Thursday, October 15, 2015

[CERPEN] : KiShah



Nama aku Hanna Kirana. Aku bukanlah seorang yang hebat. Doktor? Jurutera? Arkitek? Tidak! Sebab aku bukan kategori seorang pelajar cemerlang ketika belajar dulu. Nak dijadikan cerita sebagai setiausaha, chef ataupun pereka pun jauh sekali sebab aku bukanlah kategori perempuan melayu terakhir....
Okay! Cup?! Pereka tu bolehlah diambil kira. Sebab aku seorang pereka grafik. Ataupun lebih dikenali dalam bahasa omputinya. Graphic Designer!
Orang panggil aku Ki. Singkat dan padat. Senang nak sebut. Tapi adik-adik aku panggil aku Kak Hanna. Kenapa? Sebab kalau mereka panggil Kak Ki, kan bunyinya dah macam minta KAKI!
Aku ada sepasang kakak dan abang kembar tidak seiras dan tiga orang adik lelaki yang nakalnya Nauzubillah! Kedua kakak dan abang aku tu sudah pun berkahwin. Tinggal aku dan tiga orang monster ni saja di rumah dengan mak serta ayah tersayang...
Pasal kerja aku ni, umi aku selalu bising. Sebab selain pereka grafik di sebuah syarikat penerbitan, aku juga seorang jurugambar sambilan. Setiap hujung minggu aku ikut member terbang sana sini untuk tangkap gambar. Kebanyakannya gambar majlis-majlis besar. Dan musim orang kahwinlah aku paling terseksa. Bukan sebab kena tangkap gambar, tapi telinga aku ni yang kena tangkap bebelan umi tersayang.
Antaranya. “Hanna oi! Sibuk tangkap gambar orang kahwin. Umi rasa kau ni kena badi andartu. Dua bulan lagi genap tiga puluh tahun. Boyfriend pun tiada! Bilalah orang nak tangkapkan gambar kahwin kau pula ni!” Tudia... suara Hajah Hanis mula membebel. Tapi aku tadahkan saja telinga sambil ikat tali kasut sneakers aku. Aku tahu umi membebel tanda sayang walaupun telinga tu memang rasa sakit juga!
Meja aku diketuk. Hilang segala lamunan aku. Lebih-lebih lagi tengok MS yang sedang merenungku tajam. “Mengelamun!”
Aku buat muka. Memanglah aku mengelamun. Tengah tiada kerja dan idea ni, lepas tu nak perah otak buat kerja?! Memang tidaklah! Sebenarnya aku ni jenis bekerja dari rumah tapi sejak MS ni ambil alih buat sementara waktu terpaksalah aku masuk ofis. Bos lama aku yakni abang dia masuk hospital jadi dia kenalah tolong jaga ofis ni.
Haiii rindu pulak bos lama aku tu. Bos aku tu sporting! Dulu aku request kerja dari rumah. Dan-dan dia terus terima. Mungkin memang dapat kepercayaan sebab aku sudah lama kerja di sini. Sejak habis belajar hinggalah sekarang.
“Ki!!”
“Ya!”
Ah! si MS ni tidak penat ke terjerit-jerit? Sakit telinga aku.
“Apa yang awak mengelamun tu?”
Aku buat muka. “Bos nak apa?!” tanyaku dengan nada lebih tinggi dari dia. Bosan kalau setiap hari kena kacau macam ni tau! Bengang!
“Nak awak buat kerja!”
“Masalahnya bos. Kerja saya dah memang siap. Nak paksa saya buat kerja apa lagi?” getus aku pelahan. Aku tidaklah berani sangat dengan MS ni. Garang semedang. Tak faham aku. Aku patut tambah gelaranlah. Bukan MS tapi PMS!
MS diam berfikir. “Ikut saya!”
Aku garu kepala yang tidak gatal. Kusut sedikit selendang aku. Lantaklah. Malas nak betulkan. Kak Jan angkat kening bila aku sekadar mengikut langka bos sementara ni masuk ofis dia. Aku angkat bahu saja. Aku hilang idea, mood pun entah bersembunyi ke laut China Selatan mana entah! Aku tidak suka buat kerja terperuk macam ni. Aku suka tengok luar, jalan-jalan ataupun buat kerja di tempat-tempat lain. Biar terbuka sikit otak nak idea baru!
Sebenarnya ketika aku datang hantar rekaan aku minggu lepas itulah baru aku tahu bos sudah bertukar baru. Rupa-rupanya sudah sebulan lebih bos bertukar lain. Waktu tu bos sementara ni soal aku macam-macam tau!
Banyak benda dia tanya, antaranya keistimewaan aku sebab dapat kerja dari rumah. Dah abang dia bagi dengan syarat kerja tetap jalan. Mamat ni boleh pula tidak puas hati. Kononnya tidak adil dengan pekerja lain sebab tu aku kena masuk ofis semula.
Aku mengeluh kecil. Nak ke manalah agaknya MS ni bawa keluar? Siap berjalan menghala ke kereta dia pula tu. “Nak ke mana ni bos?” tanyaku pelik. Tak pernah-pernah aku ikut mana-mana bos keluar sebelum ni, tiba-tiba pula kena ikut MS keluar.
“Dating.”
Sepatah jawapan dari MS buat aku keliru. Dah gila ke mamat ni apa?! Aku positifkan diri. Mungkin aku salah dengar kut...
“Tak dengarlah bos. Kita nak ke mana ni?”
MS berhenti berjalan. Aku yang ikut dari belakang pun ikut sekali break mati! “Keluar dating. Saya dan awak.” uajrnya siap tunjuk diri sendiri dan aku.
Eh! Mamat ni main-main pulak! Aku berhenti melangkah walaupun MS sudah pun sambung langkah tadi.
“Ki! Cepatlah” Hah tudia! MS sudah pun memekik!
Aku pun terkocoh-kocoh berjalan dan terus masuk ikut pintu penumpang hadapan. Ikut sajalah. Kalau MS buat benda tak betul. Aku ketuk saja kepala dia pakai payung lipat dalam beg tangan aku. Aku lipat-lipat dia kalau buat benda tidak senonoh pada aku!
Jangan main-main! Ini Ki! Tersilap langkah minta kakilah jawabnya!



Kak Yan datang bertenggek di partition aku. “Dia mai dah...”
Aku terus angkat kepala lepas dengar suara Kak Yan. “Adoi! Macam mana dia tahu Ki ada dekat ofis?” tanyaku.
Kak Yan angkat bahu. Adalah mata-mata Haze dalam ofis ni! Aku pandang mea tempat mamat cina sebelah aku. Jimmy tersengih. Cis! Sah mamat kawan baik aku ni yang beritahu.
“Kau sajakan.”
“Mengeratkan silaturahim.” jawab Jimmy Lee selamba.
“Sila ke otak engkau Mi!”
Jimmy tersengih. Jimmy ni dua kali lima saja nak kena dengan aku. Sama macam Haze. Adoi! Ni MS tak tahu perangai pelik Haze ni! Kalau dia tahu sah aku juga yang kena nanti.
“Layan sajalah liang moi. Kau bukannya muda lagi. Muka banyak cun, hati banyak kering!” sempat lagi Jimmy kutuk aku. Kalau bukan sebab member sudah lama aku ketuk rambut pacak dia tu. Takut juga sebenarnya, kang kalau aku ketuk. Dia tinggalkan aku balik kerja nanti. Aku ni tukang tumpang kereta dia sebab rumah kami sebelah aje.
Aku buat muka grumpy.
“Assalamualaikum Ki!” suara romantis ala-ala macho Haze mula bersuara.
“Waalaikumsalam.” Dalam tidak sudi melayan, salam itu aku tetap sambut. Wajib beb!
“Memang Ki seorang je yang ada dekat sini...” Kak Yan bersuara. Haze yang tersedar sindiran Kak Yan mula tersengih-sengih. Salam terus diberi pada Kak Yan dan Jimmy.
“Ki...” panggil Haze.
“Apa lagi Haze?”
“Tak beritahu pun awak dah masuk ofis semula.”
“Tak cakap pun, awak dah tahu,kan?”
Haze tersengih. Kening diangkat pada Jimmy. Bila Jimmy buat muka buruk tahulah dia bahawa mereka dah kantoi! “Keluar dating jom?” ajak Haze.
Ki mengeluh. “Tengah kerja nikan?”
“Macam tak biasa.” Jimmy menyampuk.
“Biasa apa?” Semua berpaling ke belakang. Sekali lagi Ki mengeluh. Haze! Tolong jadi jerebu sekarang boleh? pintaku dalam hati bila MS datang bertandang.
“Errr... Lupa pula, Tadi Jimmy nak surat nikan?” Dan-dan Kak Yan dan Jimmy berpura-pura sibuk!
“Ni bos baru kita, kan?” tanya Haze.
Aku mengangguk.
“Apa khabar bos? Saya Haze. Part time writer dalam syarikat ni.” Haze hulurkan tangan sebagai salam perkenalan. Seperti biasa hanya nama pena Haze saja diperkenalkan.
MS kulihat menyambut walaupun riak muka masih lagi tidak puas hati. “Midhyaf Shah.” MS pula perkenalkan Nama+Susah+Nak+Sebut dia tu!
Jeda. Keadaan tiba-tiba rasa tegang buat sementara waktu.
Err... Saya datang nak tengok cover. Sayang dah siapkan?” tanya Haze padaku. Adoi! Haze ni perasan ke tidak perangai MS ni jauh berbeza dengan bos lama kita.
Aku perlahan-lahan mengangguk. “Design dah finalize. Macam yang saya dah tunjuk dekat emel tu. Tapi awak pilihlah rekaan yang mana.”
Haze tersenyum. Kacak! Aku mengaku tahap kekacakan Haze ni memang mengugat iman sungguh. Lebih-lebih lagi ayat yang selalu keluar dari mulut Haze ni jenis gula tertumpah. Manis je memanjang.
“Jangan risau. Dalam banyak-banyak pilihan saya tetap akan pilih awak.”
Mula dah...
Aku jeling MS yang sudah buat muka bengang sambil angkat kaki tinggalkan kami.
“Fuh! Aura tegang mula hilang disebalik jerebu.” Jimmy mula bersuara. Boleh ikut line Haze jadi penulis novel.
“Apasal dengan mamat tu? Tegang je muka.” tanya Haze yang turut perasan dengan air muka MS.
“Encik Shah tu memang macam tu. Muka tegang je 24 jam. Macam Cik Ki awak nilah!” beritahu Kak Yan.
“Kalau yang ni, setegang macam mana pun tetap manis.” Haze tergelak-gelak sambil kutuk aku. Amboi sempat lagi! Tangan aku laju saja ketip lengan Haze!
“Sakitlah sayang oi!”
“Merepek lagi.”
“Duh! Jangan nak geli-geli depan aku. Tercemar kut.”
Aku terus baling pemadam ke partition sebelah. Siot punya Jimmy! Buat ayat double meaning. Tak pasal-pasal orang fikir aku buat geli-geli dengan Haze.
Haze hanya tergelak. Nampak lesung pipit lelaki itu. Bahagia benor!
“Sayang.”
“Apa dia Shahazeeq bin Shahrul oi!” Hah kan aku dah tersebut nama betul dia. Tak ramai yang tahu nama betul Haze ni. Sebab dia selalu perkenalkan diri sebagai Haze saja dalam syarikat ni. Hanya member terdekat saja tahu. Lagipun Haze tulis novel guna nama pena. Penulis dan pembaca lain pun hanya kenal dia sebagai Haze.
“Amboi siap hafal nama betul kau lagi tu Haze.” Kak Yan mengusik aku. Lantaklah! Dah aku memang hafal nama sebenar Haze. Bertahun-tahun kut aku hadap muka mamat ni tau! Kalau tak hafal lagilah pelik.
“Kesian Ki akak usik macam tu.”
Backup pula dah.” kata Jimmy sambil terkekek.
Kali ni bukan pemadam lagi aku angkat. Tapi frame gambar yang terletak atas meja aku. “Woi babe! Nak bunuh aku ke? Kalau benjol kepala aku. Petang nanti, balik jalan kaki.”
Aku mendengus. Bingkai gambar tu aku letak semula. “Janganlah usik lagi.”
“Yelah! Yelah! Tak nak kacau kau orang dating!” Kak Yan balik ke tempat dia. Jimmy pun tergelak tapi lepas tu dia senyap buat kerjanya semula.
Haze tarik kerusi dan duduk sebelah aku. “Dear, nak tengok design tu.” pinta Haze yang mula serius. Part yang ni aku suka pasal Haze. Bila dia kata nak datang sebab kerja, dia akan serius bincang pasal kerja. Lagipun Haze bukan selalu boleh datang sini. Dia sendiri sibuk dengan kerjanya sebagai jurutera.
Tapi sebelum bincang pasal kerja tu tidak sah kalau tidak mengayat! Contohnya macam tadi!
“Ada tapi nak saya dah emelkan manuskrip saya. Nanti tolong cekkan.” pintaku tersengih-sengih.Kerja dia bukan setakat tulis novel, tapi tukang cek manuskrip aku juga. Aku pun tulis novel juga tapi novel aku dua tiga tahun baru keluar sebiji. Aku ni tahap penulis cabuk yang pemalas. Bukan macam Haze! Setahun kadang tu sampai dua tiga biji dia keluarkan. Aku pun pelik entah bila dia ada menaip. Kalau tengok Instagram ataupun mana-mana laman sosial Haze tu mamat ni selalu saja keluar bercuti ataupun outstation!
“Boleh tapi nak upah!”
Aku mencebik. “Sempat lagi.”
Nothing is free my dear.
Haze is free. Sekarang ni mana-mana saja ada jerebu. Dalam ofis ni pun berjerebu.”
Haze jeling bila aku perli macam tu. Aku tersengih-sengih. Sekali sekala bagilah chance dekat aku buli dia pula.
“Nasib baik comel! Kalau tak saya cium mulut comel tu!” ugut Haze.
“Saya pakai mask! Biasalah jerebu macam ni memang bahaya.”
“Ki!”
Aku tergelak. Haze memang tidak suka dikaitkan dengan jerebu. Dah memang nama dia, kan? Siapa suruh pilih nama pena tu!
Haze ataupun nama sebenarnya Shahazeeq. Aku mula kenal dia sejak aku seorang penulis semasa bergelar pelajar dahulu. Haze ni member aku penulis novel.
Aku ingat lagi pertama kali jumpa dia ialah ketika di pesta buku. Waktu tu kami sama-sama bertugas untuk sesi tandatangan buku baru kami. Waktu tu aku terkejut gila dengan perangai Haze yang romantik tidak bertempat ni. Tapi lama-kelamaan aku pun akhirnya terbiasa dengan perangai Haze. Dah semula jadi mamat ni mat romantik.
Aku pun tak boleh kata apa dah! Cuma selain mat romantik dia tu, perkara yang paling aku tidak berkenan ialah hati dia! Aku tak boleh terima hati yang dia cuba nak beri pada aku sejak dulu lagi.
“Hari ni tak kerja?” tanyaku.
Haze geleng kepala. “Bila tahu awak ada dekat ofis, saya terus ambil emergency leave. Dan memandu ke sini...” ujar Haze lalu tergelak kecil dengan kekalutannya tadi. Baru nak tanya Jimmy pasal contoh rekaan yang Ki bagi. Tup-tup Jimmy kata kenapa tak datang sendiri minta dekat tuan punya badan, waktu tu berdesup soalan dari Haze dan tadi jugalah dia baru tahu Intan sudah mula masuk pejabat kembali.
Mataku membesar. “Serius?”
“Iyalah. Bukan senanng nak awak. Selalu saja mengelak dari saya.”
Giliran aku pula tersengih. Memang sebolehnya aku nak mengelak dari Haze tapi ada saja penyokong mamat specky ni. “Balik nanti. Call saya. I’ll fetch you. Kita lepak kejap.”
“Tapi...”
“Haip! Umi awak dah bagi green light.” Haze pangkah ayat aku.
Tengok! Ada saja penyokong si jerebu ni. Aku mendengus. “Buatlah kerja cepat!” arahku. Bengang!
Haze tergelak kecil. Cermin mata diwajahku saja ditarik ke depan sedikit. Mengusik! Sukalah tu tengok muka bengang aku.
Aku jeling tajam sambil betulkan semula cermin mata. Hati mula dup dap sejak tadi. Oh tidak tolonglah jangan terjatuh cinta dengan mamat ni.



Sejak Haze datang pejabat tempoh hari, MS mula buat perangai pelik macam Haze. Merapu bukan-bukan. Rasa macam bukan MS yang sebenarnya. Malah MS tidak lagi seperti pertama kali aku jumpa mamat tu.
MS = Mamat Serabai.
Nama tu aku gelar Encik Shah sebab pertama kali aku jumpa dia semasa masuk pejabat ni, serabainya bukan main lagi. Dengan jambang tidak bertrim, datang dengan T-Shirt biasa dan seluar slack. Kadang kala berjeans sahaja. Aku dengar dari Kak Yan, bos baru aku ni tak sudi nak jaga syarikat ni. Tapi sebab abangnya tengah nazak dan syarikat ni tiada pengawasaan. Dia terpaksa ambil ahli juga. Sebab syarikat ni hasil titik peluh dari emak mereka.
Rasanya sekarang ni aku patut tukar gelaran MS. Lelaki ini sekarang mula pakai kemeja, seluar slack, kekadang pakai kot. Rambut pun tidak lagi serabai macam dulu. Elok saja bersikat rapi walaupun masih tercacak.
MS = Mamat Smart.
Agaknya gelaran baru ni lebih sesuai dengan dia.
“Ki.”
“Apa lagi Encik Shah?” tanyaku malas. Mamat ni macam tiada kerja lain. Duk menempel aje tempat aku.
MS tarik kerusi Jimmy dari partition sebelah. Mamat tu cutilah pula hari ni.
“Awak tengah makan apa tu?” tanya MS.
“M akan hati.”
MS tersenyum. “Mesti hati tu sedapkan?” tanya MS walaupun aku yakin mamat tu tahu aku sebenarnya tengah perli dia.
“Encik nak apa? Kan tengah rehat ni. Pergilah makan ataupun rehat ke....” arahku sesuka hati. Waktu rehat ni pun masih juga nak sibuk kacau aku.
“Saya nak makan awak boleh?”
Aku jeling Encik Shah tajam. Dia tersengih-sengih. Tidak berkat nasi aku makan ni. Asyik mencarut saja dalam hati. Hish! Kenapalah Jimmy bercuti hari ni?! Kalau tak pasti driver tidak bergaji aku tu bawa aku keluar makan sekarang ni.
“Nak share makanan boleh? Saya tak sempat nak keluar makan. Sempat solat je tadi, lepas ni nak gerak meeting dekat luar.” MS tukar topik bila aku tidak layan ayat minta simpati dia. Aku tahulah dia tengah sibuk dua tiga hari. Saja nak pancing perhatian akulah tu.
“Bolehlah. Ke awak tak sudi nak kongsi makanan dengan saya. Iyalah siapalah saya ni.”
“Hish! Encik ni! Mengada tau. Kenapa dah buang tabiat sangat ni? Tiba-tiba saja perangai tak serupa perangai encik?” bebelku. Tupperware aku tolak juga ke tengah antara kami berdua.
“Awak kan suka lelaki macam mamat jerebu awak tu. Biarlah saya jadi lebih baik dari dia.”
Aku cebik. Kulit udang aku kupas dan letak atas kawasan nasi dia.
Thanks.” ujar MS.
“Saya dan Haze tiada apa-apalah Encik. Encik tak payah nak buat perangai pelik macam dia tu. Pening saya nak layan.” beritahuku jujur. Aku cukup pening nak layan perangai macam Haze yang terlebih romantik tu. Cukuplah Haze seorang.
“Saya memang macam ni pada orang yang saya sayang je. Dengan orang lain buat apa.”
“Masalahnya saya tak sayang encik!”
“Habis tu awak sayang Haze?” MS provok aku. Mentang-mentanglah aku nak da kembali dengan perangai lama dia. Tapi bab-bab provok ni memang aku tidak suka.
“Haze pun saya tak sukalah!”
 “Don’t be. Don’t like him. Haze is bad, but i’m not bad...” kata MS tersenyum-senyum.
Aku jeling tajam. Suka hati dia saja nak kutuk Haze. Padahal aku tahu Haze tu lebih baik dari dia ni! Suka main culas guna kuasa yang dia ada pada aku.
“Tak payahlah nak puji diri sendiri Encik Shah. Tak elok riak. Berdosa. Lagipun saya tahu siapa yang baik dan tak baik.” Semestinya Encik Shah ni pun bukanlah golongan yang baik sangat pun! sambung aku dalam hati.
“Saya suka tengok awak jeling. Comel! Saya tahu awak mesti kutuk saya dalam hati. But it’s okay. Saya doakan suatu hari nanti. Awak pasti akan rindu-rindukan saya dalam hati.”
“Jangan nak merepek boleh tak?”
“Haze tak baik. Buktinya bila awak keluar dengan dia, awak kena pakai mask. Tapi bila awak keluar dengan saya. Awak tak perlu pakai mask.”
Itu sebab ‘haze’ jerebu lah bukan sebab Shahazeeq! Dalam ofis ni memanglah aku tidak pakai! Encik Shah ni tidak habis-habis jual diri dekat aku. Entah apa yang rasuk dia berperangai pelik macam Haze. Menyampah!
Langsung tidak sesuai dengan muka macho dia.



“Maafkan saya.” Setelah sekian lama duduk menghadap satu sama lain. Haze akhirnya bersuara.
Aku mengeluh. Kenapa aku rasa pedih ulu hati mendengar kata maaf itu?
“Awak tidak bersalahkan?” tanyaku. Aku percaya Haze tidak buat perkara terkutuk itu. Kata maaf dari Haze itu seolah-olah mengaku dia yang salah.
Perlahan Haze geleng kepala.
Aku hembus nafas lega. “Habis tu awak nak buat apa sekarang ni?” tanyaku.
“Saya sanggup turun naik mahkamah untuk selesaikan perkara ni dan buktikan saya tidak bersalah. Tapi...”
Kenapa aku rasa jantung aku bagai berhenti berdetak mendengar kata tapi? Tolonglah Haze! Kau terlalu baik untuk jadi mangsa.
“Mama saya tetap paksa saya kahwin dengan perempuan tu. Keluarga perempuan tu pun nak kami kahwin walaupun saya nak buktikan kami berdua tidak bersalah.”
Air mata aku tiba-tiba mengalir. Entah kenapa aku rasa sedih mendengar perkhabaran bahawa Haze akan berkahwin.
 “Jangan menangis Ki. Air mata awak tidak berbaloi untuk lelaki seperti saya.”
“Berbaloi ke awak berkorban?” soalku dengan air mata yang masih menitis.
“Perempuan itu terlalu baik Ki. Terlalu baik untuk tanggung kesan fitnah yang ditaburkan pada kami. I have to marry her. Keluarga perempuan itu takut tiada yang akan terima anak mereka sebagai isteri lagi selepas ni.” luah Haze. Dia sendiri tidak mahu untuk berkahwin tanpa rasa cinta pada gadis itu. Tapi Haze tiada idea lain selain untuk terima.
Aku masih lagi dengan air mata yang gugur.
Akui penjelasan Haze. Aku kenal perempuan yang kena tangkap basah dengan Haze. Cantik orangnya, seorang pelakon wanita yang bertudung, model muslimah dan juga aktivitis yang giat dalam aktiviti sosial. Malah menjadi ikon kepada gadis-gadis untuk menjadi sepertinya.
“Saya doakan awak berbahagia dengan Encik Shah...”
Kepalaku geleng.
Be happy. Will you?” tanya Haze lembut seperti biasa.
Aku geleng kepala lagi. Mana mungkin aku akan gembira dengan pengakhiran yang jadi pada Haze. Berita pasal Ki kena tangkap basah dengan perempuan itu tersebar, malah lelaki seamakin kerap turun naik mahkamah. Sekarang kena paksa kahwin pula! Percutian yang patutnya mengembirakan lelaki itu bertukar tragedi bila kena tangkap basah. Kesian Ki! aku tahu Ki memang akan pergi bercuti setahun dua kali sebab Ki selalu belikan aku hadiah setiap kali balik bercuti.
“Ki...” Lembut suara Haze bersuara.
“Jangan nangis sebab saya Ki. Saya tak suka menjadi punca awak menangis. It’s hurts me more than what is happening to me. I need your smile, your strength to help me up.
Aku mula sedar. Betul kata Haze, sepatutnya aku beri semangat untuk Haze. Bukannya tambahkan kerisauan lelaki itu. Sisa air mata aku kesat bagi kering.
That’s my girl. Give me your brightest smile ever.”
Aku paksa juga ukir senyuman walaupun pasti senyuman itu tidak secantik biasa. Pasti comot dengan sisa air mata tadi.
Thanks Ki. Mungkin ini kali terakhir kita berjumpa. Saya mungkin tak boleh pandang awak lagi bila menjadi suami orang. Saya harap awak berbahagia dengan Encik Shah. Saya akur awak milik dia. Cinta yang awak tidak sedar itu milik Encik Shah dan begitu juga dia. Terima kasih untuk senyuman awak...”
Lepas ni tiada lagi kisah aku dan Shahazeeq yang bakal menjadi suami orang. Encik Shah? Aku tidak lagi faham dan tidak ingin faham isi hati lelaki itu. Kadang okay kadang pula lagi teruk dari perangai PMS dia tu.
Selepas perjumpaan terakhir antara aku dan Haze tadi. Kaki ku hayun mengukur lantai Setia City Mall. Aku masuk ke dalam Secret Recipe. Perut tiba-tiba buang tabiat nak makan kek walaupun sudah makan bersama Haze tadi.
Kek Chocolate Indulgence bersama Mocha. Kegemaranku seperti selalu.
Ketika menanti pelayan menulis pesanan. Kerusi dihadapanku ditarik. Aku angkat pandangan. MS selamba tarik menu dari tanganku. Tapi pesanan yang sama juga dipesan olehnya.
“Awak tak pernah lagi dating dengan saya. Jom dating.” ajak lelaki itu sebaik saja pelayan meninggalkan meja kami.
“Duduk tidak berjemput tiba-tiba ajak orang dating. Gila!” omelku pelahan.
MS tergelak kecil. Entah part mana yang lucu aku sendiri pun tak faham. “Awal lagi ni. Takkan awak nak balik sekarang.”
“Siapa kata saya nak balik sekarang. Saya nak pergi datinglah lepas ni. Tapi bukan dengan encik.” jawabku.
“Habis tu dengan mamat jerebu? Awak tahu status dia bakal berubah tidak lama lagikan?”
Aku bersandar lemah. Aku sedar dengan kenyataan itu walaupun perit hendak hadam. Keadaan senyap seketika. Pelayan sampai menghidangkan kek dan air yang dipesan.
“Makan ni dan jangan bersedih. Muka awak tidak sesuai tunjuk riak bersedih.” arah MS sambil menolak pingan ke depan ku.
Let me heal the pain...
Pada mulanya aku menolak paksaan MS untuk ikut dia. Tapi dengan muka bebel menakutkan lelaki itu. Dia tarik aku tanpa belas masuk dalam kereta. Ingatkan nak bawa aku ke mana entah. Rupa-rupanya IOI Mall!
Kami main dalam District 21 macam orang gila. Mula-mula tu dia paksa aku tukar blaouse aku dengan T-Shirt Marchandise District 21. Cukup simple T-Shirt, jeans dan shawl aku untuk bermain. Dia pun ikut tukar T-shirt dengan kemeja yang dipakainya. Lagipun ada logik juga kata MS, main ni pasti berpeluh. Nanti habis main tukar baliklah baju asal kami. Tidaklah berbau masam nanti!
Bermain dalam Power station, aku rasa tangan aku semakin berotot sebab kena panjat dinding! Penat tau. Aku ni sudahlah jenis malas bersukan, kena pula main panjat-panjat ni. MS kulihat selamba saja memanjat. Biasalah orang sado macam dia pasti biasa bersukan.
Walaupun aku terkial-kial memanjat, MS setia menunggu ku agar beriringan naik walaupun lambat.
“Err... encik. Yang ni selamat ke?” tanyaku pada pegawai bertugas. Aku pandang gelongsor besar yang tersedia di depan.
Pegawai tersebut tersenyum sambil mengangguk. “Insya-Allah selamat.”
“Kalau terlepas macam mana? Nanti saya tergolek?” tanyaku. Tidak berapa yakin nak main Sliding down di Tubby Ride.
“Ambil Large Tube. Kami turun berdua.”
Aku pandang MS selepas lelaki itu memberi arahan pada pegawai bertugas. Ceh! Nak kena naik dengan dia ke?
“Ke awak nak turun seorang. Boleh je...” ugut lelaki itu.
Aku berdecit. Gelongsor panjang itu dikerling seketika. “Fine!
Dan akhirnya kami turun berdua! Kami beralih ke gelongsor sebelah yang lebih luas untuk bermain dua orang. Haish! Lemah jantung aku main benda alah ni. Menjerit-jerit macam orang gila main benda ni. Lepas ni memang aku tak nak main dah!
Tapi lepas kena paksa oleh MS. Aku kena naik Zipline pulak! Dulu jalan-jalan dengan keluarga ke Sabah. Aku punyalah elak main Zipline ni, sebab Zipline di Sabah terpanjang kerana merentasi antara pulau ke pulau. Tup-tup dalam sekarang kena paksa main dalam ni pulak.
Aku rasa kaki aku kebas masa main Zipline. Sejuk semacam saja dari hujung ke hujung. Mujurlah lepas tu MS bawa aku main The Maze dan Launch Pad. Main lompat-lompat atas trampoline ni best juga sebenarnya. Yang penting tidak seekstrem dua permainan yang buat anak tekak aku macam nak tercabut sebab terlalu kuat menjerit.
MS belanja aku makan di Kafe Magnum. Macam tahu saja aku ni hantu aiskrim.
Happy?” tanya MS padaku.
Aku senyum lebar mengangguk. Mana tidak gembiranya. Lepas penat-penat bertarung nyawa dalam District 21 tu, aku sekarang dihidangkan antara coklat kegemaranku selalu Baskin Robbin. Kali ni tidak menyesal keluar dengan Ms walaupun ketika dalam District 21 tadi entah beberapa kali aku mengomel sebab menyesal ikut dia.
“Muka ni... Muka ceria ni tolong kekalkan ketika bersama dengan saya. Saya tak suka muka sedih awak. Saya nak awak sentiasa ceria macam ni...” luah lelaki itu romantis.
Dan aku pun cair seperti aiskrim yang baru masuk ke dalam mulutku.



Oh my! Malunya aku. Selama ni aku memang ingatkan dia sukakan aku. Muka aku semakin panas. Malu dan malu menjadi satu.
Titisan air mata aku mula mengalir. Aku pandang pasangan yang sedondon berbaju kurung dan melayu putih itu. Hati rasa sakit. Semalam Haze dan hari ni dia...
Bahuku ditepuk perlahan. Aku toleh belakang. Jimmy yang turut terkejut seolah memahamiku. “Mimi...” rengekku.
“Nangislah.”
Serentak itu juga aku tangisan aku semakin kuat. “Mimi...” Jimmy tarik aku ke dalam dakapannya. Aku memang tidak dapat kawal rasa sedih. Ternyata aku bertepuk sebelah tangan.
“Mi...”
Sysshhh....” Jimmy usap kepalaku.
“Jom kita balik.”
Aku yang masih dalam dakapannya mengangguk. Tidak sanggup lagi untuk terus menyaksikan majlis pernikahan Encik Shah. Sambil bahuku dipeluk erat oleh Jimmy, kami berjalan menuju kereta Jimmy. Hati aku ingin toleh belakang, tapi tidak cukup kuat untuk terima hakikat Encik Shah akan berkahwin hari ni.
“Janganlah tengok babe! Jom aku temankan kau makan ais krim sebelum balik. Nanti mama ingat aku buli kau pula.”
Aku tersenyum kecil walaupun air mata masih mengalir-galir. “Bukan memang dari kecil ke kau suka buli aku.” luahku.
“Ye ke?” tanya Jimmy tergelak-gelak.
Aku muncung mulut.
“Jomlah. Aku nak makan baskin robbin.”
“Amboi mentang-mentang aku belanja. Suka hati kau paw aku.”
“Kau kan tauke!” Aku tergelak kecil mengusik Jimmy.
“Iyalah! Iyalah! Selera permaisuri betul!” Jimmy mula mengalah seperti biasa.
Hati mula terubat dengan telatah Jimmy. Walaupun apek ni selalu buli aku dari kecil, dia juga yang selalu redakan tangisan aku. Thanks bro! Kau juga yang setia selalu dengan aku.
Lepas makan Baskin Robbin. Kami terus balik rumah. Si Jimmy seperti biasa tidak terus ke rumahnya. Singgah dulu ke rumah aku sebab mama Jimmy tiada di rumah hari ni. Maknanya dia akan makan malam di rumah aku.
“Abang Mi.” panggil adikku.
Jimmy angkat sedikit kepala sebagai sahutan.
“Kak Hanna tu kenapa? Mata bengkak semacam aje.” komennya.
Aku jerling tajam. Tapi si adik langsung tidak peduli.
“Putus cinta.” jawab Jimmy selamba.
“Dengan Shah atau Haze?” seorang lagi adik aku menyoal.
Both!
“Serius? Dah kenapa?”
“Haze pasal minah pelakon itulah. Lepas tu buat-buat baik nak beralah pada Shah yang kononnya lebih sesuai dengan kakak kau. Tup-tup kami minggu lepas kami dapat kad kahwin Shah. Hari ni nikahnya. Shah pula lepas setiausahanya edarkan kad kahwin langsung tak muncul-muncul.” bebel Jimmy. Badan disandarkan ke sofa yang menghadap penghawa dingin. Tengah panas!
“Teruknya.”
Jimmy mendengus. “Seorang pengecut. Seorang penipu!” labelnya pada Shah dan Haze.
“Sudahlah....” Ki yang melangkah masuk ke ruang tamu dengan semug milo sejuk bersuara. Mug dihulurkan pada Jimmy sebelum badan dilabuhkan bersebelahan dengan lelaki itu.
“Susah-susah korang berdua sajalah yang kahwin.” cadangan tidak bernas tiba-tiba diutarakan.
“Gila!” jawab Jimmy dan Ki serentak. Tidak jadi Jimmy nak minum air bagi meredakan panasnya pada Shah dan Haze. Si adik Ki ni boleh pula buat cadangan tidak berguna macam tu. Dia dan Ki mana boleh kahwin!
“Kami mana boleh kahwinlah bijak!” marahku.
“Alaa... orang gurau je.”
Aku jeling tajam. “Gurau tak kena tempat okay!” Marahku. Ada sebab aku dan Jimmy tidak boleh bersama.
“Kalau korang berdua bukan adik beradik susuan. Aku rasa dah lama umi pinangkan Jimmy untuk Kak Hanna kut.”
Aku pandang Jimmy.
“Tak nak aku. Belum cukup sejam  kahwin. Nazak telinga aku sebab dengar dia membebel.” bantah Jimmy selamba sambil letak mug atas meja tengah.
“Siot!” bantal peluk aku lempar tempat kena muka lelaki cina muslim itu. Dulu ketika bayi, mama Jimmy tak dapat susukan Jimmy sebab faktor kesihatan. Memandangkan umi turut habis bersalinkan aku waktu tu. Maka mereka minta tolong umi agar jadi ibu susuan Jimmy. Mama aku dan mama Jimmy pun memang kenalan lama.
Jimmy dan tiga orang adik aku gelak besar. Amboi sakan gelakkan aku.
“Tapikan babe! Aku rasa kau patut tukar ringtone telefonlah. Miss Moving On lagu Fifth Harmony tu. Sesuai sangat dengan kau kebelakangan ni.” kutuk Jimmy lagi.
“Jimmy! Hish!”
“Kau kena badi andartu kak. Nasib Abang Mi dan tunang. Kalau tak habis dengan dia sekali terjangkit.” Adik aku menambah rencah dalam sesi mengutuk aku.
Aku merajuk. Kaki aku bentak-bentak naik tingkat atas.
Alaa babe takkan merajuk kot.”
Argh! Nak merajuk jugak!”
Ingat senang untuk aku jadi begini? Aku cuba jadi kuat walaupun hati hendak meroyan macam orang gila. Aku cintakan Encik Shah sepenuh hati aku. Tiada faham keadaan aku sekarang. Bukan senang nak move on! Tapi aku tiada alasan untuk bersedih. Encik Shah bukan kekasih aku. Nak cakap dia cintakan aku pun jauh sekali. Malah kami tidak pernah berbincang soal cinta dalam keadaan serius.
Mungkin juga Encik Shah saja nak taste market dekat aku. Ah! Sedihnya jadi bahan tester, lepas guna dibiarkan saja. Mungkin inilah agaknya rasa barang-barang tester di Guardian dan Watson tu.
Tiga hari aku tidak datang kerja dengan alasan tidak sihat. Kemudian, umi pelik tengok keadaan aku hinggalah si budak bertuah Jimmy tu cakap dekat umi agar aku pergi bercuti buat seketika.
Maka tercongoklah aku di KLIA bersama keluarga Jimmy dan keluarga aku. Over la diorang ni. Satu angkatan hantar aku ke KLIA macamlah aku kena pergi lama dan jauh. Padahal seminggu saja pergi rumah mak long di Sabah.
“Jimmy teman aku beli air mineral. Hauslah.” Aku mula merengek kehausan. Tadi sempat minum sekejap saja.
“Alaa... nanti atas kapal terbang kau mintalah. Malaslah Ki.” Jimmy yang sedang bermain permainan video dari telefonnya menjawab. Langsung tidak toleh memandang muka kasihan aku.
“Jiyad Mirza Lee. Pergilah temankan Hanna.” Mama Jimmy sudah beri arahan agar Jimmy ikut aku. Hahaha! Inilah baiknya bila ada mama yang sayangkan kita. Jimmy tiada adik beradik lain, jadi mama memang sayang aku macam anak kandungnya. Jimmy dari kecil sampai ke besar memang selalu saja tidak puas hati kasih sayang mama pada aku.
Nama Jimmy ni sebenarnya Jiyad Mirza Lee. Tapi sebab terlalu panjang dan dulu aku pelatnya. Aku panggil Meja untuk Mirza sampai sekolah rendah. Kemudian tu nama samaran bertukar kepada Jimi untuk sikatan Ji dan Mi pada namanya. Hinggalah mengalami transformasi kepada Jimmy untuk tandatangan lelaki itu. Sampai sekarang semua orang panggil dia dengan panggilan Jimmy kecuali keluarga yang akan panggil Mirza. Adik-adik aku pula singkatkan panggil Abang Mi.
Jimmy angkat kepala memandangku tidak puas hati. Dia berdiri juga mendengar arahan dari mama.
Tangannya dilabuhkan dibahuku. “Saja nak buli akukan.”
“Bukan selalu... Nanti aku duk Sabah seminggu kau mesti rindukan akukan?”
Jimmy mencebik. “Tiada maknanya.”
“Jimmy...”
“Kau ingat aku boleh lupakan mamat tu tak?” tanyaku. Sebenarnya inilah niat sebenar aku nak beli air tadi. Aku nak luahkan rasa hati aku pada Jimmy sebelum bertolak.
“Aku dah agak ni mesti bukan sebab nak minum air. Berdosa fikirkan pasal suami orang Ki.”
Aku mengeluh kecil.
“Susah Mi...” Aku memang overly attached dengan memoriku bersama dengan MS. Setiap malam sebelum tidur pasti kenangan kami akan berlayar diminda hingga kadang kala tu terbawa ke mimpi.
Jimmy tepuk sikit lenganku. Tangannya masih lagi dilabuhkan dibahuku. Sebelah tangan lagi dimasukkan ke dalam poket seluarnya.
“Kau kuat Ki. Kau pasti boleh. Malaysia boleh! Hanna Kirana boleh!” tangan yang dalam seluar dikeluarkan lalu diangkat tinggi. Digengam kuat memberi semangat padaku.
“Bengong!” ujarku lalu tergelak kecil.
“Reti pun gelak. Jangan fikirlah pasal mamat tu. Bukan dapat apa-apa faedah pun.”
Aku mengangguk. “Thanks Jimmy, tak tahulah apa jadi dengan aku kalau kau tiada.”
“Buat drama swasta pula dah. Kau jangan nak drama lebih-lebih sini. Menangis karang. Aku tinggalkan saja kau di sini.”
Aku mencebik. Tidak jadi hendak menangis. Baru nak tangkap leleh. Konon-kononnya terharulah sangat.
“Kau kuat sebab diri kau Ki. Bukan sebab aku, bukan sebab keluarga ataupun mamat tu. Tapi diri kau yang berpegang teguh dengan kepercayaan kepada Allah. Ingat tu!”
Aku mengangguk perlahan sambil mencerna ayat-ayat Jimmy. Kami bersama melangkah ke memasuki Mc.Donald. Makan aiskrim seperti biasa!
Kami duduk sambil lepak menyandar dinding selepas selamat makan aiskrim. Kami kembali ke tempat keluarga kami. Adik-adik aku bising sebab Jimmy belanja aku seorang saja makan Chocotop. Cemburulah tu!
“Ki...” panggilan seseorang menghentikan lamunanku.
Aku pandang Jimmy. Lelaki itu bagi isyarat agar aku toleh ke arah suara tadi. Air liur pahit ditelan. Aku cuba sedaya upaya untuk maniskan muka.
“Ki.”
Lengan Jimmy kupegang kuat. Encik Shah yang datang dekat dengan kami. Aku perasan matanya yang memandang wajahku beralih pada pegangan tangan pada lengan Jimmy.
Kemungkinan Jimmy juga perasaan akan pergerakan mata lelaki itu. Pegangan aku dilengannya dilurut ke  bawah lalu digenggam kuat oleh Jimmy.
“Assalamualaikum.”
Salam dari Encik Shah kami jawab serentak.
“Lama tak jumpa.”
Aku angguk.
“Haah. Kami sibuk sikit. Maaflah tidak dapat hadir pada majlis encik.” balas Jimmy.
Encik Shah mengukir senyuman kecil. “Tak apa. Awak berdua nak ke mana?”
Err...” Aku pandang Jimmy. Aku tunggu saja Jimmy jawab bagi pihak aku. Dan harapku agar Jimmy kata kami berdua yang pergi bercuti.
“Tidaklah. Hantar tuan puteri ni pergi bercuti. Encik Shah?” Ah! Jimmy kali ni jujur pula mamat cina ni! Kali ni tiada pula jawapan sengal minta kaki dia tu keluar. Aku ketap bibir menahan geram.
Saat itu panggilan untuk penumpang ke Sabah bergema. “Err... Nak pergi salam umi dan yang lain dulu. Kau orang berbuallah.”
Tanpa tunggu dua lelaki itu mengangguk. Aku terus jumpa keluargaku untuk bersalaman. Kan aku dah  cakap! Keluarga aku ni drama lebih sikit. Mama dan umi menangis-nangis macam aku takkan balik lagi. Adoi! tidak pasal buat wayang percuma. Siap cium pipi kiri kanan lagi.
Itu tidak tambah lagi ceramah kesihatan dan keselamatan dari dua wanita yang paling aku sayang tu. “Umi, mama janganlah nangis. Hanna pergi bercuti kejap je...”
Mama angguk sambil kesat air mata, tapi masih juga meleleh. Adoi! Sebab tu dari kecil aku tidak dibenarkan masuk sekolah asrama. Duk universiti pun dalam dua minggu saja duduk asrama. Lepas tu, aku ulang-alik dari rumah. Nasib baik rumah dekat dengan universiti!
Lepas salam dengan keluarga aku. Aku pusing pandang Jimmy dan Encik Shah yang turut menjadi penonton drama sebabak kami. Encik Shah ni tak reti nak blah agaknya! Dia tidak tahu ke yang aku sakit hati tengok dia di sini.
Aku jalan mendekati mereka. Aku peluk tubuh Jimmy erat. Adik beradik susuan merangkap kawan baik aku yang terbaik. Jimmy balas pelukanku. “Be strong.” bisiknya.
Air mata terus mengalir secara tiba-tiba. Pelukan dileraikan. “Syshh... Jangan nangis.” pujuk Jimmy lagi. Kepalaku diusap lembut.
Thanks big bro.”
“Kirim salam dengan mak long dan yang lain-lain and please have fun.” pesan Jimmy.
“Encik Shah saya minta diri dulu. Maaf sebab tak dapat datang wedding encik. Taniah saya ucapkan.”
Encik Shah sekadar merenungku sambil mengangguk. Aku senyum da membalas pandangan lelaki itu. Mata kami bertaut seketika. Biarlah aku simpan wajah ini, mungkin ini kali terakhir aku menatap wajah Encik Shah lagi.
“Ki... Saya...”
“Shah!” Panggilan seorang wanita memotong ayat Encik Shah. Aku sempat mengamit sekumpulan orang tersebut. Mungkin keluarga Encik Shah. Wanita itu aku cukup kenal! Itulah wanita yang aku lihat memeluk pinggang Encik Shah tempoh hari.
Aku senyum dan terus minta diri. Panggilan Jimmy pun kau langsung tidak pedulikan. Aku takut tidak kuat untuk dengar pengakuan darinya dan melihat kemesraan pasangan itu. Suami orang tu Ki!
Walaupun masih ada sejam lebih sebelum berlepas. Aku sanggup duduk balai berlepas dari tengok rupa Encik Shah dan isterinya! Biarlah aku layan perasaan sendiri sebelum terbang ke Sabah.



Aku ambil tempat tepi tingkap. Kerusi sebelah aku kosong dan aku berharap sangat kosong sampailah Kota Kinabalu nanti. Untung badan boleh conqouer seorang diri. Dasar tamak! Padahal kerusi aku yang disponsor oleh ayah business class! Aku sempat kerling sekeliling. Banyak lagi kerusi kosong memandang sekarang ni bukan cuti sekolah ataupun cuti perayaan.
Aku buang pandangan ke luar tingkap. Bye Encik Shah! Harap percutian ni mampu tolong aku untuk move on dari segala memori aku bersamanya. Teringat wajah kacaknya tadi, mungkin Encik Shah pun hendak pergi berbulan madu dengan isterinya.
 “Fuh! Nasib baik sempat.”
Suara lelaki yang dari kerusi sebelah jelas ditelingaku. Aku pandang sebelah. Mulut ternganga seketika.
“Apa encik buat di sini?” tanyaku.
“Ki! Awak dengar apa yang saya nak cakap selepas ni. From A to Z! Jangan mencelah sekali pun. Faham.”
Aku yang masih terkejut sekadar mengangguk.
“Saya tak kahwin lagi. Orang yang awak nampak tu betul itulah pemilik nama dalam kad undangan perkahwinan kami. Tapi dia bukan isteri saya. Saya tak kahwin dengan dia. Something happen in my family. Dia sepatutnya jadi isteri abang saya. Bukan saya... Tapi faktor kesihatan abang saya. Dia untuk paksa saya kahwin dengan tunangnya sendiri. Dan keluarga kami setuju dengan permintaan gila dia. Lagipun perkahwinan mereka memang ditetapkan pada tarikh tu juga. Dan hari perkahwinan mereka tetap berlangsung selepas kakak ipar saya tu pujuk dan yakinkan abang saya.”
MS terhenti sektika sebelum kembali bersuara.
“Saya stress sebab saya tidak cintakan dia. Dan saya tahu mereka saling mencintai satu sama lain. Saya cintakan awak. Hanya awak. And it’s hurt bila saya ingatkan orang yang saya sangka rupanya kekasih orang. I thought you and Jimmy...”
“Kami mana boleh kahwinlah!”
“Ya! Saya tahu, saya baru tahu tadi! Rupa-rupannya saya salah faham... Saya minta maaf pasal tu. Saya cintakan awak. Will you marry me?
Aku terdiam seketika. Dalam otak mencerna ayat-ayat Encik Shah tiba-tiba dilamar pula. Sekurang-kurangnya biarlah aku hadam dulu cerita yang baru sampai!
Err... Macam mana encik boleh satu flight dengan saya pula ni?” tanyaku spontan.
MS tiba-tiba tergelak. “Kerja gila. Tadi ketika awak tengok salam keluarga awak. Jimmy bagitahu saya status hubungan awak berdua. Waktu tu baru saya sedar. Saya salah faham. I told him my feelings. Tapi tak sempat luahkan dengan awak. Awak dah blah tinggalkan saya.”
“Saya terus beli tiket. Nasib baik sempat!” sambung MS lagi.
“Maksudnya Encik sehelai sepinggang naik kapal?”
MS mengangguk.
“Gila!”
Dia tergelak kecil. “Ya Saya tergilakan awak. Sudi kahwin dengan orang gila ni?”
“Hish! Sudahlah gila. Sanggup buat saya menangis... Saya benci encik.” luahku. Serentak itu air mata aku mengalir. Terharu dengan tindakannya.
“Saya jahatkan? saya minta maaf buat awak bersedih dua tiga hari ni. Nasib baik Jimmy tak tumbuk saya.”
“Balik nanti saya claim! Suruh Jimmy tumbuk muka encik.”
“Sampai hati awak suruh Jimmy tumbuk bakal suami awak!”
“Tak malu! Siapa nak kahwin dengan Encik!”
Air muka MS berubah. “Iyalah... Siapalah saya ni. Turunlah balik.”
“Eee... mengada tau! Kapal terbang dah berlepas nak turun macam mana? Terjun kapal terbang!”
MS tersengih. “Nak kahwin dengan saya tak?”
“Nak laaa...” jawabku sambil toleh arah lain. Malulah pulak. Ahaks!



“Sayang!”
Aku toleh memandang wajah suamiku yang baru bangun dari tidur.
“Hilang!” Muncung mulutnya merajuk. Eee! Buruk betul! Tidak sesuai dengan wajah macho tapi hati pink!
Aku tergelak kecil. “Mana ada hilang. Abang kan masih tidur tadi.”
Pinggangku dipeluk. “Miss you.” bisiknya romantis.
“Baru kejap Ki keluar bang...”
“Nak rindu juga.”
Aku geleng kepala. Aku menghala paip ke arah pasu bunga. Suamiku masih lagi erat memeluk pinggangku. Tak selesa langsung buat kerja sambil dipeluk macam ni tapi apa boleh buat! Memang hobi dia suka peluk pinggang aku.
“Tiba-tiba ingatkan keadaan atas kapal terbang dulu.” ucapnya.
Aku tergelak kecil. Situasi itu secara tidak langsung terlayar difikiran. Situasi gila yang mampu aku gambarkan. Tidak pasal-pasal sampai Kota Kinabalu. MS heret aku pergi beli baju dan barang keperluan untuk dia. Siapa suruh buat kerja gila macam tu! Tapi kalau dia tidak buat macam tu sampai sekarang aku ingatkan dia ni suami orang.
“Sayang...”
Hurmm...
“Bulan madu jom!”
“Kan baru je balik empat hari lepas. Mengadalah abang ni.”
MS tersengih. “Bulan madu dalam rumah pun boleh!” jawabnya nakal. Hish! Suami siapalah ni. Mengada sungguh!
“Abang...”
“Haze dah nak kahwin juga. Dia jemput kita ke majlis dia nanti. Kita pergi ya.”
Suamiku mengeluh kecil. “Dia masih cintakan sayang kan?”
Aku geleng kepala tanda tidak tahu. “Tak tahulah bang. Tapi Ki tahu dia cuba untuk terima bakal isteri dia. Kita pergi ya... lagipun dia dah lama berkawan dengan Ki. Majlis kita hari tu pun dia datang.”
MS terdiam seketika. Mungkin sedang berfikir. “Baiklah. Tapi dengan syarat. abang tak nak sayang lepas langsung tangan abang. Faham?”
Aku senyum kecil lalu mengangguk. “Thanks abang. Love you.” ucapku.
Hidungku dicuit olehnya. “Pandai je nak pujuk abang... I love you more than you do.”
“Betul ni?” tanyaku menduga. Pelukan dileraikan dan aku toleh memandang MS.
“Eh mestilah!”
Aku tersenyum kecil. Paip dipegangan terus diangkat dan memancut depan suamiku. Habis basah baju MS terkena pancutan air.
 “Yeah!! Orang busuk dah mandi.” usikku. Aku tergelak puas hati.
“Sayang!!” jerit MS.
Tanpa tunggu lama aku lepaskan paip dan terus cabut lari selamatkan diri! Aku sempat toleh belakang. MS tunduk dan mencapai paip air sebelum kejar aku.
Tembak!!” jerit MS sambil memancut air paip bila dia berjaya mendekati aku.
Aku hampir-hampir tergelincir dengan tanah yang berlecak. Mujur MS cepat tangkap aku dan tarik ke pelukannya. Paip dipegangannya pun sudah terlepas.
Dahi aku dikucup lembut. “I love you. I love you so much.” ucapnya.
 “Love you too abang...” ucapku sambil mengeratkan pelukannya.
Maka kisah cinta yang aku ingatkan tidak berakhir dengan KiShah akhirnya menemui titiknya. Mungkin ada kisah yang tidak berakhir seperti yang dijangkakan. Ada cinta yang tidak kesampaian. Contohnya kisah aku dan Haze, kisah kami tidak berakhir dengan KiShah walaupun nama dia juga Shah dalam Shahazeeq.
 Tapi alhamdulillah jodoh aku dan MS panjang dan semoga kekal dunia dan akhir. Kisah kami memang berakhir dengan KiShah.
Gelaran MS sekali lagi berubah.
MS = Mr. Suami.
Okay cun tak? Nampaknya memang patut pun aku gelar dia MS dari dulu sebab hanya dia seorang saja yang layan untuk gelaran tu.

Tamat
P/S : idea asal nak buat ending bukan dengan Shah, Haze & Jimmy tapi tak jadilah buat ending sedih.  hehehe

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

14 comments:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)