“Kau buat apa tercongok depan TV tu Mia?”
soalku. Pelik pula dengan mak cik seorang ni. Selalunya waktu-waktu begini dia
sudah hadap lap top. Tidak lain tidak bukan dengan kawan-kawan FB dia tu.
“Ssshh… tak lama
lagi pengumuman ni?”
“Pengumuman pasal apa? Tak kan pengumuman pasal puasa kut.
Raya pun lama lagi.” soalku pelik. Tanganku mencecah biskut Jacob ke dalam
Nescafe panas.
Nescafe 3 in 1 saja. Cepat dan sedap untuk orang yang nak
berjaga malam. Buat kerja dengan lambakan dokumen ni boleh jadi macam kena
pukau. Katil memanggil Trisya…oh! Trisya… tidur la… marilah merasa katil
yang empuk dan lembut.
Fuh! Kesat keringat aku teringatkan godaan katil untuk
tidur.
“Pengumuman pasal…” Belum habis Cik Mia Fasha ni bercakap
tiba-tiba dia diam. Aku yang kusyuk hadap kerja pun sudah mula tertarik dengan
siaran TV.
“Dan… pengumuman bagi cabutan bertuah untuk pakej percutian
bersama Rizqi ialah…” umum si hos yang kecil molek.
“Ceh! Aku ingatkan apa! Bukannya kita dapat apa-apa pun
kalau tengok ni.” komenku.
“Ssshhh!
Diamlah!” tegur Mia. Emo pulak mak cik seorang ni. Dia memandang semula
televisyen. Si artis yang semakin popular dengan bajet handsome si Rizqi
ni sedang memasukkan tangannya ke dalam sebuah kotak untuk mencabut nama yang
bertuah untuk pergi bercuti dengan artis tersebut.
“Pemenang bertuah tersebut ialah… Balqis Trisya binti Ahmad
Taufiq.” ujar artis tersebut.
Apasal pulak nama pemenang tu sama dengan nama aku siap
sama nama bapa lagi? Ceh! Aku ingatkan nama aku sudah cukup unik.
“Yeah!” jerit Mia.
“Kau apasal pulak? Orang lain yang dapat kau pula yang over excited.”
“Wahai Cik Trisya pemenang tu kau lah! Wah tak sabar aku..”
Aku terkejut! Macam mana pula aku boleh menang sedangkan
aku tidak pernah ikut apa-apa pertandingan macam ni. Buang masa aku saja.
Belum sempat aku menyoal lebih. Telefonku berdering.
Melalak lagu Love You Like A Love Song minta telefonku
dijawab. Berlari aku masuk ke dalam bilikku untuk menjawab telefon.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam Cik Balqis Trisya. Ini saya Rizqi. Taniah
kerana telah memenangi cabutan bertuah kami.”
Aku terkaku… apa dia cakap? Boleh rewind balik tak?
“Mia!” jeritku dari dalam bilik. Fuh! Tadi bukan sopan
santun lagi aku bercakap dalam telefon sekali off sahaja terus jadi raksasa hijau!
Aku berjalan ke ruang tamu balik. Ni tidak lain tak bukan
mesti kerja si Mia.
“Mak cik! Apa kau buat erk?”
soalku sambil duduk bersila di hadapan minah seorang ni.
“Hehe… aku isi
je. Tak sangka pula nama kau dapat.” Tersengihlah pulak minah.
“Apa pasal kau tidak letak nama sendiri saja?”
“Dah! Tapi seorang cuma boleh letak satu nama sahaja. Dah
nasib kau dapat. Untunglah. Memandangkan boleh bawa seorang rakan kau jangan
lupa aku ye..”
“Tak nak! Kalau kau nak pergi sangat. Pergilah sendiri! Nampak
kerja aku berlambak ni? Aku kena siapkan sebelum hujung bulan ni.”
“Alah Trisya…please…”
“Mia bukannya kau tak pernah round satu Beijing tu. Aku rasa Beijing pun muak dengan kita dua.
Asyik-asyik pergi sana je.”
“Tapi dengan Rizqi tu Trisya. Bayangkan satu Malaysia
tengah cemburu dengan kau sekarang ni sebab dapat pergi bercuti dengan Rizqi
tu.”
“Tidak hingin
aku! Aku bukannya minat mamat tu. Kalau cuma bajet handsome apa guna. Suara dia bukannya best sangat pun.”
“Hish! Kau jarang tengok TV macam mana kau tahu suara dia best? Kalau aku tanya apa rasa fail
dokumen tu masam atau manis mesti kau tahukan. Tiap-tiap hari hadap kerja. Aku
yang bosan tengok kau ni.”
“Suka hati akulah! Aku tetap tidak akan pergi jugak. Noktah!”
Aku pelik betul macam mana aku boleh termakan dengan
kata-kata si Mia ni. Sekarang aku sudah tercongok depan balai berlepas. Si Mia
tu pulak sedang buang saham dekat tandas. Sakit perut la tu. Over exited nak jumpa artis kesayangannya tu.
Aku pasang earphone
di telinga namun belum sempat aku cucuk ke lubang telinga bunyi teriak dari
luar balai berlepas menarik perhatianku. Sudah tentu artis yang langsung aku
tidak minat tu datang. Aku menyambung memakai earphoneku.
Pandai-pandailah artis tu cari aku nanti. Aku sudah pun
maklumkan kedudukan aku menanti dia nanti. Novel mula diselak. Baik lagi aku
baca novel sambil menanti kedatangannya.
Gedebuk!!
Rasa macam sebelah bahuku senget sebelah.
Terlempar novel dari tanganku. Aku pula terjelepok ke atas
lantai. Aku punya gila badan kecil nak lagi tampar macam tak ingat dunia!
Aku memandang tajam Mia yang tersengih memapah aku bangun.
“Kau apahal? Datang-datang terus rempuh aku?”
Mia sekarang tersipu-sipu. Kena sawan ke kawan aku seorang
ni? Tetiba ayu semacam saja. Aku menepuk seluar yang kotor. Habis berhabuk
lutut seluar aku.
“Helo Cik Balqis Trisya. Nice
to meet you.” tegur artis tersebut. Aku tidak menidakkan betapa kacaknya
jejaka di hadapanku sekarang ni walaupun aku tidak meminatinya. Dia
menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
“Assalamualaikum Encik Rizqi. Jemputlah duduk.” Aku
menunjukkan sebuah kerusi di belakangku sambil tersenyum kepadanya. Mia menyiku
lenganku. Faham sangatlah dia tengah bengang dengan tingkahku yang tidak suka
bersosial.
“Trisya?” soal seorang lelaki yang mendekati mereka.
“Izul?” soal Trisya balik.
“Lah! Betullah kau yang menang cabutan bertuah tu. Tak
sangka.” Izul benar-benar tidak sangka dapat berjumpa dengan kawan sekolah
menengah lagi. Lama benar mereka lost
contact lepas spm.
“A’ah aku pun tak sangka juga. Kau buat apa sini?”
“Aku temankan kawan aku ni hah! Nampaknya kita bercuti
ramai-ramailah…” balas Izul sambil memeluk bahu Rizqi.
Trisya mengangguk. Giliran Mia pula senyap semacam. Iyalah. Ex-boyfriend depan mata! Mia dan Izul hanya
berbalas senyuman sahaja satu sama lain.
Rizqi tersenyum kelat. Dia dan Izul duduk ke kerusi yang
ditunjuk oleh Balqis tadi. Ingatkan minah tergedik-gedik yang dapat cabutan
bertuah itu. Ni lain. Sombong pulak! Dah tu rancak bukan main lagi dia
bercerita dengan Izul sedangkan dia macam tunggul di situ.
Tapi teringatkan pertama kali dia dengar suara Balqis
Trisya yang ayu semacam di talian dulu, sesuailah dengan rupa paras gadis
berselendang biru laut ni. Sampai angau sau badan walaupun tidak pernah bersua.
Aku menaip mesej di telefon lalu tunjukkan kepada Mia.
Sengaja aku menaip sebab kalau aku bisik pun sudah tentu Izul dan Rizqi yang
duduk dibelakang kami terdengar.
Kau
okay tak?
Mia memandangku sekejap. Telefonku diambil lalu di taip beberapa
huruf. Telefonku diserahkan semula.
Okay.
Tapi terkejut saja Izul ada depan mata.
Aku memadam balik lalu menaip semula.
Kau
masih sayangkan dia. Ingatkan dulu tu cinta monyet saja. Hehe…
Mia mengetap bibir membaca mesejku.
Aku
sayangkan dia Trisya. Tapi kau faham-fahamlah sejak dia dapat tawaran sambung
oversea kami sudah lost contact. Aku pun tak faham. Lantaklah!! Mungkin
sekarang sudah jadi LAKI orang! Tak ka naya aku nanti kena serang oleh bini
dia…
Aku tertawa kecil. Lawak antarabangsa betul Mia ni. Dalam
sedih-sedih masih lagi melawak.
Sabar
sajalah Mia… mungkin jodoh kau dengan orang yang duduk dengan orang yang duduk
sebelahnya tu.
Giliran Mia pun tertawa kecil.
Kalau
orang sebelahnya tu biar berbini 3 pun aku sangup. Huahaha!!
Aku sudah tidak tahan gelak. Terhambur juga tawaku.
Aku
maksudkan orang yang duduk sebelah kanan dia. Bukan kiri! Cuba kau tengok!!
Mia cuba berdiri konon-kononnya hendak ke tandas. Padahal
saja nak cover line supaya tidak
perasan yang kami sedang bergosip! Apabila dia berpaling ke belakang
cepat-cepat Mia duduk semula. Tak jadi konon ke tandas. Aku jamin dia memang
terkejut beruk punya. Sebelah kiri memang Rizqi tapi sebelah kanan pula lelaki
tua yang boroi dan botak.
“Kurang asam kau Trisya!” Marah Mia.
“Yang tu baik aku buat bapak baru! Suruh mak aku saja yang
kahwin.” sambungnya lagi.
Rizqi memandang wajah Balqis Trisya yang ketawa dan
tersenyum dengan rakannya tadi. Matanya lansung tidak beralih biar seketika
pun. Rizqi seolah-olah terpukau dengan wajah cantik itu. Lengannya di
siku oleh Izul yang perasankan tindak tanduk rakannya.
“Sudahlah tu Riz… nanti berlubang kepala Trisya kalau kau
terus renung dia macam tu.” bisik Izul.
“Hoi!” jerit Izul kecil di telinga Rizqi yang langsung
tidak ambil peduli dengan panggilannya.
“Aku dengarlah. Aku suka tengok dia. Ayu.” balas Rizqi.
“Bahaya kawan aku ni. Tangkap cintanlah pulak dengan Trisya
tu.” Izul mengejek rakannya yang playboy seorang ni.
“Tapikan Riz… aku peliklah. Trisya yang aku kenal dulu tak
layan semua benda-benda macam ni. Maksud aku. Aku tak sangka yang dia ikut
peraduan kau ni. Trisya tu seorang yang suka belajar dan bekerja.” komen Izul.
Trisya yang dia kenal waktu sekolah menengah ialah seorang yang tegas dan tidak
suka buang masa. Lagipun mustahillah Trisya tidak mampu untuk pergi sendiri.
“Maksud kau?” soal Rizqi. Hatinya tertarik untuk mengetahui
lebih lanjut pasal Trisya.
“Nanti kau tahulah macam mana. Lagipun cuba kau fikir. Masa
first time jumpa tadi depan mata pun
dia tidak excited sangat. Bukan
sangat lagi. Tapi memang tidak excited
langsung pun!”
“Aku pun perasan…”
“Hah! Itulah Trisya yang aku kenal. Tak main-main dengan
benda ni semua.”
“Aku akan buat percutian ni satu percutian cinta… aku akan
pastikan dia akan tangkap cintan dengan aku. Balik nanti tinggal terus kahwin…
lantaklah!”
“Jangan kau buat benda tak elok sudahlah Riz… Trisya tu
tahu taekwando. Nanti tidak pasal-pasal kau kena smackdown nanti!.” ujarnya tegas di telinga Rizqi.
“Kau janganlah risau. Aku tak sentuh dia selagi kami belum
kahwin. Sebelum tu aku nak kau tolong pastikan sama ada dia masih single and available…”
“Apasal pula aku?”
“Iyalah. Tak ke peliknya kalau aku yang tanya. Kau kan
kawan dia…”
Izul mengangguk. Lagipun kalau si Rizqi ni nekad dia mesti
dapat apa yang dia mahu.
Selendang lembut petak tersebut dipulangkan semula kepada
Rizqi. Aku segan apabila tersedar dari tidur tadi badannya sudah ditutup dengan
selendang yang dipakai pada leher Rizqi pagi tadi. Bukan itu saja tapi aku siap
tidur lena bersandarkan bahu Rizqi tadi!
Duduk dalam kapal terbang bersebelahan dengan Rizqi memang
membuatkan aku tidak selesa. Apa kes pula aku dapat seat sebelah Rizqi pun tidak faham. Izul pula duduk sebelah Mia.
Kes kami dua Mia sekarang sama! Kalau ikutkan hati nak saja aku terjun dari
kapal terbang ni sekarang.
“Terima kasih.” ujarku. Selendang tersebut diserahkan
kepada Rizqi semula. Aku kekok, segan dan seantero dengannya!
“Tak apa. Saya ada jaket. Awak pakailah tu. Sejuk ni.”
“Tapi…” Aku serba salah. Rasa macam nak ketuk kepala aku
sekarang ni. Macam mana aku boleh tertinggal jaket di atas kerusi tadi. Kelam
kabut punya pasal pagi tadi. Ni semua gara-gara Mia yang tidak sabar. Sekarang
siapa yang taubat tak nak pergi. Dua-dua! Mia pun sudah hilang mood nak bercuti.
Rizqi mengambil selendang tersebut lalu meletakkan ke
badanku semula sambil tersenyum manis. Jarak badan kami yang dekat membuatkan
aku tidak selesa. Tindakan yang langsung aku tidak sangka-sangka. Berani betul
mamat ni!
“Pakailah… nanti awak kesejukan.” Rizqi menahan agar tidak
tersenyum. Aku akan buat kau jatuh cinta dengan aku! nekadnya.
Aku tidak membantah atau menolak lagi. Gaya Rizqi ni memang
tidak makan saman! Lagipun kalau ikut timbang tara takda ruginya juga. Sebab aku
pun sebenarnya tahan sejuk beb! Apa punya kapal terbang sejuk gila ni. Huh!
“Ingat tak waktu kita kena denda gara-gara kantoi meniru?”
tanya Izul.
“Masa subjek akaun tu? Mestilah aku ingat. Semua korang
punya pasal. Tak pasal-pasal dengan aku aku sekali kantoi.” balasku.
Teringat ketika Izul dan Mia minta jawapan waktu
ujian akaun dahulu dengan aku. mereka hanya ingin pastikan kalau jawapan mereka
sama dengan aku. Bajet tidak yakin jawapan sendiri. Last… last kantoi oleh cikgu. Punyalah aku mengamuk waktu tu.
Iyalah aku dengan muka innocent
first time kena marah!
Padahal tidak sempat pun aku tunjuk jawapanku dengan mereka berdua.
Aku dan Izul bersembang sambil ambil angin malam. Dua hari
aku duduk di Beijing ni dengan mereka hubungan kami tidak ubah seperti dahulu.
Cuma aku tidak selesa dengan sikap ambil berat Rizqi yang over gila tu. Aku pun pelik… mamat tu
psyko semacam.
Contohnya aku terbersin sikit pun dah gabra semacam.
Biasalah tempat sejuk macam ni. Sekali sekala terbersin sebab kesejukan perkara
normal tapi dia pula yang risau melebih-lebih. Sudahlah berkali-kali kena
tangkap gambar. Kononnya prosedur untuk promosi. Sakit hati aku. Tak suka! Tak
pasal-pasal senyuman plastik keluar…
Dah tu dia upload
pula di FanPage FB. Aku tidak suka… kemudian dia add aku di Facebook. Iyalah aku pun tak pasti jugak itu dia punya
Facebook pada mulanya. Dia tak nak orang lain tahu itu Facebook dia tapi bila
aku baca private message suruh aku
terima dia dan kena lagi hanya satu mutual
friend kami iaitu Izul. Memang sah la itu Facebook Rizqi. Nama sahaja lain. Rizqi Qushairy bin Mohammad Amir.
Itu nama betul dia merangkap nama Facebooknya.
“Hai…” teguran satu suara dari belakang buat Izul
berpaling. Aku tak payah! Tak hingin pun dengar suara tu sekarang. Apa lagi
tengok muka dia!
“Duduklah Riz.” pelawa Izul. Rizqi mengambil tempat di
sebelahku memandangkan sebelah Izul ialah dinding. Pandai betul cari port. Sekarang aku duduk tengah-tengah
dua jejaka. Apa lagi cabutlah!
“Err… Izul. Aku
balik dululah.. Nak tengok Mia ke mana.” Aku meminta diri. Satu senyuman
aku hadiahkan kepada Rizqi dan Izul. Tak ikhlas pun so jangan tanya lebih-lebih motif aku senyum. Saja tak nak hilang
kekok dengan Rizqi.
Izul mengangguk. Rosak rancangan mereka. Rizqi sudah bagi
isyarat kepada Izul agar menghalang Trisya dari pergi.
“Assalamualaikum dan selamat malam Izul… Rizqi.” Saja aku
sebut namanya perlahan. Tengok aku macam nak telan. Huh! Aku yang sedap-sedap concur tempat ni tadi tiba-tiba saja
Izul datang bawa bercerita. Sekarang ni pula Rizqi duduk sebelahku. Apa kes la…
“Waalaikumsalam.” jawab mereka serentak.
“Izul… macam mana ni? Buntu aku. Trip kita tinggal dua hari saja lagi. Tak kan aku nak lepaskan dia
macam tu saja. Tengok aku pun dia tak nak. Apa lagi nak dekat. Aku ni saja yang
terhegeh-hegeh.” luah Rizqi sebaik sahaja Trisya meninggalkan mereka.
“Sabarlah Riz. Trisya tu memang macam tu. Dia memang kurang
sosial sikit.” pujuk Izul.
“Kira nasib kau la si Trisya tu belum ada sesiapa pun. Aku
dah tanya dekat Mia. Itu pun payah dapat apa-apa maklumat tau.” sambungnya
lagi.
“Entahlah Izul. Aku pun bingung. Sedangkan sekarang payah
nak bercakap dengan dia. Nanti bila balik lagi payah nak jumpa. Alasan apa aku
nak bagi dia nanti kalau nak jumpa.” Rizqi meluahkan perasaannya. Tidak sangup
dia habiskan cuti ni. Kalau boleh biarlah masa berhenti sekarang.
Aku meyandar pada sebuah tiang di pondok yang tersedia.
Penat betul seharian berjalan. Nasib baik sekarang musim bunga. Tidak terlampau
panas dan tidak juga terlampau sejuk. Hari ni puas betul berjalan. Dari Beijing
Planning Museum ke China Railway Museum, Nest stadium sekarang ni dekat Jing
Shan Park. Satu sahaja melekat dikepala otakku sekarang ni. Penat!
Bukan saja penat dari segi fizikal malah mental. Aku pelik
dengan Mia yang senyap semacam saja dari semalam. Asal aku tanya saja dia cakap
penat. Aku pun penat juga tapi selalunya Mia ni happy 24 jam. Cuma semalam start
angin kus-kus dia datang. Setiap kali aku tanya dia cakap penat. Last…last… aku yang penat tanya. Biarlah dia.
Nanti mesti dia cerita juga tu. Mia mana pandai simpan rahsia dari aku! Itu aku
pasti seratus peratus.
Sebotol air mineral dihalakan kepadaku. Aku mamandang botol
air mineral tersebut kemudian kepalaku perlahan-lahan terangkat kepada tuan
punya badan yang memberi botol tersebut. Rizqi! Adess… hancur mood aku.
“For you. Ambillah!” Dia mengunjurkan botol tersebut
sekali lagi.
Aku hanya senyum sambil mencapainya. Tak hingin sebenarnya pun walaupun tekakku
kering kontang. Macam tahu-tahu saja mamat ni aku kehausan. Tapi menerima
sebarang barang dari Rizqi membuatkan aku serba salah. Tak nak! Jangan bagi aku
apa-apa termasuk sebiji gula-gula pun. Nanti aku terjatuh…terjatuh cinta beb!
Sudahlah dia suka sangat tenung muka aku. Itu paling aku tak suka. Tak suka
tapi dot…dot… dot… Macamlah ada emas
dekat muka aku ni.
“Err…best tak?”
Rizqi memulakan cerita.
Aku sekadar mengangguk.
Seperti biasa satu soalan dia tanya sepatah aku jawab. Ya.
Tidak. Okey. Mungkin. Jawapan artis pun kalah… bukan apa aku tak rimas, kekok
dan segala yang berkaitan dengannya. Bila dia minta nombor telefon aku. Aku
pula yang soal dia…
“Nak buat apa dengan nombor saya?” tanyaku.
“Err… saja…”
jawabnya. Saja? Keningku terangkat. Cantik jawapan. Boleh dapat A++.
“Kalau buat saja-saja saya rasa tak perlulah bagi.” jawabku.
Perghh! Makin panjang jawapan aku bagi. Aku sudah tiada angin nak balas. Karang
terhambur pulak depan mamat romeo ni. Tapi…erk! Apasal aku emo sangat bila dia
kata saja nak nomborku. Aku ni pun satu! Biasalah dia tu romeo! Buat apa nak
simpan hati untuk dia pulak?
“Eh! Tak… tak…” Rizqi sudah bertambah gugup. Mahu saja dia
tampar mulutnya sendiri.
“Tak apalah… saya pergi dulu. Assalamualaikum.” ujarku
hampa. Memang aku emo semacam sekarang ni. Cis! Dislike betul dengan perasaanku sekarang.
Rizqi memandang pemergian Trisya dengan pelbagai perasaan.
Susah betul dia hendak dekat dengan wanita ini. Ada saja halangan. Tidak pun
dia sendiri tergagap macam tadi. Jiwa kacau!
Mia mendengus. Kertas-kertas iklan dalam hotel itu dibelek
kasar. Aku sekadar memerhati saja gaya kawanku yang angin semacam. Ini sudah
bab-bab ribut taufan nak melandalah ni. Angin moonsun apa pula kali ni yang
menyerang dia. Angin betul!
“Mia, kau ni apahal?” tanyaku. Aku betul-betul tidak tahan
dengan perangai Mia ni. Kejap lagi aku sendiri yang panas.
Mia tidak mengambil peduli. Tahu sangatlah tu dia marahkan
aku. Tapi apa pula masalah kali ni. Sudah puas aku mengalah dengan dia yang nak
sangat ikut trip ni walaupun kerjaku
berlambak.
“Mia!” jeritku.
Sekali lagi dia diam membisu. Okey ni boleh buat panas!
Aku berjalan mendekatinya.
“Eh! Mia kau ni apasal? Tetiba marah-marah. Kalau kau marah
aku sekali pun bagitahulah apa salah aku. Ini tak! Tiada angin tiada ribut
boleh pula… Arrggh! Sakit hati aku.”
luahku. Hah! ambik kau. Jangan sesekali cabar aku. Nanti tidak pasal-pasal kena
hambur.
“Sikit-sikit Trisya. Sikit-sikit Trisya. Eh kau jampi apa dekat
dua orang lelaki tu hah! Tak habis-habis tanya Trisya… Trisya itu… Trisya ini…
aku ni apa di mata mereka. Patung? Kaunter pertanyaan? Aku betul-betul tidak
wujud tahu tak!” jerkahnya balik sambil menangis teresak-esak. Masalah betul
aku dengan anak manja seorang ni.
“Kau marah aku pasal lelaki dua orang tu. Okey! Fine! Sepatah pun aku tidak cakap
dengan mereka mulai sekarang! Puas! Dengar Mia… aku jampi? Cantik ayat kau…”
ujarku perlahan. Terguris hatiku dengar kata-kata Mia. Dia ingat aku ni apa? See the leg la! Yiee sakit hati aku. Kalau cemburu tu biarlah berpada-pada.
Aku mengemas barangku masuk ke dalam bagasi. Nasib aku
sudah kemas barang sikit-sikit ke dalam beg sebab esok petang kami sudah balik.
Kawan baik aku sendiri cakap aku jampi lelaki dua ekor tu? Sakit hati beb! BFF
konon. Habuklah…
Aku berjalan keluar dari bilik. Bahuku terlanggar
seseorang di lobi utama. Aku terundur ke belakang sedikit. Bahu yang terasa
sakit di pegang. Ini tulang atau konkrit? Keras semacam saja.
“Trisya?” tegur Rizqi. Aku terlanggar mamat sengal ni
pulak. Keras gila badan dia. Sakit lengan aku.
Rizqi mendekati aku. Dahinya berkerut melihat aku yang
menyorong bagasi. Tangan Rizqi melekat di pipiku untuk menyapu air mata yang
gugur.
Mata kami bertentangannya. Tidak semena air mataku gugur
lagi. Teringat kata-kata Mia tadi segera aku menepis tangan tersebut. Aku
berlari keluar lalu masuk ke dalam perut teksi. Aku tidak sanggup pandang muka
Rizqi… aku tidak mahu termakan kata-kataku tadi. Aku tidak akan bercakap dengan
kedua lelaki itu.
Pak cik teksi tersebut hanya membiarkan saja aku menangis
selepas aku menyuruhnya untuk ke lapangan terbang.
Mia berlari masuk ke dalam rumah mereka. Hatinya
benar-benar kesal dengan sikapnya yang terburu-buru. Dia tidak sepatutnya
menuduh kawan baiknya sedemikian. Sudahnya dia sendiri yang menyesal. Mia
tekanan. Setiap hari Izul tanya itu ini pasal Trisya. Trisya mana, Trisya itu,
Trisya ini. Semuanya pasal Trisya. Dia tidak pasti sama ada ada lagi cinta Izul
buatnya. Berapa lama dia menanti lelaki itu tapi setelah berjumpa semula lain
pula jadinya. Setiap hari Izul tanya pasal Trisya.
Sehinggalah semalam Izul menceritakan hal sebenar yang dia
hanya membantu Rizqi untuk merisik-risik tentang Trisya buat kawannya seorang
tu. Izul masih lagi sayang dan cintakan Mia. Itu hakikatnya.
Tapi malangnya Trisya sudah pun berlepas semalam dan mereka
bertiga hanya sempat mengikut penerbangan tengah hari saja untuk penerbangan
yang paling awal ke Malaysia.
Mia menjerit nama Trisya tapi langsung tiada sahutan. Hanya
suaranya sahaja bergema di segenap ruang. Kakinya melangkah masuk ke dalam
bilik Trisya. Katilnya masih lagi kemas. Mia perasaan sesuatu yang kurang di
dalam bilik tersebut. Ia terlalu kemas. Hatinya tergerak membuka almari Mia.
Kosong. Satu pun baju Mia tidak tergantung dalam almari tersebut.
Kaki Mia melangkah perlahan keluar rumah. Terlihat kelibat
Izul dan Rizqi yang sedia menanti dirinya dari tadi. Kedua lelaki tersebut
sedia menantinya dari tadi sementelah dia mencari Mia di dalam rumah.
Kepala digelengkan. Trisya benar-benar nekad dengan
kata-katanya. Tapi masalahnya sehingga sanggup meninggalkan rumah mereka.
Kereta Trisya pun sudah tiada.
“Trisya tiada. Almari pun kosong… maafkan aku Rizqi. Ini semula
gara-gara aku.” tangis Mia.
Permandangan sawah padi yang terbentang luas di hadapan
sungguh tenang. Air mata Trisya gugur sekali lagi. Tidak sangka pada malam itu
dia dapat panggilan dari Pak Long tentang pemergian ibunya yang kena rompak.
Hanya kerana mempertahankan rantai pemberian arwah nenek. Ibunya terbunuh dalam
rompakan di rumah mereka di kampung. Mujurlah penjenayah tersebut sempat di
tangkap oleh penduduk kampung. Rupa-rupanya penyangak dadah yang ketandusan
duit!
Mujurlah bosnya memahami keadaannya lalu membenarkan dia
cuti tanpa gaji. Tapi Trisya akhirnya mengalah. Dia minta berhenti kerja juga
akhirnya. Trisya kini hanya mengusahakan sebentang sawah peninggalan arwah ibu
bapanya. Tinggal di kampung ni jauh lebih tenang dari tempat lain.
Sudah hampir dua bulan lebih Trisya mengurus sawah padi
tersebut dengan bantuan beberapa orang kampung yang diupah. Malah ladang
buah-buahan mereka yang sudah menunjukkan hasil dijual untuk menampung
hidupnya. Gajinya selama ini pun sudah cukup menyara hidupnya tapi kerana
tanggungjawab mengurus harta keluarganya jauh lebih baik dari semua itu.
Untungnya tidaklah selumayan gaji dahulu malah pendapatannya kebanyakannya
disedekahkan kepada penduduk kampung mamandangkan itulah cara ibu sejak
pemergian arwah bapa dulu. Kata ibu itu hanya harta dunia semata-mata.
“Assalamualaikum Trisya…” Salam dari Pak Long Hamid mengejutkan
aku dari jauh mengelamun.
“Waalaikumsalam Pak Long, Mak Long. Masuklah…” Aku
menjemput orang yang sudah banyak membantu mengurus segala hal ke dalam rumah.
“Duduklah dulu. Trisya ke dapur dulu yaa.” Aku melangkah ke
dapur untuk menyediakan minuman kemudian masuk semula ke ruang tamu. Aku
mengambil tempat di sebelah Mak Long Bedah setelah menuangkan air buat mereka.
“Trisya okey tak tinggal seorang diri di rumah ni?” tanya
Pak Long Hamid.
Aku tersenyum. Mana tidaknya. Setiap hujung minggu aku
berjumpa dengan mereka berdua. Tetiba pula tanya soalan cepumas ni.
“Alhamdulillah sihat.”
“Beginilah Trisya. Pak Long tak nak berkias-kias lagi.
Lama-kelamaan kamu tahu juga…” Pak Long Hamid mengeluarkan sebaldu cincin lalu
diserahkan kepadaku.
“Semalam ada orang jauh dari KL datang ke rumah kamu waktu
kamu ke ladang. Mak cik Senah sebelah kata kamu mungkin ke rumah kami lalu dia
tunjukan jalan ke rumah kami. Orang tu datang nak meminang kamu. Katanya kamu
kenal juga orangnya.” terang Pak Long Hamid.
“Dia tak sangka yang ibu kamu sudah tiada katanya. Satu
rombongan keluarga lelaki tu datang nak merisik terus meminang kamu. Kami tidak
berani nak beri kata putus. Ini nombor keluarga lelaki tersebut. Nanti kamu berilah
jawapan kamu sendiri.” sambung mak long pula.
“Satu saja pesan Pak Long. Pak Long tidak paksa kamu terima
pinangan ni. Tapi nampaknya pihak lelaki nekad hendak ambil kamu jadi isteri.
Kamu tu tinggal seorang di rumah ni Trisya. Kami dua bukannya dapat jaga kamu
24 jam. Bahaya kamu dekat sini keseorangannya.”
Aku tunduk mengangguk. Faham dengan maksud mereka.
“Kami tak kata nak halau kamu ke apa Trisya. Harap kamu
faham. Tapi risaukan keselamatan kamu.”
“Trisya faham Mak Long jangan risau...”
Aku menimbang beberapa kali tentang pinangan tersebut.
Siapa lelaki yang datang meminang tu pun aku tidak tahu. Sudah dua hari aku
biarkan sahaja perkara ini. Aku duduk di tengah-tengah sawah padi. Kakiku
sengaja dimasukkan ke dalam air. Petang-petang begini memang tenang dan sejuk
dengan angin petang.
“Trisya…” Satu suara di tepi menarik perhatianku. Aku
memandang kaki yang berada di sebelahku. Pelahan-lahan kepalaku diangkat ke
atas untuk mengetahui kelibat manusia tersebut.
“Mia?” Dahiku berkerut melihat sekujur tubuh yang cuba
duduk mencangkung di sebelahku kini. Mukanya kemerahan menahan tangis.
“Trisya maafkan aku Trisya. Aku salah… aku tuduh kau
bukan-bukan…” pohonnya.
“Dah la Mia. Perkara tu pun sudah lepas… Aku dah lupa dah
semua tu.”
“Tapi tak kan semudah tu Trisya. Sekurang-kurangnya kau
jeritlah. Marahlah. Aku tak kisah.” pinta Mia.
“Aku tolak kau masuk sawah ni kejap lagi baru tau. Aku
mengaku mula-mula tu marah la jugak sikit-sikit tapi lama-kelamaan aku rasa tidak
guna aku nak marah macam budak-budak. Benda dah lepas pun. Kau pun satu! Kalau
cemburu pun janganlah sampai cemburu buta!”
Mia menarik tubuhku ke dalam pelukannya. “Aku betul-betul
minta maaf. Kaulah kawan aku selama-lamanya!”
Aku mengawal imbangan badan kami. Nanti tidak pasal-pasal
kami mandi air lumpur sawah ni.
“Sebenarnya ada seseorang nak jumpa dengan kau lagi…” ujar
Mia. Dia memuncungkan mulutnya pada seseorang yang sedang berdiri di pondok.
Lelaki itu sedang membelakangi kami berdua.
“Pergilah. Lama dia tunggu…” pujuk Mia. Aku mengangguk lalu
bangun dan menuju ke arah lelaki tersebut.
“Assalamualaikum…” Lelaki tersebut berpaling menghadapku
dibelakang setelah mendengar suaraku.
“Waalaikumsalam.”
Riak mukaku berubah. Rizqi? Aku mencari kelibat Mia
kembali. Mataku tajam memandang Mia yang sedang berdiri bersebelahan dengan
Izul.
“Err… Mia kata
awak nak jumpa saya?” tanyaku.
“Hah?! Ah! Ya.. eh tak…eh sebenarnya ya…”
Mulutku mengukir satu senyuman memandang betapa gugupnya
dia sekarang ni.
“Sebenarnya ya atau tak ni? Kalau tak saya minta diri
dulu.” Aku berpura-pura tidak mengendahkan dirinya. Padahal dalam hati tuhan
saja tahu. Jantung ni macam nak tercabut.
Rizqi menangkap tanganku untuk menhalang jalanku. Dia
segera melutut. Aku terundur sedikit ke belakang kerana terkejut dengan
aksinya.
“Trisya… saya sebenarnya sukakan awak… saya cintakan awak.
Harap awak boleh terima saya seadanya sebagai peneman hidup awak.” luah Rizqi
laju. F1 pun kalah!
Senyuman yang tercalit di bibirku tiba-tiba hilang. Bukan
apa! Aku baru teringat yang aku sudah bagitahu Pak Long tadi untuk menyampaikan
hasrat aku yang aku menerima pinangan hari tu.
“Maafkan saya. Awak terlambat. Saya sudah terima pinangan
orang.” Aku menarik tanganku dari pegangannya. Air mataku gugur. Saya pun
cintakan awak!
“Pinangan orang? Awak terima pinangan tu? betul?” Rizqi
sudah berdiri. Mukanya berubah menjadi ceria.
“Yeahh!” Jerit
Rizqi riang. Terlompat-lompat lelaki itu keriangan.
Aku kaku memandangnya yang sudah bersorak keriangan sedangkan
aku tengah bersedih. Apa ke jaddahnya manusia ni? Tahukah dia aku sudah terima
untuk jadi tunang orang.
Satu jambangan bunga di halakan di hadapanku. Aku monyok!
Jambangan tersebut tidak dipeduli. Si lelaki duduk di sebelahku. Pipiku dikucup
lembut.
Aku mengetap bibir. Orang marah dia boleh buat main-main
pula.
Merajuk! Tak nak layan.
“Alah sayang! Abang minta maaf sangat… sangat… sangat
tersangat minta maaf… please….” pujuknya.
Aku merajuk! Main-main saja sebenarnya. Saja nak mengedik
dengan mamat ni. Adakah patut dia tunda honeymoon kita orang! Lepas nikah dapat
kontrak itulah kontrak inilah… Mia dan Izul yang baru saja kahwin pun dah
melancong sampai Hong Kong. Kami yang sudah setahun melangsungkan perkahwinan
habuk pun tarak! Ulang tahun hari ni pun boleh lupa. Apa punya lakilah…
Aku pula asyik-asyik kena tinggal saja. Dia yang dapat
pergi ke luar negara untuk promosikan albumnya.
“Tadaa… abang
ingatkan nak bagi surprise. Tapi tak
jadilah tengok bini abang ni sudah merajuk sakan.” Rizqi menyerahkan satu
sampul surat besar kepadaku.
Aku membaca tulisan besar yang tertulis di sampul tersebut.
Pakej
Percutian Cinta.
Lawak antarabangsa apa pula laki aku buat ni?
“Bukalah…” pujuknya.
Aku mengeluarkan sebuah kertas bersaiz A3. Amboi besarnya!
Kelihatan gambar kami dua yang diedit pada poster tersebut. Sekali lagi aku
tersenyum lucu.
Pakej
Percutian Cinta.
Pemenangnya
: Puan Balqis Trisya binti Ahmad Taufiq
Hadiah : Percutian selama sebulan bersama Rizqi Qushairy bin
Mohammad Amir.
Syarat-syarat
percutian :
1.
TIDAK boleh bawa sesiapa kecuali Rizqi Qushairy
bin Mohammad Amir.
2.
TIDAK boleh tolak. WAJIB setuju ikut ke mana
saja.
3.
KENA bersiap sekarang kerana kita akan bertolak
ESOK !
“Esok? Dan sebulan? Lama gila… ” soalku.
“Tak lama tu sayang. Abang yang patut minta maaf sebab sudi
tunggu dan bersabar dengan karier abang yang sibuk. Abang dah mohon cuti ni
lama dah… nasib baik approve.” ujarnya.
Mana tidak sibuknya. Sudahlah dia tu penyanyi merangkap engineer… asal ada waktu free dia pergi rekod lagu. Malam hadap
kerja. Aku nak halang pun tidak guna. Memang minat dia jadi penyanyi. Aku hanya
mampu sokong dari belakang saja.
“Abang terima kasih sangat-sangat. I love you Trisya… Forever
and ever…” ucap Rizqi.
Aku menangis tapi tangisan kegembiraan. Aku tidak pernah
merungut dengan kesibukan kerjanya. Hari ni saja mengedik nak merajuk sakan.
Sebab boleh pula dia buat-buat lupa anniversary
kami dari pagi tadi.
“I love you too… Terima kasih kerana cintakan Trisya….”
TAMAT.
Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!