Wednesday, April 6, 2011

tercalarnya hati ini



daku serabut memikirkan sesuatu,
 sekiranya hanyut dalam bayangan sendiri..
aku cuba untuk melarikan diri,
namun hampa untuk berdiri.
aku tidak ingin berdiri membela diri
akhirnya diri dipijak manusia realiti.

apakah perasaan yang menerpa hati ini..?
sedih, marah atau kecewa.
hati menangis dan terus menangis,
bila perasaan semakin dihiris.
sesungguhnya kasih sentiasa dipengaruhi,
tentang onak dan duri,
namun kesabaran sentiasa menguji.
daku merintih agar dipercayai.


oh tuhan,
kuatkan lah hati kecil ku ini,
menghadapi keadaan yang terpinggir.
tiada tempat untuk mengadu, 
aku inginkan bahu untuk bersandar,
telinga untuk mendengar,
setiap luahan demi luahan,
tanpa rungutan dibibir pendengar,
aku sentiasa tercari-cari..
sungguh hati pasrah menanti,
jikalau wujud kekasih hati.
sudi kah engkau menjadi peneman hati..

ini bukan bermadah kata,
cuma luahan hati si penglipur lara..
meluahkan perasaan terbuku di dada.
harap maaf sekiranya terasa.


Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

2 comments:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)