Thursday, November 5, 2015

[CERPEN] : Qais & Laila


Laila membaca checklist pada planner yang terbuka. Enggan terlepas satu pun perkara walaupun benda kecil.
Laila berpaling ketika namanya diseru. Qais yang datang mendekatinya dipandang. Lelaki itu kacak mengenakan sut serba putih sempena tema majlis malam ini.
“Semua okay?”
Laila mengangguk. “Alhamdulillah. Semua ikut apa yang dirancang.”
Good I tak nak ada sebarang cacat cela dalam majlis ni.” Qais sebenarnya tiada masalah dengan cara kerja Laila. Dia kenal Laila lama dan dia tahu Laila teliti dan terperinci dalam setiap kerjanya. Sekadar menyoal untuk puaskan hati saja.
Noted that.” balas Laila.
Qais menghemparkan pandangan ke seluruh dewan. Putih krim dihiasi dengan berlian dan lilin menampak elemen elegant untuk majlis makan malam ini. “Good. Malam ni you salah seorang tetamu. Jangan lupa.” Nanti tak pasal mamanya bising pula biarkan anak angkat dia berkerja untuk majlis makan malam ni.
Laila mengeluh kecil. “Tapi…”
“Tiada tapi-tapi… Kita dah bincang pasal benda ni. You bukan event manager untuk malam ni. Cukup sekadar program manager. You kena percaya orang lain macam mama percayakan you. Faham?” tegas suara Qais bersuara. Kalau tidak ditegah pasti Laila berdegil nak jadi event manager untuk majlis ulang tahun perkahwinan mama dan papa ni.
Laila mengangguk. Akur dengan arahan yang diberi.
“Lepas ni I tak nak you pegang buku planner tu. Simpan atau I buang.”
Bibir diketap menahan geram. “I simpan kejap lagi. I nak buat final check dulu.” akurnya. Laila tahu ketegasannya tidak dapat lawan ketegasan yang dimiliki oleh Qais.
“Lepas tu jumpa I di lobi kejap lagi. Kita tunggu mama dan papa datang.” Qais bersuara lagi.
Laila sekali lagi mengangguk.
Qais beredar meninggalkan Laila untuk bekerja dan untuk pastikan majlis malam ini berjalan dengan lancar. Dia tidak boleh halang Laila buat kerja yang satu tu. Qais pun bukanlah rapat sangat dengan Laila walaupun mereka serumah. Laila tu pekerja kepercayaan mamanya. Mamanya dulu seorang usahawan yang buka syarikat event management.
Mama yang hantar Laila sambung belajar ke luar negara dalam bidang ni memandangkan Laila juga mempunyai minat yang sama. Balik dari belajar, Laila tinggal bersama mereka dan kerja dengan mama.
Tapi sejak empat tahun lepas, syarikat tersebut ditugaskan kepada Laila seratus peratus untuk jaga syarikan memandangkan Laila pun sudah lama bekerja dengan mamanya. Sejak lepas SPM lagi sebab tu mamanya percayakan Laila dan ambil Laila sebagai anak angkat sejak bapa Laila meninggal dunia.
 “Cik Laila panggil saya?” panggil Fin.
Sekali lagi Laila angkat kepala dari terus membaca checklist yang tertulis dalam planner miliknya. Kepala diangguk. Sebelum Qais datang tadi. Dia memang ada memesang orang carikan Fin untuknya.
“Kejap lagi Datin dan Datuk akan sampai. Pastikan tiada Sesuatu yang tinggal. Ingat tugas awak sebagai EM. Kalau ada sesuatu yang awak tak pasti. Terus cari saya.” arah Laila.
Fin mengangguk. Berdebar sebenarnya. Takut sesuatu akan berlaku walaupun dia pernah juga diberi kepercayaan mengendalikan program besar. Cuma kali ni dia kena jaga majlis ulang tahun perkahwinan bos sendiri.
All the best. Pastikan awak nampak semuanya.” pesan Laila lagi.
“Baik Cik.”
“I nak ke lobi. Kejap lagi VIP kita akan sampai. Bagitahu semua all the best untuk malam ni. Planner ni awak pegang.” Planner miliknya diserahkan kepada Fin yang akan bertugas sebagai event manager pada malam ini.
“Terima kasih Cik.” ucap Fin. Walaupun Cik Laila seorang yang tegas dan yang paling penting jarang senyum! Gadis itu tidak pernah lokek beri kata semangat setiap kali sebelum majlis bermula.
Laila mengangguk. Dia harap dan percayakan team majlis malam ini boleh buat sebaik mungkin agar majlis ulang tahun mama angkatnya berjalan dengan lancar. Gadis yang cantik mengenakan gaun putih itu akhirnya keluar dari dewan untuk menunggu Datuk Othman dan Datin Hajar yang bakal tiba sebenar saja lagi.
Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar. Laila puas hati dengan majlis yang dikendalikan walaupun tanpa penguasaannya. Cuma dia tidak suka apabila dia kena bersama Qais, Datin dan Datuk naik atas pentas untuk upacara pemotongan kek. Rasa diri tidak layak bersama keluarga itu sedangkan dia hanya anak angkat.
Tidak pasal-pasal dia diperkenalkan kepada semua orang ketika majlis apabila orang lain tiba-tiba tanyakan pasal dirinya. Selama ni Laila mana pernah tunjukkan diri sebagai anak angkat datuk dan datin kecuali orang dalam syarikat Datin Hajar.
“Lai…” Laila pandang ke arah pintu dapur. Qais yang datang mendekati dipandang. Jarang dia bersua dengan Qai walaupun mereka satu rumah. Kalau bukan sebab dia dapat kerja luar, pasti Qais yang pergi outstation.
“Tidak tidur lagi?”
“I tengah buat kerja untuk event seterusnya..” beritahu Laila. Atas meja makan tu penuh dengan kertas-kertasnya. Memang itulah tempat kerjanya, selain meja dalam bilik. Tapi tengah mengantuk ni, meja luar sangat berguna. Kuat godaan nak tidur kalau buat dalam bilik.
“Rehatlah. Sambung esok. Kan baru habis event tadi. You pun mesti penat.”
Laila geleng kepala. “I dah terbiasa. You kenapa tak tidur lagi?” Rasa pelik bila tidur awal walaupun diri penat.
“I tersedar tiba-tiba rasa haus.”
“You nak I buatkan air ke?”
Qais geleng kepala. “It’s okay. I ambil sendiri.”
Laila mengangguk. Mata kembali beralih pada Ipad untuk melihat design kad jemputan yang telah dihantar dari pekerja.
Thanks for today Lai.” ucap Qais.
Kepala diangkat. Laila pandang Qais yang sudah pun ambil tempat di kerusi depannya.
Welcome.” ucapnya sebelum sambung hadap kerja lagi.
“Lai, kita kahwin?” ajak Qais tiba-tiba.
Laila terus angkat kepala.
“You mengigau ke? Apa you cakap ni?”
“Kita kahwin jom. I nak kahwin tapi I tiada pasangan… ”
But why me?” tanya Laila. Kerjanya terus terhenti.
“Sebab you anak kesayangan mama dan papa. Sebab I nak kahwin dan kita berdua tiada sesiapa lagi. Sebab you sahaja yang selalu berada dekat dengan I walaupun kita tidak rapat. I tak perlu susah-susah cari lain, you pun tak perlu pindah rumah. Cuma pindah bilik je.” beritahu Qais. Dia sudah fikir benda ni masak-masak.
“Kenapa you tak cari calon lain. Ramai yang kahwin dengan you Qais.”
“I dah cari dan tengah cari tapi it’s always end up fikir you je calon yang paling sesuai.”
How about love?
“Cinta boleh datang selepas kahwinkan? Macam mama dan papa…” beritahu Qais. Laila pun tahu mama dan papanya kahwin pun atas dasar jodoh dari keluarga. Lepas kahwin baru jatuh cinta satu sama lain.
“Macam mana pula kalau kita bukan macam mama dan papa? Macam mana kalau hati kita tidak akan cintakan satu sama lain? Macam mana…”
“I bukan jenis yang mudah jatuh cinta Lai. I boleh saja mainkan hati perempuan kalau I nak. Tak payah tunggu lepas kahwin. I janji I akan jaga you lepas kita kahwin walaupun sampai bila-bila cinta itu tidak hadir dalam hati kita. Kita jadi suami isteri normal macam pasangan lain.”  pangkah Qais.
Laila senyap seketika. Dalam hati mengakui kata-kata Qais. Dengan pakej yang Qais ada, dia boleh saja pilih dan main-mainkan perempuan. Tapi selama dia kenal Qais. lelaki itu bercinta pun tidak pernah apatah lagi nak mainkan hati perempuan.
“I bagi you masa untuk fikir...” Qais tahu Laila seorang yang teliti sebab itulah dia mampu jadi perunding majlis dan kawal setiap majlis-majlis dengan baik.  Sebab tu Laila menitik beratkan semua benda termasuk lamarannya.
“Baiklah. I setuju...” ucap Laila.



Datin Hajar dan Datuk Othman bukan main gembira lagi dengar perkhabaran dari anak-anak mereka. Datin Hajar memang nak Laila jadi menantunya tapi tidak mahu paksa kalau mereka tidak mahu jadi dia pendam saja hasratnya.
Perkahwinan antara Qais dan Laila meriah sekali. Team Laila buat yang terbaik untuk perkahwinan bos mereka walaupun Laila nak majlis yang simple walaupun majlis resepsi di buat di dewan. Laila pun sebenarnya tak nak dilabel sebagai pisau cukur. Dari anak angkat sampai goda Qais, sebab dia ada juga dengar ayat-ayat tu dari keluarga sebenar datuk dan datin.
Tapi Qais tidak mungkir janji. Lelaki itu sentiasa bersama dengan dia sepanjang majlis berlangsung. Bila Qais suruh dia buat-buat pekak sahaja kalau dengar nyamuk dalam buat bising. Pasti lelaki itu pun dengar!
“Yang penting I sekeluarga tahu you macam mana. Itu dah cukup.” pesan lelaki itu lagi. Terharu dengan jagaan dan layanan Qais padanya. Dan waktu tu Laila tanam pada diri untuk jaga hatinya khas untuk Qais seorang saja!



1 tahun 8 bulan kemudian…
Laila tarik telefon yang terdampar atas katil tapi bantal yang diguna olehnya. Jam digital menunjukkan pukul sembilan pagi. Automatik tubuh Laila menegak!
“Alamak! Macam mana boleh tidur terlebih pula ni?” bebelnya.
Kalut Laila berdiri dari katil. Beg kertas yang terletak atas lantai bersama tas tangannya ditarik. Sempat dia betulkan tudung yang masih tersarung di kepalanya. Setelah pastikan dirinya sedikit elok dari keadaan baru bangun tidur tadi. Laila terus pusing tombol pintu. Suaminya pasti berada di pejabat sekarang ni. Lagipun Kak Zah kata sehari dua ni Qais selalu saja berkampung di ofisnya sebab tengah sibuk rebut tender baru.
Pap! Beg kertas dipegangannya terlepas sebaik saja matanya terlebih dahulu mendapat kejutan dari Qais.
“Lai?” tegur Qais terkejut. Kepala terus dijauhkan dari terus meneruskan aksinya tadi.
Nafas Laila turun naik. Dia cuba untuk kawal diri dari bertindak di luar jangkaan.
“Bukan you balik lusa ke?” tanya Qais yang masih terkejut dengan kewujudan isterinya. Cantik Laila yang berselendang menutup auratnya.
Laila tarik nafas dalam. Gadis itu dipandangan seketika sebelum dia beralih pandangan pada suaminya sendiri.
“I siapkan kerja awal so iingatkan nak buat surprise untuk you semalam. Kak Zah kata you sibuk dua tiga hari ni. So I ingatkan better I terus buat surprise dekat ofis. Tapi tak sangka I tertidur bila tunggu you semalam…”
“Lagi tak sangka pula pagi ni I yang dapat surprise.” sambung Laila perlahan. Beg kertas yang terjatuh tadi dikutip semula. Baru nak surprise kan Qais yang dia sudah mula berhijab! Sudah lama dia rancang dan sanggup tebalkan muka pada mama untuk ajar dia pakai tudung.
“Lai…”
Err… ni hadiah you. I letak dalam ye. I ingat nak baliklah. Sorry ganggu.” Laila masuk semula ke dalam bilik rehat Qais tanpa menunggu respon lelaki itu. Nafas ditarik dalam. Hati sakit dengan kelakuan Qais yang menipunya.
Hadiah hari jadi Qais diletak atas katil. Laila sempat kemaskan cadar katil bujang milik Qais.
“Lai…” seru Qais yang ikut masuk ke dalam bilik tu.
Laila capai tas tangannya. “Hurm…
Badan ditoleh memandang Qais. Muka tenang cuba ditunjuk walaupun hati tambah sakit tengok muka Qais. Apatah lagi bibir yang menyoal tu. Rasa macam nak lumat dengan cili! Laila tidak sangka selama ni dia berkongsi ciuman suaminya dengan orang lain!
Bagasi kecil miliknya ditarik.
“You dari airport ke semalam?” tanya Qais sebaik saja memandang bagasi milik Laila.
“Yup. I ambil flight tengah malam sebab takut tak sempat sampai sini before twelve. Lagipun malaslah nak kacau mama dan papa tidur dekat rumah untuk bukakan pintu. sebab I lupa bawa kunci rumah” jawab Laila.
Qais mula rasa bersalah. Satu sebab kantoi dengan Laila. Lagi satu sebab kesanggupan Laila buat kejutan untuknya sampai sanggup tidak balik rumah. “Lai…”
“I penat Qai. I nak balik sambung rehat.” Kalau tahu baik dia ambil flight esok atau lusa sahaja. Rehat dulu dekat Sabah selepas majlis di sana selesai seperti rancangan asal. Dia pun bukannya rugi kalau rehat ikut plan asal. Semuanya percuma!
Qais tarik nafas perlahan. Dia tahu Laila tidak akan berkompromi dalam hal ni. Faham sangat dengan perangai isterinya. “I hantar you balik.”
“Tak apalah. I call teksi. Youkan sibuk…”
“I hantar.” suara Qais ditegaskan. Bagasi dan tas tangan isterinya dirampas. Tangan Laila turut digengam erat.
Laila sakit hati betul dengan sikap Qais. Tangannya direntap. “I ikut you balik. Tapi rasanya tak perlulah pegang tangan I. I boleh jalan sendiri. Lagipun suka kongsi pegangan tu dengan orang lain.” tuturnya lembut tapi cukup menyucuk hati Qais.
Padan muka. Biar Wais tahu betapa sakitnya hati Laila sekarang ni. Geram sampai ikutkan hati nak tumbuk sampai lunyai. Tapi Laila malas nak cari gaduh sekarang ni. Moodnya pun sudah sampai ke laut. Rasa Patut balik tidur dan segarkan badan dulu. Penat dari handle program di Sabah pun tidak hilang lagi. Tambah lagi penat otak fikirkan perangai suami sendiri!



“Sejak bila you dengan budak tu?” tanya Laila.
Qais yang sedang bersiap sebelum ke kerja dipandang. Hari ni Laila tidak terasa hendak pergi kerja. Badan rasa lemah secara tiba-tiba. Agaknya demam terkejut sebab suami ada perempuan lain agaknya.
“Qai…”
Qais mengeluh kecil. Laila yang duduk bersandar kepala katil didekati. Dia labuhkan punggung dibirai katil. Pipi isterinya diusap lembut. “I tak nak cakap pasal ni dulu. You demam. Rehatlah dulu...”
“Selagi you tak cakap hal sebenar. Selagi tu I tak boleh rehat Qai. Siapa budak tu?” tanya Laila lagi tegas.
“Setiausaha I.”
“Misha mana?” tanya Laila pada setiausaha lama Qais.
“Cuti bersalin. Dia pekerja sementara I.”
“Bila you kenal dia? Macam mana you dan dia boleh bersama?”
“Lai…”
“Jawab soalan I Qai?!”
Sekali lagi Qais mengeluh kecil. “Dua bulan lepas. Love at the first sight. I tak tahu nak cakap macam mana. Perasaan tu tiba-tiba saja datang sejak pertama kali I jumpa dia. I tak boleh nak halang perasaan ni Lai…”
“Dan perasaan tu tiada ketika bersama I kan? You betul-betul cintakan budak tu Qai?” tanya Laila lagi. Pandangannya terus saja menandang Qais tanpa perasaan.
Stop it Lai! I tak nak you terluka.”
“I lagi sakit bila tahu I ditipu Qai.” marah Laila. Tiba-tiba kepalanya berdenyut-denyut. Sakit kepala datang sebab terlalu banyak berfikir sejak semalam.
Qais mengeluh kecil. Tapak tangan hinggap didahi isterinya.
“Badan you makin panas ni.”
“I boleh lagi hidup. You pergilah kerja.”
Kepala digeleng. Degil! Tali lehernya dilonggarkan. Dahi Laila dicium lembut sebelum dia keluar tinggalkan Laila keseorangan. Wanita itu hanya tunjuk muka tiada perasaan padanya. Tiada lagi sapaan lembut seperti biasa.
Laila buang pandangan ke luar tingkap hingga dia tersedar yang Qais masuk semula ke dalam bilik dengan dulang ditangan.
Breakfast.”
“I boleh turun breakfast nanti. You pergilah kerja.”
“You sakit Lai. I patut jaga you.”
“Tapi…”
Syusshhh! Makan ni. Nganga mulut tu. Lepas breakfast makan ubat.”
Laila mengangguk. Dia akui Qais memang selalu jaga dia. Pantang tengok dia sakit atau dilukai sekalipun. Usai makan ubat, Laila terus rebahkan badan sambil badannya dilap oleh Qais. Hendak menegah tapi Qais tetap nak buat juga agar dia tidak rimas bila badan melekit.
Rambut Laila diusap lembut sebaik saja membersihkan tubuh isterinya. “You tidurlah… Rehat.”
Rasa macam nak nangis dengan sikap Qais yang masih ambil berat tentangnya seperti biasa. Qais memang jaga Laila sebaik mungkin tapi Qais lupa jaga hati sendiri!
Laila sedar dia perlu cuba selamatkan rumah tangganya!



“Rajinnya anak mama masak sekarang ni.” tegur Datin Hajar.
Laila berpaling. “Lama tak masak ma. Rasa macam skill pun dah tumpul.”
Datin Hajar tergelak kecil. Dulu ketika Laila mula-mula masuk rumah tu, dia yang tak nak susahkan Laila memasak. “Laila masak apa ni?” Mata menjengguk sudip yang mengacau kuali. Atas meja pula sempat diintai tadi, sayur baby kailan dan ikan kerapu steam sudah pun terhidang.
Butter crab.
“Wah! favorite Qai! Ada apa-apa ke ni?” Datin Hajar perasan perubahan Laila sejak berkahwin ni. Kalau dulu selalu balik lewat malam, tapi sejak berkahwin Laila akan pastikan dia balik awal sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk masak di rumah. Cuma kebelakangan ni setiap hari Laila akan balik awal untuk masakkan mereka sekeluarga.
Laila tersenyum kecil. Kepala digeleng. Malulah kalau nak mengaku dia nak pikat suaminya.Takkan nak cakap dia masak sebab nak ikat suami yang sudah jatuh cinta dengan sekretari sendiri.
 “Saja ma.”
“Iyalah tu.” Datin Hajar tertawa kecil.



Jam pada dinding dikerling. Jarum menunjukkan pukul 12 tengah malam. Laila mengeluh kecil. Suaminya masih belum balik rumah lagi. Rasa sia-sia tunggu Qais balik baru makan malam bersama. Tadi dia cuba dail nombor lelaki itu tapi langsung tidak berangkat.
Perutnya mula terasa pedih. Akhirnya Laila masuk ke dapur untuk panaskan lauk. Baik lagi dia makan dari tunggu Qais yang entah hilang ke mana tu.
Rasa macam loser saja sambil tengok lauk yang diasingkan untuknya dan Qais. Apa dah jadi dengan kau ni Laila? Macam tidak tahu malu saja terhegeh-hegeh dekat orang yang tengah hangat bercinta macam Qais tu.
“Lai…” Qais yang baru sampai datang menegur. Masih lagi berkemeja, balik tadi nampak lampu dapur bercahaya. Rupa-rupanya isterinya tengah makan.
“Oh hai…”
“Lambat makan? Baru balik ke?”
Laila geleng kepala. Kenapalah Qais yang sebilik dengannya ni pun tidak perasan dalam dua minggu ni setiap hari dia balik awal! Mama pun boleh perasan. Suami sendiri boleh pula tanya macam tu. Tahulah dia selalu balik lewat sebab buat kerja.
“Tiba-tiba rasa lapar. You nak makan?”
It’s okay. I dah kenyang. Makanlah.”  Qais hanya datang mendekat. Gelas isterinya diguna untuk minum air. Haus!
“You keluar makan dengan kekasih you?” tanya Laila tiba-tiba. Kepala didonggak memandang Qais yang berdiri disebelahnya.
“I…”
“I tahu bau you macam mana. Lagipun I terhidu bau perfume wanita.” ujar Laila sambil tunduk semula menguis nasinya. Hilang terus selera makan!
“I keluar makan malam.”
“Sampai tengah malam Qai.”
“Lai…”
“Patutlah I call you tadi tidak berjawab.”
Qais telan air liur. Dia tukar mode telefon dalam mode senyap sebab selepas makan malam, mereka pergi tengok wayang tadi. Qais memandang Laila yang berdiri dengan pinggang yang masih ada sisa nasi. Matanya beralih pada meja makan.
Damn Qais! Lailakan balik awal dalam seminggu dua ni! Dia baru teringgat.
Baru pagi tadi Laila tanya hari ni dia nak makan apa. Tanpa fikir panjang, Qais sendiri pinta nak makan butter crab walaupun tahu Laila tidak suka bau butter. Butter crab hasil tangan Laila memang superb! Pasti Laila tunggu dia tadi.
“Lai…” panggil Qais.
“I nak balik bilik. Gelas tu lepas habis minum. Letak je dekat singki. Esok pagi nanti I tolong basuhkan.” tukas Laila.
Thanks Qai sebab sedarlah I yang I memang dah kalah sebelum berjuang. Laila tidak mahu mendengar penjelasan suaminya lagi. Kalau dengar pun buat sakit hati saja.



“Jim cepatlah kita dah lambat ni.” bebel Laila. Langkah dibesarkan, pantang dia lambat datang dari klien.
“Alah Puan! Encik Mir tiada masalahlah kalau kita terlewat. Diakan syok dekat puan. Mustahillah dia marah.”
“Hish you ni! Jangan nak merepeklah. Cepat sikit langkah tu. terhegeh-hegeh.”
Jim hanya mampu geleng kepala. Sudah dua kali mereka berurusan dengan Encik Amir tu. Bukannya dia tidak tahu perasaan klien mereka tu pada bosnya. LAgipun mereka bukanlah lewat sangat pun. Ada lima minit lagi sebelum masa temujanji yang telah ditetapkan. Encik Amir tu yang mengada nak datang awal. Sajalah tu tidak sabar nak tengok muka cun bosnya.
Langkah Laila tiba-tiba menjadi perlahan sebaik saja terlihat suaminya yang sedang berbual dengan Encik Amir. Setiausaha suaminya pun turut bersama dua lelaki itu.
“Eh! Suami bos pun adalah.”
“Tengah bincang pasal kerja agaknya. Jomlah.” ajak Laila sambil mendekati kumpulan itu. Jim hanya ikut langkah bosnya.
“Assalamualaikum.”
Salam Laila dijawab serentak. Encik Amir terus berdiri menyambut kehadiran Laila. Rindu nak tatap muka Laila, sebab itulah dia beralasan nak buat temujanji hari ni. Kononnya nak tahu progress majlis hari jadi anak saudaranya. Kerusi kosong sebelahnya ditolak ke sedikit untuk menjemput Laila duduk disebelahnya.
“Tak apa Encik. Jim you duduk situ. I tarik kerusi lain.”
“Eh! Apa pula bos. You la duduk. You tu perempuan. Biar I je cari kerusi lain.” ujar Jim dan terus pergi tinggalkan kumpulan tu mencari kerusi kosong memandangkan tempat makan ni agak penuh sekarang ni.
‘Aduh budak ni tidak faham lagi maksud aku.’ bising Laila dalam hati. Dalam hati tidak sudi, dia ambil juga tempat sebelah Encik Amir.
 “Laila kenalkan ni rakan bisnes I untuk projek Tapah yang I cerita tu. Ni pula Suraya, setiausaha dan kekasih Qais.”
“Cik Laila ni adik angkat Abang Qais,kan? Maaflah hari tu… tak sempat nak tegur.” ramah Suraya menegur Laila.
Really?” tanya Amir tidak percaya.
Laila tersenyum sinis. Pandangannya dan Qais bertaut. Adik angkat? “Betullah tu.” Maknanya orang ofis masih ingatkan Encik bos ni bujanglah ye?
“You nak kahwin ke Mir?” Qais cuba ubah topik. Mungkin Amir kenal Laila memandangkan isterinya tu seorang perunding majlis.
Amir tergelak kecil. “Kalau nak kahwin, I kenalah tunggu orang sebelah ni. I sanggup tunggu dia sampai bila-bila.”
Air muka Qais terus berubah. Laila yang tenang di sebelah Amir dipandang.
“Wah! Sweetnya Encik Amir.” puji Suraya.
Sakit telinga pula Laila dengan sikap manja kebudak-budakkan Suraya tu. Nampak sangat mudanya dari mereka bertiga. “Jangan nak mengarut Encik Amir. You tahu I dah kahwin.”
Suraya terus terdiam. Qais dipandangnya. Terkejut! Ingatkan Laila masih bujang lagi.
“You tak happy Lai. I boleh nampak air muka you. Lagipun kalau you jadi isteri I, I takkan abaikan you buat kerja siang malam. I tak sangka ada suami yang abaikan isteri sampaikan you sakit pun dia tak peduli.” bebel Amir. Dia masih tidak dapat lupakan keadaan Laila malam tu. Agaknya kalau dia terlewat, entah apa jadi pada Laila waktu tu.
“Cukuplah buat lawak Encik Amir. Jangan main-main. I berterima kasih dekat you malam tu. Tapi I ke sini untuk kerja.” dengus Laila. Amir lupa agaknya sekarang ni bukan mereka berdua sahaja berada di situ.
Qais dan Suraya pula hanya senyap saja mendengar.
“I tak main-main Lai. You tahu I cintakan you.”
Please Encik Amir. I’m married! Tak elok you cakap macam tu!” Laila mula bersuara tegas. Suaminya yang hanya senyap saja dari tadi dijeling tajam. Hati makin sakit bila Qais tidak ingin mengaku diri sebagai suaminya sekarang ni. Sekurang-kurangnya biarlah senyapkan mamat tidak sedar diri ni!
“Laila, I sayang you…”
Stop it Encik Amir! Sorry but our deal is off!” tukas Laila tegas.
“Lai…” panggil Amir yang cuba bangun untuk kejar Laila.
“Mir. Jangan kejar dia…”
Laila terus saja tinggalkan mereka. Dia dengar suara Qais halang Amir dari terus kejar tapi malas nak toleh belakang semula.
. I tahu dia tak happy dengan suaminya.”
‘Aku laki dialah bodoh!’ Qais ingin menjerit depan Amir yang suka hati label Laila tidak gembira kehidupannya.  Geram pula dengan Amir yang tidak faham bahasa ni. Sebelum dia mengaku diri sebagai suami Laila depan Suraya baik dia hantar Suraya balik dulu sebelum cari Laila.
“Suraya jom balik.” arah Qais.



Qais terus masuk bilik sebaik saja sampai ke rumah. Laila yang sedang sapu losyen dibadan didekati. Sejak kes butter crab hari tu, setiap hari Laila balik lewat. Kalau dulu Laila boleh lagi sambung kerja di rumah. Tapi sekarang ni Laila buat kerja di ofis saja dan balik lewat malam. Makin susah nak jumpa dan Laila sekarang ni. Dah jadi macam keadaan mereka berdua sebelum kahwin dulu. Duduk serumah tapi payah nak jumpa.
“Oh! Hai Qai.” tegur Laila dengan senyuman manis yang saja diukir.
“Laila, I…”
“Tak nak cakap pasal tadi.” pintas Laila.
“I tahu you marah.”
“Orang gila je yang tak marah Qai! I isteri you. Tapi orang lagi tahu kekasih you dari isteri sendiri. Wow! I nak tahu satu benda je… Memang satu ofis tahu you tak kahwin lagi ke?”
“Dia seorang saja yang tak tahu.”
Laila tersenyum sinis. Iyalah. Lupa juga waktu kahwin dulu memang mereka ada jemput orang ofis Qai datang ke majlis mereka. Waktu tu cik sekretari tu belum kerja dengan Qai lagi.
Bos punya skandal. Mana orang berani nak buka mulutkan? Laila geleng kepala. Tidak tahu nak cakap macam mana lagi. Masih Speechless bila tahu klien sendiri lagi kenal kekasih Qai berbanding isteri lelaki itu sendiri. Lepas tu boleh pula klien tu syok dengan si isteri bagai nak rak dan suami hanya tengok macam tu saja. Ikutkan mahu saja dia mengaku depan semua orang tadi. Biar si sekretari sendiri buka mata dia sebenarnya skandal dengan suami orang!
“Kalau bukan sebab I jaga maruah you Qai. I mengaku depan Encik Amir dan budak tu I ni sebenarnya isteri you. Tapi I fikir maruah you Qai. Kreadibiliti you boleh jatuh sebab you sendiri…”
“I cintakan dia Lai.”
Ya Allah! Remuk hati Laila dengar ucapan cinta yang dinantikan untuknya sebenarnya untuk perempuan lain.
Mana pergi janji you Qai?



Lepas kejadian hari tu, Laila kembali pada Laila yang asal sebab dia tahu sekarang ni dia perlu persiapkan diri untuk hidup bersendirian sekali lagi. 
“Lai…”
Laila angkat kepala saaat namanya diseru. Senyuman kecil dihadiahkan pada mertuanya.
“Sibuk?” tanya wanita itu.
Laila geleng kepala. Bukan sibuk ma tapi saja menyibuk diri. “Tiadalah ma. Boson pula. Tu yang belek dokumen.”
“Laila nangis?”
“Ma…”
“Sebab Qai? Laila dah lama tak nangis. Qai buat hal kan?”
“Tiadalah ma. Mana ada…”
“Tak payah nak backup suami kamu tu. Mama nampak dengan mata kepala sendiri dia dating tidak ingat dunia..” balas Datin Hajar. Sakit hatinya tengok sikap anaknya, selidik punya selidik. Rupa-rupanya anaknya ada affair dengan sekretari sendiri. Budak mentah pula tu!
“Kita kahwinkan Qai mana?” cadang Laila tiba-tiba.
“Lai! Mana ada isteri yang tahan hati bermadu sayang…”
Laila menunduk. “Err… Lai sanggup tarik diri ma.”
“Astaghfirullah. Kenapa jadi macam ni Lai?” rintih Datin Hajar. Tidak sangka perkahwinanan anak dan menantunya sampai nak bercerai berai macam ni.
“Mungkin perkahwinan kami dah sampai titik noktah ma.” tenang Laila menjawab. Sedih? Siapa tidak sedih tapi dia tiada kuasa hendak paksa Qais untuk cintakan dia sedangkan lelaki itu pun memang pasang niat nak kahwin budak tu. Gaya bercinta pun macam love till Jannah sangat. Dari pada terus makan hati baik dia tarik diri.
“Kan Qais dan Laila boleh usaha lagi?”
“Lai dah cuba berjalan ma. Tapi berjalan dengan sebelah kaki tidak semudah ma. Sampai satu tahap Lai rasa Lai memang dah jatuh teruk sebab penat berjalan sendiri. Ma… Lai sayang Qai. Jujur Lai terima Qai sebab suami sejak kami bernikah dulu ma.”
“Tapi apa Lai dapat ma? Lai mengaku mungkin silap Lai juga… Lai tak pandai nak ambil hati suami. Qai kata dia memang jatuh cinta pada budak tu. Laila tengok budak tu manja, innocent, comel-comel macam tu… Mesti Qai tak sedar selama ni rupanya macam tu taste Qai. Jauh berbeza dengan Lai ni.” Laila tergelak kecil sambil terangkan pasal Suraya si bakal penganti dirinya tu. Rasa diri failed betul jadi isteri Qais.
“Lai ni ma… Lai ni independent. Lai tak pandai nak manja-manja macam tu. Lai hidup macam ni sejak kecil. Lai kena kuat untuk jaga arwah abah dulu. Lai kena kuat untuk teruskan hidup Lai. Lai tak biasa jadi macam yang Qai nak ma…” luah Laila panjang lebar.
Laila kemudiannya cuba untuk lakar senyuman. Air mata macam nak pecah dah. Tapi ditahan supaya tidak nampak lemah depan mertuanya. Nanti bagus-bagus nak bercerai, mama paksa pula Qais berpisah dengan budak tu.
Tak naklah macam tu! Qais tu bukan main ego lagi, silap hari bulan mama dan papa pula bergaduh dengan Qais sebab mereka.  Laila tidak mahu keluarga ni pula bergaduh, sebab baginya keluarga tu penting. Terutamanya kasih sayang ibu bapa memandangkan dirinya yang tinggal seorang diri ni.
Datin Hajar ketap bibir. Walaupun Laila tersenyum tapi dia dapat baca luka dihati Laila. “Tak salah menangis Lai. Tak salah luahkan perasaan tu. Laila tak nampak lemah pun kalau menangis sebab ma tahu Laila seorang yang kuat.” ucapnya sambil mengusap pipi Laila lembut. Orang kata gadis sekuat ni perlukan lelaki yang berkarisma dan macam Qais, rupa-rupanya tidak semua macam tu. Contohnya pasangan anak dan menantunya ni.
Ketika pipi Laila diusap lembut dengan kata semangat dari mertuanya. Air mata terus tumpah setitik dua. Lama-kelamaan laju mengalir! Ya Allah! Laila sedar agak lama dia tidak tumpahkan air mata seteruk macam ni. Dulu ketika arwah ayah meninggal pun Laila tidaklah menangis seteruk ni sebab dia tahu dia sudah pun buat yang terbaik untuk jaga ayahnya, jika Allah ambil ayahnya semula pun dia redha.
Rindunya pada arwah ibu dan ayah! Dulu walaupun ibu meninggalkan ketika dia sekolah menengah, ayahlah tempat dia bermanja. Tapi sejak hidup sendiri, Laila kena jadi seorang yang kuat untuk terus hidup sampai dia tidak pandai nak bermanja dengan orang lain.
“Ma, Lai rindu arwah ibu ayah…” luah Laila dalam sendu.
Datin Hajar terus tarik Laila dalam pelukkan. Kesiannya anak ni! “Ingat Lai. Walaupun Laila dan Qais tiada jodoh panjang. Laila tetap anak ma.”



“Jujur dengan I Qai. You pernah terbabas dengan budak tu?”
“I tak pernah.”
“Tapi yang I nampak  di ofis masa hari jadi you tu.”
Qais menunduk. “Hari tu I mengaku I nyaris cium budak tu. I nyaris lost waktu tu…”
“Dia bertudung Qai. Jangan buat macam tu lagi. Unless you kahwin dengan dia…”
“Lai…” pintas Qais.
“Kahwinlah Qai. Kahwin dengan budak tu sebelum you lost lagi. Dia budak baik. I tak nak you kecewakan dia pula.”
“You tahu mama papa tidakkan benarkan.”
Laila tersenyum kecil. “I dah cakap dengan mama. Mama pun dah setuju. Tinggal tunggu papa saja lagi. Tapi I nak you kahwin dengan syarat…”
“I nak you ceraikan I.” sambung Laila lagi.
“Laila!” tegas suara Qais terkeluar. Mustahil dia ceraikan Laila!
“I tak nak hidup macam ni Qais. I sendiri tak betul. I tak nak you tambah dosa bila you tak berlaku adil. I boleh tolong you uruskan perkahwinan you dan budak tu…”
What do you think about our marriage Lai? Betul ke you nak bercerai?” tukas Qais. Air muka isterinya yang tenang itu dipandang seketika.
Laila angkat bahu. “I tiada masalah. Ikut suka you… tapi itulah. You kahwin dengan dia, you lepaskan I.”
Qais berdiam diri seketika. Susah hendak ‘masuk’ dengan Laila ni. Dari dulu sampai sekarang air muka tu payah hendak berubah. “Discuss Laila. I ajak you jumpa untuk berbincang bukan suka-suka. Itupun bukan senang nak jumpa you.”
Sejak kes hari tu, Laila semakin sibuk dengan kerja. Nak jumpa pun makin payah.
“You nak apa Qais? Serius I tiada masalah. Kalau sebab nak orang umpat I jadi janda. I tak kisah. Kalau pasal keluarga…”
Laila senyap seketika. “I tiada keluarga…” sambungnya perlahan.
So I tiada masalah untuk ni. Lepas beberapa tahun, senyaplah suara-suara yang cakap pasal ni.”
“Siapa kata you tiada ibu bapa Lai? Habis tu mama dan papa sangat dengan you selama ni bukan anggap sebagai anak sendiri ke?” potong Qais. Sejak arwah ayah Laila hidup lagi, mama dia dah ambil Laila sebagai anak angkat. Takkan Laila tidak sedar lagi betapa sayangnya mama pada Laila.
Laila hembus nafas perlahan. “Sebab tu I tanya you. You nak ke tak nak? I dah cakap dekat mama, I setuju you kahwin lain sebab I sayang mama dan papa Qai. I tak nak mama dan papa yang paksa you berpisah dengan budak tu dan you pun bergaduh dengan mereka. Jadi baik you lepaskan I dan kahwin dengan kekasih you tu.”
Hati batu! Label Qais. Tapi rasa diri pun mengaku sama juga dengan perangai Laila tu dua kali lima saja dengannya. Bercerai dengan Laila? Tapi jujur dia mengaku pengakuan Laila. Memang papa dan mama tidak akan benarkan dia duakan Laila. Dia tidak sanggup hendak berpisah dengan Suraya. Dan sekarang ni hanya Laila saja yang dapat tolong dia.
Sekarang ni Laila pula hanya nak dia kahwin lain selepas menceraikan isterinya ni. Tapi berpisah dengan Laila bukan dalam rancangannya. Rancangnya hanya bermadu, sebab Qais yakin dia mampu.
“Apa jadi dengan you lepas kita bercerai?”
 “Duh Qais. Soalan budak tadika tu you boleh fikir sebenarnya. Mestilah I akan terus hidup. You juga pernah cakap I patut hargai pengorbanan mama pada I. Syarikat siapa nak jaga kalau bukan I?” Anak mata Qais dibalas. Dengan penuh keyakinan Laila menjawab.
Qais berdiam diri seketika. Ketenangan Laila sedikit sebanyak menganggu dirinya. Susahnya nak masuk kepala hati Laila ni.
Do you love me Laila?”
Soalan Qais menyentak hati Laila. Dia tersenyum seketika.
“Pada mulanya I ingatkan ending kisah kita tidak sama dengan kisah Qais dan Laila dulu. Saling jatuh cinta satu sama lain walaupun tidak dapat bersama. Tapi tak sangka I jatuh cinta pada you lepas kita kahwin. Cuma itulah… cinta tu perlukan dua orang bukan saya seorang sahaja…”
“Mungkin ini versi kisah kita Qai. Jodoh Qai. Jodoh tu rahsia Allah. Nampaknya Qais dan Laila versi kita hanya berakhir sebagai adik beradik angkat sahaja.” luah Laila panjang lebar.
“Maafkan I Lai. I yang ajak you kahwin. Tapi…” Akhirnya Qais merendahkan egonya meminta maaf atas silap sendiri. Dulu bukan main lagi kata dia tidak mudah jatuh cinta dnegan orang lain. Tapi lepas kahwin Allah uji hati dia sampai tergolek-golek jatuh cinta dengan orang lain.
“You tak perlu minta maaf Qai. Macam yang I cakap tadi. Jodoh tu rahsia Allah. Kita sendiri tidak tahu jodoh kita tidak panjang. Kita sendiri tidak tahu hati tu jatuh dekat budak tu.”
Thanks Laila…” ucap Qais.
“Qai…” panggil Laila. Mereka berbalas pandangan seketika.
“Boleh I peluk you sekejap? Mungkin ini kali terakhir Qai. Lepas ni adik beradik angkat tak boleh peluk.” pinta Laila.
Qais mengangguk.
Tubuh lelaki itu dirangkul. “I love you Qai….” ucap Laila. Setitik dua air matanya mengalir.
I sebenarnya tidak sekuat seperti yang you fikir I selama ni Qai. Kalau I kuat, kenapa suami sendiri pun I tidak mampu pertahankan…



Pintu rumah dibuka. Tangan meraba mencari suis lampu. Bila lampu terpasang, Laila pandang sekeliling. Sunyi. Kosong tanpa peralatan seperti hatinya yang kosong tanpa suami.
“Kenapa you pindah rumah Lai?”
Laila toleh belakang sebaik saja dengan suara Qai. Matanya membulat melihat lelaki itu dekat dengannya.
“Macam mana you boleh tahu I di sini? Bukan you pergi outstation ke?” tanya Laila yang masih lagi terkejut.
Qais mendengus. Nampak sangat Laila cuba lari darinya. Ini bukan dalam rancangan mereka. Patutnya dia yang keluar dari rumah selepas kahwin seperti arahan mama. Bukan Laila!
“Kenapa you pindah rumah?!” Bukan main terkejut lagi bila tahu Laila pindah rumah semasa ketiadaannya. Mama dan papa pun boleh juga komplot sekali! Patutlah dia pelik kenapa tidak jumpa Laila, ingatkan wanita itu ke luar negeri atas urusan kerja.
“I rasa I tak patut tinggal situ lagi… I bukan isteri you lagi.” Lagipun tidak mahulah terserempak keakraban suami sendiri dengan bakal isteri baru bila satu rumah nanti.
Mata Qais menyorot ke dalam rumah ketika Laila tengah bersuara. Bila tersedar satu perkara, tubuh Laila depannya ditolak tepi. Kaki melangkah masuk ke dalam ruang tamu. Qais pejam mata seketika sebelum bersuara. “Kenapa rumah ni kosoong?” tanya.
Laila toleh memandang ruang tamu rumahnya. Sebab terlalu sibuk, dia tiada masa nak beli peralatan dan kemas rumah.
“Ruang tamu je kosong.” beritahunya.
Qais tidak percaya. Dia terus melangkah masuk membuat pemeriksaan.
“Qais baliklah. You mana boleh masuk rumah I.” bising mulut Laila membebel. Badan masih lagi penat tapi lelaki ni bukannya faham bahasa.
Dua bilik yang dibukan oleh oleh Qais kosong. Pintu bilik terakhir dibuka. Sebuah katil, satu almari dan meja yang dipenuhi dengan kertas-kertas kerja Laila. Bilik pun tidak bercat. Simple!
“Balik rumah mama! Pindah lepas rumah ni lengkap dengan peralatan” Cukuplah dia tengok dari pintu bilik saja.
“You lagi tinggal tiga hari nak kahwin Qai… Tiada bezanya. Baliklah Qai. I nak rehat. Tolonglah faham.” Laila tidak larat nak bergaduh sekarang ni. Fikirannya hanya mandi lepas tu tidur.  Lagipun sakit telingnya asyik kena sindir oleh keluarga datuk dan datin yang mula berkampung di rumah banglo keluarga itu untuk perkahwinan Qais. Kononnya sebab dia tidak pandai jaga suami, ada pula yang padankan mukanya kononnya balasan orang yang tamak macam dia. Astaghfirullah!
Sebab tu bila dia suarakan niatnya nak pindah rumah, papa dan mama langsung tidak bangkang. Papa dan mama pun sakit telinga dengar sindiran keluarga pada Laila. Malah papa yang bagi rumah ni untuk dia tinggal.
“Kita balik rumah jom.” ajak Qais lagi. Kini dia berlembut sikit.
“You baliklah. Boleh tak?!” tengking Laila. Dia mula hilang sabar. Kepalanya berdenyut sejak pagi tadi. Penat melayan kerenah orang kebelakanga ni tambah pula dia kena uruskan perkahwinan Qais lagi. Emosi semakin susah hendak kawal!
Qais akur. Wajah penat bekas isterinya dipandang. “Baiklah. You rehatlah.”
Usai mandi, Laila rebahkan badan pada katil. Telefonnya dicapai. Beberapa pesanan ringkas dibaca. Terdapat beberapa nombor yang turut menelefonnya, salah seorangnya ialah Qais sendiri. Sampai lima panggilan tidak berjawab dari lelaki itu.
Salam kak, Suraya ni. Esok free tak? Saya nak jumpa boleh? –Suraya.
Laila kerut dahi. Apa lagi Suraya nak jumpa. Setahunya persiapan perkahwinan Suraya dan Qais tiada masalah. Kalau Suraya ada pasti Qais pun ada. Malasnya! Lagi satu panas hati tengok sikap manja kebudak-budakkan Suraya tu!



“Saya nak minta maaf dekat Kak Laila. Saya baru tahu rupa-rupanya akak ni isteri abang Qais.” tutur Suraya sambil menunduk. Tidak sanggup nak pandang muka Laila sekarang ni.
Laila mengeluh kecil. Siapa pula buka cerita ni? Patutlah muka Suraya sembab saja hari ni. “Bekas isteri.”
Suraya menunduk lagi. Rasa diri teruk sangat. Ingatkan selama ni Qais bujang. Patutlah selama ni pekerja syarikat macam tidak suka dirinya. Ingatkan sebab dia kekasih Qais, rupa-rupanya sebab dia punca Qais bercerai dengan isterinya!
Patutlah bakal mertuanya macam tidak suka pada dia selama dia berkunjung ke rumah keluarga Qais. Waktu makan malam bersalam keluarga itu pun, hanya Laila saja selalu mendapat perhatian dari mama Qais. Waktu tu dia ingatkan Laila memang sayangkan Laila sebab anak angkat mama Qais. Rupanya sebab Laila bekas isteri Qais!
“Anggap je I dan Qais tiada jodoh. Lagipun you dan Qais pun dah nak kahwin. Itu yang penting. Tak payah fikir benda lain lagi.”
Lepas tu Laila terus tinggalkan Suraya. Malas dia nak pujuk hati budak tu. Hati sendiri pun tidak terpujuk apa lagi nak pujuk hati bakal isteri bekas suami sendiri! Pandai-pandailah Qais pujuk budak tu nanti.
Laila memandu balik ke rumah. Hari ni dia nak rehat secukupnya. Dia perlu kumpul kekuatan untuk menghadiri majlis pernikahan Qais dua hari lagi. Dia pusing stereng untuk masuk ke simpang kawasan perumahannya. Tapi entah macam mana silapnya Laila tidak perasan ada sebuah Mazda 4WD laju ke arahnya
Myvi milik Laila terseret hingga ke tembok. Laila langsung tidak sedar diri selepas tu.



“Kenapa ma?” tanya Qais. Dari tadi lagi dia perhatikan mamanya yang tidak senang duduk.
Datin Hajar geleng kepala. Tapi mukanya masih lagi berkerut kerisauannya. Setiba suaminya ke beranda rumah. Datin Hajar terus mendapatkan suaminya.
“Macam mana bang? Jumpa tak?” tanyanya.
“Kenapa ni ma?” tanya Qais lagi. Tidak puas hati lagi dengan mama yang masih tidak menjawab soalannya.
“Tiada apa-apa. Kalau kamu dah bersiap. Panggil papa dan mama. Kita gerak terus ke rumah keluarga Suraya untuk majlis akad kamu.” arah Datuk Othman.
Qais mengangguk. Tapi entah kenapa hatinya dapat mengangguk sesuatu buruk berlaku.
Telefon Datuk Othman berbunyi. “Dapat apa-apa maklumat tak?” tanya Datuk Othman.
Qais hentikan langkah. Mungkin dia dapat jawapan pada persoalannya melalui panggilan tersebut. Dipandang pasangan mama dan papanya semula.
“Astaghfirullah. Dekat hospital mana?” tanya Datuk Othman.
“Macam mana bang? Jumpa Laila tak?”
“Awak pergi bersiap sekarang! Kita ke hospital. Laila kemalangan dua hari lepas. ”
“Ya Allah bang!” Laju air mata Datin Hajar mengalir.
Qais tergamam. Patutlah Laila tiba-tiba hilang. Setiap kali dia tanya pasal Laila, semua orang kata Laila sibuk. Dia pun tidak mahu tanya lebih-lebih, takut lukakan hati Laila dan Suraya lagi.



Laila terkejut dengan kehadiran keluarga Qais yang masuk ke dalam wadnya. Dilihat bekas suami yang segak berbaju melayu putih. Sisa dari air mata yang mengalir tadi dikesat. Rasa diri bertambah loser apatah lagi dengan keadaan dirinya sekarang ni.
“Kenapa tak bagitahu kami Laila kemalangan.” ujar Datin Hajar. Wajah pucat Laila diusap lembut. Kemudian tangan itu beralih mengusap tapak tangan kirinya. Anak mata Laila hanya menyorot pergerakan tangan Datin Hajar saja.
“Mama papa mesti sibukkan uruskan perkahwinan Qai. Laila tak nak kacaulah.”
Datin Hajar menangis lagi. Raut wajah bekas menantunya diusap lembut. Terdapat beberapa kesan calar diwajah cantik Laila. “Pasti sakitkan? Maafkan mama sebab tak jaga anak mama ni baik-baik.”
Terharu hati Laila mendengar rintihan wanita itu. Tangan kanannya terus merangkul tubuh Datin Hajar. “Maafkan Laila sebab buat mama susah hati.” pohonnya dengan air mata yang jatuh lagi membasahi pipi. Laila akui emosinya selalu saja kalah pada Datin Hajar. Dia mahu saja meraung sekuat hati meluahkan rasa sedihnya sekarang ni tapi kelibat Qais seolah menghalangnya dari terus nampak lemah.
“Lepas ni Laila balik tinggal dengan mama papa ya. Biar kami jaga kamu sampai sihat.” pujuk Datuk Othman.
Pelukan Datin Hajar dilepaskan. Laila menunduk semula. “Laila tak nak menyusahkan papa dan mama.”
“Laila tak pernah menyusahkan mama dan papa. Laila anak baik…” ucap Datin Hajar sambil mengenggam kedua tapak tangan Laila.
Mata ditutup seketika. Cuba merasa gengaman tangan wanita tersebut. Tiada.
Apabila matanya dibuka. Bulat mata Laila memandang Qais yang begitu dekat dengannya. Tangan kiri Laila diangkat tinggi.
“Qai kenapa ni?” tanya Datin Hajar yang terkejut dengan tingkah anaknya.
Laila hanya mampu berdiam diri. Tidak mampu tarik tangannya semula.
“Apa jadi dengan tangan you?” tanya Qai tegas. Dari tadi dia perasan tangan kiri itu langsung tidak bergerak walaupun berkali-kali ditarik oleh mamanya.
Laila menunduk. “Tangan kiri Laila dah tak berfungsi ma. Lai dah cacat.” tuturnya lemah. Air matanya mengalir lagi. Sedar dengan kekurangan diri! Hendak lap air mata pun tidak mampu! Sekarang ni dia hanya mampu bergantung seratus peratus pada tangan kanan yang masih berfungsi.
Nasib baik tidak cedera teruk sebab dia tarik tangan kirinya yang tersepit agar semapt keluar dari kereta yang sudah remuk. Habuannya, tangan kiri tidak berfungsi kini!
Tak apalah.  Patut bersyukur Allah masih bagi nyawa untuk dia terus hidup.
Datin Hajar yang baru perasan menerkup mulutnya! Datuk Othman terus bergegas keluar  mencari doktor yang merawat Laila.
Qais terdiam. Buat pertama kalinya dia melihat Laila selemah ni. Laila yang tidak pernah menangis depannya. Laila yang kini terlalu rapuh!



Lepas pujuk rayu Datin Hajar, Laila setuju kembali ke rumah tu. Itupun selepas beberapa jam punya sesi pujuk rayu! Sampai Qais pun naik bengang dan angkut dia macam angkat guni masuk dalam kereta.
“Lai…” teguran Qais menghilangkan segala lamunannya.
Qais dipandang hingga lelaki itu duduk sebelahnya. “Buat apa hari ni?”
Kepala digeleng. Hari ni dia hanya duduk termenung seperti hari-hari sebelum ni. Nak pegang barang pun asyik terjatuh. Mujur dia bukan kidal jadi nak menangis pun rasa tidak patut. Air mata pun dah tak sanggup keluar lagi.
“Esok rawatankan? Pergi dengan I. Rawatan you pukul 10.30. Pagi tu kita sarapan di luar dulu nak?” tanya Qais lagi bagi memancing minat Laila.
“Tak apalah. I boleh pergi sendiri.”
“Degil! I temankan. Full stop.”
“Tak elok orang pandangan Qai. Nanti apa pula orang kata, isteri you kata…” tak sanggup nak sambung ayat tu. Sedar dengan diri yang bukan lagi isteri sah Qai.
Sebenarnya Laila tiada hati hendak teruskan rawatan biarpun dia tahu ada harapan untuk dia sembuh semula. Doktor kata dia bukanlah lumpuh sepenuhnya. Tapi kenangkan Datuk Othman yang susah payah carikan pakar fiosioterapi untuk merawatnya. Laila ikut saja.
Qais mengeluh. “Kita rujuk semula Lai?”
Lamaran spontan Qais buat Laila berpaling. Lelaki itu dipandang lama. “Jangan buat hati saya luka lagi Qai. Tahu tak lamaran tu buatkan hati saya ni tambah sakit?”
Jujur Laila mengaku dia gembira bila Qais sanggup tarik sofa tepi biliknya semata-mata nak jaga dia setiap malam. Dia suka bila Qais huru hara dapatkan dia bila nampak Laila pegang barang. Dia suka bila Qais datang tegur dia setiap kali lelaki itu balik rumah. Argh! Losernya kau Laila! Dia label diri sendiri. Syok sendiri dengan layanan Qais padahal sekarang ni dia yang berdosa besar sebab masih simpan perasaan dengan suami orang.
“I tahu you masih cintakan I. Kita rujuk semula…”
“I tetap dengan keputusan I. You jaga hati you untuk untuk isteri you. I ni hanya mampu jadi adik angkat you sahaja.”
“I tak jadi kahwin. I masih Qais, bekas suami you. I bukan suami orang.”
Dahi Laila berkerut. Qais dipandang lama menanti sebarang jawapan dari lelaki itu. Macam mana pula boleh tidak jadi kahwin?
“Abang sulung Suraya bantah I kahwin dengan adiknya lepas tahu I ni duda yang baru saja bercerai sebab nak kahwin dengan Suraya. Dia kata tak nak adik dia jadi macam you. Maksud dia kalau I boleh buat macam ni dekat you, tidak mustahil I akan buat benda yang sama pada adik dia.” ujar Qais panjang lebar.
Nafas dalam ditarik. Terimbau situasi beberapa hari lepas. Selepas saja mendapat panggilan dari pembantu papanya berkaitan tentang Laila yang kemalangan. Kebetulan waktu tu jugak abang sulung Suraya datang menjengah rumah Qais. Bukan main mengamuk lagi lelaki tu bila tahu adiknya dan Qais punca rumah tangga Qais dan Laila retak. Walaupun waktu tu Qais sedar itu bukan salah Suraya tapi salahnya seorang.
Tapi sebab kepala Qais hanya fikirkan keadaan Laila yang berada di hospital. Dia redha dimarahi oleh abang Suraya tanpa fikir panjang. Senak juga perutnya kena tumbuk. Tapi dia tidak kisah, baginya dia hanya hendak ke hospital menjenguk keadaan Laila. Waktu tu barulah dia sedar betapa pentingnya Laila untuknya.
Macam-macam berada dalam kepala Qais waktu tu. Takut Laila cedera parah, takut Laila tinggalkannnya selama-lamanya!
 Bila Datuk Othman tanya sendiri pada Suraya. Suraya pun sebenarnya tidak sanggup hendak teruskan perkahwinan sebab itulah dia bagitahu abangnya tentang penceraian Qais dan Laila sebab Qais nak kahwin lain. Dia tidak mahu berbahagia atas perpisahan Qais dan Laila.
“I terukkan Lai?” tanya Qais.
“You teruk. Teruk gila!”
“You janji nak jaga I, tapi you lupa nak jaga hati you sendiri!” sambung Laila lagi. Air matanya mengalir lagi.
Laila tidak pasti sama ada dia menangis sebab gembira sama ada sebab Qais tidak jadi kahwin ataupun sebab kenangkan keadaan dia sendiri.
 “You yang ajak I kahwin tapi you biar I berjalan sendirian dalam perkahwinan kita.” luah Laila lagi.
Qais terdiam seketika. Dia memang terlupa perkara tu. Nafsu buat dia terlupa bahawa ada hati yang perlu dijaga dalam sebuah perkahwinan. Dia terleka dengan nafsu sendiri hingga abaikan Laila dalam perkahwinan. Terlalu ego untuk bersama Laila dalam menanam rasa cinta dalam hati masing-masing. Dia ingatkan jaga Laila saja sudah memandai rupa-rupanya dia silap! Silap besar hingga menghancurkan hati isterinya.
 “Maafkan I. I lambat sedar perasaan I pada you…. I cintakan you Laila. I tak sanggup kehilangan you.”
“You salah Qais. Itu bukan cinta tapi kesian. You kesiankan I yang cacat ni. You…”
“Salah Laila. I sedar sebelum tu lagi. Bila I tahu you kemalangan. Waktu tu I takut kehilangan you. I takut you tinggalkan I selama-lamanya Lai. I bersalah pada keluarga Suraya tapi I tak dapat lari dari kenyataan I bersyukur sebab tak jadi kahwin. I takut kata-kata abangnya jadi kenyataan. I takut I sedar sebenarnya I cintakan you lepas kahwin dengan Suraya… Lembabnya I kan?”
Air mata Qais turut tumpah seperti Laila. Dia tidak peduli dengan dirinya. Yang penting dia nak bersama Laila semula. Dia nak Laila jadi isterinya semula. Tidak sanggup lagi berpisah dengan Laila.
“You memang lembab Qai! Lepas I jadi macam ni baru you nak cintakan I. I dah tiada apa nak bagi dekat you Qai. I dah cacat. I bukan lagi Laila yang dulu. Laila yang dulu dah tiada. I hilang diri I… Hanya tinggal diri I yang tidak bermaya, I yang lemah!”
Qais melutut depan Laila. Kedua belah tangan Laila digengam kuat.
“Dulu tangan ni yang jaga I. Tangan ni yang belai I. Tangan ni yang sediakan keperluan I, makanan kegemaran I, yang selalu setia untuk I….”
Air mata Laila tumpah menyentuh tangan yang digengam oleh Qais. Dia tidak dapat mengawal tangisannya.
Qais tersenyum kecil. “Lepas ni izinkan I ganti tugas tangan ni. Biar I jaga tangan ni sampai dia mampu bergerak semula. Biar I urut dan belai tangan ni. Biar I ganti untuk sediakan keperluan you, makanan kegemaran you… Biar I kesat air mata di pipi ni untuk you.” Air mata di wajah pucat Laila dikesat lembut. Dulu muka ni mahal hendak tunjukkan sebarang ekspresi. Kerananya muka ni selalu saja menangis dan nampak tidak bermaya.
Laila masih lagi senyap. Hanya air matanya saja tidak henti mengalir dari terus menangis kenangkan dirinya.
Please Laila… tolonglah terima I semula. I cintakan you… Izinkan I jaga you semula.” rayu Qais lagi. Dia tidak akan pernah putus asa untuk terus pujuk Laila semula.
Laila tarik nafas dalam.
“Kalau… Kalau I terima you semula. I tak nak you janji macam dulu. Janji you akan jaga I… I nak you janji you akan jaga hati you juga. Jaga hati you untuk I.”
“I janji Laila. I janji untuk jaga hati kita. Hati you supaya tidak terluka lagi, hati I supaya tidak beralih lagi. I janji I takkan abaikan you lagi. Pengalaman buat I tersedar betapa pentingnya you dalam hidup I…” tutur Qais sambil menunduk cium tangan Laila. Basah tangan tersebut dengan air matnaya yang tidak henti-henti mengalir. Kesal dengan apa yang jadi dalam perkahwinan kerana salahnya sendiri.
‘Bodohnya kau sebab sia-siakan wanita sebaik dia, kau hancurkan dia sampai tidak dapat bangun semula Qais!’ Dirinya tidak pernah henti menyalahkan diri sendiri. Kerana dia Laila yang kuat dulu jadi rapuh sebegini.
“I nak you sentiasa bersama I. I nak you selalu jaga I, cintakan I dan hidup dengan I. Yang penting I nak you jaga hati you dan I. I nak you jadi kuat untuk bimbing I, jadi imam I dan setia dengan I yang cacat ni. Sebab I pun nak sentiasa bersama dengan you,  sebab I nak sembuh semula supaya dapat jaga dan hidup dengan you… Bolehkan Qais? ” ucap Laila tenang.
Laju kepala Qais mengangguk. “Alhamdulillah! Alhamdulillah! Terima kasih sayang… terima kasih!” ucapnya gembira.
Wajah pucat Laila tersenyum kecil. Ya Allah! Semoga keputusanku kali ini tepat untuk terima dirinya. Laila sedar tidak dapat jamin janji Qais tapi dia boleh nampak betapa kesalnya Qais atas perbuatan lelaki itu dulu.
“Dah tangan ni dah boleh lepas kut...” Laila tarik semula tangan kanannya. Hanya tangan kiri saja yang tidak boleh bergerak dan masih dalam gengaman Qais.
Qais tersenyum kecil. “Abang akan pastikan abang pegang tak bagi lepas.”
Air muka Laila berubah. “Err… Abang?”
“Ya. Abang nak ajak sayang bercinta. Dulu sebelum dan selepas kahwin, kita tidak bercinta pun. Jadi panggil abang as your abang sayang. Langkah pertama dalam bercinta semula. Bolehkan?”
Perlahan Laila mengangguk. Malu! Iyalah. Dulu selamba saja panggil I dan you lepas kahwin. Sekarang nak berabang sayang pula.
“Langkah kedua. Tak sabar nak rasa your touch semula.”
Pap!
Bahu Qais ditepuk guna tangan kanannya. “Benda lain tak boleh fikir ke?”
Qais tergelak kecil. Suka tengok muka merah Laila menahan malu.
“Aik? Abang maksudkan tangan nilah. Sayang tu yang fikir lain.”
Makin merah muka Laila. Eee! Dah pandai nak usik eh! Tadi bukan main lagi menangis bagai nak rak. Tak jadi nak rujuk balik baru tahu! “Malas nak layan. Masuk dalam lagi bagus.”
Laila berdiri tinggalkan Qais yang tersenyum-senyum macam orang gila. Dahlah muka serabut!
Qais kejar langkah Laila dari belakang hingga masuk ke dalam rumah semula. “Sayang…” panggilnya.
Laila toleh belakang.
Love you!” ujarnya sambil kenyit mata.
Merah muka Laila. Tidak biasa lagi dengan ungkapan tu. Janggal pula rasanya.
“Apa kacau Laila macam tu Qais?!” tegur Datin Hajar. Pura-pura tidak tahu. Padahal bukan main lagi  dia dan Datuk Othman intai Laila dan Qais tadi. Seronok hati tuanya tengok Laila yang sanggup terima Qais semula. Lagipun Qais dah bincang semula dengan mereka berdua pasal nak pujuk Laila semula.
Mulanya Datin Hajar tidak mahu juga sebab tapi kenangkan dua hati yang saling cinta satu sama lain tu. Biarlah mereka rasa semula keindahan berumahtangga asalkan Qais tidak buat perangai lagi.
Qais tersengih-sengih. “Esok nak pergi uruskan proses daftar rujuk semula dekat pejabat agama ma…”
“Jaga elok-elok. Buat perangai lagi. Siap!” ugut Datin Hajar.
Laju kepala Qais menanggguk. Taubat dah! Tidak sanggup kehilangan Laila lagi. Dikerling Laila yang menunduk tu. Kenapalah baru sekarang dia perasan muka cun isterinya tu. Patutlah si Amir tu tangkap cinta dekat Laila walaupun tahu Laila tu isteri orang. Ingat pasal Amir.
Dua hari lepas, Qais ada jumpa lelaki itu untuk mesyuarat pasal projek. Waktu tu jugak dia bagitahu lelaki itu tentang hubungannya dengan Laila. Sekali lagi dia kena penumbuk Amir. Qais pun dengan rela hati biarkan diri kena tumbuk. Tapi mujur juga lelaki itu berjanji tidak akan kacau Laila lagi. Dia turut doakan agar Qais berjaya pujuk Laila semula.
“Pergilah dapur tu minum petang. Tadi mama dan papa dah minum. Lapar perut kami  tunggu kau orang bercengkerama tak habis-habis...”
Laila angguk dan bergerak ke dapur. Usai basuh tangan, dia ambil tempat di meja makan. Wanginya cucur udang mama!
Qais pun ikut langkah Laila dari tadi. Dia ambil tempat sebelah Laila. “Haip!” Tangan kanan Laila yang nak capai cucur udang atas meja ditepuk perlahan.
Berkerut muka Laila pandang Qais tidak puas hati.
Qais tersengih. “Meh! Abang suap.”
“Macam budak-budaklah. Tangan kanan ni boleh pakai lagi.”
“Kan nak bercinta? Dah simpan je tangan tu senyap-senyap. Guna tangan abang selagi larat ni. Nganga mulut tu. Cepat…”
Laila akur. Dia gigit cucur udang yang disua oleh Qais. Lepas tu dengan selamba Qais makan lebihan cucur yang telah digigit oleh Laila.
“Baru tambah rasa sedap.” tutur lelaki itu.
Laila tersenyum kecil. Suka tengok sisi Qais yang dia tidak pernah nampak ni.
“Lepas ni kita kongsi semuanya bersama ya?” tanya Qais romantis.
Laila angguk. Air matanya mengalir lagi. Tidak sangka dia diberi kesempatan untuk merasa cinta Qais.
“Sayang jangan nangis lagi. It’s hurt me a lot.” Air mata Laila dikesat.
I love you abang. I love you so much. Laila tak sangka akan dapat rasa semua ni lagi… Laila tak kisah kalau tak dapat rasa deria tangan ni lagi asalkan Laila dapat rasa cinta abang…” luah Laila lagi. Rasa macam mimpi sahaja. Dia tidak pernah sangka akan merasa cinta Qais!
“Abang pun cintakan Laila… Insya-Allah. Kita jangan berhenti berdoa dan usaha agar kekal dunia akhirat. Abang tak sanggup kehilangan sayang lagi.”
Laila mengaminkan dalam hati.
“Ini kisah Qais dan Laila versi kita sayang. Abang tidak akan berhenti berdoa agar dipanjang jodoh kita. Laila sanggupkan nak berjuang untuk kita? Kita kembalikan tangan Laila. Kita kembalikan diri Laila dan kita kembalikan cinta dan perkahwinan kan kita agar terus kekal dengan redha Allah. Sebab hanya Laila saja penguat untuk Qais.”
“Dan hanya Laila ini saja milik Qais.” sambung Qais lagi.
Sekali lagi Laila mengangguk. “Insya-Allah. Demi perkahwinan dan cinta kita.” ucapnya tulus.
Qais tersenyum. “Alhamdulilah. Terima kasih Laila abang…”
TAMAT
Join us : FB Group : Faz;s Captured Thought | FB Page : Nurfaz

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

9 comments:

  1. Sedih time laila luah rasa..akhirnya, bahagia milik laila..best²

    -imah

    ReplyDelete
  2. Best baru ada rasa kepuasan happy ending wlp qais buat hal tapi dia dah sedar syukur!

    ReplyDelete
  3. Best....
    akhirnya Qaish & Laila bersatu semula...

    ReplyDelete
  4. Knp rasa mcm heroin amatla lemah...mengiyakan pepatah d luar sana..wanita itu lemah...hmm laila dah tahu qais cintakan org lain n obviously qais not in love with laila n never be...kesian laila..cik writer buat watak laila amat pathetic...rasanya klu bukan sbb kemalangan..qais will marry suraya...sbb cacat qais nak rujuk semula..qais pujuk2 laila...laila setuju n percaya qais cintakan dia...seriously? Qais br realised cintakan laila...hmmm..i donno..but i find character heroin amat2 pathetic...diajak kawen mau...pastu diceraikan..pastu dirujuk pula..ayyarkk... and i hate qais...ptt kawenkan je dgn suraya..pastu laila move on..live a better life....tnjuk kt qais dia x lemah....anyway...good try missy writer....
    Next time nk baca heroin yg kuat ya..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa dia amat tegas, dn bijak, sekali kena terus beringat x macam perempuan kt luar sana . Tak nak cerai terus dgn perkahwinn sbb sayang . Then merana sorg sorg. Melalui penulisan ni manpak sgt perempuan tu kuat. Mampu hidup sendiri walaupon kena cerai n positif minded nk berjaya.

      Delete
  5. you did a good job...always fall in love with your work...

    ReplyDelete
  6. Actually, kalau ikutkan hati taknak baca. Setuju dengan comment yang atas tu, nampak heroi lemah sgt. Sakit hati gila baca... Tapi, tu la... percaya that u boleh tulis cerpen yang lagi best. Chaiyo!!!!

    ReplyDelete
  7. best sgt.ntah knp rasa sdh je dgn watak laila.

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)