“Hari ni makanan apa you
bawakan untuk I?”
“Kuih biasa aje. Hari tu you
cakap nak makan bingka. Kebetulan depan rumah I ada gerai baru buka. I belilah.
Sekali beli kuih lain. I tak sempat nak masakkan makan untuk you. Sibuk sikit
dua tiga hari ni.” terang Nuha panjang lebar.
“Thanks Nuha.” ucap Wilson ikhlas.
Nuha tersenyum kecil. Lelaki
disebalik cermin itu dipandang.
“Welcome. I tak pasti dapat selalu dapat jumpa you lagi. Susahlah
nak cari kerja sekarang ni.”
“Dah you jawatan
tinggi-tinggi. Lagi nak letak jawatan. Tak faham I dengan you ni.” cebik lelaki
itu. Sudah empat tahun lebih dia tinggal di penjara tu. Bekas polis yang
tangkap dia juga yang selalu menjenguk dirinya.
Nuha tergelak kecil.
“Entahlah Wilson. I pun tak faham dengan diri I sendiri.”
Satu keluhan kecil berganti
dengan tawa tadi.
“Sebab kes I dulu tu ke?”
Nuha geleng kepala.
“I pasti sebab kes I dulu
tukan. Kalau bukan sebab tu pasti you tak letak jawatan you sekarang. Bos you
dah tahu ke? Sebab tu dia pecat you.” Semakin perlahan suara Wilson.
“Takdelah. I sendiri yang
letak jawatan.”
Mereka senyap seketika.
Dua-dua melayan perasaan masing-masing.
“Jangan risaulah Wilson. I
okay. You jangan nak risau. Cuma mungkin lepas ni susah nak datang jenguk you
lagi. I cuma susah cari kerja sekarang ni. Alaaa… kalau you keluar I boleh join jadi konco you pulak.” Gurau Nuha
di hujung ayatnya.
Wilson tergelak kecil. “You
pura-pura jadi GRO dulu tu. Boleh masuk resume la. You jadi GRO bakat ma.”
Nuha sambung tawa yang baru saja
nak berhenti. Teringat dia pernah menyamar semata-mata nak banteras geng Wilson
dulu. “Gila you. Tak pasal mak ayah I dalam kubur tu bangun kejar I.”
Seorang polis penjara datang
dekat memberitahu tempoh masa melawat sudah pun tamat. Gelak Wilson berkurangan.
“Sorry la liang moi. ” ucapnya sayu.
“It’s okaylah Wilson. You keluar nanti jangan lupa cari I.”
“You tak nak jumpa Aus ke? I
boleh minta tolong dia carikan kerja untuk you bila dia datang jenguk I nanti.
” tanya Wilson yang masih belum puas memujuk Nuha. Kesian gadis itu. Dia yakin
sangat Nuha letak jawatan kerana kesnya dulu.
“I tak pernah jumpa dia
sejak hari tu Wilson. Tak perlulah. I takut dia kena suspek polis lagi.
Cukuplah kita dua.” ujar Nuha perlahan.
“Kan betul you letak jawatan
sebab I.”
Nuha tersenyum kecil. “Tak
apalah. Lagipun bos I suruh letak jawatan sendiri bukan pecat I. Jadi kira kena
pecat bermaruahlah ni.” guraunya.
Geleng kepala Wilson dengan
perangai bekas polis ni. Sekali lagi pergaulan mereka terganggu dengan seorang
polis yang beritahu tempoh melawat Wilson telah tamat. “Dah habis masa Nuha. I really hope that you pergi jumpa
Aus. I yakin dia masih ingat you lagi. I hutang nyawa pada you dan sekarang you
pun dah letak jawatan gara-gara I.”
“I tolong you ikhlas.
Biarlah. You masuklah Wilson. Polis tu cemburu tengok you dengan I ni. I kan
bekas polis cun lagi cantik. Harus dia cemburu.”
Wilson tergelak kecil.
“Mesti dia ingat you ni bekas anak ayam I.” usiknya.
“Choi! Mulut.”
“Okaylah Nuha. I janji. Bila
I keluar nanti. I akan cari you. Bye
babe. Jaga diri you.”
“I will. Bye Wilson. ”
Nuha sekadar menghantar
lelaki itu dengan pandangan mata dan senyuman ikhlas buat bekas kongsi gelap
yang pernah ditangkap oleh tangannya sendiri. Dia pun hendak keluar. Banyak
benda dia perlu buat. Antaranya cari kerja baru!
Nuha berhentikan motor
kesayanganya apabila terlihat sebuah kereta tersadai tepi jalan. Helmet dibuka
lalu dibawa berjalan ke arah lelaki yang sedang tunduk memeriksa enjin kereta
mewah tersebut.
“Ada masalah ke?” tanya Nuha
pada lelaki berkemeja putih itu.
“Enjin problem. Tiba-tiba berasap….”
Nuha angguk. Dia ikut tunduk
lalu bantu memeriksa enjin kereta tersebut. “Wayar ni tercabut encik. Longgar
ni.” ujar Nuha sambil menunjuk wayar bateri kereta tersebut. Berapa lama tak
hantar pergi servis ni?
“Problem ni. You tahu baiki ke?” tanya pemuda tersebut pada Nuha.
“Senang je ni. Toolbox ada tak?”
Pemuda tersebut mengangguk. Toolbox yang tersadai atas tanah
ditunjuk. Laju saja langkah Nuha membantu lelaki tersebut. Topi atas kepala
dicabut sambil mengesat peluh yang mula menitik. Panas terik. Sementara dia
berusaha betulkan mana yang rosak, pemuda tadi ke belakang untuk beritahu
bosnya.
“Done!” tuturnya sendirian.
“Nuha?”
Nuha berpaling. “Babe!!” jeritnya kuat. Kaki laju
mendekati si lelaki.
“Betullah you? Nuha kan? My baby kan?”
Pertanyaan Wilson yang
mengundang kerutan di dahi pemuda tadi buat Nuha tergelak kuat.
“Baby you ni la siapa lagi? Bila you keluar ni? Janji nak cari I!
Nak merajuklah macam ni. ”
Wilson tergelak dengan
rengekan Nuha.
“Baru je enam bulan bebas. I
cari you merata kut. Tepi jalan ni jugak baru terjumpa. Thank God!”
“Hah cakap pasal tu. Kereta
ni dah okay.” beritahu Nuha.
“Wah liang moi. You memang baby I terbaik. Joe, tolong Nuha kemas
barang. Babe sekarang free tak? Keluar dating jom.”
Nuha tergelak senang hati.
Sudah lama dia tidak gembira sebegini. Laju kepala dia menangguk setuju.
“Bos. Kita ada mesyuarat
pukul 3 nanti.” beritahu Johan.
Wilson ketuk kepala. “Babe? you boleh tunggu ka? Kejap aje meeting tu. About one and half hour macam tu?”
“Boleh je. Nanti pukul tiga
I jumpa you semula.”
Nuha sendiri pun tiada benda
hendak buat sekarang ni. Ikut rancangan memang nak balik tidur saja tadi.
“Okay. You bagi nombor baru
you. I send location ofis I. Jumpa
dekat sana.”
Selepas bertukar nombor.
Wilson terus whatsapp lokasi pejabatnya. Dia tersenyum kecil sambil memandang
Nuha yang tinggalkan dia di situ. Berderau bunyi motor berkuasa tinggi yang
dipandu gadis itu meninggalkannya. Harap dia dapat balas budi gadis itu.
“Cun la baby bos…” puji Johan tersengih-sengih.
“Baby I. Haruslah cun. Jom. Nanti lambat pula. Aus tu pantang lambat
sikit. Dengan I pun nak berkira.” tutur Wilson pada pembantu peribadi merangkap
pemandunya itu.
“Single ke bos?”
“You berminat?” Wilson
tergelak besar.
“Pastikan you ada blackbelt dulu. Kalau ada pun entah
dapat ke tidak kalahkan baby I tu.”
sambung lelaki itu lagi. Aus yang dididik dengan pelbagai seni mempertahankan
diri pun pernah kalah dengan si cantik tu. Dalam hati mula merancang sesuatu
untuk bantu Nuha.
Johan tergelak kecil.
Sah-sah dia yang langsung tidak tahu apa-apa seni mempertahankan diri itu akan
kalah. Dia pun saja nak bergurau sebab hati kecilnya sudah dimiliki oleh cik
tunang.
Nuha diminta untuk menanti
di pejabat Wilson. Sudah hampir sepuluh minit dari menunggu. Dia berjalan ke
arah tingkap bilik. Bosan menunggu! Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap.
Memandang kesibukan kota raya.
“Papa, Aus…” Suara dari
pintu bilik itu terhenti saat terpandang Nuha yang turut mengalihkan pandangan
pada pintu yang dibuka.
Air liur pahit ditelan. Ah!
Sudah! Nuha nak jumpa Wilson. Bukan anak Wilson. Lelaki yang masih lagi kaku di
pintu itu dipandang.
“What are you doing here?” Okay! Tahulah Nuha bahawa Aus masih
marahkan dia melalui nada suara tegas yang keluar dari tubir lelaki itu.
“I nak jumpa Wilson.”
“Get out!!” tengking Aus.
Nuha ketap bibir. Dia
bukanlah penyabar sangat nak terima tengkingan dari lelaki itu. Tangan disilang
ke dada. “Siapa you nak arah I sesuka hati? Suka hati I la nak datang sini.”
Rahang Aus mula
bergerak-gerak menahan marah. Selepas beberapa tahun, akhirnya dia kembali
bertentang mata dengan wanita itu. Jauh berbeza penampilan Nuha dari dulu. Dulu
selalu saja pakai gaun ketat yang seksi. Sekarang jaket kulit dan seluar panjang
tapi masih nampak seksi di matanya. Ah! Mungkin ini penampilan gadis itu yang
sebenarnya. Nuha yang dia kenal dulu penipu besar!
“For your info, this is my company! Manalah tahu you terlupa ketika
siasat tentang I dan Wilson dulu.”
Okay yang ni dia memang
tidak tahu. Setahu Nuha syarikat ni milik keluarga Wilson dan si kerek ni
bekerja sebagai juruterbang. Nak menipu pun tak agak-agak! Mana mungkin seorang
juruterbang mengendali syarikat kontraktor.
“Sekarang I nak you keluar
sebelum I panggil security guard!”
Nuha mendengus. “Berlagak!”
gumamnya.
“Apa masalah you ni? I ada date dengan Wilson. Not you and for your info Wilson yang suruh I tunggu sini. Full stop.”
“Masalah I ialah you.
Keluar!!” jerkah Aus sekali lagi.
“Huh! I hate you.” bentak Nuha sebelum berjalan untuk keluar dari
pejabat Wilson. Malas nak buat drama. Suara mereka berdua yang memetir dari
tadi pun sudah cukup kuat didengari oleh pekerja-pekerja syarikat tu.
Lengan tangan Nuha ditarik
ketika melintasi Aus yang berdiri tepi pintu.
“Apa lagi?!”
“I rasa sampah tu you yang punya.” Muncung
mulut Aus menunjuk pada sampah yang dimaksudkan.
Tambah berapi Nuha apabila
helmetnya yang terletak elok atas meja kaca dipanggil sampah oleh Aus. Dia
merengus sebelum berpaling semula mengambil helmet miliknya.
Nuha menghentikan langkahnya
berhadapan dengan Aus. Pandangan Aus yang tidak lepas dari terus memandangnya
dibalas. Kepala Nuha didekatkan dengan telinga Aus. “I wonder… Dalam ni dah berubah ke belum?” bisiknya manja.
Senyuman senget yang terlalu
sinis di mata Aus buat dada yang sakit itu rasa nak meletup saja! “Get out!!” jerkahnya sekali lagi.
Nuha angkat bahu. Langkahnya
terhenti apabila dipanggil oleh Wilson yang bertembung dengannya berdekatan
dengan lift.
“Babe! Sorry lambat. Jom…” ajak lelaki yang sudah berusia itu.
“You ke mana wei?” tanya
Nuha. Nasib belum sempat angkat kaki keluar dari bangunan tersebut.
“I sambung bincang sikit
tadi. Ada hal nak urus. Alaa… babe releks la.” pujuk Wilson padahal dia sudah
tahu pejabat yang kecoh dengan suara Aus dan Nuha yang bertekak. Cepat saja
langkahnya diatur ke pejabat sebaik saja dimaklum oleh Johan.
“Releks apa ke bendanya. I
nyaris meletup aje tadi. Pasal anak you tu la.”
Wilson tergelak kecil. “Tak
payahlah fikir pasal dia. Jom… I dah lama tak dating dengan you. Rindu tau.”
Nuha mencebik. Lengan Wilson
yang disangkut ke pinggang dia paut. “I geram betul dengan anak you tu.”
Rungutnya ketika mereka menanti lift tiba. Hati masih lagi berasap kenangkan
jerkahan Aus padanya.
“Papa!”
Serentak Nuha dan Wilson
berpaling pada suara garau tersebut.
“Jadi betullah papa keluar
dengan perempuan ni lagi?”
Nuha mencebik dengar soalan
dari Aus. Dia gelar aku ‘perempuan’. Memang saja cari gaduh!
Wilson memandang Nuha
sekilas sebelum beralih pada anaknya. Satu anggukan diberikan sebagai jawapan
pada soalan anaknya. Nuha disebelah sudah tersenyum riang melihat muka bengang
Aus.
“Papa dah lupa ke apa
perempuan ni buat pada papa?!”’
“Aus. Itu hal lama. Lagipun…”
“No! Aus takkan lupa apa yang perempuan ni buat pada kita!”
“Hello dude!” Bertambah bengang Nuha dengan tuduhan-tuduhan Aus. Rasa
nak cepuk kepala lelaki itu dengan helmetnya.
“Nuha…” Wilson cuba
menghalang pergaduhan yang bakal tercetus.
“Kita bertiga keluar. Full stop!”
Nuha mencebik. Aus sudah
merengus kuat.
Awkward!
Hati Nuha menjerit kuat.
Lelaki yang sedang berpeluk tubuh depannya dipandang sekilas. Tidak seinci pun
pandangan Aus lepas dari terus memandang wajahnya. Pandangan kini beralih pada
Wilson yang duduk tengah antara mereka berdua.
Niat hendak berbual panjang
dengan Wilson sudah pun terbang sampai ke rumah. Mulut terkunci sahaja selepas
pelayan restoran meminta pesanan dari mereka bertiga.
“So, you kerja mana sekarang ni?” tanya Wilson yang cuba untuk ice
breaking antara anak dan kawan baiknya.
Nuha mengeluh kecil. I tiada
mood nak berbual Wilson! Mahu saja Nuha membentak sekuat hati. “Bodyguard.” jawabnya sepatah.
Aus tersenyum sinis. “Body…”
“Guard?” sambung Aus lagi. Dia tergelak kuat. Sinis!
Saat tu jugak darah Nuha
mula mendidih.
“Aus.” tegur Wilson.
Kening Aus saja diangkat. “What? Memang itu yang dia pakar, kan?”
perli lelaki itu lagi dan kali ni kesabaran Nuha memang melebihi takat didih!
Peduli apa dia kalau Aus ni anak kesayangan kawan baiknya tu.
Aus kemudiannya tergelak
kuat apabila rasa diri mencapai titik kemenangan. “Kenapa? Rasa nak pukul I?
Belasah I?”
“Kita jumpa lain kali lah. I
nak balik.” Nuha tarik helmetnya dan terus berdiri.
“Bye.” Sepatah ayat dari Aus seperti menghalaunya walaupun
mengetahui ayat Nuha tadi tu bukan untuk dia tapi papanya.
“Nuha. Babe please…” Wilson pula
memanggil kawan yang sudah lama tidak ditemui. Matanya memandang tajam pada si
anak yang tidak habis-habis memerli Nuha. Kalaulah Aus tahu apa yang Nuha
korbankan untuk Aus. Pasti anaknya tidak bersikap kurang ajar pada gadis itu.
Nuha geleng kepala. “Lain
kalilah. But make sure you tak bawa rejected item ni. Menyemak aje. Buat sakit mata!” Tangan yang sedang memegang
helmet tersebut dihala tepat muka kacak Aus. Kaki terus melangkah keluar dari
restoran mewah tersebut.
Aus yang kaku sejak helmet
nyaris-nyaris melekat depan mukanya tersentak apabila mendengar suara papanya
yang tergelak kuat.
“Rejected item?” usik Wilson yang masih lagi dengan sisa gelaknya.
Aus merengus. “Huh! Perempuan gila!”
“Salah tu. Perempuan yang
digilai.”
Wilson kembali tergelak
kecil melihat wajah anak lelakinya yang semakin keruh. Hati tuanya kuat dengan
firasat bahawa sesuatu pernah berlaku antara Aus dan Nuha. Sesuatu yang
berkaitan dengan hati!
Sebal dengan si bebal!
“Oh tuhan. Kuatkan keimanan
dan kesabaranku.” tuturnya bersendirian. Orang yang lalu lalang depannya
dipandang.
Nuha tutup matanya. Cuba
untuk sabarkan hatinya. Sudah sejam lebih dia menunggu si jejaka yang bebal dan
menyakitkan hati tu. Hendak mengadu pada Wilson, tapi lelaki itu kini berada di
Taiwan atas urusan kerja.
“Nah!”
Tangkas tangan Nuha
menyambut barang yang dilempar ke arahnya. Mata dicelik. Dia mendengus kuat.
“Tak reti nak bagi elok-elok ke?”
“Dengan you? It’s okay. Tak payah.”
Nuha mendengus. “Apasal
lambat? Your flight sepatutnya tiba
sejam yang lepas!”
“I pergi minum.”
Sekali lagi Nuha mendengus
malah lebih kuat dari tadi. Bengang! Bengang! Aku macam tunggul tunggu dia di
sini. Sesedap kepala lutut dia aje pergi minum!
“Jomlah! Balik.”
“Wait! Girlfriend I pergi
tandas. Tunggu dia.”
Nuha yang baru saja hendak
menapak pergi terhenti. Serabut! Badan dialih dari menghadap Aus. Semakin dia
mengelak dari makan hati bertembung dengan Aus, kena hadap pula mamat ni setiap
hari. Kalau bukan fikirkan sekarang ni semakin susah cari kerja. Sekarang juga
dia berhenti kerja! Eh! Salah bukan sekarang tapi ketika Aus datang syarikat
agensinya lagi.
Nuha pasti Aus saja cari
pasal dengannya. Lelaki itu nak dia jadi pengawal peribadi untuk lelaki itu!
Sekali lagi Nuha ulang bodyguard
kepala lelaki bernama Kapten Aus Rafael! Sebal sungguh hati Nuha! Bengkak!
Lagi buat dia bengkak bila
Aus tetapkan Nuha kena tinggal bersama di vila milik lelaki itu sepanjang
berkerja dibawahnya.
Kepala Nuha yang pening
diurut perlahan. Semalam dia tidak dapat tidur kenangkan kejadian yang bakal
dihadapi mulai hari ini. Hari ini Nuha akan mula menghadap Aus setiap hari
kecuali ketika lelaki itu terbang!
“You kenapa?”
Soalan dari Aus diabaikan.
Tidak kuasa Nuha hendak bazir suara untuk lelaki itu.
“Nuha?” Suara dari seorang
lelaki yang memanggilnya menarik perhatian Nuha.
Nuha angkat kepala.
Gulp!
“Err… Abang Mi. Eh! Bos.”
Razmi mendekati Nuha dengan
seorang lelaki yang cukup dikenalinya. Mata helang Razmi tidak beralih dari memerhati
pasangan itu.
“Nuha buat apa di sini?
Abang Mi cari Nuha merata. Kenapa menghilang.”
“Err… Nuha sibuk.” Nuha menunduk menekur lantai.
Aus yang tidak tahu hubungan
Nuha dengan lelaki bernama Razmi itu mencelah. Pelik pula dia tengok Nuha yang
senyap tu. Tiba-tiba jadi baik ni! Pelik aku! Kalau dengan aku bukan main lagi
menyinga.
“Hai. I Aus.” Tangan dihulur
salam perkenalan.
“Razmi.” Huluran salam Aus
dibalas. Tapi mata masih memandang Nuha tajam. Razmi mengeluh kecil.
“Nuha masih marahkan Abang Mi?”
Nuha geleng kepala. Masih
menunduk takut. Dia belum lagi bersedia untuk bertentang mata dengan Razmi. Aus
pula semakin geram dengan respon Nuha yang baik itu.
Cemburu ke Aus! Ah tiada
maknanya…
Tipulah! Dulu kau ada hati
pada Nuha.
Itu dulu! Sekarang aku benci
dia.
Aus sempat berbalah dalam
hati. Tapi kenapa hati sakit melihat Razmi dan Nuha. Kenapa Nuha tidak begitu
ketika bersama aku.
“Abang Mi tak tahu nak cakap
apa. Nuha kata Nuha tiada kaitan dengan dia. Tapi kenapa Nuha bersama dengan
dia sekarang?” tanya Razmi tanpa menyebut nama Aus.
Nuha yang faham maksud Razmi
itu mendongak. “Nuha tengah kerja Abang Mi.”
Razmi mengeluh. Telefon Nuha
ditangan gadis itu direntap. Nombornya didail.
Aus yang memandang tingkah
Razmi tu melopong. Eh! Suka hati mak nenek dia aje buat begitu. Nuha ni pun
satu! Kenapa tidak tumbuk macam dia belasah aku dulu? Menikus aje!
“Nanti Abang Mi telefon.
Jangan nak mengelak lagi.”
Pandangan beralih pada Aus.
“I minta diri dulu.” beritahunya sekadar berbahasa. Ikutkan hati dia nak tarik
Nuha bersamanya sekarang ni. Cemburunya masih berbaki lagi. Kerana lelaki ini
Nuha terseksa! Kerana lelaki ini Nuha sanggup letak jawatan dan kerana lelaki
ini Nuha semakin menjauhi darinya.
Nuha mengeluh kecil. Pelipis
mata diurut perlahan sebaik saja Razmi meninggalkan mereka.
“Siapa tu? Boyfriend?” tanya Aus.
Kepala digeleng. Tidak
perlulah Aus tahu siapa Razmi padanya. “I tunggu dalam kereta.” Langkah diatur
meninggalkan Aus tanpa jawapan. Nuha kusut! Sebelum kasut melekat di wajah
kacak lelaki itu baik dia bawak diri seketika.
Mata Nuha menjeling Aus
bersama dengan teman wanitanya melalui cermin kereta. Sakit telinga Nuha
mendengar rengekan gadis yang berkepit dengan Aus.Pandangan Nuha dan Aus
bertaut. Lelaki itu menghadiahkan senyuman sinis padanya.
Nuha tergelak kecil.
Pandangan dihalakan ke depan semula. Aus! Aus! Teknik lapuk!
Geram pula Aus dengan sikap
endah tak endah Nuha.
“You… Malam ni kita keluar dinner nak tak?” Suara manja Emilia
mengajak Aus sambil tangan memeluk erat lengan Aus. Badannya saja direbahkan di
bahu lelaki itu. Saja dia tunjuk manja terlebih. Sakit pula hati Emilia melihat
pengawal peribadi Aus yang cantik tu. Siapa lagi kalau bukan Si Nuha!
Sebenarnya Emilia cemburu
pada Nuha yang dapat selalu bersama lelaki sekacak Aus. Dia yang sudah lama
bertugas bersama Aus pun susah mendekati lelaki itu. Tapi entah bagaimana
penerbangan ini memberi pendekatan antara Aus dan dia. Emilia bukan main
gembira sakan lagi bila Aus semakin rapat dengannya.
Aus berfikir sejenak. Satu
senyuman dihadiahkan pada Emilia. Terpegun gadis itu seketika. Cair! Kacaknya
dia.
“Sure. Anything for you…”
“Tapi…”
“Tapi apa dia?”
“You bawa bodyguard you tu tak?” bisik Emilia tapi
masih mampu didengari oleh Nuha yang sedang memandu.
Aus tergelak kecil. “You
cemburu ke sayang? Tak payahlah you jauh lebih lembut dan manja dari perempuan
kasar macam tu. I pun tak lalu…”
Emilia pun ikut gelak macam
langsuir tercekik!
Hampagas punya lelaki! Nuha
tahan saja hati sambil tunjuk muka toya. Suara Aus yang mengejek dibiarkan
seperti angin kus-kus berlalu. Menyakitkan hati!
“Iya tak iya jugakkan. Tapi
I cemburu jugaklah. Dia selalu aje ada dengan you 24 jam. Diakan bodyguard dan driver you.” tanya Emilia si gedik.
Aus yang perkenalkan Nuha
sebagai bodyguard cum driver lelaki itu. Bernanah telinga Nuha
bila diperkenalkan sedemikian tadi. Siap suruh bukakan pintu untuk pasangan itu
lagi! Sebabkan anginnya tengah tak betul gara-gara Razmi tadi. Nuha malas nak
bertekak! Dia diamkan saja sambil menerima ejekkan Aus. Dia bukan driver!
“You tak payah risaulah.
Perempuan kasar macam tu. I nampak macam lelaki keding aje bukan perempuan.”
Mulut Aus masih lagi lancang mengejek Nuha apabila gadis itu sekadar berdiam
diri memandu. Walhal Aus saja tarik perhatian Nuha, nak juga tahu respon Nuha
yang dari tadi hanya senyap. Geram pula dia apabila Nuha tayang muka
Macam-Aku-Kisah-Sangat tu!
Sekali lagi gelak manja
gedik Emilia terdengar. Perasan diri lagi cantik dan hebat dari Nuha la tu!
Nuha buat dunno aje. Dari dia bazir air liur
bertekak baik lagi dia memandu dengan cermat. Perempuan tu tidak tahu lagi Aus
tu sebenarnya pernah jatuh cinta bagai nak rak dekat aku dulu! Sekarang ni Nuha
yakin satu perkara. Aus tu gatal merenyam jugak! Taste perempuan tak cukup kain juga yang dia suka. Nuha yang dia
suka dulu berpakaian tidak cukup kain juga walaupun bukan mengedik dengan Aus.
Dulu dia mengedik pada Wilson aje. Itupun sekadar penyamaran ketika bertugas!
“Sayang you!”
Ketika Emilia dongak kepala
untuk cium pipi Aus.
Nuha tekan brek tiba-tiba.
Terpelanting si gedik tu
mengena belakang kerusi Nuha. Padan muka!
Aus tercengang seketika. Dia
tidak apa-apa sebab badannya seimbang dan menyandar kerusi. Tidak sempat nak
tarik Emilia yang sudah pun tercium belakang kerusi pemandu tu.
Nuha masih lagi dengan muka
kering tiada perasan. Lampu isyarat merah! Lagipun bukan salah Nuha bila brek
macam tu sebab Nuha bawa Audi Aus laju. Si gedik tu yang gatal tak mahu pakai
tali pinggang keledar.
Nasib engkaulah Emilia!
Nuha stress!
“Wilson cepatlah balik!” jeritnya
sekuat hati. Lantaklah orang fikir apa. Dalam villa ni hanya ada pembantu rumah
Aus sahaja. Itupun kedua-duanya sudah masuk tidur sebab dua-duanya gantung
senduk bila tua mereka bagi arahan tak payah masak makan malam.
Aus?
Sibuk pergi dating dengan si
gedik tu!
Selepas kes cium kerusi kereta
Aus tu, Emilia menangis-nangis kesakitan macam kena tumbuk. Sekali Nuha bagi
penumbuk baru dia tahu erti sakit tu macam mana. Gedik aje lebih!
Sibuk? Call. -Nuha
Beberapa minit selepas
menghantar pesanan telefon Nuha berdering.
“Hello babe. How’s life?”
“Hell.”
Tergelak besar Wilson lepas
dengar jawapan Nuha.
“Tak sampai sehari pun beb.”
komen Wilson.
“Itulah pasal…”
Mengeluh Nuha mengenangkan
tempoh bertugasnya di bawah Aus. Dia tidak mahu. Berkali-kali dia tolak tapi
bosnya nak juga Nuha bila Aus tegaskan hanya Nuha saja. Disebabkan duit yang
Aus bayar tu masyuk, bos Nuha nak juga Nuha ambil job ni!
“Bertahanlah.”
“Dia nak balas dendam aje…”
Nuha mengadu lagi. Sekarang ni Wilson saja yang memahaminya. Mereka berdua pun
rapat dan selalu berkongsi cerita sejak dulu lagi.
“Bertahanlah.”
Sekali lagi ayat itu yang
terkeluar dari mulut Wilson. Dia pun tidak tahu nak cakap apa lagi.
Terang-terang anak saudaranya tu nak buli Nuha.
“I stress Wils.”
“Nuha janganlah macam ni babe.” Serba salah pula Wilson atas apa
yang dialami oleh kawan baiknya tu. Seorang anak saudara, seorang pula kawan
baik. Dia tidak mahu menyelebelahi sesiapa tapi harapnya biarlah Nuha dan Aus
berjodoh.
“Tadi Razmi telefon.”
Wilson senyap seketika. Otak
mula mencerna nama yang diutarakan oleh Nuha. Wilson tersentak! “Babe…”
“Dia… dia persoalkan lagi…
dia persoalkan lagi… hati I sakit Wils.” Nuha mula tersedu sedan. Rasa sakit
itu datang lagi! Selepas berbual dengan Razmi ditalian tadi. Kenangan lama mula
menerpa!
“Babe you nak I balik sekarang?”
Nuha geleng kepala walaupun
yakin Wilson tidak nampak. “I nak you dengar je.” Dia tidak mahu menyusahkan
Wilson. Lelaki itu sibuk dengar kerjanya di Taiwan. Cukuplah sekadar mengadah
telinga seperti biasa. Nuha bukan saja menganggap Wilson sebagai kawan malah
seperti seorang papa. Dia sendiri tidak pernah berkesempatan merasa kasih
sayang seorang ayah sejak kecil lagi.
“If you say so…”
“Tadi kami terserempak
dengan Abang Mi ketika di KLIA. Dia masih ingatkan I dengan Aus. Lepas tu dia
paksa minta nombor I...”
Nuha mengeluh kecil. Mula
mengumpul kekuatan diri. Tadi Abang Mi telefon. Dia soal macam-macam. Soalan
yang sama seperti dulu.”
“Dia cemburu tu babe… maksudnya dia masih cintakan you.”
“Tidak guna rasa cinta tanpa
kepercayaan.”
“Dia insecure. You harus faham Nuha. Memiliki tunang yang tidak pernah
mencintainya. I tak rasa Razmi salah untuk berfikiran macam tu.” Mengetahui
kisah lama Razmi dan Nuha, Wilson rasa dia patut menasihati Nuha juga.
“Tapi membuang I dari hidup
dia bukan cara yang baik juga Wils. Dia tahu I tiada sesiapa selain dia.”
Dah you pun tak nak cerita
hal sebenar pada Razmi. Ingin juga Wilson ‘basuh’ sikit otak kawannya tu tapi
kenangkan emosi Nuha agak down. Dia
tak nak cakap lebih-lebih. Dengar aje!
“Lepas putuskan pertunangan.
Dia suruh I letak jawatan seolah-olah tiada maaf untuk dia...”
“Putus tunang sebab kes tu?”
“Hrmm…”
Wilson sudah menganggak
pasal tu! Tapi kali ini dia dapat dengar pengakuan itu dari mulut Nuha juga
akhirnya.
“You dah tolong I senyapkan
soal Aus dari semua orang. You dah pernah mati seketika semata-mata selamatkan
Aus. Dan you juga letak jawatan sebab Aus. Razmi mestilah fikir you cintakan
Aus dan tidak salah untuk dia cemburu.”
“Ataupun you memang cintakan
Aus?” Wilson meneka.
Nuha senyap.
“My god Nuha!” Senyap Nuha memberi jawapan pasti pada Wilson.
“You patut beritahu Aus hal
sebenar supaya dia berhenti bencikan you.” sambung Wilson lagi.
“Janji dengan I. Jangan
beritahu dia pasal ni. Abang Mi pun. Biarlah semua ni kekal rahsia kita dua.”
“Nuha.”
“Janji pada I.”
Wilson mengeluh. “I janji
tapi…”
“Dia dah ada kekasih.
Biarlah semua ni berlalu macam tu. I tak nak kacau hubungan orang.” Lagipun dia
hina I tadi Wils. Dia hina I… Hati perempuan Nuha masih terjentik rasa kecewa kenangkan
ayat-ayat yang terkeluar semasa di kereta lelaki itu. Malah setiba di rumah
lelaki itu. Aus masih mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya.
“Razmi?”
“Biarlah Abang Mi dengan
kehidupannya. Dia akan berkahwin dengan pilihan mama.” Razmi sempat memberi
jemputan pada Nuha untuk hadir ke majlis pernikahan lelaki itu hujung bulan ni.
Doa Nuha agar bahagia mengiringi lelaki itu.
“Babe you terlalu terluka.” keluh Wilson.
Nuha tergelak kecil. “I
bahagia dengan hidup I.”
Mencebik Wilson dengar
jawapan poyo Nuha. Macamlah dia pekak tidak dengar bunyi esakan Nuha. Bahagia
apa benda kalau macam tu! Kerjaya hancur, nyawa pernah hampir melayang,
sekarang terpaksa tengok Razmi dan Aus dengan pasangan masing-masing!
“I tahu you marah dengan
keputusan I.”
“Tahu takpa.”
“Tapi I tetap nak berterima
kasih pada you sebab sudi wakafkan telinga dengar luahan I.”
“Tunggu I balik. Nanti I
bawa you release stress. Lagipu I ada
sesuatu nak beritahu kau orang. I tak sabar nak beritahu pada you dan Aus.”
“You ni cakap macam sesuatu
yang serius pula. Jangan kata you pun nak kahwin sudah. Jangan lupa girlfriend
susah mati you ni.” Nuha mencantas dengan gurauannya.
Kuat suara Wilson tergelak
besar. “Ado babe. Sakit perut I gelak
tengah malam buta ni.”
Nuha tersengih-sengih.
“Okay la babe. You pergi tidurlah. Esok you kena
kerja. Nanti bising pula bos you tu. Kalau dia membebel boleh bernanah telinga
you.” Selamba badak saja Wilson mengutuk anak saudaranya tu.
“Eleh! Macamlah I takut. Dia
pun tak balik-balik lagi. Okaylah. You pun mesti penat kerja seharian. Kena
tadah telinga dengar suara I pula tu.”
“Tahu tak apa. Kalau suara
tu merdu tak apa jugak. Hahaha!”
“Babe!” Bentak Nuha.
Wilson tergelak.
Talian dimatikan. Iphone
dimasukkan ke dalam poket. Nuha kembali merenung langit. Tangan memeluk
tubuhnya. Setitik dua air mata Nuha kembali mengalir.
“Sudah puas dating?”
Nuha mengalihkan pandangan
ke belakang. Aus yang berpeluk tubuh memandangnya tajam dipandang. Soalan
lelaki itu diabaikan. Nuha kembali pada padangan asalnya. Siapa yang keluar dating Kapten Aus? Aku kah atau kau?
“You berbual dengan siapa
tu? Mamat KLIA tu ka?”
Nuha menjeling Aus. Dia
bukan bodoh nak tanya siapa mamat KLIA yang dimaksudkan oleh lelaki itu. Suka
hati dia saja label Abang Mi macam tu! Nuha berkira-kira untuk tinggalkan Aus.
Soalan kedua dari lelaki itu sekali lagi dibiar sepi.
“Kenapa you suka seksa hati
I?” Aus bersuara lagi walaupun tidak dipedulikan oleh Nuha. Soalan yang lebih
kepada mempersoalkan diri sendiri.
Nuha bukan tidak faham
bahasa melayu tapi selagi boleh senyap. Biarlah dia senyap sahaja. Kaki diatur
meninggalkan Aus bersama dengan soalan-soalannya.
Pagi yang memenatkan. Bukan
sebab seksaan Aus yang awal pagi lagi buang tabiat bangunkan Nuha pergi
temankan lelaki itu berjogging. Tapi sebab semalaman Nuha tidak cukup tidur
gara-gara menangis. Dia geleng kepala saja bila Aus tanya kenapa muka dia
sembab pagi tadi.
Mujur juga Aus tidak ke
mana-mana hari ini. Lelaki itu sekadar berehat di rumah sahaja. Nuha pun
dapatlah rehatkan badan, kepalanya pun masih pening sebab banyak sangat
berfikir dan menangis.
“Apa dimenungkan tu Nuha?”
tanya Rahimah. Wanita berusia yang dipanggil sebagai mak oleh Aus itu merupakan
tukang masak Aus dan Wilson.
Nuha tunduk lalu geleng
kepala. Tangan menguis kek yang diberi oleh Rahimah tadi.
“Yang seorang termenung,
yang seorang lagi berkurung.” bebel Rahimah. Balik dari jogging tadi hingga
sekarang anak bekas arwah majikannya tu hanya berkurung dalam bilik.
Walaupun tidak sampai dua hari
mengenali Nuha. Rahimah yakin ada suatu yang berlaku antara Aus dan Nuha. Aus
seperti mencuri pandang Nuha, Nuha pula seolah-olah mengelak dari bertembung
Aus. Macam-macamlah budak sekarang ni!
“Kalau tiada apa-apa pergi
panggil bos Nuha tu makan tengah hari. Budak tu ada gastrik. Sarapan pagi tadi
pun minum Nescafe aje.” Rahimah memberi arahan yang buat Nuha lemah lutut. Muka
kesian ditayang tapi Rahimah buat tidak tahu saja.
“Pergilah. Aus tu makan nasi.
Tak makan orang pun.”
Nuha mengeluh kecil. “Nuha
naik panggil Aus.”
Rahimah menjeling Nuha yang
sudah menapak perlahan keluar dari dapur. Tadi Wilson ada telefon dia tanyakan
jadual Aus hari ni. Lelaki itu juga bertanya jika Nuha ada bersama. Pelik!
Wilson boleh saja tanya Aus terus tapi dia beritahu juga bahawa Aus tidak ke mana-mana
hari ini. Sekadar berehat di rumah. Begitu juga si pengawal peribadi yang cun
tu!
Nuha berhenti depan pintu
bilik Aus. Pintu bilik diketuk beberapa kali.
“Masuk!” Suara Aus dari
dalam bilik memberi arahan.
Nuha berjalan masuk ke bilik
Aus. Lelaki itu sedang membaca buku atas katil. Perkara yang paling menyakitkan
mata Nuha ialah lelaki tu tak pakai baju! Tidak senonoh betul!
“Mak Mah panggil turun
makan.” beritahu Nuha sambil memandang lantai.
“Hrmm… Nantilah I turun.” ujar lelaki itu. Mata masih lagi pandang
buku.
“Sekaranglah. Mak Mah kata
you ada gastrik.” Nuha malas nak bertekak dengan Aus, tapi kalau dia turun
seorang diri nanti pasti dibebel oleh Mak Mah. Wanita tua itu pasti suruh dia
naik semula untuk panggil Aus. Nuha bukanlah rajin sangat nak buat kerja dua
kali!
Aus melarikan pandangan ke
arah Nuha. Wajah cantik itu masih lagi sembab. Nuha pun nampak tidak bermaya
seperti biasa. Hati hendak tanya apa yang mengganggu fikiran gadis itu tapi ego
menguasai diri.
“I sakit nak mati pun you
apa kisah!”
Bengkak hati Nuha walaupun
tahu Aus sekadar memprovok. “Kalau I tak kisah. I dah lama biarkan you mati
bertahun dulu. Bukannya ‘bunuh diri’ untuk you.” gumam Nuha perlahan.
“You cakap apa?” tanya Aus.
Dia dengar walaupun suara Nuha perlahan. Tapi Aus langsung tidak faham maksud
ni.
Laju kepala Nuha mengeleng.
“Suka hati youlah. Nak mati pun ikut sukalah!”
Tempelak Nuha dan terus keluar dari bilik Aus.
Aus terkedu.
Nuha disebalik pintu
mengesat air mata.
Keluar dari bilik Aus. Nuha
masuk ke tandas dalam biliknya untuk cuci muka. Dia benci dirinya dalam dua
hari ni. Mudah sungguh sensitif! Sudah bertahun-tahun air mata tidak mengalir
di wajahnya. Bila mula menangis malam sejak semalam, umpama tangki pecah sampai
sekarang pun masih rasa hendak hendak menangis.
Nuha bertembung dengan Aus
di tangga. Satu keluhan dihembus. Kenapalah dia baru keluar bilik sekarang ni?
Sungguh Nuha tidak mahu bertembung dengan lelaki itu saat dia lemah dengan
emosi yang tidak menentu sejak semalam.
“Are you okay?”
Angguk.
Maksudnya tidak okay. Aus
yakin dengan tekaannya. Malas nak ganggu emosinya dan Nuha. Dia buka langkah
menuruni tangga diikuti oleh Nuha dari belakang.
“Babe!”
Nuha yang menunduk saja dari
tadi mengikut Aus mendongak sebaik saja dengar suara itu. “Wils…” Air mata meleleh
lagi. Terharu!
Wilson tersenyum. Aus dan
Nuha didekati. “Terharu?” tanya pada Nuha. Dikerling anak saudaranya yang
memandangnya pelik.
“Papa bukan patutnya balik
lusa ke?” tanya Aus. Tidak faham kenapa papanya bertanya sedemikian pada Nuha.
Setahu Aus penerbangan papanya dari Taiwan bukan hari ni.
“Papa
ada instinct baby papa sedang
mengalami kecelaruan emosi.” selamba Wilson menjawab dan fahamlah si Aus sebab
papanya balik awal dari tarikh yang sepatutnya.
“Are you okay?” Wilson tanya Nuha.
Nuha
geleng.
Aus
cemburu!
Mood
Aus yang ke laut sejak pagi tadi sudah jatuh menjunam ke dasar. Waktu dia tanya
dengan soalan yang sama. Nuha angguk,tapi apabila papanya menyoal boleh pula
Nuha geleng. Soalan dia sama kut dengan soalan Wilson. Kenapa Nuha boleh jujur
meluahkan perasan pada Wilson dan bukan padanya!
Hanya
Wilson saja yang berselera makan tengah hari. Aus dan Nuha sekadar mengisi
keperluan perut agar tidak meragam. Makan tengah hari yang sangat senyap dan
tegang bagi Wilson. Masing-masing lebih kepada melayan perasaan daripada
menghayati keenakan masakan dari Rahimah.
Gaduh
lagi!
Kali
ini memang Nuha tidak dapat tahan rasa marahnya. Dia diupah sebagai pengawal
peribadi Aus. Bukan si pacak atau pun pemandu Aus. Tapi tugas yang menyakitkan
hati hingga mencetus pergaduhan antara mereka berdua ialah dia kena jadi
pemandu dan pengawal peribadi si Emilia gedik tu!
Bukan
sejam dua dia kena tahan kaki ikut Emilia membeli belah. Tapi dua hari. Dua
hari yang sangat menyeksakan. Tambah lagi mulut Emilia yang suka menyindir dan
menghinanya tu!
Dua
hari tu layan si gedik tu kira kejayaan terbesar padanya. Nuha tidak sanggup
lagi untuk lima hari seterusnya. Nuha diarah untuk ikut dan jaga Emilia selama
seminggu! Gila ke apa?! Dua hari pun rasa nak tercabut nyawa!
“I’m quit!”
Nuha
angkat kedua belah tangan menyerah kalah. Tidak guna bertegang urat dengan Aus
lagi. Ada saja ayat menyakitkan hatinya keluar bagi memangkah segala
ketidakpuasan hati yang dilemparkan oleh Nuha.
Sinis
senyuman terlakar di wajah kacak Aus. Dia berjaya menundukkan Nuha. Dia berjaya
jatuhkan Nuha! “You dah lupa perjanjian kita dengan bos you?” provoknya lagi.
“I
ingat. Ingatan I masih elok lagi.” Nuha bersuara perlahan. Sekali lagi!
“Jadi
you sanggup lepaskan kerja you.” Ikut perjanjian mereka. Jika Nuha berhenti
sementara masih tempoh kontrak tugasnya bersama Aus. Gadis itu tidak perlu
bayar ganti rugi. Tapi Nuha kena berhenti kerja!
Nuha
menangguk. “I akan berhenti. Fullstop!”
Nuha berpaling dari menghadap muka Aus. Hati yang semakin sakit ditahan. Mana
mungkin dia tidak sedih. Untuk kali kedua dia berhenti kerja kerana lelaki itu.
Nuha
pejam mata seketika sebelum celik semula. Aus dipandang. Lama kerana mungkin
ini kali terakhir dia menatap wajah itu. Beberapa titik air mata Nuha mula mengalir.
Tergamam.
Aus
tidak pernah sangka Nuha yang kuat itu akan mengalirkan air mata. Lebih-lebih
lagi kerananya.
“Terakhir.
Saya akan pastikan kali ini benar-benar yang terakhir.”
Dahi
Aus berkerut sedikit.
“Terakhir
apa?”
“Terakhir
bertemu dengan awak.”
Jantung
Aus berdetak kuat mendengar jawapan Nuha.
“I miss you…”
“Dia
bagitahu you?”
“Nope but I can feel it.”
Nuha
tersenyum kecil mendengar jawapan Wilson.“You rasa tapi tidak semestinya itu
yang dia rasa.”
“Nuha…”
Wilson masih lagi enggan berhenti memujuk.
“Tak
payahlah pujuk I. I bahagia sekarang ni.”
“You
tak bahagia Nuha. Aus pun tak bahagia. I told him.”
Berdebar-debar
Nuha mendengar ayat terakhir Wilson. Janganlah seperti yang dia fikir. Nuha
tidak mahu. “Beritahu apa.”
“Everything.
Pasal kes beberapa tahun lepas. Pasal perasaan you. Pasal Razmi… Bukan Aus
sahaja. I pun cari Razmi.”
Nuha
menunduk. Hati tiba-tiba rasa perit. Betul jangkaannya! Tidak sangka perkara tu
sampai juga ke telinga Aus. “You mungkir janji.”
“I
tak nak semua salahkan you Nuha. Sekurang-kurangnya biarlah mereka sedar bahawa
mereka telah kehilangan permata yang mereka buang. Aus, Razmi… Mereka tu buta.”
“Dan
I pula bodoh agaknya…” sambung Nuha pada ayat terakhir Wilson. Dia tergelak
kecil yang diakhiri dengan keluhan berat.
Wilson
terdiam. Tidak tahu lagi cara untuk pujuk kawan baiknya. “You baliklah Nuha.
You tak rindukan I ke?”
Nuha
mengeluh lagi. “Maafkan I. Biarlah I bersendiri. You jangan risau. I takkan
marah you sebab beritahu Aus dan Razmi hal sebenar. Tapi untuk kembali terlalu
mustahil bagi I.”
Wilson
sedar yang dia memang tidak dapat pujuk Nuha lagi. Gadis itu sememangnya tekad
untuk menjauhi dari mereka. “I tak tahu nak pujuk you macam mana lagi. Tapi
kalau you sayangkan Aus. Baliklah. I tahu yang you seorang saja dapat lindungi
Aus.”
“Apa
maksud you?”
“
I tidak main-main bila suruh Aus cari bodyguard.
Dah lama I suruh dia cari, sebelum hari kita terserempak tu lagi. Nyawa Aus
dalam bahaya. Dia sedar hal tu. Cuma yang buat I marah bila dia buat perjanjian
bodoh tu dengan bos you.”
“I
tak tahu yang dia buat perjanjian tu Nuha. Sumpah I tak tahu hinggalah I tanya
Aus ke mana you menghilang. I marah sangat. I marah pada Aus sebab main-mainkan
you. Sekali lagi you kehilangan kerja kerana dia. I minta maaf. Tapi jujur I
minta tolong dari you. Baliklah untuk jaga Aus untuk I.”
Nuha
masih lagi senyap mendengar luahan kawan baiknya. Hati mula berbelah bagi.
Separuh ingin kembali kepada keluarga kecil itu, tapi separuh lagi hatinya
berkeras untuk tidak percayakan kata-kata Wilson.
“Dendam
musuh pada I menjadi punca kematian pembunuhan ibu bapa Aus. I tak nak anak
saudara I mengalami nasib yang sama. Andai nyawa I dapat gantikan kebahagian
you dan Aus pun I sanggup Nuha. You dan Aus segala-galanya bagi I…”
Terdengar
bunyi esakan kecil dari corong telefon. Wilson menangis! Nuha hanya berdiam
diri sahaja hingga talian ditamatkan.
Maafkan
I Wilson. I tak sekuat yang you sangkakan.
“I dah lama tahu you seorang polis. I tahu you
menyamar. Tapi I nak minta tolong dari you. Rahsiakan pasal Aus dari pihak
berkuasa. Aus tiada kaitan dengan perbuatan I semua tu.”
Nuha
terdiam mendengar.
“Please Nuha… I merayu pada you.”
Gangster
itu tahu nama sebenarnya. Maksudnya benarlah lelaki botak itu tahu dia seorang
polis.
“I
tahu polis akan serang hendap tempat ni tidak lama lagi. I berpura-pura tidak
tahu dan akan menyerah tapi tolong I lindungi nyawa Aus. I tak sangka Aus boleh
datang hari ni jenguk I. Tolong I Nuha..” pujuknya lagi. Dia tidak sanggup
menghancurkan kerjaya dan kehidupan anak saudaranya. Wilson berharap agar polis
wanita itu akan bantu dirinya.
Nuha
memandang luar tingkap tinted hitam
itu. Jelas wajah kacak anak saudara Wilson yang sedang menunggu untuk berjumpa
dengan Wilson. Sejak kebelakangan ini, Aus semakin kerap datang ke kelab.
Agaknya apa yang Wilson fikir kalau tahu anak saudaranya pernah luahkan
perasaan pada Nuha.
Nuha
mengeluh kecil. Berat sungguh permintaan Wilson padanya. Besar kesannya kalau
terkantoi. Lagipun yang mengetuai operasi ini ialah tunangnya sendiri, apa kata
Razmi nanti kalau tahu tindakannya. Nuha tahu Aus tiada kaitan langsung dengan
kerja Wilson ini, Aus sekadar datang menjenguk pak ciknya saja di situ. Itupun
kadang kala saja. Aus pun tidak pernah masuk campur satu pun perkara yang
terlibat dengan Wilson. Malah tidak pernah tahu perkara jahat yang dilakukan
oleh pak ciknya. Yang Aus tahu ialah Wilson seorang pemilik kelab malam sahaja.
“Deal! Tapi you kena ikut plan yang I
buat.”
Wilson
mengangguk.
“Bila
you lari nanti. Tuan Razmi akan kejar you. Pastikan you berpisah dengan Aus.
Biar I yang berpura-pura kejar Aus. Biar I sembunyikan dia. I nak pastikan Aus
tidak tahu yang I tolong dia. I akan berpura-pura kejar dia...”
Rancangan
Wilson dan Nuha rosak! Nampaknya bukan Tuan Razmi saja yang bersedia untuk bertindak.
Rupa-rupanya musuh Wilson turut terlebih dahulu menyerang mereka sebelum
serbuan yang diketuai oleh Tuan Razmi.
“Go Wils! Biar I tengok Aus.” arah Nuha
apabila Wilson berpusing mencari Aus. Aus kini dikejar oleh musuh Wilson. Razmi
dan pegawai-pegawai yang lari kini mula mencari Nuha untuk membantu gadis itu
membanteras jenayah.
“Tapi
Aus…”
“Biar
I jaga Aus. You pegang janji you.”
Wilson
memandang anak mata Nuha. Dia tahu dia boleh percayakan kebolehan gadis itu.
Wilson sendiri pernah nampak Nuha mengalahkan Aus ketika menyiasat perihal
polis tersebut. Dia mengangguk. Wilson akan mengalihkan pandangan Razmi dan
yang lain sekali menyerah kalah. Itu janjinya pada Nuha asalkan nyawa Aus
terselamat.
Aus
yang berlari menoleh belakang. Dia sudah tidak tahu siapa orang pak ciknya,
musuh dan juga polis. Dia tidak pernah kenal orang-orang pak ciknya. Malah
pihak berkuasa turut memakai pakaian biasa semasa serbuan tadi.
Tapi
satu kenyataan yang buat dia terkejut ialah gadis itu seorang polis! Gadis yang
dikenali sebagai Fil itu rupa-rupanya seorang polis yang menyamar. Rasa marah
membuak bila dia tertipu oleh gadis itu.
Aus bersembuyi dalam stor bergrill tepi bangunan yang agak tersembunyi.
Dia mengintai ke luar. Kelibat pak ciknya langsung tidak kelihatan.
Harap-harap
pak ciknya selamat! Pandangan Aus tertacap pada polis wanita yang dikenali
sebagai Fil itu. Kemudian pada pak ciknya yang berlari dari hujung simpang. Dia
turut terlihat beberapa orang lelaki bersenjata mendekati kawasan tersebut.
Nuha
tahu Aus selamat di tempat persembunyiannya. Dia pura-pura mencari lelaki itu.
Pistol miliknya setia dihala ke hadapan. Dia berpura-pura memeriksa dalam stor
yang gelap tersebut. Terdapat lock
dalam poketnya yang sempat dicuri dari kelab malam milik Wilson tadi. Dia
sengaja kejar Aus hingga ke sini. Plannya menjadi! Lelaki itu bersembunyi di
stor tersebut.
Nuha
telan air liur. Mata dipejam rapat sambil mengunci lock tersebut. Saat itu dia perlu sedar kesan tindakannya mengurung
Aus agar tiada sesiapa memasuki stor tersebut. Kunci lock diletak bahagian
dalam stor berdekatan dengan dinding dan grill. Dia berjalan perlahan meninggalkan
stor yang dihuni oleh Aus.
“Fil!”
jerit Wilson. Wilson mengacukan pistol ke arahnya. Pandangan Nuha beralih
memandang lelaki tersebut. Razmi dan yang lain juga tertarik dengan dengan suara Wilson.
Tiba-tiba
bunyi tembakan dari arah lain pula dilepas. Nuha yang berdiri selari dengan
Wilson berpusing. Musuh Wilson tengah sasarkan tembakan pada Wilson.
Bang!
Selepas
itu bunyi tembakan berbunyi dari pelbagai arah. Nuha pegang bawah bahunya yang
mula terasa pedih. Dia sempat memandang Wilson berbalas pandangan
dengannya. Tembakan yang dihalakan pada
Wilson terkena pada Nuha. Lelaki itu ingin mendekatinya tapi Nuha geleng
kepala. Darah laju mengalir keluar hingga dia rebah tidak sedarkan diri.
“Dia
tidak sedarkan diri selama tiga bulan sebelum dia selalu jenguk papa Aus. Papa
rasa bersalah sampai sekarang. Kerjaya dia hilang, tunang dia tidak percaya,
malah nyawa Nuha hampir melayang…” Kerap kali cerita dari Wilson terlayar di
mindanya.
Aus
masih susah hendak percaya. Patutlah dia rasa pelik kenapa Nuha pintu grill
stor tersebut terkunci. Semuanya kerana ingin selamatkan dia.
Menurut
papanya. Tuan Razmi ataupun mamat KLIA itu merupakan abang angkat Nuha sejak
kecil. Keluarga Razmi ambil Nuha sebagai anak angkat hinggalah mama Razmi
pinang Nuha untuk Razmi kerana lelaki
itu cintakan Nuha. Tapi Nuha tidak pernah cintakan Razmi, atas sayang pada
keluarga itu Nuha terima juga pinangan dari mama Razmi dan cuba untuk belajar
mencintai Razmi.
Razmi
syak Nuha rahsiakan kisah Aus kerana cintakan lelaki itu. Razmi kata Nuha tidak
amanah kerana rahsiakan tentang Aus kerana Razmi sangkakan Aus tahu pasal
kegiatan Wilson padahal hakikatnya Aus langsung tidak tahu apa-apa tentang
kegiatan haram yang dijalankan oleh Wilson. Aus hanya tahu pak ciknya seorang
pemilik kelab malam sahaja.
Lelaki
itu arahkan Nuha untuk letak jawatan sebelum dia sendiri ambil tindakan pada
Nuha. Malah kerana sikap cemburu lelaki itu, mereka putus tunang kerana tuduh
Nuha curang padanya. Hinggalah Wilson ceritakan hal sebenar pada Razmi, itupun
selepas pernikahan Razmi dengan tunangnya sekarang ni.
“Nuha…”
Nama
gadis itu terbit di bibirnya.
Aus
pejam mata. Rindu. Sungguh dia memang rindukan Nuha. Walaupun mulut kata tidak,
hati tetap ingin terus mencintai Nuha. Walaupun Wilson tidak ceritakan hal
sebenarnya lagi, hati Aus sudah pun merasa kehilangan Nuha sebaik saja gadis
itu melangkah buat kali terakhir darinya.
Dulu
ketika Nuha menyamar sebagai Fil, hati Aus sudah terpaut pada gadis itu
walaupun sedar Nuha ialah ‘perempuan’ pak ciknya. Berusaha Aus luahkan perasaan
dan pujuk Nuha. Dia terima Nuha seada walaupun ingatkan tika itu Nuha perempuan
yang tidak suci lagi, malah dia sanggup nak pujuk Wilson untuk bebaskan Nuha
padanya.
Aus
keluh kecil.
“Mana
saya nak cari awak, Nuha?” soalnya sendiri. Sudah beberapa hari Aus berjalan
tenangkan fikiran. Dia sengaja minta cuti untuk tenangkan fikirannya tapi
bayangan Nuha sentiasa mengejar.
Tiba-tiba
pintu kereta Aus dipecah dari luar. Mata yang dipejam terbuka luas. Beberapa
lelaki bertopeng mula buka pintu keretanya dan menarik Aus keluar.
Aus
yang masih terkejut tidak mampu berlawan apabila badannya ditarik kuat. Tubuh
Aus dihempas menyandar kereta. Satu tumbukan perut singgah di perutnya. “Bodoh
korang ni siapa hah!” jerit Aus yang cuba berlawan tapi tapi makin teruk
dibalasah oleh 4 orang lelaki tersebut.
Nuha
yang setia mengikut Aus beberapa hari ini munculkan diri. Kayu baseball yang
dibawa dalam keretanya dihalakan ke belakang lelaki bertopeng tersebut.
“Aus
okay tak?”
Aus
mengangguk. Perut yang terasa pedih ditekan sedikit.
“Boleh
lawan tak?” tanya Nuha. Dia sedar. Walaupun professional tapi kekuatannya
mungkin terbatas jika berlawan hingga empat orang!
Angguk
lagi sebab suara tak mampu keluar. Bibir Aus pecah lepas ditumbuk dibahagian
mulut tadi. Tapi tenaganya masih cukup untuk berlawan.
Nuha
buka langkah menyerang seorang lelaki. Dia dan Aus cuba sedaya yang mungkin
untuk berlawan 4 orang lelaki tersebut. Nuha sudah pun hubungi pihak polis
sebelum keluar kereta tadi.
Seorang
lelaki bertopeng menendang kuat perut Nuha hingga terundur ke belakang. Kayu
baseball yang terlepas dirampas oleh lelaki tersebut.
“Nuha!!”
jerit Aus. Kaki menendang kuat lelaki depannya. Tubuh Nuha yang membongkok
didekati.
“Okay
tak?”
Nuha
angkat kepala lalu mengangguk. Ketika Aus membongkok untuk memandang Nuha lebih
jelas, mata Nuha tertacap pada lelaki tepat belakang Aus yang sedang hayunkan
kayu baseball tersebut. Tubuh Aus ditolak kuat ke tepi dan bahu bekas tembakan
dahulu dipukul kuat oleh lelaki bertopeng tersebut.
“Nuha!!”
jerit Aus bila Nuha rebah tidak sedarkan diri. Dia berdiri untuk dapatkan Nuha.
Bunyi
siren yang kuat mengejutkan mereka. Bertempiran lelaki-lelaki tadi berlari
masuk ke dalam kereta untuk selamatkan diri.
“Nuha
bangunlah… Nuha!” jerit Aus sambil goyangkan tubuh gadis itu tapi Nuha langsung
tidak sedarkan diri.
Mata
Nuha dicelik. Pandangan yang mulanya agak kabur semakin jelas. Tubuh Razmi yang
berdiri tepi katil dipandang. Nuha memandang ke tepi.
“Ma…”
sebut Nuha perlahan.
“Alhamdulillah
anak mama dah sedarkan diri.” ucap mama angkatnya yang merupakan ibu kandung
Razmi. Ketika itu Nuha terperasan seorang wanita sebelah Razmi. Pasti itu
isteri kepada Razmi.
“Aus?”
“Solat.”
jawab Razmi serentak pintu wad terbuka. Aus yang berkopiah tergaman melihat
Nuha yang telah sedarkan diri. Dia meraup muka. Alhamdulillah! Akhiranya Nuha
sedarkan diri selepas beberapa hari tidak sedarkan diri.
“Awak dah sedarkan diri.” ujar Aus sebaik saja
badan menghampiri katil.
Nuha
lakar senyuman kecil. Kepala diangguk.
“Kahwin
jom.”
Nuha
terdiam. Tidak tahu nak reaksi macam mana. Mama dipandang seketika kemudian
Razmi pula. Lelaki itu mengangguk agar Nuha setuju.
“Apa
jaminan kalau I kahwin dengan you?” soalnya tersenyum kecil. Soalan yang dia
pernah soal pada Aus ketika lelaki itu ajak dia berkahwin semasa penyamarannya.
“Insya-Allah. Kasih sayang I kepada you dunia
dan akhirat.” jawapan yang sama pada soalan yang sama diutarakan.
Nuha
tersenyum lagi. Kepala diangguk kecil.
“Liat
jugak nyawa youkan.”
Nuha
tergelak kecil. Kepala diangguk. Setuju dengan kenyataan Wilson.
“I
pun tak sangka. Syukur Alhamdulillah.”
“Haip!
Apa pula I dan you ni? Papa la!” tegur Aus yang mendekati isteri dan pak
ciknya.
“Peliklah
nak panggil papa. Bekas boyfriend tak jadi Nuha ni.”
“Melawan!
Melawan!” Aus mula membebel selepas dengar jawapan Nuha. Wilson pula sudah
tergelak besar.
“Iyalah.
Papa ada anak yang sangat… sangat… kuat cemburu!” Nuha mengadu pada Wilson.
“Dan
papa ada menantu yang sangat… sangat… kuat mengadu!” balas Aus.
“Dah
orang tu tak sudi tengok muka kita. Orang mengadu kepada yang sudi….” Pipi Nuha
dicubit sedikit. Geram! Ada saja ayat nak menang dia tu! Tambah lagi Wilson
suka bela Nuha berbanding Aus sekali.
“Itu
dululah sayang. Dah kena reject
mestilah jual mahal sikit.” gurau Aus lalu tergelak kecil. Lucu juga bila
ingatkan dia buat muka kerek lepas kena tolak mentah-mentah oleh Nuha dulu.
“Tapi
dekat Emilia boleh pula jual murah.”
Aus
tergelak. Emilia lagi satu hal! Sebab dia tidak tahan dengan sikap gedik Emilia
tu. Aus sengaja pass Emilia bagi
dekat Nuha. Kononnya suruh Nuha bertugas menjaga dan menemani Emila selama
seminggu.
Geli
Aus dengan perangai si gedik tu!
Isterinya pun sudah tahu tentang tu. Mulanya Nuha marah jugak sebab
pergunakan Emilia.
Cakap
pasal Emilia. Gadis tu menangis bagai nak rak bila tahu Aus berkahwin dengan
Nuha. Tapi Emilia kira tidaklah bimbo sangat sebab dapat move on selepas status Aus bertukar. Lagipun hati Emilia tersangkut
dengan kawan Aus bernama Imran. Pengapit
lelaki semasa majlis perkahwinan Aus dan Nuha dulu.
Cinta
pandang pertamalah katakan!
Tapi
Emilia kena kerja keras la untuk tambat hati si Imran tu. Sebab Imran tu hati
kering! Kena pula dengan si Emilia terlebih ‘kasih sayang’ tu. Pandai-pandailah
si Emilia tawan hati kawannya tu. Aus tak nak masuk campur.
“Papa
nak beritahu kamu berdua satu berita ni.”
“Nak
kahwin baru ke?” usik Nuha tersengih-sengih.
Aus
yang duduk sebelah isterinya geleng kepala. Ada saja modal Nuha nak usik
Wilson.
“Apa
ingat papa ni tak laku ke? Muka handsome
ni banyak peminat woo…” Keluar slanga cina Wilson yang ikut sama bergurau.
Nuha
dan Aus tergelak kecil..
“Hish!
Serius. Serius… Hal penting ni.” ujar Wilson bila teringat semula.
“Papa
ni sebenarnya sedang belajar. Belajar tentang Islam… ” Wilson memulakan
mukadimahnya.
Sebenarnya
sudah lama dia cuba belajar tentang islam. Wilson selalu ke China pun atas
urusan untuk menuntut ilmu berkaitan dengan islam. Agak mudah baginya belajar
tentang Islam kerana memahami bahasa cina.
Sebolehnya
Wilson nak cuba belajar nak memahami dulu tentang Islam sebelum dia utarakan
hasratnya. Dan kini Wilson dapat rasakan inilah masa yang sesuai.
“Papa
nak masuk Islam. Aus dan Nuha boleh tolong papa kan?”
Nuha
panjat rasa syukur. Dilihat suaminya yang meraut wajah. Memang itulah doa Aus.
Doa agar Wilson mendapat hidayah islam seperti arwah mama Aus dulu.
“Insya-Allah.
Aus pun bukan seorang yang sempurna. Tapi Aus akan cuba tolong papa. Sayang
bolehkan.”
Nuha
senyup mengangguk. “Insya-Allah. Kita sama-sama tolong satu sama lain.”
ucapnya. Nuha sendiri juga telah merubah cara pemakaiannya. Sejak sedar dari
koma buat kali kedua. Nuha sedar dia telah lalai dengan kebesaran Allah. Sudah
dua kali dia tersedar dari ‘tidur yang panjang’.
Nuha
kini pun sudah berhijab dan sedang berusaha menjadi isteri dan anak yang baik.
“Sayang…”
Nuha
memandang suaminya yang ambil tempat sebelahnya. Jemari Nuha ditarik lalu
diulas lembut.
“I love you.”
“Love you more!”
Aus
tersenyum. Kacak! Terpegun Nuha memandang wajah tampan suaminya. Cair…
“Walaupun
sayang tidak tangkap abang. Tapi sebenarnya sayang sudah pun lama tangkap cinta
abang.”
“Bang!”
Nuha buat gaya pistol guna jari-jarinya. Hujung jari kemudiannya ditiup.
Aus
tarik isterinya dekat. Dahi Nuha dicium. “Terima kasih kerana sentiasa kuat
untuk cinta abang. ” ucap Aus. Dia tidak dapat bayangkan kalau Nuha tinggalkan
dia selamanya. Aus bersyukur kerana Allah makbulkan doanya.
Sampai
sekarang Aus tidak dapat bayangkan jika Nuha tinggalkannya. Dia cinta Nuha.
Sebab tu dia tidak teragak-agak untuk melamar gadis itu sebaik saja Nuha
sedarkan diri.
“Oh
ya sayang! Kenapa sayang tanya abang soalan yang sama?” tanya Aus apabila
teringatkan soalan yang pernah diajukan oleh Nuha ketika dia melamar dulu.
“Soalan
apa?”
“Apa
jaminan kalau Nuha terima lamaran abang?”
Nuha
tersenyum kecil. Ingatkan tak nak tanya! Sebab tu Nuha senyapkan sahaja. “Sebab
soalan yang pernah ialah lamaran yang abang berikan kepada Fil. Tapi soalan
kedua kepada lamaran abang kepada Nuha.”
“Abang
suka Nuha, tapi abang pun suka Fil. Tapi gaya Fil tu biarlah abang aje yang feel ye. Tunjuk pada abang seorang saja.”
usik Aus. Tidak sanggup dia bila Nuha pakai dengan pakaian-pakaian yang Fil
pakai dulu depan orang ramai. Cukuplah zaman itu sahaja. Dia nak Fil tu depan
dia seorang sahaja. Fil yang seksi, menggoda dan hot!
Nuha
senyum mengangguk. “Tapi Nuha tak nak Aus yang kerek tau. Aus yang tu tak best!” Teringat Aus yang suka hati
jerkah, sindir dan menghinanya tu. Nuha tidak suka Aus yang tu. Aus yang
membencinya. Dia suka Aus yang sentiasa mencintainya.
“Insya-Allah.
Tiada lagi Aus yang tu. Abang akan jadi Aus yang sentiasa mencintai Nuha, Aus
yang romantik, gentleman dan sweet hanya pada Nuha seorang sahaja.” Itu
janji Aus pada diri sendiri dan juga isterinya.
Tamat.
Disclaimer : Cerita ini hanya rekaan semata-mata dan kaitan pada hidup dan mati.
Dah habis!! Cerpanjang lagi. Sorry la. faz lemah sikit nak buat kurang dari 30ms ni. Yang ni pun dah tukar banyak sebab kalau ikut tak naklah bagi Nuha senang-senang terima Aus ye dok! tapi scene tu simpan ajelah untuk cerita lain. hee~
Thanks for reading.
Woot! Woot! Muah!!
Disclaimer : Cerita ini hanya rekaan semata-mata dan kaitan pada hidup dan mati.
Dah habis!! Cerpanjang lagi. Sorry la. faz lemah sikit nak buat kurang dari 30ms ni. Yang ni pun dah tukar banyak sebab kalau ikut tak naklah bagi Nuha senang-senang terima Aus ye dok! tapi scene tu simpan ajelah untuk cerita lain. hee~
Thanks for reading.
Woot! Woot! Muah!!
Terbaiklah akak punya karya ni..suka jalan cerita yg dikarang..saya suka karya cerpen akak..
ReplyDelete-iman
best!! thumbs up..
ReplyDelete👍🏿
ReplyDelete