Sunday, April 10, 2011

keluarlah dari mimpiku.


cukup..!
cukuplah buat ku tertanya-tanya siapa dirimu,
ia cukup menyeksa jiwa kecil ku.
adakah kau realiti ataupun hanya sekadar mimpi..?

jika engkau cuba menguji si puteri,
puteri yang cukup dengan gelaran sedingin salju,
maka
berhentilah...
kemenangan berpihak kepada mu.
engkau membuatkan diriku di buai dek mimpi-mimpi mu.
membuatkan hati yang sedingin salju cair menanti hadirnya wajah mu,
sampai bila engkau hendak bersembunyi,
bersembunyi di alam mimpi,
ceritera ini harus menemui titik-titik akhir
keluarlah dari bayangan hidupku,
aku tidak berdaya mengingati dirimu lagi..
ingatan ku semakin pudar..
semakin hilang dek hari yang berlalu..

hari ni kau muncul sekali lagi,
kau kembali di saat daku semakin alpha tentang diri mu
seperti mimpi-mimpi sebelum ini,
wajah sekeliling cukup jelas buat ku,
namun seraut wajah mu yang kabus,
masih menjadi teka-teki buatku..
siapakah gerangannya,
adakah Dejavu atau mainan tidur semata-mata..
bahawa si putera hanya alam khayalan dan bukan nyata.!

bilakah ia akan menemui titik-titik noktah..?
diri ini terlalu takut,
takut memikirkan kesan terhadap realiti,
takut sekiranya ia hanya harapan semata-mata.
harapan yang terlalu mustahil.
bagaikan hujan emas di saat hati yang kemarau.

mimpi itu bagaikan realiti,
terlalu sukar untuk ditafsir,
wajah mu dekat tapi jauh,
jauh untuk aku mengerti,

p/s : pernah termimpikan seseorang..?
seseorang yang seolah-olah kenal tapi wajahnya kabus.
bukannya perkara baharu tapi dah bertahun-tahun,
sejak umur 14 tahun..!
pelik... kadang-kadang mimpi itu berulang..
wajahnya di mimpi itu seolah-olah serupa tapi terlalu kabur.
yang tambah peliknya wajah di sekeliling jelas sangat.
hanya si dia yang samar-samar..
terlalu samar.

rasanya dah hampir setahun dah tidak termimpikan dia.
tapi beberapa kali termimpikan dia sejak kebelakangan ni,
mampu mengingatkan tentang mimpi sebelum ini..!

ini bukan bermadah kata,
hanya luahan hati si penglipur lara,
jika ada diri yang terasa,
ampun maaf dari saya..!

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

0 tukang komen:

Post a Comment

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)