P/S : psst! ni bukan cerpen baru kay, Ni cerpen lama (Dulu tajuk I'm The Witch) tapi yang baru ni dah edit. happy reading!
Intan si ahli
sihir gelaran yang terlalu sinonim buat ku. Nak kata apa lagi? Pekakkan telinga
sahajalah. Hanya kerana satu kejadian tak disangka menyebabkan aku secara
automatik digelar ahli sihir sekolah. Bukan puteri jelita yang anggun mahupun
pari-pari comel tapi ahli sihir jahat yang sentiasa mengamalkan sihir.
Korang pernah dengar putera diraja jatuh hati dengan ahli sihir dan bukan tuan
puterinya. Dalam kehidupan aku itu yang terjadi. Berkahwin dengan putera raja
bukan impianku malah lelaki sehebat dia terlalu jauh untukku capai. Tapi itulah
yang dinamakan jodoh si ahli sihir!
Hendak dimulakan cerita.
Aku pada asalnya hanya memang mendapat gelaran kakak tiri Cinderella pun ada
sebab aku memang ada adik tiri yang cukup cantik dan ayu. Rakan-rakan
melabelkan aku kerana perangai aku yang jauh berbeza dengan adik tiri aku.
Seolah-olah aku yang jahat. Sejak bapa aku kahwin baru, aku tidak pernah nak
tegur secara mesra dengan mereka. Dan cerita tentang sikap aku tu tersebar
seluruh taman perumahan aku dan juga sekolah serta kawasan yang sewaktu
dengannya.
Dulu bapa aku yang gatal
nak kahwin lain tanpa meminta cadangan dari aku. Dan sekarang mereka marah aku kerana abaikan adik tiri aku
tu. Kata aku ni seorang kakak yang jahat! Oh
please! Adik tiri aku tu sebaya kut. Tiada masa aku nak jaga hati dia bagai
sedangkan mereka tidak pernah pedulikan perasaan aku.
“Intan tolong aku untuk ambil watak ahli sihir jahat tu. Please…” Mia menarik manja lengan kawannya Intan Mastura. Jenuh mulutnya
memujuk Intan untuk mengambil watak tersebut. Bukan apa! Daya ingatan Intan
cukup kuat dalam mengingati dialog untuk pertandingan yang akan berlangsung dua
hari lagi.
Mia sendiri tidak sangka si Tina yang memegang watak tersebut boleh tiba-tiba
kena demam panas.
“Suka hati mulut kau nak minta tolong aku. Kau carilah budak lain!”Aku mana ada
pengalaman dalam memasuki pertandingan drama macam ni. Setakat main gitar dalam
bilik bolehlah.
“Tolonglah aku. Please… kau saja kawan
baik aku dunia dan akhirat.” Tengku Mia Maisarah sudah mulai memainkan
peranannya sebagai pelakon utama dalam drama sekolah. Air matanya berkaca-kaca
memandang Intan.
“Simpan sajalah air mata kau tu untuk pertandingan nanti. Aku tolong….”
“Yeah!!” jerit Mia.
“Hoi aku belum habis
cakaplah. Aku tolong kau dengan syarat kalau korang kalah sebab aku. Jangan
sesekali salahkan aku okay!”
“No problem.” Jawab Mia.
“Jom. Pukul dua nanti kita
ada latihan di studio seni.” Mia dan aku jalan beriringan menuju ke studio
seni.
Itulah persahabatan aku
dan Mia, anak keturunan diraja tapi berkawan dengan orang sederhana macam aku.
Ramai yang anti dengan aku sebab aku dan Mia bersahabat baik sejak tingkatan
satu. Sudah tiga tahun jugalah kami digelar belangkas. Di mana ada Mia, di situ
ada Intan dan sebaliknya.
“Siapa watak putera
lelaki?” soal aku setiba di Studio seni. Kalau aku watak jahat si Mia ni pulak
memegang watak tuan puteri. Mentang-mentanglah minah ni presiden kelab drama
dan seni.
“Syed Akhil…” jawab Mia
dengan senyuman meleret. Sah dah naik miang budak seorang ni. Itulah Mia. Sebut
saja Syed Akhil yang menjadi pujaan hati pasti senyumannya meleret.
Syed Akhil pemain bola
sepak sekolah yang terkenal dikalangan pelajar perempuan dan sutun-sutun
sekolah ini dan sekolah sekitarnya. Entah apa saja yang menarik perhatian
mereka dengan rupa paras si Akhil tu. Harap muka saja bajet hensem tapi bajet
tolak perempuan mentah-mentah tanpa mengambil peduli perasaan mereka. Sombong!
Langsung tidak pedulikan perasan orang lain.
“Hai Mia. Awak dah jumpa
pelakon yang mengantikan Tina?” tegur Akhil.
“Dah! Tadaa… memperkenalkan
Intan Mastura. Awak pun kenal dia kan?”
“Mestilah siapa tak
kenal kawan baik awak. Satu sekolah kenal.” Senyum Akhil melihat dua orang
gadis di hadapannya. Sah! Tidak tidur lena si Mia malam ni. Angau satu badan.
“Welcome to the club Intan.” Akhil menghulurkan tangannya. Saja
menguji gadis dihadapannya. Bukannya dia tidak tahu bahawa Intan seorang yang
kerap ke surau sekolah. Peribadi Intan selalu menjadi perbualan rakan-rakan
lelaki.
“Thanks.” Intan hanya tunduk.
Akhil menggaru kepalanya
yang tidak gatal. “Boleh kita mulakan?”
“Okey! Jom Intan. Kita
pergi ambil skrip kau.”
Dua hari latihan.
Cukupkah? Soalku kepada diri sendiri. Kalau menghafal skrip tidak jadi masalah
tapi berlakon atas pentas susah nak cakap. Pagi petang siang malam aku berlatih
pun belum tentu dapat berlakon sebaik Mia atau ahli kelab drama yang lain.
“Intan awak gugupkah? ”
tegur Akhil. Risau juga dia melihat wajah Intan yang pucat. Sudahlah Intan
mengenakan baju serba hitam dan topi ahli sihir tu. Tambah terserlah wajah
gadis yang memang sedia putih.
Nasib baik sekolah
mereka mendapat tempat terakhir untuk persembahan.
“Saya tak apa-apa.” Mana
si Mia ni pulak? Tak habis-habis bermekap lagi agaknya. Aku sudahlah nervous nak mampus.
“Intan. Saya nak ajak
awak keluar selepas pertandingan ni boleh?” soal Akhil tiba-tiba. Eh apasal
mamat seorang ni? Dah buang tabiat? Dia nak aku dibelasah oleh peminat dia di
sekolah ke? Peminat si Akhil ni bukan sahaja di kalangan pelajar sekolah mereka
malah sekolah lain juga. Tak kiralah junior tingkatan 1 dan 2, pelajar
perempuan sebaya mereka serta kakak-kakak senior. Malahan dia juga terkenal dikalangan
sutun sekolah.
Tak nak aku cari pasal!
“Saya kerja.” Betul tu!
Aku kerja sementara di kedai bunga mak cik aku. Sebenarnya hari sabtu ahad
sahaja tapi memandangkan hari ini aku ada pertandingan drama terpaksalah cuti
setengah hari. Aku kerja pun bagi mengelak untuk berada di rumah 24 jam.
“Esok?”
“Saya kerja sabtu dan
ahad. Saya nak ke toilet sekejap.” Aku meminta diri. Mengelak dari pujaan hati
kawan baik aku ni. Aku bukan jenis yang suka layan budak lelaki pun.
Alhamdulillah. Macam
tidak percaya kami menang tempat pertama antara tujuh buah sekolah yang
menyertai pertangdingan drama ini. Malahan perkara yang paling mengejutkan kami
apabila nama aku dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik. Macam lawak je…
“Intan taniah!” jerit
Mia setiba kami di belakang pentas.
“Aku dah kata kau memang
berbakat. Kau saja tak percaya.” puji Mia lagi.
“Cikgu Yani, tiada party untuk meraihkan kemenangan
kitakah?” Hanif ber ‘pantun’ dengan Cikgu Yani.
“Memandangkan kamu semua
telah buat yang terbaik. Esok cikgu belanja korang semua makan pizza. Nak?”
Cikgu Yani merupakan guru penasihat kelab drama dan seni.
“Yeah!” jerit mereka
semua.
“Intan kau datang tak
esok? Datang tau. Nanti aku jemput kau di rumah.” soal Mia. Mereka sedang
mengemas barang-barang sebelum pulang ke rumah masing-masing.
“Aku kerjalah Mia. Bukan
kau tak tahu.”
“Alaa… awak tak join ke esok?” soal Kamarul, kawan baik
Akhil. Akhil hanya memandang gelagat teman-temannya memujuk Intan untuk
menyertai mereka.
“Intan! Kecoh dekat
padang bola Akhil dan Kamarul bergaduh pasal awak!” jerit rakan sekelasku.
“Pasal aku? Apasal
pulak? Merepeklah kau ni Aini. Mia jom sambung. Kita buat yang ni pulak.” Intan
menghulurkan buku teks Sejarah tingkatan tiga kepada Mia. Tiada kerja agaknya
budak-budak tu.
“Kita pergi tengok nak?
Manalah tahu betul?” Sah! Tengku Mia Maisarah memang tidak pernah duduk diam
kalau pasal Syed Akhil.
“Jomlah. Please.”
“Yalah..” akhirnya aku
terpaksa akur dengan permintaan Mia.
Ramai pelajar merenung
tajam wajah aku apabila aku sampai di padang bola. Kebanyakannya peminat Akhil
dan Kamarul.
“Apa yang berlaku? ”
hanya Mia sahaja yang berani menyoal pelajar lain. Mataku masih lagi memandang
Akhil dan Kamarul yang sedang bergaduh. Kepalaku geleng perlahan.
“Tanyalah kawan baik kau.
Kalau bukan pasal dia tak mungkin muka Akhil yang hensem tu biru kena tumbuk
oleh kamarul.” Ceh! Gedik nak mampus pula kakak form 5 ni. Suka hati dia saja
tuduh aku bukan-bukan.
“Apa pula kena mengena
dengan aku.”
“Eh minah! Baik kau
cakap betul-betul? Betul tak yang Akhil nak kau jadi awek dia?” Merah padam
muka aku. Dari mana mereka semua tahu ni?
Heboh satu sekolah pasal
hari ahad tu. Entah macam mana Kamarul boleh terlihat Akhil datang ke tempat
duduk aku di pondok bas. Apa lagi pasang telingalah si Kamarul apabila Akhil
nak aku jadi awek dia.
Si Akhil ni pulak
tak pandai faham bahasa yang aku tak suka dia. Akhirnya kamarul pun bengang
sebab dia pun tangkap cintan dengan aku.
Pergaduhan di padang
sekolah tercetus apabila Kamarul menendang kaki Akhil semasa latihan bola
sepak. Haru padang sekolah apabila dua orang jejaka terhangat di sekolah minat
dekat aku selepas memegang watak ahli sihir.
Ada yang kata aku letak love spell
dekat minuman dia orang. Sejak hari pergaduhan itu aku dicop Intan The Witch.
Satu sekolah pulaukan aku termasuk tuan puteri Mia Maisarah.
“Eh sini tak ada tempat
untuk kau.” Pelik? Kerusi meja aku di letakkan di tepi kelas malah di conteng
dengan makian yang menyakitkan. Kasut sekolah aku pula di buang ke dalam
longkang ketika aku memasuki ke dalam surau sekolah untuk menunaikan solat
zohor.
Budak sekolah marah aku.
Aku marah budak dua orang itu. Berbakul-bakul coklat tanda minta maaf Akhil dan
Kamarul untuk aku.
Tapi aku hanya nak kawan
baik aku! Dapatkah mereka pulangkan?
Setiap hari aku menghantar
pesanan ringkas kepada Mia namun satu pun tidak berbalas. Telefon pula tidak
diangkat. Sungguh sedih aku berkeadaan begini. Tanpa rakan dan ahli
keluarga. Pulang ke rumah, aku terus masuk ke dalam bilik seperti biasa. Malas
nak layan ayah bermesra dengan ahli keluarga tiriku.
“Intan dari mana?” soal
ayah. Ayah memang tidak tahu menahu yang aku ke kedai bunga Mak cik Lin, adik
kepada arwah ibu setiap hari. Mak cik Lin seorang yang mengambil berat tentang
aku sejak kecil. Dia seorang janda yang diceraikan kerana tidak dapat melahirkan
anak.
“Intan ke mana?” suara
ayah semakin meninggi.
Aku hanya naik tangga ke
bilik. Kedengaran ayah sedang membandingkan aku dengan Mira. Mira anak Mak cik
Oni, isteri kedua ayah cukup ayu dan sentiasa patuh arahan ayah dan mak cik.
Hah! Kan aku dah kata
aku ni kakak tiri Cinderella. Watak aku di rumah dan di sekolah memang
memainkan peranan sebagai watak jahat…
Di sekolah juga heboh
aku ni stepsister ‘Cinderella’.
Satu sekolah tahu aku tidak pernah bertegur dengan Mira walaupun kami
bersebelahan kelas kerana sebaya.
“Mia akan pindah
sekolah…” Habis tingkatan tiga Mia akan sambung sekolah ke tempat lain. Sah!
Dia benci aku kerana lelaki tu.
Dulu dia juga kuat
mengutuk apabila budak-budak sekolah bergaduh sampai tarik rambut, tarik tudung,
sehingga adegan tampar menampar tapi bila kena batang hidung sendiri. Kawan
baik pun tidak ditegur.
Aku mencapai kertas
kajang dan pen hadiah arwah ibu. Pen ini hanya akan diguna untuk perihal
tertentu sahaja. “Terpaksalah aku guna fesyen retro. Tulis guna kertas.” Mia
sudah menukar no telefonnya. Marah benar gadis itu dengan aku.
Dua belas tahun berlalu,
tak sangka ada jodoh juga aku dengan Syed Akhil. Tapi jodoh antara ahli sihir
dan tuan putera tidak akan bertahan lama. Akhil meninggal pada hari
pernikahan kami maka secara tak langsung aku mendapat gelaran janda berhias.
“Apa yang kamu tergelak
tu Intan.” tegur Mak cik Lin yang sedang sibuk mengubah bunga untuk majlis
persandingan Sharifah Afiffah, adik iparku.
“Kadang-kadang Intan
rasa kehidupan Intan ni lucu mak Lin… dulu kawan baik merajuk sebab pujaan hati
dia suka dekat Intan. Kemudian kahwin dengan arwah pulak tak kesampaian. Hari
pernikahan arwah kemalangan. Jodoh ahli sihir dengan tuan putera macam mana nak
kesampaian.”
“Sudahlah tu Intan.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya, kalau arwah tak kahwin sampai sekarang kamu
tu tak bertegur dengan ayah kamu.”
“Mana ayah tak marah. Anak
daranya lari dari rumah untuk sambung belajar luar negara. Ayah jugak yang tak
bagi Intan sambung luar negara. Bukannya ayah tak tahu impian Intan nak sambung
luar.”
“Tapi cara kamu salah
Intan. Nasib baik arwah pujuk ayah kamu. Kalau tak! Tidak dapat kamu nikah
sebab wali tak nak.”
“Jodoh mak Lin. Siapa sangka
arwah sangup sambung satu universiti dengan Intan dulu semata-mata untuk
bersama dengan Intan. Kalaulah arwah masih hidup, mesti dia gembira lihat
Afiffah bersanding hari ni.”
“Sudahlah tu Intan. Tiga
tahun dah arwah tinggalkan kita semua. Kamu tu tiada yang baru ke?”
“Baru tiga tahun Mak Lin.
Tapi arwah sangup tunggu Intan sejak kami tingkatan tiga. Kasih arwah terhadap
Intan sampai akhir hayatnya mak Lin. Tiada yang boleh ganti arwah di hati
Intan.”
“Semalam ayah kamu kata
kamu kena serang lagi. Betul ke?”
Aku tergelak kecil. Lucu
mengenangkan keadaan tu. Datin Marina serang aku di pejabat kerana tuduhan aku
goda suaminya yang boroi tu. Laki dia yang miang, aku pulak yang kena!
“Apa lagi mak Lin. Tidak
sah kalau ada bini orang serang Intan di pejabat. Nasib baik syarikat arwah
letak nama Intan sebagai waris kalau tak sudah lama Intan cabut. Tidak tahan asyik
kena serang balik-balik.”
“Janda berhias Intan.
Mak cik yang tidak sekaya kamu pun dulu puas kena serang. Inikan pula cantik.
terpelajar dan kaya macam kamu ni, siapa tak takut laki diorang lari.”
“Entahlah Mak Lin. Malaslah
nak fikir semua ni. Ada apa-apa yang Intan boleh tolong? Banyak juga Afiffah
tempah bunga dengan mak Lin.”
“Dia nak buat tema dalam
taman.”
“Tak sangka Mak Lin
boleh jadi mak andam sekarang. Kalau waktu Intan nikah dulu pakai tema macam
Fiffa ni mesti cantik kan Mak Lin? Keliling dewan penuh bunga. Tapi naik
pelamin pun Intan tak sempat.” Aku tergelak kecil bagi mengawal rasa sedihku.
Majlis persandingan bertukar kepada majlis perkebumian.
“Rezeki Intan. Mujurlah
ada juga sambutan sejak tahun . Intan carilah baru. Nanti mak Lin bagi servis
percuma.”
“Eleh! Cakap Intan tapi
Mak Lin tu dua kali lima juga. Si Syakir tu sampai sekarang tunggu Mak Lin.”
Mak Lin masih nampak anggun walaupun sudah berusia 36 tahun. Orang sempat jadi
isteri setahun lebih saja sebelum bercerai. Jadi nampak awek mudalah sampai
sekarang.
“Kamu jangan nak merepek
Intan. Si Syakir tu muda 7 tahun dari Mak Lin. Patutnya kamu yang dengan Syakir
bukan Mak Lin yang mandul ni.”
“Alahai Mak Lin. Jodoh
tak kira usia. Lagipun Syakir pun tahu juga pasal ni.”
“Kalau pun si Syakir
boleh terima. Macam mana pula ibu bapa dia? Mahukah mereka bermenantukan janda
tua yang mandul ni?” kata-kata mak Lin membuatkan aku terdiam. Hilang
kata-kata. Aku sendiri pun tidak mampu nak mengelak dari makian orang lain.
Tentu mak Lin tidak
ingin pisang berbuah dua kali. Kenangan dahulu cukup mengajar wanita itu agar
tidak tersilap langkah dalam perkahwinan.
“Assalammualaikum
Syifa.” Ibu mertuaku berpeluk dengan seorang wanita. Kawan lama mungkin. Ibu
Akhil bukan macam orang kaya lain. Wanita kaya lain sibuk berpersatuan tapi dia
lebih suka duduk di rumah layan bunga-bunga di taman mini.
“Waalaikumsalam Nazirah.
Lama tak jumpa.”
Aku yang setia sebelah
ibu mertuaku dari tadi mengukir senyum sebelum bersalam dengan wanita anggun
tersebut.
“Cantik… siapa ni syifa.
Anak kamu si Akhil dan Afiffah tu saja kan?”
“Isteri arwah Akhil.”
Mertuaku tersenyum kecil. Berangkali cuba menenangkan hatinya. Malam ni ramai
yang bertanyakan tentang kelibat arwah Akhil. Hati aku sendiri pun turut
terusik. Aku rindukan arwah suamiku. Segala telatah Akhil masih segar dalam
ingatkanku walaupun sudah tidak tahun dia tinggalkan kami semua.
“Innalillahiwainnailaihirojiun.
Tak sempat aku tengok arwah naik pelamin.”
“Naik pelamin pun tak
sempat Zirah. Arwah meninggal hari pernikahan. Kemalangan dalam perjalanan
pulang ke rumah selepas nikah.” sayu suara ibu mertuaku beritahu kawannya. Ah!
Sudah kalau ibu menangis, pasti aku pun akan tangkap leleh juga nanti.
“Sabarlah ibu. Senyum
sikit. Tak baik monyok hari baik. Nanti kecil hati fiffa.” Aku memeluk erat
lengan ibuku. Memujuk ibu mertuaku.
“Maafkan aku Syifa.”
“Tak apalah Zirah. Emosi
pula terlebih ni. Allah lebih sayangkan arwah. Lagipun aku bersyukur
arwah sempat tunaikan impiannya untuk kahwin dengan Intan cuma si Intan
ni sahaja tak nak cari baru.” Hah! Itulah ibu mertuaku. Tak habis-habis nak
cari jodoh untuk aku sejak awal tahun ni. Ibu mertua paling sporting…
“Kalau ada jodoh tak ke
mana. Insya-Allah mana tahu jumpa malam ni ke?” usik kawan ibu tu. Aku mula
rasa lain bila aura-aura cari jodoh muncul. Sebelum apa-apa berlaku baik aku
cabut dulu!
“Err… Intan ke bilik persalinan Fiffa sekejap.”
“Cakap pasal jodoh saja
cabut.”
Aku hanya tersengih
melihat omelan ibu sambil menuju ke bilik persandingan.
Tiba-tiba aku dilanggar
oleh seorang tetamu. Habis basah lencun baju aku. Wahai hati sabar sajalah
sebab nak marah pun tak boleh. Lagipun aku tuan rumah. Kenalah layan elok-elok.
“Eh sorry…sorry encik.”
Hipokritnya aku minta maaf sedangkan dalam hari 1001 sumpah seranah aku
hamburkan untuk mamat sorang ni. Tiada mata agaknya!
“Eh! It’s okay. Saya yang salah.” pohon
lelaki itu. Nasib baik sedar diri bahawa dia yang salah!
Aku memandang wajah lelaki
itu. Mata kami berlaga. Seolah-olah ada magnet yang membuatkan kami enggan
melepaskan pandangan ke arah lain.
“Err…err…sa…ya minta diri du..lu…”
Aku segera pergi. Ya
Allah! Berbakul rasa berdosa ku terhadap arwah suamiku. Aku sepatutnya sedar
akan status diriku.
“Eh! Kenapa dengan
baju kamu tu Intan.” Soal ibu mertuaku. Nasib baik aku pakai selendang malam
ni. Boleh cover sikit.
“Intan terlanggar orang
tadi ma. Basah sikit aje ni. Sekejap lagi keringlah baju ni.”
“Hurm… cuai! Ni mama nak
kenalkan kamu dengan anak lelaki si zirah. Zirah dok berkenan nak buatkan
kamu menantu dia. Eloklah tu.”
“Tapi ma…”
“Intan. Kamu jangan
salah faham dengan niat mama. Mama sayang kamu sebagaimana arwah sayang kamu. Mama
kesiankan kamu Intan. Sampai bila kamu nak hidup sendiri? Mama tak marah kalau
kamu nikah lagi. Buka hati kamu untuk orang yang sudi dekat kamu.”
“Intan sayang dekat
arwah ma… Intan tak sangup hendak berduakan cinta Intan terhadap arwah. ” Aku
mulai mengesat air mataku. Akhil jahat! Akhil tinggalkan Intan! Intan sayang
Akhil! Intan rindukan Akhil…
Air mataku semakin deras
membasahi wajahku. Mama segera memeluk erat tubuhku. Lemah tubuh badanku
mengenangkan saat aku dengan arwah. Laju saja air mataku gugur setiap kali
bincangkan soal ni. Aku memang tidak sanggup hendak duakan cinta Akhil tapi
tiada yang memahami hatiku. Nasib baik kami berada di tempat yang agak
tertutup. Tidaklah malu bila buat drama air mata ni.
“Sabarlah Intan. Maafkan
mama sebab buat Intan terkenangkan arwah.”
“Tak mengpa ma. Intan ni
emo la pulak.” Aku cuba senyum melihat ibu mertuaku.
“Intan janji dengan
mama. Kalau ada sesiapa yang Intan berkenan Intan cakap aje dengan mama. Nanti
mama bantu Intan.”
Aku tersenyum lagi. Alahai
Mama memang tak betah duduk kalau selagi aku tak kahwin-kahwin.
“Baiklah mem besar.
Patik mohon perintah.” usikku.
“Kita serius dia
main-main pula. Mama cubit pipit tu karang! ” Aku menjaratkan mukaku dari mama.
Bukan apa! Pedih tau kena cubit. Ketam mama tu terlau berbisa. Sekali
terkena confirm tak nak lagi!
“Okay. okay. Intan
janji.”
“Dah jom. Mama nak
kenalkan kamu dengan Tengku Ammar.”
“Ee... tak naklah mama.”
Ingatkan mama dah lupa pasal ni. Rupa-rupanya tak habis lagi! Alahai!
“Alah duduk semeja makan
sambil bual sikit-sikit je. Tak dapat jadi laki jadi skandal pun jadilah.
Handsome tu!”
Terdiam aku dengan
gurauan ibu mertuaku. Aik? Mama ni dah masuk salah disisi undang-undang dunia
dan akhirat dah!
“Kamu ni Intan cepat
sangat melatah. Mama gurau aje la. Dah kamu tu jual mahal sangat! Kalau tak nak
kahwin skandal aje la.”
Aku memuncungkan
mulutku. Kena lagi!
Kami menuju ke arah meja
bulat yang untuk 6 orang duduk. Terdapat Tengku Nazirah serta dua orang lelaki
sedang bercerita dengan papa.
“Amboi leka bercerita.”
tegur mama. Mama duduk bersebelahan dengan papa manakala Aku terpaksa duduk
dengan lelaki langgar aku tadi. Tidak sangka dia anak Tengku Nazirah, nasib
baik tadi aku tak sembur kalau tak kurang pointer nak jadi bini tengku.
Eh!
Ada hati nak berlaki keterunan tengku. Wahai Cik Intan Maisarah! Kau tu janda.
Sedar-sadarlah sikit. Takkan anak tengku pun kau nak spell sampai
tangkap cintan dengan kau kah? Aku
segera cuba sedar kembali ke dunia yang nyata bahawa tiada yang layak buatku.
“Kami tengah bincang
pasal projek syarikat. Elok juga kalau kita buat tender dekat Penang tu
sama-sama. Sekurang-kurangnya kita kenal sesame sendiri.”
“Elok benarlah tu. Siapa
yang urus tender tu bang?” soal mama pada papa.
“Kalau abang tak silap
Intan yang akan urus benda tu semua. Betul tak Intan?”
“Aah pa. Intan sendiri
yang urus tender tu sebab melibatkan perbelanjaan yang banyak. Intan rasa Intan
patut masuk campur secara terus dalam pengurusan.”
“Hah! Eloklah tu. Boleh
Intan urus dengan Ammar. Kalau ada apa-apa senang sikit sebab Ammar pun dari tadi
berminat dalam tender tu dari tadi.” kata Tengku Nazirah.
Amboi! Tak habis-habis
nak jodohkan aku dengan anak teruna dia ni apasal?
“Okey bu. Ammar on je.” Keluar suara garau tengku Ammar
bersetuju dengan cadangan ibunya.
“Baik benarlah tu. Syifa
pun setuju. Boleh budak dua orang ni berkenalan lebih rapat.”
Pandangan mama sudah
lain melihatku. Perkataan ‘rapat’ sudah buat aku mengerti maksudnya. Tidak! Cikuplah
Akhil yang terkena sumpahan ahli sihir.
Datuk miang itu sekali
lagi datang. Jenuh mulut aku mengelak dari berjumpa orang tua gatal tak sedar
diri tu. Tidak pernah mengerti perkataan ‘Saya tak nak!’
“Puan… Datuk Azhar masih
menunggu.” beritahu setiausahaku.
“Tell him that I’m busy. Bagitahu yang saya ada appointment sebentar lagi.” Kesian Maya, dia pun turut menjadi
mangsa habuan orang tua tu. Tak padan dengan botak ada hati nak usha awek
cantik macam Maya.
“Tapi puan. Datuk kata
dia nak jumpa hari ni jugak. Dia kata penting untuk tender tu.”
“Saya dah terangkan yang
kita tidak menerima tawaran kerjasama dengan syarikat dia. Saya harap awak
dapat yakinkan orang tua tu. Please Maya…”
“Saya dah bagitahu
dengan datuk tapi dia nak face to face
dengan puan.”
“Okaylah! Suruh orang
tua tu masuk. Huh! Orang tua gatal.” Sempat lagi aku mengomel.
“Jemput duduk Datuk.”
Aku menjemput tetamu tidak di undang duduk berhadapan denganku.
“Thanks Intan. Hrmm…
dengar kata awak nak join tender tu
dengan syarikat ASD Cooperation. Berapa mereka tawarkan sampai awak sangup nak
menolak tawaran saya.”
Aku mengeluh dalam hati.
Tentu ramai yang tidak puas hati dengan keputusan syarikat ini memilih ASD Cooperation.
Ramai yang berminat dengan projek ni memandangkan ia mendatangkan keuntungan
yang berlipat ganda.
“Maafkan saya Datuk tapi
keputusan bukan terletak ditangan saya semata-mata kerana pihak pengarah sudah
bersetuju dengan cadangan yang diutarakan.” Aku cuba hendak menjelaskan perihal
sebenar.
“Tapi awak selaku bos
besar memainkan peranan Cik Intan.”
“Puan sebenarnya.
Maafkan saya. Selaku bos tidak semestinya mengamalkan diktator Datuk. Syarikat
saya ada polisi tersendiri dalam menangani perkara tertentu.” Aku berhenti
bermain dengan pen. Malah berganti dengan permainan kata-kata dengan Datuk
tersebut.
Dia memegang tanganku
yang terletak atas meja. Segera aku tepis! Kurang ajar! Orang tua miang ni
memang nak kena. Berderau darahku diperlaku seperti wanita murahan.
“Datuk. Sila jaga
perlakuan.” Aku bernada perlahan tapi keras.
Belum sempat Datuk
berjawab kami dikejutkan dengan kemunculan tengku Ammar.
“Hai sayang.” tegur lelaki
itu apabila pintu terbuka.
Tengku Ammar mendekatiku
berdiri disebelah kerusi. Tangannya jatuh ke hujung kerusi empuk yang dahulunya
menjadi milik Akhil. Badan lelaki itu direndahkan sedikit agar muka kami dekat.
“It’s lunch time la sayang. Awak dah janji nak makan dengan saya.”
Dia masih lagi berlakon tanpa menghiraukan kewujudan Datuk Azhar dihadapan
kami. Ammar mengenyit matanya.
“Maaf yang sebab busy tadi tengah bincang dengan Datuk
Azhar.” Sengaja aku menekankan perkataan Datuk tadi. Terkulat-kulat Datuk Azhar
memandang wajah lelaki tua itu.
“Eh! Datuk… sorry sebab I tak perasan tadi.” Ammar
menghulurkan tangan kanannya yang disandarkan dikerusi Intan tadi untuk bersalaman
dengan Datuk Azhar.
Terkulat-kulat Datuk itu
membalas tangan Ammar. Bukannya orang tua tu tak tahu tentang pengaruh
Tengku Ammar.
‘Huh! Nak kacau awek
aku! Tidak padan dengan boroi!’ desis Ammar.
“Err… saya pergi dulu. Pasal tender tu it’s okay Intan. Saya rasa awak pun nak cepat so saya minta diri dulu.”
“Thanks Datuk.”
Aku melepaskan nafas
lega. Seolah-olah kekurangan oksigen bila berdepan dengan masalah yang sama
tiap masa. Susah nak bernafas.
“Thanks tengku.” Aku
sungguh berterima kasih dengan Tengku Ammar.
“It’s okay. Kenapa awak tak halau aje orang tua tu?”
“Apa-apa pun Datuk Azhar
pernah bantu arwah suami saya dahulu. Banyak kerjasama syarikat ni dengan
syarikat dia.” Aku harap dia faham dengan penjelasan tadi.
“So… kita nak mula dari mana tengku?” Aku mengambil fail dari laci
meja lalu letakkan atas meja.
“First of all. Awak panggil saya Ammar je. No tengku-tengku…” Dia mengerakkan jari telunjuk beberapa kali.
“Second, simpan ni dulu. Kita pergi lunch. Saya laparlah. Sambil
makan kita bincang sikit pasal projek ni.”
Aku tersentak dengan
ajakkannya namun sukar aku mengelak lelaki itu kerana telah membantuku tadi.
Akhirnya aku bersetuju keluar dengan lelaki lain setelah sekian lama.
“Saya harap awak faham
maksud keluarga kita Intan.” Suapanku terhenti. Terkejut dengan soalan yang
ditujukan.
Dari tadi kami sibuk
berbincang pasal tender. Tiba-tiba saja dia bercerita soal peribadi.
“Maksud awak?”
“Maksud saya ialah niat
mereka menjodohkan awak dengan saya.”
“Saya harap awak tahu
status diri saya.” Aku berkira-kira bahawa dia tidak tahu menahu bahawa aku
isteri orang.
“Tapi suami awak sudah
tiada.”
“Cinta dia masih ada
dengan saya selama-lamanya Ammar.”
“Saya tidak mengelak
kata-kata awak tapi awak harus membuka pintu hati awak untuk orang lain. Saya
cintakan awak sejak malam tu. Maaf sekiranya saya terlalu berterus terang.”
“Kita baru berkenalan
Ammar. Tidak sampai seminggu pun. Awak tak kenal saya.”
“Saya bukan jenis yang
romantik tapi saya lebih suka berterus terang Intan. Bagi saya cinta tak
mengira waktu. Saya tahu awak juga mempunyai perasaan yang sama tapi awak cuba
mengelak dari isi hati awak.”
“Maafkan saya tapi saya
masih tidak boleh terima semua ini. Kasih sayang suami saya sampai nafas
terakhirnya. Saya tak sangup nak menduakan cintanya. Maafkan saya.” Aku cuba
berdiri dari kerusi. Namun bahuku terlanggar seseorang. Seseorang yang cukup
aku kenali. Wajahnya tidak pernah berubah hingga kini walaupun mengenakan
solekan dan pakaiannya yang anggun.
“Mia.”
“Intan?” serentak kami
memanggil nama masing-masing. Mia nampaknya terkejut memandang aku serta Tengku
Ammar.
“Along buat apa dekat
sini dengan Intan?” soal Mia melulu. Faham benar aku dengan perangai Mia yang
satu ni. Apa dia nak main redah je.
“Tengah main konda
kondi. Tak nampak?” sempat lagi Ammar menyeloroh dengan adiknya. Pelik juga
bagaimana Intan dan Mia saling mengenali.
“Intan kau ikut aku.”
Mia tetiba menarik tanganku mengikutnya.
“Hah?” Terkulat-kulat
Ammar berdiri.
“Abang tunggu sini.”
Boleh tahan Mia ni kalau marah.
Aku hanya mengikut
rentak dua beradik itu. Malas nak bertengkar.
Kami kini berada di
tempat parkir kereta. Macam tiada tempat lain si Mia ni nak bawak aku. “Kau
sekarang dengan abang aku kah?” soal Mia.
“Tiada maknanya aku dengan abang kau. Aku tahu
status aku bini orang.”
“Hah! Bila kau kahwin?”
tanya Mia yang terjerit kecil. Terkejut dengan pengakuan tentang statusku.
“Jawab telefon aku dari
dulu pun tak nak! Lepas tu aku dengar kau pindah sekolah. Macam mana aku nak
bagitahu..” Marah aku dengan sikap Mia yang kebudak-budakan sebab benda lama
tu.
“Alahai! Perkara lepas.
Lupakan aje. Sebenarnya malu jugak aku sebab ramai orang tahu aku suka dengan
mamat sorang tu. Entah siapa nama dia aku tak ingat pun dah. Tapi handphone aku kena curi. Mak bapa aku
pula sibuk nak pindah pergi Scotland. Tidak menyempat aku nak bercakap dengan
kau. Macamlah kau tak tahu nombor telefon sendiri pun aku tak ingat, ni kan pulak nombor kau.” terang
Mia.
“Kau tau tak aku rindu gila
dekat kau. Aku tak tahan bila semua orang pulaukan aku kecuali Akhil.”
“Hah! Syed Akhil baru
aku ingat nama budak tu. Entah apa ceritalah mamat sorang tu.”
Air muka aku berubah. Perlukah
aku cerita dengan Mia perihal arwah suamiku.
“Dia arwah suamiku Mia.”
Aku tersenyum kelat. Terkejut Mia dengan penyataanku. Buntang matanya memandang
wajahku.
“Tak payahlah kau nak
buat muka macam tu. Macam nenek kebayan dah aku tengok. Kau tengah kerja ke?
Jom lepak. Dah lama aku tak cubit pipi kau ni.”
“Ketam kau tu tak pandai
nak hilang. Jom. Kita perkenakan cendol.”
Aku menaiki kereta
Toyota Harrier Mia. Banyak yang kami cerita dari A sampai Z. Sesekali telefon
ku berbunyi menandakan panggilan masuk.
“Siapa tu?”
“Siapa lagi. Abang kau
la.”
“Macam mana buaya darat
tu boleh jatuh hati dengan kau pulak?” tanya Mia yang sudah pun tahu kisah aku
dan abangnya.
“Mulut kau ni. Abang
sendiri pun nak kutuk.”
“Aku kenal sangat abang
aku tu Intan. Mak bapa aku aje tak tahu.”
“Entahlah Mia. Aku jumpa
abang kau baru aje time perkahwinan adik arwah Akhil. Sibuk benar ibu mertua
aku dan mak kau jodohkan aku dengan abang kau.”
“Ibu mertua kau yang
jodohkan?”
“Habis takkan la mak
tiri aku pulak.”
“Sporting gila mama si
Akhil ni.”
“Habis mak kau tu tak
sporting. Iyalah mana ada mertua yang nak bermenantukan janda macam aku ni.”
“Pembetulan. Janda
berhias okey.” Mia pun dahh tahu perihal tersebut.
“Janda berhiaskah, janda
comotkah? Tetap janda Cik Mia oi.”
“Mana-mana kau la. Malas
aku nak berdebat dengan kau. Kau dengan abang aku sedang ehem… ehem la ni. Syok dok dating tadi. Kacau daun pulak aku.”
“Apalah kau ni. Tadi
suruh aku tak jangan dekat dengan abang kau. Lepas tu cakap lain pulak.”
“Aku sayang kau Intan.
Aku tidak mahulah dia usik kau macam perempuan lain. Abang aku dulu tu buaya
darat Malaya. Tapi aku tidak pastiah sekarang.”
“Hati aku belum terbuka
untuk sesiapa Mia. Dan aku rasa sampai bila-bila pun akan begini.”
“Sampai bila kau nak
hidup sendiri Intan. Kau tak nak merasa ada anak sendirikah? Nikmat
berkeluarga. Aku ni kalau boleh nak kahwin je. Tapi sampai sekarang tiada yang
berkenan. Nak kata jual mahal. Aku rasa cukup sale sangat dah ni. Tapi sampai sekarang tiada jodoh lagi.”
Aku mengeluh kecil. “Aku
pun tak tahu. Ada jodoh adalah.”
Usai bercerita kami
bertukar nombor telefon sebelum Mia menghantar aku ke pejabat semula.
Sekurang-kurangnya perkenalan aku dan Tengku Ammar membawa semula pertemuanku
bersama Mia!
Aku menghempaskan tubuh
di atas katil. Deringan telefon bimbitku membuatkan mataku terbuka semula.
Entah siapa sahaja yang jadi burung hantu kacau orang nak tidur malam-malam
begini.
Aku menyambut telefon
tanpa melihat nama si pemanggil.
“Assalamualaikum Intan
dah tidur? Maaf ganggu.” Aku cukup kenal dengan suara si pemanggil itu. Sejak
pagi tadi lagi aku terpaksa berdepan dengan lelaki itu.
“Waalaikumsalam. Ada
apa?.” Aku membetulkan pembaringan.
“Saja nak bercakap
dengan Intan. Saya tak dapat tidurlah.” Tapi aku nak tidur. Ingin saja aku nak
membalas kata-kata lelaki ini. Tidak faham bahasa!
“Hrmm..”
“Boleh Intan beri saya
peluang untuk dekat dengan Intan? Saya memang jatuh hati dengan Intan sejak
pertemuan pertama lagi.”
“Maafkan saya. Mungkin
mudah untuk awak menyatakan perasan itu tapi bukan saya.”
“Awak masih percayakan
Mia?” tanya Ammar pada soalan yang sama sejak pagi tadi.
“Saya kenal dia lama.”
“Tapi saya dah lama
tinggalkan perangai buruk tu Intan. Apa yang patut saya buat untuk yakinkan
awak tentang cinta saya. Saya tahu awak juga ada rasa perasaan itu sejak
pertama kali kita berjumpa tapi awak masih nak menafikan kebenaran.”
“Saya dah penat Ammar.
Saya nak rehat.” Elakku. Aku memang tiada hati nak berbual pasal cinta-cinta ni
lagi.
“Intan buka pintu hati
awak untuk saya.” pujuk lelaki itu lagi.
“Suka hati awaklah nak
kata apa!” Bentakku. Bengang dengan orang yang tidak faham bahasa ni!
“Saya akan buktikan
dengan awak yang cinta saya telus untuk awak.”
Aku sudah malas nak
berlawan kata dengan Ammar. Lincah jariku menamatkan panggilan lalu mematikan
telefonku.
Petang esoknya aku
dikejutkan panggilan dari ibu tiriku tentang rombongan meminang dari
keluarga Ammar ke rumah. Bergegas aku pulang ke rumah setelah menamatkan
panggilan dengannya. Kelibat Mia dan keluarga berada di ruang tamu kecuali
Ammar.
Aku yang baru pulang
dari kerja terpingga-pingga dengan apa yang berlaku. Nak menolak susah. Nak
terima lagi susah!
Akhirnya aku meminta
izin untuk ke bilik sebentar.
Bunyi ketukan di pintu
mengejutkan lamunanku. “Intan. Aku ni Mia.”
“Masuklah Mia.” Aku
mengambil tempat di bucu katil. Aku perasan lirikan mata Mia kepada gambar
perkahwinan aku dan Akhil tergantung di atas katil.
“Gambar ni diambil
sebelum kahwin. Arwah pernah cakap kalau boleh dia nak letak gambar
persandingan yang besar digantung atas katil.” Aku menerangkan kepadanya.
“Gambar sanding tiada jadi
aku letak aje gambar tu. Tak sempat aku merasa pelamin.”
“Sampai bila kau nak
terperuk dengan semua ni Intan. Aku tak hairanlah kenapa semua orang sibuk nak
jodohkan kau. Ibu bapa mertua kau pun dah on
the way ke sini...”
“Semua risau aku jadi
gila dengan cinta Akhil Mia. Pasal tu mereka sibuk nak carikan jodoh.
Agak-agaknya aku yang terkena love spell
dari arwah laki aku kot. Ahli sihir kena spell
tuan putera.” Sempat lagi aku berseloroh walaupun otakku tengah kusut.
“Move on Intan. Aku pun tahu kau ada hati juga dengan abang aku.
Bukan aku nak bela dia tapi budak tu pun dah angau satu badan. Aku pun dah tak
tahu apa dah jadi dengan abang aku tu.” Mia masih lagi teringat yang dia
ternampak Ammar sedang memandang gambar Intan dari telefon milik abangnya.
Bukan sesekali tapi hampir setiap masa.
“Abang kau kena spell kot?” tuturku yang tergelak kecil
dengan ayat sendiri.
“Siapa yang spell kalau bukan Intan si Ahli Sihir. Love Spell...”
“Iyalah Tuan Puteri
Mia.”
Tergelak aku dengan Mia
mengenangkan sejarah silam kami.
Akhirnya aku setuju
peminangan tersebut sejurus bergelar tunangan Tengku Ammar. Gembira sungguh dia
dan semua orang tentang penerimaanku.
Aku tidak dapat
menafikan debaranku dalam pernikahanku yang kedua. Aku juga perasan beberapa
anak mata memandangku sinis tapi Mia dan yang lain sentiasa berada disisiku
termasuklah Mak Lin. Tak sangka Mak Lin menerima Syakir sebagai bakal suaminya.
Ibu Syakir datang berjumpa dengan Mak Lin menyakinkan wanita itu dengan
penerimaan keluarga mereka terhadap Mak Lin.
Sungguh! Satu dalam
seribu. Tidak semua orang dapat menerima kenyataan tersebut. Tapi itulah dunia
realiti. Mungkin ramai memandang sinis terhadap lelaki muda berkahwin dengan
janda yang agak berusia dengannya tapi tidak semua berpandangan negatif kerana
jodoh di tangan tuhan.
“Mia aku tak sedap
hatilah. Kau cuba telefon Ammar dia dekat mana?” Sebentar lagi majlis akad
nikah akan bermula namun kelibat pengantin lelaki belum lagi tiba.
‘Sayang juga kau dengan
abang aku erk?” aku tahu gurauan Mia itu membawa 1001 makna. Aku mengaku bahawa
aku mulai menyintai Ammar.
Mia mendail telefon
Ammar. Kelakuannya yang kerap mendail nombor Ammar mengusarkan aku.
“Hah! Dapat pun.”
Akhirnya Mia dapat bercakap dengan Ammar.
“Apasal tak angkat fon?
Bakal isteri ni dah tidak senang duduk tau tak! Mana abang aku Imran?” Mia
menyoal Imram. Mungkin telefon Ammar ada dengan Imran. Imran tu sepupu mereka.
“What?!!” jeritan Mia mengejutkan aku. Apa yang telah terjadi?
“Okey! Okey… bye.”
“Apa yang terjadi Mia.”
Aku tidak dapat mengelak untuk menyoal Mia. Gadis itu hanya memandang
wajahku menyebabkan air mataku tiba-tiba gugur.
“Intan… kereta abang aku…”
Perlahan kata-kata Mia menambahkan lagi gusar di hatiku. Apa sebenarnya yang
terjadi?
Tidak semena air mataku
gugur.
Tiba-tiba terhambur
ketawa Mia. Tak jadi nak sakat bakal ipar..
“Intan buruknya rupa
kau!” Gelaknya lagi menambah kekusutanku. Apasal minah ni gelak tak ingat dunia?
Dia tak tahu ke tahap risau aku ni!
“Kereta abang aku pancitlah
tadi. Sebab tu lambat. Mereka dah sampai hujung simpang rumah kau pun…” jelas
Mia.
“Eeee… jahat.” Laju
tanganku mencubit pipi Mia. Padan muka! Suka kacau aku!
“Sorry…sorry…”
Lafaz akad nikah
menandakan aku isteri sah tengku Ammar. Kata Mia buaya darat kena jampi ahli
sihir sampai angau. Aku hanya tergelak kerana faham niat Mia untuk menyakat
abangnya.
“I love you.” Bisikku pada Ammar ketika majlis membatalkan air
sembayang. Hangat ciuman dari suami hinggap didahi. Ternyata Ammar terkejut
dengan ucapan dariku kerana pertama kali aku mengucap ayat itu kepadanya.
“Thanks my love. Thanks for your sweet spell.” ujarnya.
Aku tak perlu lupakan
cinta Akhil, itu kata suamiku sekarang. Malahan, kami sentiasa menziarahi
kuburan arwah. Aku berharap arwah sentiasa tenang di sana.
Ammar pula tak pernah
putus memberi kata-kata cintanya padaku. Kasih sayangnya dicurah sepenuh hati
buat si isteri. Aku berharap agar perkahwinan ini berkekalan selamanya kerana
cintaku buat si suami semakin kuat setiap masa.
TAMAT
Join us : FB Group : Faz;s Captured Thought | FB Page : Nurfaz
Join us : FB Group : Faz;s Captured Thought | FB Page : Nurfaz
Alamak sdihnya
ReplyDeletesuker...sweet...
ReplyDeletePart intan nangis tu lawak😆 sporting mia ni👍🏿
ReplyDelete