Bunyi bising di stesen bas langsung tidak menarik minat ana. Dia terlalu leka dengan dunia khayalannya.
Seperti biasa ana memakai baju kurung,mengikat rambut ala ekor kuda (gelaran dari mia from geng luxurious) tapi rambut depan ala ala budak jepun tu.. berbeg galas polka dotsnya. Tidak lupa juga keropok jigs yang hot peri peri tu sambil membaca novel dan mendengar lagu dari earphonenya..
Pelik..? ana bukannya pelik tapi itulah yang sering diperkatakan oleh mia and the girls. Dah yang penting ana selesa pakai baju kurung suka baca novel and dengar lagu sambil makan keropok so apa boleh buat kan…kan..hehe.
Opah pernah kata ‘orang perempuan kena buat cara perempuan. Walau macam mana pun baju kurung ialah baju yang terbaik yang melambangkan keperibadian seorang perempuan’ lama-kelamaannya dia terbiasa memakai baju kurung.
“hahaha…” sesekali ana tertawa terbahak-bahak membaca novel.tangan kanannya pula ralit mengambil keropok jigs di kerusi sebelahnya.
“ermm..miss..miss..?” tegur haqimi.
‘hish minah ni..pekak badak betul. Lenguh betul kaki aku ni.’ Omel haqimi dalam hati padahal bukannya dia tidak nampak earphone di telinga ana.
“hey miss..” tangannya di lambai lambai di hadapan muka ana.
Kening dia terangkat.
“what’s wrong..?” Tanya ana sambil mengalihkan earphonenya ke leher.
‘kacau mood betul.!’ Marah ana dalam hati.
“cik bangku ni cik bayar kah..? kalau tak saya nak duduk.” Sindir kimi.
Ana melihat kerusi di sebelahnya yang menempatkan beg galas dan keropoknya kemudian dia mengalihkan perhatiannya keliling bas tersebut.
‘tempat lain sudah penuh.’ Dia kemudian mengambil beg dan keropoknya.
Lelaki itu terus mengambil tempat di tepi ana. Ana menyambung semula bacaannya, earphonenya diletak semula ke telinganya.
Sambil mengunyah keropok jigs dia ketawa mengekeh. Terasa lucu apabila watak menghayati novel itu..
“hahahahha….” Sekali lagi dia ketawa terbahak-bahak.
“gila punya lelaki” komen ana.
Kening kimi terangkat pelik dia melihat perempuan di sisinya ni. Tadi ketawa terbahak-bahak sekarang dah start naik angin.
“jangan jangan orang gila kot..” kimi bermonolog.
“hah..! awak cakap dengan saya kah.?” Tanya ana.
“eh takda..”
‘boleh pulak dia dengar..padahal tadi bukan main kuat aku panggil namaya tidak pulak dia dengar. Sah masalah telinga perempuan ni.’ Fikir kimi.
“oh okey.” Selamba ana menjawab. Kepalanya bergerak mengikut irama lagu di earphonenya.
Kimi mendengus geram. Perempuan ni betul-betul bikin panas..!
“cik.. boleh tolong senyap sikit ka..? ganggu lah” tegur kimi.
“hah..?” ana termangu.
“awak bisinglah”
“suka hati aku lah.” Kemudian mata melirik kearah tingkap. Alamak dah terlepas.
“pakcik stop.” Jerit ana.
Tetiba pakcik driver bas tu menekan brek . ana tertolak ke hadapan.
“mak oi sikit aku terjatuh.” Latah ana. Lelaki di sebelahnya tersenyum mengejek.
“awak tepi saya nak lalu.” Segera ana menarik beg galasnya.
“pakcik ambil bakinya. Terima kasih n sorry mori naik lori pakcik.” Ana memberi not rm50 sambil tunduk mintak maaf lalu berlalu. Pemandu itu mengeleng-geleng kepalanya.
Ana sudah terlewat untuk menemui seseorang.
Ana masuk ke restoran eksklusif tersebut. Dia mengeluh sebelum meneruskan langkahnya. Memang dia tidak suka untuk mengunjungi mana-mana restoran mewah. Kelihatan kelibat abang amir fakrul dan amir faizul sedang memandang kearahnya.
“hai along, angah.”
“assalamualaikum” tegur angah. Ana tersengih.
“waalaikumussalam warabatullahi wabarakaaaaatu..” jawab ana mengikut lagak zaidiansyah dalam cerita qalesya. Dia mengambil tempat di sebelah along.
“angah cakap along tak datang hari ni, tapi ni dah terconggok depan ana ni apahal..?” Tanya ana sambil menghirup cappuccino abang longnya.
“ana ni..kalau ya pun haus..tu kan minuman along.pesanlah minuman ana.ana nak apa?” Tanya along.
“skyjuice jak la long. Apahal ni, angah cakap urgent sangat sampai tak boleh cakap dalam handphone..?”
“hehe…takda apa-apa penting pun sebenarnya. Angah saja jak tadi tu..ana ni mengalahkan PM. Payah betul nak jumpa so kenalah buat dramatik sikit.”
“ceh..ingatkan along atau angah nak kahwin ke..apa ke.. Cuma hang out je.assigment adik berlambak dekat hostel tau tak..kok ya pun nak hang out biarlah weekand ke..ni hari selasa,nasib baik ana dah habis kuliah tadi.” ana buat muka geram. Mencebik..!
“elleh ana tu bila ada time free… kalah mak datin tau.”
“ana..?” Tanya along
“yes long..”
“sampai bila ana nak merajuk dengan papa ni..?”
Ana terdiam seketika..
“ana papa tu sayang dengan ana, please baby balik rumah.” Sambung angah.
“direct to the point brothers,korang nak jumpa ana bukanya setakat nak jumpakan.” Ana menyandar di kerusinya.
“ana balik rumah yaa.. along and angah nak ana tinggal di rumah, ana boleh ulang alik dari rumah pergi kuliah. Tak pun along belikan ana kereta ke atau kami hantar ana ke..?” pujuk along.Ana mengeluh berat.
“ana tak nak lah along. Menyusahkan. Sapa kata ana merajuk dengan papa..? I’m fine okay.Cuma nak struggle study tu aje..”
“ermmm..ya lah tu. Kalau tak merajuk tapi balik rumah Cuma time raya atau cuti sem je dah tu Cuma 2 minggu je dah nak balik hostel.” Tegur angah.
“laparnya nak makan..along dan angah dah makan ke..? ana belum lunch lah tadi tak sempat..” ana cuba tukar tajuk.wajah along dan angah sudah berubah 100%. Geram dengan perangai adik perempuan mereka.
“ermm.. pesanlah makanan…” ujar along.
Usai makan ana minta diri untuk pulang ke hostel sendiri. dia menaiki teksi agar abang-abangnya tidak risau. Sebenarnya tiada seorang pun di kolej yang tahu bahawa dia seorang anak ahli perniagaan terkenal.
Setiba di bilik, dia terus menghempapkan badannya ke tilam.
“ana..!” terdengar suara sedang menjerit memanggil namanya.
“apahal..” Tanya ana.
“how dare kau arghh..!” marah tiara a.k.a best friend for ever ana. “kau lupa pulangkan novel aku.. kan dah janji semalam nak pulangkan aku kennn..” tiara mencubit paha ana.
“aduiii sakit lah.. hehe.. tengku tiara…” ana cuba buat muka sposen.
“dah..dah..tak payah buat drama samarinda kau sini..your puppy face tidak laku..aku dah pinjamkan kau dari minggu lalu punya minggu lalu minggu lalu..”
“hah..?” dahi ana start nak berkerut dah.. tanda TERblurr..!
“maksudnya dah sebulan tau..! takkan lah belum habis baca lagi..” omel tiara.
“owww…kau ni cakap pun complicated betul.. ermmm ye la aku pulangkan..dah habis baca pun tadi..jap aku ambik dulu.” Ana mencapai begnya di lantai lalu menyelongkar begnya.
Seminit..dua minit..tiga minit.haikkk..? berapa banyak punya minit larr..hehe..okey dah sampai 10 minit masih zero..
Ana senyum meleret menghadap tiara. Kening tiara terangkat..“hah..! jangan cakap dah hilang. Aku tak nak dengar jawapan tu..”
“jap..jap aku try ingat dulu mana aku letak..”
“hay..muda muda lagi dah nyanyuk” sindir tiara.
“hishh..jangan ganggu konsentrasi aku..tengah refresh otak ni..”
“hah..! aku dah ingat..ni semua pasal mamat terlebih poyo tu..!”
“mamat poyo..? mamat sombong budak law yang si mia tergila-gila tu ka..? dia story mori dengan kau ke..? hish mia ada situ tak..kalau dia nampak gerenti benggang tau perempuan tu” riak tiara berubah.
Walaupun tiara berketurunan tengku dia tidak suka perangai mia yang sok berlagak kaya tu.
“hey macik. Kau nak tembak aku pun guna lah M16 ke revolver ke..? sekurang-kurangnya tersasar dekat padang sasar je.. ni tembak aku pakai soalan merapuh kau ni dah terlebih sasar sudah…”
“hah..?”
“jap biar aku crite ngan kau sikit. First..yes mamat poyo..second bukan mamat law tu. Kalau mamat law yang kaya tu mana naik bus..airbus adalah...”
“cehh…! Ingatkan mamat poyo tu..so ni balak mana pulak yang sampai novel aku hilang.”
Ana mencerita tentang pertemuannya dengan lelaki yang memakai tuksedo mahal dengan briefcase tapi naik bus..tak ke pelik tu..kan..kan..pelik kan..? and yang terlebih peliknya mamat tu baca buku komik. Sehinggalah cerita dia kena tegur gara-gara ganggu mamat tu.
“ha..ha..ha..! mesti dia benggang kan..?” ketawa tiara.
“aku rasakan bukan setakat benggang tapi gunung berapi dah nak keluarkan larva nya dah..lluuerrrkkk..” ana berlagak hendak termuntah..
Tiba-tiba ketawa tiara berhenti. mukanya masam macam cuka terlebih basi pulak..eh cuka boleh basi ka..???(writer pula yang terblurr ni..hehe..)
“so novel ku macam mana..?”
“nanti aku ganti lah..yah..yah..” ana membuat muka sposen sambil mengerdip matanya berkali-kali.
“haiya nasib baik lu manyak comei orrr..kalo tak ni amoi sua nahik anyin larr.” Kata Tiara loghat cina.
Ana tersenyum menampakkan barisan giginya..
“muah…muah…cayank tiyayah..hehe”
“novel punya pasal aku lupa mahu gossip pasal mia ni…”kata tiara terhenti.
“pacai apa?..hish aku dah terikut-ikut dah lagak amoi tak jadi..pasal apa?” kata ana. Tiara senyum mengekek.
“hehe..saja nak buat dramatik sikit pasal tu comma jap..”
“perrrgghhh lah..banyak la drama kau sini.hish cerita ler pasal minah kerek rambut karat tu.” Ana memperbetulkan duduknya.terasa lenguh pula.
“kau tau ka..”
“tak tau..hehe..”
“hish kau ni..si minah karat tu inform 1 fakulti aku dia couple dengan budak poyo kelas kau tu.” pause jap yaa… Oh ya lupa nak bagitahu korang, aku budak law..si minah tiara ni pulak budak psyiko tapi dia bukannya psyiko Cuma study ilmu psychology je..okey start balik.
“si adib tu..?biar betik..?(stail zoey dalam drama KLIK)”ana membeliakkan matanya. Tiara menganguk.
“pasal tu aku Tanya kau tadi pasal mamat poyo kau cakap tu. Aku ingatkan si adib tu.”
“hehe..hahahahaha…” ana ketawa terbahak-bahak.
“eh minah..kau ni gila ka ape..?”
“mia dengan adib..?? hahahhaaha”
“eya beb..aku dengar dengan mata telingga aku sendiri dia dok kempen satu kelas.kononnya tiap-tiap hari adib kol dia..date dengan dia..”
“so..?”
“so apa..? sos cili..?” Tanya tiara.
‘hish budak ni buat-buat blurr pulak’ getus ana.
“sos tomato..sos tiram..sos kicap ADABI..oh adabi…menyelerakan..adabi sungguh e..”nyanyi ana.
“sorry..sorry..aku gurau je tadi tu..hehe..so kau tak marah ke..?”
“aku marah? buat apa..buang liur je..bukannya aku awek adib pun.”
“ye..la.. adib baru minta kau jadi couple dia..tup..tup..dah couple dengan minah tu.”
“ada kau nampak dorang dua date..? baru je adib mintak tolong aku jadi makwe olok-olok..sebab kebelakangan ni da perempuan dok syok dengan dia.siap bagi ayat jiwang karat lagi tau..ada sekali tu dia call,aku yang angkat handphone adib, eh..naik angin satu badan minah tu..dia marah aku kacau pakwe dia konon..”
Tiara ketawa mengekeh..agaknya dah dapat tangkap sapa minah miang tu.
“so then..?”
“pa lagi weh..ni bakal lawyer tau..keluarlah ayat aku tu beb..”
“banyaklah loyar kau..so adib camna..?”
“happy lah dia..dah takda orang kacau dah..” jawab ana selamba.
“bukan tu lah..mesti dia nak kau jadi couple dia betul-betulkan..” ana mengangkat keningnya..
‘hehe.. I smell something fissy here.. cam aku tak tau ceh aku kenal kau lah beb..hehe’
Takda angin..takda ribut…gempa bumi..tsunami.. tetiba jak budak mia tu pi serang aku..aku..?
‘agaknya dari mana perempuan tu tahu aku ni makwe(olok-olok) adib..?’ fikir ana sambil membersihkan minuman di bajunya.
“gila punya karat..dah lah rambut karat macam monyet..otak karat macam besi buruk..!” marah tiara.
“dah lah yaya..aku malas nak cari gaduh dengan minah cerek..eh..kerek tu..
Tiara tersenyum..kawannya ni optimis betul. Dah lah kena hina oleh minah karat tu. Ada hati lagi nak bergurau. Telingga nya tergiang-giang kata-kata mia tadi.
“hei perempuan sundal..kampung girl..kenapa kau rampas adib dari aku ah..!” jerit mia.
“tak tahu malu..ukurlah baju tu sikit weh…! Agak-agaklah nak balak kaya..!!” sambungnya lagi.
“perasan lah diri tu dah lah takda baju lain selain baju kurung kau ni, ada hati nak rampas adib dari aku..”
Mungkin benggang dengan riak selamba ana. Mia mengambil tindakan menyiram milo kearah ana.nasib baik tadi ana memberi signal pedulikan dia dari lirikan matanya..kalau tak dah sure si mia tu dapat penangan high heels istimewa tengku tiara.hahaha..
“hoi jauh kau terbang..dah sampai sampai paris ke..?” sergah ana.
“hehe.takda lah…” tiara tersengih macam kerang busuk..
hakimi terlihat sebujur tubuh di bahu jalan. Kelihatan seorang gadis yang memakai baju kurung sedang terdampar di tanah. Dia segera memakirkan keretanya di bahu jalan.
“fiq jom tengok kepala perempuan tu berdarah.. ” arah kimi sebelum bergegas menuju kearah wanita itu.
“jom bantu aku angkat dia..kita bawa pergi rumah..sana ada first aid..darahnya ni kena di hentikan. Jauh lagi kalau nak bawa dia ke klinik ni.”
“baik lah..jom..”
Mereka berdua kini berada berada di banglo kimi. Fiq hanya melihat kawan karibnya membersihkan luka-luka di muka gadis itu. gadis itu sudah dalam keadaan sedar.
“saya kat mana..?” Tanya ana tangannya memegang luka yang berbalut di kepalanya.
“awak kat rumah saya..rasa-rasanya luka awak dah okay tapi kena ke klinik juga untuk buat lawatan lanjut.” Ujar kimi.kepalanya masih ligat berfikir di mana dia pernah jumpa gadis ni.
“korang sapa..?” Tanya ana.
“saya afiq ni kawan saya hakimi. Awak kena ragut tadi, kawan saya tolong balut. Jangan risau kami takkan apa-apakan awak.” Kata afiq.
“macam kenal..” ana melihat wajah kimi di hadapannya.
“huh..?”
“larr..baru ingat..!” kata kimi.
“ingat apa kimi..?” ujar fiq.
“budak novel tu kan..dalam bas hari tu..”Ana menganguk.
“awak kawan tiara..?”
Ana menganguk lagi.dahinya berkerut.
“dari mana awak tahu..? awak kenal tiara..?”
“saya ada simpan novel awak..hari tu awak lari sampai novel awak terjatuh pun tak sedar.saya nampak nama dan penanda kat novel tu.” Tipu hakimi. ‘tak payah lah dia tau aku ni abang tiara.’
“owwwhh..”ana mengangguk-angguk kepalanya..matanya melirik ke arah jam dinding..pukul 7..apa..? PUKUL 7..?
‘ALAMAK…! Mesti along dah lama tunggu aku ni..’ fikir ana. Hari ni sepatutnya dia kena pulang ke rumah memandangkan cuti sabtu ahad.
Ana bergegas berdiri …dia terduduk semula..sakitnya masih lagi terasa.
“awak tak apa-apa? kimi kita kena bawa dia ke klinik untuk rawatan susulan ni. ”
Dek kerana terlalu lemah ana hanya menurut kata afiq dan kimi.
“along mana adik..?” Tanya faizul.
“adik belum pulang ke?”
“takda..”
“mana adik ni..kata balik hari ni. Along dah call telefonnya dari tadi tapi handphonenya off lah ngah.. along ingatkan dia balik sendiri.”
“dah pukul 7 lebih ni long..angah tak sedap hati lah..”
“kita try cari dia kat hostel..mana tau dia kat sana ka..?” ujar along.
“tapi adik kan tak suka kita jumpa dia kat sana..”
“kenapa ni..? papa dengar bising-bising je dari tadi.”papa tiba-tiba keluar dari bilik bacaan.
fakrul dan faizul saling pandang satu sama lain.
Villa rumah dato rifqi diliputi keresahan dan kegelisahan.. jarum sudah melirik ke arah 9.10 malam namun kelibat ana belum kelihatan. Tiara juga berada di rumah tersebut. Pada mulanya tiara terkejut apabila anis rakan sebiliknya datang berjumpa dengannya.
Konon-kononnya ada dua orang lelaki nak jumpa dia sebab hal penting. Rupa-rupanya sorang usahawan muda dan sorang lagi arkitek terkenal..! yang penting mereka abang-abang ana. ‘pandai kau simpan rahsia ana..’ fikir tiara.
Setelah tiara dimaklumkan tentang kehilangan ana dia segera menelefon adib sekiranya lelaki itu bersama ana namun jawapannya tetap sama.ana tiada bersama adib.
Deruman kereta di halaman rumah melenyapkan lamunan tiara. Dato rifqi segera ke pintu hadapan. Dia berasa marah dengan kecuaian anak mudanya, dia risau sekiranya ana diculik seperti suatu ketika dahulu sehingga dia terpaksa menghantar ana untuk tinggal di kampung bersama mak mertuanya.
“ana..” jerit dato rifqi. Penghuni rumah itu bergegas ke pintu. terkejut melihat kepala ana yang berbalut.
“papa..” bisik ana.
“abang” tiara separuh jerit. Pelik kenapa abang kimi ada dengan ana..?
ana menceritakan perihal yang terjadi terhadap keluarganya dan tiara. Dia di ragut semasa mengeluarkan handphone dan dompetnya dari beg. Secara tidak langsung hubungan antara hakimi a.k.a tengku hakimi terbongkar. Hakimi sebenarnya anak ketiga dari adik beradik tiara yang juga merupakan seorang peguam.
“tiyaya kau stay sini malam ni yaa..got something to tell you..” pujuk ana..matanya di kerdip-kerdip.
“please…” sambung ana apabila melihat rakan dia.
“I’m begging you for mercy..mercy” nyanyi ana separuh bisik. Takut abang-abangnya dengar. Tiara tersenyum lucu. ‘sumbing betul.. pitching terlebih rosak..hahaha..’
“I think there’s a lot my dear anaaaa…” sengaja tiara menekankannya…
“erhmmm uncle…kami minta diri dululah dah lewat ni.. esok nak kerja..” ujar afiq.
“terima kasih banyak-banyak yaa kimi, fiq sebab tolong ana tadi.” Ujar dato rifqi.
“sama-sama uncle. Urmm.. tiara nak abang hantar ka..?” pandangannya beralih ke arah tiara yang duduk bersebelahan dengan ana.
“tiyaya stay sini malam ni..kan..kan..esok kami balik hostel.” Ana mengosok-gosok bahunya dengan bahu tiara.
“ermm.. tiara stay sini yaa..” kata tiara. Dia sebenarnya segan dengan keluarga ana tapi ana kena berterus terang dengannya.
“tiyaya..kau marah aku ke..?” soal ana. Mereka kini berada di bilik tidur ana.
Tiara diam..
“tiyaya…”ana buat muka sposen.
“kalau kau tak beritahu aku hal sebenar lagi aku marah… so better start your story right now..” tegas kata-kata ana.
“okey..aku cerita kau dari A sampai sepuluh..hehe”gurau ana. Tiara membeliak matanya tanda marah.
“okey..aku start..janganlah marah nanti adib tak suka..hehe..”
“STOP..STOP.. biar aku cerita..kau jangan nak mencelah..” sambung ana lagi.
“sebenarnya aku memang anak dato’ rifqi tapi aku tak pernah rasa kasih sayang ibu bapa yayah..aku sedih sebab papa dan mama tinggalkan aku dekat kampung sedangkan along dan angah tinggal dengan mereka. Lepas opah dan atuk meninggal, aku masuk sekolah berasrama penuh sehinggalah aku sambung study aku jarang pulang ke rumah…”
Tiara melihat kelopak mata ana berair..
“trust me yayah, aku takda niat nak rahsiakan ni dengan kau sebab aku tak pernah rasa kegembiraan seorang anak dato rifqi.. aku cuma kampung girl yang bernama ana rifqi..that’s it..” sambung ana.
“there’s no ana natasha farhana binti dato rifqi just ana..ana yang tengku tiara kenal selama 4 tahun kat universiti…ana yang biasa pakai baju kurung dan kaki novel..”sambungnya lagi.
“dan…dengar lagu…dan suka makan keropok jigs.” Celah tiara..Tiara memeluk rakannya..dia terharu dengan kata-kata ana.
“dah lah jangan nangis..buruk betul aku nampak muka kau begini. Dah macam HANTU KAK LIMAH dah..hehe..” pujuk tiara.
Air mata dato rifqi terjatuh..sebenarnya dia hendak memanggil ana keluar sebentar,tiba-tiba langkahnya tersekat apabila mendengar tangisan anak bongsunya. Dia berhenti memulas tombol pintu ana lalu cuba menangkap bait-bait kata ana.terasa sayu di hatinya mendengar luahan ana. Ingin sahaja dia masuk mendakap anaknya itu namun dia tidak berupaya hendak berterus terang.
“thanks yayah..kau lah BFF aku..”
“bukan minah karat ke..?” gurau tiara.
“yang tu madu kau..” ana dan tiara gelak..
“and one thing aku mahu bagitahu kau ni..tapi sebelum tu kau kena terus terang dengan aku dulu yaa..”
Tiara menganguk lalu mengangkat tangannya seperti mengangkat sumpah..
“aku janji bahawasanya..apa lagi ikrar rukun Negara tu..aku dah lupa la..hehe” gurau tiara…
Ana mencebik..orang serius dia bawa main-main pula..
“dah..dah..takyah nak muncung-muncung mulut tu..karang aku sangkut hanger pakaian aku yang kekurangan sangkutan baju tu baru kau tau.. okey aku serius..janji..apa kau nak bagitahu aku pula lagi.” Pujuk ana. ‘sensitif pulak minah ni hari ni..hehe’ fikirnya…
“sebenarnya adib suka kau…!” tiara ketawa terbahak-bahak…
“adib suka aku..biar betul..!!”
“eellehhh..pieerrrghhh lah lawak kau tak laku sini…” sambungnya lagi.
“YA ALLAH…aku cekiklah juga budak ni..orang serius lah…!” ana pura-pura marah.
Tawa tiara terhenti.“hish kau ni jangan main-main benda ni..aku tak suka lah..” kata tiara.
“hey macik.. aku tak main-mainlah..adib suka kau dari tahun pertama kita lagi tau..tapi kau tu buat derkkk je..”
“dah tu suka sangat panggil dia mamat poyo lah..sengallah…tapi di mana kepoyoan atau kesengalannya mamat tu berlaku aku pun tak tahu..sebab tu dia ingatkan kau tak suka dia.” kata ana separuh gurau.
“kau pun suka dia kan..” serkap ana.
“entahlah…” jawab tiara..
“Tutup mata..tanya hati kau..” ana meletak tapak tangan tiara di dadanya.
“apa kau rasa..siapa kau nampak..”sambungnya lagi.
“adib….” Jawab tiara perlahan kemudian membuka matanya.
“thanks ana..”
“kalau kau admit dari dulu kan senang.. tak payah aku tadah telinga dengar luahan si adib tu…hehe..dah sekarang kau ambik ni..call dia sekarang..dia tengah tunggu tu..tadi time aku call dia,aku dah janji dengan dia nak bagitahu kau malam ni.. dia tengah tunggu kau bagi keputusan tu..” luka di kepala ana tidak lagi memberi kesan padanya. Mujurlah abang kimi tolong aku tadi..ABANG KIMI..? ceh poyo betul ayat..ermmm..first dia tolong aku,selamatkan nyawa aku, second tiara panggil abang kimi so aku ikut jak lah…hehe..
“tapi…esok jak lah..”
Ana membeliak matanya..“now tengku tiara…kau nak tengok si adib tu jadi panda besok pagi gara-gara tunggu panggilan kau..”
“okey..okey..” Tiara melihat nama adib di telefon ana. Dia kemudiannya menekan punat hijau.
“hello adib…..”
Maka bermulalah episode cinta tiara dan adib..hehe..antara aku dan papa semakin rapat.. papa memberitahu aku cerita beberapa tahun lepas..ketika aku berumur 9 tahun aku pernah diculik oleh musuh perniagaan papa..oleh itu, papa terpaksa mengikut rayuan mama untuk menghantar aku ke kampong so aku tak salahkan papa..walaupun terkilan dengan tindak tanduk mereka tapi aku tahu mereka buat ni semua pasal aku..demi keselamatan aku..
Dua tahun kemudian.
Ana berlari apabila terlihat bas melintasi pondok bas tempat dia menunggu. Tercungap-cugap dia mengejar bas tersebut.
“terima kasih uncle lee..” ujar ana kepada pemandu bas tersebut. Uncle lee hanya mengeleng kepalanya. Terbiasa dengar perangai ana yang kecoh tu.
Ana segera duduk apabila terlihat sebuah kerusi kosong.
“penat..?”
“ya…huh..penat betul..nasib baik tak terjatuh tadi..” ujar ana yang sedang membetul skirt baju kurungnya..kemudian dia terfikir sesuatu.. ‘aik dengan sapa aku bercakap ni..?’ dia segera mengangkat muka, membetulkan kedudukannya.
Pemuda itu tersenyum..
“abang kimi..!” kata ana separuh jerit. Cepat-cepat dia menerkup mulutnya apabila terdapat mata-mata yang melihat dia.
“lah…lamanya tak jumpa abang…”
“yeah, last time jumpa time tunang tiara last year kan.” Ana menganguk.
‘oh..bang kalau lah kau tau aku rindu menatap wajah mu tiap-tiap hari..’ jerit ana dalam hati.. “hai poyo betul ayat aku” kata ana.
“hah..?”
Ana membeliakkan matanya.. kemudian mengeleng takda tiada apa-apa.
‘huh..! nasib baik tak terlepas cakap..ah..dah memang terlepas pun…hahaha..’
“ana nak pergi mana ni..?”
“kerja” jawabnya ringkas. Takut terlepas cakap lagi..haha.
“la dah jadi lawyer lah ni..”
“kejap lagi abang kimi..hari ni first day..”
Kimi menganguk..“well good luck for yourself..”
Ana segera turun dari bas terasa malu untuk berhadapan dengan hakimi. Lagipun dia sudah terlewat untuk persediaan hari pertama.
Ana di perkenalkan kepada semua orang oleh kak liyana yakni setiausaha bos. Tetapi dia masih belum bejumpa dengan bos firma guaman itu. sewaktu temuduga hari itu, dia hanya di temu duga oleh penolong bos sahaja.
“welcome to the firm ana.” Tegur seseorang di belakangnya.
“abang kimi..”
“selamat pagi bos.” Kata beberapa pekerja di situ. Ana melihat wajah hakimi untuk penjelasan.
“hehe..i’m the bos here..” hakimi tersengih.
“lah.. bos kenal ana ke..?” Tanya kak liyana ramah.
“best friend adik saya..”jawab kimi.
“owhh…ingatkan girl friend..” usik hazif.
“kalau girl friend saya..?” balas hakimi.
ana mengangkat keningnya..namun dalam hati bagaikan terangkat-angkat sudah..haha..
“lah bagus lah kalau girl friend. Tapi si nasha bos nak letak mana..?” usik hazif lagi. nasha..? kekasih abang ka..? ingin sahaja ana bertanya namun mulutnya terkunci rapat.
“letak dekat sini..” hakimi menepuk-nepuk poket seluarnya..
“ermm…tak lucu…” jawab ana lalu membuka langkah ke biliknya..tetapi pautan tangan di lengannya memberhentikan langkahnya. Matanya terpandang susuk tubuh di hadapannya itu.
“kita keluar lunch ye…? Celebrate ana punya first day..”
“ana dah janji dengan papa nak lunch dekat rumah..sorry yaa..” ana menepis tangan hakimi pelahan.
“oh..okey..”
Tiga bulan berada di firma H&N membuatkan ana tertanya-tanya, kalau H untuk hakimi mesti N untuk nasha tapi selama ini dia tidak pernah melihat siapakah gerangan gadis itu.
‘haikk kalau N tu untuk Natasha okey juga..haha..jauhnya aku melalut…mentang-mentanglah nama aku ana Natasha..haha’
“hai disturb..?”
Ana mengeleng. “masuklah..”
“ermm..”kata hakimi ingin memulakan kata..
“ermm..”
Ketawa ana menarik perhatiannya.
“why..?” Tanya hakimi.
“haaii…sejak bila peguam terkenal ni jadi gagap..” kata ana apabila tawanya berkurang.
“abang nak ajak ana dinner malam ni..”
“okey..” jawab ana ringkas.. bukan pertama kali hakimi mengajak dia makan malam, Cuma setiap kali keluar mesti bertiga atau berempat. Sama ada dengan tiara atau adib.
“malam ni abang jemput dekat rumah yaa..”Ana mengangguk.
..............................................
Ana hanya memakai baju kebaya berserta selendang, tiba-tiba sahaja hatinya terdetik untuk memakai baju tersebut. Lawa..getusnya. dia turun anak tangga perlahan-lahan…
“haik angah..along rasakan malam ni macam lain pula..takda angin, takda ribut tiba-tiba jak monsoon datang…” usik angah yang sedang leka bermain dengan azif yang berusia setahun 2 bulan itu. azif ialah anak along dengan kak lisa.
“wah..lawanya anak dara sorang ni…nak keluar dating ke..??” usik kak lisa yang baru keluar dari pintu dapur.
Ana mencebik.. “papa…! Tengok tu dia orang usik ana…” ana duduk di sebelah papanya yang sedang membaca surat khabar..
Deruman kereta di halaman rumah menarik perhatian mereka.
“ermmm tu buah hati datang dah tu…” usik dato rifqi.
“kawan je lah paaa… okey ana nak keluar ni..” ana menuju ke kereta hakimi setelah bersalaman dengan papanya.
Hanya lagu di corong radio yang mengisi kesunyian mereka. Masing-masing melayan perasaan mereka..
“nak ke mana abang kimi..?” Tanya ana bagi mengelak denyutan jantung yang kuat.
Hakimi hanya mendiamkan diri…hanya senyuman di bibirnya.
Setelah beberapa minit. Hakimi berhenti di sebuah pondok bas. Pelik..? kenapa bas uncle lee tersadai di situ..
“jom..” ajaknya.. bagaikan terpukau, ana hanya menurut langkah hakimi menaiki bas tersebut.
“ermmm…duduklah..” hakimi menolak kerusi. Mahu tergelak ana melihat dalaman bas uncle lee..kosong tanpa sebarang bangku. Hanya sebuah meja dan dua buah kerusi yang terletak di tengah-tengah bas tersebut. Hakimi menghidupkan lilin di atas meja.
“candle light dinner dalam bas..?” soal ana tersengih. Lucu bercampur romantik.
“hehe..ermmm titik perjumpaan kita di sini ana.. dua tahun lalu abang kimi dah terpikat dengan awek yang duduk sebelah abang dulu.” Ujar hakimi romantis.
“jadi nasha..? abang nak letak dekat mana..?” soal ana.
Hakimi tergelak tak sangka ana masih ingat perkara tu...“ermmm…nasha kan abang letak dekat sini..” sekali lagi hakimi menepuk poketnya seperti dulu.
“its not funny..” geram ana.
“ana sayang.. nasha tu kembar abanglah..hahaha..”
“kembar..? tiara tak pernah cakap pun dia ada kaka…” percakapannya terhenti. Baru dia teringat perihal kak nasha yang tinggal di singapura.
“ermm.. ana jealous ke..?”
“mana ada..takda masa…” tepis ana.
“ermm.. tapi ada orang tu sampai menangis dekat adik abang pasal ni..”ujar hakimi.
‘Tiara..! huhu..sangup kau bocor rahsia aku...’omelnya. beberapa hari lalu ana ada memberitahu tiara tentang isi hatinya, sememangnya sejak kejadian ragut dulu. Ana sentiasa meluahkan perasaannya kepada tiara.
“abang kimi harap ana boleh terima abang..” hakimi mengeluarkan sekotak baldu merah.
“jadi suri abang.” Ana menganguk. Terharu sebenarnya..huhu..
Hakimi menyarung cincin di jari ana..
“thanks ana.”
“tapi macam mana abang pujuk uncle lee.. I mean this bus.” Soal ana pelik.
“tau tak apa uncle cakap dekat abang time abang pujuk dia agar buka kerusi-kerusi ni..”
“haiyaa..tu budak ana aaaa.. banyak kecoh lu manyak suka… bulih..bulih...lu guna bas uncle lamar tu budak..” kata hakimi lagak uncle lee.
Berderai ketawa ana terbayangkan uncle lee yang banyak bersabar dengan perangainya itu..yang penting kini dia sah sebagai kekasih hakimi..lagilah dia suka..
p/s : ayat agak hancuss dan berterabur..haha..cuz otak tengahsengetsikit.. hepi reading..! jgn lupakan tinggalkan komen korang yaa..tQ..
hehe..bestnya dapat lamar dalam bas.
ReplyDeletesuka-suka. :)
@nurafiqah airil
ReplyDeletehehehe..thanks fiqa..
ceta ni tercetus bila kawan kak faz yg muntah2 dalam bas kena tolong oleh someone..
tapi dia tdk kenal pun sapa lelaki tuh..
so pasal tu tetiba fikir pasal bas pula.hehe..
sgt suke cite ni
ReplyDeletenk lg
byk2 k
jalan cerita menarik
ReplyDeleteayat memang serabut skit nak baca
part ending ayat dah okay sket