Pejam
celik sudah bulan Julai. Detik-detik cemas semakin dekat beb. Semua pelajar
tekun belajar. Sebenarnya lebih kepada BARU hendak tekun belajar. Termasuklah
Insyirah. Nak juga dia rasa macam hendak cari benda lepas geram.
Tension!
Bukan tension belajar tapi tension sebab tidak belajar. Insyirah pulak tekanan
perasan sebab semua orang tekun belajar kecuali dia. Kawan-kawan kepoh dia pun
tengah struggle belajar kecuali dia.
Gedebuk!
Sebiji
pemadam tepat mengena di dahi Insyirah. Matanya mencerlung satu persatu kawan
yang bertanggungjawab berbuat sedemikian.
“Irah
belajarlah…” tegur cikgu Zarina.
“Cikgu
boringlah…” rungut Insyirah.
“Belajarlah
Irah. Kau ni di kelas boring. Waktu tuition pun boring. Binggung aku. muka tu
macamlah struggle sangat belajar.” Yana sudah mengeluarkan khutbahnya.
Alamatnya tadah sajalah telinga.
“Cikgu
pasanglah apa-apa muzik. Biar belajar rileks-rileks sikit.” Pinta Syirah.
“Ekelleh!
Rileks la sangat. Kau tu tidak payah pasang muzik pun memang sentiasa rileks.”
“Iyalah…
kejap. Tapi awak janji dengan cikgu akan belajar yaa… Dari tadi termenung saja.
Bukan awak yang hadap buku tapi buku yang hadap awak.”
“Bolehlah
cikgu. Tapikan…”
“Apa?”
tanya cikgu Zarina.
“Saya
laparlah cikgu…” rungut Insyirah lagi. Budak seorang ni memenglah.
Mentang-mentang rapat dengan cikgu Zarina dia anggap cikgu tu macam kawan dia
jugak. Mereka sekarang ni tengah tuition akaun dengan cikgu kesayangan Insyirah
iaitu cikgu Zarina.
“Yiee…
Irah ni tak tahu malu pulak.” Tegur Dania.
“Alarr…
malu-malu kucing lagi. Macamlah aku tidak dengar vibrate perut kau tu dari
tadi. Bergetar meja ni tau.”
Dania
mencebik. Kawan baik aku ni. Mulut main bantai saja.
“Ekelleh!
Merajuk konon. Tarik mulut itik tu baru tau.”
“Sudah-sudah!
Irah. Cikgu pergi ambil keropok sekarang pastikan awak siapkan kerja yaa…”
Cikgu Zarina menuju ke dapur.
Insyirah
senyum kemenangan. Semua rakan sekelasnya yang menghadiri kelas tambahan cikgu
Zarina di rumah cikgu itu mencebik.
Lima
minit lagi tepat pukul 12 tengah hari. Insyirah sudah mengemas buku-bukunya
dengan rapi sementara kawan-kawannya masih tekun menghadap soalan-soalan SPM
tahun lepas. Mentang-mentang dia cepat habis. Cepat juga dia kemas barang hendak
cabut balik.
“Irah.
Kalau balik memang tidak buang masa.” Ujar Kamil.
“Suka
hatilah.” Telefon Insyirah bergetar menandakan pesanan ringkas masuk. Mesej
dari Iskandar di buka.
Insyirah
sudah buat muka. Kalau boleh tangannya tembus telefon ni pergi tempat Iskandar
sudah lama dia buat. Boleh pulak Iskandar sms dia cakap lelaki itu sudah tunggu
di depan rumah cikgu Zarina.
Cakap
pasal Iskandar nikan. Memang boleh buat Insyirah geram dan sakit hati. Makan
hati berulamkan jantung! Angin betul mamat seorang ni. Sekejap dengan lagak
sempoi atau selambanya. Lepas tu tiada angin tiada ribut boleh pulak dia angin
satu badan. Masalah mental betul.
“Eh!
Aku balik tak ikut Korang tau.” Ujar Insyirah. Mereka semua memandang Insyirah
pelik.
“Habis
kak Irah balik ikut siapa?” soal Irfan. Iyalah…. Setiap kali balikkan mereka
semua mesti balik sama-sama kalau tidak dengan mereka dengan siapa lagi.
“Iskandar
ambil. Dia dah ada di luar pagar rumah cikgu.” Jawab Insyrirah terang.
“Ehem…
ehem tunggu dekat luar ke Irah?” tanya cikgu Zarina pula.
“Dengan
Iskandar. Eh! Tak hingin saya dengan manusia seorang tu.”
“Tak
hingin konon! Tapi aku tengok kamu dua melekat tak habis-habis tu apasal? Balik
sekolah pun dia sudah yang hantar kau.” Sindir Dania dengan kata-kata
sarkastiknya.
“Alahai.
Satu sekolah cop aku dengan mamat sengal tu. Aku pun tak hinginlah. Dia kan
tiada keluarga lain sini kecuali pak cik dia sebab tu dia rapat dengan keluarga
aku. Tak percaya tanya Irfan.”
Irfan
mengangguk cepat. Dia tahulah pasal Iskandar dan Insyirah. Kalau balik rumah
Insyirah mesti ada Iskandar lepak sekali dengan kakak sepupunya tu. Sempat dia
menjeling Kamil di sebelah. Buat muka macho konon. Mesti kawan baiknya ni
cemburu dengar kisah Iskandar dan Insyirah.
“Cikgu
saya balik dulu yaa… nanti mengamuk pulak gorilla di luar tu. Assalamualaikum.”
Insyirah bangun lalu salam Cikgu Zarina a.k.a mentornya dalam program mentor
mentee sekolah.
“Ye
la… kirim salam juga dengan Iskandar.”
Insyirah
mengangguk.
“Bye
semua aku chow dulu.” Mesti kawan-kawannya ni extend waktu lagi sebab semua sudah buat rumah cikgu Zarina macam
rumah sendiri. Ada yang siap terbaring-baring lagi.
Iskandar
menanti Insyirah di luar keretanya. Berdebar-debar pun ada. Tentu gadis itu
terkejut dengan kejutan yang bakal di hadapi selepas ini. Dia sendiri pun boleh
cukup terkejut juga dengan kehadiran wanita itu ke sini sebab dia masih belum
kata putus pasal wasiat datuknya. Jangan tunggu memang dia tidak mahu pun tapi
sudah jadi tanggungjawabnya sebagai cucu sulung.
Susah
betul hidupnya. Hendak diluah mati emak, ditelan mati bapak. Kalau dia tidak
setuju hancur bangkraplah perniagaan keluarganya tanpa peneraju. Kalau dia
setuju pulak hancurlah hidupnya.
“Jom
balik!” ajakan Insyirah mengejutkan Iskandar dari lamunannya.
“Naiklah…”
dahi Insyirah berkerut apabila Iskandar membuka pintu untuknya. Tapi laju juga
dia masuk ke dalam.
“Kita
makan dulu. Ada orang nak sangat jumpa dengan kau ni… dia dah tunggu kita.”
“Siapa?”
“Adalah…
nanti kau tahu jugak.”
Insyirah
senyap. Tengok tu! penyakit angin monsun Iskandar datang balik.
“Siapa
tu Iskandar?” tanya Syirah apabila mereka menuju ke arah seorang wanita.
“Mama
aku. jom!”
“Eh
buat apa aku pergi jumpa mak engkau. Macam sesi jumpa menantu je kau ni. Baik
kau bawak mama kau datang rumah sekali. Boleh cerita panjang lebar.” Cadang
Fiera. Daripada duduk makan dengan dia baik duduk makan dengan keluarganya
sekali.
“Dah.
Mama aku baru balik dari rumah atuk engkau la tu.”
“Owh!”
mereka melangkah mendekati mama Iskandar.
“Assalamualaikum
mama.” Iskandar menyalam wanita tersebut. Mahu atau tidak Insyirah ikut saja.
“Irah
ye. Lama tak jumpa kamu. Sudah jadi anak dara dah.” Hah! yang ayat tu memang
dia biasa dengar. Terutamanya waktu raya atau kenduri. Contohny, sudah dara budak ni ataupun lama
tak nampak anak kamu ni Fauzi aku pun tak kenal sudah. Boleh kahwin dah budak
ni.
Insyirah
simpan saja ketawa yang cuba di tahan.
“Tapi
umur aku baru tujuh belaslah Irfan.
Inilah baru yang dikatakan kerana budi tergadai body!” rungut Insyirah. Air
matanya sedikit tumpah. Tapi dikesat kasar oleh Inyirah. Rasa macam nak nangis
pun ada. Aku tak naknya ni pun adoi!
Insyirah
serabut. Dia kena kahwin dengan mamat sengal tu. WHAT THE… apa punya malanglah
hari ni. Mahu saja dia pengsan dengar rayuan mama Iskandar semalam di restoran
tu. Iskandar ni pun satu. Masalah betul. Boleh pulak dia setuju kahwin dengan
aku. Gila ke apa! umur baru setahun jagung ada hati nak kahwin. Tahulah
keluarga dia kaya raya.
“Ish!
Tak sayang mulut. Cuba kak Irah fikir bagus-bagus. Kak Irah kan positive. ”
Pujuk Irfan. Sepupu dan juga kembar tidak jadi Insyirah. Kalau Insyirah bingung
dengan berita tergempar ni dia pula bingung hendak menyebelahi siapa.
Irfan
mengaru kepala yang tidak gatal. Entah orang mana yang dia nak ikut. Keluarga
mereka suruh dia pujuk Irah tapi kesian pula dengan sepupu yang paling rapat
dengannya ini. Siapa nak kahwin pada usia muda macam ni. Aku pun tak nak!
Kalau
di ikutkan hati juga wasiat itu langsung tidak masuk akal. Macam psikik sahaja
datuk Zaril Iskandar tu. Buat wasiat pun yang bukan-bukan. Ada ke patut selagi
dia tidak nikah dengan Iskandar selagi itu jawatan pengerusi syarikat kosng.
Biarlah sampai bangkrap syarikat tu selagi dia tidak kahwin dengan Iskandar.
“Betul
apa. Cuba kau fikir kalau aku kahwin nanti apa jadi. Tak sanggup aku nak
fikirkan. Baik lagi kau fikirkan kesannya nanti. Dengan budak otak tidak betul
tu pulak. Aku rasakan dia dengan datuk dia dua kali lima sahaja. Dua-dua tidak
betul!” keluar nada-nada amarah dari mulut Insyirah.
Memanglah
datuk Iskandar tu dia kenal dari kecil. Dia pun boleh tahan rapat juga dengan orang
tua tu. Tapi kalau sampai kena kahwin macam cerita Princess Hour pulak tapi versi
dia dan ini pulak datuk dia bukan bantu atau ada kisah disebaliknya maharaja tapi
memang keluarga angkat dengan keluarganya.
“Sabarlah…
releks…tarik nafas…hembus!” Irfan cuba melawak. Tapi tidak berkesan buat
Syirah. Dia mengetuk kepala sepupunya. Tips tak boleh pakai langsung.
“Releklsah
kak Syirah. Kau pun belum ada couple juga. Sekurang-kurangnya taklah penat
mulut kau tolak kalau orang asyik-asyik nak couple dengan kau.”
“Rileks
otak engkau! Mana boleh rileks. Damn! SPM pun tidak lepas. Nak pulak nikahnya
time cuti sekolah bulan ni. Gila!”
Mata
Iskandar menjeling-jeling ke arah Irfan
dan Insyirah yang duduk bercerita di pangkin.
“Aku
di sini macam orang bodoh je duduk dengan orang tua. Aku bakal laki dia tapi boleh
pula dia duduk bergembira dengan orang lain.” Keluh Iskandar dalam hati. Hendak
menyampuk pun dia sendiri tidak tahu. Akhirnya kerjanya hanya duduk ramas-ramas
telefon bimbitnya sambil memandang kosong orang-orang dewasa di depannya
bercerita kosong.
"Siap main rambut-rambut lagi dengan Irfan nampak! lepas
kahwin nanti aku nak kau pakai tudung. Baru kau tahu kuasa beto suami macam
mana.. hahaha..." gelak jahat Iskandar fikirkannya.
"Is. .. kenapa gelak macam tu?" soal mamanya.
Iskandar memandang semua orang yang duduk di ruang tamu sedang merenungnya. Dia
cepat mengeleng-gelengkan kepalanya.
"Tengok tu Fan. Aku rasa budak Iskandar ini memang tidak
betul. Biul betul budak sorang tu. Seram aku." ujar Syirah. mereka
memandang Iskandar yang tiba-tiba tergelak kuat.
“Kak
Irah ni tak baik cakap macam tu tau.”
“Fan.
Aku rasa macam mahu gila sudah ni. Entah-entah mama dan papa Iskandar tu tengah
bincang tarikh nikah sudah dengan abah dan atuk sekarang ni.” Keluh Insyirah.
"Tolonglah aku ikhtiar sesuatu... apa-apapun jadilah..." rayunya.
"Maaf kak Irah... aku tak boleh berkompromi dengan kak Irah." Irfan serba salah. Dia sudah di beri tanggungjawab untuk menyebelahi keluarga dari kakak sepupunya.
Pesanan penaja : cerita ni memang direct gila pada mulanya mcm ni cuz nak cepatkan kisah mereka sampai kahwin n Insyirah mengandung mcm dalam prolog tu....>,<!
Wah memang datang rajin update blog time2 gini... lagipun taip cerita yg ni memang selalunya tidak sampi sejam pun sebab memang sentiasa taip main bedal saja... =='
<----Promo cerpen wanita melayu terakhir yg saya AKAN post nanti cuz belum siap lagi... sedutan cerpen ni yg dah siap ada dekat fan page FB yaa... sila2 baca...
best..best..ble nak sambung lgi citer ni...
ReplyDelete