Dya berlari anak melusuri wad-wad tersebut, matanya melilau mencari wad bernombor 140. Pagi tadi dia tidak sempat mengangkat telefon nisa a.k.a rakan baiknya kerana dia terpaksa menghadiri mesyuarat penting.
Masih tergiang-giang tutur kata nisa tadi sewaktu dia cuba menghubungi gadis itu.
“dya..! kau kat mana..? puas aku call kau tak dapat-dapat..!” jerkah nisa.
“assalamualaikum cik nisa apahal ni..?” jawab dya selamba.
“adi kemalangan dya.. !”
“what..?nisa kau jangan main-main.” Suara dya sedikit keras.
“aku tak main-main dya.. ni soal hidup mati. Dia tu bakal tunang aku..bakal suami aku dya..!” tergetar-getar suara nisa menahan sendu.
“so kau kat mana ni..?” Tanya dya simpati dan rasa bersalah kerana menuduh nisa tadi. Sebenarnya dia fikir bahawa kawan-kawannya akan kenakannya lagi memandangkan pasangan itu kuat menyakat.tambahan pula hari ni april fools.
“aku dekat Melaka ni dya..ada masalah dekat sini dari pagi tadi so terpaksa datang sini..tiba-tiba aku zafril telefon aku kata adi kemalangan dya..dya macam mana ni aku takut.. aku try call zafril lagi tapi tak dapat-dapat…” nangis nisa semakin kuat.
“so kau bila balik sini. Kau nak aku tolong kau ke.?”
“aku dah cuba selesaikan masalah dekat sini secepat yang mungkin.. maybe jap lagi aku aku balik. Kau tolong tengok kan keadaan adi macam mana. Zaf kata mereka dekat KMC.”
“Okey.. aku gerak sekarang…nanti aku call kau balik.”
Dya kini sampai di bilik 140. Menurut jururawat tadi, keadaan adi stabil tapi dia dalam keadaan koma. Jantungnya berdegup kencang semasa memulas tombol. Kenapa dia tiba-tiba rasa tidak sedap hati.
‘apa reaksi nisa kalau tahu adi koma. Boleh pengsan rakan karibnya itu.’ desisnya sambil membuka tombol.
Apabila pintu wad tersebut terkuak.. dya merasa sesuatu di lemparkan di mukanya..matanya terpejam kuat akibat terlalu terkejut.
“supprrrise…!! Happ…….” Suara jeritan tiba-tiba berhenti, dya membuka matanya, dia meraut mukanya yang penuh tepung sambil memandang wajah-wajah di hadapannya.
Adi kaget.. ‘habislah aku..!!’ jeritnya dalam hati. Terdiam manusia dihadapan dya, mereka ingatkan nisa yang masuk tadi tapi sangkaan mereka meleset apabila wajah dya yang kelihatan..
“addddiiiii…!!!!!” jeritan dya bergema di wad tersebut.
--------------------------------------------------------------------------
“hahahahaha…!!” ketawa nisa melihat rupa kawannya yang kotor akibat tepung tadi.
Mula-mulanya dia marah kerana adi menyebabkannya menangis dan tidak keruan. Tapi apabila adi menceritakan bahawa dia sebenarnya ingin memberi kejutan sempena hari jadi nisa yang berlangsung hari tu juga marahnya reda.
“hah..gelak..gelak..!” dya mencubit lengan nisa yang tak habis-habis ketawa tu.
“beb..lawa lah kau..dah macam hantu kak limah dah...hahahaha..”
“honey dah lah tuh..” pujuk adi.
“okey..okey.. urmm aku memang suka birthday surprise aku…hehehe..” kata nisa apabila ketawanya reda.
Dya melihat jejaka yang mengikut adi dari tadi. Dia perasan bahawa jejaka tersebut sibuk melayan kamera Nikon D5000 nya sahaja.
“ermm..ermm..” adi berdehem. Segera dya melarikan pandangannya..
Dya member isyarat mata kepada adi..keningnya terangkat sambil melirikkan matanya kepada jejaka tersebut.
“owhhh…dia..” kata adi kuat cukup menarik perhatian orang di sekeliling mereka. Restoran tersebut agak bising kerana waktu rehat pejabat.
‘cis..! mulut takda insuran..’ omel dya.
“cousin aku baru balik dari kanada last week. Dia kata nak tengok bakal ipar so aku bawalah…” kata adi.
“zafril..” panggil adi.
“yes..”
“kenalkan besties aku dan nisa dari jepun dulu..nurul nadia…Single.. hehe..” Dya mencebik..
“dya ni zafril cousin aku..” sambungnya lagi.
“just call me zaf..”kata zafril sambil menghulurkan salam.
“dya just dya.” dya senyum lalu tunduk. Alahai pak cik tak nampak kah tuduung aku ni..
“so ada plan ka nisa malam ni..?”Tanya dya. nisa mengeleng..
“kau adi..? kalau takda aku nak tempah tunang kau ni..”
“pergi mana..? aku ada planlah..kau ambil cuti, kita pergi Pulau Sentosa besok jalan-jalan. Honey boleh kan..”
“boleh..” jawab nisa sambil menganguk.
“aku malas lah..kerja kat ofis berlambak..” kata dya.
“ermm kerja kau tu kalau dilayan memang takkan habis. Dah lah jom..ramai-ramai kan best lagipun dah lama kita tak jalan-jalan ni. Lagipun umi mesti tak bagi kalau aku dan nisa jak..please..”
“memang lah mengamuk. Dah kau bawa anak dara orang sapa tak marah..” kata dya.
“so..? that’s mean kau setuju lah..”
Dya memikir jadual kerjanya kejap.
“diam maknanya setujulah..trimas kawan..hehe..” ujar adi.
“eh..bila aku cakap nak pergi..next week bos baru datang..tak nak lah aku..”
“alah dya..please..” pujur nisa..
“I’m sure bos baru kau tak marah punya..hehe..” kata adi sambil tersenyum. Matanya meleret kearah zafril. Kening jejaka itu terangkat.
“ermm ya la..”
--------------------------------------------------------------------------------------
“tutup mata je..” kata Dya kapada jejaka di hadapannya.
“hah..?” zafril terpingga-pingga.
“dia orang dua tu tak sedar dah kita ada kat sini so tutup mata je…” sindir Dya. Mulutnya muncung menunjukkan adegan suap menyuap antara nisa dan adib.
“alah..dengki..” balas nisa.
“ellehhh… aku dengki..? sakit hati adalah..”
“hah..?”zafril betul-betul terkejut dengan kenyaataan Dya. Adib dan nisa ketawa lucu.
“zaf kau janganlah salah faham. Maksud Dya tadi tu.. dia marah sebab dya takda couple..haha..” ujar adib.
“ermmm… ikut sangat cakap cousin kau ni..dasar drama semata-mata. Siapa tak sakit hati kalau setiap kali dating aku jadi bodyguard. Kalau tak haraplah dia orang ni dapat dating..comfirm umi tak bagi.”
“yaa..jasa mu sentiasa tersemat di dada..” gurau adib sambil menepuk-nepuk dadanya.Dya mencebik. Tidak ikhlas..!
“ermm.. tu lah kau..! kami suruh cari pakwe tak nak.” Ah adi tidak habis-habis.
“ermm..sedap udang ni kan.. zaf awak tak makan udang ka..?” tanya Dya yang sedang mengupas kulit udang.
“tu lar..cakap sikit..terus tukar tajuk.” ajuk nisa.
Zafril mengeleng. “malas kupas kulitnya.”jawabnya.
“huh..ni lagi sorang, lain kali cari bini tolong kupaskan. Tak pun kau kahwin je dengan cik nadia kita ni.” Hampir tersedak Dya mendengar kata-kata adi.
-------------------------------------------------------------------------------
“best kan dekat sini.nyaman..” sapa zafril lalu duduk di sisi Dya yang sedang termenung menghadap langit.
“tenang..” jawab Dya pendek. Kepalanya masih mendongak keatas langit.
“awak fikir apa..?” soal zafril. Dya mengeleng kepalanya kemudian menoleh kea rah jejaka disebelahnya. Terdapat kamera di riba lelaki itu.
“awak photographer?” memang dia tertanya-tanya kenapa lelaki itu suka membawa kameranya ke hulur hilir.
“minat.” Jawabnya ringkas.Dya sekadar menganguk. malas hendak berbual. hatinya tiba-tiba terkenangkan emak. terasa sayu dan hiba mengenangkan arwah emak. ayah..? huh tak payah..! buat sakit hati adalah..!
'ermm.. next week busy, alahh..lama lagi nak jumpa sarah..' fikir dya. sarah ialah anak yatim di Damai Kaseh..selalunya nadia akan ke Damai kaseh pada dua minggu sekali. dulu Dya pernah mengikuti kumpulan sukarelawan yang membaik pulih rumah anak yatim tersebut, namun hatinya sentiasa terpaut dengan kanak-kanak tersebut sehingga dia masih ke sana untuk menumpang kasih kanak-kanak tersebut.
------------------------------------------------------------------------------------
“tu lah kau, aku dah cakap si adib tidak boleh pakai.” Marah Dya. Tidak pasal-pasal dia terlewat ke kerja.
“so mana dia sekarang..? tunggu dia nanti.. aku cekik dia tu kalau aku jumpa.” Dya mencepatkan langkahnya apabila terlihat pintu lift terbuka. Dia melentokkan kepalanya agar dapat menahan telefonnya dari terjatuh. Tangannya menyelongkar beg tangannya mencari pendrive. Takut-takut tertinggal pula gara-gara kelam kabut pagi tadi. Dya meneruskan langkahnya tanpa melihat atau berterima kasih kepada manusia tersebut.
“dia dah pergi kedah pagi tadi.. lah sorry lah Dya, mana aku tahu tiba-tiba ada kemalangan tadi. Bos baru kau dah sampai.?” Tanya nisa.
“ada..”kata Dya perlahan apabila terlihat pendrive tersebut. Dia menukar telefonnya ke telinga kiri. Terasa bingit telinganya kerana terlalu lama bertelefon.
“apa yang ada..?” soal nisa pelik.
“pendrive aku lah..apa kau Tanya tadi..?”
“bos kau dah ada kah..? hensem kah dia..? ada muka-muka kim bum tak..?” soal nisa.
“belum. Aku masih dalam lift ni.. hensem macam mana pun aku tak tahu..? karang bukan macam kim bum tapi datuk kim bum adalah..haha..” gurau Dya.
“muka berkedut lepas tu beruban-uban dah…hahaha.. sepadan dengan nenek kebayan si bongkok tiga..” semakin galak dya bergurau.
“kau ni Dya, jahatnya..”
“haha..aku gurau je lah nisa.. kalau kau nak nak aku rekomen kan kau dengan datuk kim bum tu boleh jak.. tapi kau campak dulu si adib pergi korea bolehlah dia pikat nenek kim sam sun pulak.. hahaha...” gurau Dya. dia teringat watak kim su ah dalam wayang my lovely kim sam sum.
“dah..dah… boleh gila aku kalau dengar kau merapu-rapu awal pagi ni. Salam,nanti aku call kau balik.” Ujar nisa.
“ermm.. okey lah aku ni pun dah nak keluar lift dah. Salam.” Dya terus keluar apabila terlihat nombor 9.
---------------------------------------------------------------------------------------
Nadia sibuk membelek fail di atas meja. Dia tersenyum apabila teringat kejadian pagi tadi semasa mesyuarat tidak rasmi di meja kak kiah. Sedang mereka sibuk berbual, kedengaran encik roslan menepuk tangan memperkenalkan bos baru mereka.
“semua. Ni encik ahmad zafril. Our new bos.” Tercenggang Dya melihat jejaka yang betul-betul di hadapannya.
Setelah semua orang memperkenalkan diri, dya segera membuka langkah.. ‘huh.. aku nak cari angin dulu. Seram sejuk aku tengok lelaki tu pandang aku.’ Omel Dya dalam hati.
“Dya..” panggil zafril separuh jerit. Terkejut pekerja-pekerja di situ termasuk Dya. Dya memusing menghadap zafril.
“saya nak cakap dengan awak kejap. Ikut saya…” dya hanya mengikut Zafril ke pejabatnya.
Setiba di pejabat zafril, dia mempelawa Dya duduk di kerusi hadapannya, kini mereka bertentang mata.
“rasanya awak dah jumpa datuk kim bum.” Zafril memulakan perbualan. Mahu tergelak Dya mendengar kata-kata zafril yang ketara penuh sindiran tu tapi lucu.
‘aik..? macam mana pula dia tahu. Takkan lah nisa yang cakap..’ fikir Dya. Berkerut dahi Dya memikir..
“awak tercicir ni tadi dekat lift..” zafril meletakkan gelang tangan Dya di atas meja.
Segera Dya meraba pergelangan tangannya. Tiada..!
“err.. terima kasih.” Nyata zafril yang tolong dia menahan lift tadi. Adui mesti dia terdengar atau mendengar gurauannya tadi.
Zafril tersenyum melihat gadis di hadapannya. Gugup dan gelabah..haha..tahu takut..!
“so hansem tak datuk kim bum tu..? rasanya I takda uban lagi..” gurau zafril sambil meramas rambutnya..
Ha..ha..ha.. terburai ketawa Dya mendengar guruan zafril.. tadi mukanya bukan main masam lagi..terasa macam dia betul-betul datuk kim bum. Zafril pun ketawa melihat keceriaan yang terpampang di muka Dya.
------------------------------------------------------------------------------------
“kak Dya hari ni pemilik rumah yatim Damai Kaseh datang..” nadia yang baru sampai memandang kelas yang selalunya riuh dengan kanak-kanak itu.
Perlahan-lahan langkahnya menghampiri kelas tersebut. Telinganya mendengar lagu yang sedang didendangkan. Bunyi petikan gitar itu cukup indah dengan suara lelaki yang sedang membuai-buai hati kanak-kanak tersebut.
“kak Dya..!” jerit sarah yang berumur 3 tahun itu. semua mata merempuh dia yang berdiri dia pintu tersebut. Sarah terus mencium pipi nadia yang membongkok minta di cium.
“alah nina pun nak..” nadia tersenyum. Dia mencium pipi nina.
Matanya bertembung dengan lelaki tersebut yang senyum memandangnya. Sama-sama terkejut. Rupanya pemilik Damai Kaseh ialah Encik Zafril..!
“nice to meet you again Dya..”ujarnya..
“pemilik Damai kaseh..?”soal dya. Ceh soalan bodoh..! kau kan sudah tahu tadi..!
Zafril menganguk.
“awak..?”
“oh..saya tumpang kasih sayang kat sini.” Ujar Dya. Senyuman hambar diberikan kepada zafril.
“awak yatim..?”soal zafril lagi. Dya menganguk perlahan. Matanya melihatkan kanak-kanak Damai kaseh yang sedang bermain.
“I’m sorry..”
“it’s okey. Dah biasa, lagipun Dya dah ada mereka sebagai family dya.. ermm.. tak pernah nampak awak kat sini.?” ujar nadia.
“owh.. baru first time datang, dulu Damai Kaseh ibu yang asas. Zaf Cuma ganti je..hehe..” ujar zafril melihat cuba melihat wajah Dya. Lesung pipinya ketara, Dya tidaklah secantik nisa tapi mukanya dikategorikan sebagai sedap mata memandang. Dya hairan kenapa zafril tiba-tiba senyap, dia memaling menghadap zafril yang duduk disebelahnya sedang merenung wajahnya. Mata mereka berlaga, terasa sesuatu perasaan halus menyingkap di hati masing-masing.
Nadia segera memaling wajahnya semula. Dengupan jantungnya semakin berdegup kencang.. adakah aku sudah..? tidak..! sejarah silam merupakan guru yang paling baik tentang golongan adam..! getusnya.
------------------------------------------------------------------------------
Terasa cepat masa berlalu, kini sudah genap setahun perkenalannya dengan zafril. Atas kesungguhan zafril, Dya cuba untuk mempercayai dan hatinya semakin cinta akan lelaki itu. Tak sangka zafril yang pertamanya agak diam, amat mudah bergurau bercerita.
‘agaknya dah gene family dia orang kot. Tengok sahajalah si adib tu.’ Fikir Dya apabila terlihat susuk tubuh adib dan nisa.
Majlis pertunangan mereka agak meriah, mereka memilih hari jadi nisa sebagai tarikh pertunangan mereka.
“hai..” sapa zafril lalu duduk di kerusi sebelah Dya. Dya hanya tersenyum melihat zafril. Teman lelakinya sejak 4 bulan yang lalu.
“termenung nampak…” kata zafril lembut menerpa telinga Dya.
“mereka romantik kan..” kata dya. Matanya masih lagi terpandang pasangan tersebut.
“nak macam mereka..?” soal zafril. Kening Dya terangkat.
“jom..” ajak zafril.
“pergi jumpa parents zaf.”sambungnya.
“takut..” sememangnya Dya takut untuk berjumpa ibu dan ayah zafril. Mereka dari golongan kaya den dihormati sedangkan dia hanya sebatang kara. Ada bapa pun entah ke mana..
“jom lah.. parents zaf sporting…okey..?” pujuk zafril. Dya menganguk walaupun hatinya tidak sedap mengatakan sesuatu bakal berlaku.
Zafril dan nadia berjalan menujuk kearah sepasang suami isteri yang sedang bercakap dengan umi dan abah adib.
“ibu ayah.. zafril nak kenalkan kawan along..” panggil zafril. Kedua pasangan itu berpusing menghadap zafril dan nadia. Terkejut Dya memandang ayah zafril..! mulutnya terkunci..
“hai ayah..” sergah seorang gadis. Gadis tersebut memaut lengan ayah zafril lalu mencium pipi tuanya. Mesra dan bahagia keluarga ni.
“ibu ayah ni Dya, kawan along.” Zafril memperkenalkan Dya dengan orang tuanya.
“zaf.. this is a jokes right..?” soal Dya serius. Hairan zafril dengan soalan nadia.
“nafiz hadi bin hakim ayah awak.. tell me semua ni gurauan je kan..” Dya senyum kelat. Pada mulanya dia enggan percaya lelaki di hadapannya ialah lelaki itu. lelaki yang membuatkan hidupnya sengsara tapi susuk tubuh itu cukup kenal…!
“dya.. awak kenal ayah zaf ke..? this is my dad. Zaf tak gurau” soal zafril perlahan.
Air mata Dya berguguran.. “hei sayang kenapa ni..?” sapa ibu zafril lembut. terkejut mereka memandang Dya yang menangis.
“nurul.? Is that you..?” soal encik nafiz. Semua mata memandang wajah encik Nafiz.
“maaf saya minta diri..” nurul segera berpaling hendak beredar. Bagaikan di robek-robek hatinya melihat kemesraan keluarga itu.
“ nurul nadia..? subhanallah my daughter.. nurul wait..!” jerit encik nafiz terkejut.
Langkah Dya terhenti. “ Dya tak ada ayah.. awak bukan ayah saya..” jerit Dya. Dia berlari keluar dari halaman rumah tersebut. Nafasnya seolah-olah berhenti, namun dia harus gagah melangkah.
------------------------------------------------------------------------------------
Setiba di rumah, Dya terus menghempaskan dirinya ke atas tilam lalu menghamburkan tangisnya sekuat-kuat. Dulu dya pernah nekad tidak akan menangis sekiranya terjumpa lelaki itu, yang memedihkannya ialah kemesraan anak beranak itu serta hubungan Zafril dengan BAPAnya..
Bapa yang meninggalkan emak dan dia ketika berumur 14 tahun, kerana bapa emak terpaksa menanggung hidupnya, kemudian emak tekanan perasan sehingga sakit jiwa setahun sebelum dia meninggal dunia. Hancur luluh jiwanya mengenangkan cacian dan makian terhadap dirinya yang serba kekurangan.
Ketukan di pintu tidak diendahnya, kedengaran suara Zafril menyuruh nadia keluar. Dya hanya mampu menangis mengenangkan peristiwa lalu.
“Dya anak orang gila..gila..gila..” sindir rakan sebaya di kampungnya.
Dya terpaksa menanggung hidupnya sejak berumur 16 tahun. Nasib menyebelahinya apabila dia mendapat biasiswa dan melanjutkan pelajarannya ke jepun.
Dya tersedar bila seseorang mengusap-usap kepalanya. Dia hanya membiarkannya matanya terlalu berat untuk membuka. ‘Mungkin nisa’getusnya. sudah dua hari kejadian itu berlaku, terasa demam badannya. Setelah menelefon pejabat tadi untuk mengambil cuti Dya terus mematikan telefonnya, dia tahu zafril pasti cuba untuk menelefonnya.
Air matanya gugur lagi.. tetiba sahaja dia mengingat zafril. Air matanya di kesat oleh seseorang. Nadia hairan, tidak mungkin tapak tangan nisa begitu kasar. Dia cuba membuka matanya walaupun telalu berat.
“Dya..” kedengaran sayup-sayup suara itu memanggilnya.
‘zafril..’ terkejut Dya melihat sekujur tubuh di yang duduk di sisi katilnya.
“keluar..!” tegas suara nadia menyatanya. Dia menyising tubuhnya membelakangi lelaki itu. bantal peluknya diletak di telingga.
“Dya… please jangan begini.. ” pujuk zafril.
“keluar…!” Jerit Dya.
Nisa dan adi yang berada di ruang tamu terkejut dengan suara Dya. Mereka berlari menuju ke bilik Dya.
“Dya please..maafkanlah ayah…” pujuk zafril.
“keluar..aku kata keluar…” jerit Dya lagi.
“zaf.. dah lah tu..biar Dya tenang yaa.. dia demam tu..” ujar nisa. Adi cuba membawa zafril keluar dari bilik Dya. Zafril hanya menurut kata rakannya.
‘Biarlah nadia tenang dulu’ fikirnya.
“Dya dah lah tu.. zaf dah keluar..” nisa mengambil tempat di sisi Dya. Tiba-tiba nadia duduk dari pembaringannya.
“aku nak solat zohor dulu nisa.. kau keluar lah..” walaupun Dya sakit. Pendiriannya masaih kukuh sebagai umat islam. Selama ini kepada tuhanlah tempat dia mengadu dan berdoa.
“baiklah aku dah sediakan kau bubur, nanti kau makan yaa..” lembut suara nisa memujuk Dya. Nadia hanya menganguk menuju ke tandas. Mujurlah biliknya terdapat tandas jadi dia tidak perlu keluar dari bilik.
Hanya beberapa langkah lagi untuk sampai ke pintu tandas, Dya merasa sekelilingnya gelap. Hanya kedengaran suara nisa yang menjerit memanggil suaranya.
-----------------------------------------------------------------------------------
Nadia tersedar apabila kedengaran suara-suara yang sedang bercerita di tapi biliknya. Dia membuka matanya perlahan. Dya tidak lagi ingat apa yang berlaku sebentar tadi dan dia mana dia berada. Seingatnya tadi dia hendak ke tandas untuk menunaikan solat.
Dya meraba-raba dahinya. Terasa pedih luka dalam balutan di kepalanya, dia cuba mencapai gelas di meja. Niatnya hendak minum air terbantut apabila gelas tersebut terjatuh justeru manarik perhatian orang di sekililingnya. Mereka segara mendekati Dya.
“Dya nak minum.?” Soal nisa sambil menuang air di gelas lain. Perlahan-lahan dia menolong Dya minum air itu. mata Dya terpandang sepasang suami isteri dan seorang gadis di hadapannya. Dia cuba menoleh ke tepi enggan menghadap keluarga tersebut, namun lain pula jadinya. Matanya bertembung dengan zafril yang berdiri di tepinya.
“nisa aku nak bersendirian.” Kata Dya cukup membuatkan mereka faham bahawa kehadiran keluarga tersebut tidak dialu-alukan..!
Kini hanya tinggal zafril yang enggan berganjak dari tempatnya. Hatinya luluh memandang rupa nadia yang lemah.
Nadia tidak sangup lagi berhadapan dengan lelaki itu. dia memusingkan badannya. Selimutnya di tarik hingga ke kepala.
“zaf..please leave her alone for a while..” suara adi memujuk zafril keluar meninggalkan nadia.
Pada malam itu, nisa menemani nadia di wad. Dya terpaksa ditahan di hospital beberapa hari kerana badannya yang lemah. “Dya..kau dah okey..?” soal nisa.
Nadia menganguk lemah. “ maafkan aku nisa, sebab menyusahkan kau.” Katanya.
“takpa, aku kan kawan kau. Tadi kau pengsan lepas tu terjatuh kena bucu pintu. pasal tu kepala kau luka.” Terang nisa.
“nisa sihat ni aku nak balik jepun.” Ujar Dya perlahan namun cukup untuk nisa terkejut dengan penyataan rakannya.
----------------------------------------------------------------------------------
Nadia melihat tetamu yang hadir ke majlis itu, ramai dan meriah. Dia tidak sangka akan pulang semula ke Malaysia setelah tiga tahun menetap di jepun. Dya melanjutkan pelajarannya di sana semata-mata untuk mengelak dari bertemu dengan zafril.
Ternyata lelaki itu marah dan tidak puas hati dengan tindak tanduk nadia untuk meletak jawatan. Dia ingat lagi semasa menyerahkan surat perletakan jawatanya kepada zafril.
“tak sangka nurul nadia yang I kenal selemah dan serapuh ini.” Ujar zafril melihat sepucuk surat peletakan jawatan Dya di atas mejanya.
“I really disspointed of you Dya.. mana Dya yang sebelum ini. Nadia yang tabah dan ceria..?” sambungnya lagi. Nadia hanya memandang pemuda itu seketika sebelum berlalu pergi.
‘ya..! memang aku selemah ini. Aku tidak sangup bekerja di bawah syarikat encik nasif lagi.!’ Jeritnya dalam hati.
Nadia menghampiri pengantin tersebut. Kini mereka sampai juga ke gerbang perkahwinan. Nadia pulang semula ke Malaysia pun hanya kerana ugutan nisa, nisa mengugutnya agar putus kawan kalau Dya tidak datang semasa majlis persandingannya kerana semasa nikah Dya tidak dapat hadir kerana sedang menduduki peperiksaan.
Walaupun Dya tahu ugutan nisa hanya suatu gurauan tapi dia tahu kebaikan rakan-rakannya itu terutamanya umi nisa yang terlalu baik padanya. Sehingga menggangap Dya sebagai anaknya sendiri.
“congrats.. akhirnya kahwin juga kamu dua..” sergah Dya kepada dua mempelai yang sedang bercerita, dari tadi dia menunggu masa yang sesuai kerana pasangan tersebut sibuk melayan tetamu yang hadir.
“Dya…!!!!!!!” jerit nisa. Dia memeluk rakan karibnya sekuat hati bagi melepaskan rindunya.
“dah lah tu.. nanti mati tercekik aku di sini. Kau juga susah.. nanti besok masuk news Seorang tetamu mati tercekik dipeluk pengantin perempuan ..hahaha..” seloroh Dya.
“pandailah kau.” Balas nisa apabila pelukannya terlerai.
“so kau apa cerita. Dah habis study lepas ni nak kerja dekat mana.?” Soal adi.
“aku..? aku okey je.. tapi maybe month aku balik sana lagi. Aku mungkin menetap dekat sana. Lagipun dah dapat tawaran kerja dekat jepun.” Terang Dya.
Nisa mencebik. Tidak suka dengan rakannya yang keras hati tu.
“dah lah tu..dah macam itik dah aku nampak. Nanti aku free aku balik lah sini jumpa korang.” Pujuk nadia.
“janji tau.” Nadia mengangguk.
sudah setengah jam Dya berada di situ sebelum meminta kebenaran untuk pulang. Sebenarnya dia tidak mahu bertembung dengan pemuda itu. takut dia tidak kuat untuk berdepan dengan zafril. ‘adakah dia juga sudah berumah tangga.?’ Fikir nadia. Sememangnya semasa bercerita dengan nisa tadi mereka langsung tidak menyentuh hal lalu.
---------------------------------------------------------------------------
Nadia duduk di hadapan masjid putrajaya. Tenang dan damai sahaja, setiap petang dia akan ke situ untuk menenangkan fikirannya. Sudah sebulan dia berada di bumi Malaysia. Tiga hari lagi dia akan ke jepun. Entah bila lagi dia akan kembali ke sini semula.
“acayamoyekom kak..” sapa seorang anak kecil. Comel.. agaknya budak ni berumur lingkungan 3 atau 4 tahun memandangkan masih payah berkata-kata. Dya memandang keliling..
“waalaikumsalam.. adik kenapa..? sesat..? mak ayah mana..?” soal nadia bertalu-talu sampai berkerut dahi budak tu. Tersenyum dia melihat budak tu, Cuma matanya mengingatkan dya kepada seseorang.
“nana nak bagi ni..” budak itu member sampul surat yang besar.
“err… untuk akak? ” soal nadia.
Nana menganguk lalu berlari sebelum sempat nadia menyoalnya lebih.
“nana…!” jerit nadia. Tapi budak itu semakin menjauh.
Hati nya terdetik membuka sampul tu. Manalah tau betul-betul untuknya.
terdapat 10 keping gambarnya pada hari jadi nisa 4 tahun lalu, matanya melirik tarikh dan waktu tersebut. Seingatnya itu pertama kali dia berjumpa dengan zafril.
Air matanya gugur tanpa di pinta, betapa rindunya dia dengan lelaki itu. tanpa dia sedari seseorang kanak-kanak lelaki duduk di sebelahnya. Dari mana budak tu datang dia pun tak tahu.
“papa bagi ni..” sebuah sampul lagi berada di tangannya. Ia merupakan gambar semasa mereka berada di pulau sentosa dahulu. Ah betapa rindunya dia dengan lelaki itu. dia sedar bahawa dia sedang dipermainkan oleh seseorang ketika itu. tanpa menunggu lama Dya terus berlalu meninggalkan gambar-gambar tersebut. Dia tidak ingin hanyut dengan kenangan silam yang terlalu perit.
Setiba di kereta myvi milik nisa. Seorang kanak-kanak memberinya dua sampul surat. Satu berisi gambar kenangannya bersama kanak-kanak yatim di Damai Kaseh. Gambar yang mengingatkan dia dengan zafril. Pertemuan yang tidak disangka itu memang cukup mengembirakan. Kini dia sedang duduk di dalam kereta, Dya menghidupkan penghawa dingin sebelum terlihat sebuah sampul lagi.
Gambar bersaiz A4 itu merupakan gambarnya bersama zafril sempena jamuan hari jadi Dya. “Kenapa..?” soalnya.
“apa muslihat kamu….?” Dia bermonolog lagi. Matanya tertutup menahan air matanya gugur.
“zaf tak sangka yang nadia sangup membiarkan kenangan kita terdampar hanya kerana dendam Dya dengan ayah.” Soal zafril yang sudah duduk di kerusi penumpang disebelahnya.
Nadia segera membuka matanya, matanya bertembung dengan mata zafril yang sedang merenungnya tajam. Sejak bila zafril duduk di sebelahnya pun dia tidak sedar.
“Dya tak berdendam dengan ayah.. Dya dah maafkan ayah Cuma Dya tak dapat nak bersua muka dengan ayah..puas..” sememangnya encik nafiz ada bertemu dengannya beberapa hari sebelum berangkat ke jepun. Tanpa berkata lama nadia memberitahu bahawa di tidak sudah marah dengan ayahnya Cuma hatinya pilu mengenangkan mak apabila terpandang wajah ayah.
“tapi kenapa Dya sangup membuatkan zaf terkapai-kapai macam ni..” zafril mengeluh..
“kita adik-beradik zaf.. lupakan memori lalu, cubalah kembali ke alam nyata.” Zafril ketawa mendengar kata-kata Dya.. wajahnya yang kusut itu berubah 100%..!
------------------------------------------------------------------------------------
“hari ni sayang nak ke mana..?” zafril melihat isterinya menyelak langsir itu.
“ermm.. entah belum decide lagi.” Kini isterinya duduk di sisi zafril.
“hari ini kita pergi rumah ayah sif yaa..” pujuk zafril.
“abang tak kerja..?” soal Dya. Rupa-rupanya zafril hanya anak angkat ayah dan ibunya. Atas kesungguhan zafril mengeratkan hubungan ayah dan Dya. Nadia cuba untuk menerima ayahnya dalam kehidupan mereka.
Zafril mengeleng. “malaslah..hehe..”
Dya tidak melayan kerenah suaminya sebaliknya memandang kearah luar tingkap. Matanya tertacap pada sepasang burung yang hinggap di dahan pokok tersebut. Mesra..!
“burung pun tahu berkasih sayangkan.. kalau dya tak hilang dulu mesti kita dah lama macam burung tu..ermm tu lah lain kali dengar dulu penjelasan orang, ni tak..! percaya sangat dengan pandangan mata Dya tu..” zafril mendekati isterinya.
Nadia hanya mendiamkan diri. Dalam hati terbit rasa bersalah kerana terlalu ikut kata hati. “tapi pandangan mata dan hati Dya tentang cinta abang tak salah kan..hehe..” usik Dya.
“ermm.. yang tu tepat..! ” balas zafril sambil mengangguk-angguk kepalanya.
“yang paling tepat.. abang ni banyak kerja.. 1 photogragher, 2 bos, 3 tuan Damai kaseh 4 stalker..! haha..”gelak Dya.
“owh gelakkan sindir abang ye.”
“ermm.. betul apa.. dok skodeng anak dara orang tu apasal.. semua gambar dia ambil..!” ujar Dya mengingatkan gambarnya yang banyak dalam album zafril. Bukan satu tapi sampai 5 album.
“tak pa lepas ni abang skodeng mak dara pula…haha…” lawak zafril.
“ermmm.. try kalau berani..! nampak ni…” Dya menampakkan buku lima..semakin galak katawa zafril.
Mereka diijab kabulkan pada satu april tepat pukul 1.40.Menurut zafril detik itu cukup bermakna buat mereka, kerana pertama kali bersua muka. Tambahan pula, bilik mereka bertemu ialah di wad 140 ketika kejutan hari jadi nisa dahulu.
p/s : sorry kalau ada salah taip...hehehe... cerpen next week "i love rain"
best cite ni.
ReplyDeletecongrates writer.
@Anonymous
ReplyDeletethanks..hehe..
ada bakat la fazila ni....suka baca cerpen ni...teruskan berkarya...:-)
ReplyDelete@♥~dayuu ghani~♥
ReplyDeleteterima kasih...hehe...