Saturday, September 26, 2015

[CERPEN] : Jom kita Kahwin?


“Kau nak bawa baby?”
“Aah.” Yakin Lee menjawab. Mata masih memandang skrin Iphone. Sibuk susun jadual untuk percutian mereka nanti.
“Kalau kantoi?” Risau Don jika baby si Lee tu terkantoi nanti. Naya aje!
Lee senyap.
Dia pun risau juga sebenarnya. Mampus kalau terkantoi oleh mama.
“Takkan terkantoi punya.” Yakin juga Lee menjawab sekali lagi walaupun hati tidak seberapa nak yakin. Jawapannya tetap bulat. Tidak akan tukar lagi!
“Kalau mama kau tahu mampus kau Lee.” Hunter pula bersuara. Faham sangat dengan perangai ‘singa’ mama Fadhlee tu. Lebih-lebih lagi perkara berkaitan dengan baby.
“Eloklah tu. Cepat sikit kami kahwin.”
Serentak Don dan Hunter geleng kepala. Sebelum kahwin tu bebelan mama kau boleh bagi pecah gegendang telinga kami ni jugak! Kalau Lee seorang saja yang terkena tak apalah. Ini dengan mereka sekali kena habuan!
“Seriuslah Lee.”
“Aku seriuslah ni. Call Amri dan Jan. Aku dah tempah bilik.” arah Lee. Dua orang kawan itu sudah sedia maklum tentang rancangan dia.
“Habis tu Baby seorang saja perempuan?” tanya Don.
“Tidaklah. Mama bunuh aku kalau bawa baby seorang saja perempuan nanti.”
Tergelak Hunter dengar jawapan Lee.
“Dah tu?” Lagi nak angkut si baby kesayangan dia tu.
“Aku suruh budak dua tu bawa bini dia orang.”
Sampai ke situ sekali Lee nekad asalkan Bella aka baby tu ikut mereka bercuti.
Susah juga dengan kawan yang angau tapi tidak dapat dating selalu ni. Malas Don nak cakap lebih-lebih. Bukannya Lee nak dengar cakap mereka pun.
Telefon dipegangan Lee berbunyi mengeluarkan rakaman suara merdu Bella menyanyi lagu yang dicipta khas oleh gadis itu untuknya. Gambar kekasih hati terpampang pada skrin telefon.
“Assalamualaikum sayang!” jawab Lee. Kaki diangkat meninggalkan meja mereka.
Don pandang Hunter. “Aku tak dapat bayangkan kalau mama Lee tahu dia angkut baby pergi bercuti. Mahunya dengan kita sekali disula.”
“Entah budak ni. Macam tidak tahu mama dia tu macam mana.”
“Dulu suruh kahwin tak nak. Sibuk dengan shooting sana sini. Tak campur dengan meeting lagi. Sekarang baby menjauh baru nak melekat 24 jam.” bebel Don.
Ketika mama Lee suruh cepatkan tarikh perkahwinan Lee dan Bella. Lee tak nak sebab waktu tu tengah meningkat naik. Populariti mencanak-canak malah tengah sibuk ambil alih syarikat papanya.
Bila Bella sambung belajar baru sibuk nak kejar. Rindulah, Cintalah. Melebih-lebih!
Dari Bella mula belajar mula ambil master hingga ke PhD, sanggup terbang ke London sebab terlalu rindu tunang sendiri. Tidak reti nak hargai! Waktu depan mata, anggap macam tiada. Bila dah jauh, baru nak terhegeh-hegeh.
Gila talak! Itu yang dilabelkan oleh mereka sekawan pada Lee.
“Padan muka dia juga. Dulu suruh kahwin sebelum baby sambung belajar tak nak! Bila mama sendiri tetapkan supaya Bella habis belajar dulu baru sibuk tak nak berjauhan la bagai.”
“Bila baby tu habis PhD.”
“Setahu aku tahun depan. Itu yang dia balik sini sekejap aje.”
“Tidak lama lagilah tu. Lepas tu bolehlah hilang angau dia tu.”
Hunter angkat bahu. “Kalau si Bella tu tak nak kerja dah.”
Don pun terfikir benda yang sama. Belajar sampai PhD takkan nak simpan jadi bahan arkib sahaja. Tahulah belajar tinggi-tinggi sebab cita-cita nak jadi curator. Patutnya dia jadi kurator untuk jaga bahan di muzium bukan dia yang jadi bahan muzium.
Ah! Don pula makin konfius! Lantaklah Lee. Pandai-pandailah dia atur hidup sendiri. Yang penting dia jaga baby kesayangannya tu baik-baik.



“Sibuk ke?”
Lee geleng kepala. Wajah tak lekang dengan senyuman. rindu!
“Tadi lepak dengan diorang?” tanya Bella.
Lee angguk kepala. Faham ‘diorang’ yang dimaksudkan ialah kawan-kawannya.
“Maaflah kalau ganggu man’s day out.
Lee tergelak kuat. Selalu dengar girl’s day out saja. Tidak pernah pula dia dengar man’s day out.
Bella tersenyum puas hati. “Dengar pun suara. Tahulah artis. Mahal sangat suara tu.”
“Rindu baby.”
Erk! Dua perkataan yang terkeluar dari bibir Lee mampu buat Bella terkedu. Padahal Lee selalu ungkapkan kata rindu ketika dia di luar negara.
“Sayang…” panggil Lee.
“Bie.. baby…” Sekali lagi Lee memanggil. Senyap pula sayangnya ni. Tadi bukan main lagi nak dia keluarkan suara. Sekarang terbalik pula.
“Langkawi nanti jadi tak?” tanya Bella.
Confirm!
“Dah beritahu mama?”
Lee tersengih. “Don’t tell mama. Can you?
“Abang dah gila? Kalau kantoi? Ingatkan dah beritahu mama.”
Makin panjang sengihan Lee. Memang tidaklah dia nak cakap dengan mama pasal percutian ni. Haih! Tidak pasal-pasal dia dicop gila oleh tunang sendiri. Susah juga kalau tunang pro mama ni.
Please… I miss you! I miss our short vacay. Bolehlah…”
“Tu London abang. Bukan Malaysia. Kalau ada yang cam abang nanti? Marah mama tau. Tak nak Bella tanggung risiko.”
“Bolehlah… Abang dah sediakan semuanya. Hotel pun dah tempah.” suara Lee saja dilembutkan seromantik boleh. Sampai Bella pun naik seram.
Perlahan-lahan Bella mengangguk. Was-was nak sesetuju tapi kenangkan Lee telah sediakan semuanya. Bella jatuh kesian pula pada Lee kalau nak batalkan. Lagipun terdetik juga rasa terharu atas usaha Lee.
Makin lebar senyuman Lee. Gembira dengan persetujuan Bella walaupun muka tu nampak sangat tidak yakinnya.
“Buka dashboard tu. Abang belikan sesuatu untuk baby.”
Bella sekadar menurut arahan. Bibir tersenyum kecil. “Tahu je cara nak pujuk orang kan?” Paket bernama Hershey’s Kisses dikeluarkan.
“Abang nak?”
“Boleh juga.”
Bella buka paket Heshey’s Kisses. Sebiji coklat dikeluarkan lalu dibuka dan disua ke mulut Lee yang sedia ternganga.
“Hershey’s Kisses je?” tanya Lee ketika Bella suap ke mulutnya.
“Dah tu? Abang yang beli.”
“Bella’s kisses tiada ke?”
“Hish! Gatal!” jeling Bella.
Lee tergelak kecil. Suka tengok muka Bella yang merah setiap kali malu diusik olehnya. “Yalah siapalah kita ni. Tadi kena cop gila, sekarang gatal pula. Mentang-mentanglah dia bakal doctor of philoshopher kelulusan luar negara. Abang ni master je ada. Itupun dalam negara je pun.”
Bella mencebik-cebik je dengar ayat kesian tak laku tunangnya tu. Tidak terdetik pun rasa kesian. Bukannya dia tidak tahu. Dulu Lee dapat tawaran sambung luar negara. Lelaki itu sendiri yang tolak sebab tak nak jauh dengan mama dan dia. Lee tidak kisah langsung sambung dalam negara asalkan dapat jaga mama dan Bella depan mata. Sebab tu bila Lee nak jadi model dan pelakon, mama tidak larang minat lelaki itu.
 “Save that script for your next drama. Bella tak terkesan dengan drama muka kesian abang tu.”
“Tapi kalau drama romantik abang, Baby terkesan tak?” soal Lee romantis sambil dekatkan kepalanya ke arah Bella. Makin merah muka Bella diusik oleh tunangnnya.
“Abang ni. Suka usik Bella tau.”
Lee angau! Suka kacau Bella. Bella pun bukannya dapat balik lama pun. Balik cuti sekejap ni haruslah dia kacau lebih-lebih. Simpan untuk stok rindu setahun sebelum Bella habis belajar.
“Sayang…” panggil Lee.
Hurmm…
“Baby…”
“Ya abang.”
“Jom kita kahwin?”
Bella mengeluh kecil lepas dengar lamaran Lee. Bukan tidak sudi tapi dia tidak berani langgar perintah dan perjanjian Lee dan mama.
“Sayang tak sudi?” tanya Lee risau.
Kepala digeleng. “Bukan tak sudi bang. Tapi abang dah janji dengan mama.”
Lee pandang Bella sekilas. Rasa bersalah tiba-tiba datang.  Tangan diangkat mengusap kepala Bella yang cantik mengenakan selendang ungu. “Maafkan abang. Kesian baby.”
“Tak apalah bang. Mungkin ada hikmahnya. Yang penting kita sentiasa bersama dan saling percaya satu sama lain. Sabar sikit ya. Tinggal setahun saja lagi.” Lembut suara Bella memujuk. Entah berapa kali lamaran itu dari Lee sejak beberapa bulan Bella ambil master di London dulu. Tapi semuanya terpaksa ditolak kerana perjanjian dengan mama Lee.
Tipulah kalau kata Bella tdak sedih. Tapi tidak guna hendak bersedih dengan dugaan kecil.



“Okay?” tanya Hunter.
Bella mengangguk.
“Mana tunang kau ni baby?” bebel Jan. Suraya, isterinya mengusap belakang Bella yang masih terbongkok-bongkok sebab mabuk laut tadi. Isteri Am pun sekali bantu Bella yang sudah lembik.
Muka Bella pucat lesi. Tapi Lee pula menghilang entah ke mana sejak mereka turun dari feri tadi.
“Uwek!! Uwek!!” Bella mula muntah lagi. Anak tekak macam nak tercabut keluar. Geli tapi tidak tahan mual.
“Uwek!!”
Pandangan semua tiba-tiba beralih ke arah lai. Don terbongkok-bongkok mengeluarkan isi perut dia jugak.
“Wei kau apasal?” tanya Am. Pelik tengok Don yang ikut jejak Bella termuntah-muntah macam orang mengidam.
Hunter pula tergelak besar tengok muka pucat Don. “Kau orang lupa ke mama ni tak boleh tengok orang muntah. Dia pun terikut muntah sekali.”
Muka pucat Bella makin teruk. Kesian pula pada Don. Rasa bersalah bila tengok kondisi Don yang lebih kurang saja lembiknya dengan Bella. “Sorry Don.
It’s okay baby. Nanti aku tumbuk aje tunang kau.” Dalam penat mengeluarkan isi perut, Don sempat lagi buat lawak hambar.
Geleng kepala Am tengok gaya Don. “Wei Danial! Kata gangster sekolah. Tengok orang muntah pun dia boleh ikut muntah sekali. Don konon.”
Don jeling Am. “Diamlah mangkuk. Mana si sepet tu? Takkan jatuh laut kut?”
“Hoi mulut!” Lee yang baru sampai dengan segelas kopi starbuck mencelah.
“Kau dari mana doh. Kesian baby. Macam mayat berdiri dah aku tengok.” bebel Jan. kalau Lee lambat lagi memang mereka semua tinggalkan saja. Bawa baby yang makin teruk tu ke hospital atau klinik.
Lee tidak menjawab sebaliknya terus mendekati Bella. “Baby okay?”
Bella angguk walaupun rasa macam nak menangis sebaik saja dengar suara Lee.
“Minum ni. Bagi panas perut tu. Lepas tu makan ubat ni. Habis makan ubat makan muffin pula.” arah Lee. Lepas pastikan Bella bersama dengan geng mereka ketika turun dari feri tadi. Dia terus cari kedai belikan ubat dan minuman panas untuk Bella. Lee yang pesan pada Suraya tadi. Suruh tengokkan Bella kejap tapi terlupa beritahu sebab dia berlari keluar tadi sebab terlalu risau punya pasal.
Bella sambut gelas kopi saja. Tapi masih dibantu oleh Lee yang tolong pegangkan cawan tersebut. Panas. Takut tertumpah pula nanti. “Hati-hati.”
“Kau beli untuk baby je? Aku?”
Lee toleh pada Don.
“Kau kenapa boleh mabuk laut pula?” tanya Lee pada Don.
“Mamat ni bukan mabuk laut. Tapi mabuk orang mabuk. Kan dia tak boleh tengok orang muntah. Dia pun ikut termuntah juga.”
Lee geleng kepala. Dia terlupa pula perangai pelik Don tu. “Habis tu? Okay ke tak ni?”
“Duh! Mahu tercabut anak tekak aku.” keluh Don.
“Kita pergi makanlah. Tak elok biar perut baby dan Don kosong tu. Sayang tolong baby tu boleh.” Am bagi cadangan. Nanti mual mula hilang, gastrik pula datang menjengah.
Fida mengangguk. “Mari ikut Kak Fida.”
“Mari bagi aku kunci. Biar aku drive pula.”
Lee mengangguk. Kunci Toyota Hiace dihulurkan pada Hunter. Lee pun tidak sanggup hendak memandu sekarang ni. Rasa nak duduk sebelah Bella saja tak lepas-lepas.
Yang lain semua masuk ke dalam van tersebut. Toyota Hiace warna hitam itu milik Lee. Mereka sengaja guna kenderaan itu saja ke Langkawi. Senang nak gerak ramai-ramai. Baru bonding! Lagipun kenderaan tu selesa, banyak yang Lee telah ubah suai untuk kegunaan keluarga. Kalau jalan dengan member yang ramai macam ni pun senang nak tukar-tukar pemandu jika penat.



Petang tu mereka tidak banyak aktiviti. Bella duduk tepi tingkap sambil memandang permandangan sawah padi. Cantik dan tenang! “”
Pintu bilik Bella diketuk dari luar. Sebab dia seorang saja perempuan bujang. Bella menetap sendiri. Jan dan Am bilik masing-masing sebab sudah berkahwin. Hunter, Don dan Lee pula kongsi bilik sekali.
Selendang yang masih terletak atas katil ditarik lalu disarung menutup auratnya. Pintu dibuka.
Baby dah okay?” tanya Lee sebaik saja melihat wajah tunangnya.
Bella mengangguk.
“Larat tak kalau nak ronda pantai?”
“Boleh je. Bella pun tak dapat tidur.”
Lee tersenyum. “Jom.”
“Kejap. Bella pakai tudung elok-elok dulu.”
“Abang tunggu bawah.”
“Okay. Lima minit!” ujar Bella lalu tutup pintu bilik. Lee tersenyum. Dia turun ke bawah.
 Lee memandang permandangan sawah padi di kawasan Gemalai Village. Unik dan tenang! Bila dia cadangkan pada kawan-kawannya. Semua terus setuju dengan hotel pilihannya. Mujur juga bukan tengah cuti sekolah. Kalau tak susah sikit nak dapat hotel.
“Abang…” panggil Bella.
“Amboi baby. Tak sempat abang nak menghayati permandangan sawah.”
Bella tergelak kecil. “Nak pakai cantik-cantik ke?”
“Awak tu pakai macam mana pun tetap cantik.”
Cheesy.”
Thanks.”
“Eh! Poyo pula. Yang lain mana?”
Lee tergelak sebelum menjawab soalan Bella. “Semua dah jalan. Petang ni buat agenda masing-masing dulu. Esok kita naik kabel car, skywalk, ronda-ronda langkawi. Petang aktiviti laut. Malam bbq. Lusa shopping sampai lebam sebelum balik.”
Bella mengangguk. “Aktiviti petang ni nak buat apa?”
Jari tunjuk dua basikal yang terparkir. “Jom saing dengan abang.”
“Wah! Bestnya.”
Dalam bakul basikal terdapat air mineral, jajan, selendang pantai untuk Bella, topi dan kain alas. “Kita ronda-ronda pantai, lepas tu tengok sunset.”
Lee pakaikan topi pantai untuk Bella selepas itu dia pakai topi untuk diri sendiri. Dia malas nak pakai topi sebenarnya. Rimas tapi untuk mengelak diri dicam peminat. Lee pakai juga! Aviator dibiarkan tersangkut di kolar baju.
“Abang…”
“Ya babe?”
Love you and thanks for everything.” ucap Bella ikhlas.
Lee tersenyum. Bella yang sedang mengayuh basikal menyainginya dipandang sekilas. “I love you too and welcome.”
“Bella terharu tau. Abang sanggup buat semua ni.” ujar Bella lagi. Bella sekadar angkut baju dan ikut saja. Semuanya perbelanjaannya ditanggung oleh Lee.
“Abang lagi terharu sebab baby sangup ikut abang ke sini tanpa pengetahuan mama.” tutur Lee lalu tergelak besar. Kalau mama tahu Bella bukannya kena marah, sebaliknya dia yang kena bertahan sekurangnya sebulan lebih dengar mama ungkit pasal percutian ni.
“Bella tak dapat bayangkan kalau mama tahu. Bernanah telinga tau.”
Lee sekadar tersengih. Kalau dia cakap lebih-lebih pasti Bella marahkan dia. Baik senyap saja. Bella pun kadang terjangkit juga dengan sikap membebel mamanya.
Mereka menyusuri satu persatu kedai tepi jalan sambil tolak basikal. Lee singgah belikan McFlurry untuk Bella tadi. Sebab tu mereka tidak kayuh basikal. McFlurry untuk dia? Biar Bella suapkan saja. Berjemaah! Petang ni agak panas juga, mujur juga berangin. Makan aiskrim sambil disuapkan oleh orang tersayang memang heaven.
Mereka ambil tempat tepi pantai yang agak tersorok sendiri. Kain alas yang dibawa oleh Lee dibentang. Jajan dan air mineral diletak dekat dengan mereka. Bella membelek gambar-gambar yang diambil oleh Lee. Selamba badak saja dia godek Iphone Lee. Lelaki itu banyak tangkap gambar guna Iphone walaupun Lee sangkut DSLR di leher.
“Kalau lepas habis belajar nanti. Baby nak jadi curator dekat mana?”
Bella pandang Lee disebelah. “Bella nak jadi curator di rumah abang boleh? Hari-hari jaga abang.”
“Maksud baby?” tanya Lee untuk dapatkan kepastian. Takkan Bella nak jadi suri rumah sepenuh masa kut? Lee memanglah suka kalau Bella sudi jadi suri rumah sepenuh masa untuknya tapi Lee juga tidak akan menghalang jika Bella nak bekerja.
“Abang  ialah insan yang sangat berharga untuk Bella. Jadi sebab itulah Bella nak jadi curator sepenuh masa untuk jaga insan yang sangat berharga untuk Bella ni.”
“Sejak bila mula belajar pickup line ni? Buat air mata abang nyaris-nyaris tumpah aje.” usik Lee sebab dia memang nak nangis dengar ayat Bella! Aduh parah. Cepatlah kahwin. Sayangnya pada Bella semakin bertambah setiap masa.
Sebenarnya Lee masih rasa bersalah pada Bella. Sebab sikapnya dulu, sampai sekarang mereka belum kahwin-kahwin. Dulu sibuk dengan kerjaya, sibuk nak jadi orang berjaya, sibuk nak kejar populariti sampai dia mengaku kadang kala Bella pun terabai. Lepas tu bila Bella dapat tawaran sambung belajar ke luar negara. Baru angau satu badan.
Bila keputusan Bella cantik. Mama suruh Bella sambung PhD terus. Alang-alang! Tapi Lee masih tak nak kahwin lagi walaupun selalu rindukan Bella ketika sambung master. Mama pun angin dan terus buat perjanjian.
Jangan kacau Bella sampai habis PhD.
Jangan kahwin selagi Bella tidak habis belajar.
Lee pula bulat-bulat setuju tanpa fikir panjang. Nah! Sekarang dia pula terkejar-kejarkan Bella. Padan muka diri sendiri. Bila dia lamar Bella, mama tunjuk surat perjanjian. tu. Kalau tidak patuh perjanjian Lee kena berhenti berlakon! Lee mana boleh berhenti berlakon. Berlakon dan modeling tu minat dia!



Bella gembira! Banyak tempat mereka pergi hari ni. Naik cable car antara benda yang paling best walaupun penat sikit berjalan untuk pergi skywalk tapi puas hati. Banyak gambar yang mereka tangkap sebagai kenangan. Siap pergi food hunting lagi lepas tu. Idea last minute oleh Hunter. Rasa nak pecah perut Bella makan saja dari tadi.
“Makan bagi habis tu baby.” tegur Lee bila lihat Bella yang sudah mula menguis-guis nasi.
“Baby. Badan kau tu kecil. Makan banyak-banyak.” pesan Hunter bila Bella tersandar kekenyangan. Padahal nasi dialah yang paling sikit.
“Kenyang.” jawab Bella. Dari tadi asyik makan saja kerja mereka.
“Nasi sikit tapi dah kenyang.” bising Don pula.
“Baby makanlah lagi. Ingat dekat London tu dapat makan selalu macam ni?” Jan lagi bersuara. Makan seciput aje. Dari kecil sampai ke besar makan seciput saja. Sebab tu saiz tak pandai nak membesar.
“Betul tu. Nasi atas pinggan tu ada lagi. Baby makan. Jangan membazir.” si Am stok bapak budak ni pun ikut sekali bebelkan Bella.
Air muka Bella sudah berubah. Muncung sikit. Kak Fida dipandang. Tergelak kecil wanita itu tengok muka kesian Bella yang ditegur oleh abang-abangnya. “Aww… kesian adik akak ni. Kena bebel.”
“Janganlah paksa baby kalau dah kenyang.” Suraya membela Bella.
“Apa pula kenyang. Sayang tengoklah badan dia tu. Kurus kering aje. ” Balas Jan yang duduk sebelah isterinya. Suraya hanya geleng kepala. Nasib Bella la sebab dapat stok abang-abang yang pantang nampak dia makan sikit.
“Sayang makan ya. Tak elok membazir. Tinggal sikit saja lagi tu. Petang nanti nak buat aktiviti mesti penat.” Lembut suara Lee memujuk Bella. Dia tahu Bella memang tidak kuat makan. Tapi sekurang-kurangnya habiskan yang atas pinggan tu. Jangan membazir.
Bella angguk lemah.
“Makan pelahan-lahan baby. Asalkan habis nasi atas pinggan tu.” pesan Don.
“Nanti kau datang klinik aku. Aku bagi vitamin untuk budak ni.” arah Amri agar Lee ke kliniknya nanti. Bagi Bella makan vitamin untuk naikkan selera makan. Kena ambil inisatif juga supaya si Bella makan. Ini duduk dengan keluarga pun makan sikit saja, agaknya entah berapa banyaklah kuantiti makanan Bella di London tu. Risau pula dia.
“Bekalkan banyak-banyak Am. Budak ni aku tengok makin lama makin kurus.” Jan sokong bila Am nak bagi Bella makan vitamin. Dia tidak suka tengok baby kesayangan mereka lima sekawan ni semakin kurus.
“Bagi nanti. Jangan pula baby liat nak makan.” tegur Hunter. Mata bagi amaran sebab tahu Bella ni kalau mula bekerja boleh tahan liat juga nak makan.
Antara mahu atau tidak Bella kena akur. Semuanya untuk kebaikanya juga sebab dia tahu Don, Hunter, Jan dan Am pun sayangkan dia. Lee dipandang. Tunangnya sekadar senyum padanya.
 ‘Sayang ikut saja cakap mereka.’ gerak bibir Lee dibaca.
Bella mengangguk setuju pada Lee. Ikut aje! Tak ikut nahas telinga dengar ceramah kesihatan pula nanti. Lebih-lebih lagi dari Doktor Amri.


Seriously Lee?
Semua pandang Lee dan Bella. Ini mesti kerja Lee. Muka Bella merah padam dipandang sedemikian.
Lee buat-buat tidak tau. Basikal diparkir ke tepi.
Couple shirts bro! Sejak bila kawan aku terlebih makan keju ni? Cheesy!” Jan menyoal. Yang lain mula tergelak lucu.
“Diamlah.”
Panas muka Bella. Malu! Tadi dia merayu-rayu tidak mahu pada Lee yang nak sangat pakai baju T untuk pasangan tu. Sampaikan orang kedai tu tersenyum-senyum dengan gelagat mereka berdua. Harap pekerja kedai itu tidak cam Lee yang pakai topi dan cermin mata aviatornya tu. Kenapalah fikiran tunang aku ni di luar alam sangat!
Aci tak kalau Bella nak tutup muka saja guna selendang pantai yang dililit pada pinggangnya. Lagipun dia pakai seluar slack sekarang ni.
Don geleng kepala. “Kami nak parasailing ni. Kau nak join sekali?”
Lee angguk. Dia sudah pesan  tadi. Kalau nak main parasailing jangan lupa panggil dia.
“Jom. Aku naik dengan baby.”
Muka Bella yang panas menahan malu tadi bertukar pucat. Sejuk macam tiada darah! Tunangnya dipandang. Aku salah dengar ke tadi?
“Naik dengan baby?!” Amri menyoal semula sebelum Bella sempat mengutarakan soalan yang sama. Semua terkejut dengan kenyataan Lee.
Amri pandang muka Bella. Pucat!



“Baby berani tak ni?” tanya Jan.
Muka pucat Bella dipandang. Jan geleng kepala. Sah tidak berani! Pandangan beralih kea rah Lee yang sedang pakai jaket keselamatan.
“Muka baby dah pucat ni. Kau yakin ke nak bawa dia naik atas?” tanya Don pada Lee.
Lee angkat kepala. Semua rakannya tunjuk muka tidak puas hati. Kemudian beralih pada Bella. “Kalau Bella tak naik. Boleh?” tanya Bella perlahan. Entah berapa kali dia pujuk Lee. Tapi tunangnya pujuk sampai dia pun angguk setuju. Hati masih tak nak naik!
Bella kerling lautan yang luas tu. Bulu romanya terus menegak. Kaki rasa macam tidak sentuh butiran pasir pantai. Rasa sejuk kaki Bella. Seram!
“Baby… tadi kata okay.”
“Takut.” Memanglah tadi okay sebab Lee pujuk sampai dia beralah.
“Abangkan ada…” pujuk Lee lembut. Jaket keselamatannya telah selamat terpasang ditubuh sasanya. Lee tolong kemaskan jaket keselamatan Bella pula. Tinggal mereka berdua saja belum naik. Tadi Jan dan Suraya naik berdua, kemudian Amri dan Fida. Lepas itu Hunter dan Don masing-masing naik sendiri.
“Baby ikut ya…” pujuk Lee lagi. Bella kena ikut juga! Dia tidak mahu rosakkan rancangannya bersama Bella.
Bella pandang laut. Kemudian pandang yang lain pula. Tolong! Bella tak nak! Mengharapkan bantuan hayat dari yang lain.
“Lee…”
“InsyaAllah tiada apa-apa. Jangan risau.” pangkah Lee sebelum Amri habiskan ayatnya.
Amri mengeluh. Bella dan Lee dipandang. “Hati-hati.” Itu sajalah yang Amri mampu pujuk Bella. Nasib engkaulah Bella. Dapat tunang keras kepala!
“Abang. Dah sedia?” Budak yang bertugas menyediakan peralatan untuk mereka menyoal.
Lee mengangguk. “Jom ikut abang.”
Air liur ditelan. Takut untuk terus melangkah tapi dia turut jugak melangkah mendekati Lee. Mereka beriringan ke tepi pantai. Kawan yang lain pun ikut dari belakang. Ingin menyaksikan Lee dan Bella.
“Sayang pegang ni.” Monopod Gropro diberikan pada Bella. Biar Bella yang pegang monopod tersebut.
Laju Bella geleng kepala. “Kalau jatuh?” Menangis tidak berlagulah dia kalau Gopro yang penuh dengan gambar-gambar mereka tu jika terjatuh dalam laut nanti.
“Jangan risau. Baby lilit tali ni ditangan. Lagipun Gopro ni waterproof.” Tali yang diikat hujung monopod dililit pada pergelangan Bella. Lee telah tetapkan setting rakaman video untuk mereka.
Bella dan Lee dipakaikan tali untuk persediaan. Lee yang sudah biasa dengan parasailing hanya bersikap biasa. Bella tahu persiapan yang dibuat. Dia pernah juga ikut paragliding dengan Lee dan yang lain. Prosedurnya lebih kurang saja. Tapi parasailing melibatkan laut sebab itu dia tidak pernah cuba. Bella cukup tidak berkenan dengan aktiviti-aktiviti melibatkan laut ni!
“Sayang sedia?”
Bella angguk. Rakaman video telah ditekan oleh Lee sejak mereka dipakaikan tali lagi sejak tadi. Hunter dan Don pula ditugaskan ambil gambar dari bawah. Seorang pakai Iphone, seorang lagi pakai DSLR.
“Satu! Dua! Tiga! Lari…” arah budak yang bertugas. Bot dari laut mula bergerak.
Bella dan Lee berlari ke arah laut. Sebaik saja kaki mereka tidak mencecah pasir. Bella tutup mata serapat yang mungkin. “Maa!!!”
“Sayang buka mata!” Tangan mengengam erat monopod dan tali. Tahu dia dan Gopro tu jatuh dalam air!
Bella geleng kepala.
“Baby!!”
Open your eyes…” arah Lee lagi.
Perlahan-lahan Bella buka mata. Pandangan terus nampak lautan yang luas di bawahnya. “Abang…” Air mata Bella mula menitik. Takut! Mata dipejam sekuat mungkin. Cepatlah sampai. Cepatlah sampai!
“Sayang… syshh! Jangan takut. I’m here. I won’t let you fall. Trust me. ”
“Tarik nafas. Hembus dan buka mata perlahan-lahan.” suara Lee bergema lagi. Nada suaranya masih lagi lembut memujuk.
Bella ikut arahan Lee. Nafas ditarik dalam, kemudian serentak dihembus sambil membuka matanya. “Subhanallah! Cantiknya.” Permandangan matahari yang mula terbenam menghiasi permandangan mereka.
Lee tersenyum puas hati. “That my girl!
Bella membalas pandangan Lee di sebelah. Sesekali pandangan jatuh ke bawah. Kakinya mula rasa sejuk balik. Bella tengok depan balik. Eee!! Tak nak tengok bawah!
“Bella!” panggil Lee.
Bella pandang Lee disebelah. “Jom kita kahwin?” tanya Lee romantis.
“Jom kita kahwin. Abang nak jadi suami Bella. Abang nak jaga Bella selamanya. Abang nak bersama Bella selama-lamanya.”
Sebuah cincin ditunjuk dari gengaman tangan Lee.
Bella terkedu. Cincin tersebut dipandang seketika. “Abang…” tuturnya lantas memandang Lee.
“Kita kahwin. Sudi Bella terima cincin ni?” tanya Lee.
“Kahwin dengan Bella maksudnya…”
“Ya abang sanggup. Demi Bella. Sebab Bella segala-galanya buat abang. Dulu abang pernah buat keputusan yang salah. Dan sekarang abang yakin keputusan abang tepat.”
Air mata Bella mula menitis. Terharu! Kepala diangguk. Bella tidak sangka sejauh ini Lee sanggup berkorban untuk bersama dengannya.
Perasaan takut tadi bertukar terharu dan gembira. “Tangan kanan please…
“Erk? Kena lepas tali.” Tangan kiri Bella kawal monopod. Tangan kanan pula pegang tali. Sebenarnya tak pegang tali pun tetap selamat. Lee tu selamba saja tidak pegang tali sejak tadi. Okay aje. Okay Bella! Tenang… tenang…
Please… abangkan ada. Sayang jangan takut.”
Lee yang sedang memandangnya dari sebelah kanan itu dipandang. Air liur ditelan. Aduh tunang aku ni! Nak lamar tu buatlah cara orang normal! Ini dilamarnya tengah atas langit bawah laut ni. Kalau cincin tu jatuh. Naya aje!
Dilepas pegangan pada tali. Jari Bella disua depan Lee. Tanpa tunggu lama Lee terus sarung cincin ke jari Bella. Sebab itu dia suruh Bella pegang monopod. Dia nak sarung cincin!
Thanks Bella. I love you!” ucap Lee sebaik saja cincin tersarung.
Welcome and please don’t force me to do this anymore.”
Lee tertawa lucu. Iya cukuplah sekali ni saja dia lamar atas ni. Kesian juga Bella yang sampai menangis-nangis tadi. Trauma dan gayat dengan air tu memang sinonim dengan baby kesayangannya ni. Tapi kena pula lamar atas laut dan langit ni.
 “I love you Bella!!” jerit Lee sekuat hati!
Bella tersenyum mendengar luahan Lee. “Thanks for your love abang! I love you so much!” balasnya.
Mereka sama-sama menghayati permandangan dari matahari terbenam. Bella masih juga dengan gayatnya walaupun gembira bagai nak rak sebab dilamar atas tu.



“Aku dah lamar baby. We’re getting married.” umum Lee.
Semua terhenti makan. Terkejut dengar pengumaman dari Lee. “Mama kau?” tanya Don.
“Perjanjian tu akan batal.”
“Maksudnya kau…”
“Iya. Aku akan berhenti berlakon dan modeling.” beritahu Lee yakin. Bella dipandang untuk mendapatkan keberanian. Itulah perjanjian dia dan mama. Jika dia langgar perjanjian itu untuk mengahwini Bella ketika tunangnya masih belajar. Lee kena bertanggungjawab. Lee kena berhenti berlakon dan modeling dan fokus pada kerja-kerja di pejabat sahaja.
Lee sudah fikir panjang pasal ni. Dia yakin dengan apa yang dia buat. Dia pilih Bella dari minatnya.
“Kau dah fikir panjang? Modeling dan berlakon ni minat kau?”
Kepala diangguk. Yakin. “It’s time. Aku sudah lama fikir pasal ni.” Lee tahu dia boleh saja tunggu setahun lagi sebelum Bella habis belajar. Tapi dia sudah rancang untuk teruskan juga. Dia nak berkahwin dengan Bella sebelum Bella pulang semula ke London. Dia telah uruskan semua perkara untuk majlis pernikahan mereka. Tinggal tunggu persetujuan Bella dan keluarga mereka saja.
“Kalau itu keputusan kau. Aku sokong apa yang terbaik untuk kau dan Bella.” tutur Jan.
Hunter mengangguk. “Betul tu. Mungkin betul juga apa yang kau cakap. It’s time for you and Bella. Lagipun tahap angau kau tu dah kronik.”
Lee tergelak. Betullah tu. Tahap angau dia pada Bella memang tahap kronik. “Lagipun lepas ni senang sikit kerja aku bila pergi jenguk dia di sana. Tak payah sewa hotel lagi. Kan sayang…” usiknya pada Bella.
“Duh! Tercemar otak baby kesayangan aku.” bebel Amri. Muka Bella jangan tanya memang panas diusik macam tu. Yiee! Suka buat orang malu.
“Sah! Mamat ni memang jatuh kategori wajib kahwin.” ujar Don pula.
“Eh! Baby lepas ni sila jauh sikit dari Lee. Bahaya penyakit gatal tunang kau ni.”
“Baby! Nanti jangan lupa minta ubat gatal-gatal dari aku. Takut kau terjangkit.” usik Amri jugak.
“Kak Fida tengok abang Am ni. Bella pula yang kena.” adu Bella pada isteri Amri. Habislah dia kena bahan sekali malam ni.
Amri dan yang lain-lain langsung tidak takut dengan aduan Bella. Makin teruk kena bahan adalah! Lagi teruk dari mereka bahan Lee. Malah Lee sekali ikut port usik tunangnya sendiri.
Suraya dan Fida pun geleng kepala dengan budak-budak ni. Kesian juga Bella yang selalu jadi mangsa lima sekawan itu. Dulu mereka pernah juga salah faham dengan sikap over protective lelaki-lelaki ni pada Bella. Malah mereka yakin jika Hunter dan Don ada teman wanita pun pasti akan rasa perkara yang sama. Tapi lama-kelamaan mereka tidak kisah apabila mengetahui cerita disebalik Bella dan lima lelaki itu.



Lee, Hunter dan Don berlari ke arah kawan-kawannya yang bersama Bella. Terkejut dengan berita yang baru saja disampaikan oleh Jan melalui telefon tadi.
“Tengok!” Lee minta Ipad Jan.
Mukanya merah menahan marah sebaik saja terlihat gambarnya dan Bella yang sudah tersebar. Malah sampai jadi viral di laman sosial. Lee yakin itu bukan dari telefon kawan-kawannya. Mereka cukup berjaga-jaga agar tidak muatnaik gambar Bella dan Lee berdua selama ini.
“Aku rasa baik kau balik naik flight dengan Bella. Mama kau dah balik-balik telefon Bella sejak tadi.”
“Mama kata apa?” tanyanya pada Bella. Telefon Lee mati dan tengah dicas. Agaknya sebab itulah mama cari Bella.
“Mama suruh balik sekarang juga.” beritahu Bella.
Lee mengeluh kecil. Mereka memang nak balik. Tengah rehat lepas balik dari shopping tadi. Ingatkan tunggu petang sikit baru balik. Tiket feri untuk petang nanti pun sudah dibeli. Balik malam best sikit. Sejuk!
Kawan-kawannya dipandang. Mata Lee kemudiannya bertembung dengan Hunter. Hunter bersuara bila dapat agak apa yang Lee rasa.
“Jangan risau pasal kami. Kau baliklah dulu. Cek tiket kapal terbang dan selesaikan perkara ni.”
“Betul tu Lee. Kau jangan risau pasal kami. Macamlah kami ni budak kecil.”
Lee mengeluh. “Sorry guys. Aku dah rosakkan our vacation.” ucapnya. Serba salah! Sudahla dia yang rancang percutian ni. Mereka pun bukannya selalu dapat bercuti bersama selalu. Semuanya ada komitmen masing-masing.
“Tiada hal la. Kita memang nak balik pun hari ni kan…” pujuk Jan. Tahulah si Lee tu badan saja sasa tapi hati kecil! Orang senilah katakan…
“Kita balik ya bang…” Bella pula mula bersuara.
Lee mengangguk. “Jumpa kau orang dekat KL nanti.”
“Okay bro. Good luck.
Lee mengangguk.
“Kau orang pergi siapkan barang. Kami hantar ke airport.” beritahu Hunter pula. Mereka ke situ pakai Toyota Hiace Lee sahaja. Kenalah hantar merpati sejoli itu ke lapangan terbang.
“Betul tu. Sementara siap tu biar kami belikan tiket balik.” ujar Amri. Harap tiket kapal terbang balik untuk Lee dan Bella ada.
Bella dan Lee angguk serentak. Masing-masing ke bilik untuk kemas barang. Mujur juga bukan peek session. Tiket pun banyak kosong, mahal sikit tapi kena juga balik. Mama di rumah tu tinggal tunggu masa hendak meletup saja lagi.



“Kenapa pergi bercuti tak beritahu mama?” tanya Puan Lia. Anak sulungnya dipandang tajam.
“Baby?” tanyanya pada Bella yang menunduk saja dari tadi.
“Bukan salah baby ma. Lee yang pujuk baby ikut. Lagipun bukannya kami berdua saja. Yang lain pun ada sekali.”
“Macam mana cerita pasal kau orang berdua boleh tersebar?” tanya Puan Lia. Dalam gambar itu pula hanya ada Lee dan Bella saja.
Lee angkat bahu. Bukan dia sengaja pun. Mereka semua cukup berhati-hati jaga baby.
“Lee lupa amanat arwah mummy daddy pada Lee? Korang lupa permintaan arwah Yan?” tanya mama pada Lee. Korang yang dimaksudkan termasuklah Hunter, Don, Jan dan Am.
“Lee tak pernah lupa ma…”
“Habis tu kenapa bawa baby keluar di khalayak ramai? Lee tahu sini bukan London kan? Ramai kenal Lee di sini.”
Lee angguk.
“Ma… janganlah marah abang. Bella pun salah.” pujuk Bella. Lengan Puan Lia digosok lembut. Lembutkanlah hati bakal mak mertua aku ni! Kesian Lee. Ni kalau jumpa empat yang lain confirm yang lain tu pun terkena. Mungkin siap Kak Fida dan kak Sue pun terkena bebelan mama.
“Lee tahu ma. Lee sedar apa yang Lee buat. Tapi jujur Lee tak sangka orang boleh tuduh baby sampai macam tu sekali di laman sosial. Ma… Lee nak kahwin dengan baby. Baby pun dah setuju.”
Puan Lia mengeluh kecil. Sudah diagak anaknya akan buat keputusan untuk berkahwin dengan Bella sebab kes ni.
“Lee tahu apa yang mama fikir. Tapi Lee lamar baby sebelum cerita Lee dan Bella tersebar.”
“Lee ingat perjanjian Lee dan mama?” tanya Puan Lia bagi mendapatkan kepastian anaknya.
“Lee ingat ma. Lee akan berhenti berlakon dan modeling. Lee akan fokus dengan syarikat. Tapi Lee nak minta kebenaran mama untuk Lee habiskan show modeling minggu depan. Sebab Lee dah sign perjanjian.” Nasib baik Lee tidak terikat dengan kontrak pengambaraan drama sekarang ni. Hanya ada pertunjukan fesyen bersama Syed Ramadhani untuk fesyen jubah lelaki saja minggu hadapan.
Settle kan dulu perkara ni. Jangan terburu-buru. Nanti perkara lain pula timbul.”
Lee angguk. Setuju. Dia akan keluarkan kenyataan. Kenyataan bahawa Bella tu tunangnya dan segala cerita-cerita yang menjadi viral itu tidak benar.
“Baby pergilah rehat. Lee pun. Pergi bersihkan badan dan rehat. Makan malam nanti mama suruh Kak Wan panggil.”
Serentak Lee dan Bella mengangguk. Mereka bukan saja penat tubuh badan, mental dan jiwa pun ikut penat sekali.
“Baby…” panggil Lee ketika Bella berada depan pintu bilik gadis itu.
Sorry for everything.”
Bella geleng kepala. Tidak suka dengar ungkapan maaf dari Lee. “Thanks for everything. Abang sudah buat yang terbaik untuk Bella. Abang jaga Bella sebelum dan selepas Bella jadi anak yatim piatu.” ungkap Bella perlahan.
Rasa sedih menjengah. Rindu pada mummy dan daddy. Rindu pada abang Yan. Rindu pada keluarganya. Air mata Bella akhirnya menitis.
Lee mendekati Bella. Air mata gadis itu dikesat lembut. Rasa bersalah kerana buat Bella menangis. Pasti gadis itu rindukan arwah keluarganya. “Sysshh jangan nangis.”
Makin kuat tangisan Bella. “Bella rindu mummy daddy dan abang Yan.” luah Bella teresak-esak.
“Abang tahu…” Kepala Bella yang masih berselendang diusap lembut. Cuba untuk tenangkan Bella yang masih menangis. Nak peluk bagi reda tapi dosa yang mereka dapat! Akhirnya Lee hanya biarkan saja Bella menangis. Dia hanya setia berdiri depan gadis itu.


“Baby…”
Bella pandang Hunter.
Happy?” tanya lelaki itu
Bella angguk.
Then we all happy for you…” ungkap Jan.
Thanks guys…” ucap Bella. Terharu dengan jagaan dari semua jejaka yang berdiri depannya. Jejaka kacak yang sentiasa menjaganya dari dulu hingga sekarang.
“Kalau si sepet ni buat hal. Bagitahu kami. Tahulah kami belasah dia.” ugut Amri.
Bella tergelak. Lebih-lebih lagi bila Lee buat muka tidak puas hati. “Guys! Macamlah aku ni teruk sangat.”
“Memang pun. Sudahlah kerek, poyo, bajet handsome pulak tu!” Don menambah perisa. Terus laju tangan Lee ketuk kepala kawannya yang bajet gangster tu.
“Bila balik London?” tanya Amri.
Air muka Lee terus berubah. Tidak suka isteri yang baru dinikahi akan meninggalkan dia tidak lama lagi. “Insya-Allah dalam dua minggu lebih lagi.” beritahu Bella.
“Kesianlah orang tu.” Don mengusik lalu tergelak kuat.
“Apa guna kapal terbang?”
Jan geleng kepala. Tahulah apa rancangan gila lelaki tu. “Jangan cakap setiap bulan kau terbang jumpa bini kau.”
Lee tersenyum sendiri. Dia kenyit mata pada isteri disebelahnya. Memang itulah yang dia rancang. Pegangan Bella dieratkan.
“Gila!”
“Angau!”
Serentak Amri dan Don bersuara. Lee pula masih dengan muka tiada perasaan dia tu. Dia tahu kalau dia bersuara makin teruk kena bahan dari yang lain.
Bella terpandang mama yang mengamit mereka dua.  Genggaman Lee digoyang untuk tarik perhatian suaminya. “Hurm…
Terkedu sekejap Bella dengar suara romantis Lee.
“Mama panggil.” beritahunya.
Lee mengangguk. “Jom. Guys… Aku jumpa mama kejap.” beritahu Lee pada kawan-kawannya. Pandai-pandailah kawannya hidup! Bukan tidak biasa di rumahnya tu.
Majlis akad nikah mereka cukup meriah walaupun bersederhana sahaja. Dia bukannya ramai keluarga. Bella pula yatim piatu. Cukuplah buat yang wajiib. Tapi kena panggil wartawan semua tu jugak! Dia nak semua tahu Bella tu isterinya walaupun dia telah keluarkan kenyataan siapa Bella padanya.



“Mama terlalu sayangkan Lee yang sentiasa lebihkan mama dari segalanya. Mama cuma geram bila Lee tak nak kahwin dengan alasan tengah nak kukuhkan kerjaya dulu. Sebab itulah mama buat perjanjian tu agar sedarkan Lee, kasih sayang suami isteri tu lebih penting dari kerjaya.”
Lee teringatkan kata-kata mama pada dia dan Bella tadi. Sempat juga telinga mereka kena tadah mendengar ‘kuliah’ kahwin versi mama.
“Sebenarnya sudah lama mama tunggu Lee nak batalkan perjanjian dan sanggup korbankan kerjaya Lee sebagai pelakon dan model terkenal. Mama nak Lee belajar, keluarga jauh lebih penting dari kerjaya. Mama tak halang kalau Lee nak sambung terus jadi pelakon dan model pun. Mama nak anak mama gembira.”
Lee tersenyum. Patutnya dari dulu lagi dia batalkan perjanjian tu! Tidaklah penyakit angaunya semakin kritikal. Tapi rancanganya akan tetap diteruskan. Lee hendak utamakan kerjanya di syarikat arwah papa saja.
“Abang…” panggil Bella.
“Jauh termenung. Dah sampai London?”
Lee tergelak kecil. Pinggang isterinya dipaut. “Perli nampak.”
“Betul abang nak pergi London setiap bulan sampai Bella habis belajar?”
“Tak percaya?”
Bella geleng kepala. “Bukan tak percaya abang. Kalau dulu dua tiga bulan datang sekali. Lepas ni kalau tiap-tiap minggu pun datang Bella tidak rasa pelik. Tapi membazir bang.”
“Demi sayang. Abang tak kisah.” ubun-ubun isterinya dikucup. Wangi! Selama bertahun-tahun dia kenal Bella. Hari ini buat pertama kalinya dia lihat aurat Bella. Selama kenal dengan Bella, arwah Yan cukup jaga Bella sebaik mungkin. Sejak dia dan empat yang lain ambil tugas jaga Bella. Mereka akan pastikan Bella cukup jaga serba serbi seperti arwah Yan jaga Bella dulu. Malah mereka sudah berjanji pada Bella agar tidak akan sesekali buat Bella sedih.
Thanks sebab selalu lebihkan Bella dari sesiapa.”
Lee tersenyum. “Baby abang ni makin lama makin manja…”
Bella mencebik. Dulu dia berkeras, semua berkeras marah dia. Amri siap belikan gaun banyak-banyak supaya dia nampak lebih ‘keperempuaan’, Don dan Jan pula soal siasat dia kenapa tiba-tiba jadi kasar. Takut jika Bella dibuli sampai jadi macam tu. Hunter pula belikan buku-buku masakan, buku jahitan semua tu untuk Bella belajar.
“Dah semua manjakan Bella. Sampai besar panjang macam ni semua masih panggil Bella baby lagi…”
Tersenyum-senyum Lee dengan rungutan isterinya. Bella ditarik ke rangkulannya. Bella paling tidak puas hati dengan panggilan baby tu. Mula-mula dulu arwah Yan seorang saja panggil. Lepas arwah meninggal dan mereka semua dapat amanat jaga Bella. Mereka ikut arwah panggil Bella baby juga. Sampailah mereka terbiasa hingga sekarang.
“Dah sayang tu memang baby kami semua.”
Bella mengangguk. “Abang dan yang lain memang yang terbaik. Dan suami Bella pula yang terbaik dari mereka semua. Sebab tu Bella sayang abang lebih sikit.” ujarnya tersengih-sengih.
Bangga sekejap dengar pujian isterinya.
“Tahu tak sebab apa?” tanya Bella.
Lee geleng kepala.
“Sebab abang seorang saja yang selalu buat jantung Bella jatuh cinta berkali-kali pada abang. Tapi sebab abang juga ada penawar setiap kali jantung Bella jatuh tergolek-golek rindukan abang. Sebab itulah Bella pilih abang.” ucap Bella manja. Hidung mancung Lee dicuit. Suaminya hanya senyum saja dengar ucapannya.
“Nak tahu sebab apa abang pilih sayang?”
Bella angguk. Jarang mereka cakap dari hati ke hati soal cinta seperti sekarang.
“Sebab sayang seorang saja yang mampu buat abang jatuh cinta.” balas Lee. Ramai perempuan yang dia jumpa dan bekerja bersama. Tapi hanya Bella seorang ni saja yang mampu buat dia jatuh cinta.
“Terima kasih dan jangan lupa untuk terus mencintai Bella.”
“Insya-Allah.”
 ~Tamat~
 P/S : Rasa nak tahu apa amanat arwah Yan pada mereka? Rasa nak tahu cerita Lee dan Bella mula-mula jatuh cinta? Kalau rajin nanti faz buat sambungan cerita ni lagi untuk awak semua kay. sebab kalau nak letak dalam ni rasa macam panjang sangat pulak! Peace yawr! Bye and happy eid al adha people! Woot! Woot!
Faz selitkan nama Syed Ramadhani. Siapa baca cerpen raya hari tu mesti tau pasal cerita cinta pereka baju SR tu. hehe. klik gambar bawah ni kalau nak baca lagi.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

2 comments:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)