Tuesday, November 26, 2013

[CERPEN] : Kerana Rasa Cinta

“Kerana rasa cinta. Tersilap langkah menempah menderita. Ikhlas mencari, bahagia menanti. Kisah cinta ada dua pilihan. Untuk menempah derita? Atau mencari bahagia?”

Zara mengeluh. Bosan betul majlis sebegini. Dia pandang Wani yang sedang sibuk bercerita dengan seorang lelaki. Dia tidak ambil pusing. Pandailah kawannya itu bawa diri.
Mata Zara melekat pada pasangan yang terlalu asyik bercumbuan di suatu sudut. Dia senyum senget. “Entah manusia atau syaitan!” Tidak berkenan langsung Zara pada pencemaran pemandangan itu. Inilah salah satu sebab Zara tidak menyukai majlis-majlis sebegini.
Sekali lagi Zara berpaling. Matanya tertacap pada lelaki yang sedang buat aksi luar alam tadi itu. Bercium pun sibuk tengok perempuan lain! Komen Zara. Kedudukan si perempuan yang membelakanginya mungkin tidak perasan bila jejaka itu sedang gatal tengok perempuan lain. Cepat-cepat Zara alihkan pandangan.
“Sayang... tak bosan ke duduk saja dari tadi.” Wani mengambil tempat di sebelah Zara.
“Wani. Aku nak baliklah... lama lagi ke?”
“Aduhai! Tak sampai setengah jam tau kita datang. Kejap lagi please... abang aku pun belum berucap lagi.” Pujuk Wani. Apa pula kata abangnya bila mereka balik awal. Mesti mengomel tak habis-habis. Majlis pelancaran produk syarikat abang Wani.
Ibu bapa Wani tidak dapat hadir kerana sedang bercuti. Majlis ala kebaratan! Zara tidak seberapa berkenan langsung. Wani pun tidak boleh apa. Katanya pandai betul abangnya buat majlis pelancaran ketika ibu bapa mereka sedang honeymoon!
“Dah habis buat show?” tegur Wani tiba-tiba pada orang dibelakang Zara.
Zara terus berpaling. Keningnya terangkat. Tidak tahu jalan cerita. Show apa pula maksud Wani. Tapi sekilas wajah dipandang. ‘Ermm... tahulah show apa maksud Wani tadi. Mamat yang buat aksi luar alam tadi tu.’
Lelaki itu tidak ambil pusing. Ditarik kerusi ke tengah Zara dan Wani. Tangan kanannya didepa lantas hinggap di kerusi Zara. Cepat-cepat Zara ke tepi sedikit.
Pap! Wani selamba tampar paha lelaki itu.
Terkejut juga Zara. Terkejut dengan selamba lelaki itu letak tangannya serta tingkah Wani menampar lelaki itu!
Lelaki itu pula makin ketawa. Manusia pelik! Sudah kena tampar pun masih gelak. “Jangan buat mata membesar macam tu. Nanti I cium!” katanya sambil pandang Zara di sebelah.
“Abang ni gatal! Turunkan tangan tu.” Tegur Wani.
Lelaki itu jongket bahu. Kemudian alihkan tangannya. “Dah habis ucap pun. Korang yang datang lambat! Lapor dekat ayah nanti!”
Jammed!” Alasan Wani. Tapi sebenarnya mereka terlewat sebab lambat bersiap. Hahaha...
Whatever... ni siapa? Baik betul Wani hantarkan ikan besar untuk abang malam ni. Hadiah ke?”
“Otak abang besar! Ini Zara. Anak Datuk Zamri. Dia temankan Wani datang, sekali wakilkan abahnya. Zara. Ni abang aku. Rayyan. Sorry la. Abang aku ni buaya!” Terang Wani sekali gus kenalkan mereka.
Zara mengangguk. Buaya ye... patutlah!
“Anak Datuk Zamri... So you ni adik Qalisha dan Elman?”
“Abang kenal Qalisha?!” soal Wani terkejut. Dia pandang Zara. Zara hanya sekadar jongket bahu. Elok sangatlah tu. Seorang playboy, seorang lagi playgirl.
Rayyan sekadar senyum. “Lama tak jumpa dia... Tak tahu pula Qalisha ada adik secantik you.”
My twin acually. Elman pula abang sulung kami.” Jawab Zara.
Rayyan seolah terkejut. Dia pandang adiknya kemudian Wani mengangguk.
“Tapi muka tak sama.”
“Kembar tak seiras. Do you ever heard about it?” sinis jawapan Wani. Zara tergelak kecil.
Muncung mulut Rayyan kena sindir. Padan muka! “Whatever...”
“Kalau dah lepas berucap. Kami balik dulu la. Jom Zara.” Tangan Zara ditarik.
“Ehh... wait! Takkan cepat sangat kut?” Tangan Rayyan di depakan sekali lagi. Tapi bukan di belakang sebaliknya di hadapan Zara. Menghalang gadis itu dari berdiri.
“Abang. Jangan mimpilah nak Zara! Gatal! Awek tadi tu mana?” Wani terpaksa melepaskan tangannya.
“Ke situ pula dia fikir.”
“Tak sukalah majlis abang ni...” keluh Wani. Kebaratan sangat! Nasib baik tak hidang arak. Kalau tak memang cari nahas Rayyan ni!
Rayyan mengeluh. Akhirnya mengalah juga. “Okey... okey... korang berdua balik ikut siapa? Kereta sendiri ke?” dia pandang ke dua-dua gadis itu.
Driver ayah yang hantar tadi. Ni orang nak call la suruh ambil.” Jawab Wani.
“Biar abang hantar. Tunggu di lobi” belum sempat Wani halang. Rayyan sudah pun jauh.
Sorry Zara. Abang aku tu memang senget sikit, tapi gatalnya banyak. Dia tu mana selalu hantar aku balik macam ni. Mesti nak ngurat kau tu. Kau jangan layan aje dia.” Wani tayang muka kesian. Rasa bersalah pula. Tadi Zara hendak bawa kereta sendiri. Tapi dia yang berkeras biar ikut pemandu ayahnya saja.
“Tak apalah.” Zara tak kisah. Asalkan pulang dengan selamat sudah.
“Nanti aku suruh dia hantar kau dulu baru hantar aku balik. Bukan apa! Aku takut abang aku ‘terkam’ kau aje. Hehe..” gurau Wani. Dia tahu semua perempuan yang bersama abangnya jenis yang ‘serah diri’. Abangnya tahu juga hormat perempuan lain tapi takut juga.
Zara mengangguk. Memang dia ada terfikir juga nak minta hantar dulu. Nasib baik Wani memahami.



“Chef. Ada pelanggan nak jumpa.”
Zara yang baru saja hendak memulakan masakan terhenti. Dia pandang Adli disebelah. Salah seorang chef di situ. “Releks. Tak pernah lagi ada pelangan nak saman kau.” Ujar Adli.
Zara mengangguk. Topinya serta baju dibetulkan.
Berdebar hati Zara keluar dari dapur. Pertama kali dia dipanggil oleh pelangan. Takut masakannya bermasalah. Nanti merosak reputasi hotel pula. Kerja di restoran salah sebuah hotel terkenal memang bukan pilihannya. Biasalah. Yang datang orang ternama. Tapi cerewet mereka bukan main tinggi lagi.
Good morning sir. I’m chef Zara. There is anything that i can help you?” tanya Zara. Dia tunduk sedikit memberi tanda hormat.
Erm... tak sangka gadis cantik awak boleh masak?” jawab pelangan itu. Dia tersenyum lebar memandang Zara.
Teruk Zara buat muka jelik. “Maaf encik. Kalau tak ada apa-apa saya ada kerja lain lagi. Terima kasih.” Zara terus buka langkah kembali ke dapur. Segera lelaki itu menarik tangannya.
“Encik. Please behave!” Tajam mata Zara pandang tangan Rayyan yang memegang lengannya.
Tangan Rayyan jatuh. “Oh! Sorry. Please just call me Rayyan. Or Ray. Saya Cuma nak jumpa awak.”
“Saya sibuk! Enjoy your meal.”
“Petang ni! Saya tahu awak habis pukul 4 kan? Saya tunggu awak.”
Zara berpaling. Dia pandang Rayyan. “Macam mana awak tahu jadual kerja saya?” tanya Zara.
Rayyan senyum kemenangan.
“Tak payah tunggu saya!” kata Zara bila Rayyan enggan jawab soalannya tadi.
“Okay. Saya tunggu jam 4 nanti. See you!” lain pula jawapan Rayyan. Dia kenyit mata pada Zara lalu berlalu pergi.
Mata Zara mengecil. Angin pula! “Manusia tak makan saman! Tunggulah sampai berkulat pun saya tak kisah!”



Thanks Zara.”
“Tak apa. Bukannya benda besar pun. Plus kita sehala.” Kata Zara sambil mencari kunci kereta dalam beg tangannya. Langkah Zara terhenti. Dia angkat kepala. Kemudian mencebik. Adli yang berjalan seiring dengannya juga turut berhenti.
“Hai awak.” Tegur Rayyan dengan senyuman melebar.
“Awak nak apa lagi Encik Rayyan?”
“Saya nak awak. Simple! I love you.” Jawab Rayyan terus.
Zara senyum mengejek. Cepat-cepat dia pegang tangan Adli di sebelah. Nasib baik Adli pakai jaket. Tiadalah dapat dosa free.
“Saya tak kan percaya cakap buaya darat macam awak ni. Ni boyfriend saya.”
Rayyan pandang Adli. Dia terketawa kecil.
Err... Zara...” panggil Adli.
“Zara sayang... Did Wani ever mention to you that isteri Adli ni kawan rapat kami sejak kecil?”
Zara pandang Adli. Lelaki itu mengangguk. Cepat-cepat Zara alihkan tangannya. Allah bayar cash terus sebab menipu Rayyan. Kantoi depan-depan! Zara kenal Adli dan isterinya. Tapi kenapa dia tidak tahu pula Rayyan teman rapat dengan isteri Adli. Aduh!
Benci Zara tengok senyuman senget yang terukir di bibir Rayyan. Seolah mengejeknya.
Whatever! Jom Adli.” Zara ajak Adli pergi. Kunci sudah pun ditangannya. Tapi segera dirampas oleh Rayyan.
“Heii!!” marah Zara. Terkejut dengan tindakan pantas Rayyan.
“Adli kau guna kereta Zara. Biar aku hantar dia. Bye! Semoga kereta kau lambat siap dari workshop...” kunci kereta Zara dilempar pada Adli.
“Rayyan. Kau janganlah kacau Zara.” Tegur Adli.
No. i’m not. Jangan risaulah. Dah... go go go... your wife waiting for you at home. Tak baik biarkan isteri tunggu lama di rumah. Biar aku hantar Zara.” Pandai Saja Rayyan bagi alasan melalut.
Adli pandang Zara.
“Tak apa Adli. Kau baliklah dulu.” Kata Zara. Dia sudah urut dahi. Pening betul dengan buaya darat ni.
Satu keluhan dihembus. Dia tidak tahu pula Zara kenal dengan Rayyan. Tambah lagi Rayyan tu playboy! Segala jenis buaya. Tapi detik hatinya Zara mungkin kenal dengan Rayyan. Rayyan pun ada sebut nama Wani tadi. “Apa-apa pun masalah korang aku tak nak masuk campur. But take good care of her Ray.”
Rayyan senyum lagi. “I will. Don’t worry.”
Tatkala pandangan mata Rayyan menghantar Adli pergi. Zara terus berjalan tinggalkan lelaki tu. Segera Rayyan mengejar langkah Zara.
“Cik Zara Natasha. Biar saya hantar awak pulang.” Rayyan depa kedua tangan menghalang Zara pergi.
Zara peluk tubuh. Geram, rimas, marah semua ada! “Awak nak apa sebenarnya Encik Rayyan? Saya bukan Qalisha.”
Erm... Natasha, Qalisha. Macam mana saya boleh tak perasan terselindung seorang Natasha yang jelita disebalik Qalisha yang daring.”
“Huh! Nonsense... Awak jangan sesekali kutuk kakak saya!”
“Sudahlah. Jom saya hantar awak balik.” Rayyan  gerakkan kepalanya ke kiri. Menghala ke keretanya.
Zara berpaling ke arah yang ditunjuk oleh Rayyan. Kemudian pandang pada lelaki itu lagi. “Encik Rayyan. Saya diajar supaya jangan percaya sangat pada lelaki. Lebih-lebih lagi lelaki yang suka bawa perempuan ke hulur ke hilir dengan kereta mewah. Tambah lagi kereta orang tu tu Nissan Fairlady warna merah!”
Sinis kata-kata Zara langsung tidak berbekas pada Rayyan.
“Dah habis cakap? Ermm... saya pula diajar supaya cari wanita yang lemah lembut, taat agama, jaga aurat, pakai tudung, pandai masak. Lagi bagus kalau chef. Dekat rumah tak risau isteri tak reti masak. Erm... Apa lagi erk? Oh ya lebih-lebih kalau kereta wanita tu Hummer. Maksudnya seorang yang tegas dan berpendirian.” Balas Rayyan.
 “Yiee!” jari digempal. Geram betul Zara dengan Rayyan ni. Ada saja yang dibalas lelaki itu. Ikutkan niat dihati mahu saja dia lenyek kereta Rayyan guna Hummer miliknya! Lenyek sekali dengan tuan punya kereta!
“Dah... dah... makin lama makin lewat kita balik. Cepatlah saya hantar awak balik.” Tangan Zara ditarik dekat dengan keretanya. Sebelah tangan lagi buka pintu lalu tolak Zara masuk.
Rayyan senyum kemenangan. “Pasang tali pinggang keledar tu.” Katanya setiba di dalam perut kereta. Atap kereta dibuka. Kemudian Rayyan memulakan pemanduan.



“Kak Isha.” Panggil Zara.
“Ye apa sayang?” Qalisha yang sedang mengosok-gosok kukunya menyahut.
Erm...”
Langkah Qalisha terhenti. “Apa dia dik oi?” tanyanya balik.
“Akak... kenal Ray tak?” tanya Zara perlahan-lahan.
You mean Megat Emir Rayyan? Abang Wani kan?”
Laju Zara mengangguk.
“Zara jangan dekat dengan manusia tu. Cukup kawan dengan Wani seorang saja. Abang tu bahaya!” Amaran Qalisha. Tajam mata Qalisha pandang adiknya.
“Bahaya tang mana kak?” tanya Zara lagi.
“Bahaya tahap semua jenis buaya darat! Dia tu playboy.” Jelas Qalisha.
Zara angguk lagi.
“Dia kacau adik akak ni ke? Macam mana dia kenal dengan Zara? Wani kenalkan?” tanya Qalisha.
“Hari tukan orang ganti abah pergi majlis. Rupa majlis dia...”
“Dia dah kahwin?” cantas Qalisha.
“Eh bukanlah! Majlis pelancaran produk syarikat dia. Wani kenalkan dia dengan orang. Lepas tu...”
“Lepas tu apa? Dia buat apa dengan adik akak?”
“Yie akak ni! Dengar dulu Zara cakap sampai habis.” Geram pula Zara dengan kakak kembarnya ni.
“Yela... yela...”
“Dia siasat everything about me. Tempat kerja Zara, kereta Zara, my phone number, sampaikan waktu jadual kerja Zara pun dia tahu. Hari-hari duk kacau orang! Menyibuk di restoran tu. Makanan dia mesti Zara yang sediakan. Siap hidangkan lagi tu!” keluh Zara.
“Wani? Dia tak tegur perangai gila Ray tu?” tanya Qalisha.
“Masalah dah... Wani sendiri cakap berbuih mulut dia tegur abang dia tu. Tapi buat-buat pekak pula. Kak Isha tolonglah buat sesuatu.”
Qalisha pandang muka Zara. Dia mengeluh. “Susah ni dik. Kak Isha takut adik jadi sasaran dia pula lepas ni.”
“Habis tu? Tolonglah...”
“Nanti akak ‘cuci’ dia. Don’t worry.” Pujuk Qalisha.
Zara mengeluh.
“Sudahlah darling... jangan risau. I will not let him to hurt you. Jentik sikit adik kesayangan akak ni pun Kak Isha takkan biarkan. Kak Isha janji.” Tangan kanan Qalisha diletak pada dada manakala sebelah lagi pegang lengan Zara.
“Owh ya. Awal Kak Isha balik hari ni?” tanya Zara. Baru perasan. Selalunya Qalisha mesti balik lewat punya.
“Tak keluar pun. Habis kerja terus balik.”
Zara terkejut. Bulat matanya pandang Qalisha. “For real?!” tanyanya sekali lagi.
“Hish! Kak Isha ni nampak sangat ke jahat?” rungut Qalisha.
“Jahat tu taklah. Baik sikit dari si Rayyan tu.” Kata Zara sambil tersengih.
Mata Qalisha mencerlung. Kemudian dia mengeluh.
“Kak Isha nak berubah la. Kak Isha nak kahwin.” Umum Qalisha lagi.
Sekali lagi Zara terkejut. “What?!”
“Hish budak seorang ni. Tarik mulut tu karang! Slow sikit suara tu boleh tak?” mata Qalisha memandang sekeliling balkoni. Haru mereka kalau ibu dan abah mereka dengar.
Sorry...” Zara tersengih.
“Dengan siapa?”
Qalisha tutup mata kemudian merengek sedikit. “Ni yang payahnya. Ustaz sekolah agama Aiman. Sob... sob... sob...” Aiman tu anak saudara mereka. Anak abang sulung merka Elman yang berumur 7 tahun.
“Macam mana boleh jatuh cinta pula?”
“Kak Isha terserempak waktu ambil Aiman balik sekolah. Love in the first sight kut! Sumpah! Waktu tu jugak Kak Isha rasa atas awan.”
“Tu angau namanya. Kena panahan cinta. Habis sekarang ni macam mana?”
“Kak Isha pun tak tahu... tengok akak pun dia tak sudi. Bertentang mata pun sekali tu saja. Itupun sebab akak tanya dia arah jalan ke kelas Aiman.” Keluh Qalisha.
“Habis tu? Pikatlah dia...”
“Zara sayang... kau tengok rupa akak ni? Ada calon-calon isteri ustaz ke?” tanya Qalisha lagi.
Zara cuba tilik kakaknya.
Mata Qalisha digerakkan ke kiri kanan. Tahu sangat adiknya tidak dapat tangkap maksudnya. “Zara. Akak ni manalah padan dengan ustaz yang alim tu. Tengok rupa Kak Isha ni. Tudung entah ke mana, baju tak cukup kain, perangai lagilah. Jauh ke laut...” Sedar diri juga rupanya si Qalisha ni.
“Kalau macam tu berubahlah. Senang cerita.”
“Tapi Kak Isha tak nak berubah kerana lelaki... hipokrit! So not myself.”
Then, kalau macam tu berubah kerana Allah, kerana rasul dan kerana ibu bapa kita. Kak Isha... anggap pertemuan dan perasaan kakak tu sebagai satu perantaraan ataupun petanda. That you should change yourself back to our creator. Antara Kak Isha dan ustaz tu, Kak Isha jangan lupa berdoa. Semoga Allah dekatkan hati korang berdua. Semoga ada jodoh antara korang berdua.” Jelas Zara.
“Insya Allah. Zara tolong Kak Isha ya...”
Zara mengangguk. Apa saja untuk kakak kembarnya.
“Kalau macam tu esok Zara cuti. Teman akak.” Cadang Qalisha.
“Nak ke mana?”
Shopping!”’ Muka Qalisha kembali cerah.
“Hish! Orang kerjalah. Baju kakak kan banyak.”
“Baju Kak Isha memanglah banyak. Tapi kurang kainnya pun banyak. Lagipun esok ajar kakak pakai tudung. Akak ada beli semalam.” Qalisha tersenyum sedikit. Malu hendak menyatakan hasratnya.
Zara mengangguk. Alhamdulillah. Sudah tiba masanya. Akhirnya Qalisha tergerak hati hendak berubah. “Boleh. Tapi orang nak ke kerja. Apa pula diorang cakap Zara cuti tiba-tiba.”
“Alaa... tiada masalahnya. CEO ajak keluar. Siapa berani tegur Zara cakap terus dengan akak.” Zara tidak dapat buat apa lagi. Qalisha sudah mengeluarkan mandatnya sebagai CEO hotel.
“Baiklah... baiklah... hish! Akak ni!”
“Yiee budak kecil ni. Orang tak tolong settlekan si Rayyan tu baru tahu.” Ugut Qalisha.
Muncung mulut Zara kena ugut. “Tadi dah janji nak tolong. Rimas adik dengan buaya tu tau! Tak suka betul.”
Qalisha tergelak. “Ye la... ye la... Kak Isha tolong. Jangan risau!”
Hana Qalisha dan Zara Natasha. Biar perangai mereka berbeza. Tapi mereka tetap adik beradik kembar. Sayang Qalisha pada Zara mengunung mana la dia sanggup jika Rayyan pasang niat nak mempermainkan adiknya!



Zara senyum. Hati senang banyak. Sudah dua hari Rayyan tidak datang ke restoran. Mungkin dah kena basuk oleh Qalisha. Sebut pasal Qalisha. Alhamdulillah, kakaknya itu memang bersungguh-sungguh untuk berubah. Malah jika ada kelapangan pasti Qalisha ke masjid untuk mendengar usrah. Siap minta tolong untuk belajar mengaji lagi dari seorang ustazah di masjid.
“Gembira nampak?” tegur seseorang. Terbang semua khayalan Zara dengar suara Rayyan. Baru nak bergembira.
“Bukan hal awak. Wani mana?” Jawab Zara pendek. Sepatutnya dia keluar dengan Wani pergi tengok teater. Tapi timbul persoalan kenapa abang Wani pulak yang muncul.
Muka Rayyan berkerut sedikit. “Oh Wani! Saya buat something dengan telefonnya.” Jawab Rayyan.
Zara tidak puas hati. Nombor Wani.
“Assalamualaikum Zara.”
“Waalaikumsalam. Wani kenapa tak datang teater?” tanya Zara terus.
“Teater? Teater apanya pulak?”
“Teater. Kau yang ajak aku datang. And why abang kau pula yang muncul sini?” mata Zara tajam memandang Rayyan yang duduk dihadapannya. Senyum memanjang saja mamat ni! Mesti ada lagi ideanya tu.
“Teater? Abang aku? Sah ni plan dia...” ujar Wani disebalik telefon.
Rayyan duduk tegak. Telefon Zara ditangan gadis itu dirampas. “Hello Wani. Abang pinjam kawan kau kejap. Jangan risau... okay bye.” Titt! Rayyan terus matikan panggilan. Telefon Zara diletak atas meja.
“Korang bercerita lama sangat. Bosan saya tunggu.”
Naik pening Zara dengan perangai Rayyan ni.
“Sudahlah. Saya nak balik.”
Rayyan segera berdiri menghalang laluan Zara. Gadis itu kembali duduk. Dia mendongak pandang Rayyan.
“Awak nak apa sebenarnya Encik Rayyan?”
“Saya nak hati awak sebab awak dah ambil hati saya.” Jawab lelaki itu. Mulut tu kalau mengayat nombor satu!
“Hati awak tercicir. Saya tak ambil pun. Ada je tu dekat mana-mana perempuan. Tapi yang pasti bukan saya.”
Rayyan tersenyum. Eh! Menjawab pula minahnya. Balasnya dalam hati.
“Sudahlah. Saya malas nak bertekak dengan awak. Temankan saya tengok teater. It’s your favourite. Penat PA saya berhempas pulas berebut untuk tiket ni. Lagipun anggap ni denda awak sebab pakai suruh Qalisha warning saya. Hahaha...” pandai pula Zara ni pakai kuasa kakaknya. Bukan main panjang lebar amaran Qalisha dihadiahkan baik punya padanya. Qalisha siap bawa bodyguardnya lagi bagi amaran pada Rayyan.
Rayyan paksa tarik tangan Zara. Degil juga perempuan seorang ni. Lepas buat pembayaran pada minuman Zara tadi. Dia terus bawa Zara masuk tempat teater. Tangannya langsung tidak melepaskan lengan Zara walaupun dari tadi gadis itu tidak berhenti-henti meronta.
Segera Zara mengeluarkan telefon. Hendak terus telefon kakaknya minta panggilan hayat.
“Jangan mimpi nak telefon kakak kesayangan awak tu.” Telefon Zara dirampas. Dimatikan lalu terus masuk ke dalam poket seluar Rayyan.
“Rayyan please...”
“Syysshh... teater dah nak bermula. Saya ajak awak tengok teater aje. Bukannya buat benda tak elok. Jangan risau.”
Zara mengalah. Susah betul hendak fahamkan budak seorang ni. Teater Sudirman terus saja ditonton. Tahu pula lelaki ni dia minat teater.


“Apa lagi yang awak nak Rayyan? Saya dah temankan makan, tengok teater pun dah. Keluar berdua pun dah.” Keluh Zara. Penat layan Rayyan setiap hari. Ada saja permintaan pelik-peliknya.
“Saya nak awak Zara. Itupun susah awak nak tangkap.”
Zara mengeluh. “Rayyan. I don’t have time to be one of your doll. Go and find the other girl and play along with her.”
“Zara awak bukan anak patung bagi saya. Lagipun saya bukannya nak main anak patung. Saya ni main robot-robot aje. Itupun berbelas tahun yang lalu. Saya nak awak. To be with me. Be my wife.
“Rayyan. Susah nak cakap dengan awak ni. Stop talking nonsense...”
Then you want me to start with action?” pintas Rayyan.
Zara terdiam. Kelu untuk berbahas lagi.
I don’t want to force you Zara. But you the one who asked for it. So just wait and see my love...” kata Rayyan. Dia berdiri lalu terus bergerak hendak pulang.
Bila masa pula aku minta. Sengal betul manusia seorang ni. Balas Zara dalam hati.
Rayyan berpaling. “Oh yaa... nyaris-nyaris lupa. Ada kejutan untuk awak malam ni.” Sempat dia hadiakan kenyitan mata buat Zara.
Kalau tadi Rayyan nyaris-nyaris lupa. Zara pun nyaris-nyaris pengsan waktu tu jugak. Malam ni? Fuh! Selamat bila Zara teringat malam ni semua warga rumahnya tidak dibenarkan keluar. Ada makan malam!



“Rayyan masih kacau kau ke Zara?” tanya Qalisha. Dia duduk saja di meja dapur. Tak tahu nak tolong apa. Semuanya Zara yang buat. Nasiblah ada chef di rumah. Semua dia nak buat. Memang setiap malam pun Zara rajin ke dapur masak. Ada saja resepi baru yang dia buat.
“A’ah kak Isha. Tak pandai berhenti manusia tu. Dah la... malas nak cakap pasal dia. Ustaz si Aiman tu pula apa cerita?” tanya Zara pula.
“Macam tu jugaklah. Tiada cerita baru. Kak Isha pun tak nak ambil Aiman balik sekolah agama dah. Kak Isha terus suruh PA akak ambil. Bahaya. Nanti terserempak. Gugur jantung akak.”
“Suruhlah Along ajar kak long bawa kereta. Kan senang...” pelik juga abangnya ni. Tak nak bagi kakak ipar mereka bawa kereta.
“Entah abang tu. Pelik!” sokong Qalisha. Sudah tu setiap bulan kena dia atau Zara yang kena ambil anak mereka di sekolah.
“Dah la. Akak nak naik atas kejap temankan kak long jaga baby Rina. Nanti bila tetamu abah tu dah sampai panggil akak.” Arah Qalisha.
“Ermm... iya la.”



Bunyi bising di ruang tamu tidak menarik perhatian Zara. Tengah kusyuk menyediakan makanan di dapur. Ibu dan pembantu rumah mereka hendak menolong. Tapi Zara menolak. Dia lebih suka bekerja sendiri. Tambah pula pembantu rumah diupah hanya untuk bantu kemas rumah. Kera-kerja memasak memang ibu dan dia saja. Zara suruh ibunya rehat dan teman abah mereka saja layan tetamu.
Qalisha yang baru saja turun dari tingkat atas terkejut. Bulat matanya tengok manusia yang rancak bercerita dengan Elman serta abahnya.“
Cepat-cepat Qalisha turun tangga. Niat hendak ke dapur. Sampai nyaris tersadung ditangga.
“Kak Isha panggil yang lain. Zara dah siap masak.” Arah Zara memandangkan pintu ruang makan dekat dengan tangga. Dia kembali ke dapur semula.
“Zara... Zara...” panggil Qalisha. Tapi Zara sudah pun masuk ke dapur.
“Hish budak ni!” rengus Qalisha.



Qalisha sudah tidak senang duduk. Lelaki yang duduk bersebelahan dengan Elman dijeling. Memang Rayyan ni jenis tidak pandai makan saman! Zara masih belum lagi perasan kemunculan Rayyan dan ibu bapanya sebagai tetamu malam ni. Wani tiada pulak! Bila dia telefon Wani tadi. Gadis itu sakit perut. Tengah buat saham lagi di tandas. Tak senonoh betul! Dalam tandas pun bawa telefon.
Sempat Wani pesan. Mungkin ini rancangan Rayyan. Sanggup betul kenakan adik sendiri supaya dapat pergi rumah Zara. Wani pun tidak tahu menahu yang ibu bapanya dan Rayyan ke rumah mereka malam ni.
“Sudahlah tu Zara. Mari sini ke ruang makan.” Panggil ibunya.
“Baiklah. Kejap bu.” Kedua tangan Zara yang agak basah dilap pada tuala yang tersedia.
Selamba saja Zara duduk di kerusi sebelah Qalisha. Perlahan-lahan dia angkat kepala. Zapp! Terkejut! Cepat dia berpaling pada Qalisha. Signal mata diberi.
“Kak Isha dah panggil Zara tadi. Tapi Zara tak dengar.” Bisik Qalisha.
“Eh! Sayang. Macam mana boleh ada dekat sini?” soal Rayyan tiba-tiba. Seolah terkejut dengan kewujudan Zara.
Yang lain terkejut dengan kenyataan Rayyan. Zara dan Qalisha binggung. Senget betul manusia ni!
“Ray, kau kenal Zara?” tanya Elman. Dia pandang muka adik bongsunya.
“Kenallah. Girlfriend aku.”
Belum makan lagi Zara sudah rasa tercekik dengar kata penyata dari Rayyan tu.
“Alhamdulillah. Tak sangka abah. Dalam diam rupanya dah ada kekasih anak bongsu babah ni.” Ucap abah Zara.
“Ibu pun tak sangka. Pandai Zara simpan rahsia ye. Kalau Rayyan, uncle dan aunty tak datang malam ni. Sampai sekarang ibu tak tahu.”
“Budak zaman sekarang kak. Suka sangat berahsia. Wani pun tiada pula cakap dengan aunty. Zara dan Rayyan kekasih.” Balas ibu Rayyan pula.
Sudah! Semuanya salah faham. Zara ketap bibir. Qalisha pula hampir naik angin dengan perangai Rayyan.
Rayyan gerdip mata pada Zara. Sukalah tu!
Rancak golongan ibu bapa bercerita satu sama lain. Siap berfikir pasal majlis Zara dan Rayyan lagi. Kononnya benda baik tak elok dilambat-lambatkan. Adoi! Zara dan Qalisha tidak menyampuk. Rayyan lebih banyak bercerita dengan Elman syarikat. Kak Long pula sibuk layan anak-anaknya.



Zara pandang telefonnya. Nama Rayyan dipandang beberapa kali. Berkira hendak mendail nombor yang suka kacaunya setiap malam itu. Dia tutup mata rapat-rapat. Kemudian nombor Rayyan didail.
“Assalamualaikum sayang!” Riang ria stawberi Rayyan menjawab.
Zara diam. Hanya membalas salam dalam hati. Pertama kali dia mendail nombor Rayyan ni. Dup dap dup dap jantungnya. Berdebar!
“Zara Natasha...” lunak suara Rayyan memanggil nama penuh Zara.
“Rayyan... saya tak tahu nak cakap apa lagi dengan awak. Kenapa awak buat semua ni? Kenapa awak mengaku kekasih saya tadi?” soal Zara.
“Sebab awak. Saya cinta awak. Saya pikat awak tapi awak kata saya cakap semua itu mengarut. Jadi as you wish saya pun ambil la tindakan.”
“Tapi awak...”
“Buaya darat?” pintas Rayyan.
Zara terdiam. Macam Rayyan tahu saja apa yang terlintas dikepalanya.
“Sejak mengenali awak. Saya mula kenal erti cinta. Memang salah saya atas perangai saya dulu. Tapi saya cuba berubah. Saya tahu Qalisha pun turut berubah. Kenapa awak boleh terima perubahan dia sedangkan payah untuk awak terima saya? Awak tidak berlaku adil Zara.”
“Saya tahu. Qalisha juga berubah sebab ustaz tukan? Tapi saya tak mampu jadi seperti dia Zara. Saya tak mampu kawal perasaan saya seperti Qalisha...”
Rayyan terus matikan panggilan sebaik saja usai meluahkan perasaannya. Dia tahu pasal Qalisha pun sebab kebetulan saja. Lagipun dia ingin juga tahu kenapa Qalisha turut berubah secara tiba-tiba.


Zara mengeluh. Usai membaca surah yasin, dia duduk memandang kuburan di hadapannya. Lama dia termenung. Zara bangkit. Ketika dia berpaling seseorang sedang mamandangnya sambil berpeluk tubuh.
“Tu siapa?” tanya Rayyan.
Satu keluhan dihembus. Sisa air mata dikesat. “Awak ikut saya?” tanya Zara.
“Tu kubur siapa? Kenapa awak menangis?” tanya Rayyan lagi.
“Saya akan terangkan. Tapi bukan di sini.”



“Pernah tak awak terfikir. Kembar yang tidak seiras selama ini sebenarnya bukan kembar?” tanya Zara. Memecah kesunyian mereka berdua yang dari tadi sibuk layan perasaan masing-masing.
“Maksud awak?”
“Along dan Kak Isha tak tahu saya bukan anak kandung ibu.” Ujar Zara.
Rayyan terkejut. Dia pandang Zara yang duduk di sebelah. Gadis itu tenang saja mengukir senyuman.
“Awak mesti terkejutkan? Bayangkan saya yang mengalaminya. Lagilah terkejut.”
“Macam mana awak boleh tahu?” soal Rayyan.
“Saya terdengar ibu dan abah bercerita pasal ni. Ibu nak buat kenduri arwah. Tapi abah tak benarkan. Ibu kata apa pun yang perempuan itu pernah buat dia tetap mak kandung saya. Saya curi-curi ikut ibu dan abah. Mereka selalu ke sini tanpa pengetahuan mereka.” Zara ketap bibir. Sedih mengingatkan dia sebenarnya bukan kembar tak seiras Qalisha.
“Bila awak tahu pasal ni?” tanya Rayyan lagi.
“Adalah 5, 6 tahun dah. Sejak saya masih belajar lagi. Kak Isha tak tahu. Sebab dia jarang ada di rumah. Dulu pun dia sambung belajar luar negara. Along pula sibuk kerja.”
Zara memang tidak mahu belajar luar negara. Dia anak bongsu yang manja dan rapat dengan kedua ibu bapa. Susah hendak berlepas. Sebab itulah dia ambil keputusan untuk sambung di dalam negara saja.
“Nangis la Zara. Jangan tahan tangisan awak tu.”
Setitik dua. Lama kelamaan semakin deras air mata Zara mengalir. “Berapa puluh tahun saya hidup Rayyan. Sekali pun saya tak pernah nampak muka mak kandung saya... saya hendak tanya ibu dan abah. Tapi saya tak sanggup. Saya takut kecilkan hati mereka. Mereka terlalu baik pada saya.”
“Kalau macam tu biar Babah yang ceritakan. Abah janji akan ceritakan keseluruhan cerita.” Tegur seorang lelaki di belakang mereka. Abah dan Abang Elman!
Zara dan Rayyan berpaling ke belakang. Kemudian Zara pandang Rayyan di sebelah. “Mereka pun pergi cari awak. Risau awak hilang lepas malam kita bertelefon hari tu. Saya mesej mereka tadi yang saya dah jumpa awak.” Jelas Rayyan
Zara mengeluh. Bukan niat dia hendak keluar dari rumah. Dia ada tinggalkan nota hendak pergi bercuti dua, tiga hari. Hendak tenangkan fikiran.

Zara dan Rayyan ikut Elman dan abahnya balik rumah. Cuma masing-masing naik kereta sendiri kecuali Elman dan abahnya satu kereta. Melangkah saja masuk ke ruang tamu. Zara terus dipeluk oleh ibu dan Qalisha.
“Abah dah janji akan ceritakan pasal Zarakan. Sekarang abah nak semua dengar sejelas-jelasnya.” Kata Abah sebaik sahaja semua masuk ke ruang tamu.
Mendengar pengumaman dah suaminya. Puan Kamilah terus geleng kepala. “Saya tak setuju! Abang tak perlu ungkit hal tu lagi.” Katanya.
“Sayang...”
“Tidak bang! Saya tak nak abang buka cerita tu lagi!” pintas Puan Kamilah cepat.
Tuan Ekmal tunduk. Serba salah tapi sampai bila hendak simpan rahsia ni lagi sedangkan Zara sudah tahu separuh cerita. “Maafkan abang...”
“Sebenarnya Zara bukan adik kembar Qalisha ataupun adik kandung kamu berdua.” Umum Tuan Ekmal.
Mata Qalisha terbeliak. Dia terus pandang Zara yang menunduk memandang lantai. Elman pula terkedu. Puan Kamilah sudah teresak-esak mengelengkan kepalanya sementara Rayyan hanya tenang mendengar.
“Zara anak...” sambung Tuan Ekmal lagi.
“Tidak!! Zara anak ibu!! Selamanya anak ibu sayang.. abang stop it!” Puan Kamilah segera mendapatkan Zara. Anak gadis itu dipeluk erat.
“Tidak sayang. Kali ni biar semua orang tahu. Abang tak sanggup simpan rahsia ni lagi. Zara, Isha., Elman. Dengar baik-baik.”
“Sebenarnya Zara lahir memang tarikh yang sama dengan Isha. Tapi sebenarnya ibu Zara yang sebenar bukan la ibu. Mak Zara yang sebenarnya perangkap abah. Mak Zara bekas orang gaji di rumah kita dulu. Rapat dengan ibu. Tapi dia sanggup perangkap dengan abah. Waktu tu ibu tiada dirumah sebab ada hal. Cuma ada abah, dia dan pembantu rumah abah lagi seorang lagi dan driver abah. Dia masukkan ubat khayal dalam minuman abah.. Lepas tu...” Tuan Elman terhenti.
“Lepas tu dia bawa abah tidur dalam bilik kami dalam keadaan khayal. Orang gaji yang lain tak perasaan. Sehinggalah ibu balik dan masuk ke dalam bilik kami melihat abah dan perempuan itu dalam keadaan...”
“Abang sudahlah...” pintas Puan Kamilah.
“Dia terus terang yang dia mengaku buat itu sebab cintanya pada abah waktu tu jugak. Abah dan ibu tak sangka dia seberani sampai tu sekali. Abah halau dia keluar dari rumah. Abah tak dapat maafkan perbuatannya! Sampai satu hari ibu terjumpa perempuan itu di klinik. Ibu siasat tanpa pengetahuan abah. Bila ibu dapat tahu perempuan itu mengandungkan anak abah. Ibu paksa ibu kahwin dengan dia.”
“Tapi usai saja akad nikah. Abah langsung tidak jumpa perempuan itu lagi. Abah ugut dia jika abah tahu dia jumpa abah dan ibu lagi. Abah tidak teragak-agak akan bunuh dia... tapi tanpa pengetahuan abah. Ibu selalu berjumpa dia. Tanya khabar dia... bila hari kamu berdua lahir. Mak Zara meninggal dunia semasa melahirkan Zara. Sekali lagi ibu pujuk abah ambil dan jaga Zara. Atas kuasa dan pengaruh abah. Kami letak Zara sebagai adik kembar Qalisha dan anak ibu dalam surat beranak.”
Zara tidak tahu hendak buat apa lagi. Dia ingatkan dia cuma anak angkat. Tapi lagi besar cerita disebalik kisah hidupnya. Qalisha sudah terkebil-kebil mencerna kisah yang diceritakan oleh abahnya.
Zara bangkit. Kemudian melangkah untuk menyalam abahnya kemudian berkalih pada ibu.
“Zara berterima kasih pada ibu. Ibu selamatkan nyawa Zara, maruah Zara, ibu didik Zara sampai jadi seorang yang berjaya... Zara minta ampun sebab mak kandung Zara sanggup buat ibu menderita. Zara mohon pada ibu. Cukuplah pengorbanan ibu pada Zara. Zara malu... Zara malu dengan diri Zara. Anak luar nikah... Zara kotor....”
Tangan Puan Kamilah dicium beberapa kali. Kemudian Zara tunduk untuk mencium kaki ibunya pula tapi segera wanita itu menarik Zara kembali berdiri. “Tak sayang... ibu yang susukan Zara. Zara tetap anak ibu...” pujuk wanita itu.
Kepala Zara digeleng beberapa kali. “Zara mohon bu. Biar la Zara hidup bersendiri lepas ni. Zara malu dengan status Zara. Bila ingatkan lagi macam mana mak kandung Zara buat pada ibu. Hati Zara lagi pedih bu. Ibu terlalu mulia pada pandangan Zara.”
“Abah, ibu, Kak Isha dan abang Elman. Halalkan makan minum Zara selama ni. Zara minta maaf pada semua.” Tenang Zara menyatakan pada semua. Tapi keadaan yang masih tegang itu buatkan Qalisha atau Elma masih lagi terdiam.
“Abah izinkan Zara keluar dari rumah ni...” Zara mendekati abahnya sekali lagi. Lelaki itu berat hati hendak memberi persetujuan.
“Please abah... jika abah ada secalit kasih sayang pada Zara. Izinkan Zara keluar.” Pujuk Zara lagi.
Lama-kelamaan Tuan Ekmal mengangguk.
“Tidak... Zara tetap anak ibu. Ibu tak benarkan.” Bangkang Puan Kamilah pula.
“Maafkan Zara ibu.” Zara terus berlari keluar. Dia masuk ke dalam kereta lalu meluncur keluar dari perkarangan rumah.



Masih tergiang-giang lagi suara Puan Kamilah ketika Zara keluar dari rumah tempoh hari. Hatinya pedih! Malu Zara pada keluarga itu. Terlalu besar jasa mereka pada Zara. Dia keluar pun sehelai sepinggang. Harapkan kereta itu saja membawanya pergi tanpa hala tujuan.
Ketika dia singgah untuk menunaikan solat di salah sebuah masjid. Zara tidak sedar dia boleh tertidur di situ. Mujurlah ada seorang wanita membantunya. Mak Kila seorang balu yang membuka gerai tepi jalan untuk sara hidupnya. Wanita berusia itu mengajak Zara ikut dia pulang ke rumahnya sampailah sekarang Zara tinggal bersama Mak Kila.
Segan kerana tinggal percuma. Dapat guna pakaian arwah anak Mak Kila. Zara bertindak membantu Mak Kila setiap hari mengusahakan gerainya. Bukannya susah sangat pun. Buka gerai jual kuih muih dan nasi lemak saja setiap hari. Tapi selalunya Zara akan mempelbahagaikan jenis jualan kuih secara bergilir-gilir setiap hari. Siap habis jualan, baliklah dia. Tolong Mak Kila pula di rumah apa yang patut.
“Lama tak jumpa awak.” Tegur seseorang.
Tingkah Zara yang mengemas meja selepas habis jualan terhenti. Dia pangguk kepala. Wajah itu dipandang sekilas. “Macam mana awak jumpa saya?” tanya Zara.
“Kenapa jual kereta?” persoalan Zara dijawab dengan persoalan.
Zara tidak menjawab. Tiada sebab untuk menjawab persoalan Rayyan. Dia mempercepatkan langkah. Hendak balik awal! Yang penting dia takut perasaannya goyah berhadapan dengan Rayyan. Dia mengaku. Perasaan pada Rayyan itu memang ada. Tapi mengingatkan status dirinya. Zara mengalah. Akur dengan diri yang serba kekurangan.
Kedengaran Rayyan mengeluh kuat. “Saya cari awak. Nasib baik awak buat urusan sebab nak jual kereta tu. Kalau tak sampai sekarang saya tak dapat jumpa awak.” Luah Rayyan.
“Zara. Saya rindukan awak. I love you Zara. Lot of love.” Luah Rayyan lagi apabila Zara tidak membalas kata-katanya.
Zara angkat kepala. Menghadap Rayyan. Barang sudah pun dikemas. Tinggal balik saja lagi.
“Cinta? Tahu tak. Kerana cinta mak kandung saya aniaya abah, kerana cinta ibu percayakan abah dan terus percayaikan abah, kerana cinta ibu terima saya sebagai anak walaupun mak saya telah lukakan sepasang hati ibu dan abah.
Tapi hati saya terluka dengan cinta! Saya lahir dari perasaan cinta yang kotor. Cinta yang menganiayai abah saya. Saya malu Ray. Saya lahir kerana cinta macam tu, tapi saya terus hidup sampai sekarang atas cinta ibu. Atas dasar cintakan ibu, abah, along dan kak Isha, saya tak nak susahkan mereka lagi.”
Zara berhenti bercakap. Dia menarik nafas dalam-dalam. Kemudian sambung lagi.
“Sekarang ni saya nak awak tahu. Atas nama cinta saya pada awak. Saya nak awak lupakan saya. Cari isteri yang setaraf dengan awak. Find your own happiness. Saya tak layak untuk awak.”
“Tapi saya cintakan awak Zara. Only you and always you. Kerana cinta itu datang dari Ilahi, kerana cinta itu buat saya menghargai dan sedar erti setia. Kerana cinta itu buat saya dekat dengan Tuhan. Awak dah banyak sedarkan saya.” Terang Rayyan. Hatinya berbunga dengar pengakuan cinta Zara padanya. Sekurangnya tidaklah dia bertepuk sebelah tangan.
“Zara...” panggil Isha dari satu sudut. Dia mengukir senyuman pada Zara yang terkejut dengan kemunculan mereka sekeluarga.
Zara menunduk. Malu dengan diri sendiri.
“Zara sentiasa adik bongsu Kak Isha dan Along. Sentiasa anak manja ibu dan abah. You need to believe us Zara. Lupakan semua sejarah lama. Along nak adik abang yang dulu.” Terang Elman.
“Betul tu Zara. We miss you so much. Lebih-lebih lagi ibu... dan... Rayyan.” Sokong Qalisha. Sempat lagi hendak mengusik Rayyan.
Zara tersenyum sedikit. Malu bila Qalisha sebut nama Rayyan.
“Abah nak Zara balik rumah. Abah nak anak abah yang dulu...”
“Balik la nak... ibu nak Zara. Kita buang jauh-jauh perasaan yang tidak baik. Zara tetap anak kesayangan ibu. Selamanya anak ibu.” Pujuk Puan Kamilah.
Zara diam. Tidak tahu hendak jawab lagi. Tersentuh hatinya melihat keikhlasan  seorang ibu. Perlahan-lahan kakinya melangkah mendekati Puan Kamilah.
“Maafkan Zara bu. Zara rindukan ibu...” tangis Zara. Wanita itu terus saja didakap. Air matanya laju saja mengalir.
Belakang Zara disapu lembut. “Ibu pun rindukan Zara...”
Puan Kamilah meleraikan pelukan. “Tu hah! Rindunya pada anak bongsu ibu ni tak tahan lagi. Siap hantar rombongan meminang dah!” Puan Kamilah muncungkan mulut pada Rayyan.
Yang lain hanya tergelak kecil. Rayyan pula hanya mampu garu kepala saja. Tersengih sebab malu.



Alhamdulillah.
Keluarga Rayyan terima Zara seadanya. Mereka tahu asal usul dan sejarah silan Zara. Tiada yang perlu dirahsiakan pada keluarga sendiri. Wani pun sokong seratus peratus pada Rayyan sebab memiliki Zara sebagai isteri tapi dengan syarat jangan letak julap lagi dalam makanannya!
Zara pula ingin mengajak Mak Kila tinggal bersama. Tapi wanita itu enggan. Katanya sudah selesa dengan kehidupannya sekarang. Tapi Zara masih juga meneruskan niatnya menjual kereta kepunyaannya itu. Hasil jualan kereta, Zara membaiki rumah Mak Kila agar wanita itu dapat hidup selesa. Setiap bulan dia akan bagi duit untuk belanja rumah. Tapi Mak Kila sudah biasa berjualan. Cuma dengan jumlah yang sedikit saja untuk mengisi masa lapangnya.
Cerita cinta arwah mak Zara? bagi Zara biarlah sejarah mengajar kita untuk memperbaiki masa hadapan. Puan Kamilah berpesan. Maknya sempat memohon maaf padanya dan bertaubat. Dan Puan Kamilah juga telah lama maafkan mak Zara, jika ibunya yang mengalaminya dulu dapat memberi maaf kenapa tidak dia? Sekurangnya mak kandung Zara mempunyai belas rasa cinta padanya kerana masih lagi sanggup menahan sembilan bulan membawanya dan  menahan sakit melahirkan seorang bayi yang diberi nama Zara Natasha.
Cerita cinta Qalisha? Bab kisah Qalisha dengan ustaz sekolah agama Aiman satu kisah yang menarik. Mulanya Qalisha sudah dapat menerima hakikat mungkin cintanya tidak kesampaian lagipun sedar dengan khilafnya dulu. Qalisha hanya tumpukan pengajian dengan ustazah yang mengajarnya usrah. Bila ustazah itu masuk meminangnya, Qalisha hanya akur lagipun ustazah itu tahu jalan hidupnya yang terumbang ambing sebelum ini. Cuma yang tidak sangka. Ustazah itu sebenarnya umi ustaz sekolah Aiman tu.
Ustaz Hanif Daniyal! Selepas sesi perkenalan. Qalisha panjatkan doa dan syukur pada Ilahi. Ustaz itu juga menyimpan perasaan pada Qalisha menerusi cerita-cerita uminya.
Kuasa Cinta Nur Ilahi. Cinta itu miliknya. Dan dari cinta kepadanya, Dia lahirkan perasaan itu kepada umat yang dikehendaki-Nya.
Subhanallah! Indahnya sebuah percintaan.
Rayyan letak kepala di riba isterinya. Zara tidak marah. Sebaliknya menghadiahkan senyuman pada Rayyan. Kepala lelaki itu diusap lembut.
Senyuman dibalas. Rayyan memang suka bermanja dengan isterinya. Lebih-lebih lagi sejak Zara mengandungkan anak sulung mereka.
“Abang penat? Nak Zara urutkan tak?” tanya Zara lembut. Tentu suaminya penat dengan urusan perkahwinan Wani. Tadi Zara tengok sibuk saja Rayyan membantu memasang khemah di perkarangan rumah. Zara hendak membantu tapi ditegah oleh keluarga mertuanya.
Insya-Allah. Jika tiada halangan esok Wani akan selamat dinikahkan dengan pilihan hatinya.
Rayyan mengangguk. Dia terus saja duduk. Lembut tangan Zara mengurut bahunya. “Hari ni abang dah ucap ke?” tanya Rayyan. Dia terus berpaling menghadap Zara semula.
Zara tersenyum. Dia geleng kepala tanda belum.
“Maaf terlupa. Hehe...” Rayyan tersengih. Patutlah rasa seperti sesuatu kurang. Sibuk punya pasal sampai rutin harian sebagai suami pun dia boleh terlupa. Patutlah Zara belum tidur walaupun sudah hampir tengah malam menantinya.
“Terima kasih untuk hari ini, semalam dan hari-hari berikutnya. Abang cintakan Zara.” Ucap Rayyan. Memang setiap malam dia tidak pernah bosan untuk berterima kasih pada Zara. Lebih-lebih lagi ketika Zara sarat mengandung. Ucapan itu akan lebih panjang sedikit.
“Terima kasih juga sebab sudi mengandungkan anak abang dan yang penting bertahan dengan kerenah abang yang makin manja.” Sambung Rayyan lagi. Hehe... ibu mertuanya kata Rayyan bertambah manja sebab pembawaan budak! Dulu ketika mengandungkan Rayyan. Perangai ayahnya juga boleh tahan manja.

“Zara pun. Terima kasih kerana terus mencintai Zara...” Zara tersenyum bahagia. Syukur ke hadrat Ilahi. Semoga cinta itu terus mengiringi hari-hari mereka.

Nota Kaki : cerita biasa-biasa. harap ada yang terhibur. =)

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!