macholah wei!”
“Sakit apa kak? Alah… kita tak merajuk pun. Ini Airi yang hansem la…” Kerek pulak jawapan cucu jiran opah ni.
“Badan cekeding macam cicak. Ada hati nak puji diri sendiri.”
“Alah akak ni tiada bakat jadi motivasi, sepatutkannya akak bagilah kata-kata motivasi. Ini tak! Dibaginya kata-kata merundum perasaan.” Kata Airi. Eh! Kerek betul kata-kata budak ni.
Fiera mencebik walaupun dengan muka tertutup. “Tiada maknanya. Kalau kau nak akak jadi motivator akak dah lama cakap. Balik rumah belajar bagus-bagus. Lepas tu belajar tinggi-tinggi, besar nanti balas budi mak bapak dulu baru pasang nawaitu nak kahwin!”
Hah! ambik kau…!! Sekali Nurul Zaffiera jadi pakar motivasi memang menangis orang dikerjakan.
“Alah akak ni. Orang taulah. Eh! Kak nak buah tak? Esok orang tolong ambilkan kelapa muda. Tapi balik dari sekolahlah. Esok ada kelas tambahan.” Cadang Airi.
“Boleh jugak. Kau telefon akak kalau dah nak pergi panjat. Nanti akak suruh abang Fiq dan abang Am pergi tolong kau panjat. Tak payah nak susah-susah. Dua ekor beruk tu boleh tolong kita panjat.”
“Alah. Baru nak dating dengan akak! Kacaulah abang Fiq dan abang Am ni.” Selamba Airi menjawab. Buntang mata Adam. Eh! Tak cukup Taufiq dan Ammar. Budak kecil ni pun minat jugak dengan Fiera. Bertambahlah kroni musuhnya!
Fiera berdecit. “Banyaklah kau punya dating. Habis si Qaira kau nak buang mana?” Teringat Fiera bila Airi kantoi dating dengan Qaira anak penghulu kampung. Habis satu kampung Airi dikejar oleh neneknya dengan parang. Umur tidak cukup angka! ada hati dating dengan anak dara orang.
Hahaha… lelakikan boleh pasang empat. Betul tak bang?” Kening Airi menjongket-jongket meminta sokongan Adam.
Adam sekadar tersengih. Terhibur dengan telatah Airi yang agak nakal.
“Sudahlah… esok jangan lupa tau!”
Ermm… akak ni! Baru nak beramah mesra dengan abang ni. Jangan-jangan abang ni boyfriend akak kut? Hailah… melepaslah abang Am dan abang Fiq.” teka Airi.
Fiera membuntang matanya. Terbeliak macam kuntilanak!
“Kalau kau tak nak kena lempang dengan selipar jepun opah yang made in China ni baik kau blah sekarang. Nanti ada jugak budak tidak pergi sekolah esok…”
“Huish! Akak jarang garang sangat. Nanti  abang ni tak nak. Jadi anak dara tualah alamatnya…” kata Airi lantas berlari laju turun anak tangga. Macam lipas kudung berlari balik rumah sebelah. Takut jugak kalau angin Fiera meletop. Ada kali kedua Airi marathon satu kampung lepas kena kejar oleh neneknya.
Adam melepaskan ketawanya. Cakap saja macho. Sekali kena sebiji oleh Fiera baru Airi tahu penangan akak Fieranya.
Selipar jepun opah dijatuhkan semula ke lantai. Fiera gertak saja pun. Marah-marah sayang. Alah! Sekadar Airi tu. Rasanya kalau Taufiq yang cakap lagi dahsyat. Itulah dia kebal dengan lelaki bermulut lancang ni.
Fiera mengalihkan pandangannya pada Adam. “Ada barang nak tolong angkat tak?”
“Hah! oh! Tolong angkat yang ni aje.” Adam menghulurkan buah-buahan yang dibawa sebagai buah tangan.
Erm… ya la… naiklah dulu. Taufiq dan Ammar ada di dapur tengah minum. Pergilah join sekali. Fiera nak cari opah dulu.” Fiera berkira-kira hendak masuk semula ke dalam rumah. Nanti baru cari opah.
“Fiera…” panggil Adam lembut.
Segera Fiera berpaling. Mereka bertentangan.
“Suka tengok awak macam tu. Cantik!” Ikhlas Adam memuji.
Fiera yang mulanya terkebil-kebil bertukar malu apabila dipujikan sedemikian. Aww… Kembang semangkuklah pulak!
Erk! Thanks…” kata Fiera. Laju dia masuk ke dapur hantar buah tadi. Ah!! Peras santan dah…



“Apa mimpi pulak korang semua datang rumah opah ni? Dah macam berjanji pun ada! Tiada angin tiada ribut tiba-tiba datang serbu.” Kata Puan Fatimah mengambil tempat di sebelah Adam. Hendak bantu Fiera basuh pinggan tapi gadis itu menolak.
Perangai Fiera memang begitu. Kalau dia ada dikampung. Satu kerja pun Puan Fatimah tidak boleh buat. Semuanya Fiera sapu bersih. Tunggu esok pagi. Confirm! Tangga pun dicuci anak gadis itu.
 Hanya Ammar tengah releks menonton ESPN dengan Taufiq. Adam pulak sibuk dengan komputern ribanya. Tengah curhat (curahan hati) dengan kawan baiknya Haris di Facebook. Minta pendapat dan khidmat nasihat sementelah ada kesempatan untuk bersama Fiera (Tidak lupa jugak sisipan cerita pasal Ammar dan Taufiq yang turut serta!).
“Tiadalah opah. Kebetulan aje tu.” balas Taufiq.
Tengok gaya dua orang ni. Macam tahu-tahu saja dia dan Fiera nak balik kampung. Owh ya! Terlupa sebab mussabab kemunculan Ammar pun adalah kerana Fiera terlepas cakap. Maknanya yang escort mereka ialah Adam. Entah dari mana pulak mamat ni dalam maklumat.
 Suspicious betul! Jangan-jangan Adam pasang spy dekat Fiera kut? (Lagu James bond sedang mengeluarkan bunyi dikepala Taufiq. Jeng… Jeng… Jeng…)
 Pinggan berisi buah yang dibawa oleh Adam tadi diletak atas meja ruang tamu. Tersusun cantik buah epal dan oren yang dipotong kemas untuk pencuci mulut mereka.
‘Rajin Fiera buat kerja.’ Puji Adam, Ammar dan Taufiq dalam hati masing-masing.
Fiera sekadar duduk atas lantai berdekatan dengan Ammar. “Am. Mana surat tu? kata nak bagi aku sign. Apa-apa pun thanks ya…”
Selepas tandatangan dan beberapa urusan. Sah la rumah itu milik Fiera. Satu pun Fiera tidak mengurus kecuali tandatangan saja. Yang lain semua Ammar yang buat. Dah tu FOC pulak. Free of Charge!
Your welcome. Nanti belanjar aku makan tau.”
“Bisa diurus dong.” Gurau Fiera.
“Fiera dah makan ubat?” celah Adam. Tidak suka dengan Fiera dan Ammar yang rancak bercerita. Dia saja buat-buat sibuk berchatting dengan Haris tapi matanya kerap menjeling pada Fiera dan Ammar.
“Belum!” jawab Fiera sepatah. Matanya beralih pada skrin televisyen. Haiyaa… lelaki dan bola! Pasangan yang sukar berlepas selain kereta.
“Pergilah makan. Nanti kau lupa. Lepas tu kalau bengkak balik jangan menangis bagai nak rak telefon aku awal subuh.” Ngomel Taufiq. Dia pun tidak seberapa berkenan lihat Ammar yang rancak bercerita dengan Fiera.
Mata Fiera menjeling tanda tidak puas hati. Suka betul mengungkit mamat seorang ni.
“Pergilah makan ubat tu Fiera. Kau ni pun satu. Dah mulut bengkak semacam. Malas lagi makan ubat.” Paksa Ammar pulak.
Ini yang buat Fiera lemah sendi tulang ni!  Kalau ubat tu ada kecil tidak apa jugak. Ni sebesar penadol. Dia rasa ubat ni macam lagi besar kot.
“Ye la…” Lemah kaki Fiera menghala ke dapur semula. Doktor Taufiq memainkan peranan mengekori Fiera ke dapur. Tahu sangat masalah si kawan dengan ubat.
Sementara Fiera mengisi air ke dalam gelas. Taufiq mengeluarkan ubat-ubat Fiera lalu diletak atas saban. Potong belah empat. Yang sederhana besar dipotong dua saja.
“Banyaknya…” komen Fiera. Yang sepatut ditelan 3 biji tapi jadinya punyalah banyak!!
“Alah bukan banyak pun. Tutup mata.” Arah Taufiq.
Fiera menutup matanya seperti yang disuruh.
“Buka mulut.” Arah Taufiq lagi. Fiera tidak banyak songeh. Masih lagi menurut.
Taufiq memasukkan beberapa biji ubat ke dalam mulut Fiera. “Done. Telan sekarang.”
Gulp! Sekali telan. Habis licin segelas air tadi oleh Fiera. Huagh!! Dia paling benci ubat!
“Sabarlah. Ada satu jenis lagi tinggal. Tadi aku masukkan sekali dua jenis yang aku belah dua.”
Tinggal yang saiz paling besar yang dibelah empat saja lagi. Fiera mengisi semula gelas yang sudah kosong. Kemudian mereka melakukan perkara yang sama lagi.
“Dah. Lepas ni kau sapu pula red spot di badan kau tu. Kemudian teruslah tidur. Kalau kau nak aku sapukan boleh jugak!”
Fiera berdecit. Tidak suka ayat terakhir Taufiq tu. Ada jugak nak kena sebijik ni.
Cheese cake betul… dah la. Aku nak masuk tidur jugak ni. Assalamualaikum!” salam dari Fiera sekadar dijawab dalam hati saja oleh Taufiq. dia pun berlalu masuk semula ke ruang tamu. Malam ni ada perlawanan bola!
Anak mata Ammar dan Adam yang balik-balik menjeling dapur menarik perhatian Puan Fatimah. Tanpa sedar dia mengariskan senyuman. Siapa pun pilihan Fiera. Dia tahu antara ketiga jejaka ini memang mencintai gadis itu sepenuh hati.



jangan lupa komen tau!

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Friday, May 18, 2012

Bintang Pilihan Jihan





Kisah Nur Jihan. Bekas pengurus Luthfi , seorang artis yang terkenal. Setianya dia menjadi ‘hamba’ artis itu bersebab! Bukan kerana minat seorang peminat pada pujaan hati. tapi rasa cinta seorang gadis pada lelaki.

Cinta Jihan tidak pernah berbalas.  Luthfi seorang artis yang suka berfoya-foya! Tidak pernah serius. Dan menganggap dunia hiburannya hanya sekadar dunia untuk berhibur!

Siapa tahan? Lepas luahkan perasaan. Jihan terus kena maki kaw-kaw oleh Luthfi. Gadis tomboy mana layak untuk artis terkenal? Memang dia tomboy, kasar tapi dia buat demikian untuk dekat dengan Luthfi.
Jihan membawa diri mengelilingi dunia seorang diri. Dia menjadi perantau yang suka hidup bebas seperti burung.  Memang itupun hidup Jihan selama ini. Hidup yang tidak terikat dengan peraturan keluarga. Hidup tidak tetap.

Satu hari Jihan terperangkap. Terkena jerat oleh tuan punya sangkar! Demi mengikat Jihan agar tidak terbang jauh dari keluarga lagi, dia dijodohkan kepada Najmi.

Jihan : Siapa Najmi? Lari dari Luthfi bermakna lari dari dunia hiburan. Langsung tidak ambil tahu pasal dunia ini lagi. Tidak sedar yang dia pun dijodohkan dengan seorang yang berpengaruh dalam dunia hiburan. Nasib oh nasib! Tersangkut juga Jihan dengan dunia hiburan.

Najmi : Dia seorang bintang. Bukan kerana maksud nama Najmi ialah bintang tapi Najmi memang seorang bintang! Juga artis terkenal. Mahukah dia jadi suami si tomboy Jihan? Atau kena ubah penampilan gadis itu dulu baru layak? Tapi macam mana pula kalau cinta berputik  pada pandangan pertama?

Luthfi : Dunia hiburan ni bukannya besar sangat. Pusing kiri, pusing kanan situ-situ jugak. Apa perasaan Luthfi bila bertemu dengan Jihan semula? Terkejut? Rindu? Lama tidak berjumpa macam mana hendak menyapa? Tapi apa hubungan Najmi dan Jihan. Ah! Memang dia rindu pada Jihan. Jihan yang cool, Jihan yang comel, Jihan yang tahan dengan karenahnya. Dalam diam sebenarnya cinta berputik.

Apa pulak hubungan Lutfi dan Najmi? mengucap Jihan memikirkan hubungan dua orang lelaki itu. 
Siapa bintang pilihan Jihan? Luthfi yang telah lama bertakhta dan hanya tinggal digilap agar bergemerlapan semula atau Najmi, si bintang yang akan bersinar dalam kehidupannya? Dan siapa pula Chef Aqil.

“Long time no kiss?”  Wah! Cantik mukadimah Aqil bila terjumpa dengan Jihan. Sampai terbeliak mata Luthfi dan Najmi. Apa dalam fikiran mereka tentang hubungan Aqil dan Jihan.?  Apa rahsia Jihan? skandal Luthfi dan peminat Najmi dapatkah menerima bahawa idola mereka mencintai seorang tomboy?

Ini cerita dalam dunia bintang! Tapi siapa bintang dihati Jihan? Hanya Jihan yang tahu! maka tersingkaplah cerita Jihan, Najmi dan Luthfi.


Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Wednesday, May 9, 2012

Tembok Cinta bab 14


 
Fikiran Adam menerawang memikirkan ke mana Fiera dan Taufiq hendak pergi. Bergegas saja keluar rumah. Siap bawa beg lagi! Janganlah buah hati aku tu kahwin lari pergi Siam. Ada jugak yang putih mata dari tulang nanti…
“Awal balik hari ni Adam?” Tegur Puan Ariana. Ganggang telefon yang berada berdekatan telinganya ditutup.
Selalunya selagi belum habis waktu pejabat. Belum tentu Adam menapak dalam rumah. Apa nak jadi dengan hubungan mereka dengan Adam ni. Balik rumah dekat pukul 8 malam. Adam hanya makan malam luar. Kemudian balik terus memerap dalam bilik. Mereka hanya berjumpa kalau waktu sarapan saja. Hujung minggu pun hilang jumpa Haris sampai ke malam.
“Oh! Adam saja aje. Penat! Adam ada bawa buah. Adam letak di dapur ya.” jawab Adam. Kemudian terus berlalu ke dapur.
“Ermm… ya la.” Puan Ariana tidak membalas. Tahu mereka ada masalah komunikasi dengan Adam yang selalu memasang jurang antara mereka. Puas mereka beriktihar agar Adam menerima mereka semula tapi anak itu sering mengelak.
Puan Ariana kembali bercakap di talian. Berbual dengan ibu mertuanya di kampung.
“Okaylah Na. Aku nak siapkan dulu bilik ni. Taufiq dan Fiera nak tinggal satu dua malam sini.” Kata Opah di talian.
“Baiklah kirim salam dengan Taufiq dan Fiera dari saya. Ibu jaga diri baik-baik. Suruh budak dua orang tu bawa kereta bagus-bagus.”
“Iyalah Na. Nanti aku sampaikan assalamualaikum.”
Sejurus saja Puan Ariana membalas salam Opah. Panggilan terus di matikan. Puan Ariana meletak ganggang telefon rumah. Seraya dia berpaling, sekujur tubuh Adam sedang berdiri bersebelahannya.
“Umi. Taufiq dan Fiera balik kampung Opah?” soal Adam. Tadi ketika melintasi uminya. Adam terdengar nama Taufiq dan Fiera.
“A’ah. Kalau tak silap nak tinggal dua tiga malam di rumah opah. Kenapa Adam?” soal Puan Ariana balik.
“Oh! Tiada apa-apa. Adam naik dulu. Nanti kejap Adam rancang nak balik kampung jumpa opah. Tak sangka pula mereka pun nak pergi.” Adam terus ubah rancangan. Harap uminya tidak perasan apa-apa. Selamba saja dia menutur rancangan ekspressnya.
“Pulak! Patutlah Adam awal balik. Adam nak balik kampung pukul berapa?” soal Puan Ariana.
Mata Adam mengerling pada jam tangan jenama Rolex miliknya. “Kejap lagilah umi, Adam nak solat dan mandi dulu.”
“Baiklah. Nanti umi minta tolong bawakan kuih sikit balik kampung. Umi ada buat kek batik tu. Boleh makan ramai-ramai nanti.”
Adam sekadar mengangguk. Dia kemudiannya terus naik ke tingkat asal. Senyuman yang tersenbunyi dari tadi kian terbentuk. Gembira! Sekejap lagi dia akan berjumpa dengan Fiera…!!!



“Orang tu… makan rojak tak hengat!” Taufiq menegur. Bukan wangi lagi keretanya dengan wangi rojak buah Fiera. Sakit-sakit pun melantak nombor satu. Bibir seksi tu sengaja dibuka demi makanan. Sekali lagi ditekankan demi MAKANAN!!
“Lah! Kau nak kah? Aku ingatkan tidak sudi tadi. Aku pulunlah sendiri. Kau pun tidak tahu minta.”
Taufiq berdecit. Sudahlah dia yang kena hukum pergi beli tadi di gerai tepi jalan dengan alasan Fiera… ‘Akukan pesakit. Kau tu selaku doktor haruslah menitik beratkan soal kesihatan pesakit yang lemah seperti aku.’ kata-kata Fiera itu skema nak mampus! Ingat ini apa? Pertandingan Syarahan wajib guna ayat gila skema.
“Kau nikan…!! Kalau tidak menjawab memang tidak sah. Kalau tahu tadi, bagus aku suntik bibir kau tu. Biar kejang! Senyap sikit dunia yang penuh pencemaran bunyi ni!” Taufiq berleter.
Fiera mulai buat muka! Suntik-suntik jangan cakap… dia ada masalah sikit dengan benda alah yang bernama jarum itu.
“Nak ke tak nak? Kalau tak nak sudah. Aku makan sendiri.”
“Yiee… budak nikan. Aku naklah!!” geram Taufiq. Orang sudah minta maksudnya nak makanlah tu.
“Itu pun nak marah. Nah makanlah…” Fiera menyerahkan kontena polistena kepada Taufia.
Taufiq alih pandangan seketika. Kemudian pandang ke hadapan semula. “Agak-agaklah wei! Aku tahulah otak kau tu wayar dia ada sikit short! Tapi aku sekarang ni wahai cik Nurul Zaffiera tengah memandu. M.E.M.A.N.D.U tahu tak!! Suaplah pun adoi!!”
Terkumat kamit bibir Fiera mengajuk cakap Taufiq. Jin bebel apa pulak merasuk kawannya ni. Sabar sajalah telinga. Angin Taufiq ni ada sikit tersasar dari landasan. Fiera memilih buah yang hendak dicucuk menggunakan lidi.
Langkahnya tiba-tiba berhenti apabila telefon bimbit berbunyi menandakan panggilan masuk. Gambar Ammar terpampan menandakan dia si pemanggil.
“Assalamualaikum sayang! Kau mana ni Fiera? aku ada depan rumah kau ni. tadi aku datang pejabat mereka kata kau EL.  Kata Ammar sebaik telefon di angkat.
“A’ah tengah cutilah. Kau datang nak jumpa aku apasal?” Tanya Fiera balik. Chipsmore betul manusia seorang ni. Tiba-tiba muncul!
“Lah! Aku nak jumpa kaulah...” Selamba Ammar menjawab.
Fiera mencebik. Lain yang ditanya, lain yang dijawab! Kalau Ammar sudah depan mata sudah tentu dilukunya manusia seorang ni. “Aku tahulah kau datang nak jumpa aku. Tapi kenapa? Ada apa hal?”
“Aku…” Ammar hendak membalas tapi satu suara ‘sumbang’ di corong telefonnya membantutkan kata-katanya.
“Hoi Fiera! kuah rojak tu dah nak tumpah!!” jerit Taufiq hingga tembus di corong telefon Fiera. Sempat tadi Taufiq mengeling Fiera yang bercakap di talian. Tapi matanya buntang bila kuah rojak hampir tumpah. Automatik nada suara dia naik.
Badan Fiera terjongket dengan nada suara Taufiq yang agak tinggi. Kuah yang hampir tumpah terus tertumpah. Segera Taufiq memberhentikan keretanya ke bahu jalan. Kesian bini aku… dah kena kotor oleh bakal bini. desis hati Taufiq.
“Yiee… yang kau jerit macam orang gila tu apasal. Tengokkan dah tumpah. Habis kotor seluar aku.” Marah Fiera balik. Kerusi kereta a.k.a isteri Taufiq ni tidaklah sekotor Fiera yang bermandikan kuah rojak. Seluarnya agak kotor dengan kuah rojak yang tumpah.
“Kotor lagi kerusi kereta aku. Alah kau pergilah tukar seluar tu. Aku buka bonet, kau ambil dalam seluar dalam beg kau. Kau tukar di belakang ni saja. Aku nak bersihkan kerusinya.” Selamba saja Taufiq berkata. Tisu dalam kotak di ambil. Lalu di lap bahagian yang kotor.
“Apa punya kotor otak kau dari kotoran degil ni…? Gila apa aku nak tukar dalam kereta ni. Nak mampus?” jawab Fiera.
“Dah kau merungut sangat seluar tu jadi kotor jadi tukar sajalah.” Jawab Taufiq dengan nada yang sama. Selamba badak! Bukannya dia betul-betul suruh pun. Saja nak kacau Fiera yang telah mengotorkan kerusi isterinya. Apa lagi kalau bukan kereta kesayangannya!
“Otak kau! Tak nak aku… dah terus saja bawa kereta tu. Ni biar aku lap.” Kotak polistrena di tutup lalu Fiera menyambung kerja mengelap.
“Ceh! Baru saja aku ingatkan nak lap seluar kau tu…” kata Taufiq seraya memengang stereng kereta untuk memulakan pemanduan.
“Kurang asam!” cebik Fiera. Apa punya kotaran kepala doktor ni!
“Kurang asam nanti kita singgah mana kedai borong. Lepas tu kau boronglah asam jawa banyak-banyak buat stok!” Taufiq membalas. Jelingan mata Fiera tidak diendah. Ermmm…. Ada aku kesah?
Disebalik corong telefon, Ammar sudah basi menunggu dua orang ni memekak! Terpaksalah saja tadah telinga mendengar. Memang dia sudah agak pemilik suara sumbang itu ialah Taufiq!
Boleh tahan kuning juga kepala Taufiq ni…hahaha… komen Ammar.
“Fiera… Fiera… ” Ammar memanggil dengan nada yang agak kuat.
Fiera yang baru tersedar terus meletakkan telefonnya semula ke telinga. “Ops! Sorry Ammar… tadi ada beruk menjerit bini dia kena mandi lumpur.” Perli Fiera pada Taufiq. Kereta kotor sikit saja pun bising nak mampui!
Ammar sudah ketawa mengekek. Padan muka Taufiq!
Tangan Taufiq terus melastik dahi Fiera. Tapp!! Tepat terkena. Perli aku lagi…
“Aduh! Sakitlah biul!” Fiera mengosok dahinya yang agak kemerahan. Kurang asam punya kawan.
“Aku datang ni nak bagi surat pasal rumah tu. Dah settle. Tinggal korang sign saja. Ingatkan nak bagi surprise..” Kata Ammar sebelum Taufiq dan Fiera mula memekak lagi. Alamatnya basi lagi dia menunggu diorang habis bertikam lidah.
“Hah! padan muka. Lain kali buat lagi kejutan kau tu. Aku on the way balik rumah opah. Ahad baru balik…” Fiera menjawab. Siapa suruh Ammar buat kejutan!
“Lah… ya ka? Ermm… Jadi Taufiq tu?” soal Ammar. Jangan cakap Taufiq ikut sekali balik rumah opah. Jangan…
“Ya dia ikut aku.” Fiera menjawab. Ah! Mahu pecah gegendang telinga Ammar dengar jawapan Fiera. Aku tidak rela…!!!
“Kalau macam tu aku ikut sekali. Aku pun ikut balik rumah opah jugak. Memang aku rancang nak stay KL pun. Boleh lepak dengan kau.”
What? Kau gilakah apa? dari JB ke KL kemudian datang Temerloh pulak! Kaki kau tu robot ka apa?” Fiera sedikit menjerit. Secara tidak langsung Taufiq tertarik dengan perbualan mereka.
“Risau jugak kau dengan aku ya… Wah!! Bahagia terbuku di dada…” kedengaran releks nada suara Ammar.
“Bahagia masuk hospital bahagia…”
“Janganlah risau. Aku no hal punya. Okeylah aku catch up korang dari belakang. Bye!!” panggilan terus dimatikan. Nanti makin lewat pula dia sampai.
“Matilah Taufiq…” Fiera memandang Taufiq di tepi. Dia mengigit bibir bawah.
Taufiq memandang sekilas. “Aku belum mati lagilah!! Apasal?” ada juga kena lastik lagi. Sampai hati doakan aku mati.
“Ammar nak ikut tinggal bermalam di rumah opah.” Jawab Fiera lemah. hilang excited!
Tersenyum sinis Taufiq mendengar. Macamlah boleh jadi masalah negara.
“Aku dah agak dah.. yang mulut kau bising sangat cakap kita nak balik kampung tu apasal?” dari nada Fiera tadi lagi Taufiq sudah dapat mengagak.
“Habis tu…”
“Habis tu… kita teruskan sajalah. Takkan nak patah balik kut! Mesti opah tengah tunggu kita sekarang ni. Gila kau nak opah marah!” kata Taufiq. lagipun tidak baiklah mereka kata cancel sedangkan sudah beritahu opah awal-awal.
Fiera terdiam. Ya tak ya jugak… opahkan dah tahu… hesy! Mulut ni pun satu.
“Beginilah… kita balik kampung saja. Alah… Ammar saja pun. Kalau Adam lainlah… sentiasa emo dengan kau.”
“Diamlah! Kalau Adam boleh aku jalan kaki balik sendiri! Cukuplah Ammar yang…”  Tidak tertafsir Fiera hendak membayangkan Ammar. Ammar yang sentiasa terlebih ‘ambil berat’ atau suka terlebih ‘prihatin’ terhadap dia. Dua-dua pun boleh!
Chill la… kau anggap saja school trip. Hahaha…” ejek Taufiq. nampaknya bertambah lagi member mereka bercuti balik kampung.
Fiera berpeluk tubuh. Kemudian terus pejam mata. Beberapa saat sudah tidur nyenyak. Tidur lagi bagus dari fikir keadaan mereka di kampung dengan Ammar tu. Ini belum lagi tahu yang dia sakit. Kalau tahu entah keluar pijak tanah pun belum tentu Ammar benarkan.
Tanpa pengetahuan mereka bertiga, Adam juga sebenarnya tengah bersiap hendak balik kampung. Maka akan terjadilah episode tiga teruna satu dara di kampung Puan Fatimah a.k.a Opah The Rock!

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!